Jelajah Sinai: Merentasi Terusan Suez

Category : Diari Penulis, Fakta Umum, Jejak Kembara, Tazkirah

Perjalanan kedua diteruskan setelah perjalanan pertama terhalang dek kemalangan yang berlaku.

Bas terus menyusur laju melalui jalan raya lurus tanpa halangan. Gelap semakin beransur hilang dimamah panahan silauan mentari yang menampakkan diri. Cahaya fajar pagi itu menyimbah pepasir gurun gersang sehingga menerbitkan cahaya keemasan.

Berkelip kekuningan warnanya. Dan jauh di sudut sana kelihatan timbunan pasir membentuk bukit-bukit kecil. Ianya hasil pusaran angin sahara yang selalu berhembus. Sekejap tenang, sekejap kencang.

Tompokan hijau tumbuhan renek padang pasir begitu menarik, secocok antara warna pro dan kontra. Subhanallahil Azim!

Entah berapa kali saya terlentok di kerusi bas yang agak lembut itu. Mimpi bersilih ganti selepas 4-5 jam perjalanan. Terasa sengal dan kebas akibat duduk yang terlalu lama. Mujurlah sempat kami berhenti rehat dan bersolat subuh di salah sebuah restoran yang mempunyai surau untuk bersolat. Di situ juga kelihatan beberapa buah bas persiaran yang membawa pelancong asing pelbagai pelusuk benua dunia berehat.

Kelibat beberapa susuk tubuh warga barat mengundang suasana kurang enak pada penglihatan mata. Berasrama tidak mengenal tempat walaupun saya tahu mereka itu golongan Kristian dan Athies.

Continue Reading

45 visitors online now
45 guests, 0 members
Max visitors today: 59 at 06:00 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC