Faridrashidi.Com » Tazkirah

Sekadar Itukah Menghayati Maulidur Rasul?
Kita menitipkan kata bahawa cintakan Allah SWT.

Kita mengukir coretan bahawa sayangkan Rasulullah SAW.

Kita. Ya kita semua selalu menyebut bahawa sayangkan Islam.

Lantas, bila tibanya tahun Hijrah. Kita sambut. Kita adakan majlis besar-besaran. Kita meriahkan dengan aneka ragam hiburan baik melalui medium infiniti atau realiti. Yang bagus-bagus, diberinya tokoh Maal Hijrah, diberi pangkat segala macam rupa.

Muncul pula Maulidur Rasul. Bergeger sana-sini mahu menghayati Sunnah Rasulullah SAW katanya. Berarak sana-sini membawa sepanduk cintakan Nabi SAW. Hakikatnya, ia hanyalah sekadar sepanduk. Retorik semata-mata.

Selesai majlis tersebut, segala mak nenek maksiat terhambur bagai hilang lenyap sambutan menghayati perjuangan Rasulullah SAW. Saban tahun begitulah yang bakal terjadi. Akhirnya umat Islam mundur, lemah dan sangat sekular hidupnya. Sebab itulah jangan terkejut seandainya kita terjumpa perempuan memakai skirt paras lutut tetapi bertudung. Seorang Pak Cik berkopiah dengan selambanya masuk membeli Sport Toto (Main judi).

Umat Islam Dibantai

Tidak cukup umat Islam dibantai rejim zionis di Palestin, tentera dajjal Amerika di Iraq dan Afghanistan. Kini umat Islam sesama sendiri bercakaran. Kerana tamakkan kuasa dan segala harta, mereka sanggup membunuh saudara sendiri. Inilah yang telah berlaku di Mesir, Algeria, Libya, Yaman, Uzbekistan dan Syria.

Pemerintah di negara-negara ini bukanlah dikuasai golongan kuffar, tetapi orang yang mengaku dirinya Islam. Apakah kita masih senang menyambut kelahiran Baginda SAW tanpa rasa terseksa ulu hati melihat pembantaian ini? Bahkan Rasulullah SAW sangat membenci umatnya bercakaran sesama sendiri, membunuh jiwa tidak berdosa.

Kerana itulah, Baginda SAW berat untuk meninggalkan kita dahulu. Dia tetap mengingati kita walaupun jaraknya beribu tahun dan dia tetap menyebut umatnya. Ayuh, mari sama-sama praktikkan sunnah kecil dan besar tinggalan Rasulullah SAW.

“If you have time to whine and complain about something then you have the time to do something about it.”

Ummati, ummati, ummati.

“Ya Rabb, masukkanlah kami dalam golongan umat Nabi Muhammad SAW yang memperolehi syafaatnya. Ampuni kami Ya Allah.”

1:26PM, 6 Februari 2012,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Si Bapa Berseluar Pendek, Si Anak Menyanyi Alif Ba Ta
Di hujung meja makan, ada seorang lelaki menjamah makanan. Dia hanya berseluar pendek. Di sisinya, ada anak kecil.

“Alif, ba, ta, tsa, jim, ha, kho…” Si kecil menyanyi riang.

Bapanya hanya diam membisu, sambil mulut mengunyah makanan.

Pada situasi yang lain, juga di kedai makan. Sebelum menjamah makanan, si anak menadah tangan berdoa. Bukan bapa yang mengepalai bacaan doa. Bapanya hanya diam, sambil selamba buat-buat tak tahu.

Itu kisah Si Kecil dengan bapanya.

Jika kita hampiri anak-anak kecil ini. Lalu utarakan sepatah dua soalan, mereka akan jujur menjawab. Mereka insan yang jarang berbohong.

“Dekat rumah solat tak?”

“Tak solat.”

“Kenapa tak solat?”

“Tak tahu.”

“Habis tu mak ayah tak solatke?”

“Ye, tak solat. Jadi adik tak tahulah.”

Pada sisi pandangan kita, apa yang ingin kita perkatakan pada keluarga mereka? Ini bukan soal mahu meletakkan hukum bahawa kita insan sempurna. Yang tidak tinggal solat, yang kuat bertahajud, atau rajin bersedeqah. Tidak. Kita mahu jujur menilai sejauh mana kamilnya umat Islam sekarang tentang ad-Deen.

Ramai Yang Jahil Ilmu Asas Agama

Jujur saya katakan, jika mahu memperlecehkan penanya. Sudah lama saya boleh herdik mereka dengan makian.

“Ah, tanya soalan yang sama!”

“Tanya soalan budak tadika.”

Hakikatnya, ini yang berlaku dalam komuniti kita. Kita masih mentah untuk menyebatikan asas agama dalam kehidupan sehari-hari. Kita hanya bersifat cukup buat itu, cukup buat ini. Tak perlu tambah atau upgrade. Sistem sebegini sangat lemah. Tiada pertahanan mantap. Kalau nisbahkan kepada komputer sekalipun, dari semasa ke semasa kita perlu upgrade RAMnya, Hardisknya dan aneka ragam aplikasi lain.

Kita masih jahil dalam lapangan  ilmu agama. Kalaupun yang ada ilmu agama sekelumit, mereka hanya tahu berdebat dan mendabik dada ilmu masing-masing.

Apakah kita merasa cukup dengan ilmu sekelumit itu? Jangan merasa cukup.

Belajarlah lagi. Tak rugi. Jangan letakkan ego di hadapan. Belajar juga menghormati Si Penyampai ilmu biarpun kita khilaf padanya.

Bimbang jika budaya merasa cukup ini – menyebabkan kita jadi ‘Si Bapa Berseluar Pendek, yang mahu Anaknya Menyanyi Alif Ba Ta’ semata-mata!

4:35PM, 30 Januari 2012.

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Tips Merawat Suami Marah Dan Merajuk
Jangan sangka lelaki tidak boleh merajuk. Lelaki juga mempunyai emosi tersendiri. Namun, emosi lelaki tidaklah sehebat dan setanding wanita. Kebanyakan gelaran ratu airmata dan jiwa lembut dimonopoli oleh wanita. Kenyataan ini adalah benar. Sebab wanita memang dibekalkan dengan jiwa yang mudah tersentuh dan cepat mengalirkan airmata.

Ada juga sesetengah lelaki yang cepat merajuk. Akan tetapi tidaklah seperti rajuknya sang wanita. Lelaki rajuknya tidak berteman airmata, atau menyebal tidak tentu arah hingga memberi kesan kepada orang yang tidak ada kena mengena dengannya. Bezanya, lelaki merajuk biasanya lebih menonjolkan reaksi berlainan daripada biasa.

Tidak susah untuk mengenalinya. Wanita yang bergelar isteri seharusnya mengetahui riak tubuh sang lelaki.

Gelora Rumahtangga.

Tidak indah jika rumahtangga itu asyik manis sahaja memanjang. Adakalanya perlu diselitkan rasa masam, pahit dan masin bersama. Kolaborasi pelbagai rasa ini tentunya memberi impak menarik untuk dihadami. Yang penting jangan terlajak pahit, atau terlebih masin dan terbanyak masam. Biar secukup rasa.

