Faridrashidi.Com » Wacana Ilmiah

Lambakan Kuantiti Doktor Yang Tidak Berkualiti?
KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menghentikan kursus baharu perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mampu membendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran ketika ini.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. David Quek Kwang Leng berkata, masalah tersebut berpunca daripada kewujudan banyak IPT yang menawarkan pelbagai kursus perubatan. Beliau berkata, pertambahan jumlah kursus perubatan itu menyebabkan pelajar bebas memilih kursus dengan kos yang rendah pula. – Kosmo 7 Mei 2011.

Itu perkhabaran yang terpamer di dada akhbar negara tempohari.

Manakala khabar dari bumi Kinanah mengatakan bahawa akan diadakan suatu pertandingan nyanyian yang disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi Perubatan. Pertandingan itu diberi gelar Medic’s Got Talent 2011.

Maknanya, selepas mereka berjaya menamatkan pengajian di sana, mereka akan terjun ke dalam dunia kedoktoran. Sudah semestinya mereka akan menjadi doktor merawat para pesakit pula.

Nah, di sini wujud kecelaruan identiti serius di kalangan pelajar Perubatan yang membikin dan mengimarahkan aneka ragam gejala sosial di bumi Anbiya’ itu. Mereka telah lupa bahawa mereka antara golongan yang diharapkan oleh masyarakat.

Masyarakat memandang mereka dengan harapan kelak akan membantu umat Malaysia dalam menangani masalah kekurangan doktor atau pembantu perubatan. Masyarakat melihat mereka dengan harapan mereka akan menjadi doktor yang berhemah tinggi, berakhlak mulia, profesional, berkualiti, bukannya menjadi artis atau penyanyi.

Sedangkan budaya hedonisme, nyanyian dan artis terlalu muak untuk masyarakat hadam. Sangat banyak dan menyesakkan!

Andainya, perkara negatif sebegitu menjadi makanan harian mereka, maka diruang manakah kita mahu mengatakan doktor sebegitu adalah yang berkualiti?

Tujuan Pendidikan Dalam Islam

Islam sama sekali tidak menyanggah umatnya agar mempelajari ilmu selain berkaitan pengajian Islam. Belajarlah, kerana itu merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam, dan akan menjadi wajib sekiranya tidak ada umat Islam yang mempelajarinya.

Pada hakikatnya ilmu pengetahuan itu terdiri dari dua perkara; iaitu pengetahuan yang dapat dikembangkan akal fikiran manusia, sehingga ia dapat menentukan suatu tindakan (aksi) tertentu, dan pengetahuan mengenai perbuatan itu sendiri. Maka setiap ilmu pengetahuan itu tercakup daripada salah satu dari dua perkara itu.

Adanya Akal Sebagai Pembeza Dengan Manusia Tidak Berakal

Kita dianugerahkan Allah Ta’ala akal untuk berfikir. Dengan akal, kita berbeza berbanding haiwan dan golongan manusia yang tidak berakal. Akal adalah anugerah berharga yang dimilik manusia.

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah: 269)

Lafaz ulul albab dalam ayat di atas diertikan sebagai Dzawul Uquul, maksudnya orang-orang yang berakal.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.” (Al-Maidah: 100)

Terlalu banyak firman Allah SWT mengenai perihal akal manusia. Tujuannya tidak lain tidak bukan supaya kita dapat berfikir dengan jernih, mengapa akal ini diciptakan kepada manusia. Dengan akal, manusia dapar berfikir dan merenung keesaan Allah Ta’ala sehingga dapat membuahkan keimanan kepada-Nya, terhadap keesaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan keagungan-Nya. Di sinilah peranan akal manusia, yang dapat menghantar insan menuju ketauhidan kepada Allah SWT.

Maka, sebagai pengamal perubatan yang baik dan berilmu pengetahuan luas, tentunya mereka dapat memaksimumkan akal fikiran agar setiap perbuatan terarah hanya semata kepada Allah SWT. Mereka tentu akan berfikir bagaimana mahu mengembangkan ilmu pengetahuan beriringan akal yang baik. Hadiah buat umat.

Jika mereka tidak memaksimumkan akal fikiran sebaik mungkin, pastinya kedudukan dan martabat mereka sama seperti golongan jahil yang tidak berakal. Kerana itu Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Al-Mujadalah: 11)

Mengapa Wajib Menjadi Berkualiti, Berbanding Kuantiti?

Suka untuk saya kutip kembali kata-kata nasihat daripada Dr.Hamdi Mas’ud dalam kitabnya Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta’alim al-Islam bermaksud:

“Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya.. hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan ke dalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenar… bertitik-tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.”

Dalam apa jua bidang sekalipun, nilaian hebat itu letaknya pada kualiti, bukan kuantiti. Apa guna ramai manusia, tetapi yang boleh diharapkan hanya 2,3 orang sahaja? Sudah tentu ia amat merugikan segala; baik masa, wang ringgit dan daya fikir.

Menjadi berkualiti itu sudah pasti ia adalah milik seorang doktor mukmin lagi muttaqin. Yang hidupnya melihat bahawa Allah SWT adalah segala. Sedangkan dia adalah wasilah untuk membantu para pesakit. Menyebar dakwah dalam sedar atau tidak.

Pernahkah kalian dengar, cerita pendakyah Kristian yang berselindung di sebalik Team Perubatan Antarabangsa menyusup masuk ke kampung-kampung terutamanya negara yang penduduknya beragama Islam? Mereka bukan sahaja mengubati pesakit, tetapi misi mereka lebih besar dari itu.

Doktor yang berkualiti, adalah mereka yang memiliki pencapaian akademik cemerlang atas hasil usaha untuk mengangkat diri menjadi lebih baik dan terbaik. Mereka adalah milik orang-orang yang sabar, yang tidak mensia-siakan waktu pada perkara yang melekakan.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah: 218)

Pastinya mereka bukan daripada golongan yang suka menjerumuskan diri ke lembah maksiat dan kehinaan.

Bayangkan, jika suatu hari nanti para graduan bidang kedoktoran ini sudah menamatkan pengajian masing-masing, sedangkan bekalan perjalanan untuk terjun ke dalam masyarakat tidak mencukupi. Apa yang bakal terjadi? Fikirkan, jika doktor yang tidak memiliki sifat sabar, akhlaq mulia, latarbelakang agama dan pengetahuan ilmu mencukupi merawat pesakit dan menatijahkan perkara buruk kepada pesakit?

Lalu, mahu menuding jari kepada siapakah?

Tanya diri sendiri dahulu ke mana hilangnya waktu 6 tahun ke belakang itu sebelum menyalahkan orang lain!

12:53PM, 10 Mei 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Antara Justin Bieber Dan Nasi Lemak Yang ‘Haram’
Justin Bieber, adalah generasi yang dilahirkan pada tahun 1994.

Seingat saya, waktu itu rakyat Malaysia masih mentah untuk menghadapi internet – medium penyebar propaganda dan info terpantas di dunia kini. Lebih-lebih lagilah untuk tahu aplikasi seperti laman sosial Facebook, Twitter dan lain-lain sesawang. Kanak-kanak pada zaman itu hanya tahu bermain game Mario atau menonton cerita kartun Ultraman Taro.

Saat itu, kita baru merasa bangga pada kereta Proton Iswara. Sebuah kereta ‘canggih’ keluaran Malaysia selepas Saga.

Maka, pada tahun 1994 itu juga lahir seorang manusia boneka yang siap diprogramkan menjadi manusia berpengaruh. Yang ada tarikan, yang ada kelebihan untuk menarik jutaan manusia seluruh dunia supaya histeria padanya. Sifunya, tidak lain tidak bukan adalah Syaitan. Mentornya pula adalah Yahudi dan Nasara.

Setelah remaja, dia digilai gadis-gadis remaja mentah samaada dari kalangan melayu tidak bertudung dan BERTUDUNG, India, Cina, Jepun dan lain-lain bangsa di dunia. Si gadis bertudung mengaku Islam turut sama menggilai penyanyi Justin Bieber – menjadi sama tarafnya dengan remaja non-muslim lain.

Watak sama, perangai sama, pakaian hampir sama tetapi nama adalah Islam dan mereka tetap akui adalah beragama Islam. Hakikatnya, tidak ada beza pada watak luaran!

Maknanya, Si Justin Bieber yang berkiblatkan Syaitan itu telah berjaya merasuk anak gadis Islam dengan mudah dan pantas, sepantas jalur internet.

Ini terbukti. Fakta semalam yang dilaporkan media menyatakan bahawa Stadium Merdeka bergegar dek penangan 17,000 peminat Justin Bieber. Mereka menjerit, terpekik, terlolong dan telah dihantui lembaga penyanyi remaja itu.

Khabarnya, sempena penjualan tiket konsert itu akan disalurkan kepada badan kebajikan sebagai sumbangan amal. Wah, mudahnya beramal cara mereka!

Saya rasa ia semisal dengan kisah seorang perompak yang kerjanya sehari-hari merompak manusia di jalan, lalu menggunakan duit itu untuk disalurkan kepada rumah anak-anak yatim, atau ‘naik’ haji di Baitullah!

Ini bermakna, melakukan pekerjaan HARAM sebagai manisfestasi menuju cita-cita HALAL. Sangat bersalahan kaedah syara’. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Kaedah ini adalah bertepatan dengan teori Machiavelli:

Teori yang dibawa oleh Machavelli adalah dalam tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang ingin dicapai). Jadi biarlah seorang putera (raja) mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya; kaedah yang diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi, maka timbullah pernyataan, “matlamat menghalalkan cara”. [Niccolo Machiavelli, The Prince].

Ini jelas, kerana Rasulullah SAW telah mengingatkan kita akan perbezaan antara hak dan batil. Halal dan haram.

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer radiallahuanhu beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barang siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.

Nasi Lemak Haram Kerana Gemuk?

Kata orang lama dalam peribahasanya, berbunyi; “Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.”

Ia sangat cocok untuk disamakan dengan apa yang berlaku pada hari ini. Konsert juta-juta input cukainya, bebas diadakan melata. Biarkan saja mereka bersorak riang. Jerit dan launglah sekuat hati terhadap si pembawa agenda dajjal itu. Tak mengapa, penguasa izinkan.

Bukankah penguasa juga merestui tayangan adengan seks percuma? Ya, demi musuh politik apa saja menjadi halal.

Begitulah juga mengenai nasi lemak. Sudah berkurun orang melayu menjamah nasi lemak. Bahkan ada segelintir masyarakat cina menggemarinya. Orang dulu-dulu makan nasi lemak, tetapi mereka tidak melupai hidangan ulam-ulaman yang berkhasiat. Mereka bekerja keras membanting tulang siang dan malam. Maka berbaloilah nasi lemak sepinggan itu. Tetapi bukanlah nasi lemak menjadi hidangan setiap hari. Cuma sekadar menghilang kempunan di lidah saja.

