Faridrashidi.Com

Merentasi Dua Benua
Berdebar. Sedih. Suka. Pelbagai perasaan menghantui jiwa.

Bukanlah kerana takut untuk menaiki kapal terbang – memandangkan semasa berusia 8 tahun sudah pernah terbang bersama keluarga ke Sabah, tetapi takut dan berdebar disebabkan oleh jauhnya jarak masa dan perjalanan kali ini.

Destinasi yang ditujui bukan berpuluh kilometer, tetapi ribuan kilometer sehingga melintasi benua asia, timur tengah dan afrika. Jika dahulu ketika menuntut di KUSZA (UDM), paling lama berpisah dengan keluarga lebih kurang memakan masa dua bulan. Dua bulan itu sudah dirasa segalanya berubah apabila pulang bercuti ke kampung.

Penat dan letih masih belum hilang. Suasana kelam kabut sekejap tadi di Lapangan Terbang Alor Setar galak bermain di geluk minda. Betapa berdebarnya saya dan keluarga apabila diberitahu timbangan kargo hanya dibenarkan lebih kurang 20 Kilogram. Sedangkan bersama saya ialah muatan kargo sebanyak 40 Kilogram!

Kegelisahan itu jelas terpancar pada gerak-gerik ayah, mak, pak su, mak ngah dan mak teh. Mereka bertungkus lumus memindahkan barangan kargo untuk dijadikan carry bag agar timbangan dapat dikurangkan.

Jika tidak, pasti melayang ratusan ringgit Malaysia di situ. Tambahan pula, saya sudah menghabiskan ratusan wang semata-mata membeli barangan keperluan untuk dibawa bersama. Andaikan semua barang tersebut dibuang, alangkah sedihnya hati. Sudahlah mahu terbang jauh meninggalkan keluarga tercinta.

Hati saya tidak tenteram. Bertubi-tubi hati berdoa kepada Jalla Wa’ala agar dipermudahkan urusan.

Entah berapa kali juga saya membuat panggilan kepada abang sulung, Mohd Fakhruddin. Fakhruz Hadfi, sahabat seperjuangan di sekolah menengah dahulu dan sedang belajar di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ketika itu pergi menjemput abang sulung diperhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar.

Saya sudah resah gelisah. Barangkali tidak sempat berjumpa dengannya memandangkan waktu untuk berlepas sudah semakin hampir.

Kargo dan carry bag berjaya melepasi pemeriksaan dan timbangan tanpa sebarang bayaran walaupun sepatutnya saya dikenakan denda lebih kurang RM40. Terlepas! Alhamdulillah. Pada hemat saya, mungkin pegawai MAS yang bertugas kasihan melihat betapa kelam kabutnya kami sekeluarga ketika itu. Sementelahan, waktu berlepas juga hampir mengekori.

Kesuntukkan masa!

Saya bersalaman mesra, berpelukkan erat bersama ayah, emak dan sanak saudara. Rasa sedih bersangatan cuba diselindungkan. Biarkan rasa kesedihan itu ditelan ke lubuk paling dalam agar tak menjejaskan emosi mak dan ayah serta sanak saudara. Saya tak mahu biarkan mereka bersedih kerana permusafiran itu.

Ayah sempat membisikkan pesanan. “Nanti baca surah Qulhuwallahhu Ahad dan hembuskan jikalau mengalami kesukaran.” Saya simpan kemas pesanan itu.

Lantas saya terus memeluk erat mak. Wajahnya berkerut menahan sedih. Matanya merah berair. Tak mampu saya tatapi lagi wajahnya. Terus mengalihkan pandangan ke hadapan. Sekilas pandang, lambaian dilontarkan.

Ibunda,

Pemergianku bukan mencari kebencian Allah,

Bukan jua ingin menghirup madu dunia yang fana,

Tetapi mahu kita mengecapi – erti redha Allah Ta’ala,

Mahu menadah titisan ILMU yang tiris dari wasilahNya,

Agar secebis bahagia, dunia dan akhirat menguntum mesra,

Untuk hari ini, dan kelak.

Ayahanda,

Aku pergi bukan kerana menjauhkan keakraban,

Bukan juga kerana ingin menjadi insan tak mengenal diri,

Tetapi ingin meneruskan perjuanganmu,

Bukankah itu pesanmu wahai ayahanda yang dikasihi?

Agar perjuanganmu dan daku, diberkati Ilahi.

Adik bongsu yang begitu manja dengan saya sempat berlari menjenguk di sebalik pintu utama untuk check-in – melihat saya diimbas bersama kargo kali kedua. Saya melambaikan tangan kembali kepadanya.

Beban perasaan waktu itu hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Seberat carry bag yang digalas. Malah mungkin lebih berat.

Sebelum berangkat, sempat saya menghubungi abang sulung dan Fakhruz Hadfi. Mereka tidak sempat berjumpa dengan saya. Mereka sampai ke Lapangan Terbang Alor Setar setelah saya berada dilangit tinggi.

“Kalau sempat jumpa, mesti bertambah sedih lagila.. mesti menangis.” Gurau Fakhruz Hadfi diakhir perbualan dengan nada sedih. Saya memahami rasa hatinya. Salah seorang sahabat yang begitu akrab semenjak berada di zaman remaja lagi.

Terima kasih Yusoff, Mansur, Fakhruz Hadfi dan rakan-rakan lain yang sanggup datang menghantar kami di Lapangan Tebang.

Kata sebuah syair arab:

“Jika malam-malam itu memutuskan kami berpisah..

Namun tetap menjada kami dari jauh setelah (menjaga dari) dekat..

Maka dirimu masih menjadi sahabat setia di mataku..

Dan ingatan terhadapmu masih menjadi penghibur hatiku..”

“Semoga berjumpa kembali abang Fakhruddin..” Terdetik rasa hati. Insya’Allah, dengan izin Allah Ta’ala yang Maha Mengatur segala-galanya.

Kapal terbang terus laju membelah awan kelam dan zulmat. Saya cepat-cepat membuang rasa sedih yang bermain di fikiran. Tidak mahu emosi menenggelamkan cita-cita yang diimpikan.

Mahu berjuang, perlu bersedia menghadapi semua rintangan dan dugaan. Tekad dan nekad!

Cuba menarik nafas lalu menyandar di kerusi empuk pesawat MAS. Sengaja berbual dengan rakan sebelah bagi menghilangkan perasaan berkecamuk. Wajah rakan-rakan yang pertama kali menaiki pesawat kelihatan pucat berdebar.

MENJEJAKI UJIAN PERTAMA DAN SETERUSNYA

Setelah merasai detik-detik berpisahnya bersama keluarga, tepat jam 3:45 AM waktu Malaysia perjalanan kami membelah awan nan tinggi itu diteruskan. Pesawat Qatar Airways berlepas daripada Lapangan Kapal Terbang KLIA menuju ke persinggahan sementara di Lapangan Terbang Doha, Qatar.

Selama tujuh jam berada di atas pesawat membuatkan badan terasa begitu letih dan lenguh-lenguh. Pertama kali terbang dengan jarak masa yang begitu lama membuatkan rasa bosan menjengah. Sekejap tidur, sekejap bangun – sehingga dikejutkan oleh pramugari ketika makanan mahu dihidangkan.

Kami tiba di Lapangan Terbang Doha, Qatar pada jam 6.00AM  dengan wajah sugul dan kelihatan penat bersangatan. Biasan rasa sedih masih menyelubungi diri di saat itu. Perut pula mula rancak berkeroncong. Bukan kerana pesawat tidak menyediakan makanan, tetapi makanan yang diberikan serasa ganjil dan janggal untuk dihadam. Sedangkan perut saya masih belum bersedia menerima makanan selain masakan tradisi melayu.

Terus bersabar.

Setelah hampir dua belas jam merasai panasnya hawa Qatar, kami terus berlepas ke Mesir. Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Mendengar bisikan hati hamba-hambaNya, pesawat kali ini menyediakan nasi bersama lauk iras-iras Malaysia. Cukup sebagai alas perut dan mengisi selera masakan melayu.

Jam menunjukkan angka 4 petang. Kami tiba di perlembahan Nil, bumi Kinanah yang menyimpan 1001 khazanah silam dan turut ditercatit di suhuf Kalamullah. Pertama kali menjejakkan kaki dan merasai kelainan iklim hawa. Debu-debu Kota Seribu Menara yang bertebaran dihembus angin sahara mula membedaki wajah-wajah kami.

Maka saat itu, bermulalah pengembaraan seterusnya demi mengukir sebuah episod perjuangan yang panjang!

11.28AM, 6 Februari 2010,

Siberbay, Tanta.

Mereka Bijak Tetapi Terpijak
Berhampiran rumah sewa saya di Siberbay terdapat beberapa buah sekolah. Sekilas pandang melihat, seakan-akan sekolah menengah. Tetapi sebenarnya ia adalah sebuah sekolah rendah biasa.

Saya seringkali akan melalui lorong berbatu berhampiran sekolah berkenaan untuk menuju ke kuliah al-Azhar, Tanta. Bila memandang logo sekolah itu, mengingatkan saya akan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Sungai Petani, Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal, Sabah dan Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Baling Kedah. Ketiga-tiga buah sekolah itu pernah melakarkan sejarah hidup tersendiri, dan saya pernah melalui zaman kanak-kanak bersama guru-guru di sana.

Simbol api obor  mewarnai lakaran logo. Hanya mereka yang mereka cipta tahu makna logo itu.

Sekolah rendah yang tersergam di tengah-tengah perkampungan Siberbay itu tarafnya biasa-biasa saja. Ada pintu besi setinggi penjara di Malaysia, ada bangunan bertempekan debu, ada bangunan kelas-kelas dan sudah tentu ada pelajar-pelajarnya.

“Meliziii!! Bongga, bongga!” Jerit budak-budak di jeriji tingkap besi memanggil kami. Istilah yang menyakitkan hati itu seolah-olah sudah menjadi nasi basi buat telinga mendengarnya. Entah apa yang dimaksudkan dengan panggilan ‘Bongga-bongga’ itu.

