“Dah dekat setahun dok cari theme, tak jumpa-jumpa..” Kata saya kepada Ahmad Rushdi.
“Kalau ada pun mesti ada masalah.” Saya menyambung bicara. Teh panas dan roti fino siap di atas meja. Menjamah roti dan menghirup teh panas di kala musim dingin begitu mempersonakan minda.
Saya seringkali ke rumahnya jika terdapat sebarang masalah blog samaada berkaitan aplikasi penggunaan, css mahupun design. Bantuan beliau banyak membantu dalam pembinaan blog Faridrashidi.Com (FRC) sehingga kini. Terima kasih.
PERCUBAAN THEME WORDPRESS
Semenjak saya menggunakan domain berbayar sehingga kini bermacam jenis theme pernah dicuba, namun ianya tidak kekal lama. Pasti ada masalah teknikal pada lampiran blog samaada di sebelah pihak saya mahu pun pembaca.
Justeru, untuk kali ini saya mencuba theme MiniMag untuk percubaan pertama kalinya. Theme ini juga sudah diubah suai mengikut citarasa yang diimaginasikan pemilik blog. Namun begitu, saya sebenarnya masih baru dalam dunia reka bentuk grafik Adobe Photoshop, dan masih memerlukan tunjuk ajar dari semasa ke semasa. Kredit buat saudara Fahmi Md Yusop dan juga Ahmad Rushdi atas tunjuk ajar.




