Header image

Pesawat Egyptair terbang membelah awan dan langit biru. Lapisan awan itu kelihatan membentuk gumpulan-gumpulan besar seakan seekor raksasa besar yang terapung. Pesawat terus merentasi benua India menuju ke daerah Asia Tenggara setelah mendarat di perhentian Airport Mumbai.

Kerlipan neon jingga mewarnai bumi Malaysia dari kejauhan. Saya merenung panorama malam di sebalik tabir kaca tebal. Tertera di skrin hadapan bahawa suhu udara di luar pesawat telah menurun ke paras 15°C -17°C berbanding ketika melalui benua timur tengah dan India yang mencapai angka -50°C. Suhu yang mampu mematikan manusia serta merta tanpa perlu kepada permulaan simpton!

Di sebalik awan malam yang berlindung pada paras ketinggian 8000M, fikiran saya sedikit terganggu. Dada berdebar-debar memikirkan hari-hari mendatang di tanahair sendiri. Asakan tekanan udara pesawat yang semakin rendah menambahkan lagi debaran selama 13 jam perjalanan di udara.

(more…)

Selama sebulan saya membuat perancangan untuk pulang ke Malaysia. Serata furu’ dijelajah semata-mata mahu mencari barangan untuk dibawa pulang ke tanahair. Dari utara Mesir, Port Said menuju ke Zaqaziq, Zaqaziq ke Mansurah, Mansurah ke Kaherah. Setiap hari padat dengan jadual agar masa digunakan semaksimum mungkin.

“Enta dan balik bila? 24 ke 25?” Tanya rakan melalui talian telefon.

“Ana balik 25 pagi bertolak, kiranya 24 malam sudah ke lapangan terbang.. Insya’Allah” Jawab saya.

Saya juga membuka peluang kepada rakan-rakan di Malaysia untuk tempahan barangan Mesir beberapa minggu sebelum dijadualkan bertolak pulang. Alhamdulillah, permintaan memberangsangkan. Pelbagai jenis barangan yang sempat saya beli antaranya jubah lelaki dan wanita, tudung turki, tudung subarji, stokin, habbatus barakah, buah tin, kurma, kismis dan pelbagai jenis barangan lain lagi.

(more…)