Orang sekarang, bukan sekadar nasi lemak, segala jenis makanan ‘dibelasah’nya. Ayam goreng KFC, burger goreng, junk food dan pelbagai aneka juadah dari timur hingga ke barat adalah makanan biasa masyarakat dewasa ini. Maka, potensi untuk menjadi gemuk bukanlah semata nasi lemak sebagai penyumbang utama.

Seharusnya, pihak berwajib janganlah mengharamkan nasi lemak itu sehingga menghadkan penjualannya di sekolah. Bukankah itu antara sumber pendapatan kalangan penduduk melayu miskin?

Mahu kuatkuasa undang-undang, atau mahu berhukum. Gunalah timbangan akal yang jernih. Jangan sekadar arah, arah dan arah. Yang halal diharamkan, yang haram senantiasa dihalalkan.

Haramkanlah perkara yang wajar untuk diharamkan, bukan mengharamkan perkara yang halal!

10:34PM, 24 April 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Rasulullah SAW Tidak Berpolitik?
“Salam… Boleh ustaz terangkan sedikit; Nabi dan politik.”

“Maaf, saya tahu akan nabi berpolitik. Tapi saya tak tahu nak jawab bila orag tanya dengan jawapan yang meyakinkan.”

“Atau saya silap. Tapi saya yakin saya tak silap. Nabi memang berpolitik.”

Tanya seseorang kepada saya tempohari.

Bagi menjawab persoalan ini, adalah lebih utama saya membawakan definasi pengertian makna kata politik, siyasah atau politics.

Pengertian Makna Politik

Menurut Wikipedia, makna politik ialah; Politics (from Greek πολιτικός, “of, for, or relating to citizens”), is a process by which groups of people make collective decisions.

Siyasah (politik) mengikut pengertian bahasa adalah pemeliharaan (pengurusan) kepentingan, manakala siyasah menurut pengertian syara’ bermaksud ri’ayah asy-syu’un al-ummah dakhiliyyan wa kharijiyan (mengatur/memelihara urusan umat sama ada dalam atau luar negeri).

Definasi ini diambil dari beberapa hadis di mana Rasulullah SAW menggunakan lafaz ‘siyasah’ untuk menunjukkan maksud pengurusan/pemeliharaan urusan umat. Memperhatikan (mengambil peduli) terhadap kaum Muslimin adalah kepedulian terhadap kepentingan-kepentingan mereka. Begitu juga membantah kekuasaan penguasa (yang tidak Islami) merupakan kepedulian terhadap kepentingan kaum Muslimin serta termasuk mengurusi persoalan-persoalan mereka. Inilah pengertian politik menurut Islam.

Maknanya, setiap muslim baik seorang itu mendalami agama atau tidak, doktor, guru, ustaz, peniaga, tukang kebun, Pak Jaga atau apa saja pekerjaannya maka adalah wajib untuk mengambil tahu urusan umat Islam seluruhnya. Jikalau hidup sehari-harinya hanya sekadar makan, minum, tidur, berjalan, bekerja dan bersetubuh sahaja tanpa mengambil peduli serta peka apa yang berlaku umat Islam seluruhnya, maka ia menyalahi peringatan Baginda SAW.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:

“Barangsiapa (bangun) di pagi hari dan perhatiannya kepada selain Allah, maka Allah akan berlepas diri dari orang itu. Dan barang siapa (bangun) di pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk dari mereka (kaum Muslimin)” (Hadis riwayat al-Hakim)

Pernah suatu ketika, guru kami Ustaz Mustafa Khayyat mengkhabarkan di dalam kelas;

“Hidup ini kalau hanya tahu makan, minum, tidur, kerja dan mati. Tak ada menbawa apa-apa manfaat.”

Justeru, kaedah syara’ menyebut bahawa “Ma la yatimmul wajib illa bihi fahua wajib” (suatu perkara yang tidak sempurna kecuali dengan melakukan suatu perbuatan, maka perbuatan itu menjadi wajib). Jadi adalah menjadi kewajipan setiap muslim mengembangkan dakwah dan berkecimpung di dalam politik Islam bagi memperkuatkan ad-Deen agar terhindar daripada kekacauan musuh. Firman Allah SWT:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam), mengajak kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.” (Ali-Imran: 104)

Adalah dikecualikan bagi tiga golongan kerana mereka mempunyai halangan untuk melakukan urusan dakwah dan tarbiyyah. Mereka adalah orang yang tidur, anak kecil dan orang gila. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:

Diriwayatkan dari Abi bin Abi Thalib, Rasulullah SAW bersabda: “Telah diangkat pena dari tiga golongan: Dari orang yang tidur hingga ia bangun, dari anak kecil hingga ia baligh dan dari orang gila sampai akalnya kembali.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Jelas.

Rasulullah SAW Tidak Berpolitik?

Bagaimana untuk menyangkal dakwaan bahawa Rasulullah SAW tidak berpolitik sedangkan setiap muslimin dan muslimat disarankan Baginda SAW untuk terjun ke medan dakwah? Bahkan Rasulullah SAW dengan tegas memperingati kita agar mengambil tahu dan memperhatikan urusan ummat?

Ini bererti Rasulullah SAW secara jelas sememangnya adalah seorang ahli politik, pendakwah malah utusan Allah terakhir. Baginda SAW adalah pemimpin umat Islam (ra’isud daulah) dan menjadi contoh ikutan kepada seluruh pemimpin-pemimpin politik dunia baik gelaran yang disandang itu berstatus ulama’ ataupun umaira’. Rasulullah SAW berpesan kepada kita, agar setiap dari kalangan kita senantiasa mempraktikkan unsur-unsur nasihat agar tak terpesong dan alpa pada agama.

Contoh lain yang menunjukkan bahawa Rasulullah adalah ketua umat Islam serta berkecimpung dalam arena politik berdasarkan hadis dari Jarir bin Abdullah mengatakan:

“Aku mendatangi Nabi SAW lalu aku berkata, ‘Aku membaiatmu berdasarkan Islam. Maka baginda mensyaratkan agar aku memberi nasihat kepada semua Muslim” (Hadis riwayat Bukhari)

Dari ‘Ubadah bin Shamit ia berkata: “Kami membai’at Rasulullah SAW…” (Hadis riwayat Muslim)

Dari Ummu ‘Athiyah ia berkata: “Kami membai’at Rasulullah SAW…” (Hadis riwayat Bukhari)

Berdasarkan dalil, maka jawapannya; Rasulullah SAW adalah ahli politik dan berpolitik.

7:08PM, 20 Mac 2011,

KBB, Baling.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Kahwin Semasa Belajar: Dari Sisi Dua Persepsi
“Kahwin semasa belajar… Apa reaksi kalian?”

“Pada saya kurang bersetuju. Semasa belajar ambil peluang belajar. Tapi jika atas sebab tertentu, silakan mengikat cepat. Tapi sudah dimaklumi bahawa perkahwinan semasa belajar tidak sama dengan perkahwinan sesudah pasangan berkerjaya. Berkahwin semasa belajar bermakna suami sebagai pemberi nafkah keluarga mempunyai sumber pendapatan yang terhad. Tapi kalau nak kahwin juga kena akur akan hakikat.” Komen individu pertama.

“Ok je, boleh elak maksiat. Sebab saya tengok orang kahwin masa belajar ni, pelajaran dia lagi cemerlang jika dia betul-betul komitmen…” Komen individu kedua.

“Tapi kalau berkemampuan dari segi segala yang penting. Silakan. Apa-apa perkara yang nak dilakukan, sama ada baik buruk. Ada baiknya berfikir dan berfikir lagi.” Tambah mereka.

“Ok, sebenarnya proses pembelajaran adalah hingga ke mati. Tidak ada istilah bila bekerja harus berhenti belajar. Belajar dan belajarlah. Tak rugi.” Saya cuba memberi reaksi balas.

“Dek sebab dilarang berkahwin, adakah kesannya membuatkan dia tak boleh memberi tumpuan pada pelajarannya?” Sambung individu lain pula.

“Sebenarnya, ia bergantung kepada seseorang individu. Kerana setiap individu itu berbeza. Sebab itu di dalam Islam, hukum kahwin itu berbeza. Terkadang menjadi wajib, sunat, makruh dan haram. Bergantung kepada keadaannya. Dah kalau berkemampuan, dipersilakan. Moga-moga hati mereka yang mahu berkahwin itu tenang bersama sakinah, mawaddah dan rahmah. Kita seharusnya berdoa begitu.” Jelas saya.

“Ok je, yang penting pandai bahagikan masa. Komitmen pada study dan komitmen dengan pasangan masing-masing. It would be ok. Tapi ramai je yang couple bukan nak kahwin, kahwin sajalah daripada duduk berkepit ke hulu ke hilir, tapi mereka yang macam ini bukan serius sangat dalam perhubungan just nak enjoy. Ini masalahnya, masalah yang melanda di IPT sekarang.” Kata individu seterusnya.

“Bercouple, merasa apa yang sepatutnya belum rasa hingga menjejaskan maruah itu bukan hakikat cinta. Kerana cinta itu sudah ternoda dengan nafsu syaitan. Cinta suci adalah keterikatan pada syara’ dan tidak lari dari Allah Ta’ala dan Rasul-Nya.” Saya memberi konklusi penutup mengakhiri perbincangan.

HUKUM PERKAHWINAN

Sebelum kita berbincang hal-ehwal berkaitan kahwin semasa belajar, adalah lebih menarik jika kita sertakan hukum-hukum berkaitan perkahwinan. Seperti yang saya terangkan di atas, perkahwinan ini mempunyai martabatnya yang berbeza kepada setiap individu tersebut. Adakala ia berubah menjadi; sunat berkahwin, sunat meninggalkannya, makruh, lebih baik berkahwin dan lebih baik tidak berkahwin.

Sunat berkahwin

Perkara ini berlaku bila mana seseorang individu itu berhajat untuk berkahwin, serta mempunyai kemampuan dari segi nafkah, mas kahwin dan nafkah kehidupannya dan isteri. Pada hematnya, dengan terbinanya perkahwinan tersebut dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah kemaksiatan khususnya perzinaan. Maka saat itu, dia disunatkan untuk berkahwin demi menjaga diri dan keturunan, melahirkan generasi beriman serta bertakwa.

Ini sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW bermaksud:

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dan perkara ini adalah sama hukumnya bukan sahaja kepada lelaki, tetapi juga kepada para wanita yang menginginkan sebuah perkahwinan. Dengan perkahwinan itu, jiwanya beroleh rasa damai dan bahagia, terhindar dari fitnah melata, terselamat diri, agama dan seterusnya keturunan dari tangan-tangan durjana.