Berdesing juga telinga mendengar perkataan itu, tetapi akan beransur tawar apabila kalimat sabar menjengah kekotak minda. Jikalau mahu diikutkan amarah hati, mahu saja mengutip batu-batu kerikil bersalut debu itu untuk dilemparkan kepada mereka. Tetapi itu bukan caranya yang terbaik, berkelakuan begitu seolah-olah minda kita juga seperti budak-budak nakal yang mengejek.

Ada juga rakan-rakan yang hilang sabar, lalu kepala budak-budak arab nakal itu menjadi mangsa ketukan ‘nusantara’. Tak serik-serik.

“Apa maksud bonga-bonga?” Tanya saya kepada seorang lelaki arab.

“Itu perkataan budak-budak tak tahu apa.” Jawab mereka.

Fikir punya fikir, kita tak punya beza dengan mereka sebenarnya. Pernahkah kita mendengar perkataan ‘Benggali karpet’? ‘Mat Bangla’? Kita juga pernah mengejek dengan istilah itu kepada mereka. Nasib tersebut mengenai kepala-kepala kami pula. Baru tahu sakitnya hati bila dikeji dan diejek.

ANTARA MENTAL DAN FIZIKAL

Dari zahir pandangan tanpa bersoal, benak pasti menebak sangka mereka adalah seorang remaja yang menuntut di peringkat sekolah menengah. Bentuk fizikal yang tinggi dan bertubuh besar tidak kira lelaki mahupun perempuan menyukarkan untuk meneka umur.

Hanya pakaian uniform sekolah berwarna coklat dan berwarna kelabu bagi penuntut sekolah rendah membezakannya. Selain itu, perangai dan kematangan juga antara faktor yang mampu dikenal pasti kedudukan umur mereka. Kebiasaannya kanak-kanak dan remaja liar yang tak bersekolahlah yang seringkali mengejek dan mengutuk mahasiswa melayu.

Namun begitu, disebalik kenakalan itu terselit suatu kehebatan pada anak-anak mereka.

“Sumayyah dah hafaz berbelas juzu’, masuk pertandingan hafaz quran menang.” Kata seorang teman memberitahu. Si kecil anak tuan rumah Imarah saya itu bolehlah terkategorikan sebagai salah seorang kanak-kanak yang masih bermain dangau, atau pondok-pondok sebagaimana anak kecil di Malaysia.

“Ismak eh? (Siapa namamu)” Tanya saya kepada seorang anak kecil bertubuh sederhana dan comel.

“Enta ta’mil eh? (Kamu buat apa – di Mesir)” Dibalasnya kembali dengan soalan yang tak tersangka untuk difikirkan. Biasanya pertanyaan begitu disoal oleh remaja atau masyarakat arab dewasa.

Umur 1-3 tahun sudah bijak berkata-kata dan mempunyai lagak bicara persis orang dewasa. Kagum.

Menginjak ke alam Universiti pula. Fizikal pelajar-pelajarnya sudah tidak ada beza lagi antara Pensyarah dan Pelajar. Kelihatan sama, yang membezakannya antaranya adalah tahap keilmuan mereka.

Berhampiran dengan Mahattah Siberbay, terdapat sebuah Universiti Awam. Di sana diajar subjek selain pengajian Islam secara khusus misalnya kesukanan dan perniagaan. Pernah sekali saya masuk ke dalam kampus Universiti itu, di sana terdapat infrastruktur lebih lengkap berbanding Universiti al-Azhar. Terdapat Stadium, kolam renang, bangunan asrama Mahasiswa dan Mahasiswi, padang, rumah-rumah sewa, kompleks pengajian dan taman yang bersih tersusun.

Tetapi kelengkapan infrastruktur itu pada hemat saya hanyalah bertaraf kolej di Malaysia. Sukar menjumpai Universiti yang betul-betul menyamai piawaian yang kita fikirkan sebagaimana negara-negara membangun, walhal peradaban tamadun mereka melangkaui ribuan dan jutaan tahun lamanya.

MASIH DITAKUK LAMA

Kelibat teksi hitam putih (bagi ibu kota Kaherah dan Muhafazah Tanta warna teksi ialah hitam putih) berusia puluhan tahun masih lincah menyelit di sekitar bandar Tanta. Lori-lori era P.Ramlee membawa muatan lebihan berat  masih merangkak perlahan di jalan raya utama.

Motorsikal lampu bulat ala-ala filem hindustan lama galak meluncur ke sana sini. Tidak sunyi, kerana motorsikal mereka dilengkapi pembesar suara yang bergema mendendangkan muzik padang pasir dan berentak statik walaupun si penunggangnya lagak gaya seperti bintang filem hollywood. Tak kalah bergaya. Geli hati melihatnya.

Kalau mahu dibandingkan motorsikal mereka, mungkin lebih sesuai saya letakkan taraf motorsikal malaysia versi RXS keluaran 70an-80an dahulu menyamai motorsikal Mesir jenama Halawah, Dasun buatan cina itu.

Binaan bangunan tinggalan British dan Perancis masih kekal utuh. Bas berjalur biru tua dan muda membawa muatan padat seperti ‘tin sardin’ juga tetapi berfungsi sebagai pengangkutan utama. Adakalanya bas itu kelihatan senget sebelah, bukan kerana tayarnya besar sebelah, tetapi disebabkan ramainya penumpang bergayut di dua pintu kanan. Saya tidak terlepas dari merasainya. Sambil bergayut, bibir mengukir senyum lucu.

Perit, tetapi manis untuk dikenangkan hingga ke anak cucu!

Kenderaan-kenderaan yang saya tuliskan di atas, masih terkategori moden pada firasat mereka. Bahkan terdapat lagi kenderaan yang lebih kuno dan digunakan berabad lamanya. Kereta keldai dan kereta kuda yang ditarik empat tayar pacuan empat roda. Kasihan melihat tunggangan keldai dan kuda terjelir lidah letih menarik bebanan menggunung tinggi.

Roda besi bersalut getah itu saja mencecah berkilogram. Tetapi itulah mereka, masih senang dengan tradisi lama.

Menyelinap masuk ke ruangan kamar pejabat pentadbiran kerajaan mahupun swasta Mesir. Kelihatannya seperti pejabat yang kosong tanpa sebarang perabot mewah ataupun aksesori lengkap. Hanya terdapat almari besi lama yang mempunyai timbunan fail besar, kelengkapan menulis, meja, tempat menjerang air teh dan penyapu sampah.

Segala maklumat dilakukan secara manual. Semuanya dihimpunkan di dalam timbunan fail besar persis transkrip sejarah dan kitab turath lama. Tiada komputer untuk menyimpan data maklumat. Tetapi menggunakan kekuatan ingatan dan buku-buku itu. Sedangkan kantor pejabat itu urusannya adalah melibatkan visa dan passpord!

Pejabat pelajar di Universiti al-Azhar juga hakikatnya begitu.

BIJAK TETAPI DIPENJARA

Pemikiran kanak-kanak, murid-murid sekolah rendah dan menengah mereka terpenjara disebalik benteng-benteng batu dan tingkap berjeriji besi. Terperangkap!

Mahasiswa dan mahasiswi mereka terikat kepada ikrar dan dasar memekup dengan pemikiran minda yang terkatup. Melemaskan!

Para ilmuan dan doktor-doktor mereka dibelenggu dasar darurat semenjak tahun 1981 dan tak pernah tamat sehingga kini. Ditekan!

Walhal mahasiswa dan mahasiswi mereka bukanlah tidak cerdik, malah dikurniakan akal dan kepantasan menerima maklumat lebih cepat berbanding kami mahasiswa nusantara. Bijak belajar. Tetapi sayang seribu kali sayang, dasar tertutup yang diwarisi penjajah menyebabkan mereka masih bertanya soalan yang tidak munasabah kepada kami.

“Kamu ambil duit macammana dari Malaysia?” Tanya seorang penuntut Universiti al-Azhar.

“Di Malaysia ada buah-buahan tak?” Soal rakannya pula.

“Kamu ini orang Cinakah?” Rakan-rakannya yang lain mencelah.

“Mereka itu orang cina.” Seorang ayah memberitahu anaknya yang kecil apabila terpandang kami melintasi letak duduknya mereka. Saya mengerut pelik dan penuh kehairanan. Tertanya-tanya, apakah mereka ini tidak pernah belajar georgrafi dan peta dunia sehinggakan masyarakat Malaysia dan Cina tidak lagi mampu dibezakan? Rupa-rupanya 48% di kalangan mereka masih buta huruf.

Penangan ‘kawah neraka’ sungguh hebat. Itulah istilah yang pernah digunakan oleh kami pelajar-pelajar Malaysia terhadap piring satelit TV besar di atas sutuh-sutuh bangunan seluruh Mesir. Tusukan propaganda, hiburan berlebihan, maklumat yang sekelumit dan ditapis menyebabkan minda masyarakatnya dihenyak ke bumi.

Sementalahan saluran siaran tv juga diperolehi daripada negera jiran. Israel!

Persatuan Radio dan Televisyen Mesir (Ittihad al-Idza’ah wa al-Teliviziyun) dan state information service turut memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat di Mesir. Manakala radio nasional menjalankan operasinya pada Mei 1934 oleh syarikat asing (Markoni) dan menjadi radio nasional pada tahun 1947.

Begitu juga stesen televisyen nasionalnya yang dibangunkan pada tahun 1952 serta memulakan operasi pada tahun 1960 dengan bantuan dana Amerika Syarikat!

Di Mesir terdapat siaran televisyen satelit yang menyiarkan saluran Internasional ESC (Egyptian Satellite Channel) – menggunakan satelit Eropa Eurostel dan saluran ESC II yang dinamakan Qanat al-Nile al-Dauliyah atau Nile TV ditayangkan dalam bahasa Perancis, Inggeris dan Ibrani ke seluruh wilayah Mesir.

