Pengenalan
Segala pujian bagi Allah SWT yang telah menciptakan makhluk berkata-kata dan yang melata di permukaan bumi ini. Kehebatan, keagungan yang tiada tara itu memberikan kemudahan dan kenikmatan kepada manusia untuk berinteraksi serta menyampaikan buah bicara demi Islam tercinta.
Tidak dilupakan juga sejambak selawat serta salam buat pesuruh Allah SWT yang dimuliakan-Nya, Muhammad Rasulullahhi sollallahhu alaihi wassalam dan para keluarga, sahabat baginda SAW .
Siapa Faridrashidi.Com?
Sebelum berbicara lebih lanjut, saya ingin memberikan sebuah senyuman kepada semua pengunjung blog Faridrashidi.Com bersama pengenalan diri. Moga senyuman itu diberi pahala sedikit oleh Azza Wajalla tanpa mengundang fitnah berbahaya.
Selamat datang dan Ahlan Wasahlan saya ucapkan kepada semua pengunjung samaada yang sudah lama dikenali semenjak saya menulis di http://www.ibnurashidi.blogspot.com ataupun yang baru sahaja mengenali hasil penulisan saya.
Moga penulisan di blog ini serta tindak balas pandangan kalian diberikan ganjaran sewajarnya oleh Allah SWT.
Detik Kelahiran
Ketika mentari menegak di atas kepala, ketika itu jugalah lahir seorang bayi lelaki seberat lebih kurang 3.5 kg. Pada jam 1.15 petang waktu tempatan bertarikh 3 Mei, saya mula menghirup udara dunia dan merasa iklim khatulistiwa. Kelahiran saya bukanlah disambut dengan sebuah keraian yang bergempita, tidak juga disambut dengan emas dan permata. Tetapi disambut dengan sebuah rasa kasih sayang seorang ibu yang tiada tolok bandingnya. Dibesarkan dengan penjagaan Ayah tanpa rasa jemu dan bosan melayan karenah.

Mohd Farid bin Md Rashidi Abas nama yang diberikan oleh kedua orang tua saya membawa maksud ‘permata’ dan ‘tunggal’ itu sudah cukup berharga buat saya sebagai seorang anak kedua. Cukuplah nama yang baik menjadi taruhan berbanding segunung permata yang melalaikan jiwa.
Kesederhanaan hasil didikan kedua orang tua saya mengundang rasa untuk terus berdikari bila kaki menginjak dewasa. Dengan kesederhanaan itulah saya mengenal apa itu rumah beratap rumbia, nasi berlaukkan ikan tamban masin, berulamkan pucuk mengkudu pahit dan menjiwai erti sebuah kesusahan.
Ternyata, saya sangat bersyukur bila dapat merasai kehidupan sederhana begitu. Mengapa? Ya, terkadang hidup kita tidak selalu cerah bukan? Jadi alangkah indahnya jika kita pernah merasai erti kesusahan agar lebih bersedia menghadapi hari-hari mendatang.
Pernah suatu ketika, saya menangis di riba emak kerana tidak tahan telinga mendengar leteran ayah akibat saya tidak mampu mengenal huruf muqaddam dengan baik berbanding abang sulung. Kata ibu saya dahulu seorang yang keras lidah ataupun ‘telo’ ketika berbicara.
“Jalan kroh tona-tona.. (Jalan nak ke Kroh, berliku-liku) ” Ajuk nenek dan datok bila terkenang usia kecil saya.
Dalam mendidik anak-anak, emak dan ayah tidak pernah jemu menyelitkan unsur agama sebagai asas untuk hidup. Begitu juga keperluan pendidikan, mereka sanggup bersusah payah mengikat perut hanya semata-mata mahu melihat anaknya berpendidikan, bukan hanya tahu membaca dan mengeja malah lebih daripada itu pengharapan mereka.
“Lisanun lidah, anfun hidung, uzunun telinga, sya’run rambut, lehyun janggut…” Nyanyi emak sehingga kini masih berbisik ditelinga saya. Bernyanyi-nyanyi syahdu. Serasa begitu segar sekali bicaranya mengajar saya ketika usia menginjak pra-sekolah.
“Ayah nak, bukan setakat jadi macam ayah.. tapi lebih pandai dari ayah lagi..” Pesan ayah buat kami adik-beradik suatu ketika dahulu.