Sunat meninggalkan perkahwinan

Firman Azza Wajalla bermaksud:

“Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka sehingga Allah memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya.” (An-Nur: 33)

Hukum ini tertuju kepada individu yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga akan tetapi tidak mempunyai kemampuan dan nafkah menyara keluarga. Maka dia disunatkan untuk tidak berkahwin, dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan amal ibadah yang mampu mencengkam nafsu dari meliar serta menjaga kesucian diri dari dinodai titik dosa besar – zina.

Makruh

Makruh hukumnya bagi sesiapa yang tidak berhajat untuk berkahwin. Bahkan dia juga tidak mempunyai keinginan, kemampuan dari segi nafkah zahir dan batin. Barangkali ketidakkemampuannya itu adalah disebabkan kerana dia mengalami penyakit, tidak berharta atau apa-apa saja perkara yang mengundang mudharat.

Lebih baik tidak berkahwin

Afdhal begitu sekiranya seseorang individu itu sememangnya tidak berhajat untuk berkahwin walaupun mempunyai kemampuan atas kerana tiada keinginan pada nalurinya ketika itu untuk berumahtangga. Sebab-sebab alasannya keran mahu menumpahkan perhatiannya pada titik fokus amal ibadat atau pengajian. Jika dengan berkahwin ini boleh menjejaskan kosentrasi titik fokusnya, maka lebih baik tidak berkahwin pada saat itu.

Lebih baik berkahwin

Bila mana seseorang individu itu tidak terlalu sibuk kepada ibadah dan pengajian, sedangkan saat itu dia mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi tak punya keperluan yakni harta atau nafkah. Lantas, perkahwinan baginya adalah lebih baik, agar masa lapangnya tidak diisi dengan tentatif mungkar yang bisa menggugat keimanan dan akhlak dirinya. Dengan perkahwinan itu, Insha’Allah bakal melahirkan intipati sakinah, mawaddah dan rahmah.

BERKAHWIN SEMASA BELAJAR?

Apabila kalian meneliti satu persatu subtopik yang saya sertakan, pastinya kalian mampu berfikir dan membuat konklusi sendiri berdasarkan kemampuan individu itu. Saya sama-sekali tidak berani untuk mengikat minda kalian agar menerima pendapat saya bulat-bulat. Andainya saya bersetuju untuk mengatakan ‘YA’ atau ‘TIDAK’ kepada proses membina rumahtangga era pengajian, kalian masih lagi berhak menilai baik-buruknya mengikut cara fikir tersendiri.

Ini kerana hukum perkahwinan itu sendiri berubah-ubah atas kemampuan seseorang individu.

Sesungguhnya, saya tidak bersetuju jika ada yang mengajak dengan terang bahawa kita semua wahai pemuda jangan berkahwin kerana halangan pengajian. Lalu alasan-alasan dangkal sengaja diulang-siar agar ikut patuh pada saranan itu. Pastinya jika ada yang menerima sekalipun, jiwa dalaman mereka akan memberontak mengatakan “tidak” walaupun tidak dizahirkan.

Oleh itu, dalam mengeluarkan sebarang fatwa secara umum, ikutilah kaedah yang diajarkan Rasulullah SAW. Baginda SAW bila dihadirkan dengan permasalahan umat – khususnya mengenai hukum mahu mendirikan rumahtangga, ia adalah berbeza pada setiap individu. Bahkan Rasulullah SAW tidak melarang mana-mana umatnya yang berkemampuan untuk berkahwin, tetapi dituntut pula individu itu meneruskan niat sucinya. Apakah kita sengaja mahu menafikan keperluan naluri manusia?

Atau mahu menghalang mereka yang berkehendakkan perkahwinan itu dengan alasan-alasan umur masih terlalu muda, tidak berkemampuan mengurus rumahtangga, masih tidak puas hidup membujang atau masih gatal kaki untuk berlibur?

Jika dia bersedia, ayuh segera tebas semak-semak halangan itu dan berikan lorongnya agar tak tersesat mencari jalan pulang. Bukan sengaja menanam duri ditengah-tengah jalan!

Justeru, dalam menangani masalah ini mengikut pandangan kerdil saya. Sengaja saya bahagikan kepada dua bahagian;

BERSETUJU

Saya akan bersetuju terhadap mana-mana individu yang masih sibuk dengan pengajiannya dan mahu melangsungkan perkahwinan sekirannya dia mempunyai kemampuan nafkah serta keperluan samaada berbentuk fizikal mahupun spiritual. Bila dengan terpatrinya ikatan perkahwinan itu, individu itu lebih matang bertindak, lebih tenang jiwanya dan lebih mendekatkan diri kepada Pencipta, maka sudah tentu perkara tersebut adalah suatu penghijrahan yang amat baik.

“Ah, kahwin masa belajar boleh menjejaskan perkahwinan!” Bentak seorang pemuda.

Alasan sebegini mungkin amat sesuai untuk diri yang berkata-kata, dan mungkin juga tidak sesuai untuk para pendengar. Tiada hujjah konkrit untuk menguatkan dakwaan ini kerana terdapat sejumlah besar penuntut yang telah berkahwin mampu mengukir senyum bersama segulung kejayaan. Ini bukan fakta dusta.

Realitinya, umat Islam dituntut untuk sentiasa menuntut ilmu sehingga ajal datang menjemput. Jadi, apakah kerana berkahwin dan berkerja itu sebagai penghalang terbesar dari terus menuntut ilmu? Perbetulkan persepsi sebelum terlambat!

TIDAK BERSETUJU

Tentunya saya mempunyai padangan tertentu buat mereka-mereka yang masih tidak layak untuk melafazkan ijabkabul ketika masih berada dibangku pengajian. Alasan untuk tidak bersetuju pada hemat saya adalah sesuai khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai keperluan, keinginan dan kelayakan untuk mengemudi bahtera perkahwinan. Misalnya, seorang mahasiswa yang mampu mengurus diri, terhindar dari gejala tidak sihat, dan fokusnya hanya pada pengajian semata-mata. Seandainya dia berkahwin, fokusnya hilang, kewangannya caca-marba dan memungkinkan rumahtangga yang dibina menjadi porak-peranda, maka lebih baik baginya supaya tidak mengambil langkah payah untuk berkahwin.

Adalah zalim jika saya menghalang mereka yang layak untuk membina perkahwinan dari terkandas dipersimpangan jalan dan mereka yang tidak layak berkahwin untuk menempuh alam rumahtangga yang lebih mencabar. Justeru, keputusan di tangan anda. Anda berhak menentukan hala tuju diri sendiri.

12:54AM, 6 Oktober 2010,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Antara Sikap, Adab dan Berkat Dalam Pencarian Ilmu
Doktor Mahmud Husni az-Zini tenang menyampaikan pengajaran di hadapan. Beliau menerangkan mengenai bab perompak jalanan melalui kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umairah karangan Syeikh Shihabuddin al-Qalyubi dan Syiekh Umairah – syarahan daripada kitab Minhajut Thalibin tulisan Syeikh Mahyuddin an-Nawawi.

Beliau berkaca mata hitam, tanpa memandang pada helaian kitab, beliau tidak lelah menerangkan perihal bab permasalahan Fiqh itu kepada kami. Apa yang menakjubkan, pensyarah mata pelajaran Fiqh Syafie’ itu adalah seorang yang buta. Namun, mata hatinya terang benderang penuh dengan limpahan cahaya ilmu yang mengagumkan!

“Enta indonezi wala malezi?” (Kamu Indonesia atau Malaysia) Tiba-tiba seorang pemuda arab yang duduk sebaris dengan saya menyoal.

“Ana melezi.” Jawab saya sambil mata setia menembak tepat ke depan.

Beberapa ketika kemudian, pemuda arab yang juga seperkuliahan dengan saya itu kembali menyoal. Dia duduk bersebelahan dengan saya di sebelah kanan. Saya mencuri sedikit ruang sebelahnya memandangkan kerusi panjang kuliah sudah dipenuhi mahasiswa Syariah Islamiyyah tahun akhir.

“Di Malaysia telefon bimbit ini harganya berapa?”

“Murah saja… Beratus-ratus.”

Dia kelihatan sedikit terkesima. Wajahnya timbul tanda tanya.

“Kasut ini pula berapa harganya?” Pemuda itu menunjukkan sepasang kasut putih berjenamanya kepada saya.

“Ini kalau di United Kingdom, harganya satu atau dua Euro.” Jawab saya berdasarkan pengalaman seorang kawan yang pernah menetap di sana. Kata beliau, harga sepasang kasut second-hand agak murah walaupun berjenama.

Dia terkejut. Barangkali agak teruja mendengar harga yang saya sebutkan. Beberapa kali dia berpaling pada rakan di sebelah sambil menceritakan kembali perbualan saya.

Saya diam kembali, dan terus memaling wajah menghadap Doktor Mahmud. Terasa sedikit rimas bila konsentrasi terganggu. Wajah saya bertukar serius tidak semena-mena.

“Ana musy fahim ayyu hagah!” (Aku tak faham apa-apa pun) Bentak pemuda itu separuh jerit.

“Kalau tak faham, kena baca ulang-ulang banyak kali.” Balas saya perlahan di hujung telinganya. Dia terdiam. Lalu memalingkan wajah menghadap saya.

“Kamu faham?” Dia tersengih mengerling, dan menyoal saya kembali. Ada riak tawa dihujung kata.

Saya diam, tetapi badan tergigil menahan tawa. Kelakar melihat gelagatnya.

Kuliah hampir selesai, sejurus kemudian pemuda bergaya kasual dengan rambut tersisir rapi berkilat itu kembali menyoal dengan nada perlahan pula. Barangkali terkesan setelah lama saya tidak melayan pertanyaannya.

“Kamu marah?”

“Apa?” Soal saya kembali.

“Kamu marah?” Sampuk kawannya di sebelah.

“Kamu seperti marah padaku sebab mengacau belajar?”

“Di Malaysia, kalau guru sedang mengajar di hadapan, dan pelajar berbual-bual seperti ini ianya kurang beradab (tidak berakhlaq).”

Dia mengangguk faham dan diam sejeda.

SIKAP BERADAB AGAR BERKAT

Terdapat sebuah hadis Rasulullah Sollallahhu Alaihi Wassallam yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim bahawa Baginda Sollallahhu Alaihi Wassallam bersabda:

“Tidak termasuk dalam golongan umatku, mereka yang tidak menghormati orang tua, tidak merahmati (kasihan belas terhadap) kanak-kanak dan tidak mengetahui (kemuliaan) hak-hak para ulama’ kami.”

Mempamerkan adab-adab yang baik terhadap guru dengan menghormati dan memuliakannya adalah akhlaq mulia yang dituntut oleh agama Islam. Ini berdasarkan nas-nas hadis, antaranya ialah hadis seperti di atas.

Hasan r.a berkata kepada anaknya: “Wahai anakku, apabila kamu berada bersama ulama’, maka hendaklah kamu mendengar dengan baik dan dalam keadaan yang penuh beradab terhadap apa yang telah diperkatakan oleh gurumu.”