Rumahtangga juga begitu. Adakala ia bergelora laksana dipukul ombak ganas. Dilanda ribut taufan. Dan adakala ia menjadi tenang dan melampiaskan keindahan tak terkata. Nah, itulah rumahtangga. Tetapi jangan disalahertikan. Bukan bermaksud bila ada gelora, kita harus biarkan ia bergelora hingga pecah tongkang dilautan. Di kala itu, nahkoda perlu bijak mengawali bahteranya.

Jikalau deras ombaknya, nahkoda perlu melabuhkan kain layar agar tak patah dipertengahan jalan. Begitulah seterusnya, kebijakkan nahkoda mampu membawa kapal besar berlabuh di gigi muara dengan selamatnya.

Kiasan itu sesuai untuk diselarikan dengan ikatan cinta di dalam sesebuah rumahtangga. Apabila si suami terluka, isteri datang merawatnya. Apabila isteri menangis, suami datang mengelapkan airmatanya. Pendek kata, jangan dibiarkan pasangan terus terluka dan dilukai. Kelak parah bisanya, membawa hancur binasa.

Justeru, amalkanlah beberapa petua jika pasangan hidup yang anda selalu ungkapkan KEKASIH HATI itu merajuk. Jangan sesekali biarkan ia menjeruk rasa.

Bagaimana Mengenali Lelaki Merajuk Dan Menanganinya?

Ada beberapa kes, di mana si isteri sering mengadu ia diabaikan suami dan si suami buat endah tak endah saja. Pertamanya, perlu kita selidiki dari pokok akarnya. Kenapa dan mengapa ia bersikap sedemikian rupa.

Kadangkala, si suami merajuk dan marahkan kelakuan kita, dibiarkan saja atau dengan kata lain dia memendam dendam di lubuk paling dalam. Jika tiada lagi respon si isteri, kemungkinan besar dia mampu berubah arah. Ini sangat berbahaya, bersegeralah mencari penawar sesegera mungkin.

Jangan tunggu hujan menimpa baru sibuk mencari payung buat bekal di perjalanan. Nescaya basah kuyuplah sang musafir itu nanti.

Untuk mengenalinya, si isteri perlu bijak memahami reaksi suami. Jangan terlalu pentingkan diri – menganggap rajuk si suami tidak penting – dan mengagak bahawa isteri saja perlu emosi. Itu KESILAPAN BESAR.

Lihat dulu perubahan wajah, tingkah laku dan pertuturannya. Jika wajahnya berubah masam mencuka, atau tidak mahu memandangkan kita. Maka bersegera untuk lakukan sesuatu. Rentetan dari air mukanya yang berubah, si suami akan bertindak dengan menjauhkan diri dari isteri.

Langkah ini akan disusuli pula dengan mengasingkan diri dari tempat tidur. Si suami akan bersendiri. Saat ini, si isteri jangan berlengah lagi. Cepat muhasabah diri dan memohon maaf kepada suami.

Memohon maaf saja belum cukup mengubat luka si suami. Isteri perlu mencari alternatif lain dengan membuat sesuatu yang disukai suami. Samaada memasak, mempersiapkan diri dengan layanan mesra atau apa saja cara. Gunakanlah anugerah Allah SWT kepada perempuan – yakni suara yang lunak – untuk mencairkan hati suami.

Bila  lagi mahu mencuba bukan? Bukan sahaja membahagiakan hati suami, bahkan mampu menimbun pahala yang banyak buat bekala menjadi bidadari di syurga nanti.

Terkadang si suami akan bertindak dengan mengucapkan sesuatu atau meninggikan suara. Jika suaranya sudah mencecah takat biasa, si isteri jangan sesekali meninggikan suara atau melawan cakapnya. Pantang lelaki apabila isteri mengeraskan suara atau menjatuhkan aib dirinya. Sebab ego lelaki lebih tinggi berbanding wanita – kecuali lelaki dayus sahaja.

Diam dan bertenang dahulu. Barulah merencanakan pujukan mesra selepas itu. Andainya isteri turut berdiam diri tanpa bertegur sapa, kemungkinan besar konflik akan berterusan tanpa penyelesaian.

Isteri yang cerdik, dia tidak akan merelakan suaminya bertindak diluar batasan agama. Kalaupun suami sudah tersasar jauh daripada landasan agama, dia akan bertindak menjadi penunjuk jalan. Terlalu mengharapkan suami semata-mata mendidik, belum cukup untuk menguatkan sendi agama dalam berumahtangga. Ia perlu kedua-dua pihak bergabung bersama. Barulah ia dinamakan serasi bersama.

Penunjuk jalan itu tugasnya ialah mampu memberi nasihat dan pengajaran berguna. Untuk itu, nasihat memainkan peranan besar untuk mengukuhkan cinta dan kasih. Nasihat juga sebenarnya ada caranya. Tidak semestinya nasihat itu digunakan dengan bahasa yang keras dan meninggi. Ini sangatlah tidak sesuai diamalkan baik suami mahupun isteri.

Menasihati perlu secara berhikmah dan saksama. Perlu diselitkan dengan bahasa indah, lagi sopan. Juga boleh menggunakan bahasa kiasan lembut dalam berbicara. Nescaya akan aman bahagia rumahtangga hingga ke akhirnya.

Ingat, HATI manusia bukan seperti batu yang boleh dilontar atau baling sesuka hati. Tetapi sekeping hati itu ada nilai tinggi yang perlu disemai rapi dan dijaga berhati-hati.

Selamat menjaga hati!

10:46PM, 9 November 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Bagaimana Mengecapi Kemanisan Iman Persis Bilal Bin Rabah?
Suka untuk saya kutip kisah Bilal Bin Rabah sebagai pedoman pengukuh Iman saat dilanda musibah ujian dalam perjuangan. Bilal Bin Rabah merupakan salah seorang hamba abdi yang memeluk agama Islam secara diam-diam. Dengan kuasa Allah SWT, dia tertarik untuk menerima ajaran Islam daripada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Pada asalnya, tiada siapa pun di kalangan kafir Quraisy tahu berita tentang keislaman Bilal Bin Rabah. Bahkan Nabi Muhammad SAW sudah berpesan agar dia menyembunyikan keislaman kerana dibimbangi akan menjadi mangsa seksaan kejam musyrikin Quraisy ketika itu. Ini kerana saat itu penyebaran Islam masih dalam period permulaan.

Namun begitu, rahsia keislaman Bilal bin Rabah akhirnya terbongkar ke pengetahuan tuannya bernama Umayyah bin Khalaf. Setelah tuannya mendapat perkhabaran itu, maka marahlah dia sehingga bertindak menyiksa sekeras-kerasnya ke atas Bilal bin Rabah.

Lalu Umayyah bin Khalaf menjerut lehernya dengan tali yang panjang. Kemudian dia menyuruh budak-budak menariknya di atas padang pasir yang kering serta di simbahi terik mentari panas tak terkira. Bayangkan betapa peritnya kesakitan yang dialami Bilal bin Rabah ketika diperlakukan sebegitu.

Namun begitu, dia tetap setiap pada yang satu. Dia tetap bertahan bersama agama Islam tanpa tergugat walau sedikit pun. Bibirnya tak lekang mengucap kalimah tauhid.

