Faridrashidi.Com » Suhuf Sejarah

Bagaimana Mengecapi Kemanisan Iman Persis Bilal Bin Rabah?
Suka untuk saya kutip kisah Bilal Bin Rabah sebagai pedoman pengukuh Iman saat dilanda musibah ujian dalam perjuangan. Bilal Bin Rabah merupakan salah seorang hamba abdi yang memeluk agama Islam secara diam-diam. Dengan kuasa Allah SWT, dia tertarik untuk menerima ajaran Islam daripada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Pada asalnya, tiada siapa pun di kalangan kafir Quraisy tahu berita tentang keislaman Bilal Bin Rabah. Bahkan Nabi Muhammad SAW sudah berpesan agar dia menyembunyikan keislaman kerana dibimbangi akan menjadi mangsa seksaan kejam musyrikin Quraisy ketika itu. Ini kerana saat itu penyebaran Islam masih dalam period permulaan.

Namun begitu, rahsia keislaman Bilal bin Rabah akhirnya terbongkar ke pengetahuan tuannya bernama Umayyah bin Khalaf. Setelah tuannya mendapat perkhabaran itu, maka marahlah dia sehingga bertindak menyiksa sekeras-kerasnya ke atas Bilal bin Rabah.

Lalu Umayyah bin Khalaf menjerut lehernya dengan tali yang panjang. Kemudian dia menyuruh budak-budak menariknya di atas padang pasir yang kering serta di simbahi terik mentari panas tak terkira. Bayangkan betapa peritnya kesakitan yang dialami Bilal bin Rabah ketika diperlakukan sebegitu.

Namun begitu, dia tetap setiap pada yang satu. Dia tetap bertahan bersama agama Islam tanpa tergugat walau sedikit pun. Bibirnya tak lekang mengucap kalimah tauhid.

“Ahad! Ahad! Ahad!” (Yang bermaksud Allah yang satu)

Akan tetapi, penyeksaan itu seakan-akan tidak membawa perubahan ketara kepada Bilal bin Rabah. Bahkan tidak sedikit pun keimanannya tergugat dek penyiksaan dahsyat itu. Kemudian Umayyah menggandakan balasan terhadap Bilal bin Rabah. Dia mengikat kaki dan tangan Bilal bin Rabah dengan tali.

Setelah itu, Bilal bin Rabah dibawa ke tengah-tengah padang pasir lalu dijemur di situ tanpa rasa belas dan kasihan. Sedangkan saat itu padang pasir seolah-olah seperti tempat pemanggang daging yang meluap-luap panasnya. Andainya diletakkan apa jua daging di atasnya, sudah tentu akan menyebabkan ia masak merah menyala. Inikan pula tubuh seorang manusia bernama Bilal bin Rabah, sudah tentu memberi bekas yang tidak kurang pedihnya.

Tidak cukup dengan kaedah penyeksaan secara menjemur, Umayyah bin Khalaf bertindak ganas dengan meletakkan pula sebongkah batu besar lagi berat ke atas dada Bilal bin Rabah. Allahhu Rabbi! Sangat dahsyat seksaannya terhadap insan dhaif seperti Bilal bin Rabah. Dia hanya cuma berpegang teguh pada ad-Deen, tetapi disiksa seperti melakukan kesalahan berat.

“Ahad! Ahad! Ahad!” Itulah perkataan yang menjadi peneman Bilal bin Rabah tatkala diseksa berat tuannya. Tanpa sedikit pun merasa untuk menyekutukan Allah SWT dengan kembali kepada agama asal – yakni penyembahan berhala.

Kemudian Umayyah bin Khalaf berkata kepada Bilal bin Rabah:

“Engkau tidak akan aku lepaskan daripada hukuman ini, melainkan engkau mahu mendustakan Muhammad. Dan engkau kembali menyembah tuhan-tuhan engkau dahulu – iaitu Lata dan Uzza itu.”

Bilal bin Rabah tetap tidak menjawab kata-kata tuannya itu, tetapi terus mengucapkan kalimah:

“Ahad! Ahad! Ahad!”

Akibat kuatnya pegangan Bilal bin Rabah terhadap agama Islam, maka Umayyah bin Khalaf terus menyeksa serta meninggalkannya dalam keadaan kelaparan tanpa diberi makan dan minum selama beberapa hari. Bilal bin Rabah tabah menerima siksaan itu biarpun badannya bagai disiat-siat rasa panas membahang, tanpa diberi makan dan minum, lalu terpaksa pula menahan cuaca sejuk bila malam bertandang.

