Biasanya apabila saya tinggalkan blog tanpa sebarang tulisan, pasti akan diberitahu sebab dan asbabnya mengapa menghilangkan diri. Namun untuk kali ini, saya tak berkesempatan melakukan sedemikian rupa.
Memandangkan selama 4-5 hari kebelakang beberapa masalah dan kesibukkan menghimpit saya. Ketiadaan internet akibat masalah teknikal dari admin (kawan arab) menyukarkan saya untuk mengaktifkan blog FRC dengan kadar segera. Hanya beberapa pengunjung sahaja yang sempat saya khabarkan mengenai hal ini.
“Tak meniagake?” Soal rakan seperjuangan.
“Ana meniaga tapi tumpang menu dekat gerai UBM (Unit Bait Muslim), nak ambil tender dah habis. Terlewat.” Balas saya sedikit hampa.
Pada asalnya seperti hilang selera untuk berniaga di bazar program EMINENT ’10, tetapi akhirnya berubah fikiran selepas diberitahu saudara Fadhil Nor bahawa masih mempunyai satu menu kosong. Kesempatan itu saya gunakan untuk menjual resepi masakan Ayam goreng berempah – ditukarkan menu kepada Nasi kerabu ayam berempah atas sebab-sebab tertentu.
Alhamdulillah, keuntungan mengatasi modal. Tak menang tangan hingga kepenatan. Malah menerima gerai terbaik hasil pemerhatian juri-juri rahsia. Saya tak mengharapkan sebarang kemenangan. Cukuplah rezeki dari Allah Subhanahu wata’ala sebagai hadiah istimewa setiap hari yang dilalui.