“Ahad! Ahad! Ahad!” (Yang bermaksud Allah yang satu)

Akan tetapi, penyeksaan itu seakan-akan tidak membawa perubahan ketara kepada Bilal bin Rabah. Bahkan tidak sedikit pun keimanannya tergugat dek penyiksaan dahsyat itu. Kemudian Umayyah menggandakan balasan terhadap Bilal bin Rabah. Dia mengikat kaki dan tangan Bilal bin Rabah dengan tali.

Setelah itu, Bilal bin Rabah dibawa ke tengah-tengah padang pasir lalu dijemur di situ tanpa rasa belas dan kasihan. Sedangkan saat itu padang pasir seolah-olah seperti tempat pemanggang daging yang meluap-luap panasnya. Andainya diletakkan apa jua daging di atasnya, sudah tentu akan menyebabkan ia masak merah menyala. Inikan pula tubuh seorang manusia bernama Bilal bin Rabah, sudah tentu memberi bekas yang tidak kurang pedihnya.

Tidak cukup dengan kaedah penyeksaan secara menjemur, Umayyah bin Khalaf bertindak ganas dengan meletakkan pula sebongkah batu besar lagi berat ke atas dada Bilal bin Rabah. Allahhu Rabbi! Sangat dahsyat seksaannya terhadap insan dhaif seperti Bilal bin Rabah. Dia hanya cuma berpegang teguh pada ad-Deen, tetapi disiksa seperti melakukan kesalahan berat.

“Ahad! Ahad! Ahad!” Itulah perkataan yang menjadi peneman Bilal bin Rabah tatkala diseksa berat tuannya. Tanpa sedikit pun merasa untuk menyekutukan Allah SWT dengan kembali kepada agama asal – yakni penyembahan berhala.

Kemudian Umayyah bin Khalaf berkata kepada Bilal bin Rabah:

“Engkau tidak akan aku lepaskan daripada hukuman ini, melainkan engkau mahu mendustakan Muhammad. Dan engkau kembali menyembah tuhan-tuhan engkau dahulu – iaitu Lata dan Uzza itu.”

Bilal bin Rabah tetap tidak menjawab kata-kata tuannya itu, tetapi terus mengucapkan kalimah:

“Ahad! Ahad! Ahad!”

Akibat kuatnya pegangan Bilal bin Rabah terhadap agama Islam, maka Umayyah bin Khalaf terus menyeksa serta meninggalkannya dalam keadaan kelaparan tanpa diberi makan dan minum selama beberapa hari. Bilal bin Rabah tabah menerima siksaan itu biarpun badannya bagai disiat-siat rasa panas membahang, tanpa diberi makan dan minum, lalu terpaksa pula menahan cuaca sejuk bila malam bertandang.

Ditakdirkan Allah SWT, suatu hari melintaslah Saidina Abu Bakar as-Siddiq melalui tempat penyiksaan terhadap Bilal bin Rabah. Melihat keadaan yang berlaku, Saidina Abu Bakar meminta Umayyah bin Khalaf menjual Bilal bin Rabah kepadanya. Oleh kerana tuannya itu sudah jemu menyiksa Bilal bin Rabah, sedangkan dia tetap teguh kepada kepercayaan agama Islam maka dia dijual dengan harga beberapa dirham sahaja. Tidak lama kemudian, terbebaslah Bilal bin Rabah apabila Saidina Abu Bakar as-Siddiq memerdekakannya.

Rahsia Keteguhan Iman Bilal bin Rabah

Sabda Rasulullah SAW:

“Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Melihat kepada keteguhan Iman Bilal bin Rabah, maka dapat kita kutip rahsianya melalui sepotong hadis Rasulullah SAW sebagaimana yang tercoret di atas.

Bilal bin Rabah sudah mencapai tahap di mana dia tidak lagi merasa pahit atau perit untuk mempertahankan keimanannya biarpun disiksa dengan dahsyat sekali. Inilah yang dinamakan Halawatul Iman. Halawatul Iman ini adalah bermaksud kemanisan Iman. Sesungguhnya, Bilal bin Rabah saat disiksa dia sudah mengecapi kemanisan Iman ini.

Kemanisan Iman tidaklah wujud ke dalam diri seseorang hamba itu, melainkan apabila rasa cintanya terhadap Azza Wajalla dan Rasul utusanNya itu melebihi apa yang ada seisi dunia. Nah, inilah kekuatan sebenar para sahabat Rasululullah SAW. Dia tidak hanya mengucapkan cinta di bibir sahaja, tetapi rasa cinta itu bagaikan menguasai seluruh tubuh jiwa dan raganya. Hinggakan apabila ditimpa ujian, dia tidak mengeluh kesakitan atau Imannya menguncup hingga lupa Tuhan.

Malah cinta para sahabat kepada Allah dan RasulNya telah diterjemahkan ke dalam kehidupan mereka. Mereka tetap setia bersama-sama Rasulullah SAW, seiring sejalan untuk mengemban dakwah dan menegakkan kalimah Allah SWT ke serata penjuru alam. Mereka tahan disiksa. Mereka tabah diperlakukan dan diperlecehkan musuh. Hidup dan mati mereka hanyalah untuk mendapat redha Allah, dan kasih Rasulullah SAW. Itulah kemanisan paling hebat yang mereka kecapi. Allahu Akbar!

Seterusnya ialah, perasaan cintanya kepada sesama Islam tidak lain tidak bukan tautannya adalah dengan tali Allah SWT. Maka apabila seseorang itu menyintai saudaranya kerana harta benda, itu bukanlah dinamakan ukhuwwahfillah. Begitu juga sekiranya seseorang lelaki atau wanita itu menyintai pasangannya (suami isteri) hanya semata-mata demi untuk menggapai redha Allah SWT, nescaya hubungan itu akan menyuburkan wangian keimanan dan menerbitkan sakinah (ketenangan), mawaddah (rasa kasih), dan rahmah (rasa sayang).

Bilal bin Rabah, adalah di antara sahabat yang cekal dan kental setia bersama Islam hingga akhir hayat. Biarpun disiksa dan diugut supaya kembali kepada kekufuran, kembali mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala, tetapi keimanannya begitu menebal hingga sukar untuk dipujuk rayu atau disiksa lagi. Dia tidak tergugah walau sedikit pun. Laksana bahtera yang kuat sanggup menongkah arus dan samudera luas untuk menuju ke destinasinya. Inilah yang dinamakan kemanisan Iman.

Sesiapa sahaja boleh mengecapi kemanisan Iman ini, asalkan dia SANGGUP dan MAHU.

10:51AM, 13 September 2011,

SMITT Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Komunikasi Adalah Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga
“Macammana mengajar hari ini? Ada kisah baru?”

“Erm, hari ini ayang kena mengajar budak-budak peralihan. Mengajar pendidikan moral.”

“Jadinya kena mengajar pelajar Cina dan Indialah ye?”

“Ye.”

“Budak-budak peralihan comel sangat. Perangai macam budak sekolah rendah.”

“Mereka cakap, cikgu… cikgu, bila nak sambung cerita kisah Cinderella.”

Saya tersenyum mendengar cerita isteri. Setiap petang, saya akan mengambil isteri di sekolahnya. Kemudian kami akan berbual-bual pelbagai topik mengenai sekolah. Bermacam jenis cerita pelajar sekolah saya dengar hasil penceritaan isteri. Tak kurang juga dihidangkan dengan pelbagai masalah sosial yang dihadapi pelajar sekolah.

