Header image

Selepas sahaja media mengisytiharkan kemenangan BN/UMNO di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pelbagai respon dan reaksi timbul. Baik dari kalangan penguasa mahupun rakyat marhean.

“Macammana keputusan?” Tanya saya kepada Zuhdi ketika kami berhenti rehat di kawasan perhentian PLUS untuk pulang ke Kedah.

Zuhdi kelihatan sedang sibuk melayani panggilan rakan-rakan bertanyakan keputusan. Omar di sebelah hanya terdiam sambil menjamah nasi lemak daun pisang.

“Kalah majoroti agak besar..” Jawabnya perlahan.

Saya sudah jangkakan hal itu. Saya teringat pertanyaan seorang lelaki pertengahan umur sewaktu berehat di perhentian PLUS Seremban.

“Agak-agak siapa menang?” Tanya lelaki itu.

(more…)

Bila musim cuti persekolahan bermula, pasti menerima kita banyak jemputan kenduri kahwin. Masih segar di ingatan saya sewaktu menghadiri kenduri perkahwinan di kampung beberapa tahun yang lalu.

Sebagaimana biasa, kampung saya masih mengamalkan aktiviti gotong-royong ketika mengadakan kenduri perkahwinan dan amalan makan sehidang empat orang juga masih dipraktikkan. Saya dan adik duduk di bawah khemah menanti makanan sampai. Meja kami masih kekosongan tempat duduk. Mujurlah Pak Long Man (bukan nama sebenar) mengisi kekosongan yang ada. Beliau merupakan salah seorang teman ayah saya yang akrab.

Khemah beratapkan kanvas masih tidak mampu memantulkan pancaran pijar mentari. Peluh memercik di dahi menandakan hawa panas beriklim khatulistiwa itu membahang di pertengahan hari. Riuh rendah suara mentara tidak saya endahkan. Kami terus menanti, sesekali berbual mesra bersama Pak Long Man. Sejurus kemudian hidangan pun tiba.

Semangkuk gulai daging rias pisang, pajeri nenas nasi putih dan beberapa jenis lauk lagi. Juga terdapat bunga telur penyeri hidangan di sisi talam.

(more…)

“Ana malu, dia aibkan ana dalam blog..dosa besar, sanggup makan daging saudara sendiri..” Luah seorang rakan yang menjadi mangsa fitnah blogger.

Baru-baru ini ada individu yang tidak bertanggungjawab mengiklankan sebuah blog di shoutbox saya. Lalu saya cuba klik url blog tersebut. Namun apa yang mengejutkan, rupanya blog itu adalah ‘blog jadian’ hasil ciplak ke atas blog seorang rakan saya. Tajuk blog itu terpapar besar di headernya. ‘PENIPUBESAR’.

Mengecewakan.

Selepas berbincang dengan seorang rakan, saya cuba mencari IP address pengiklan tersebut melalui hosting weblog saya. Kemudiannya menggunakan perisian mencari empunya IP address. Walaupun tidak mengetahui secara daqiq, sekurang-kurangnya kita tahu di mana letak duduknya si pembuat dan penyebar blog itu.

Selain itu saya juga telah menekan pepunat FLAG pada blog tersebut dan menghantar aduan kepada pihak blog. Setelah beberapa ketika, saya cuba ke blog itu semula. Alhamdulillah, berjaya di hack!

(more…)