Emak semenjak saya kecil lagi, beliau adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa, malah sehingga kini masih memegang status suri rumah tangga. Namun begitu, emak saya tetap saja bertungkus-lumus membantu keluarga dengan menceburkan diri dalam bidang perusahaan perniagaan dan sebagai seorang penoreh getah.
Bercerita tentang pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu membuatkan kelopak mata saya menakung manik-manik mutiara jernih. Acapkali ianya gugur menitiskan sebuah kepiluan yang membungkam rasa.
Emak saya bukanlah berasal daripada keturunan golongan bangsawan atau berada, malah mak tidak pernah menjanjikan sebuah kekayaan kepada kami sekeluarga. Tetapi watak mak sebagai seorang ibu dalam mendidik membuatkan saya lebih memahami erti sebuah kasih sayang berbanding harta dunia. Walaupun mak tidak menjanjikan sebuah kekayaan, tetapi mak mampu memberikan keselesaan kepada kami walaupun hatinya terguris duka melayan karenah anak-anaknya.
Pernah suatu ketika mak memarahi saya dan abang sulung kerana kami sering bertengkar malah bertumbuk-tumbuk mempertahankan egois.
“Bilalah mak nak tengok kamu berdua ni besar dan matang… tahu dan mampu berfikir dengan baik. Mak menangis malam-malam bukan kamu tahu..” Emak bersuara di sebalik dinding. Kata-kata mak menusuk tajam ke perdu atma. Membuatkan saya dan abang terdiam. Terkesima.
Terima kasih emak kerana mampu tabah dan sabar mendidik kami.
AYAH YANG DIHORMATI
Watak tegas sesekali dalam mendidik membuatkan saya mengenal erti seorang insan bernama lelaki. Ianya menyerap ke dalam sanubari saya untuk lebih mengerti watak seorang pemimpin. Setiap gerak-gerinya membuatkan saya terfikir sendiri, dan kadangkala sengaja dipertontonkan kepada anak-anaknya agar tahu mengabdikan diri kepada Ilahi selaku abid di muka bumi.
Pernah suatu ketika, seingat saya usia sekitar 7-8 tahun yang mana ketika itu saya pulang dari persekolahan harian sambil mengadu kepada mak berkenaan kerja rumah yang disuruh cikgu. Cikgu memberikan kerja agar melakarkan lukisan sebuah kereta dibuku latihan sekolah.
“Cuba suruh ayah tolong lukiskan..” Kata mak bila melihat saya seolah-olah sudah tenggelam punca untuk melakarkan lukisan.
Lalu ayah saya tolong lukiskan. Tetapi lukisan kereta yang tidak siap sepenuhnya. Selebihnya ayah menyuruh saya sambung dan lukis sendiri. Tegas sekali pendiriannya. Menangis-nangis saya mengadu kepada mak bila diperlakukan begitu.
Namun saya cuba dan terus mencuba walaupun hanya bantuan separuh lukisan itu. Saya cuba untuk berkendiri walau sukar dalam tangis. Berkat kesungguhan, acapkali cikgu ingin melakarkan sesuatu di papan hitam, pasti nama saya dipanggil kedepan. Rakan semua menuding jari kepada saya. Malah terpaksa pula berdiri atas bangku kerana tidak cukup ketinggian untuk melukis sesuatu yang besar di papan hitam. Maklumlah, alam sekolah rendah.
Jangan tidak percaya, saya dan abang pernah melukis kartun Ultraman di helaian kertas putih. Lalu menaiki basikal bersama kawan ke pekan semata-mata mahu ke kedai Photostat lukisan kartun Ultraman untuk dijual kepada rakan-rakan sekolah (Sekolah Rendah Taman Bersatu, Sungai Petani, Kedah). Cukuplah belanja seharian di sekolah bila memperolehi kepingan syiling 0.50 sen dan RM1 hasil jualan itu.
Saya tersenyum sendiri mengenang memori itu.
Ketika menjejaki usia 11 tahun, ayah menjadi guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di rumah. Waktu itu kami berada di Sabah negeri bawah bayu kerana ayah ditugaskan menjadi Imam Masjid UKM cawangan Sabah yang terletak di jalan Tuaran. Sebelum menjadi Imam ayah saya hanya bekerja sebagai pekerja kilang kayu dan kakitangan KEMAS. Bila mendapat peluang ke Sabah, ayah tidak melepaskan peluang itu.
Malah semenjak usia sekolah rendah lagi ayah selalu memperdengarkan alunan merdu suara Imad Raami, penasyid daripada negara arab Syiria. Mungkin kerana sebelum itu saya kerap mendengar lagu-lagu hindustan. Jadi sebagai langkah pencegahan awal, ayah menggantikan dengan lagu nasyid berunsur ketuhanan. Alhamdulillah.
Peristiwa hitam yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika ayah saya menjadi mangsa hasad dengki dan khianat oleh mereka yang membenci. Kisah itu juga berlaku ketika kami berada di Sabah. Usaha mereka menggunakan ilmu hitam itu adalah untuk membunuh ayah saya dengan penyeksaan yang perlahan-lahan. Tetapi kuasa Allah melebihi segala-galanya. Allah Maha Penjaga dan Raja segala Raja kepada semua makhluknya. Fahamilah erti kalimat ‘Kun Fayakun’ sebaik-baiknya.
Masih segar diingatan saya, sewaktu saya berjalan kaki mengikuti ayah untuk ke Masjid. Ayah memegang tangan saya sambil berjalan. Suasana malam berbalam-balam biasan cahaya neon malam mengiringi perjalanan kami sejauh 1 KM itu. Sambil memandang ke bintang yang berkelip di angkasa gelap. Ayah berkata perlahan.
“Nanti besar, jangan lupakan ayah ya..”
Angguk saya perlahan. Kata-kata itu membuatkan saya selalu hormati dan ingat ayah biarpun dimana saya menjejak. Ianya tetap utuh di dalam jiwa walau terkadang terasa luka guris kemarahan ayah.
Terima kasih ayah kerana mendidik saya menjadi seorang lelaki.
BIODATA PENULIS
- Pengajian awal, didikan ibu dan bapa.
- Tadika Kemas Kampung Asam Jawa, Baling, Kedah Darul Aman.
- Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu@Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. (Darjah 1-2)
- Sekolah Kebangsaan Darau Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. (Darjah 2-5)
- Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Kupang, Baling, Kedah Darul Aman. (Darjah 5-6 bersama peperiksaan UPSR)
- Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khairiah, Baling, Kedah. (Tingkatan 1-6 bersama peperiksaan PMR, SMRA, STAM)
- Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (KUSZA@UDM) – Pengkhususan dalam bidang Diploma Pengajian Islam Sejarah dan Tamadun Islam serta kursus ringkas Diploma Syariah Islamiah selama 3 tahun.
- Universiti al-Azhar cawangan Tanta – Pengkhususan dalam bidang Ijazah Syariah Islamiah.
Faridrashidi.Com@2010
Universiti Al-Azhar Tanta
Update kali kedua pada Jam 10:36PM, 10 Mac 2010.


Assalamualaikum
srikandi kasih suci(Quote)
Wa’alaikumsalam.
Farid Rashidi(Quote)
salam…. hanya satu perkataan mampu saya tinggalkan ‘terharu’..
p/s: teruskan usaha ust.. ujian yang Allah timpakan pasti da ganjaran bahagia menanti… buat ust dan keluarga semua…
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Ya, bila membicarakan soal ibu bapa.. perasaan itu akan membaluti sanubari kita.
Terima kasih tak terhingga atas sokongan itu. Moga Allah memberi ganjaran pahala kepada kita semua. Apa yang penting.. Mardhatillah.
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Pengenalan ini benar-benar menyentuh perasaan. Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa yang berusaha sedaya upaya untuk memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anaknya.
Semoga tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran. All the best to you.
Bb Hussain(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Terima kasih atas sokongan, saya tahu kamu ke sini walau saya tak dapat menghidunya.
Syukran atas segalanya.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, akhirnya sempat sya melawat site farid ni.. Teruskan menulis, sememangnya bakat itu anda punyai dan asah dgn begitu baik..
Insya Allah pengalaman dan ilmu yang saudara kongsikan menjadi tarbiah buat semua..
Ayah dan Ibu, dua kalimah yang sangat berharga.. Tambah2 lagi sya sendiri sedang menghitung hari menanti kelahiran cahayahati.. Doakan semuanya selamat ya..
Semoga ini menjadi titik permulaan pada ukhwah kita..
Sya jua ingin memohon pandangan Farid mengenai nama bayi lelaki/perempuan yang baik maksudnya.. Boleh ya..
Jumpa lagi..
Salam Ukhuwah..