Apakah anak murid berbeza pandangan dengan guru dianggap tidak beradab dan menghilangkan berkat?

Tidak ada salahnya jika berselisih pendapat mengenai perkara kecil yang tidak menjejaskan aqidah, namun diingat, ia juga mempunyai tatacara dan adabnya. Bukan dengan rasa semberono atau menzahirkan ketidakpuasan hati bersama keegoan meninggi!

Jadi, penuntut ilmu yang benar-benar menyelami akhlaq islam, nescaya dia akan sedaya-upaya menjauhi pertengkaran agar tidak pecah terbelah berciciran. Bahkan dengan pertengkaran kecil itu mampu menerbitkan bibit-bibit kebencian, kedengkian dan keegoan tidak bertempat. Hati menjadi keras dek terhijab dengan pertengkaran menumbuh perpecahan. Berlapang dadalah wahai sahabat.

Hukama’ pernah berkata: “Perbezaan pendapat tidak menghancurkan hubungan kasih sayang.”

Sesungguhnya perbezaan pendapat yang bersamanya ada kasih sayang bukanlah disertai cercaan, makian, penghinaan atau merendah-rendahkan pandangan orang lain. Menonjolkan sikap seperti itu, tidak lain tidak bukan hanyalah dikalangan mereka yang JAHIL dan berlagak pandai sahaja, walhal di kalangan bijak pandai, ulama’ dan para cendikiawan Islam dahulukala berbeza pandangan adalah berlandaskan lingkungan ilmu.

Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kami diperintahkan supaya tawadhu’ kepada sesiapa yang kami pelajari ilmu daripadanya (guru atau ulama’)

MENCARI BERKAT

Mempertikaikan soal berkat di dalam menuntut ilmu seolah-olah menafikan rahmat dan kebaikan yang dikurniakan Allah SWT buat hamba-Nya. Dalam memahami pengertian kalimah berkat itu sendiri, ia membawa maksud ‘khair’ yakni baik. Firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam surah Ali-Imran ayat 96:

“Sesungguhnya Rumah Ibadat Yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah Yang di Makkah Yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.”

Makna kata ‘Mubarakan’ menurut huraian Tafsir Munir susunan Doktor Wahbah Zuhaili ialah berkah – kebaikan yang banyak.[1]

Maka di sini, dapat kita simpulkan bahawa mencari keberkatan di dalam menuntut ilmu itu adalah penting agar ‘kebaikan yang banyak’ itu tersebar dan menembusi hati serta menerangi dengan cahaya ilmu yang tidak terhitungkan. Antara jalan-jalan memperolehi keberkatan dalam menuntut ilmu itu salah satunya ialah menghormati para ulama’ dan guru-guru yang mencurahkan mutiara-mutiara ilmu berharga kepada kita.

Teringat saya pada ucapan doa yang selalu terpacul di bibir para guru dan warga awam Mesir. “Barakallahu fik, barakallahu fik..” (Semoga Allah memberkati kamu)

Justeru, apakah terlalu sukar untuk merasa tawadhuk dan berendah diri pada guru dihadapanmu? Sangat pekat hitamkah hatimu hingga bebal menilai antara kaca dan permata, antara putih dan hitam? Usah biarkan keeogoan memenuhi setiap inci tubuh, kerana ia bakal memberi jalan pada syaitan-syaitan yang pantas bergerak di dalam salur darah – tanpa henti!

Salah seorang Imam besar bernama Imam Fakhruddin ar-Razi yang pakar dalam bidang ilmu kalam juga ilmu-ilmu lain, dan terkenal sebagai seorang ahli tafsir besar begitu mashyur sekitar abadnya. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 606. Suatu ketika, beliau tiba di suatu tempat bernama Marwa. Sebagaimana biasa, apabila hadirnya Imam Fakhruddin ar-Razi di satu-satu tempat, nescaya berkerumunlah manusia yang dahagakan ilmu mengunjunginya.

Ketika tiba di Marwa, ramai penuntut ilmu datang mendapatkan beliau. Salah seorang daripadanya ialah penuntut yang bijak pandai dalam ilmu nasab. Lantas beliau bertemu penuntut itu dan meminta agar mengajarkan ilmu nasab tersebut. Imam Fakhruddin menyuruh penuntut itu duduk ditempat mengajar, sedangkan beliau bersimpuh di hadapannya mengharapkan pengajaran. Beliau sama sekali tidak merasa bangga diri dengan status yang termiliki, bahkan sama sekali tidak merendah-rendahkan gurunya walaupun kehebatan ilmu beliau mengatasi penuntut itu.

Rasa kerendahan diri itu menyerlah, tanpa setitis pun bergelumang dengan kebongkakan.[2] Allah, Allah, Allah!

Lalu, sudah bersikap beradabkah kita dalam misi mencari berkat ilmu?

2.55AM, 25 Jun 2010.

Siberbay, Tanta.

[1] Tasir Munir, Juz 4 Surah Ali Imran ayat 96, muka surat 332.

[2] Mu’jam al-Udaba – Biografi Azizuddin Ismail bin al-Hasan al-Marwazi al-Husaini, Yaqut al-Hamawi. Juga diceritakan secara ringkas di dalam kitab Keperibadian Seorang Muslim, Muhammad Ali al-Hashimi, muka surat 62.

Bagaimanakah Cara Membina Iman?
“Iman kita terkadang berkurang dan terkadang bertambah.” Kata seorang penceramah.

Ya, tanpa Iman, bakal menatijahkan kekufuran dan lemahnya Iman bakal  menjerumuskan kepada kemaksiatan.

“Jadi, ayuhlah menguatkan keimanan kita sebagai benteng maksiat.” Cadang seorang penulis pula.

Ramai yang tahu berkata, “Mari kembali membina Iman.” Tetapi bagaimanakah cara terbaik menguatkan Iman? Apakah itu Iman?

MAKNA IMAN

Sebelum kita pergi lebih jauh untuk tahu cara membina Iman, adalah lebih baik untuk kita tahu pengertian Iman terlebih dahulu. Barulah mudah cinta berbunga setelah saling kenal dan mengerti.

Iman menurut bahasa ia bermaksud tasdiq, iaitu membenarkan. Sebagaimana Allah SWT berfirman di dalam surah Yusof ayat 17:

“Dan kamu sekali-kali tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang yang benar.”

Manakala menurut istilah pula ialah; membenarkan dengan hati sebulat-bulatnya pada setiap yang dibawa oleh Nabi SAW dengan ilmu yang dibawa datang bersama darurat. Ataupun iaitu; pembenaran bulat oleh qalbu (hati), yang dapat diterima (dibenarkan) oleh akal.

Qalbu di dalam bahasa arab punya pengertian yang pelbagai. Adakalanya bila ia digunakan dengan makna wijdan (membawa maksud hati dan perasaan) dan adakalanya bermakna aqlu (akal fikiran).

HAKIKAT IMAN

Iman. Suatu perkataan mudah disebut, tetapi pengertiannya lebih besar dari segala isi alam. Kerana Iman itu letaknya di dalam hati para Khalifah Allah SWT di muka bumi ini, bukan letaknya pada haiwan ataupun alam cakerawala bimasakti.

Rukun Iman yang selalu kita lafaz dan ulang-ulangkan itu bukanlah sekadar meniti di bibir sahaja, tetapi hakikatnya lebih daripada itu. Kefahaman mengenai rukun Iman yang wajib kita fahami pada asasnya terbahagi kepada 6:

Percaya kepada Allah

Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul

Percaya kepada Malaikat-Malaikat

Percaya kepada Kitab-Kitab

Percaya kepada Hari Akhirat

Percaya kepada Qada’ dan Qadar

Setiap muslim yang mengakui beriman, wajib menyatakan keyakinan 100 % tanpa wujud keraguan walaupun 1 % yakni kiraannya menjadi 99.9%. Jika keimanan dibaluti keraguan, maka ia mencetuskan kegoyahan dan boleh menyebabkan tergelincir akidah seseorang individu muslim.

Begitu juga dalam masalah ikut-ikutan, atau dalam istilah arabnya dipanggil taqlid (mengikut). Iman tidak boleh disandarkan pada taqlid kepada orang lain.  Secara jelasnya, ia wajib subur di dalam sanubari sendiri. Justeru, masalah keimanan ini bukanlah masalah yang boleh diperselisihkan antara satu sama lain. Kerana itu kita sebagai seorang individu muslim yang faham hakikat Iman, akan sedaya-upaya membina Iman atas keyakinan sendiri tanpa ikut-ikutan.

Di sebabkan kerana Iman itu berdasarkan kepada kepercayaan di dalam benak individu muslim, maka wajib ke atasnya menggali aqidahnya sendiri. Lalu ia hendaklah memahami dalil-dalil yang digunakan bersama cara untuk mempraktikkannya sehingga menghasilkan natijah yang diinginkan. Inilah kewajipan yang pertama bagi setiap muslim yang mukallaf untuk dilakukan.

Itulah yang dinamakan aqidah. Kerana aqidah itu adanya Iman, dan Iman itu ada pada aqidah.

Imam Syafie’ berkata: “Ketahuilah bahawa kewajipan yang pertama bagi seorang mukallaf adalah berfikir dan mencari dalil untuk ma’rifat kepada Allah SWT. Erti berfikir adalah melakukan penalaran dan perenungan qalbu. Dalam keadaan orang yang berfikir tersebut dituntut untuk ma’rifat kepada Allah SWT. Dengan cara seperti itu, ia dapat mencapai ma’rifat kepada hal-hal yang ghaib dari pengamatannya dengan indera dan ini merupakan suatu kewajipan. Hal ini seperti merupakan kewajipan dalam bidang usuluddin.”

Adapun dalil serta petunjuk yang digunakan untuk menghasilkan keyakinan secara menyeluruh 100% itu terbahagi kepada dua jenis:

Dalil Aqli, iaitu bukti yang digunapakai akal untuk mencapai kebenaran yang pasti terhadap rukun aqidah (rukun Iman yang enam).

Dalil Naqli, iaitu suatu informasi yang qath’ei (tetap, sabit) digunakan untuk memberitahu kepada kita mengenai rukun aqidah ataupun rukun Iman.

Harus diingat, dalil aqli yang digunakan untuk membina Iman ini ianya mengandungi empat komponen utama akal barulah jelas natijahnya kelak. Empat komponen akal itu ialah:

Realiti yang dapat diinderakan. (Iaitu dorongan naluri atau keperluan jasmani yang ada dalam diri manusia)

Adanya penginderaan. (Merasakan apa yang diperlukan oleh naluri dan keperluan jasmani)

Otak yang sihat. (Kerana orang gila tidak mampu menerbitkan natijah pemikiran yang jernih)

Maklumat awal mengenai realiti yang telah diindera. (Maklumat tentang hukum syara’, tentang nilai yang ditetapkan Allah ke atas masing-masing – perbuatan yang hendak diwujudkan oleh tiap muslim, tentang metod berkenaan bagaimana perbuatan-perbuatan tersebut diwujudkan)

CARA MEMBINA KEIMANAN

Banyak cara membina Iman, salah satunya yang ingin saya sebutkan di sini adalah salah satu cara membina Iman untuk menguatkan keyakinan kita kepada Azza Wajalla - yang terangkum kepada keimanan tahap pertama yakni ‘Percaya Kepada ALLAH’. Bagaimana?