Tidak kurang juga hebatnya para ulama’, ilmuan dan doktor-doktor yang mendiami bumi ardul kinanah ini. Doktor-doktor perubatan mereka bukan calang-calang ilmunya. Bagi yang lebih cerdik, mereka memilih negara luar sebagai tempat menadah rezeki. Atas dasar itu, mereka pasti akan terbuka mata hati dan mata sebenar melihat dunia luar yang jauh melangkah meninggalkan mereka.

Sedangkan negara sendiri masih menggunapakai undang-undang darurat dan mengamalkan karenah birokrasi memenatkan. Menurut sumber laporan Amnesti (Pengampunan) Internasional 2007, hampir 20 ribu tahanan tanpa bicara dan pertuduhan yang jelas masih terpenjara. Kebanyakkannya ialah terdiri dari kalangan gerakan parti politik Ikhwanul Muslimin dan orang-orang yang mengingkari pemerintahan!

Akhirnya, Mesir tetap menjadi Mesir era 70an-90an. Masyarakatnya masih terpenjara. Terbelenggu. Entah bila minda mereka akan terbebas mengikut acuan sebenar. Mengeluh panjang diakhir bicara.

Pokok pangkalnya, kita (seluruh umat Islam) masih terjajah!

Rujukan:

Panduan ke Mesir dan al-Azhar, diterbitkan oleh Keluarga Mahasiswa Aceh-Mesir (KIMA).

2:39AM, 5 Mac 2010,

Siberbay, Tanta.

Menyulam Mujahadah
Bumi masih diselimuti mimpi

Putih – sejuk mendamaikan

Nun jauh di sana

Meliuk-liuk bilahan gandum

Didakap sunyi embun pagi

Yang luas saujana memandang

Berzikir sendu tiada henti

Sujud menanti fajar Dhuha

Mendamba cinta

Pada Pencipta

Pepohon kurma tua di perbatasan

Yang setia tegak berdiri

Di saat alam memukul

Bergantian saifi dan syita’

Tanpa jemu

Ku susur jalan itu

Memeluk sendiri

Walau tanpa fajar menyinar

Walau diselaputi kelam malam

Meratib jaluran mujahadah

Menyulam siratnya istiqamah

Ku pohon padaNya

Kurniakanlah, kurniakanlah

Nikmat itu.

3:01AM,

Pagi 16 Rabi’ul Awal 1431H,

Siberbay, Tanta.

Filem: Antara Tersurat Dan Tersirat
Jarang sekali saya berbicara dan mengupas isu berdasarkan filem. Andainya mahu menjadi pengkritik filem secara konsisten, pasti sudah muncul deretan artikel mengenainya. Tetapi itu bukan hadafnya.

Tak bermakna juga dengan menulis artikel mengenai filem, kita adalah penggemar filem sejati. Sila betulkan minda sebegitu.

Pernah suatu ketika saya menulis satu artikel berdasarkan kepada sebuah filem. Tajuknya Unsur Feminisme Dalam Filem ‘Perempuan  Berkalung Sorban’. Tidak juga saya sangkakan, bahawa artikel itu akan terus dibicarakan oleh pengunjung (FRC) sehingga kini. Sehingga wujud sedikit khilaf.

Lazim berlaku ke atas sesuatu pendapat, ada pro dan kontranya. Begitu juga yang terjadi pada entri tersebut. Walaubagaimanapun, saya menghormati perbezaan pendapat yang diutarakan. Bahkan harapannya tidaklah sehingga menjejaskan persepsi kita sehingga merobohkan binaan ukhuwwah itu sendiri.

Saya tertarik pada suatu komentar yang bernada begini:

Filem dan sastera selamanya adalah selamanya hasil seni. Sesiapa yang  menjadikan filem atau novel sebagai dalil agama adalah sejahil-jahil  orang. Filem dan sastera kerjanya menggugah pemikiran. Lanjutan untuk  hukum mesti merujuk terus pada Quran dan Sunnah dengan bantuan kitab dan  guru. Masyarakat harus dididik supaya ‘pandai’ melihat filem dan  menikmati sastera.

Dan ini pula adalah status yang saya tulis di FB dan ianya juga menghasilkan beberapa komentar tersendiri:

Filem adalah bukan dalil, tetapi dengan filem  (condong kepada negatif) ramai yang terpesong.

Mahu menjawab letak duduknya persoalan ini, menghadirkan rasa untuk saya menulis sebuah entri menjelaskan lagi apa yang dibicarakan. Lanjutan penerangan ini diharapkan menguntum rasa faham agar lebih tahu kondisi niat saya menulis ketika itu.

FILEM ADALAH FILEM

Di sini, saya bukan mahu mengutarakan soal hukum-hakam berlakon menurut Fiqh Islami ataupun Qodoya Muasarah. Jika mahu memperkatakan tentang itu, ia memerlukan sekolum ruang lagi penjelasan lain.

Ya, saya mengakuinya. Filem semestinya bukan dalil. Adalah bersalahan besar meletakkan filem sebagai sumber utama untuk mengistinbatkan hukum. Salah!

Ilmu usul fiqh meletakkan sumber hukum dengan jelas dan terang tanpa berselindung lagi. Utamanya adalah al-Quran, al-Hadis, Ijma’ ulama’, Qias dan beberapa sumber lain lagi. Jelas.

Bicara tentang apa sekalipun, rujuknya adalah pada sumber itu.

Justeru, kenapa saya menulis dan menganalisis filem itu? Sedangkan wujud berjuta-juta filem lagi. Seperti yang saya katakan, saya bukan penggemar filem secara ‘totok’. Cukuplah hanya menonton apabila perlu.

Sebelum menulis artikel tersebut, saya melihat ramai anak-anak gadis terutamanya di blog-blog mereka seakan kepeningan dan kekeliruan setelah menonton filem tersebut. Malah ada juga memberi respon yang agak bersalahan. Kebimbangan ini menatijahkan untuk saya mencari dan menontonnya. Bukan sekadar berhibur. Tetapi menginginkan kepastian.

MANUSIA TIDAK SAMA

Mengapa Hadis baginda Rasulullah SAW adakalanya apabila diriwayatkan oleh sahabat terkadang wujud sedikit  perbezaan?

“Sebab kadang-kadang ada sahabat dia jumpa Rasulullah SAW, kemudian Baginda SWT ajarkan begini.. lantas sahabat itu pulang ke tempatnya mengajarkan apa  yang diperolehinya dari Baginda SWT.. sebut itu kadangkala ada sahabat tak dengar kesemua hadis Rasulullah SAW..” Terang saudara Hisyam berkenaan dengan perbezaan Qiraat yang tujuh. Saya mengangguk tanda setuju.

Itu dalam masalah perbezaan qiraat. Bacaan ketujuh-tujuh Qiraat itu ada sedikit berbeza disebabkan beberapa faktor. Antaranya seperti yang saya sebutkan di atas.

Maksud yang ingin saya sampaikan ialah, manusia itu berbeza-beza jenisnya.

Ada sesetengah individu mahupun kelompok meminati bidang sastera, ada juga cenderung kepada sains, kimia, matematik, seni lukisan. Dan ada yang begitu tekun mempelajari selok-belok agama. Malahan, ada yang langsung tidak tahu apa-apa. Hanya menerima apa sahaja yang diberikan.

Buruk atau baik – kata mereka sama sahaja. Melihat kepada perkara ini, saya bimbang sekiranya masyarakat awam cenderung berfikir dan mengamalkan daya fikir begitu. Yakni menerima apa sahaja budaya Hedonisme tanpa berfikir panjang.

Kelompok begini jika dihidangkan dengan sesebuah filem yang mempunyai agenda terselindung, apakah ianya sesuatu yang biasa atau membahayakan? Apakah mereka tahu membezakan antara nilai sastera serta ayat melankolik sebuah karya sastera?

Mungkin bagi yang dikatakan ‘cerdik sastera’ akan menganggap ini adalah perkara biasa. Ada maksud tersirat dan sebagainya. Itu pada pandangan mereka.

“Alah, kita kena fahamlah, mungkin   dia nak beritahu apa yang berlaku dalam masyarakat.. kita perlu husnul zhon. Jangan terlalu sinikal pada filem itu.”

Harus diamati, medium dakwah kita adalah kepada masyarakat umum seluruhnya. Mahu menyampaikan dakwah, semestinya menjiwai siapakah yang kita mahu dakwahkan. Medium apakah yang wajar digunakan. Terkadang tahap pemikiran yang dikatakan ‘cerdik’ dan ‘bijak’ itu juga wajar direndahkan level semata-mata mahu menjiwai watak mereka.

Boleh saja ingin saya tuliskan bahawa filem ini begini bagusnya, begini baiknya, harus dilihat dari sudut berbeza, bukan tipikal dan biasa-biasa. Tetapi bagaimana pula dengan masyarakat awam yang menerima bulat-bulat kefahaman dan terikut-ikut cara penyampaian filem itu secara membabi buta?

Siapa mahu bertanggungjawab? Siapa pula mahu menjelaskan kekeliruan?

Lihatlah! Kuffar dan para pemikir barat sangat banyak menyuntik ideologi, kefahaman mereka untuk menyesatkan umat secara halus dan mulus. Kita terbuai dengan keasyikkan tangan lembut yang membelai. Bahkan tidak lagi memandang kemaslahatan umum menjadi agenda, tetapi kefahaman diri yang diutamakan.

Saya menulis atas rasa sedar dan bimbang perkara itu. Dengan niat agar masyarakat yang menontonnya tidak terlalu terpengaruh dan terikut-ikut. Maslahat dan mudharat lebih diutamakan dari kepuasan diri sendiri ketika menulis.

Bagaimana sekiranya sebuah filem itu memaparkan kisah ‘Mat rempit’ dengan aksi-aksinya, lalu minum arak dan berzina pula. Konon-kononnya mahu menceritakan aksi sebenar, walhal yang menontonnya tidak berfikir begitu. Segala aksi HARAM ditiru dan mengundang pelbagai implikasi buruk. Padah yang diterima. Mudharat yang berleluasa.

MENDIDIK DENGAN SASTERA

Tidak ada salahnya mahu mendidik sesiapa sahaja dengan menggunakan apa jua metode asalkan selari dan tak bercanggah dengan syariat Islam.