Ayah Wan(Quote)
Slm,
Terperinci sungguh cerita akhi Farid mengenai diri dan pengalaman yang ditimba selama ini. Blog yang sangat menarik dah mempunyai input yang sangat bagus untuk dibaca oleh para pengikut blog.
Mazuin
mosjc(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Jemputlah bertandang lagi! Sekali baca belum tahu, dua tiga kali baca tentu lebih tahu.
Farid Rashidi(Quote)
Salam..
betul, keluarga selalu menjadi priority dalam hidup saya.
banyak perkara yang masih kekal dalam ingatan saya bersangkut paut dengan keluarga.
Saya selalu mengimpikan untuk sentiasa berada di sisi emak dan abah selagi mereka masih hidup ni. Tapi, itu hanya perancangan saya, Allah yang maha berkehendak. 4 tahun saya berkelana di negeri orang untuk degree program ni..saya harap saya dapat pulang menjaga emak dan abah yang semakin tua dan tak berdaya tu apabila berada di alam kerjaya nanti. insyaAllah.
betapa saya impikan masa kanak2 saya dulu, pada masa emak dan abah masih mmpu melayan kerenah saya. rindu emak dan abah!
Hurin(Quote)
salam ziarah..
mntop intipati sajian blog ni..
moge teruskan panahan kalam ust..
slmt berjuang.. barakallahu.
simple-shida(Quote)
Salam,
Biasa-biasa saja. Saya perasan macam nama simple-shida pernah wujud dalam organisasi ukhwah.com. Adakah benar?
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
T.K ziarah blog sy.
Semoga menjadi anak yang baik,
ingat ibu ayah..
…menarik !!
Ikan Emas(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Terima kasih Ikan Emas. Naman ini pun menarik!
Farid Rashidi(Quote)
salam alaik. naam, ana one of ahli biasa je dlm Ukhwah.com
now.. tampak lain skit Ukhwah.com tu.. since server etc yg berlaku.
apepun.. ana mmbers raudhah.com juge.. halaqah.net + iluvislam.com
i’m just a simple person.. known as simple-shida.
wallahu’alam..
simple-shida(Quote)
Assalamualaikum… Salam ukhuwah saudara Farid.
Syukran, singgah ke yunimaha5.. saya hanya melestarikan sedikit catatan andai dapat dimanafaatkan. Mungkin tidak sebaik catatn anda sendiri…ringkas, padat dan penuh pengertian.
semoga ukhuwah ini berterusan.. insyaALLAH.
Menyentuh hal ibu bapa ni..mungkin saya tidak beruntung saudara tapi Allah sudah memberikan mereka suatu yang tidak ternilai dgn apapun di dunia, maka selagi ada izinNYA..semoga kita dapat berbakti dgn mereka..
Maaf, saudara.. saya memang gemar mencatat, apabila dah mula sukar berhenti.. semoga sama-sama mendapat keberkatan…
Shima(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Terima kasih. Saya menanti kunjungan kalian sekali lagi. Untuk melontarkan pandangan bernas. Mana tahu ada manfaat tersembunyi.
Syukran.
Farid Rashidi(Quote)
Akum, salam perkenalan. Saya ingin sekali meminta tolong pada saudara. Itupun jika saudara tidak keberatan. Tolong membelikan hati unta untuk sakit lelah saya.
Rosli Samot,
Perak DR
Rosli Samot(Quote)
Salam ukhwah.. sahabat.
nuaeman(Quote)
salam ukhwah…
nhap(Quote)
syeikh.. anfun hidung.. famun mulut.. enta salah taip kot tu..
NoRuLLiSzA(Quote)
Allah,
Syukran atas pembetulan, memang tak perasan. Mujur ada yang nampak. Alfu syukran ya aneesa!
Farid Rashidi(Quote)
ahlan wasahlan..
tu pun penat ana kena ingat lagu yg selalu nyanyi tuk hapai time sek ren.. sbb ingat ana yg salah.. huhu..
NoRuLLiSzA(Quote)
assalamualaikum…
masyaallah…. tak sangka…inilah ustaz Farid yg pernah saya kenal dahulu. masih ingat lagi saya?? tatkala itu bulan Ramadhan juga… sekitar tahun 2004.
fatimahthahirah(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Saya kekeliruan. Maafkan saya. Jika ada maklumat yang lebih jelas mungkin saya lebih mengerti barangkali?
Farid Rashidi(Quote)
dlu kita pnh knl..
FATIMAHTHAHIRAH(Quote)
kenangan terindah..
fitrah(Quote)
Assalamualaikum semua.
Terharu dan terima kasih/tahniah Ust Farid, kerana memberikan penghargaan tertinggi untuk kedua ibubapa.
Kak Nisha(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Saya harap, kita semua mengasihi ibu bapa kita. Jangan lupa ya, kita juga adalah ibu bapa untuk anak cucu pula.
Farid Rashidi(Quote)
Membaca pengenalan ustaz ni membuat saya sebak. Namun, byk hikmah yg sy bisa ambil wp sy baru saja mengikuti blog ustaz ni. Kata-kata ustaz ni sedikit sebanyak membawa ingatan saya pd tunang saya yg juga telah kembali ke Malaysia setelah bertahun pengajian di Al-Azhar.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian yg saya tatap di sini mampu memberi unsur kerohanian & muhasabah diri kala diri & hati memerlukan tangan yang menunjuk jln yg betul.
mia-ina(Quote)
Apabila kamu yang membacanya terasa sebak, apatah lagi saya yang menulis. Saya tidak boleh menulis tentang ibu bapa – pasti akan bergenang air mata. Kesyahduan.
Jika ada waktu, datanglah ke sini lagi – pendapat kalian saya hargai.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
pengorbanan ayah ibu paling besar buat kita..memang tersentuh jiwa bila mengenangkannya..apapun semoga ust terus tabah dalam menghadapi cabran dan liku hidup ye..
Nur_Syahadah(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Terima kasih Nur Syahada, atas sokongan kepada FRC. Saya terharu.
Farid Rashidi(Quote)
Semoga sabat menyebarkan ilmu:)
qistina_ulya(Quote)
Semoga anda juga menjadi salah seorang penyebarnya. Marilah datang lagi jika kelapangan.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
ustaz, xda ke ruangan gmbar2 kenangan di Mesir… macam blog sebelum ni… kalau boleh, letak gambar banyak2.. hihi…
syukran…
Tronx013(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Ada, cuba lihat di ruangan Galeri Gambar. Dalam proses untuk meletakkan gambar banyak-banyak. Lihatlah!
Farid Rashidi(Quote)
salam alaik.
Tersentuh membaca cerita enta. Teringat kembali kenangan di zaman kecil ana. Kisah kita hampir serupa.
Teruskan perjuangan wahai sahabat. Semoga diberkati ALLAH selalu. InsyaALLAH
♥Aisyahumaira♥(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Entah mengapa ramai yang tersentuh membaca catitan ringkas ini. Mungkinkah kerana kasih sayang ibu bapa yang wujud di dalam diri? Ya. Syukur Ya ALLAH.
Jemputlah selalu ke sini untuk menyebarkan ilmu.
Farid Rashidi(Quote)
salam ziarah ya akhi…plot hidup kita tak banyak berbeza..terasa benar yang nta begitu mesra di hati ana, mungkin fikrah dan aqidah yang mengikat kita…salam ukhuwah dan dakwah dari Mu’tah, Jordan…
hasanhusaini(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Walaupun saya tidak mengenali saudara, tetapi tetap menyambutnya dengan senyuman ukhuwwahfillah.
Apa jua tindakan, jangan lari dari tali Allah SWT.
Moga selepas ini ada keterikatan lagi.
Farid Rashidi(Quote)
Salam…
Dah lama menjenguk blog ustaz..tapi baru pagi nie tgn ni gatal tekan page pengenalan…Ni la yg dikatakan jgn menilai siapa yg memberi tetapi nilai apa yg diberitahunya…Dah kutip ilmu baru nak kenal siapa ustaznya….Semoga sentiasa ada masa untuk menulis…InsyaAllah..
Nurana(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Terima kasih Nurana. Saya hanya insan biasa-biasa, menumpang kasih di muara dunia. Segalanya diharapkan agar perjalanan ini diberkati ALLAH.
Jemputlah memberi sokongan padu dan menyebarkan setitis ilmu.
Farid Rashidi(Quote)
salam ziarah..salam kenal
faizal(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Ya, selamat berkenalan dan menjadi sahabat.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz…terima kasih ziarah blog saya. Kalau ada info yang boleh dikongsi, sangat dialu-alukan, untuk kebaikan rakan-rakan mutazawwijin di sini. Passkan juga link blog saya kepada rakan-rakan ustaz ya. Syukran in advance.