Berfikir menggunakan akal serta berlandaskan nas dan dalil naqli tentang bukti wujudnya Allah Ta’ala.

Misalnya kita boleh merenung dan mengkaji bagaimana diri kita, yakni manusia terjadi. Proses pembentukan ini boleh dilihat pada halaman surah al-Mukminun ayat 14, az-Zumar ayat 6, al-Alaq ayat 1-3, al-Insan ayat 2 dan beberapa surah lain yang termaktub di dalam Kalamullah.

Mari kita lihat, bagaimana percantuman kromoson di dalam sel yang berjumlah 23+23 = 46 kromosom yang terkandung di dalam sperma lelaki dan sel telur wanita ketika berlakunya proses pembentukan. Seandainya jumlah kromosom sel itu berkurang, maka proses pembentukan itu pasti tidak akan terhasil. Timbul persoalan di sini, siapakah yang menetapkan bilangan tersebut menjadi 46 kromosom? Adakah ianya bermula dari sperma lelaki atau sel telur wanita?

Sudah pasti tidak. Jadi siapakah yang menciptanya? Apakah ada manusia lain yang berusaha menciptanya? Sudah tentu mustahil. Maka di sinilah yang patut kita semua renungi dan fikirkan sebaik mungkin – sesungguhnya Allahlah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana menciptakan sel-sel manusia itu sehingga melahirkan individu manusia lain.

Berfikir dengan cara beginilah ianya mampu membina Iman yang mantap tanpa tergugat. Kerana itu ayat-ayat Allah SWT banyak menyarankan kepada kita supaya merenung secara hikmah tentang kejadian manusia, alam dan kehidupan semesta ini. Tujuannya adalah tidak lain tidak bukan untuk membuktikan keesaan Allah Ta’ala sebagaimana firman-Nya:

“Maka hendaklah manusia merenungkan tentang dari apa ia ciptakan.” (At-Thariq: 5)

Sesungguhnya, adalah teramat banyak contoh alam ini yang boleh kita kaji dan renungi untuk membina Iman pada setiap saat dan detik. Allah SWT berfiman lagi:

“Apakah mereka tidak memerhatikan kepada unta, bagaimana ia diciptakan, dan kepada langit bagaimana ia ditinggikan dan kepada gunung, bagaimana ia dihamparkan.” (Al-Ghasyisyah: 17-19)

Oleh itu, sebelum kita memperkatakan tetang Iman, mari fahami dahulu apa itu Iman sebenar-benarnya. Setelah kenal siapa Iman, barulah mudah untuk menguntum cinta, menyulam rasa serta membina keterikatan Iman.

7:06AM, 24 Mei 2010,

Siberbay, Tanta.

Putera Idaman Buat Puteri Pilihan
“Untuk cari bakal zauj (suami) tak adakah Ustaz? Ini untuk cari bakal zaujah (isteri)”  Tanya seseorang.

Lalu saya tanyakan kembali mengenai spesifik soalan yang ditujukan.

“Cukuplah ciri-ciri yang baik untuk dijadikan zauj tu  bagaimana, yang  diajar ar-Rasul.”

“Tentu  adakan ustaz… itu  sahaja…” Tambah beliau bersama sebuah persoalan.

Entri ini adalah kesinambungan daripada artikel Bakal Permaisuri Hatiku dan sebagai jawapan kepada kesamaran penyoal. Sebenarnya ia tidak terlalu berbeza dengan kriteria yang ditetapkan oleh syara’ dalam membuat pemilihan. Cuba ada beberapa perkara sahaja yang membezakannya.

PUTERA IDAMAN MEMBAWA KE SYURGA

Tiada manusia yang baik-baik di dunia ini mahu menyangkal keinginannya untuk mendiami syurga. Jika ada, barangkali ia mengalami sedikit masalah berkaitan mental, dan perlu diluruskan semula. Begitu juga kalau kita tanyakan pada golongan non-muslim, sudah pasti jawapan mereka, “Ya, menginginkan syurga.”

Kalangan para membikin filem barat juga sering menggambarkan keindahan syurga melalui imaginasi keliru mereka mengenai syurga. Bahkan digambarkan bahawa syurga itu berlatarbelakangkan warna putih, indah, istananya bergemerlap dengan intan, permata, zabarjad, berlian dan pelbagai gambaran akal lain.

Itu gambaran akal manusia. Hakikat sebenar kita tidak mengetahuinya. Cukuplah ayat-ayat Allah SWT dan hadis Baginda SAW menggambarkannya. Lalu, letakkan keyakinan pada dasar utama persis Saidina Abu Bakr yang membenarkan kata-kata Rasulullah SAW. Keyakinan itulah dinamakan tasdiq (membenarkan). Bila ada matlamat, pasti ada jalan menuju ke sana.

Antaranya ialah bersama putera idaman di dunia yakni suami soleh. Apakah putera idaman itu ialah si katak yang berubah menjadi manusia? Atau putera di dalam hikayat masyarakat barat? Ataukah anak raja dari kayangan?

Tidak. Itu semua adalah kisah dongengan untuk memutarkan pemikiran anak gadis Islam, khususnya muslimah. Digambarkan putera itu sebagai golongan bangsawan, punya harta melimpah ruah, memiliki wajah tampan bermata biru dan berdada bidang tegap perkasa.

Lalu kisah itu diadaptasikan pula ke layar perak masyarakat melayu, dan pengarah-pengarah tempatan mengembangkan idea sebegini di dalam filem sendiri. Walhasil, lahirlah putera melayu pula – memiliki kereta mewah, pekerjaan besar, kacak dan lengkap segalanya adalah menjadi pilihan utama.

Bukan saja anak gadis tergedik mengimpikannya, malah ibu bapa penjaga turut meletakkan syarat yang sama.

“Siapa kau mahu melamar anak gadis kami wahai pemuda?!” Jerkah si bapa sambil melayang-layangkan golok tajam berkilat.

Si pemuda cuak, lututnya bergetar kehilangan punca. Jawapan yang disediakan sebelum bertemu kedua ibu bapa penjaga anak gadis hilang entah kemana. Hanya kakinya saja siap terjun jendela rumah tanpa sempat menyarung sepatu!

“Kalau kau tak punya wang, jangan mimpi mahu jejakkan kaki ke rumah ini, berambus kau dari sini!” Si ibunya tak lepas meningking pemuda itu. Lalu, ia pulang dengan kehampaan, kekecewaan akibat penangan permintaan material yang menggunung tinggi.

Ibu bapa anak gadis tidak lagi memikirkan kesenangan anaknya pada kelurusan mengamalkan agama. Doa qunut, rukun solat, hal ehwal ibadat, akhlaq bukan lagi menjadi pilihan. Pada hematnya, fulus adalah segala-galanya. Membawa ke syurga atau neraka, itu dikesampingkan dan ditendang ke tepi.

KRITERIA YANG DI TETAPKAN SYARA’

Pemuda Soleh Taat Beragama

Rasulullah SAW telah bersabda di dalam sebuah hadis:

“Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaqnya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan besar di atas muka bumi.” (Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, nombor 1084)

Untuk lebih memahami hadis ini, saya bawakan satu contoh mudah. Seorang pemimpin yang zalim dan terkenal melakukan ketidakadilan kepada rakyatnya, apakah wajahr dijadikan pemimpin? Sudah tentu manusia yang murni akalnya akan menyanggah pemilihannya, kerana dibimbangi berlaku mudharat dan fitnah kepada umum.

Begitu juga dalam hal ehwal rumah tangga. Pemimpin yang dicari seharusnya memiliki kriteria utama sebagai yang disebutkan di dalam hadis. Ingatlah wahai anak gadis dan ibu bapa sekelian, jangan ditolak lamaran sebegitu. Mudharatnya lebih besar akan berlaku, bahkan mungkin tidak sempat mencium wangian syurga. Nauzubillahi minzalik.

Bukan Dari Kalangan Non-Muslim

Dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). (Al-Baqarah: 221)

Wanita Islam tidak diharuskan berkahwin dengan lelaki bukan Islam walau apa jua jenis agama anutannya. Ini termasuklah agama dari langit lain seperti yahudi dan nasrani kerana agama itu telah sesat dan menyeleweng. Hakikatnya, seorang lelaki adalah berhak ke atas isterinya. Maka, apakah natijah yang akan berlaku sekiranya suami bukan Islam itu memimpin wanita muslimah?

Walhal orang bukan Islam tidak berhak menguasai orang Islam. Bahkan lelaki musyrik itu tidak ada jaminan yang kukuh untuk menjaga wanita muslimah kerana dia sendiri tidak mengimani ajaran Islam. Firman Allah SWT:

“Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang Yang beriman.” (An-Nisa’: 141)

Bercakap soal begini, saya teringat suatu kisah yang diberitahu rakan suatu ketika dahulu. Katanya, seorang gadis melayu muslim telah menukar agamanya kepada kristian kerana menyintai seorang pemuda kafir. Lalu mereka berkahwin dan kini menetap di Amerika Syarikat. Hal ini dibuktikan lagi setelah saya melihat sendiri hasil tulisan blog perempuan itu bersama suaminya. MasyaAllah!

Allahu Rabbi, menggeleng kepala kekecewaan dibuatnya.

Bagi ciri-ciri seterusnya, boleh rujuk artikel ini dan ini.

Justeru, bersediakah wahai puteri pilihan untuk menerima putera idaman hingga ke syurga? Kalian berhak membuat pilihan tepat. Undi adalah rahsia.

8:04AM, 21 Mei 2010,

Siberbay, Tanta.

Tiga Jenis Motivasi Yang Wajar Diketahui
Manusia itu dilahirkan bersama pelbagai perasaan yang membelenggu jiwa. Rapuhnya jiwa manusia mengundang kesengsaraan yang berterusan, kekecewaan, keperitan, ketakutan, kesedihan, kelemahan, putus asa, patah hati dan pelbagai eleman rasa kurang sedap didengari.

Setiap saat dan detik ketika perasaan kurang enak itu menghantui, kita bagai rebah tersungkur menyembah bumi. Sukar untuk bangkit dan bangun kembali. Lantas, perasaan dalaman hilang bersama semangat yang terkubur. Di kala itulah manusia sangat-sangat menginginkan tiupan semangat dan motivasi hebat untuk membikin semula diri.

“Kita seharusnya mesti menerobos sempadan diri.” Kalimah motivasi yang seringkali telinga menjamahnya. Ya, menerobos sempadan diri itu juga adalah sebahagian teknik menyusun batu-bata semangat untuk diri.