“Abang cuba tengok budak perempuan tu.”

“Mana? Mana?” Saya berpaling ke kiri dan kanan kereta sambil tangan setia memegang stereng.

“Belakang tadi.”

Lantas saya menoleh ke belakang dan memperlahankan kereta. Kereta baru saja melepasi pintu pagar sekolah. Kiri dan kanan kami dipenuhi bas sekolah, van dan kenderaan ibu bapa yang mengambil anak masing-masing.

“Oh, abang dah tengok. Kenapa?”

“Budak perempuan itulah yang ayang cakap dia buat kes pagi tadi. Baru tingkatan 2.”

“Ooo. Cuba cerita kesnya.” Saya membelok kereta ke kiri dan terus membuat pusingan U menuju ke arah Taman Pasir Putih.

“Akak-akak (Guru displin) panggil dia tanya. Ada kawannya beritahu kata dia bercouple dengan pelajar tingkatan empat. Siap bercium lagi. Bila tanya, tak mengaku bersalah.”

“Huh macam-macam.”

Itu antara kisah yang saya dengar. Dan setiap ruang masa yang ada, kami akan berbual pelbagai topik biarpun dalam sesebuah perjalanan. Memandangkan isteri saya akan mengajar di sekolah separuh hari, jadi waktu bersama saya agak singkat. Terasa janggal jika masing-masing menyepi diri tanpa berbual – melainkan jika ada yang merajuk.

Efek Kurang Komunikasi

“Selepas kahwin, dia selalu ambil cuti. Kemudian ada kawan serumah beritahu, dia kerap menangis – memendam rasa. Sedangkan mereka baru saja berkahwin.” Cerita isteri saya mengenai masalah rakan sekerjanya.

“Ish…”

“Dulu sebelum kahwin dia nampak lebih ceria.”

“Sepatutnya bila dah kahwin, lebih menenangkan jiwa. Lebih bahagia daripada sebelum kahwin. Kalau begitu, mesti ada masalah.” Balas saya bersahaja.

“Itulah. Kadang-kadang seorang duduk dalam bilik, seorang duduk luar tengok tv.” Saya mengerutkan dahi mendengar kisah tersebut.

“Itu masalah tiada komunikasi. Bila sesebuah perkahwinan itu tidak ada komunikasi, maka jadi sunyi dan mudah goyah. Kadang-kadang ada juga si suami seperti orang bujang perangainya. Maksudnya dia lebih senang berkongsi masalah dengan rakan-rakan di luar rumah berbanding berbual mesra dengan isteri. Lantas isteri rasa tersisih.”

Bagaimana sebuah keluarga yang baru setahun jagung dibina, tiba-tiba bergoyang bagai disentap ribut taufan. Habis segala harapan dan kebahagiaan. Tiada lagi suka, tetapi duka mengambil alih. Setiap hari diburu perasaan nestapa, berendam airmata dan menjeruk rasa. Sedangkan di awal perkahwinan, kita mengimpikan saat bahagia seusai lafaz sakinah diselimuti rasa bahagia berpanjangan, bahkan mahu hingga ke syurga. Tetapi kini seolah-olah rebah mengejut. Bagai diserang serangan jantung.

Nah, apakah resolusinya? Sebelum terus kepada topik perbincangan ini lebih lanjut. Apa kata kita baca pula luahan hati seorang isteri yang juga turut merintih lagi sedih mengenangkan nasib rumahtangga yang dibina berkocak. Dia mengirim emel tersebut kepada saya dan berharap saya memberikan sepatah dua pandangan.

Emel pertama kirimannya:

“Sejak saya melahirkan anak kedua, masa berpantang memang suami pun tak ambil kisah. Penjagaan berpantang, boleh dikatakan tak berpantang. Akibat kini, selalu sakit dan tak ada perasaan langsung pada suami. Makan minum kami di rumah lagsung sesen pun tidak diberikan. Suami hanya bayar sewa umah-bil, adakah saya berdosa…”

Emel kedua kirimannya:

“Duit makan minum saya dan anak-anak,suami tak bagi. Barang dapur dan keperluan harian, serta perubatan anak-anak pun saya yang tanggung. Dia hanya bayar sewa rumah dan bayar bil yang berkenaan sahaja. Dia juga mengatakan saya tidak memperdulikannya. Saya sudah jelaskan kepadanya, masalah kesihatan saya. Namun suami tidak peduli dan terus marah-marah dan sentiasa marah…”

Apa yang boleh anda perkatakan?

Tiada Musyawarah, Hilangnya Amanah, Terhakisnya Mawaddah

Islam sama sekali tidak membebankan manusia, tetapi seiring fitrah insani. Buktinya, Allah SWT menghalalkan hubungan antara dua jantina dengan perkahwinan setelah mengharamkan perzinaan. Maknanya, apabila dihalalkan Allah SWT, maka seiringnya tentu sekali ada manfaat dan keberkatan yang banyak. Kerana itu Allah SWT berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (ar-Rum: 21)

Oleh itu, Islam menggalakkan lelaki mahupun perempuan berkahwin bukan sahaja sebagai pendokong sunnah Rasulullah SAW, tetapi juga sebagai membuktikan kekuasaan Allah SWT terhadap hambaNya. Sebab diciptakan manusia itu semenjak azali wujud padanya sifat berkasih sayang, mahu saling menyayangi dan menyintai. Maka, saluran yang betul hanyalah semata-mata dengan mengikat tali perkasihan melalui akad nikah sah.

Justeru, dalam perkahwinan wujud rasa kasih sayang, kasihan belas, cinta, mahabbah, amanah, sakinah, mawaddah dan ada rahmah. Jikalau perkara-perkara sebegitu tidak wujud di dalam sesebuah perkahwinan yang dibina, maknanya mesti ada ‘sesuatu’ yang menghalang mereka.

Ini kerana perkahwinan itu menjanjikan ketenangan, kebahagiaan, kematangan dan rasa bertanggungjawab. Jika perkara sebegitu tidak wujud, barangkali pasangan tersebut perlu muhasabah kembali. Di mana silap salahnya perhubungan mereka. Ini penting bagi memanjangkan jangka hayat usia perkahwinan.

Berbalik kepada masalah asal. Pokok pangkal, sebenarnya kita kurang bermusyawarah (berbincang) atau berkomunikasi bersama pasangan masing-masing. Sebab itulah muncul salah faham, syak wasangka, tiada persefahaman dan kerjasama. Misalnya dalam masalah pertama tadi, pasangan baru berkahwin tetapi bukan bahagia yang dapat tetapi duka. Kesalahannya bermula apabila si suami memendam rasa, berdiam diri, dan begitu juga si isteri. Kadangkala ada juga si isteri jenis peramah, banyak cakap. Bila bercerita kepada suami, si suami diam tanpa respon. Maka komunikasi sebegini kurang elok diamalkan, kerana boleh menyebabkan isteri kecewa.

Sebagai suami isteri, kita perlu setia mendengar pasangan kita bercerita. Biarpun isteri kita bercerita hal remeh-temeh, tetapi sebenarnya bagi dia seperti isu besar. Pemikiran seorang lelaki dan perempuan berbeza. Perempuan sifatnya suka bercerita hal ehwal sekeliling, isu tidak terlalu besar. Manakala lelaki suka berbual isu besar, dan luas skopnya. Oleh itu, suami isteri perlu bijak dalam mengimbangi perbualan. Sesekali tidak ada salahnya isteri mendengar lelaki berceramah, dan suami mendengar luahan cerita isteri.

