Header image

“Duit ni kalau boleh beli kitab..” Cadang Doktor Azhar. Beliau menghulurkan cek bernilai rm500 kepada saya sebelum tiba di Mesir.

Saya hanya diam mengangguk. Ayah turut menyetujuinya. Doktor Azhar merupakan kenalan ayah sewaktu sama-sama menuntut ilmu di India suatu ketika dahulu. Kini, beliau mempunyai beberapa buah Poliklinik di sekitar daerah negeri Kedah.

“Bukan apa, beli kitab tak habis, kalau beli makanan (atau benda) lain habis cepat..” Pesannya lagi.

Saya simpan kemas pesanannya. Tahun pertama saya berada di Mesir, saya telah menunaikan permintaannya. Maka atas dasar itulah rak-rak buku saya dipenuhi beraneka kitab turath (klasik) dan muasarah (moden) yang ditulis oleh ulama’ silam dan masa kini. Hampir LE10,ooo harga harta saya itu.

KITAB ITU HARTA SAYA

Buku pertama ketika saya tiba di ibukota – Kaherah, ialah kitab Nihayatul Sul Syarah Minhaj al-Wusul ila Ilmul Usul, Qadhi Nasiruddin al-Baidhawi dan di syarah oleh Jamaluddin Abdul Rahim Ibn Hasan al-asnawi. Turut dibeli ialah kitab Nizham as-Siyasah fil Islam oleh Doktor Abdul Aziz Izzat al-Khayyat.

“Kitab nihayatul sul digunakan oleh al-Azhar.” Cadang Yamin (salah seorang rakan di Kaherah) ketika belum dihantar ke muhafazah Tanta.

(more…)

Berhampiran rumah sewa saya di Siberbay terdapat beberapa buah sekolah. Sekilas pandang melihat, seakan-akan sekolah menengah. Tetapi sebenarnya ia adalah sebuah sekolah rendah biasa.

Saya seringkali akan melalui lorong berbatu berhampiran sekolah berkenaan untuk menuju ke kuliah al-Azhar, Tanta. Bila memandang logo sekolah itu, mengingatkan saya akan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Sungai Petani, Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal, Sabah dan Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Baling Kedah. Ketiga-tiga buah sekolah itu pernah melakarkan sejarah hidup tersendiri, dan saya pernah melalui zaman kanak-kanak bersama guru-guru di sana.

Simbol api obor  mewarnai lakaran logo. Hanya mereka yang mereka cipta tahu makna logo itu.

Sekolah rendah yang tersergam di tengah-tengah perkampungan Siberbay itu tarafnya biasa-biasa saja. Ada pintu besi setinggi penjara di Malaysia, ada bangunan bertempekan debu, ada bangunan kelas-kelas dan sudah tentu ada pelajar-pelajarnya.

Meliziii!! Bongga, bongga!” Jerit budak-budak di jeriji tingkap besi memanggil kami. Istilah yang menyakitkan hati itu seolah-olah sudah menjadi nasi basi buat telinga mendengarnya. Entah apa yang dimaksudkan dengan panggilan ‘Bongga-bongga’ itu.

(more…)

Protected: Hulurkan Kasihmu

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Pemberitahuan - (Enter your password to view comments.)

This post is password protected. To view it please enter your password below: