Bandar Zaqaziq bukanlah sebuah bandararaya yang kapasiti kepadatan penduduk seperti kota metropolitan Kaherah ataupun Iskandariah. Keluasan wilayahnyanya dalam anggaran sepeti juga bandar Tanta Gharbiah menurut pemerhatian saya.
Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Zaqaziq atas urusan menempah baju kemeja lebih kurang setahun yang lalu (Kedai jahit kain arab yang masyhur dikalangan Maleziyyin kerana mampu menjahit baju melayu seakan buatan Malaysia). Jangka waktu setahun itu mampu memudarkan ingatan saya akan jaringan transport awam di sana.
Minggu lepas saya sekali lagi menjejakkan kaki ke sana atas urusan berbeza. Menyertai team masakan bagi memeriahkan lagi bazar Piala Presiden PMRAM anjuran PMRAM selaku persatuan melayu induk di Mesir. Walaupun bukan pertama kali menjejakkan kaki ke sana, namun saya masih perlu bertanya arah hala tuju destinasi kerana bimbang tersesat jalan. Bukankah nenek moyang kita dahulukala pernah berbicara, “malu bertanya sesat jalan”.



Komentar Terkini