Bahkan saya turut gemar untuk memasukkan sedikit unsur-unsur sastera dalam penulisan di blog.

Metode sastera berwasilahkan cerpen, novel, puisi, sajak dan filem adalah medan popular dalam menyampaikan sesuatu mesej kini. Metode ini juga turut dipelopori kebanyakkan para ilmuan Malaysia dan Indonesia. Menghasilkan cereka filem dan drama berunsurkan islamik. Ia merupakan alternatif yang bijak.

Namun begitu, serasa sedikit sukar jika mahu menghasilkan masyarakat yang mengerti nilai sastera secara keseluruhan dalam masa terdekat. Dibimbangi unsur negatif lebih dahulu menembus masuk sebelum masyarakat umum faham menilai sesebuah karya sastera.

Oleh itu, dengan adanya penerangan dan penjelasan diharap sedikit sebanyak mampu menangkis sebarang unsur yang memudharatkan akal untuk mentafsir kebenaran. Biarkan dakwah terus berjalan walau diuji dugaan dan cabaran.

Ingat, jangan sampai ‘Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan’.

2:07PM, 1 Mac 2010,

Siberbay, Tanta.

Jika Singkatan Rasululullah ‘SAW’ Digunakan
“Itu nama ‘Mohd’?” Tanya Syeikh Ahmad sewaktu melihat saya memakai jaket yang tertulis nama di sebelah kanan.

“Ya, tulis ‘Mohd’ tapi asalnya kalimah ‘Muhammad’.. mungkin dahulu orang tidak tahu tentang ini.” Jawab saya.

“Yakni nama yang disingkatkan dari ‘Muhammad’.” Tambah Mazwan pula. Rakan seperjuangan yang bersama hampir setiap pagi bertalaqqi di rumah Syeikh Ahmad.

“Bagaimana kalau seperti di dalam kitab tertulis nama Nabi Muhammad ‘SAW’?” Tanya saya kepada Syeikh Ahmad bagi mendapatkan kepastian. Sememangnya di dalam sesetengah kitab dan buku berbahasa melayu tulisan Salallahu Alaihi Wasallam disingkatkan menjadi ‘SAW’. Ini termasuklah sebarang artikel yang tertulis di sini (FRC).

“Sebaiknya sebutan penuh.”

Perkara ini juga pernah disentuh oleh al-Fadhil Syeikh Ahmad ketika kuliah pengajian di suatu petang.

“Jika tulisan SAW itu ditulis kemudian kitab itu dibuang ke merata, jadi tidak boleh seperti itu.” Begitulah serba ringkas kata-katanya membahaskan tentang penggunaan tanda selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perkara ini juga menjadi persoalan dalam ruangan komentar artikel sebelum ini, ‘Rahsia Kalimah Muhammad SAW’.

SELAWAT KETIKA BERSOLAT

“Bagaimana dengan bacaan surah Alam Nasyrah ketika solat?” Soal saudara Aswan.

“Soal ini baik.” Puji Syeikh kepadanya kerana bertanyakan soalan itu. Lalu ketika di rakaat yang kedua solat isya’ selepas kuliah, Syeikh Ahmad terus membacakan surah tersebut. Teori seharusnya dipraktikkan.

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)? 2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) 3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)? 4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? 5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, 6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain), 8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

Jika dilihat pada makna dan penafsiran surah ini, ia sememangnya menceritakan tentang Rasulullah SAW. Justeru, seandainya Imam ketika solat membacakan surah yang menyebut tentang Nabi Muhammad SAW, maka makmum hendaklah menjawab dengan perlahan “Sollallahu alaihi wasallam”. Hatta surah-surah yang lain juga begitu.

Sejurus sahaja selesai kuliah. Lantas saya membincangkan perkara ini dengan salah seorang sahabat di sebelah saya. Saudara Firdaus. Salah seorang pelajar Malaysia tunggal yang mengambil matapelajaran Syariah Wal Qanun di Universiti al-Azhar Tanta.

“Macam syeikh kata tadi, kalaulah dalam solat itu ada surah-surah yang menyebut tentang Nabi Muhammad SAW, maka kita kena berselawat ke atasnya.” Komentar Firdaus.

“Nampaknya kena fahamlah setiap bacaan yang dibaca Imam.” Saya membalas seiring sekuntum senyuman.

HAKIKAT SINGKATAN, ADALAH MAKNA YANG PANJANG

Begitu juga sekiranya singkatan itu menjadi ‘Mohd’, ‘Muhd’, ‘SAW’, ‘SWT’ dan lain kalimah yang disingkatkan. Pada pandangan mata kasarnya ia adalah sebuah singkatan yang terkadang jika manusia jahil pasti membaca secara zahiriyah makna.

Namun begitu, sekiranya bertemu dengan singkatan kalimat begini, sewajarnya kita yang tahu menyambutnya dengan “Sollallu Alaihi Wasallam”.

Sollu Alan Nabi!

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="445" height="364" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/pIHsfLUNAtE&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="445" height="364" src="http://www.youtube.com/v/pIHsfLUNAtE&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Bagi kalimah ‘Mohd’ atau ‘Muhd’ pula, pada pandangan saya jika sebaik-baiknya menggunakan secara sempurna menjadi ‘Muhammad’. Bukankah itu lebih manis bicaranya?

Selesai.

Nama sudah indah, tetapi bagaimana pula dengan praktikal sunnah? Mari kita sedaya upaya menyempurnakannya – praktikkan sunnah, tanda CINTA Allah dan SAYANG RasulNYA.

7:18AM, 28 Februari 2010,

Siberbay, Tanta.

Rahsia Kalimah Muhammad SAW
Setiap detik dan ketika, pasti ada yang menyebut dan mengingatimu.

Pada setiap solat yang didirikan, namamu jua tak lekang meniti di bibir-bibir para umat seluruhnya.

Jutaan menara-menara masjid seluruh dunia tak lupa mengalunkan namamu, Ya Rasulullah Wahai Kekasih Allah SWT.

Itulah seorang insan terpilih – Saidina Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Nama yang begitu sinonim dengan masyarakat Islam seluruhnya. Melangkaui seribu tahun, namanya tetap mahsyur serata alam buana. Makhluk bumi dan langit sentiasa berselawat padanya tak mengira waktu berlabuh senja atau mentari mengukir mesra.

Ya Rabbi, biarkanlah limpahan awan rahmat mencurahkan selawat dan salamnya pada kekasihMU, izinkanlah agar ianya terus menyubur serta menghadirkan cambahan benih-benih kecintaan itu.

Ya Allah, biarkanlah nadi-nadi yang beraliran darah berulang-alik ke jantung itu selalu mengucapkan selawat padanya, biarkanlah bibir kami basah mengukir salam kepadanya selepas zikir padaMU. Ku merindui syafaat dia, agar pertemuan kami nanti seiring redhaMU Ilahi.

Ameen.

Sollu Alan Nabi!

RAHSIA NAMANYA

Sedang saya membelek kitab Syamail Muhammadiyyah, kelihatan seekor labah-labah kecil menari-nari di sekitar kulit buku dan isinya. Ia seperti cuba mengakrabi kitab itu. Saya biarkan saja. Lantas terkenangkan sirah nabawi di era penghijrahan Baginda SAW. Seekor labah-labah yang membantu perjalanan Baginda SAW dan Saidina Abu Bakr as-Siddiq.

Kitab kedua mengenai sirah Baginda SAW – Asar Rasulullahhi Sollallahu Alaihi Wassalam saya capai dan tekuni.

Tertarik pada perenggan menerangkan makna nama Muhammad Rasulullah. Sedarkah kita, nama Muhammad begitu popular di kalangan umat Islam dahulu sehingga kini? Tentu tak terhitung kiraannya. Malah pangkal pertama nama saya juga adalah Muhammad. Alhamdullillah. Terima kasih Ayahanda Md Rashidi Abas atas nama agung itu.

Sollu Alan Nabi!

Nabi Muhammad pesuruh Allah. Ramai yang sedar akan keperihalan ini, namun ramai juga yang langsung tidak mengendahkan atau sengaja untuk tidah tahu akan hakikat ini. Tahukah anda rahsianya?

Disebutkan di dalam hadis al-Qudsi “Aku (Allah) bersumpah bahawa tidak akan masuk neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad.” (Hadis riwayat al-Hafiz ad-Dhailami r.a di dalam al-Firdaus)

Telah diriwayatkan pula daripada al-Imam al-Azhar as-Syarif Syeikh Soleh al-Azhari di dalam kitabnya bahawa kalimah محمد menurut bahasa arab sebenarnya ada lima huruf iaitu ‘mim’ yang ditasydidkan. Dan lima huruf yang ada dalam kalimah محمد itu sebenarnya adalah ganjil, rahsia dan ada maknanya tanpa manusia sedari. Ianya memberi manfaat kepada sesiapa yang menyebutnya.

Bertutur al-Imam Busairi r.a:

Kerana bagiku ada satu jaminan apabila namaku juga Muhammad dan Baginda itu adalah makhluk yang paling menyempurnakan janji.

Mari kita lihat rahsia disebalik nama Baginda:

1. Kalimah محمد bermakna Rukun Islam yang lima – wajib ke atas umat Islam menurutinya.

Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SAW dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah SWT.

Diwajibkan solat lima waktu.

Menunaikan puasa selama sebulan di bulan Ramadhan.

Mengeluarkan zakat.

Melaksanakan ibadah haji.

2. Ia mengisyaratkan kepada lima pancaindera yang dimiliki setiap manusia agar mampu memahami dan menghadami ilmu al-Quran, al-Hadis dan segala macam ilmu-ilmu Islam yang lain.

Penglihatan melalui mata.

Pendengaran melalui dua telinga.

Merasai.

Menyentuh.

Menghidu melalui deria hidung.

3. Nama Baginda محمد menjadi simbolik kepada Khalifah ar-Rasyidin yang lima.

Saidina Abu Bakr as-Siddiq.

Saidina Umar al-Khattab.