Ditakdirkan Allah SWT, suatu hari melintaslah Saidina Abu Bakar as-Siddiq melalui tempat penyiksaan terhadap Bilal bin Rabah. Melihat keadaan yang berlaku, Saidina Abu Bakar meminta Umayyah bin Khalaf menjual Bilal bin Rabah kepadanya. Oleh kerana tuannya itu sudah jemu menyiksa Bilal bin Rabah, sedangkan dia tetap teguh kepada kepercayaan agama Islam maka dia dijual dengan harga beberapa dirham sahaja. Tidak lama kemudian, terbebaslah Bilal bin Rabah apabila Saidina Abu Bakar as-Siddiq memerdekakannya.

Rahsia Keteguhan Iman Bilal bin Rabah

Sabda Rasulullah SAW:

“Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Melihat kepada keteguhan Iman Bilal bin Rabah, maka dapat kita kutip rahsianya melalui sepotong hadis Rasulullah SAW sebagaimana yang tercoret di atas.

Bilal bin Rabah sudah mencapai tahap di mana dia tidak lagi merasa pahit atau perit untuk mempertahankan keimanannya biarpun disiksa dengan dahsyat sekali. Inilah yang dinamakan Halawatul Iman. Halawatul Iman ini adalah bermaksud kemanisan Iman. Sesungguhnya, Bilal bin Rabah saat disiksa dia sudah mengecapi kemanisan Iman ini.

Kemanisan Iman tidaklah wujud ke dalam diri seseorang hamba itu, melainkan apabila rasa cintanya terhadap Azza Wajalla dan Rasul utusanNya itu melebihi apa yang ada seisi dunia. Nah, inilah kekuatan sebenar para sahabat Rasululullah SAW. Dia tidak hanya mengucapkan cinta di bibir sahaja, tetapi rasa cinta itu bagaikan menguasai seluruh tubuh jiwa dan raganya. Hinggakan apabila ditimpa ujian, dia tidak mengeluh kesakitan atau Imannya menguncup hingga lupa Tuhan.

Malah cinta para sahabat kepada Allah dan RasulNya telah diterjemahkan ke dalam kehidupan mereka. Mereka tetap setia bersama-sama Rasulullah SAW, seiring sejalan untuk mengemban dakwah dan menegakkan kalimah Allah SWT ke serata penjuru alam. Mereka tahan disiksa. Mereka tabah diperlakukan dan diperlecehkan musuh. Hidup dan mati mereka hanyalah untuk mendapat redha Allah, dan kasih Rasulullah SAW. Itulah kemanisan paling hebat yang mereka kecapi. Allahu Akbar!

Seterusnya ialah, perasaan cintanya kepada sesama Islam tidak lain tidak bukan tautannya adalah dengan tali Allah SWT. Maka apabila seseorang itu menyintai saudaranya kerana harta benda, itu bukanlah dinamakan ukhuwwahfillah. Begitu juga sekiranya seseorang lelaki atau wanita itu menyintai pasangannya (suami isteri) hanya semata-mata demi untuk menggapai redha Allah SWT, nescaya hubungan itu akan menyuburkan wangian keimanan dan menerbitkan sakinah (ketenangan), mawaddah (rasa kasih), dan rahmah (rasa sayang).

Bilal bin Rabah, adalah di antara sahabat yang cekal dan kental setia bersama Islam hingga akhir hayat. Biarpun disiksa dan diugut supaya kembali kepada kekufuran, kembali mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala, tetapi keimanannya begitu menebal hingga sukar untuk dipujuk rayu atau disiksa lagi. Dia tidak tergugah walau sedikit pun. Laksana bahtera yang kuat sanggup menongkah arus dan samudera luas untuk menuju ke destinasinya. Inilah yang dinamakan kemanisan Iman.

Sesiapa sahaja boleh mengecapi kemanisan Iman ini, asalkan dia SANGGUP dan MAHU.

10:51AM, 13 September 2011,

SMITT Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Nuzul Al-Quran Di Gua Hira’
Di suatu sudut puncak Jabal Nur, saya duduk melepaskan lelah. Sambil mata mengitari panorama malam Makkah al-Mukarramah, dua telinga menangkap bunyi alunan suara ayat-ayat suci al-Quran yang jelas kedengaran daripada salah sebuah masjid sekitar kota suci itu. Bacaan yang dibaca imam itu adalah dari permulaan surah al-Baqarah.