Begitu juga dalam masalah keretakan rumahtangga kedua. Puncanya ialah apabila lelaki tiba-tiba menjadi pendiam sehingga tidak mengambil tahu hal keluarga, bahkan tidak ambil peduli langsung hal berpantang. Maka berlaku krisis di situ. Sebagai seorang lelaki, sewajarnya perlu berbincang apa masalahnya. Sekurang-kurangnya isteri dapat memahami isi hati dan masalah dialami. Membiarkan anak dan isteri tanpa bicara, itu seolah perbuatan menzalimi mereka. Setiap manusia ada masalahnya, tetapi setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya jika betul-betul kena cara.

Melarikan diri atau memencilkan diri adalah kesalahan dan menyalahi etika perkahwinan. Bahkan perbuatan memarahi isteri dengan suara yang kuat juga adalah perilaku akhlaq buruk. Lebih-lebih lagi jika di depan anak-anak. Ini boleh memberikan kesan negatif kepada masa depan mereka dan tumbesaran minda. Persepsi negatif pasti terhinggap di kepala anak-anak saat ibu mereka dimarahi ayah. Mungkin juga boleh berlaku rasa dendam kesumat pada ayah. Sebab anak-anak lebih cenderung merasa kasihan kepada ibu berbanding ayah.

Dan perbuatan isteri mencebik muka dan menunjukkan riak negatif kepada suami adalah dilarang di dalam agama. Isteri bijak tidak akan berterusan membiarkan suami berdiam diri. Isteri seharusnya perlu mencungkil sebab musabab mengapa suami bertindak sedemikian rupa. Mungkin ada perbuatan isteri yang mengguris hatinya. Buktinya, masa mula berkahwin dia boleh menyayangi isteri, berbual, melayan baik, memberi nafkah cukup dan sebagainya. Dan sudah tentu ada sesuatu perkara yang boleh menyebabkan dia tiba-tiba berubah. Cuba selidik, dan bawa berbincang. Jika tidak, rumahtangga itu bakal retak dan terbelah cepat.

Saya amat tertarik melihat gelagat suami isteri bangsa arab Mesir. Biarpun mereka telah berusia, mereka tidak segan silu berdua-duan di taman bunga, sambil berbual mesra seperti pasangan muda lepas berkahwin. Kadang-kadang, mereka membawa anak-anak mereka ke taman permainan dan berkelah sesama ahli keluarga. Bukan satu keluarga, tetapi ramai begitu. Mereka gemar berbual dan berkomunikasi. Jika ada masalah, mereka akan kongsikan bersama. Jangan disimpan berhari-hari, nanti jadi melarat berminggu-minggu.

Fenomena ini mudah dilihat pada musim panas. Sekitar taman bungan bandar Tanta penuh dengan ahli keluarga. Begitu juga di pesisir pantai Iskandariah, Baltiem, Matruh dan lain-lain tempat percutian. Jadi, alangkah baiknya jika kita kaum keluarga muslim di Malaysia juga begitu. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih… Insha’Allah, membawa bahagia hingga ke syurga.

Ingat, komunikasi itu penting demi menyubur mawaddah! Dan pastinya kita bukan berkahwin dengan patung yang bisu tanpa bicara!

1:47AM, 30 Julai 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Kutukan VS Kritikan Membina
“Kau memang ce****! Jangan jadi bo***, kau ingat kau pandai sangat?” Kutuk seorang komentator di forum alam maya.

Sebenarnya bukan seorang, malah ramai yang mempraktikkan amalam mengutuk orang bila tahap kemarahan sudah cecah takat didih. Terutamanya kita boleh lihat di laman-laman blog yang menulis tentang politik.

“Sebenarnya, tulisan ini sudah memberi kesan, cuma kalau boleh di lain waktu tambahkan lagi kesan khas dengan kata-kata hikmah, pedoman dan lain-lain. Semoga Allah menambah ilmu dan iman kita.” Ini suatu kritikan, tetapi kritikan yang penuh dengan nilai-nilai hikmah, beradab dan menjaga akhlaq.

Sepanjang saya menulis blog, saya juga tidak dapat lari daripada menghadapi golongan spesis ini. Jika ada tulisan yang menikam lubuk hati mereka, nescaya kata-kata kesat, makian, kutukan dan pelbagai cakap kotor lain menjadi keutamaan. Mereka seolah-olah menonjolkan diri sebagai manusia yang tidak berakhlaq dan tidak berpanduankan kepada ajaran ad-Deen.

Walhal Rasulullah SAW, sebagaimana yang kita tahu tidak pernah mengajarkan umatnya untuk memaki hamun dan berkata buruk pada individu lain. Kita semua tahu tentang ini. Si kecil yang belajar di TADIKA atau TASKI juga mengerti.

Pernah dahulu saya menulis mengenai kata-kata dan akhlaq. Barangkali ada yang terlepas membaca, maka kalian boleh rujuk artikel ini.

Kutukan

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, kutukan ini sebenarnya lebih bersifat kepada menjahanamkan perasaan orang lain. Dalam erti kata lain, si pengutuk menggunakan senjata kutukan ini demi untuk memuaskan nafsu dan keegoaan sendiri. Bahkan dia akan berbangga sekiranya kutukannya itu menyebabkan hati musuhnya terguris dan terasa.

Itulah sebenarnya kepuasan si pengutuk. Kalau mahu fikirkan faedah, tiada langsung faedah yang diperolehi. Malah beroleh dosa percuma pula. Alhasil, akan wujud perpecahan ketara hingga berlarutan kepada isu-isu lain. Ia tak akan terhenti, sebab dendam kesumat sentiasa menjadi keutamaan.

Saat itu, syaitan lekas memainkan peranannya untuk terus mencucuk hati pengutuk supaya jangan ada sehari tanpa mengutuk orang. Kalau boleh kutuk mengutuk ini menjadi hobi sebati hingga akhir hayat.

Melalui ‘Aisyah r.a, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat: “Apakah kalian mengetahui riba yang paling besar di sisi Allah?

Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Rasulullah melanjutkan sabdanya: “Sesungguhnya riba yang paling besar di sisi Allah adalah menghalalkan kehormatan seorang muslim untuk dicemari. Kemudian Rasulullah membaca firman Allah SWT: ‘Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.’ (al-Ahzab: 58)” (Hadis riwayat Abu Ya’la, al-Mundziri dan al-Haitsami berkata periwayatan hadis ini sohih)

Dan juga hadis yang berbunyi:

Dari Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai kata-kata kotor dan perbuatan keji…” (Mutafaq alaih)

Maka tegahan seperti ini adalah terpundak pada setiap muslimin dan muslimat seluruhnya. Barangsiapa yang ingkar, bererti dia tidak mempraktikkan sunnah dan akhlaq Baginda SAW.

Soal saya, apakah si pengutuk itu sedar bahawa ungkapan kata-kata yang dinyatakan itu membawa manfaat? Hanya orang kurang cerdik sahaja mengatakan ia bermanfaat.

