Header image

Terkadang bila bermualamat dan berkomunikasi dengan warga emas masyarakat Mesir ianya agar sukar. Biarpun jangka waktu berada di sini sudah mencecah angka ‘tumbuh gigi’, namun tetap saja memerlukan pancaindera yang peka.

Selalunya berkomunikasi bersama mak cik-mak cik tua lebih payah berbanding masyarakat muda. Bahasa mereka agak unik. Susah untuk menebak kata tanpa disertai body language. Biasanya saya akan bertemu mereka di pasar-pasar mahupun di kedai-kedai menjual keperluan harian ataupun di pinggir laman rumah.

(more…)

“Here is another report from Muhammad ibn ‘Amara: He sat in a company of the older companions of the Prophet (PBUH) in which there were over ten men. Abu Huraira began to relate a certain saying of the Prophet which some of them did not know, so they questioned him over and over again until they were satisfied. Again he related to them a saying in the same manner and he did this over and over again, and i was convinced that Abu Huraira had the best memory.”

Petikan artikel bertajuk The Transmission Of Hadith yang telah disediakan oleh Dr. Ahlam Fathy Hassan dan Dr. Mahira Al-Mallawany itu diterjemahkan kembali ke dalam bahasa Arab ketika kuliah bahasa Inggeris berlangsung. Kepekaan deria mendengar amat perlu untuk menangkap tutur kata beliau memandangkan saya agak jauh di belakang akibat kelewatan. Tambahan pula sebutan English di kalangan masyarakat arab agak kurang jelas bunyinya terutama huruf ‘P’ akan menjadi ‘B’.

Suasana kuliah sunyi seketika. Masing-masing tertumpu pada buku untuk menyalin terjemahan. Bagi kami penterjemahan ini merupakan sesuatu yang bermanfaat sekaligus menambah kosa kata bahasa Arab dan Inggeris.

(more…)