Saidina Usman Affan.

Saidina Ali Abu Talib.

Saidina Hasan Ali.

4. Membawa makna kepada sesuatu perkara yang tidah diketahui Baginda SAW sendiri (ghaib) melainkan Allah SWT. Ini kerana perkara itu terangkum dalam ilmu Allah SWT yang Maha Luas melainkan diizinNYA. Perkara tersebut ialah:

Berlakunya Hari Qiamat.

Kandungan dalam rahim ibu.

Turunnya hujan.

Perkara yang berlaku pada hari esok.

Hari kematian seseorang.

5. Kalimah محمد membawa makna kepada anak-anak Saiyyidah Fatimah az-Zahra’ r.anha.

Saidina Hasan r.a.

Saidina Husain r.a.

Sayyidah Zainab r.anha.

Sayyidah Ruqayah r.anha.

Sayyidah Ummu Kalthum r.anha.

6. Ia membawa maksud kepada lima peristiwa besar yang melibatkan sahabat-sahabat Baginda SAW dan tercatit di dalam sejarah Islam.

Ahli Badar.

Ahli Uhud.

Ahli Baiatur Ridwan.

Muhajirin.

Ansar.

7. Bahkan kalimah محمد turut membawa makna kepada lima keadaan dan kehidupan Rasulullah SAW.

Di era sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul.

Zaman selepas secara rasminya dilantik menjadi Rasulullah.

Keadaan Rasulullah SAW menghadapi jihad dalam peperangan.

Kehidupan Rasulullah SAW selepas pembukaan Mekah.

Kehidupan Rasulullah SAW di alam Barzakh.

8. Makna nama Baginda SAW menggambarkan lima keadaan ketika Rasulullah SAW menerima wahyu dari Allah SWT.

Datangnya malaikat menyerupai manusia.

Mendengar deringan bunyi loceng.

Melalui mimpi.

Melalui ilham.

Mikraj tanpa wujudnya perantaraan.

9. Seterusnya makna lima nama Rasulullah SAW ialah Baginda SAW terpelihara daripada melakukan perkara-perkara keji dan boleh menyebabkan Baginda SAW difitnah dan dicemar.

Akhlak Rasulullah SAW terpelihara sebelum menjadi Rasul.

Terpelihara kehidupannya daripada budaya orang Arab jahiliyah ketika zaman itu.

Dijaga namanya dalam al-Quran.

Dijaga namanya dalam al-Hadis.

Terpelihara kehidupannya melalui hukum-hukum Islam.

10. Kalimah محمد membawa kepada lima makna selepas kewafatan Baginda SAW, iaitu perpindahan ke alam lain.

Hidupnya Baginda SAW di alam barzakh seperti ruh-ruh para syuhada.

Mendengar selawat dan salam dari umatnya.

Menjawab salam dari umatnya.

Mengetahui siapa di kalangan umatnya yang memberi selawat dan salam.

Maqamnya dijadikan taman-taman syurga sehingga ke Hari Qiamat.

11. Ia membawa kepada lima makna akan syafaat Baginda SAW.

Memberi syafaat di dunia – umat Muhammad SAW tidak diazab seperti umat-umat sekalian nabi a.s yang terdahulu kerana adanya Nabi Muhammad SAW. Ini berdasarkan firman Allah SWT: “Dan tidaklah Allah SWT akan mengazab mereka selagi engkau (Muhammad SAW) berada di antara mereka.”

Memberi syafaat di akhirat.

Syafaat untuk umatnya yang mempunyai kedudukan disisi Allah SWT seperti ulama’-ulama’, syuhada’, ahli ilmu.

Syafaat bagi sesiapa yang menziarahi Baginda SAW.

Syafaat daripada Allah Jalla Wa’ala.

12. Dan akhirnya, kalimah محمد membawa makna kepada alam ini.

Alam manusia.

Alam malaikat.

Alam jin.

Alam tumbuh-tumbuhan.

Alam haiwan.

Mari kita hamparkan wangian selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW. Moga menguntum syafaat dan maghfirah Allah Ta’ala. Sollu Alan Nabi!

Wallahhil Azim, sangat bersyukur dikurniakan nama ‘Muhammad’!

Rujukan:

Asar Rasulullahhi Sallahu Alaihi Wassalam, Ahmad Lutfi Ibn Abdul Wahab al-Linggi.

9:16PM, 26 Februari 2010,

Siberbay, Tanta.

Yang Dikatakan Wanita Bertabarruj
“Jangan kamu bertabarruj seperti orang-orang Jahiliyyah.” Begitulah bunyi status yang saya pamerkan beberapa hari yang lepas. Kata-kata ini saya petik dari ayat al-Quran berbunyi:

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah zaman dahulu.” (al-Ahzab: 33)

Pada sangkaan saya perkara ini sudah ramai yang mengerti dan faham akan maksud ‘tabarruj’ (berhias-hias). Rupa-rupanya tindak balas berlaku adalah sebaliknya. Kekeliruan ini menyebabkan ada di kalangan mereka menginginkan agar saya menulis artikel mengenai tabarruj.

“Bagaimana yang dikatakan sehingga ‘bertabarruj’ seperti orang jahiliyyah.. mohon penjelasan ya ustaz?” Tanya seseorang komentator.

Perkara ini bukan perkara baru. Sewaktu era 60-an 70-an kaum hawa di dalam masyarakat Islam Malaysia ketika itu kebanyakkannya tidak mengenakan tudung di kepala. Namun begitu, trend ini beransur hilang bila menginjak ke tahun 80-an dan 90-an. Alhamdulillah, perkembangan positif ini menunjukkan kesedaran Islam semakin menular dengan cergasnya.

Apabila gaya muslimah bertudung ini mendapat tempat dihati-hati wanita Islam Malaysia, muncul pula revolusi baru hasil ledakan budaya hedonisme, feminisme dan kesan globalisasi. Imej bertudung tidak lagi disesuaikan dengan baju kurung atau jubah, tetapi ianya diubah suai kepada trend yang lebih mengejutkan.

GAYA YANG DIKATAKAN MODEN

Saya tidak tahu apakah trend ini kesan dari budaya Bollywood yang gemar memakai baju ketat dan sendat dipadankan dengan skirt singkat atau kerana penangan Hollywood yang rata-rata para artisnya gemar berbogel.

Realitinya, memang perkara ini dirancangkan. Artis-artis sengaja dibiarkan berbogel, kerana ini adalah jarum suntikan paling mujarab untuk mengikis tatacara pemakaian islamik dikalangan muslimin dan muslimah. Buktinya, kita boleh melihat bagaimana trend anak muda remaja kerapkali meniru gaya artis.

Jika artis itu berambut perang, mereka juga sama, jika artis itu melakukan ini dan itu, serta merta ianya menjadi role-model. Tanpa halangan.

Era-era 90-an menyaksikan perubahan mendadak itu. Pemakaian tudung bersama baju sendat menampakkan bentuk tubuh, nipis, singkat lengan sehingga menampakkan bahu, terjojol pusat, menampakkan lurah yang tidak sepatutnya pantas diamalkan.

“Kami dah menutup aurat, kami dah bertudung.” Itu kata mereka.

Benarkah pengakuan berani itu?

Tidak. Bertudung tetapi di bawahnya terbuka bukanlah dikatakan menutup aurat. Mari lihat pembahagiannya:

Aurat muslimah dengan lelaki (lelaki yang berakal dan merdeka walaupun lelaki tua yang tak mampu bersetubuh dan ponda) bukan mahram adalah seluruh tubuh muslimah itu samaada telah baligh ataupun belum baligh (kanak-kanak yang boleh merangsang syahwat walaupun belum baligh) adalah termasuk aurat kecuali tapak tangan.

Aurat muslimah dengan lelaki yang mahram adalah bahagian antara pusat dan lutut (dengan syarat aman dari fitnah).

Ini berdasarkan dalil daripada firman Allah SWT bermaksud:

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

Maksud ayat di atas yang menyebut “yang zahir daripadanya” adalah bererti muka dan tapak tangan. Ini bersesuaian dengan hadis darpada Saidatina Aisyah r.a bermaksud:

“Sesungguhnya Asma’ telah memasuki (rumah) Rasulullah SAW dan pada badannya, pakaian nipis, maka baginda memalingkan mukanya daripadanya, kemudian bersabda: “Wanita yang sudah mencapai haid (baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil (Rasulullah SAW) menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud.)

Rumusannya begini:

Menutup kawasan aurat (selain muka dan tapak tangan).

Tidak menampakkan kulit bermula dari kawasan pergelangan tangan sehinggalah ke hujung kaki.

Tidak menampakkan bentuk tubuh (berpakaian ketat dan nipis).

Setelah jelas di manakah sempadan penutupan aurat, barulah perbahasan boleh dilanjutkan kepada kefahaman mengenai tabarruj. Kerana maksud tabarruj itu mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan masalah aurat. Pemahaman daerah aurat akan memudahkan kefahaman kita mengenai definisi tabarruj.

DEFINASI TABARRUJ

Sebelum ini telah saya jelaskan apa yang dimaksudkan dengan tabarruj. Namun begitu, suka untuk saya bawakan kembali definasi tersebut bagi melengkapkan penulisan artikel ini. Perbahasan ini saya kutip daripada bedah buku ‘Dosa Berhias (Tabarruj): Bagaimana Mengenalinya dan Menghindarinya”.

Menampakkan kecantikkannya pada lelaki bukan mahram.

Menampakkan kecantikan termasuk mempamerkan keelokan bahagian-bahagian tubuh mengghairahkan spt pinggul, lengan, betis, dada, leher dan wajah.

Menampakkan kecantikan dan menonjolkan keelokan wajah dan tubuh badan dan fitnah kedua-duanya.

Imam Bukhari mengatakan tabarruj adalah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya.

Konsep tabarruj ialah melibatkan segala bentuk benda untuk bertujuan perhiasan. Ia terbahagi kepada dua:

Perhiasan semulajadi. Ianya merangkumi segala kecantikan semulajadi – hidung mancung, kulit putih gebu, rambut ikal mayang dan bentuk badan yang menarik.

