Faridrashidi.Com » Athies

Jelajah Sinai: Merentasi Terusan Suez
Perjalanan kedua diteruskan setelah perjalanan pertama terhalang dek kemalangan yang berlaku.

Bas terus menyusur laju melalui jalan raya lurus tanpa halangan. Gelap semakin beransur hilang dimamah panahan silauan mentari yang menampakkan diri. Cahaya fajar pagi itu menyimbah pepasir gurun gersang sehingga menerbitkan cahaya keemasan.

Berkelip kekuningan warnanya. Dan jauh di sudut sana kelihatan timbunan pasir membentuk bukit-bukit kecil. Ianya hasil pusaran angin sahara yang selalu berhembus. Sekejap tenang, sekejap kencang.

Tompokan hijau tumbuhan renek padang pasir begitu menarik, secocok antara warna pro dan kontra. Subhanallahil Azim!

Entah berapa kali saya terlentok di kerusi bas yang agak lembut itu. Mimpi bersilih ganti selepas 4-5 jam perjalanan. Terasa sengal dan kebas akibat duduk yang terlalu lama. Mujurlah sempat kami berhenti rehat dan bersolat subuh di salah sebuah restoran yang mempunyai surau untuk bersolat. Di situ juga kelihatan beberapa buah bas persiaran yang membawa pelancong asing pelbagai pelusuk benua dunia berehat.

Kelibat beberapa susuk tubuh warga barat mengundang suasana kurang enak pada penglihatan mata. Berasrama tidak mengenal tempat walaupun saya tahu mereka itu golongan Kristian dan Athies.

TERUSAN SUEZ

“Kita akan melalu terowong suez.” Musyrif kami, Ustaz Atha’ membuat pengunguman melalui corong pembesar suara yang disediakan di dalam bas.

Beliau juga menerangkan asal usul dan sejarah berkaitan terowong dan Terusan Suez sejak ianya mula dibina. Selain itu, kami juga turut disediakan buku maklumat sejarah tempat-tempat yang bakal dilawati. Saya terus tunduk mengamati dan membaca info ringkas berkaitan pembinaannya.

Terusan Suez ini adalah satu satu perhubungan laut terpenting kerana ianya berjaya menghubungkan antara dua benua, iaitu eropah dan asia tanpa perlu untuk belayar melingkungi benua afrika. Pembinaan terusan ini bermula semenjak tahun 1859M dan ianya siap dibina pada tahun 1869M. Mengambil masa selama 10 tahun pembinaannya.

Idea cetusan membina terusan ini dilaksanakan oleh seorang jurutera Perancis bernama Ferdinand de Lesseps yang mahu menghubungkan antara Laut Merah dan Laut Mediterranean agar perhubungan laut lebih cekap dan pantas.

Di bawah terusan ini terbina lorong jalanraya sepanjang 2 km serta sedalam 56 kaki bagi menghubungkan antara barat dan timur Mesir. Laluan inilah yang menghubungkan lebuhraya Kaherah ke kedaerahan Semenanjung Sinai. Pada tahun 1967M terusan Suez ini menyaksikan pertembungan antara Mesir dengan Israel dan akibatnya, ia ditutup buat sementara waktu.

Darah-darah pejuang Islam dan Yahudi bergelimpangan demi merebut sebuah daerah yang berharga. Bahkan menurut perancangan Yahudi Zionisme, Semenanjung Sinai adalah sebahagian tanah yang akan mereka takluki bagi memenuhi impian melaksanakan Orde Dunia Baru.

Saya termenung sejenak memikirkan sejarahnya. Pandangan dilontarkan ke luar tingkap bas sejurus memasuki ke terowong bawah terusan suez itu. Sesekali wajah terbias cahaya kuning keemasan hasil silauan neon kuning yang siap terpasang di sepanjang terowong.

Gema lantunan bunyi kenderaan membingitkan corong telinga.

Sesekali hati merasa kagum dengan binaan canggih negara penjajah itu, namun di sebalik kekaguman terselit rasa kecewa, geram dan kasihan.

Anda harus tahu tentangnya.

INTIPATI PEMBINAAN TERUSAN SUEZ

Bas bergerak keluar melalui terusan itu. Lantas persekitaran berbalam-balam kelam kembali terang diterangi cahaya mentari pagi. Saya memanjangkan leher melihat ke sebelah kanan bas memandangkan kedudukan saya di kerusi sebelah kiri. Ingin melihat suasana terusan melalui permukaan laut. Benarkah ianya begitu sibuk seperti yang diperkatakan dunia.

Ternyata, terusan itu sememangnya dipenuhi kapal-kapal kargo gergasi yang berlayar. Kapal-kapal itu menambahkan rasa kagum saya pada ciptaan Allah SWT. Kerana kisah bahtera Nabi Nuh a.s itu juga telah disebutkan Allah SWT menerusi ayat:

42. (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka Dalam ombak Yang seperti gunung-ganang.

Musyrif kami juga ada menyebut berkenaan teknik pembinaan yang digunakan sewaktu membina Terusan Suez. Keseluruhan pembinaannya menggunapakai tenaga manusia yang ramai. Dan di kalangan tenaga manusia itu adalah warga Mesir yang miskin dan Muslim.

Hal ini meragut kekaguman saya pada seni bina Terusan Suez oleh Perancis sang penjajah itu. Tapak itu rupanya dibina atas kerahan keringat-keringat petani muslim tanpa berbayar!

Saya terus mencari maklumat tambahan berkenaannya. Terbukti, di dalam Atlas Tarikh al-Alam al-Qadim wal Ma’asir  berbahasa arab turut menyebut tentang sistem paksaan yang diamalkan mereka. Golongan-golongan petani muslim dikerah untuk membina terusan itu sehingga siap tanpa bayaran gaji setimpal.

Oh, perkara ini mengingatkan saya tentang kerahan tenaga yang dilakukan Firaun ke atas penduduknya demi membina sebuah keangkuhan. Iaitu Piramid. Simbol kepada sebuah keegoan sang laknatullah yang mengaku Tuhan. Akhirnya hanya menjadi patung mumia yang diletakkan di muzium sebagai pameran umum.

Ya, umat Islam harus membayar harga yang tinggi jika menjadi umat yang ditindas. Percayalah, tak terbayar kehinaan itu dengan monumen sebuah keangkuhan mereka sampai bila-bila!

2:30PM, 28 Januari 2010,

Siberbay, Tanta.