Header image

“Itu nama ‘Mohd’?” Tanya Syeikh Ahmad sewaktu melihat saya memakai jaket yang tertulis nama di sebelah kanan.

“Ya, tulis ‘Mohd’ tapi asalnya kalimah ‘Muhammad’.. mungkin dahulu orang tidak tahu tentang ini.” Jawab saya.

“Yakni nama yang disingkatkan dari ‘Muhammad’.” Tambah Mazwan pula. Rakan seperjuangan yang bersama hampir setiap pagi bertalaqqi di rumah Syeikh Ahmad.

“Bagaimana kalau seperti di dalam kitab tertulis nama Nabi Muhammad ‘SAW’?” Tanya saya kepada Syeikh Ahmad bagi mendapatkan kepastian. Sememangnya di dalam sesetengah kitab dan buku berbahasa melayu tulisan Salallahu Alaihi Wasallam disingkatkan menjadi ‘SAW’. Ini termasuklah sebarang artikel yang tertulis di sini (FRC).

“Sebaiknya sebutan penuh.”

Perkara ini juga pernah disentuh oleh al-Fadhil Syeikh Ahmad ketika kuliah pengajian di suatu petang.

“Jika tulisan SAW itu ditulis kemudian kitab itu dibuang ke merata, jadi tidak boleh seperti itu.” Begitulah serba ringkas kata-katanya membahaskan tentang penggunaan tanda selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perkara ini juga menjadi persoalan dalam ruangan komentar artikel sebelum ini, ‘Rahsia Kalimah Muhammad SAW’.

(more…)

Al-ilmu laisa fil haya’ (Ilmu tidak boleh malu)” Kata Syeikh Ahmad Muhammad al-Hussaini Ahmad al-Maddah lewat pengajian talaqqi yang diadakan di Masjid Mustafa. Pengajian talaqqi yang dijalankan hampir setiap hari seusai solat maghrib sehingga isya’ itu merangkumi pelbagai kitab dan subjek. Terisi juga waktu-waktu lapang cuti fasal kuliah.

Daripada Aisyah r.anha berkata: “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar kerana perasaan malu tidak menegah mereka untuk mendalamu (bertanyakan hal-hal yang berkaitan) ilmu agama.”

Antara kitab-kitab yang diajarkan kepada kami ialah kitab Sirah Syifa’, Tafsir Jami’ liahkam, Fathul Bari Bisyarah Sohih Imam Abi Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Fiqh Wadih, Kitab Tasawuf Munqiz Minaddalal dan Kitab Hadis Sahih Muslim Syarah Imam Nawawi.

Laksana mencurah-curahnya hujan dari langit mendung ke hamparan bumi gersang. Air segar itu memadamkan debu-debu yang berterbangan semusim berlalu. Menghilangkan bau-bau tanah yang merindui simbahan gemawan. Lantas mengipuk semaian serta menumbuhkan lapangan menghijau.

(more…)