Sangat mengasyikkan dan syahdu, walau terkadang suaranya perlahan dibuai semilir yang menderu-deru dan bercampur-aduk pula dengan suara imam daripada masjid-masjid lain. Ia tetap menusuk di kalbu.

Nun jauh di sana, cahaya putih bersilau terang, menerangi menara-menara yang berceracak. Itulah Masjidil Haram as-Syariff.

Takjub. Lebih menggetar jiwa bila sirah nabawi yang diceritakan sebentar tadi oleh Ustaz Farhan sama-sama bermain di minda. Kalbu bagai mengakrabi sirah Baginda SAW apabila Gua Hira’ yang selama ini hanya dibaca pada suhuf-suhuf sejarah berada di depan mata.

Betapa peritnya Rasulullah SAW – ketika itu belum diangkat menjadi Rasul Allah mendaki berulang-alik ke Gua Hira’ untuk bermunajat kepada Azza Wajalla. Baginda SAW hanya seorang diri. Tiada neon yang menyuluh, dan tiada manusia yang menemani.

Saat itu juga terlakar sirah baru, apabila pertama kali al-Quran di turunkan pada 17 Ramadhan tahun ke 41 Nabi Muhammad diputerakan. Surah al-‘Alaq ayat satu di turunkan melalui perantaraan Jibril a.s secara realiti.

“Bacalah, bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan.”

“Aku tak tahu membaca.” Balas Nabi Muhammad SAW kembali. Baginda ketakutan yang amat. Sejurus selepas peristiwa itu, Baginda segera pulang ke rumah isteri pertamanya – Saidatina Khadijah r.anha. Bahkan Saidatina Khadijah r.anhalah yang menenangkan hati Baginda serta menyelimutinya.

Kerana dorongan emosi seorang isteri yang solehah, maka Baginda SAW tidak lekas berputus asa. Begitulah pengorbanan dan kasih sayang seorang isteri yang solehah ditunjukkan oleh Saidatina Khadijah r.anha. Kerana kehebatan kasih sayang yang mekar mewangi itu, Baginda SAW selalu mengingatinya walaupun saat itu isterinya telah pergi buat selama-lamanya. Baginda Rasulullah SAW menitiskan airmata saat kematian Saidatina Khadijah r.anha.

Allahhumma Solli ‘Ala Saidina Muhammad.

YANG PERIT ITU MANIS

Sekitar kota Makkah seolah-olah berubah menjadi warna oren pada waktu malam apabila dilihat dari sisi pandang puncak Jabal Nur. Setiap lorong-lorong bangunan yang tersusun disimbahi neon jingga bersilauan.

Saya masih setia duduk di atas susunan tangga itu, dan bersandar pada besi penghadang yang melingkungi kemuncak gunung. Pengalaman mendaki bermula petang tadi, dan selesai saat azan maghrib berkumandang membuatkan saya terfikir sesuatu.

Ya, itulah erti perjuangan dan pengorbanan.

Betapa seorang lelaki bernama Muhammad SAW yang lahir di tengah-tengah kebejatan sosial masyarakat jahiliyyah, dikelilingi pula gurun gersang berbatu dan panas mampu menggegar dunia. Seluruh dunia sebermula kiraan taqwim hijrah dihitung; manusia sudah mengenali Baginda SAW hatta kini. Tak putus-putus umat Islam mengunjungi, mengkaji bahkan selalu merindu dengan sepenuh kasih sayang pada kekasih Allah SWT yang agung ini.

Sedangkan detik ketika sebelum Islam dikenali dan dianuti pelusuk dunia, beliau hanya seorang diri ke sana ke mari menyebarkan dakwah. Permulaannya Islam hanya dianuti golongan miskin yang tak punya apa-apa harta, pangkat dan keturunan.

Musuhnya pula adalah pakatan golongan pembesar Quraisy yang selalu merencanakan agar sebaran dakwahnya terhalang. Namun, ia tidak luntur dan tidak terhenti walaupun mendapat tentangan hebat dari mereka. Kerana cabaran itulah, Baginda SAW lebih utuh meneruskan perjuangan menegakkan agama suci – Islam.

Cukuplah hanya dengan mendaki Jabal Nur, kalian pasti terkesan dengan pengorbanan Baginda SAW mengemudi bahtera Islam. Jarak pendakian itu saja sudah meletihkan insan-insan lemah seperti kami, inikan pula jarak perjalanan yang dilalui Baginda SAW dahulu. Tanpa kenderaan berhawa dingin, tanpa air mineral, tanpa lampu picit dan tanpa tangga-tangga yang siap tersedia.

