Header image

Saya bersama rakan-rakan tiba di perkarangan pejabat Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah sebelum tengahari hari. Sengaja saya, Ibrahim dan beberapa orang teman bergerak awal dari Tanta supaya urusan cepat diselesaikan. Tetapi sangkaan saya meleset. Ada beberapa perkara yang merimaskan rasa hati hingga mengundang detik berlalu begitu saja.

Sungguh, manusia hanya meracang, Allah SWT jua yang menentukan.

Van tumpangan kami tersangkut perjalanannya di Abut. Pemandu secara tiba-tiba membelok kenderaan dan berhenti di perhentian Abut. Sedangkan jarak antara Abut dengan Ramses agak jauh.

(more…)

‘ORANG DALAM’ DI ZAMAN KHALIFAH PERTAMA

Ketika bergelodak jiwa dan suasana umat saat perginya Habibil Mustafa Muhammad Rasulullah SAW, maka bangkitlah Khalifah dunia Islam pertama – Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Kecelaruan dan kebingungan manusia menjadi-jadi. Gejala murtad terus-terus meletus di sana sini.

Bergempita alam menanggung kesedihan pemergian kekasih Allah SWT.

Puak-puak riddah ini sengaja menonjolkan diri dengan melakukan penentangan terbuka kepada Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Antaranya ialah Musailamah Ibn Habib atau lebih dikenali dengan gelaran tersohornya Musailamah al-Kazzab – si pengkhianat mengaku Nabi. Walhal pada asalnya, beliau adalah salah seorang lelaki dari kalangan suku Bani Hanifah yang telah memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW.

Namun selepas itu beliau menjadi dalang kepada sebuah pemberontakkan dan akhirnya membawa pengikutnya yang murtad melawan pejuang Islam di zaman Khalifah Abu Bakr as-Siddiq. Penangan orang dalam itu tidak lama – beliau di bunuh oleh salah seorang pejuang Islam bernama Wahsyi (Wahsyi ketika zaman jahiliyyah pernah membunuh Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib r.a dengan lembingnya).

(more…)

“Alhamdulillah, selesai.” Tertulis status yang saya pamerkan di Facebook.

“Syukur alhamdulillah… Sakit dah ok ke farid?”

“Apa yang selesai, makan kot” Komen ini membuatkan saya tersenyum sendiri.

“Salam… Mesti lega hati selepas berjuang… Yang lain itu diserahkan pada Yang Maha Esa…”

Kelihatan beberapa balas komen dari para komentator selepas beberapa ketika. Saya berterima kasih atas perhatian yang diberikan.

Sebelum ini saya telah menulis entri Berlari Melihat Pelangi Senja sebagai pemberitahuan bahawa blog FRC dibekukan selama 10 hari. Selama 10 hari saya tidak menulis sesuatu di sini, bukanlah bererti saya terus menyepi diri. Bahkan ada ketika saya turut membalas komentar yang tersenarai di kekotak halaman bawah.

JAWAPAN BISU

Menjawab persoalan yang dilontarkan, pertama sekali ingin saya sebutkan bahawa ‘selesai’ yang dimaksudkan bukanlah keseluruhannya. Kerana misi menggapai matlamat dan cita-cita bukan secepat 10 hari, tetapi mungkin lebih dari itu. Adakalanya mencecah tahun. Kesabaran sangat diperlukan saat itu.

(more…)

Kami tiba di Mator Kaherah (Lapangan terbang antarabangsa Cairo) lebih kurang jam 12:30 malam setelah bertolak daripada Tanta Gharbiah selama 2 jam perjalanan. Suasana lapangan terbang itu kelihatan masih lengang dari kesesakan pengunjung. Kebiasaanya ia penuh dan sesak.

“Luas dan cantik lapangan terbang baru ni..” Bisik saya sendiri.

Lapangan terbang baru itu baharu saja siap dibina menggantikan yang lama. Ianya lebih luas, selesa dan canggih berbanding sebelumnya. Nyaman hasil hembusan air-cond.

Seusai mengangkut barang ke atas troli, saya bersama ahli bait dan Zulkarnain memasuki ruang menunggu. Zulkarnain pulang bercuti setelah setahun setengah mendiami bumi Badhawi dan menjadi teman serumah. Atas kapisiti itu, saya bertanggungjawab untuk menghantarnya pulang.

Kami selesa menunggu di ruang kerusi yang disediakan. Kelibat pelbagai bangsa adalah pemandangan biasa jika statusnya international.

(more…)

Bahtera belayar meredah samudera
Mula pelayaran paksinya bintang
EMINENT ’09 kembali menyatu saudara
Bertaut kasih resah menghilang

Program Mega EMINENT Dewan Perwakilan Tanta (DPMT) kembali menjengah tiba pada tahun ini. Bermula 8 mac 2009, program ini membuka lembaran baru warga Tanta kerana Berjaya menggabungkan mahasiswa/wi dari kalangan Pelajar perubatan dan Al-Azhar. Pelayaran satu kapal memuatkan pelbagai penumpang itu sudah tentu memberikan ketumbukan yang padu serta jitu untuk merealisasikan sebuah ikatan perpaduan bermula dari akarnya.

Perihal EMINENT ‘09

Pada tahun ini, saya sekali lagi mendaftarkan diri sebagai peniaga di Bazar EMINENT ’09 untuk sama-sama mengimarahkan program tahunan DPMT. Di samping itu, saya juga diberi taklifan sebagai Timbalan Pengarah Penerbitan, lalu membuatkan setiap detik hari-hari yang dilalui begitu berharga untuk terbuang begitu sahaja.