Header image

SATU

Malam itu saya bersama beberapa orang rakan menjejakkan kaki ke rumah Ustaz Aiman yang terletak berhampiran jalan utama ke Mahattah Siberbay. Ustaz Aiman merupakan rakan dikalangan arab Mesir yang saya kenali melalui perantaraan sepupunya Ahmad. Beliau sudah pun mendirikan beberapa tahun yang lalu.

“Berapa jumlah kos enta kahwin semuanya?” Saya cuba mengutarakan soalan setelah beberapa detik berbual dengannya.

Halim dan Fadhil yang turut bersama saya berziarah pada malam itu kelihatan seolah-olah memikirkan sesuatu. Mungkin cuba menyusun persoalan dan ayat barangkali.

“60 ribu semuanya, dan kos ini termasuklah segala barangan yang dibeli untuk melangsungkan majlis perkahwinan..” Jawabnya dengan bahasa fushah yang lancar dan sedap didengari. Mustahil beliau tidak boleh berbahasa arab fushah memandangkan beliau seorang guru lughatul arabiah dalam bidang adab (sastera) dan nahu saraf. Beliau juga berkemahiran mengajar subjek Al-Quran bertajwid.

(more…)

Segala persiapan sudah pun disiapkan dua hari sebelum berlangsungnya majlis walimah. Perkakasan seperti periuk besar, dapur gas, pembakar roti, mesin menguli tepung dan pelbagai alatan lain turut diangkut bersama. Rumah saya telah dijadikan tempat pemprosesan makanan jamuan untuk para tetamu.

Mengimbau kenangan di tanahair, jika kenduri kahwin akan diadakan persiapannya sudah makan berbulan-bulan lamanya. Bermula mesyuarat bersama ahli keluarga dan orang besar kampung sehinggalah kepada aktiviti membuat kerisik serta gotong royong mendirikan balai ataupun khemah kenduri. Tidak kurang juga golongan hawa sibuk menyediakan bunga telur dan juga kuih muih. Baiklah, itu cerita versi melayu.

Berbalik kepada kisah versi arab pula.

Untuk pertanggunjawaban tugas memasak makanan, tiga pekerja di kalangan warga tempatan diamanahkan untuk melaksanakannya. Seorang lelaki berbadan agak besar kelihatan seperti seorang ketua chef masakan, manakala 2 orang lagi dilihat turut cergas membantu.

“Kawe tengok arab ni dah dua hari dok masok rilex jah, street masok dari pagi sapa pete..” Saya membuka cerita. (more…)