Saya bingkas bangun menuju ke khemah di atas puncak gunung itu. Rakan-rakan yang lain sedang khusyuk bersolat isya’. Pengalaman mendaki dan menyusup masuk ke celahan Gua Hira’ yang sempit dan dipenuhi batu-batu bercokol dilipat kemas – buat dijadikan motivasi untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang.

Semoga panjang perjuangan itu hanya semata-mata kerana Allah SWT. Dan pastinya perjuangan itu hendaknya mengikut acuan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW.

Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Saidina Muhammad…

12:36AM, 2 Ogos 2010,

Hotel Manazil al-Waleed, Makkah al-Mukarramah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Cara Memakai Serban: Secebis Sunnah Baginda SAW
“Nanti ustaz buat entri pasal serban pula, nak tau mengapa kita digalakkan berserban… Atau apakah perbahasan tentang serban..” Kata seseorang di laman web sosial.

Setelah berfikir sejenak, saya mengambil kata putus untuk menyambut cadangan baiknya. Barangkali dengan menulis sedikit introduksi atau isi-isi mengenai serban memungkin kaum lelaki khususnya cenderung untuk mengamalkan sunnah pakaian Rasulullah SAW.

SERBAN RASULULLAH SAW

Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah SAW serta ciri-cirinya. Antaranya:

Daripada ‘Amir bin Huraits r.a, dia berkata:

“Saya pernah melihat Rasulullah SAW di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda SAW julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda SAW.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)

Daripada Jabir r.a dia berkata:

“Pernah Rasulullah SAW masuk ke kota Mekah, sedang Baginda SAW memakai serban hitam.” (Hadis riwayat Muslim r.a, Abu Daud r.a, at-Tirmizi r.a, dan an-Nasaei  r.a.)

Sebenarnya Baginda  Rasulullah SAW tidak menentukan apa-apa warna serban untuk dipakai umatnya. Kerana itu terkadang Baginda SAW memakai serban berwarna hitam, putih (baidha’), kelabu, Zatu Zuabah dan lain-lain warna. Memakai serban dikira sunnah fe’li (perbuatan) Baginda SAW.

TEKNIK MEMAKAI SERBAN IKUT SUNNAH

Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata:

“Rasulullah SAW membulatkan serban di atas kepalanya dan dimasukkannya dari belakang. Kemudian dilepaskan dari hujung di antara kedua belikat Baginda SAW.” ( Diriwayatkan Al-Baihaqi r.a dan at-Tabarani r.a)

Namun begitu, terdapat juga guru yang menurunkan ijazah kepada murid-muridnya. Ia bergantung kepada sanad yang diberikan. Terkadang teknik pemakaiannya sedikit berbeza dari segi teknik, tetapi tetap mempunyai hujung serban yang dilepaskan ke belakang. Berikut merupakan ilustrasi pemakaian serban yang dipraktikkan oleh para ilmuwan Islam di Yaman.

Bercerita soal hujung ekor serban, sebenarnya ia mempunyai kisah disebaliknya. Cerita ini adalah mengikut pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a.

CERITA DI SEBALIK EKOR SERBAN

Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang dinukilkan dari pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a. bahawa suatu ketika Rasulullah SAW terlambat menunaikan solat subuh sehingga mentari hampir terbit. Lalu Baginda SAW bersegera keluar untuk menunaikan solat subuh.

Seusai bersolat, Baginda SAW bersabda kepada para sahabat r.a dengan maksudnya: “Duduk dulu di tempat masing-masing, adakah kamu mengetahui apa sebabnya aku terlambat pada hari ini?”

“Malam tadi aku bangun bersolat mengikut apa yang dikehendaki Allah SWT,  kemudian aku merasa mengantuk lalu tertidur dan bermimpi melihat Allah Azza Wajalla Yang Maha Mulia dalam keadaan yang amat indah yang tak dapat digambarkan.

Allah berkata kepadaku: “Wahai Muhammad, adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para malaikat diistimewakan?”

Aku menjawab: “Engkau saja yang mengetahuinya wahai Tuhanku (Aku ucapkan tiga kali).”

Lalu Allah SWT meletakkan tangan kuasaNya yakni (rahmat) di antara kedua bahuku sehingga aku merasakan kesejukan di atas dadaku. Ia pun melimpahkan ilmu orang-orang terdahulu dan yang terkemudian kepadaku. Dengan sebab itu aku pun mengetahui apa yang di antara langit dan bumi serta mengenali setiap sesuatu.

