“Esok minta tolong gi kelas ya.. bagilah kata-kata motivasi sikit dekat para murid..” Pelawa ayah suatu hari.
Saya mengangguk setuju.
Beberapa hari sebelum itu saya juga sudah menjejakkan kaki ke sana setelah sekian lama bermusafir di perantauan. Kawasan sekitar semakin semak, liar ditumbuhi lalang dan rumput. Binaan berbatu yang sudah terbina semenjak 4 tahun lalu itu terkandas seketika pembinaannya.
Membina Darul Fikr
“Dah macam sarang pengganas..” Gurau seorang rakan ayah apabila melihat kawasan sekitar bangunan. Kelihatan semak samun. Beliau meninjau kawasan tersebut kerana ingin memberikan peruntukan kewangan buat penyambungan kabel elektrik. Saya hanya tersenyum.