Jadi, berbicara soal motivasi ini. Sebenarnya ada beberapa pembahagian telah dibuat berkaitan jenis-jenis motivasi yang wajar kita semua tahu. Apakah pembahagian itu?

MOTIVASI PERBUATAN MANUSIA

Muhammad Muhammad Ismail di dalam kitab Al-Fikru Al-Islami telah menghuraikan pembahagian motivasi yang mendorong manusia untuk melakukan sesuatu perkara. Di antara pembahagian itu ialah seperti berikut:

Motivasi material atau fizikal (al-quwwah al-madiyah), ianya meliputi tubuh manusia dan alat yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmaninya.

Motivasi emosional dan psikologis (al-quwwah al-ma’nawiyah), ia merupakan kondisi kejiwaan yang senantiasa dicari dan ingin dimiliki oleh individu.

Motivasi spiritual (al-quwwah ar-ruhiyah), ianya merupakan suatu rasa kesedaran seseorang, bahawa ia mempunyai hubungan dengan Allah SWT.

Ketiga-tiga bahagian motivasi inilah yang mendorong seseorang individu untuk melakukan sesuatu perbuatan. Namun begitu, setiap pembahagian motivasi itu menatijahkan kesan berbeza antara satu sama lain.

Untuk lebih memahamkan kita mengenai setiap cabang pembahagian motivasi ini, adalah perlu untuk dijelaskan bersama misalan-misalan agar tepat mengenai daya fikir kita. Cuba pembaca semua menyemak misalnya satu persatu seperti di bawah. Ingat, teliti dahulu sebelum membuat kesimpulan.

Motivasi material atau fizikal (al-quwwah al-madiyah)

Manusia di muka bumi ini, tidak kiralah statusnya apa ataupun bangsanya dari mana, suatu ketika pasti akan mengalami rasa lemah dan hilang semangat. Justeru, bagi kelompok ini mereka akan mengaplikasikan motivasi diri menggunakan sumber material dan fizikal untuk memenuhi keperluan jasmani dan nalurinya.

Cuba kita lihat bagaimana manusia memenuhi keperluan jasmaninya. Misalnya ketika lapar atau dahaga, manusia berusaha memenuhi keperluan jasmaninya dengan mencari makanan. Setelah itu, manusia tersebut langsung akan melakukan aktiviti makan dengan menyediakan pelbagai resepi masakan bagi memenuhi selera.

Matlamat untuk makan dan menghilangkan rasa lapar itulah adalah motivasi dirinya ketika itu.

Alat keperluan hidup, rumah, pakaian, kereta dan barangan lain adalah merupakan alat untuk mendorong naluri manusia untuk memiliki dengan cara tertentu. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan nalurinya, manusia termotivasi secara tidak langsung agar matlamat mendapatkan keperluan itu tercapai.

Dua aspek ini – jasmani dan naluri adalah suatu motivasi material dan fizikal yang agak terbatas dan lemah. Mengapa? Kerana ia didirikan atas dasar mencapai matlamat memenuhi dua keperluan itu sahaja. Jika berjaya, maka motivasinya akan hilang kembali.

Kerana itu apabila membina perbuatan manusia didasari motivasi seperti ini, ia tidak akan berjaya membawa Islam dan membangunkan ummah hingga ke mercu kejayaan secara menyeluruh. Skop yang dilebarkan hanya khusus dan terhad. Malah tidak kukuh dan sahih dalam membentuk diri seseorang.

Motivasi emosional dan psikologis (al-quwwah al-ma’nawiyah)

Ciri motivasi ini lebih tinggi sedikit kedudukannya jika mahu dibandingkan dengan kaedah motivasi material dan fizikal.

Untuk memahaminya, kita ambil satu contoh mudah. Misalnya begini, apabila penguasa berlaku zalim terhadap rakyat marhean – maka kondisi rakyat ketika itu bangkit untuk menuntut hak keadilan dan kebebasan. Rakyat secara automatik termotivasi akibat tekanan yang dihadapi. Malah mungkin terpengaruh dengan bicara tokoh-tokoh yang menentang penguasa zalim itu.

Ini juga pernah terjadi sewaktu era gerakan reformasi pada tahun 1998 yang mana ketika itu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dilucutkan daripada jawatannya. Maka gelombang rakyat ketika itu bagai tsunami menghentam wilayah-wilayah yang diduduki manusia.

Semuanya terkesan dengan semangat gerakan reformasi yang dilancarkan bagi menuntut keadilan. Lalu motivasi emosional dan psikologis terhambur ke serata pelusuk negara. Tetapi semangat ini tidak lama, ia semakin hilang dan berkurang setelah dialihkan isu oleh pihak kerajaan kepada isu lainnya. Lantas motivasi itu luntur begitu saja.

Jadi, motivasi seperti ini masih lagi dalam ruang lingkup tidak kekal lama. Pendek kata, ianya tetap terkategori sebagai lemah untuk membina perbuatan manusia.

Motivasi spiritual (al-quwwah ar-ruhiyah)

Motivasi ini berbeza berbanding dua subtopik motivasi di atas. Ini kerana, yang membezakannya ialah asas individu untuk melakukan sesuatu perbuatan semata-mata kerana Allah Ta’ala. Perintah Allah SWT dan Rasul-Nya diikuti dan larangan Allah SWT dijauhi. Motivasi ini lahir dari jiwa muslim yang ikhlas Lillahhi ta’ala atas kesedaran bahawa hubungannya adalah secara langsung terus kepada Allah SWT.

Bukan manusia, bukan kerana keperluan naluri dan jasmani atau bukan kerana emosional dan psikologis semata-mata. Inilah kaedah motivasi yang paling agung dan hebat. Motivasi spiritual ini mampu mendorong manusia untuk melakukan apa sahaja demi menegakkan kebenaran.

Perbuatannya itu tidak bermusim mahupun bersilih ganti – tetapi sentiasa mekar dan terus subur dari semasa ke semasa. Bahkan perbuatan yang berat sekalipun mampu ia tanggung tanpa rasa putus asa ataupun menyesal. Apakah siri motivasi ini tidak ada contoh untuk dibawakan?

Baiklah, sebelum mengakhiri artikel ini. Saya bawakan suatu kisah yang berlaku era nubuwwah dahulu.

Ketika berlakunya peperangan Badar, Rasulullah SAW dan para sahabat berjihad hanya bertulangkan bilangan tentera seramai 300 orang dan beberapa puluh orang sahaja. Sedangkan ketika itu kaum musyrikin Quraisy bersama angkatan tentera seramai 1000 orang.

Oleh kerana itu, Baginda Rasulullah SAW merasa ragu dengan keadaan kaum muslimin. Baginda SAW khuatir seandainya kaum muslimin hilang kepercayaan kepada bilangan mereka ketika itu. Kekhuatiran Rasulullah SAW jelas tergambar pada zahir tindakannya apabila Baginda SAW mengajak kaum muslimin bermesyuarat hingga tiga kali membincangkan masalah yang sama.

Tindakan itu menyebabkan kelompok Ansar menyedari bahawa Baginda SAW menginginkan perubahan dan pernyataan sikap mereka – yakni keyakinan.

Ketika itu, Sa’ad bin Mu’az berkata kepada Baginda SAW: “Sepertinya Engkau ragu pada kami, wahai Rasulullah. Dan sepertinya Engkau merasa khuatir bahawa orang-orang Ansar sebagaimana yang terlihat oleh pandanganmu, tidak akan menolongmu kecuali di negerinya sahaja.”

“Saya bicara atas nama orang-orang Ansar, dan memberi jawapan berdasarkan sikap mereka. Berangkatlah bersama kami, sesuai dengan apa yang Engkau kehendaki. Ikatlah tali sesiapapun yang Engkau kehendaki. Dan putuslah ikatan sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki. Dan ambillah dari harta kekayaan kami yang Engkau kehendaki.” Sambungnya.

“Dan berikanlah mana sahaja yang Engkau kehendaki. Apa sahaja yang Engkau ambil, nescaya lebih kami sukai daripada yang Engkau tinggalkan. Demi Allah, kalau seandainya Engkau menempuh perjalanan bersama kami hingga ke Barak Al-Ghamad (Kota Habsyah), kami semua akan tetap bersamamu. Dan demi Allah, kalau seandainya Engkau mengajak kami untuk menyeberangi lautan sekalipun, pasti kami akan lalui bersamamu.” Tegas beliau.

Kata-kata semangat Sa’ad bin Mu’az ini dikuatkan lagi oleh Miqdad bin Al-Aswad, katanya:

“Maka kami tidak akan mengatakan sebagaimana yang dikatakan oleh kaum Nabi Musa a.s kepada beliau: “Pergilah Engkau bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu (bersama Tuhanmu). Sedangkan kami di sini sahaja, berdiam diri (melihat kamu).” (Surah Al-Maidah: 24) Akan tetapi kami siap berperang di hadapanmu, di belakangmu, di samping kanan dan kirimu.”

Berseri-seri wajah Baginda Rasulullah SAW setelah mendengar pernyataan mereka. Justeru, mereka bukan termotivasi kerana material atau fizikal, mahupun kerana emosional, tetapi atas semangat motivasi spiritual – kerana Allah SWT dan Rasul-Nya, demi menegakkan Islam tercinta.

Ayuh perkasakan motivasi dengan kemantapan spiritual!

Rujukan: Islam Politik dan Spiritual, Dr. Samih Athif Az-Zein.

2:12PM, 20 Mei 2010,

Siberbay, Tanta.

Bakal Permaisuri Hatiku
Dunia ini telah tercipta dan diciptakan Allah SWT dengan berpasang-pasangan. Lihatlah pada birunya awan di langit, pasangan intimnya hingga kiamat adalah hamparan bumi yang penuh rona-rona rasa.

Andaikata bumi itu tak berbumbungkan langit, manusia tidak mampu menahan panahan sinar UV yang menggila. Bahkan tubuh manusia dan makhluk lain di bumi akan menggeletar kepanasan tak terhingga. Begitu juga jika langit tercipta tanpa bumi.

Kelihatannya teramat janggal sekali, kerana ia seolah-seolah membentuk sfera belon yang kosong di dalamnya.

Sudah tentu proses alam tidak terjadi, dan petala langit yang tujuh menangis sunyi kerana bersendiri. Dia tidak punya teman untuk diakrabi. Langit sudah pasti tak menemui Khalifah Allah sebermula lahirnya Adam a.s hingga kepada kekasih Allah SWT – Muhammad SAW. Sudah tentu juga langit tidak dapat berbakti pada manusia, haiwan dan tanaman yang menghijau. Alangkah indahnya dunia bila mana pasangan langit dan bumi itu bersama.

Subhanallah Walhamdulillahi Walailahaillallah Wallahhu Akbar!