Selepas itu Allah SWT bertanya: “Adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para Malaikat berbantah-bantah?”

Aku menjawab: “Ya, aku tahu.”

Allah SWT bertanya: “Dalam perkara apa dia?”

Aku menjawab: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) dan dalam perkara yang boleh menambah amalan.”

Allah SWT bertanya: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) apa dia?”

Aku menjawab: “Membasuh anggota wudhuk lebih hadnya di waktu musim sejuk di pagi hari bagi mengerjakan solat Subuh, melangkah kaki untuk menunaikan solat berjemaah dan menanti solat fardhu.”

Allah SWT bertanya: “Apa pula yang boleh menambah amalan.”

Aku menjawab: “Menyedekahkan makanan, saling mengucapkan salam, solat di tengah malam ketika manusia sedang tidur dan sesiapa yang memeliharanya, ia akan hidup dengan baik, mati dengan baik dan keluar dari dosanya sebagaimana halnya pada hari ia dilahirkan ibunya.”

Allah SWT berkata: “Wahai Muhammad SAW, engkau telah Berjaya, maka berdoalah.”

Aku berkata: “Wahai Tuhanku ajarilah aku.”

Allah SWT berkata: “Apabila engkau selesai solat, katakanlah:

Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadaMu untuk melakukan segala kebajikan, untuk meninggalkan segala kemungkaran, untuk mengasihani orang-orang miskin, supaya Engkau mengampuniku, mengasihiku dan memberi taubat kepadaku, Apabila Engkau berkehendak memberi fitnah kepada satu-satu kaum, maka genggamlah aku supaya tidak mendapat fitnah. Aku bermohon kepadaMu cinta kasih untuk menyintaiMu, dan menyintai amal yang boleh menghampirkanku kepada menyintaiMu. Dan jadikanlah aku menyintaiMu lebih dari kesukaan (harapan) kepada air.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada kalangan orang yang mendengar syarahannya di masjid; “Kamu pelajarilah kalimat-kalimat ini dan kamu ajarkanlah, kerana ia adalah suatu kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT.”

(Menurut Imam Muhammad bin Said al-Bukhari; martabat hadis ini ialah sahih)

Oleh kerana itulah, Rasulullah SAW meletakkan ekor serbannya di antara kedua bahu sebagai merakam mimpi berkenaan dan untuk dijadikan peringatan terhadap apa yang diterima Baginda SAW ketika bermimpi. Maka Baginda SAW meletakkan ekor serbannya di tempat Allah SWT meletakkan tangan kuasa yakni (rahmat) di bahu belakangnya.

Justeru, amalan sunnah (fadhoilul ‘amal) ini seterusnya diamalkan pula oleh ulama’-ulama’ dahulu kini dan Insha’Allah selama-lamanya.

Selamat beramal, dan jangan lupa juga untuk meneruskan kesinambungan SUNNAH TERBESAR Rasulullah SAW!

7:37AM 26 Ogos 2010

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Warisan Cinta Rasulullah SAW
“Haza dua’?” Tanya seorang Syeikh Arab berpakai jubah rasmi Arab Saudi.

“Na’am.”

“Baca doa mengadap Qiblat.” Dia mengarahkan saya memaling wajah ke arah qiblat membelakangi Maqam Rasullullah SAW.

Saya diam sejeda. Lalu memutarkan tubuh ke arah qiblat tanpa berkata sepatah perkataan. Laluan daripada kawasan Raudhah Syarifah menuju ke Maqam Rasulullah SAW sentiasa sesak dengan manusia. Ada yang berhenti untuk berdoa, melambai tangan serta memberi salam dan ada juga yang menitiskan airmata keharuan.

Sebenarnya niat saya bukanlah membaca doa itu untuk memohon kepada Maqam Rasulullah SAW, tetapi diniatkan semoga doa itu tertuju kepada Baginda SAW. Bahkan turut terselit beberapa selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

Antara intipati selawatnya ialah:

اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام ملك الله، يا الله يا خالق البشر من العدم إلى الوجود، ثم العدم وإلى الوجود

“Ya Allah selawat ke atas Muhammad SAW sebanyak bilangan ilmu Allah SWT dengan selawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya kerajaan Allah SWT. Wahai Allah pencipta manusia dari tiada kepada ada kemudian dari tiada kepada ada.” Dikarang oleh Syeikhah Sobriah r.anha.

Setelah Syeikh itu beredar, saya kembali memutarkan badan dan muwajahah ke arah maqam Saidina Muhammad SAW.

