Wacana pemikiran seperti ini seringkali menjadi buah mulut di kalangan pemimpin, ahli akademik dan agamawan. Tidak kiralah peringkat mana kedudukannya masing-masing mengutarakan pandangan bahawa pemudi-pemudi inilah yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan hari esok. Realitinya begitu.
Masing-masing mengharapkan generasi pemuda hari ini menjadi pelapis untuk membentuk kepimpinan masa hadapan. Sejarah telah membuktikan bahawa keterlibatan pemuda sudah sekian lama menapak dalam arena barisan kepimpinan. Lihat saja sejarah Sultan Muhammad Al Fateh yang sudah memegang takhta pemerintahan empayar Islam seusia 19 tahun. Begitu juga pembebas kota Baitul Maqdis, Salahuddin al-Ayubi seusia 17 tahun sudah mula berkhidmat dalam arena kepimpinan di kota Damsyik.
Pemimpin hari ini
Jika dilihat dari kacamata berbeza, sesungguhnya pemimpin hari inilah yang bakal mengorak langkah serta mencorak karisma seorang pemimpin muda mewarisinya kelak. Jatuh bangun seseorang pemimpan akan sentiasa dijadikan role-model sebuah kepimpinan pemuda hari esok.



Komentar Terkini