Selidikilah kalam Allah SWT yang mulia ini, di sana akan terlihat betapa langit itu diperlukan penduduk bumi dengan hikmah besar. Firman Allah SWT:

“Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira” (Al Qur’an, 30:48)

Apakah masih tidak wujud pasangan lain di alam semesta ini? Jawapannya – masih banyak. Tak terhitung pada sepuluh jari atas ditambah sepuluh jari bawah!

Malam dan siang yang berputaran pada paksinya selalu bersahabat tanpa khilaf. Mereka tercipta bersama tugas terpundak selama-lamanya. Selagi mana sangkakala Malaikat bisu dengan izin Ilahi, selama itulah ia takkan hancur.

71. Katakanlah: “Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; Tuhan Yang manakah Yang lain dari Allah, Yang dapat membawakan cahaya Yang menerangi kepada kamu? maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?”

72. Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; Tuhan Yang manakah Yang lain dari Allah, Yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan Bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?”

73. Dan di antara rahmat pemberianNya, ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. (Al-Qasas: 71-73)

Manusia sememangnya tidak mampu hidup jika alam ini selamanya bermalam gelap gelita. Manusia dan haiwan akan membeku kesejukan. Kerja seharian seperti terhalang dek cuaca yang kelam zulmat. Akhirnya manusia mati dalam kegelapan, tanpa cahaya yang menerangi.

Begitu juga jika siang tanpa malam. Manusia akan letih berpanjangan. Kerja akan terus bergerak tanpa henti bersama pijarnya mentari. Akhirnya, manusia tak punya waktu untuk beristirehat dan tidak ada senggang masa untuk bermunajat di sepertiga malam. Tidak ada lagi istilah qiamullail bagi seorang abid.

Lalu bersyukurlah dengan pemberian ini dengan sebenar-benar rasa syukur. Usah membenci malam, dan usah memarahi siang.

Subhanallah Walhamdulillahi Walailahaillallah Wallahhu Akbar!

CINTA ADAM DAN HAWA

(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Asy-Syuura: 11)

Walhal ketika berada di syurga yang punya segala-galanya, Adam a.s masih kesunyian. Adam sunyi menginginkan pasangan hidup. Pasangan yang bukan diletakkan di telapak kaki untuk dipijak ataupun diletak atas kepala untuk dijunjung. Tetapi disisi untuk bersamanya. Maka Allah SWT memahami rasa naluri hamba-Nya, lalu DIA menjadikan Hawa sebagai teman hidup. Buat pelengkap diri antara satu sama lain.

Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu Dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang zalim”. (Al-Baqarah: 35)

SIAPAKAH BAKAL PERMAISURI HATI INI?

Saya adalah manusia bernama lelaki, yang normal dan mempunyai rasa hati seperti bapa manusia – Adam a.s. Mengimpikan seorang permaisuri sebagai pendamping diri dan melengkapi antara satu sama lain. Lantas mengukuhkan lagi rasa untuk mentaqribkan diri pada pemilik cinta, Allah SWT.

Justeru, permaisuri yang diimpikan itu selayaknya adalah insan bergelar manusia juga. Mana mungkin saya mengimpikan haiwan ataupun jin. Ia melanggar fitrah insani yang murni. Sama sekali tidak.

“Ustaz, siapa agaknya bakal isteri ustaz?” Tanya seorang pembaca blog.

“Insha’Allah, ada.” Ini jawapan saya tanpa klasifikasi sebenar. Lalu saya mahu segera menjawab pertanyaan itu di sini.

Dan permaisuri itu ciri-cirinya mudah sahaja.

ASAS AGAMA DAN LURUS AKHLAQ

Ramai yang salah tanggapan meletakkan asas agama itu pada ijazah pengajian Islam semata-mata. Bagi saya itu bukan kayu ukurannya. Kerana ijazah pengajian Islam itu tidak menjamin pelakunya faqih dalam agama atau lurus akhlaqnya. Apa gunanya jika belajar agama tetapi jauh meninggalkan apa yang dipelajari?

Saya meletakkan asas agama pada seorang perempuan yang bakal dinikahi ialah dengan patuhnya pada Allah SWT serta menjauhi larangan Allah dan Rasul-Nya. Solatnya terjaga, ibadahnya sempurna, tahu membaca al-Quran, puasa yang mantap, pergaulan antara bukan mahramnya terbatas lalu dadanya selalu membuak rasa kecintaan pada Allah SWT dari segala genap segi.

Ibu dan bapa dalam kehidupannya adalah seperti mutiara yang ditatang dengan penuh rasa kasih sayang. Kedua orang tuanya bukan musuh yang patut dikeji dan diderhakai. Kerana kasih sayang itulah yang bakal menentukan kayu ukur sejauh mana dia mengenal rasa hormat kepada sesama manusia.

Bahkan bakal permaisuri saya seharusnya sering mendambakan ilmu Allah SWT setiap detik dan waktu. Kerana ilmu Allah SWT itulah yang menerbitkan rasa takut serta menegahnya dari melanggar perintah Allah SWT. Lalu senang pula bersama ilmu setiap waktu, agar kelak mampu saya berkongsi ilmu dengan rasa tenang tanpa kegusaran melanda.

Setelah kenal agamanya, saya mengimpikan permaisuri itu indah akhlaqnya sesama manusia. Bicaranya tidak kuat mengata dan mengeji manusia, tidak lekas mengeluh beratnya ujian Allah SWT, tidak pantas memaki hamun di sana sini. Kesabaran, ketabahan dan kecekalan sentiasa menjadi bunga dirinya. Cukuplah dia mengerti adab dan tatasusila yang lurus hasil cerminan agama itu.

Keindahan akhlaq itu sebenarnya mampu meluluhkan hati manusia, mampu memikat sanubari yang gundah gulana. Alangkah manisnya jika butir bicaranya bernada seiring jiwa. Agar kesabaran daripada perilaku dan kata-kata itu menghijab dirinya dan diri saya dari api neraka jahannam.. Nauzubillahhi minzalik.

Akibat agama dan akhlaq yang lurus itulah mampu mengemudi diri daripada menderhakai Allah SWT, Rasulullah SAW, ibu bapda dan suami sendiri.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="500" height="405" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/_Jr1iStv1Lk&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="500" height="405" src="http://www.youtube.com/v/_Jr1iStv1Lk&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

KECANTIKAN

Cantik rupa paras itu adalah perkara subjektif. Terlalu umum bagi seorang manusia. Tiada suatu piawaian yang termaktub di dalam undang-undang manusia bagaimana kecantikan yang diingini.

“Jamal, cantiknyalah gadis itu.” Hadi menjuih bibir ke arah gadis berkelubung biru itu.

“Ah, biasa-biasa saja.” Balas Jamal bersahaja.

“Habis tu, kamu mahu yang bagaimana?”

“Mahu matanya bundar, bukan bermata galak seperti itu.” Jamal memberikan standart rasa hatinya.

Nah, lihatlah. Bagaimana Allah SWT Maha Bijak dalam mengatur kehidupan manusia. Andaikan cantik itu adalah sama di sisi manusia, sudah tentu lelaki tidak pernah berhenti berperang kerana berebut gadis jelita yang sama rasa!

Bagi sesetengah lelaki, hitam manis itu adalah pengubat lara, putih melepak itu adalah buah hati pengarang jantung, hidung kemek itu kekasih jiwa, hidung mancung itu adalah bidadarinya. Pokok pangkalnya, ia sukar untuk dimengertikan.

Ingat wahai lelaki, cantik ini bukan dilihat pada bedak yang tebal tertempek, hati bibir merekah tercalit perwarna merah! Cantik yang saya maksudkan ialah apabila hatimu tenang bila menatap wajahnya. Cantik hati budi, cantik zahir dan batinnya.

Apa guna wajah bak ratu cantik dunia, tetapi hati begitu kotor dan akhlaq sangat kesat sekali. Tutur katanya tidak menggambarkan seorang muslimah sejati.

Cukuplah bakal isteri saya itu adalah seorang wanita yang apabila saya merenungnya, serasa sejuk di dada. Tenang di jiwa.

KETURUNAN BAIK

Tanggapan ini juga selalu disalah ertikan manusia. Pada hemat mereka, keturunan yang baik itu dilihat pada gelaran ataupun pangkat. Selamanya ukuran itu adalah jauh tersasar daripada syariat Islam. Islam tidak mensyaratkan perkahwinan itu dengan keturunan dan darjat manusia.

Bukan atas dasar gelaran yang berada di hadapan nama atau berketurunan pembesar ternama, tetapi keturunan itu dinilai sejauh mana sohih mereka dalam beragama. Biarlah keturunan bakal permaisuri itu bukan di kalangan para penzalim, kaki maksiat, kaki zina ataupun keturunan yang dibenci masyarakat kerana kemahsyuran kejahatan yang dilakukannya.

Bukan juga dari kalangan yang kuat pegangan asobiyyah (puak, suku-sakat). Kerana ianya ditegah oleh sunnah Rasulullah SAW.

Agar anak cucu saya nanti kelak diwarisi dari kalangan yang baik-baik. Insha’Allah.

BERHARTA

Syarat ini saya tidak meletakkannya sebagai wajib. Jika dia tidak berharta, tetap saja kesyukuran dipanjatkan sepenuhnya. Jika di kalangan manusia berharta, alangkah indah dan beruntung nasib badan.

Cukuplah harta jiwa raga yang ikhlas Lillahhi ta’ala menjadi cagaran saban waktu dan ketika. Bila ikhlas berada di hadapan, Insha’Allah harta itulah yang sangat ternilai. Ikhlas memberi dan berbakti.

ANAK DARA

Kenapa ia menjadi pilihan saya? Kerana ia juga disarankan oleh Baginda SAW dalam hadisnya.

Jabir r.a berkata: Aku (Telah) menikahi seorang wanita dan aku dating kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW berkata: “Kamu telah menikah ya Jabir?”

Jawabku: “Ya” Nabi SAW bertanya: “Anak dara atau janda?”

Aku berkata kepadanya: “Janda”

Sabda Baginda SAW: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain dengamu,” (Muttafaqun alaih, Nailul Autar 119/6)

BOLEH BERANAK RAMAI

Syarat ini juga bukanlah merupakan kewajipan utama. Tetapi cukuplah sebagai pelengkap untuk memenuhi sunnah Rasulullah SAW, sebagaimana sabda Baginda di dalam sebuah hadis;

Daripada Ma’qal Ibn Yasar r.a berkata, sabda Baginda SAW: “Kahwinilah wanita penyayang lagi subur. Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu (umat Muhammad)” (Nailul Autar 118/6)

Yang lebih utama ialah ramainya zuriat disertai terjaganya kualiti. Tiada gunanya jika ramainya umat tetapi menjadi perosak kepada agama.. Nauzubillahhi minzalik.

Di samping subur, rasa kuat berkasih sayang itu juga adalah penting untuk membikin kelompok manusia yang tahu menghargai manusia. Biarlah permaisuri itu bersama rasa kasihnya dalam membentuk anak-anak kelak.

