Faridrashidi.Com » Bagan Pinang

‘Samseng Jalanan’ Di Bagan Pinang
Selepas sahaja media mengisytiharkan kemenangan BN/UMNO di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pelbagai respon dan reaksi timbul. Baik dari kalangan penguasa mahupun rakyat marhean.

“Macammana keputusan?” Tanya saya kepada Zuhdi ketika kami berhenti rehat di kawasan perhentian PLUS untuk pulang ke Kedah.

Zuhdi kelihatan sedang sibuk melayani panggilan rakan-rakan bertanyakan keputusan. Omar di sebelah hanya terdiam sambil menjamah nasi lemak daun pisang.

“Kalah majoroti agak besar..” Jawabnya perlahan.

Saya sudah jangkakan hal itu. Saya teringat pertanyaan seorang lelaki pertengahan umur sewaktu berehat di perhentian PLUS Seremban.

“Agak-agak siapa menang?” Tanya lelaki itu.

“Biasanya kalau sebelum ni parti tu pernah menang, kemungkinan besar dia menang..” Saya cuba mengagak. Ternyata jawapan itu tepat mengena.

Berniaga Dan PRK

“Tido mana?” Soal rakan.

“Kami tido merata-rata.. sekejap dalam kereta, masjid, markaz..”

Selama 4 hari kami berkampung di Negeri Sembilan, dan selama 4 hari itu jugalah saya menempuh pelbagai pengalaman baru selaku pemerhati tidak rasmi. Niat asal ke sana ialah untuk berniaga kitab “Indahnya Hidup Bersyariat” hasil tulisan Ustaz Ismail Kamus dan Pil Habbatus Sauda’. Namun terkandas di persimpangan jalan.

Benarlah firman Allah SWT.. “wamakaru, wamakarullah, wallahukhairul makirin..”. Perancangan manusia tidak semestinya akan berjaya walaupun setelah berusaha, kerana kuasa Allah SWT itu Maha Hebat dalam merancang.

“Semalam depa mai serang lebih kurang dalam 3-4 pagi.. kereta pun kena pukul.. depa mai mabuk-mabuk..” Seorang peniaga menceritakan peristiwa pergaduhan di ambang Pilihanraya Kecil (PRK Bagan Pinang). Ini faktor pertama mengapa kami tidak dapat meneruskan perniagaan.

“Nak jual kat sini kami kena permit berniaga..” Sambungnya lagi. Ini pula faktor kedua halangannya.

Kami akur. Segala perancangan terkandas, lalu secara tidak rasmi saya menjadi pemerhati PRK. Ini memungkinkan sudut pandang saya menjadi pelbagai, ada yang terbalik 90 darjah ke belakang dan ada yang kedepan. Kenapa?

‘Samseng’ Jalanan Yang Terhakis Akhlak

Inilah punca dan sebabnya saya tidak mahu memberikan ‘tabik spring’ kepada mereka. Omongan kosong, hebahan media mempamerkan keperibadian mereka sangat berakhlak, berkarisma, pemurah, bertanggungjawab, berjiwa rakyat seolah-olah hancur dihempap bagunan bagai gempa bumi yang melanda Padang, Indonesia.

Saya tahu ini bukan kali pertama, sebelum-sebelum ini bahkan lebih dahsyat.

Ketibaan ‘samseng’ berambut perang, melilit kain merah di lengan, berantai, berseluar pendek dan memakai baju berlambangkan sebuah parti politik sudah cukup menggambarkan bahawa peristiwa tetakan parang di kepala dan amukan adalah BENAR.

Apakah sesuatu yang baik jika seorang individu yang mengaku beragama Islam menayangkan punggungnya? Kemaluannya? Menunjukkan simbol lucah? Memaki hamun persis anak-anak kecil belum mumayiz?

Oh, akal mentah paras lutut juga tidak mampu menerima kenyataan ini! Moga kalian faham apa yang ingin saya sampaikan.

Pilihanraya pada asal hukumnya HARUS, namun akan menjadi HARAM jika wujud perkara-perkara HARAM di dalamnya. Jelas.

Media Yang Tidak Beramanah

Mahu tergelak besar apabila saya membaca komen Facebook setelah saya menulis tentang samsengnya mereka. Lain yang berlaku, lain pula yang dihebahkan di media.

Sudah mangli, mual dan basi!

Ingat, ada hadis mengatakan sesiapa yang tidak beramanah bakal tergolong di dalam golongan orang-orang munafik.

Sebelum saya merasa bertambah jijik, mari kita menghayati bait sajak dari Saidina Ali KW sebagai penutup entri:

“Kerana lidah tertarung,

Meninggalnya pemuda..

Tertarung kaki tiada mengapa,

Kerana lidah hilanglah kepala..

Luka di kaki sembuh seketika.”

9:34 AM, 14 Oktober 2009,

09200, Kupang.