Semoga ustaz juga terus mendapat ilham untuk menghasilkan artikel-artikel yang menarik
wassalam.
Ummu Alfateh(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Insya’Allah saya cuba untuk masukkan dalam kotak Sahabat FRC.
Terima kasih, jemput berkongsi pandangan.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz, terima kasih kerana ziarah blog saya yang hidup segan mati x mahu tu. Malu saya ngan ustaz.
Tersentuh hati saya membaca pengenalan ustaz. Semoga berjaya.
kak an(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Malu dengan Allah SWT lebih wajar. Saya juga seperti anda (Kak An).
Terima kasih saya ucapan. Kerana sudi ke sini. Jemputlah datang lagi ya.
Farid Rashidi(Quote)
Entah siapa mencadangkan blog ini samada tuan punya atau sesiapa saja…namun ucapan terima kasih buatnya….di sini sy menemui sesuatu yg saya cari…
tiza(Quote)
Terima kasih bertandang ke sini. Jika melihatkan nama, saya tidak dapat mengagak siapa anda sebenarnya. Apapun, ahlan wasahlan.
Sesuatu yang dicari? Mungkin boleh jelaskan kalau tak keberatan.
Farid Rashidi(Quote)
oh….blog saya..bertajuk “Yang Terindah”…
…. tiada apa2 sebenarnya…saya sekadar mencari kekuatan diri…hakikat cinta sebenar…. kerna sehingga kini saya belum menemui cinta dari seorang insan biasa….justeru matlamat hidup saya untuk mencintai insan lain kerana Allah semata2….dan mungkin insan2 yg pernah sy temui tidak memahami itu…dan kini saya pasrah dan redha dijalanNYA… insyaAllah.
tiza(Quote)
Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Kartun (2): Tiada Faedah Menderhakai Ibu Bapa
Salam.
Rentetan cerita yang menarik dan tersusun perjalanannya. Semoga menjadi anak soleh dunia akhirat.
Wassalam.
Cikgu Roha(Quote)
Salam…
Syukran atas kunjungan ke blog saya dan jemputan ke sini… alhamdulillah, kita kongsikan ilmu dan panduan yg ada… semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayahNya…
pengenalan yg memberi satu kesedaran tentang diri yang serba kekurangan… syukran atas perkongsian dan peringatan ini.. moga ukhuwah ini menjadi satu titi kepada pencarian ilmu yang berada di mana2…
syukran
Ruby(Quote)
Pingback: Nukilan Ayah Yang Mengajar Erti Tabah - Faridrashidi.Com
Bro… aku suka header image ada tulisan kau di blog ni.. sbb tulisan faridrashidi tu memang kena dgn background dan tema blog.. great design
Zuwairi Aiman(Quote)
ASSALAMUALIKUM USTZ. 2 MGGU SUDAH JUMPA AYAH ANTA KAT BALING, DLAM JALASAH DIAS PROMOTE, BUKU ANA PUN TRUS BELI… ANA TGGU BUKU KEDUA ANTA KATANYA ISU2 PERJUANGN MENEGAKKAN KHILAFAH PERSOALAN2 TENTANG HIZBUT TAHRIR?… ANA BARU BACA BUKU TRAVELOG DEBU DEBU KOTA 1000 MENARA. BETUL KE GAMBARAN SEBENAR MESIR 48% RAKYATNYA BUTA HURUF…. RAMAI ORANG TERTINDAS MISKIN MACAM PENDUDUK INDONESIA. TARAF KEMUDAHAN UNIVERSITI PULAK LEBIH KURANG BANGUNAN USANG KOLEJ KOL;EJ KAT MALAYSIA… KUSZA LEBIH BAGUS KE?…BETUL KE KAT SANA ADA SASWAH PADI… DIORANG BUAT BENDANG JUGAK? MACAM JELAPANG PADI KAT KEDAH. DOA ANASEMOGA TENTERA MESIR MEMBERI THOLABUN NUSRAH KEPADA HIZBUT TAHRIR MESIR UINTUK MENEGAKKAN KHILAFAH. “HIDUP SEJAHTERA DI BAWAH NAUNGAN SYARIAH DAN KHILAFAH.”
SOFIS(Quote)
Salam ziarah orang Baling..
Kita sekampung, insya-Allah saya juga akan melanjutkan pelajaran ke Mesir tak lama lagi..
Muhammad Iqbal(Quote)