Kritikan Membina

Kritikan membina sama sekali berbeza dengan kutukan. Sebab kritikan membina itu kata-katanya disulam peringatan, nasihat berguna untuk penambahbaikan di masa akan datang. Saya percaya, jika benar cara nasihatnya, pasti akan ada yang tertawan (pada akhlaq Islami) dan menerimanya dengan hati terbuka.

Faedahnya cukup besar, di samping beroleh pahala, kita juga mampu memperteguhkan kembali renggangan tali silaturahim. Malah dapat membikin ummah yang berilmu dan berakhlaq mulia.

Tidak sukar, hanya bermodalkan ayat-ayat cinta berhikmah saja.

Pesan Rasulullah SAW lagi:

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam.” (Mutafaq ‘alaih)

Berpandukan pada hadis di atas, Baginda SAW memberikan kita 2 solusi berguna untuk kita.

Pertamanya: Berkata baik. Sesiapa yang suka berkata tentang kebaikan, menyeru tentang kebenaran. Ayuh, teruskan usaha murni kalian. Mungkin di sebalik kata-kata baik itu, kita beroleh pahala yang tak terjangkakan pula.

Keduanya: Diam. Nah, jika mulut kalian atau jari-jemari kalian jenis gemar mengutuk orang – hingga tak boleh berhenti siang dan malam – , diamlah. Diam lebih baik bagimu.

Simple, tapi sukar bukan? Jika begitu, buatlah pilihan tepat sebelum terlambat.

1:42PM, 18 Julai 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Untuk Berkarya Harus Bersih Diri dan Jiwa
“Saya memandu dari Johor jam 4 petang hingga 2 pagi sampai ke Kelantan. Dapat tidur 2 jam sahaja kemudian terus ke bengkel.” Cerita selingan ketika membentangkan kertas kerja asas melukis kartun kepada peserta-peserta yang hadir.

Pada asalnya peserta dijangka hadir ialah seramai 60 orang, namun akibat berlangsungnya penganjuran larian 1Malaysia secara besar-besaran, maka ramai peserta tidak dapat hadir. Biarpun hanya tinggal separuh dari jumlah asal, ia tidak mematahkan semangat penganjur untuk meneruskan program.

“Andainya peserta hanya tinggal 2 orang sekalipun, saya tetap akan meneruskan pembentangan ini.” Tegas saya kepada penganjur. Alang-alang meredah negeri, biar sampai terus jadi.

Bengkel Penulisan

“Bagaimanakah cara untuk kreatif dalam penulisan, sedangkan tidak semua manusia itu kreatif.” Tanya seorang AJK Nisa’.

“Ya benar, tidak semua manusia itu kreatif. Namun kreatif itu boleh diasah. Maksudnya sentiasa melatih diri untuk kreatif.”

“Kreatif ini ialah seperti kita melihat sesuatu yang sedia ada, kemudian kita cuba menjadi sesuatu yang baru hasil daripada perkara yang sedia ada tersebut.” Jelas saya.

Biarpun bengkel penulisan ini hanya sekadar menyebut pentakrifan, teknik menulis, asas-asas diperlukan untuk menulis dan cara-cara untuk mendapatkan idea, namun daripada riak wajah dan praktikal yang dilakukan menampakkan bahawa mereka berjaya menghadami penyampaian yang diberikan.

Sessi praktikal menulis dihujung segmen membuktikannya. Alhamdulillah, moga-moga seorang dua di kalangan mereka bakal menjadi penulis yang membawa mesej Islam kelak. Seperti yang saya ingatkan diakhir bengkel:

Ayuh, mulakan menulis dengan satu patah kata, seterusnya satu perenggan, lalu terus melakar menjadi satu halaman, kemudian susunkan menjadi satu bab, dan akhirnya menjadi sebuah buku!

Bengkel Karikatur

“Melukis nampak senang, tetapi memberi pulangan yang lumayan. Kalau kamu boleh lukis dan hantar karya, boleh dapat royalti. Nanti boleh guna untuk sambung pelajaran, boleh bantu emak ayah, boleh buat duit poket.” Cerita saya berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang serius berkecimpung dalam bidang lukisan kartun.

“Ustaz, macammana saya mahu hantar karya?” Seorang pelajar perempuan bertanya.

Soalan itu mengingatkan saya akan info yang diberikan Ustazah Fadhila selaku penganjur program tersebut. “Bagus juga ustaz beritahu tentang bayaran hasil lukis kartun, sebab ada dikalangan mereka ini datang daripada keluarga yang susah.”

Saya jadi terkelu mendengarnya.

Walaubagaimanapun, apa jua bidang yang diceburi, harapan saya mereka terus maju dan mara ke hadapan. Buat mereka, jangan lupa untuk praktis apa yang dipelajari. Sebab rezeki yang BERSIH itu akan bertandang seiring usaha dan doa.

Yang penting, terus memberi seteguk ilmu buat penghilang dahaga umat.

6:48PM, 7 Julai 2011.

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Lambakan Kuantiti Doktor Yang Tidak Berkualiti?
KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menghentikan kursus baharu perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mampu membendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran ketika ini.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. David Quek Kwang Leng berkata, masalah tersebut berpunca daripada kewujudan banyak IPT yang menawarkan pelbagai kursus perubatan. Beliau berkata, pertambahan jumlah kursus perubatan itu menyebabkan pelajar bebas memilih kursus dengan kos yang rendah pula. – Kosmo 7 Mei 2011.

Itu perkhabaran yang terpamer di dada akhbar negara tempohari.

Manakala khabar dari bumi Kinanah mengatakan bahawa akan diadakan suatu pertandingan nyanyian yang disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi Perubatan. Pertandingan itu diberi gelar Medic’s Got Talent 2011.

Maknanya, selepas mereka berjaya menamatkan pengajian di sana, mereka akan terjun ke dalam dunia kedoktoran. Sudah semestinya mereka akan menjadi doktor merawat para pesakit pula.

Nah, di sini wujud kecelaruan identiti serius di kalangan pelajar Perubatan yang membikin dan mengimarahkan aneka ragam gejala sosial di bumi Anbiya’ itu. Mereka telah lupa bahawa mereka antara golongan yang diharapkan oleh masyarakat.

Masyarakat memandang mereka dengan harapan kelak akan membantu umat Malaysia dalam menangani masalah kekurangan doktor atau pembantu perubatan. Masyarakat melihat mereka dengan harapan mereka akan menjadi doktor yang berhemah tinggi, berakhlak mulia, profesional, berkualiti, bukannya menjadi artis atau penyanyi.

Sedangkan budaya hedonisme, nyanyian dan artis terlalu muak untuk masyarakat hadam. Sangat banyak dan menyesakkan!

Andainya, perkara negatif sebegitu menjadi makanan harian mereka, maka diruang manakah kita mahu mengatakan doktor sebegitu adalah yang berkualiti?

Tujuan Pendidikan Dalam Islam

Islam sama sekali tidak menyanggah umatnya agar mempelajari ilmu selain berkaitan pengajian Islam. Belajarlah, kerana itu merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam, dan akan menjadi wajib sekiranya tidak ada umat Islam yang mempelajarinya.

Pada hakikatnya ilmu pengetahuan itu terdiri dari dua perkara; iaitu pengetahuan yang dapat dikembangkan akal fikiran manusia, sehingga ia dapat menentukan suatu tindakan (aksi) tertentu, dan pengetahuan mengenai perbuatan itu sendiri. Maka setiap ilmu pengetahuan itu tercakup daripada salah satu dari dua perkara itu.

