Header image

Bila musim cuti persekolahan bermula, pasti menerima kita banyak jemputan kenduri kahwin. Masih segar di ingatan saya sewaktu menghadiri kenduri perkahwinan di kampung beberapa tahun yang lalu.

Sebagaimana biasa, kampung saya masih mengamalkan aktiviti gotong-royong ketika mengadakan kenduri perkahwinan dan amalan makan sehidang empat orang juga masih dipraktikkan. Saya dan adik duduk di bawah khemah menanti makanan sampai. Meja kami masih kekosongan tempat duduk. Mujurlah Pak Long Man (bukan nama sebenar) mengisi kekosongan yang ada. Beliau merupakan salah seorang teman ayah saya yang akrab.

Khemah beratapkan kanvas masih tidak mampu memantulkan pancaran pijar mentari. Peluh memercik di dahi menandakan hawa panas beriklim khatulistiwa itu membahang di pertengahan hari. Riuh rendah suara mentara tidak saya endahkan. Kami terus menanti, sesekali berbual mesra bersama Pak Long Man. Sejurus kemudian hidangan pun tiba.

Semangkuk gulai daging rias pisang, pajeri nenas nasi putih dan beberapa jenis lauk lagi. Juga terdapat bunga telur penyeri hidangan di sisi talam.

(more…)

“Macam mana masuk sekolah baru ok tak? Ada orang dok pukul tak?” Saya cuba bertanya khabar lewat telekomunikasi berbayar internet.

“Masa mula-mula masuk sekolah hari tu ada juga yang kacau, pelajar tingkatan tiga..dia tendang adik..” Adik bongsu saya bercerita tentang keadaan di sekolahnya. Dia baru sahaja memasuki tingkatan satu di sebuah sekolah menengah agama berasrama.

Saya sedikit gusar mendengar.

“Tak bagitau pengetuake, warden atau Ustaz?”

“Ada bagitau kat penjaga asrama, tapi perempuan. Dia buat tak peduli ja..” Suara serak basah kedengaran di corong speaker. Sesuai dengan badannya yang agak berisi.

Line internet kelihatan laju bergerak. Alhamdulillah.

(more…)