Perhiasan buatan. Ia termasuklah pakaian yang mendedah aurat, mewarna rambut dan kuku, berwangi-wangian, mengenakan celak dan solekan, bertatu, bertindik, menggunakan barang-barang kemas asli dan tiruan (termasuk dosa riak dan takabbur), menggunakan alat palsu seperti rmbut palsu dan kuku palsu, mencukur dan melukis kening.

Kesemua perbuatan di atas adalah menyerupai perbuatan golongan kafir yang sengaja dipopularkan oleh media tempatan dan barat. Ianya mengandungi senjata yang berbahaya dan fitnah tidak kurang hebatnya samaada terkena atas wanita itu sendiri mahupun manusia yang melihat gelagatnya. Malah akan menyuburkan gejala zina berterusan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Perumpamaan perempuan yang memperagakan perhiasannya kepada bukan ahli keluarganya adalah seperti kegelapan Hari Kiamat, tidak ada cahaya baginya.”

Manakala dalam riwayat lain pula Rasulullah SAW bersabda:

“Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian, kemudian dia keluar menemui kaumnya (sekumpulan orang) dengan maksud supaya mereka dapat mencium bau wanginya, maka perempuan tersebut adalah penzina.”

Jelasnya, bertabarruj dan berhias berdasarkan pendapat Abul A’la al-Maududi, seandainya ia melibatkan lelaki bukan mahram bersama maka hukumnya adalah HARAM menurut al-Quran, Hadis dan Ijma’ Ulama’. Dengan kata lain, apa jua alasannya lelaki bukan mahram tidak boleh melihat rambut, tubuh badan dan perhiasannya.

Saya tertarik pada suatu komentar berbunyi begini:

“Sekarang ini banyak pakaian yang menggunakan tagline ‘busana muslimah’ tetapi masih menampakkan bentuk badan seperti pinggang dan dada, bertali pinggang, dengan warna-warna menarik, jika jubah-jubah – bersulaman, manik-manik dan batu-batuan pula. Ada pula wanita berpendapat, pakaian-pakaian sebegini dan mekap pada wajah bukan bertujuan menarik perhatian lelaki, tetapi sekadar memberi confident pada diri sendiri dan kelihatan professional apabila berhadapan dengan orang ramai dalam kerjaya-kerjaya tertentu mereka. Antara hujah mereka, ‘jangan sampai agama lain memandang muslimah itu berimej muram, selekeh, tak bergaya dan sebagainya, kerana itu akan memburukkan imej Islam juga’. Boleh ustaz berikan pendapat?”

Perkara ini adalah salah satu hujjah membenarkan tabarruj dilakukan. Masalah bergaya kerana takut dipandang hina oleh non-muslim seringkali digunapakai golongan yang memperjuangkan feminisme dan orientalis barat. Pernah suatu ketika Mustafa Kamal Attartuk juga mengguna pakai hujjah yang sama. Umat Islam hendaklah membuang pakaian Islam dan wajib mengenakan pakaian yang terdedah aurat seiring barat agar lebih maju ke hadapan.

Natijahnya, seluruh umat Islam mengutuk  kerana perbuatan mensekularkan daulah Uthmaniyyah itu. Gelaran ‘laknatullah’ tetap saja terpundak ke atasnya sehingga kini. Bahkan bumi pula tidak menerima jasadnya! Nauzubillahhiminzalik.

Mengikut logik akal juga, adalah  pelik mereka mengatakan itu pakaian moden. Walhal telah nyata bahawa al-Quran menyebut bahawa perilaku dan berpakaian seperti itu adalah seperti golongan Jahiliyyah. Nah, Islamkan hadir selepas berlakunya era kegelapan di zaman Jahiliyyah?

Lihat juga bagaimana masyarakat pra-sejarah yang primitif mengamalkan kehidupan liar dan ganas, malah memakan pula sesama manusia (cannibal). Justeru, kita akan dapati bahaya corak pemakaian mereka adalah sama sebagaimana yang diamalkan masyarakat moden kini. Gemar berbogel dan mengamalkan seks bebas. Apakah ciri-ciri ini yang mahu muslimah ikuti dan teladani?

Tamadun barat dan Islam itu sendiri sudah membezakan perlakuan ini. Di barat masyarakatnya menganggap bahawa bertelanjang itu adalah suatu kesenian. Kesenian yang langsung tak masuk akal dan bersalahan dengan kesenian Islam.

FAEDAH DITOLAK KE TEPI, RUGI YANG DICARI

“Enta tengok laki arab, kalau nampak saja perempuan arab yang seksi dan cantik tengah bawa kereta pun boleh hilang kawalan..” Kata saya kepada Lokman di suatu malam. Lokman hanya tersenyum mendengarnya.

Bahaya dan tersangat bahaya. Itulah yang mampu saya katakan. Bahaya itu bukan sahaja di dunia, bahkan merentasi ke sempadan alam lain pula. Mahukah kita merana selama-lamanya kerana sedetik perlakuan yang merugikan itu?

Sebelum mengakhiri penulisan ini, saya mahu bawakan secebis kata-kata yang dipetik daripada kisah benar. Ianya dialami oleh seorang model, pelakon, pelatih fitness (kesihatan) bernama Sara Bokker. Hidupnya ketika itu penuh dengan kemewahan dan glamor tetapi akhirnya dibukakan pintu hidayah lalu melafazkan kalimah syahadah. Ikuti kisahnya:

“Selepas memeluk Islam, Sara terus menukar penampilannya secara holistik. Semalam beliau melalui kawansan perumahannya dengan berpakaian menjolok mata dan elegan, hari ini Sara melalui jalan yang sama dengan berbusana Muslimah. Menurutnya, dia merasakan dirinya benar-benar seorang wanita dengan berbusana Muslimah dan dia juga merasa bebas kerana tidak perlu berbelanja besar menghias diri. Bahkan bukan sahaja berbusana lengkap sebagai Muslimah, dia juga mengenakan niqab walaupun tahu pemakaian niqab tidak wajib.” Petikan Majalah Solusi 12

Subhanallah! Allah, Allah, Allah!

Rujukan:

Tabarruj Dosa Berhias: Bagaimana Mengenalinya dan Menghindarinya, Hj Mohd Hanif Hj Ismail. Terbitan PMRAM.

10.33AM, 24 Februari 2010,

Siberbay, Tanta.

Tips Mendapat Anak Soleh Dan Solehah
Anak nakal.

Anak degil tak dengar kata.

Anak yang terjebak dengan kebejatan sosial.

Anak ‘ketegaq’ atau ‘nana’ – dialek kedah.

“Ish, si fulan itu curi motor aku semalam.. tak serik-serik dengan kelakunya.” Rungut seorang lelaki sambil mencekak pinggang menahan amarah.

“Anak siapa?” Tanya rakannya.

“Anak si fulan itulah. Bapak dengan anak sama, si bapa kaki botol, main judi, kaki perempuan!” Sambutnya dengan nada yang sedikit tinggi. Marah bukan kepalang lagi.

“Patutlah, bapak borek, anak rintikkan?”

Kesemua perilaku anak-anak, samaada degil, nakal, buas, keras kepala, benak dan ‘ketegaq’ sememangnya menjadi igauan ngeri buat para ibu bapa penjaga mahu pun masyarakat sekitarnya. Amat pelik jika ada ibu bapa penjaga mengatakan bahawa mereka gembira mendapat anak-anak yang degil dan bersangatan jahatnya. Itu bererti dia mengiyakan kejahatan anaknya jika mengukir rasa gembira.

Baiklah, mari kita renung sejenak, mengapa perkara ini terjadi. Walhal pada asalnya anak-anak itu adalah putih, bersih tanpa sebarang perilaku negatif. Orang melayu dahulukala kerapkali mencipta peribahasa yang bersandarkan kepada perilaku masyarakat, misalnya peribahasa yang berkait rapat dengan masalah ini ialah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Benar, tetapi lebih benar lagi ialah bagi membentuk rebung atau buluh yang elok semaikanlah dan tanamlah dengan cara yang paling baik. Gunakan tanah subur dan penjagaan yang rapi, pasti akan terbit hasil rebung dan buluh yang menarik. Mana mungkin terhasil rebung manis daripada tanah kering kontang tanpa baja kecuali dengan izin Allah SWT.

KRITERIA PASANGAN

Sebelum pernikahan lagi Islam telah menetapkan perihal ini. Pilihlah pasangan yang mengenal siapa Allah SWT, siapa kekasihNya, dan tahu bagaimana praktikal mengabdikan diri kepada Pencipta. Itu asasnya yang paling utama. Di samping itu, sebelum menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan, setiap pasangan harus memiliki ilmu berumahtangga agar tak terpesong ke lembah kemungkaran. Faktor-faktor ini adalah perkara pokok yang patut diketahui setiap umat Islam.

Lihatlah bagaimana terbentuknya salasilah keturunan para sahabat, tabie’ tabie’in, ulama’ dan cendikiawan Islam antaranya Imam Syafie’ yang berketurunan Rasulullah SAW dan bersambung pada Abd Manaf. Ibunya pula menurut pendapat yang masyhur adalah seorang berketurunan Yaman dari suku Azd.

Imam Nawawi meriwayatkan tentang ibu Imam Syafie’, katanya: “Rasulullah SAW pernah bersabda: al-Azd ialah singa Allah di bumi ini, ramai dari manusia hendak menjatuhkan mereka, tetapi tidak diizinkan Allah SWT, bahkan Allah SWT meninggikan mereka, dan sesungguhnya pada suatu masa manusia akan berkata: Alangkah bertuahnya jika aku seorang Azdi dan alangkah bertuah juga jika ibuku seorang Azdiyyah.”

Mengenai Imam Syafie’, Rasulullah SAW juga pernah bersabda tentang kedatangan Imam Syafie’ r.a:

“Seorang alim daripada bangsa Quraisy akan memenuhi lapisan dunia ini dengan ilmu.”