Adanya Akal Sebagai Pembeza Dengan Manusia Tidak Berakal

Kita dianugerahkan Allah Ta’ala akal untuk berfikir. Dengan akal, kita berbeza berbanding haiwan dan golongan manusia yang tidak berakal. Akal adalah anugerah berharga yang dimilik manusia.

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah: 269)

Lafaz ulul albab dalam ayat di atas diertikan sebagai Dzawul Uquul, maksudnya orang-orang yang berakal.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.” (Al-Maidah: 100)

Terlalu banyak firman Allah SWT mengenai perihal akal manusia. Tujuannya tidak lain tidak bukan supaya kita dapat berfikir dengan jernih, mengapa akal ini diciptakan kepada manusia. Dengan akal, manusia dapar berfikir dan merenung keesaan Allah Ta’ala sehingga dapat membuahkan keimanan kepada-Nya, terhadap keesaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan keagungan-Nya. Di sinilah peranan akal manusia, yang dapat menghantar insan menuju ketauhidan kepada Allah SWT.

Maka, sebagai pengamal perubatan yang baik dan berilmu pengetahuan luas, tentunya mereka dapat memaksimumkan akal fikiran agar setiap perbuatan terarah hanya semata kepada Allah SWT. Mereka tentu akan berfikir bagaimana mahu mengembangkan ilmu pengetahuan beriringan akal yang baik. Hadiah buat umat.

Jika mereka tidak memaksimumkan akal fikiran sebaik mungkin, pastinya kedudukan dan martabat mereka sama seperti golongan jahil yang tidak berakal. Kerana itu Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Al-Mujadalah: 11)

Mengapa Wajib Menjadi Berkualiti, Berbanding Kuantiti?

Suka untuk saya kutip kembali kata-kata nasihat daripada Dr.Hamdi Mas’ud dalam kitabnya Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta’alim al-Islam bermaksud:

“Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya.. hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan ke dalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenar… bertitik-tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.”

Dalam apa jua bidang sekalipun, nilaian hebat itu letaknya pada kualiti, bukan kuantiti. Apa guna ramai manusia, tetapi yang boleh diharapkan hanya 2,3 orang sahaja? Sudah tentu ia amat merugikan segala; baik masa, wang ringgit dan daya fikir.

Menjadi berkualiti itu sudah pasti ia adalah milik seorang doktor mukmin lagi muttaqin. Yang hidupnya melihat bahawa Allah SWT adalah segala. Sedangkan dia adalah wasilah untuk membantu para pesakit. Menyebar dakwah dalam sedar atau tidak.

Pernahkah kalian dengar, cerita pendakyah Kristian yang berselindung di sebalik Team Perubatan Antarabangsa menyusup masuk ke kampung-kampung terutamanya negara yang penduduknya beragama Islam? Mereka bukan sahaja mengubati pesakit, tetapi misi mereka lebih besar dari itu.

Doktor yang berkualiti, adalah mereka yang memiliki pencapaian akademik cemerlang atas hasil usaha untuk mengangkat diri menjadi lebih baik dan terbaik. Mereka adalah milik orang-orang yang sabar, yang tidak mensia-siakan waktu pada perkara yang melekakan.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah: 218)

Pastinya mereka bukan daripada golongan yang suka menjerumuskan diri ke lembah maksiat dan kehinaan.

Bayangkan, jika suatu hari nanti para graduan bidang kedoktoran ini sudah menamatkan pengajian masing-masing, sedangkan bekalan perjalanan untuk terjun ke dalam masyarakat tidak mencukupi. Apa yang bakal terjadi? Fikirkan, jika doktor yang tidak memiliki sifat sabar, akhlaq mulia, latarbelakang agama dan pengetahuan ilmu mencukupi merawat pesakit dan menatijahkan perkara buruk kepada pesakit?

Lalu, mahu menuding jari kepada siapakah?

Tanya diri sendiri dahulu ke mana hilangnya waktu 6 tahun ke belakang itu sebelum menyalahkan orang lain!

12:53PM, 10 Mei 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Antara Justin Bieber Dan Nasi Lemak Yang ‘Haram’
Justin Bieber, adalah generasi yang dilahirkan pada tahun 1994.

Seingat saya, waktu itu rakyat Malaysia masih mentah untuk menghadapi internet – medium penyebar propaganda dan info terpantas di dunia kini. Lebih-lebih lagilah untuk tahu aplikasi seperti laman sosial Facebook, Twitter dan lain-lain sesawang. Kanak-kanak pada zaman itu hanya tahu bermain game Mario atau menonton cerita kartun Ultraman Taro.

Saat itu, kita baru merasa bangga pada kereta Proton Iswara. Sebuah kereta ‘canggih’ keluaran Malaysia selepas Saga.

Maka, pada tahun 1994 itu juga lahir seorang manusia boneka yang siap diprogramkan menjadi manusia berpengaruh. Yang ada tarikan, yang ada kelebihan untuk menarik jutaan manusia seluruh dunia supaya histeria padanya. Sifunya, tidak lain tidak bukan adalah Syaitan. Mentornya pula adalah Yahudi dan Nasara.

Setelah remaja, dia digilai gadis-gadis remaja mentah samaada dari kalangan melayu tidak bertudung dan BERTUDUNG, India, Cina, Jepun dan lain-lain bangsa di dunia. Si gadis bertudung mengaku Islam turut sama menggilai penyanyi Justin Bieber – menjadi sama tarafnya dengan remaja non-muslim lain.

Watak sama, perangai sama, pakaian hampir sama tetapi nama adalah Islam dan mereka tetap akui adalah beragama Islam. Hakikatnya, tidak ada beza pada watak luaran!

Maknanya, Si Justin Bieber yang berkiblatkan Syaitan itu telah berjaya merasuk anak gadis Islam dengan mudah dan pantas, sepantas jalur internet.

Ini terbukti. Fakta semalam yang dilaporkan media menyatakan bahawa Stadium Merdeka bergegar dek penangan 17,000 peminat Justin Bieber. Mereka menjerit, terpekik, terlolong dan telah dihantui lembaga penyanyi remaja itu.

Khabarnya, sempena penjualan tiket konsert itu akan disalurkan kepada badan kebajikan sebagai sumbangan amal. Wah, mudahnya beramal cara mereka!

Saya rasa ia semisal dengan kisah seorang perompak yang kerjanya sehari-hari merompak manusia di jalan, lalu menggunakan duit itu untuk disalurkan kepada rumah anak-anak yatim, atau ‘naik’ haji di Baitullah!

Ini bermakna, melakukan pekerjaan HARAM sebagai manisfestasi menuju cita-cita HALAL. Sangat bersalahan kaedah syara’. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Kaedah ini adalah bertepatan dengan teori Machiavelli:

Teori yang dibawa oleh Machavelli adalah dalam tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang ingin dicapai). Jadi biarlah seorang putera (raja) mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya; kaedah yang diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi, maka timbullah pernyataan, “matlamat menghalalkan cara”. [Niccolo Machiavelli, The Prince].

Ini jelas, kerana Rasulullah SAW telah mengingatkan kita akan perbezaan antara hak dan batil. Halal dan haram.