Dikeluarkan oleh al-Baihaqi r.a di dalam kitab Sya’bul Iman dan al-Asbahani di dalam kita at-Targhib, daripada Abi Hurairah r.a berkata: “Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang berselawat ke atasku di sisi kuburku maka aku mendengar selawatnya dan sesiapa yang berselawat ke atasku dari jauh disampaikan juga kepadaku.

Saya pernah menulis perihal doa di kuburan.

MAQAM RASULULLAH SAW

Tanggal hari Isnin di bulan Rabi’ul Awal, Habibil Mustafa Muhamad Rasulullah SAW memejamkan mata buat selama-lamanya. Setelah roh Nabi Muhammad SAW terbang mengadap Ilahi, umat Islam saat itu bagai dilanda garuda dan seolah-olah dunia telah berlaku Qiamat. Belasungkawa berlarutan hingga beberapa hari. Dan saat itulah tampil Abu Bakr as-Siddiq menenangkan keadaan.

Lalu jasad Baginda SAW dimandikan oleh Saidina Ali bin Abu Talib r.a, al-Fadl dan al-Abbas. Kemudian, Baginda SAW disolatkan oleh malaikat Jibrail a.s bersama para malaikat lainnya. Bertepatan hari Rabu, jenazah Baginda SAW disemadikan di ruang kamar rumah isterinya tercinta – Saidatina Aisyah r.anha.

“Sesiapa yang menziarahiku wajib baginya mendapat syafaatku.” (Riwayat al-Baihaqi)

Sabda Baginda Rasulullah SAW: “Pada hari Qiamat kuburku akan dibuka dahulu dan daku akan melangkah keluar, kemudian Abu Bakr r.a, dan kemudian diikuti oleh Umar r.a. Kemudian daku terus ke Baqi’(kawasan perkuburan di Madinah)

Agak mendukacita, apabila sekitar kawasan Raudhah dan Maqam Rasulullah SAW dicemari suara-suara sumbang. Terjerit-jerit di sana sini akibat tolak menolak berlaku. Walhal adalah dilarang untuk kita meninggikan suara di maqam Rasulullah SAW.

HAMPIR DICURI

Mengikut lembaran sejarah, beberapa kali jasad Baginda Rasulullah SAW hampir dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Namun berjaya diselamatkan kembali. Sungguh, maqam Baginda SAW sentiasa dipelihara oleh Allah Ta’ala sehingga kiamat biiznillah.

Antara percubaan jahat yang hampir-hampir berjaya mendapatkan jasad Rasulullah ialah berlaku pada tahun 557H (1164M). Dua orang lelaki Kristian berasal dari Sepanyol cuba menyamar menjadi muslim untuk memasuki Kota Madinah. Pelbagai helah dan tipu daya dirancang bagi mengaburi mata penduduk setempat.

Mereka menggali terowong menuju ke Maqam Rasulullah SAW. Namun kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Wamakaru, wamakarallah, Wallahhu Khairul Makirin. Percubaan mereka gagal setelah Sultan Nuruddin Mahmud bin Zinkidari r.a telah diilhamkan melalui mimpi bertemu Rasulullah SAW.

“Wahai Mahmud selamatkanlah aku daripada mereka!” Sultan Nuruddin bangkit dari tidurnya dalam keadaan panik. Mimpi itu tetap berulang sebanyak tiga kali. Akhirnya  tindakan susulan dilakukan hingga dua pencuri berambut perang itu berjaya ditangkap.

Semoga jasad Baginda Rasulullah SAW terus terpelihara dengan pemeliharaan dari kekasihnya – Allah Azza Wajalla.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="500" height="405" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/XiKzldnIAdw?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="500" height="405" src="http://www.youtube.com/v/XiKzldnIAdw?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

KEMBALI MENJAUH

Sebelum beredar meninggalkan Masjid Nabawi pada hari terakhir berada di Madinah. Saya duduk termenung sambil memandang Kubah hijau. Perasaan semakin sayu bila kaki langkah menjauh dari maqamnya. Jiwa diselimuti rasa sedih yang datang secara tiba-tiba. Syahdu.

“Oh, sekejap benar masa berlalu. Dan selepas ini aku akan terbang menjauh darimu Ya Rasulullah. Kurniakanlah syafaat itu. Buat kami seluruhnya.” Tanpa disedari, manik mutiara menakung jernih di muara mata.

Sesungguhnya, biarpun Baginda SAW sudah pergi. Jangan sesekali lupa akan wasiatnya. Al-Quran dan as-Sunnah peninggalan teragung yang tak terbanding walau selonggok emas dan mutiara di hadapanmu. Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa ‘ala Alihi Muhammad.