Begitu juga yang terjadi pada silsilah keturunan Umar bin Abdul Aziz – cicit kepada Saidina Umar al-Khattab. Pernikahan cucu Saidina Umar al-Khattab dengan seorang lelaki bernama Abdul Aziz bin Marwan lalu melahirkan pula Khalifah adil dan saksama iaitu Umar bin Abdul Aziz. Kehebatannya memerintah dunia Islam ketika itu sudah diketahui umum semenjak dahulu hingga kini.

Formulanya, bagi menghasilkan keturunan anak cucu yang soleh dan solehah (ada juga segelintir keturunan baik terhasil daripada kalangan keluarga zalim, tetapi dengan izin Allah SWT mereka menjadi soleh dan solehah) – langkah pertama adalah kriteria pasangan yang dipilih adalah BERIMAN kepada Allah SWT. Gabungan sperma dan ovum manusia beriman pastinya membawa sel-sel genetik bagi menatijahkan penghasilan anak yang mempunyai akhlak, agama dan aqidah yang sebenar.

Syeikh Ali al-Khawas berkata: “Hendaklah setiap orang memperhatikan sifat anak-anaknya. Jika sifat mereka baik, maka itu adalah akhlaknya. Jika buruk, itu juga akhlaknya. Sebab sperma (mani) turun dari dirinya  dengan sifat-sifat tersebut. Maka tidak ada yang boleh disalahkan selain dirinya sendiri.”

Perkara ini juga Allah SWT telah peringatkan dalam firmannya:

“Dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” (al-Baqarah: 221)

MENERAPKAN SUNNAH DALAM PERSETUBUHAN (JIMA’) SUAMI ISTERI

“Apabila kamu berjima’ hendaklah ingat kepada Allah SWT, nak dapatkan anak soleh dan solehah ianya sebelum terjadinya janin.” Kata Syeikh Dr. Abdullah Syazili ketika menyampaikan kuliah tafsir mingguannya di Masjid Uthaifah, Medan Sa’ah.

“Baca Auzubillahhiminas syaitannirajjim.” Sambung Syeikh lagi.

Pengajian pada malam itu membicarakan mengenai penafsiran ayat 233 daripada surah al-Baqarah berkaitan masalah nikah, talak terhadap isteri. Dilanjutkan perbicaraan pula kepada masalah-masalah yang berhubung kait.

Kata-katanya membuatkan saya termenung sejenak, lantas cuba menulis artikel dan melestarikan berkenaan apa yang disampaikan Syeikh Dr. Abdullah Syazili.

Ya, peringatannya sangat bertepatan dengan sunnah yang dilakukan Rasulullah SAW tatlaka melakukan jima’ bersama isterinya. Bukan seperti haiwan yang tanpa segan silu melakukan aktiviti seksual di tepi-tepi jalan, bukan juga dengan jalan hubungan seksual yang diajarkan oleh tamadun barat.

Tanpa mukaddimah, tanpa doa, tanpa segala tertib. Akhirnya, lahir manusia bengis, tak berakhlak, degil dan pelbagai sifat negatif lain bersamanya.

Lakukanlah dengan niat yang ikhlas Lillahhi ta’ala, berdoa agar terjauh syaitan durjana, menjaga kehormatan, dan beristimta’ dengan mengambil cara yang terbaik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Daripada Abi Dzar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Dan pada kemaluan seseorang kamu (bersetubuh dengan isteri yang sah) adalah sedekah.”

Maka kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah salah seorang kami bersetubuh, adakah ia mendapat pahala padanya?”

Baginda bersabda: “Apakah pendapat kamu sekiranya seseorang itu bersetubuh dengan cara yang haram, adakah ia mendapat dosa? Demikian jugalah sekiranya seseorang itu meletakkannya pada perkara yang halal, adalah dia memperolehi pahala.” (Riwayat Muslim)

Berdoalah, ianya sebagai tanda kita berlindung dengan Allah SWT dari godaan syaitan dan simbolik kepada sebuah kesyukuran padaNya. Semoga dengan membaca doa sebelum mengadakan hubungan antara suami isteri memberikan sebuah keberkatan dan memperolehi anak soleh dan solehah. Rasulullah SAW bersabda:

Daripada Ibnu Abas r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya salah seorang daripada kamu ingin bersetubuh dengan isterinya, maka bacalah (doa ini):

بسم الله اللهم جنبا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

(Wahai Tuhan kami, jauhilah kami daripada syaitan dan jauhilah syaitan daripada apa yang kamu rezekikan kepada kami (anak yang bakal lahir), sekiranya ditakdirkan kepada mereka seorang anak daripada persetubuhan tersebut, syaitan tidak dapat memudharatkannya buat selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Janganlah mendatangi isteri melalui dubur (liwat) dan semasa berlaku haid, ini kerana ianya adalah perlakuan golongan kafir yang bertujuan menyesatkan umat Islam.

Pernah suatu ketika Saidina Umar r.a datang berjumpa Rasulullah SAW lalu beliau bertanya:

“Wahai Rasulullah SAW, aku telah celaka (binasa). Baginda bertanya: Apakah yang menyebabkan kamu celaka? Beliau berkata: Aku telah mengubah kedudukanku semasa bersama isteri (bersetubuh) semalam. Maka tiada jawapan daripada Rasulullah SAW pada ketika itu sesuatu pun, maka turunlah firman Allah SWT yang berbunyi:

Baginda bersabda (berdasarkan firman Allah SWT): Melalui hadapan, melalui belakang (pada kemaluan), jauhilah daripada dubur dan semasa haidh.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi)

Mahukan anak soleh dan solehah? Nah, turuti tips-tips ini. Pasti keturunan kalian bukan sahaja gah di mata manusia, bahkan seluruh alam raya jua turut mengkaguminya.

Lalu tergolong di dalam kelompok dicintai Allah dan RasulNya. Pasti!

Rujukan:

Kuliah Pengajian, Al-Fadhil Syeikh Dr. Abdullah Syazili.

Adab-Adab Islam Dalam Kehidupan Seharian Jilid 2, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani.

Mendekati Ulama’ Dan Para Wali Allah Di Mesir, Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab al-Idris al-Linggi.

5:10PM, 22 Februari 2010,

Siberbay, Tanta.

Bagai Mengucup Kilauan Lu’ Lu’ Wal Marjan
“Al-ilmu laisa fil haya’ (Ilmu tidak boleh malu)” Kata Syeikh Ahmad Muhammad al-Hussaini Ahmad al-Maddah lewat pengajian talaqqi yang diadakan di Masjid Mustafa. Pengajian talaqqi yang dijalankan hampir setiap hari seusai solat maghrib sehingga isya’ itu merangkumi pelbagai kitab dan subjek. Terisi juga waktu-waktu lapang cuti fasal kuliah.

Daripada Aisyah r.anha berkata: “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar kerana perasaan malu tidak menegah mereka untuk mendalamu (bertanyakan hal-hal yang berkaitan) ilmu agama.”

Antara kitab-kitab yang diajarkan kepada kami ialah kitab Sirah Syifa’, Tafsir Jami’ liahkam, Fathul Bari Bisyarah Sohih Imam Abi Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Fiqh Wadih, Kitab Tasawuf Munqiz Minaddalal dan Kitab Hadis Sahih Muslim Syarah Imam Nawawi.

Laksana mencurah-curahnya hujan dari langit mendung ke hamparan bumi gersang. Air segar itu memadamkan debu-debu yang berterbangan semusim berlalu. Menghilangkan bau-bau tanah yang merindui simbahan gemawan. Lantas mengipuk semaian serta menumbuhkan lapangan menghijau.

Segar. Menenangkan. Menghidupkan kandil jiwa yang kian malap.

Begitulah yang dialami bila kenikmatan ilmu itu meresapi dan memenuhi segenap jihat kegelapan. Seolah-olah sedang bermusafir merentasi sahara yang luas lalu kehabisan bekalan air. Tatkala itu bukan lagi emas yang dicari, tetapi seteguk air penghilang dahaga.

Allahhu Rabbi. Allah Ya Latiff. Segala puji bagi Allah SWT yang menggerakkan lidah dengan titipan hikmah, menghiasi sanubari dengan hiasan makrifah, menyinarkan nur dengan teladan dan sunnah.

DIA AHLI BAIT

Entah berapa ramai ahli bait bersalasilah keturunan Rasulullah SAW yang mendiami bumi zaitun ini, bumi yang masyhur dengan istilah ardul kinanah. Semenjak ianya dibuka panglima Amru bin Asr, kemasukan sahabat-sahabat dan silsilah ahli bait berseliwaran dan bertebaran ke segenap pelusuk daerah Mesir.

Bahkan ada yang masih bernafas sehingga ke saat ini dan ramai juga yang sudah mengadap Ilahi. Antara ulama’ dan masyaikh berketurunan Rasulullah SAW yang masih hidup dan terus menerus mencurahkan ilmu Allah SWT dan Sunnah Rasul Mustafa ialah Syeikh Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’as al-Husaini al-Kittani as-Sakandari.

Saidina Umar r.a berkata: “Mati seribu orang yang beribadat kepada Allah SWT lebih mudah daripada mati seorang alim yang mengetahui halal dan haram.”

Beliau adalah merupakan guru kepada Syeikh Ahmad Muhammad al-Hussaini Ahmad al-Maddah juga adalah salah seorang pengajar berketurunan Rasulullah SAW. Pernah juga beberapa kali saya bertandang ke Iskandariah bersama-sama mendengar pengajian hadis yang disampakian oleh Syeikh Muhammad bin Ibrahim.

Tetapi disebabkan kekangan masa dan jarak yang agak jauh – dari Tanta ke Iskandariah, membuatkan pengajian bersamanya tertangguh.

Namun begitu, kehadiran salah seorang murid Syeikh iaitu Syeikh Ahmad Muhammad al-Hussaini Ahmad al-Maddah yang ikhlas memberikan pengajian kepada kami membuatkan masa-masa yang berdetik begitu berharga. Walaupun hanya sekitar sejam setengah pengajiannya, sudah cukup meruntuhkan keegoan dan kemalasan mengkhatami kitab-kitab muktabar.

