Header image

Jarang sekali saya berbicara dan mengupas isu berdasarkan filem. Andainya mahu menjadi pengkritik filem secara konsisten, pasti sudah muncul deretan artikel mengenainya. Tetapi itu bukan hadafnya.

Tak bermakna juga dengan menulis artikel mengenai filem, kita adalah penggemar filem sejati. Sila betulkan minda sebegitu.

Pernah suatu ketika saya menulis satu artikel berdasarkan kepada sebuah filem. Tajuknya Unsur Feminisme Dalam Filem ‘Perempuan Berkalung Sorban’. Tidak juga saya sangkakan, bahawa artikel itu akan terus dibicarakan oleh pengunjung (FRC) sehingga kini. Sehingga wujud sedikit khilaf.

Lazim berlaku ke atas sesuatu pendapat, ada pro dan kontranya. Begitu juga yang terjadi pada entri tersebut. Walaubagaimanapun, saya menghormati perbezaan pendapat yang diutarakan. Bahkan harapannya tidaklah sehingga menjejaskan persepsi kita sehingga merobohkan binaan ukhuwwah itu sendiri.

Saya tertarik pada suatu komentar yang bernada begini:

Filem dan sastera selamanya adalah selamanya hasil seni. Sesiapa yang menjadikan filem atau novel sebagai dalil agama adalah sejahil-jahil orang. Filem dan sastera kerjanya menggugah pemikiran. Lanjutan untuk hukum mesti merujuk terus pada Quran dan Sunnah dengan bantuan kitab dan guru. Masyarakat harus dididik supaya ‘pandai’ melihat filem dan menikmati sastera.

(more…)

“Jangan kamu bertabarruj seperti orang-orang Jahiliyyah.” Begitulah bunyi status yang saya pamerkan beberapa hari yang lepas. Kata-kata ini saya petik dari ayat al-Quran berbunyi:

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah zaman dahulu.” (al-Ahzab: 33)

Pada sangkaan saya perkara ini sudah ramai yang mengerti dan faham akan maksud ‘tabarruj’ (berhias-hias). Rupa-rupanya tindak balas berlaku adalah sebaliknya. Kekeliruan ini menyebabkan ada di kalangan mereka menginginkan agar saya menulis artikel mengenai tabarruj.

“Bagaimana yang dikatakan sehingga ‘bertabarruj’ seperti orang jahiliyyah.. mohon penjelasan ya ustaz?” Tanya seseorang komentator.

Perkara ini bukan perkara baru. Sewaktu era 60-an 70-an kaum hawa di dalam masyarakat Islam Malaysia ketika itu kebanyakkannya tidak mengenakan tudung di kepala. Namun begitu, trend ini beransur hilang bila menginjak ke tahun 80-an dan 90-an. Alhamdulillah, perkembangan positif ini menunjukkan kesedaran Islam semakin menular dengan cergasnya.

(more…)