Harapan saya, semoga ramainya anak bersama redha Allah SWT demi tertegaknya Islam yang dimuliakan.

ORANG ASING

Alangkah baiknya jika wanita itu bukan dari kalangan kaum keluarga terdekat sebagaimana berlaku perkahwinan di antara sepupu dengan sepupu ataupun waris terdekat lain. Biarpun bukanlah ianya menjadi suatu keharaman, tetapi adalah sebaiknya perempuan yang dinikahi itu lebih jauh sedikit agar terikat silaturrahim dan menjadi besar ukhuwwah sesama muslim. Menikahi kaum terdekat itu memungkinkan anak yang bakal terlahir sedikit bermasalah. Wallahhu a’lam.

Justeru, cukuplah sekadar ini syarat umum dan sebuah jawapan kepada persoalan yang dilontarkan. Ini adalah doa saya. Jadi sebagai penutup kepada sebuah doa saya mengakhiri dengan lafaz:

“Amin, Ya Rabbal Alamin.”

Rujukan:

Kitab Muhadharat fi Fiqh as-Sadah asy-Syafie’iyyah, Dr.Khalifah Abdul Basit Shahin.

Qisasul Anbiya’, Ibnu Kasir.

10:52AM, 10 Mei 2010,

Siberbay, Tanta.

Kesempurnaan Islam Merangkumi Sebuah Ideologi (2)
Ideologi

Secara literalnya ideologi (mabda’) ialah; Fahaman (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan (berdasarkan makna kamu dewan edisi keempat). Mabda’ pula bermakna; Dasar ataupun prinsip.

Manakala secara konseptual, ideologi adalah hasil gabungan dua makna; Idea atau fikrah (fikiran) dan methodologi atau thoriqah (cara, aturan, sistem).

Sebagai sebuah agama dan ideologi (mabda’), Islam adalah ajaran yang mengandungi aqidah dan sistem (nizom), ataupun dengan erti kata lain ia mengandungi aqidah dan syariah.

Justeru, idea atau pemikiran (fikrah) dan methodologi (thoriqah) ini adalah terkandung di bawah agama Islam itu sendiri. Kita tidak boleh mengasingkan fikrah dan thoriqah Islam daripada agama Islam kerana ianya adalah tercakup dibawah dasar agama Islam.

Jika kita mengasingkan idea atau fikrah, bererti kita telah menghilangkan fikrah Islam yang disampaikan oleh Jibrail melalui wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Jika kita menghilangkan method atau thoriqah, bererti kita membuang jalan dan cara yang diajarkan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah.

Ideologi ataupun mabda’ ini hanyalah istilah. Istilah ideologi ini baru dipopularkan oleh pihak barat, walhal ia sudahpun terangkum di bawah dasar agama Islam itu sendiri. Jika tidak wujud perkataan ideologi sekalipun, Islam tetap mempunyai fikrah dan thoriqahnya sendiri. Membaca takrifan definasi yang diciptakan barat adalah terkeluar daripada kefahaman yang tertera di dalam agama Islam. (Terutama definasi terhasil daripada sumber internet umum yang banyak dimonopoli oleh barat)

Fikrah Islam tidak dapat tidak mesti disampaikan melalui thoriqah Islam. Ini yang membezakan antara agama Islam dengan agama dan ideologi kuffar lain. Fikrah Islam adalah mengandungi aqidah Islam, Syariah Islam dan Akhlaq (tasawuf). Ia terangkum dibawah sebuah fikrah, pemikiran, idea (thought).

Apa itu thoriqah ataupun method?

Manakala thoriqah ataupun method adalah suatu cara ataupun jalan untuk menyebarkan fikrah Islam tersebut. Method ialah kaedah bagaimana mahu menerapkan Islam, mempertahankan Islam dan menyebarkan Islam. Lihat gambarajah untuk lebih jelas.

Thoriqah (method) juga adalah termasuk untuk merealisasikan perkara seperti di bawah:

(1) Penguatkuasaan Hukum Syarak; sebagai contoh Islam melarang seseorang melakukan zina. Maka sekiranya ada individu yang berzina akan dikenakan hukuman 100 kali sebatan untuk yang belum berkahwin. Hukuman sebatan ini menjadi aspek utama untuk penguatkuasaan hukum zina. Islam juga membenarkan pemilikan peribadi, tetapi tanpa penguatkuasaan, ianya tinggal sebagai sebuah ajaran yang tidak ada method/kaedah. Maka, Islam menguatkuasakannya dengan hukuman pemotongan tangan kepada pencuri.

(2) Memelihara aqidah Islam agar bertahan dalam arena kehidupan, Islam amat serius dalam menjaga akidah penganutnya yang mana method menjaganya adalah dengan dilaksanakan hukuman bunuh kepada golongan murtad.

(3) Membawa aqidah Islam kepada mereka yang belum meyakininya dengan method jihad sebagai penghilang halangan fizikal dari pihak negara kepada negara yang lain.

Tatacara untuk melaksanakan mabda’ ini ialah dengan menerapkannya di dalam wadah Negara Islam (Khilafah). Dalam melaksanakan mabda’ tersebut, Negara berpegang kepada 3 prinsip:

(1) Ketaqwaan seorang muslim memegang ajaran Islam

(2) Masyarakat yang sentiasa prihatin dengan amalan Amar Makruf Nahi Mungkar

(3) Penguatkuasaan undang-undang Islam dan seluruh hukumannya.

Sesuaikah Islam diklasifikasi sebagai ideologi? Bukankah ideologi berasal dari pemikiran semata-mata? Wahyu bagaimana?

Seperti yang saya jelaskan di atas, di bawah Islam adalah ideologi. Definasi mengenai ideologi sudah saya jelaskan secara terperinci. Ia terangkum dalam erti kata fikrah dan thoriqah. Mengatakan bahawa mabda’ Islam adalah semata-mata pemikiran merupakan suatu definasi yang salah bahkan tercemar dengan makna yang dibawakan barat. Fikrah ataupun idea Islam itu sendiri adalah daripada wahyu Allah SWT, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril.

Oleh itu, untuk melaksanakan fikrah Islam – memerlukan kepada sebuah cara dan aturan yang dipanggil method ataupun thoriqah. Ramai yang tersalah tafsir makna idea itu adalah semata-mata idea dari manusia. Idea jika dilihat dari perspektif barat tentu sekali tidak akan menjumpai makna fikrah sebagaimana Islam tetapkan!

FIKRAH ISLAM ADALAH WAHYU

Dalam memiliki pemikiran yang konkrit dan kritis, kita perlu faham bahawa subjek yang dibincangkan adalah Ideologi dan Islam. Namun dengan meletakkan ‘Islam adalah Ideologi’ sebagai objek sedari awal merupakan bias di dalam kajian pemikiran sehingga membuatkan kita lupa mengkaji dasar, sejarah dan makna sebenar Ideologi itu sendiri.

Perkara ini bukanlah bias dalam kajian pemikiran, kerana mabda’ sememangnya terkandung di dalam makna Islam. Nah, jika kita katakan bahawa Islam adalah bukan berdasarkan fikrah Islam, ia mengisyaratkan Islam tidak syumul. Apakah wahyu itu bukan fikrah Islam? Wahyu itu sendiri adalah fikrah Islam yang sebenar-benarnya.

Makna sebenar ideologi adalah merupakan sebuah istilah. Apa jua istilah yang diguna pakai perlu dilihat pada dasarnya. Bukan pada gambaran makna zahir istilah. Sebab kata akar sesebuah istilah boleh berubah makna – tidak selamanya kata akar bermakna sama. Misalnya:

“Jama’a” dengan “Jima’” jelas maknanya berbeza. “Jama’a” ertinya mengumpulkan, sedangkan “Jima’” ertinya ialah bersetubuh. Walhal kedua-duanya adalah satu akar yang sama dan mengikut wazan yang sama.

IDEOLOGI LAIN DI DUNIA

Kapitalisme dan Sosialisme adalah ideologi yang lahir kerana kezaliman manusia. Ideologi ini lahir setelah terjadinya penindasan Gereja pada abad pertengahan, hasil dari menolak agama sama sekali atau menerima dengan syarat. Bermula dari sinilah sejarah Kapitalisme dan Sosialisme sebagai ideologi dikembangkan.

Sumber ajaran ideologi masing-masing adalah semata-mata berdasarkan akal. Akallah yang menentukan segala-galanya samaada berkaitan aqidah ataupun sistemnya. Aqidah Kapitalisme berasaskan pemisahan antara agama dan kehidupan (fashlu ad-Din ‘an al-Hayat) atau popular digelar ‘Sekularisme’.

Kapitalisme dan Sosialisme atau Komunisme pada dasar pembawakannya hanyalah mengatur urusan dunia mereka sahaja. Seandainya pengamal Kapitalisme dan Sosialisme menginginkan aspek rohani (an-Nahiyah ar-Ruhiyyah) mereka terpaksa mencari agama dan ideologi selain daripada apa yang mereka anuti.

Begitu juga halnya dengan agama Yahudi, Kristian, Hindu,  Buddha, Confucious dan sebagainya – hanya mengatur urusan akhirat dan spiritual sahaja, sedangkan masalah hal pengikutnya diserahkan kepada mereka sendiri. Akibatnya, ada dikalangan mereka cenderung mengambil Kapitalisme dan Sosialisme sebagai aturan hidup. Bahkan ada yang menjadi ateis (tidak percaya Tuhan). Hakikat inilah yang berlaku kepada agama dan ideologi selain Islam.

Menggerakkan Islam hanya berdasarkan ideologi dengan mengenepikan nilai tradisi dan elemen penting yang lain, kesannya dilihat tidak lebih sebagai suatu ideologi (mengikut tafsiran) sahaja, dan tidak jauh berbeza dengan gagasan ideologi yang separuh separuh itu. Antara golongan separuh yang saya maksudkan yang hanya suka bermain dengan ideologi semata adalah golongan ateis.

Persoalan ini sudah terjawab sebagaimana seperti yang telah saya jelaskan di atas. Pemahaman makna mabda’ yang merangkumi fikrah dan thoriqah menafikan bahawa Islam adalah agama separuh-separuh. Malah Islam mengandungi segala aspek bermula aqidah, syariat dan akhlaq (tasawuf).

Itulah yang dinamakan kaffah. Menyeluruh ke segenap segi dan aspek tanpa meninggalkan sesuatu. Justeru, kesempurnaan Islam adalah turut merangkumi sebuah mabda’.

Rujukan:

Islam: Politik dan Spiritual, Dr. Samih Athif az-Zein.

An-Nizamul Siyasah fil Islam, Dr. Abdul Aziz ‘Izzat al-Khayyat.

Al-Mu’jam al-Arabi al-Asasi.

1:04AM, 30 Mac 2010

Siberbaya, Tanta.