Dan kelak, akan ada seorang lelaki bakal disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah SAW. Siapakah?

1:42AM,  Ogos 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Mencipta Projek Kreatif Bagi Membangun Ukhuwwah
Seorang pemimpin berkaliber, beliau sentiasa bijak mengatur dan membuat projek-projek kreatif bersama ahlinya. Projek-projek itu bukanlah bersifat statik, yakni mendatar keadaannya. Tidak semestinya dalam sesebuah organisasi, pemimpin tidak berhak menjadi rakyat. Dan rakyat tidak berhak mendampingi pemimpin.

Kesilapan inilah antara faktor  yang boleh menggugah susun atur sebuah organisasi hingga berlaku fenomena ﻿kurang enak. Masing-masing dipekup rasa keterbatasan – aktiviti-aktiviti yang tidak membangun motivasi ke arah lebih baik. Untuk membina aktiviti sebegitu, seharusnya kepimpinan bijak mengatur projek kreatif.

Dahulu, Baginda Rasulullah SAW kerapkali membikin projek sebegini bersama umat Islam yang lainnya seolah-olah tidak hijab menghalang antara pemimpin dan rakyat. Salah seorang sahabat Rasulullah SAW, al-Barra Bin ‘Azib mengatakan:

“Pada perang Khandaq Rasulullah SAW mengangkat pasir hingga perut berdebu, sambil bersabda:

Demi Allah, kalau bukan kerana Allah kita mendapat hidayah,

tidak bersedekah, dan tidak solat.

Maka (Ya Allah) turunkanlah ketenangan kepada kita semua,

dan perkukuhlah kaki kami ketika menghadapi peperangan. Sesungguhnya kaum itu (musyrikin) telah melakukan kezaliman pada kita.

Jika mereka menginginkan fitnah (kerosakan) maka akan kami tolak.”

Banyak projek bersama  rakyat yang dianjurkan Nabi SAW. Antara projek kreatif lain ialah keterlibatan Baginda SAW bersama para sahabat dalam membina masjid pertama lewat penghijrahan ke kota Madinah. Sambil memikul kayu dan batu untuk bahan binaan, mereka berhibur dengan mendendangkan syair:

“Ya Allah, tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat

Maka ampunilah kaum Ansar dan Muhajirin.”

Motivasi bekerja mereka meningkat tinggi dan berkobar-kobar apabila Rasulullah SAW sendiri sebagai pemimpin turun bersama mereka. Bekerja bersama seiring, sejalan tanpa meminta untuk diistimewakan. Tiada karpet merah, tiada kilauan emas menyambutnya, dan tiada protokol membebankan rakyat.

Mereka lantas berkata:

“Jika kita duduk, sedangkan Rasulullah bekerja

itu sungguh perbuatan kita yang menyesatkan.”

Secara tidak langsung, aktiviti bersama ini mampu menghasilkan bibit-bibit ukhuwwah yang sukar digambarkan pandangan kedua-dua mata. Hati yang menilainya.

BERSAMA KREW AL-FITYAN

Langkah bijak para pengendali program mesyuarat dan Gathering al-Fityan iaitu majalah komik mahasiswa mahasiswi Mesir mengadakan perjumpaan sela-seli aktiviti santai harus dipuji.

“Al-Fityan antara organisasi aktif bawah PMRAM.” Kata Ustazah Akma selaku wakil HEWI PMRAM.

Saya selaku krew baru yang masih mentah dalam arena kartun dan grafik bersyukur kerana dengan adanya program sebegitu ia menghadirkan rasa ukhuwwah – secara tidak langsung. Jujurnya, saya langsung tidak mengenali mereka di alam realiti sebelum ini. Hanya berhubung menerusi aplikasi maya. Namun dipertemukan dalam suatu majlis ringkas, tetapi bermakna.

Sewajarnya, projek-projek kreatif sebegini harus diteruskan ke semua organisasi, bukan sahaja diperingkat organisasi bawahan tetapi turut melibatkan orang atasan. Dan ini tentunya mengundang pahala besar – sunnah Rasulullah SAW, dan mampu memacu panji Islam ke puncak kegemilangannya kembali.

Justeru, kreatifkan minda, untuk keutuhan ukhuwwah.