“Kita boleh tengok macammana orang tu alim, dia akan sentiasa belajar walaupun dia dah tahu.. Bukan berlagak tahu sehingga malas nak bertalaqqi lagi..” Kata saya kepada Ibrahim. Kami terus bersiap-siap ke kelas Syeikh petang itu.

Mujahid berkata: “Tidak mendapat ilmu mereka yang malu dan takabbur.”

Saya sukakan pengajarannya. Cara penyampaiannya tetap jelas dan terang menggunakan susun atur bahasa arab fushah walaupun terkadang terbit beberapa patah kata ammiyyah. Akan diulang-ulang penerangan sehingga kami mengangguk faham. Wajahnya yang putih bersinar seakan kilauan neon yang tak jemu untuk dipandang.

Sungguh, saya merasa jatuh cinta pada ilmunya. Moga Allah mengekalkan rasa itu dalam sanubari ini selama-lamanya. Insya’Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila kamu bersama (sama-sama menikmati, makan dan minum di dalamnya), lalu sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, apakah dia taman-taman syurga? Baginda bersabda: Majlis-majlis ilmu.”

SELAWAT DAN SALAM

“Ya Rasulullahhi ajirna, al-ghausa Rasulallah..”  Lantunan suara merdu bergema memenuhi ruang Masjid. Kami sama-sama menuruti madah itu.

Allah, Allah, gameel awi!

Bukan sahaja berkebolehan menyampaikan ilmu dengan baik, bahkan suara Syeikh Ahmad juga begitu asyik dan mempersonakan apabila beliau membaca al-Quran mahupun mengalunkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.

Wajahnya pasti ceria apabila selawat ke atas nenek moyangnya itu dialunkan berkali-kali. Beliau selalu menyarankan agar selawat senantiasa menuturkan selawat dan salam. Oleh kerana itulah beliau akan mengadakan majlis berselawat burdah usai solat Isya’.

Sabda Baginda SAW: “Sesungguhnya manusia yang paling hampir denganku pada hari qiamat nanti adalah mereka yang lebih banyak berselawat padaku.” (Hadis riwayat an-Nasaie dan Ibnu Hibban)

Setiap kali diakhir pertemuan majlis tafaquf fiddin itu kami tak terlepas untuk bersalaman bersama. Balasannya, pasti pipi kami dikucup mesra olehnya.

Tanda sebuah keakraban ukhuwwahfillah. Insya’Allah, Abadan abada!

1:21AM, 21 Februari 2010,

Siberbay, Tanta.

Menjustifikasikan Apabila Dirogol
“Dibolehkan menjadi pelacur jika dalam keadaan darurat.” Kata lelaki A.

“Tidak dikenakan had jika dipaksa zina/rogol.” Kata lelaki B.

Jika dilihat sekali imbas tanpa penelitian, seakan sama bunyi petikan kata-kata itu. Keterpaksaan untuk melakukan perzinaan.

Berhenti dulu. Sila baca dan renung dahulu situasi antara keduanya. Wujudkah perbezaan antara keduanya? Jawapannya, wujud dan berbeza sama sekali hukumnya.

Menjerumuskan diri ke dalam lembah perzinaan atau dengan bahasa kasarnya, menjadi pelacur lalu menggunakan wang tersebut untuk sara diri dalam kehidupan adalah HARAM sama sekali. Tidak ada alasan untuk menggunakan kaedah darurat akibat ketiadaan kerja mahupun tertekan hidup kerana tidak mempunyai wang.

Jelas. Mari kita teliti pula masalah kedua. Ini bukan masalah sexual harassment semata-mata, tetapi masalah dipaksa zina. Justeru, bagaimana pula hukumnya jika dipaksa zina ataupun istilah masyhurnya ‘Dirogol’? Perkara ini juga terkandung di dalam kaedah Qawaid Fiqhiyyah di bawah tajuk ad-Darar Yuzal.

PERBEZAAN MAZHAB DALAM MASALAH INI

Mazhab Hanafi:

Zina paksa bagi lelaki tidak dibolehkan dengan sebab paksaan. Ianya tidak dikira sebagai rukhsah kerana dosanya akan berpanjangan dan berdosa selama-lamanya. Menurutnya perbuatan zina adalah haram secara qat’ei, tidak ada tempat untuk dijadikan keraguan dan tidak boleh beralasan atas apapun.

Jika orang dipaksa itu tetap melakukannya, dosanya tidak akan gugur. Ini dilihat kepada faktor kemudharatan yang besar dengan lebih kecil. Kemudharatan akibat berlaku perzinaan adalah besar bukan dikategorikan sebagai mudharat kecil – Ia berkaitan keturunan dan maruah.

Adapun perempuan dipaksa untuk berzina, berkata setengah pendapat ulama’-ulama’ al-Hanafiah perempuan tadi tidak berdosa. Ini terjadi apabila lelaki yang memaksa perempuan itu berzina dengan paksaan yang sebenar-benarnya.

Al-Kasani menyatakan bahawa perbuatan zina ini tidak kira lelaki ataupun perempuan adalah sama kedudukannya. Bukankah Allah SWT menyamakan di dalam al-Quran mengenai persamaan antara penzina lelaki dan perempuan. Maka selayaknya kita tidak boleh membezakan kedua-duanya. Justeru, kita tidak boleh berikan rukhsah kepada wanita yang dipaksa itu.

Mazhab Hanbali:

Majoriti ulama mazhab Hanbali dan Imam Muhammad bin al-Hasan pengikut mazhab Hanafi pula mengatakan bahawa lelaki yang dipaksa berzina dikenakan hukuman hudud. Ini kerana persetubuhan tidak akan berlaku tanpa adanya lelaki.

Mazhab Maliki:

Tidak boleh meletakkan zina ini sebagai kesan paksaan. Walaupun dengan cara ditakut-takut dengan bunuh. Bahkan wajib merelakan diri untuk dibunuh  samaada perempuan tadi dipaksa ataupun merelakan. Jika perempuan itu sudah berkahwin atau bertuan, maka dia wajib merelakan untuk dibunuh.

Akan tetapi jika perempuan itu tidak bersuami dan tidak mempunyai tuan (hamba), maka tidak mengapa.

Mazhab Syafie’:

Tidak halal berzina dengan sebab paksaan samaada terpaksa mahupun yang memaksa. Lelaki perempuan adalah sama.

Ini hukum dari segi akhirat, adapun hukuman zina dari sudut dunia bagi pendapat rajih dari ketiga-tiga mazhab adalah 100 kali rotan.

Adapun perempuan yang dipaksa berzina tidak dikenakan hukuman ke atasnya.

Hudud adalah terbatal dengan syubhat. Ini kerana keterpaksaan adalah suatu benda yang syubhat maka ianya terhalang daripada dikenakan hudud. Jadi, perempuan itu tidak dikenakan hudud.

Manakala menurut sebahagian ulama di dalam mazhab Syafie’ berpendapat: “Apabila seseorang wanita dipaksa antara berzina dan dibunuh, maka haram baginya memilih berzina dan ia mesti memilih dibunuh. Ini disebabkan haram berzina terkategori sebagai menjaga maruah, dan haram membunuh terkategori sebagai menjaga nyawa.

Alasannya kerana implikasi daripada perbuatan zina itu lebih besar seperti mengandung anak luar nikah, trauma yang dialami mangsa, malu yang dirasai oleh kaum keluarga dan tercalarnya harga diri.

“Dan sesiapa Yang memaksa mereka, maka Sesungguhnya Allah – sesudah paksaan Yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nur: 33)

Menurut riwayat daripada Mughni Ibnu Qudamah jilid 8 muka surat 187, telah datang seorang perempuan ketika zaman Saidina Umar r.a, lalu berkata:

“Aku tertidur nyenyak, aku tak terjaga sehinggalah aku bangun dan sedari bahawa lelaki telah merogol aku.”

Saidina Umar r.a berkata, “Aku bebaskan perempuan itu dengan sebab hudud tidak terjadi kerana syubhat.”

Pandangan Jumhur Ulama’:

Menurut pandangan jumhur ulama’ mengatakan bahawa wanita yang dipaksa untuk melakukan zina, tidak dikenakan hukuman hudud. Seandainya paksaan itu adalah paksaan yang ‘muljik’ (Sudah berusaha berlindung), maka dia tidak berdosa.

Tetapi jika paksaan itu bukan ‘muljik’, maka dia berdosa. Dalil yang mereka gunakan ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Athram:

“Bahawa seorang wanita telah dipaksa untuk berzina pada zaman Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW membebaskannya daripada hukuman hudud.”

Ini kerana zina paksa atau rogol adalah dikira sebagai syubhat dan hukuman hudud terhalang apabila berlaku syubhat ke atasnya. Begitu juga hukuman lelaki yang dipaksa zina adalah sama dengan hukuman ke atas wanita menurut jumhur ulama’. Pendapat ini adalah dikira sebagai rajih.

Kesemua pendapat di atas adalah benar kerana masing-masing bersandarkan dalil. Namun begitu, timbul persoalan – Yang mana satukah pendapat yang harus digunakan untu menyelesaikan masalah ini.

Jawabnya, bagaimana mahu memilih pendapat walhal perlaksanaan hukumnya tidak dijalankan. Imam dan Qodhi lebih berhak memberikan kata putus.

Mahu bina rumah, tetapi bahan asas pembinaannya belum ada. Apakah rumah itu akan siap sepenuhnya?

Marilah cuba-cuba untuk tepuk dada, mungkin Iman mampu menjawabnya!

Rujukan:

Muhadharat fi Qawaid al-Fiqh al-Kuliyah Firqah Rabi’ah, Doktor Hamid Abduhu Faqi.

Sakit Puan&Perbidanan, Fardhu Kifayah Yang Terabai, Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad.

Al-Wafi, Syarah Hadis 40, Imam Nawawi, Dr.Mustafa al-Bugha & Mahyuddin Misto.

11:40AM, 18 Februari 2010,

Siberbay, Tanta.