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer radiallahuanhu beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barang siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.

Nasi Lemak Haram Kerana Gemuk?

Kata orang lama dalam peribahasanya, berbunyi; “Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.”

Ia sangat cocok untuk disamakan dengan apa yang berlaku pada hari ini. Konsert juta-juta input cukainya, bebas diadakan melata. Biarkan saja mereka bersorak riang. Jerit dan launglah sekuat hati terhadap si pembawa agenda dajjal itu. Tak mengapa, penguasa izinkan.

Bukankah penguasa juga merestui tayangan adengan seks percuma? Ya, demi musuh politik apa saja menjadi halal.

Begitulah juga mengenai nasi lemak. Sudah berkurun orang melayu menjamah nasi lemak. Bahkan ada segelintir masyarakat cina menggemarinya. Orang dulu-dulu makan nasi lemak, tetapi mereka tidak melupai hidangan ulam-ulaman yang berkhasiat. Mereka bekerja keras membanting tulang siang dan malam. Maka berbaloilah nasi lemak sepinggan itu. Tetapi bukanlah nasi lemak menjadi hidangan setiap hari. Cuma sekadar menghilang kempunan di lidah saja.

Orang sekarang, bukan sekadar nasi lemak, segala jenis makanan ‘dibelasah’nya. Ayam goreng KFC, burger goreng, junk food dan pelbagai aneka juadah dari timur hingga ke barat adalah makanan biasa masyarakat dewasa ini. Maka, potensi untuk menjadi gemuk bukanlah semata nasi lemak sebagai penyumbang utama.

Seharusnya, pihak berwajib janganlah mengharamkan nasi lemak itu sehingga menghadkan penjualannya di sekolah. Bukankah itu antara sumber pendapatan kalangan penduduk melayu miskin?

Mahu kuatkuasa undang-undang, atau mahu berhukum. Gunalah timbangan akal yang jernih. Jangan sekadar arah, arah dan arah. Yang halal diharamkan, yang haram senantiasa dihalalkan.

Haramkanlah perkara yang wajar untuk diharamkan, bukan mengharamkan perkara yang halal!

10:34PM, 24 April 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

‘Cinta’ Yang Membunuh
“Kelmarin ada satu kes yang mana seorang gadis mahu terjun di KB Mall, Kelantan. Mujurlah tidak mati, hanya cedera saja.” Cerita saya kepada audiens sewaktu menyampaikan ceramah motivasi di Darul Fikr.

“Ini kerana gadis itu mengalami masalah jiwa, akibat tertekan dengan keadaan hidup sekeliling. Putus cinta, masalah keluarga. Bila jiwa kita kosong, maka akan jadi seperti itu. Tetapi jika jiwa kita selalu berhubungkait dengan Allah Azza Wajalla, kita pasti tidak akan melakukan dosa besar sebegitu.” Terang saya.

Audiens diam sejeda. Masing-masing memberi tumpuan ke depan.

Semakin Menjadi-Jadi

Kebelakangan ini, kejadian bunuh diri semakin menjadi-jadi. Seolah-olah bunuh diri sudah menjadi trend terbaru masyarakat Melayu-Muslim di Malaysia. Dahulu, kita hanya mendengar kisah bunuh diri melalui kaca televisyen dan corong-corong radio sahaja. Itupun kes tersebut berlaku di kalangan masyarakat non-muslim khususnya yang berlaku di negara Jepun.

Kita sering diajar, bahawa nyawa itu berharga. Bahkan Islam selalu memperingatkan tentang perkara ini berabad lamanya. Pendek kata, soal sayang nyawa itu bukanlah menjadi persoalan sejak dahulu di kalangan masyarakat Islam melayu. Tetapi kini ia sudah terbalik.

Kerana hutang terbeban, mahu tidur atas jalan keretapi.

Kerana putus cinta atau tunang, mahu terjun bangunan.

Kerana gagal mendapatkan sesuatu, mahu teguk racun rumpai.

Adakah ini tempias masyarakat moden seperti Jepun terhadap kita?

Jangan Membunuh Diri

Kita ada agama. Kita punya Allah Ta’ala yang Maha Berkuasa, kita ada Rasulullah tercinta (Baca: Sunnah Baginda SAW) kita ada ibu bapa, kita ada sanak saudara, dan kita ada manusia berguna di dunia ini. Mengapa harus meninggalkan kesemuanya dengan cara keji lagi jijik?

Sedangkan Allah SWT Maha penyayang terhadap hambaNya. Allah mampu mengampun segala dosa noda kita sekelip mata tanpa diminta. Kembalilah kepadaNya. Agar kembali kita nanti dihadapanNya persis kain putih tanpa garis-garis hitam mendukacitakan.

Jangan membunuh diri, kerana azabnya pedih tak terkata.

Jika Rasulullah SAW mengetahui yang umatnya terlibat membunuh diri, pasti dia murka dan kecewa. Jangan hampakan Baginda SAW. Bagaimana bisa Baginda SAW mahu memberi syafaat kelak, sedangkan kita lari menjauh dari ajarannya? Menjauh dari sunnahnya?

Jangan membunuh diri, hargai nyawa anda.

Hampir separuh mati ibu melahirkan anda. Bapa pula bertungkus lumus siang malam bekerja demi sesuap nasi membesarkan anda. Mereka mahu melihat anda berjaya dunia akhirat. Hasil daripada kerja keras, mereka menyara anda demi mendapatkan setitis ilmu. Jadi, apakah berbaloi anda mengorbankan diri kerana perkara picisan yang langsung tidak munasabah?

Jangan membunuh diri, kasihanilah mereka. Yakinlah, mereka sayangkan anda.

Dunia ini, kita bukan keseorangan. Daripada mengorbankan diri kepada hal-hal yang hina, apa kata anda berikan manfaat berguna kepada insan-insan lain. Kalaupun anda punya masalah menggunung tinggi, mereka boleh membantu baik dari segi batiniyyah mahupun zohiriyyah.

Jangan membunuh diri, percayalah mereka pasti kecewa bila anda membunuh diri sendiri.

Manusia Kalah, Manusia Yang Rugi

“…dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” (An-Nisa’: 29)

Manusia yang membunuh diri sendiri, adalah seperti manusia yang terkalah dalam medan kehidupan. Ini bererti, dia telah mensia-siakan hidupnya begitu sahaja tanpa beroleh apa-apa manfaat. Malah, beroleh azab siksa Allah Ta’ala pula kelak. Itulah manusia yang sebenar-benar rugi.

Manusia seperti itu juga, seolah-olah telah berputus asa dari rahmat Allah Ta’ala. Sedangkan orang yang beriman kepada Tuhan pencipta alam, mereka tidak sesekali pernah menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan. Sama sekali tidak. Itulah sebenar-benar manusia, yang kuat dan tabah apabila ditimpa bala bencana. Sudah pasti apabila mereka kuat berpegang teguh kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan lebih sayang pada mereka berganda-ganda.

Pereratlah sandaran itu seteguh-teguhnya pada Allah Ta’ala, agar cinta kita, bukan lagi cinta yang membunuh. Moga hati kita senantiasa berbahagia. Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis qudsi sebagai amaran buat kita semua:

“HambaKu menyegerakan nyawanya sendiri, maka Aku haramkan syurgaKu baginya.”

1:55PM, 3 April 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.