8.00PM, 15 Julai 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Paderi Kristian Kaji Ilmu Islam?
Pameran Buku Antarabangsa Kaherah (Ma’rad al-Qahirah ad-Dauli Lil kitab) diadakan setiap tahun bermula Januari sehingga Februari. Justeru, pembekal mahupun syarikat-syarikat buku tidak melepaskan peluang untuk menyertai pameran buku ini serta mempamerkan produk-produk ilmiah mereka.

Kepelbagaian manusia yang datang itu bermacam-macam. Ada yang mahu membeli, ada yang datang melihat-lihat, ada yang sekadar memenuhi kalendar tahunan mereka bersama keluarga tersayang.

Bagi kami mahasiswa dan mahasiswi al-Azhar ataupun pelajar perubatan, tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk berkunjung ke sana. Biarpun jarak Kaherah berbanding wilayah lain – Tanta, Mansurah, Iskandariah, Damanhur, Zaqaziq, Shibin El-Kom, Dumyat dan Tafahana agak jauh, ia tetap tidak menghalangi kami berbondong-bondong ke sana.

Suatu saat, sedang saya membelek kitab di penjuru bilik pameran Pustaka Darus Salam. Tiba-tiba muncul seorang lelaki berjubah hitam. Tengkuknya jelas kelihatan seutas rantai, dan bersimbolkan salib besar di hadapannya. Mata menyeluruhi gerak-gerinya seketika.

“Paderi Kristian..” Hati berbisik sambil mengelih ke arahnya. Tangannya membelek-belek sebuah buku tebal setebal kamus alih bahasa. Saya terus mengamati dalam diam.

“Ermm, kitab sejarah Islam karangan cendiakawan Islam rupanya.” Saya terkilat sejenak. Sememangnya diakui, orientalis dan pendakyah kristian tidak leka dalam merencanakan agenda mereka saban waktu. Mereka rajin berusaha untuk mengkaji dan mendalami kitab ilmu-ilmu Islam, dengan tujuan dijadikan bekalan hujah balas untuk berdepan golongan cendikiawan dan ulama’ Islam khususnya. Bahkan, sudah diketahui umum, di Kota Kaherah sendiri terdapat berpuluh-puluh buah Universiti yang dibiayai oleh para orientalis luar dan dalam.

Keperihalan itu mengingatkan saya tentang kisah armada perang yang diketuai oleh seorang panglima empayar Perancis suatu ketika dahulu. Napoleon Bonaparte. Dahulu sewaktu Napoleon Bonaparte cuba menyerang Mesir, dia telah mengirimkan dua buah kapal. Kapal pertama dipenuhi pemikir-pemikir barat yang telah mengetahui selok-belok tentang agama Islam. Tujuannya adalah untuk menyerang umat Islam secara melalui cara fikir – Ghazwatul fikri (peperangan pemikiran). Kapal kedua pula, dipenuhi barisan tentera-tentera perang untuk menyerang umat Islam secara fizikal – peperangan biasa.

Akhirnya, Napoleon Bonaparte mampu menakluk Mesir dan menguasai wilayah-wilayah Mesir. Akan tetapi bukan itu sahaja, dia juga Berjaya memetakan serta mencorakkan pemikiran umat Islam di Mesir. Penjajahan ini menatijahkan, pemisahan Negara Mesir daripada empayar besar Khilafah Uthmaniyyah, Turki.

Bermula titik tolak dari situlah, mereka tidak pernah sunyi menyerang para pemikir Islam yang dinaungi oleh Universiti al-Azhar sehingga kini. Malah, pusat-pusat pengajian tinggi berfahaman barat dan orientalis turut didirikan bagi mengimbangi arus deras ulama’ Islam di ardul Kinanah.

Pernah berlaku suatu ketika dahulu di Mesir, seorang paderi bernama Samuel Zwimmer telah menyamar sebagai mahasiswa pengajian Islam di Universiti al-Azhar Kaherah. Paderi itu juga merupakan salah seorang ahli gerakan Missionari dan fasih berbahasa Arab. Kesempatan itu, dia telah merencanakan propagandanya dengan menyebarkan risalah-risalah berunsur fitnah hingga memecah belahkan serta menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam!

LUASNYA ILMU ALLAH

“Memang besar sungguh pameran kitab ini, kalah Malaysia..” Seorang rakan bersuara.

“Itulah, kaki ana dah lenguh tak larat jalan… Berapa kali pusing, bila tengok ma’rad sebesar  ini rasa terlalu banyak ilmu para ulama’ Islam dan cendikiawan seluruh dunia. Itu belum masuk book fair dekat Amerika ke, dekat United Kingdomke..” Saya menyampuk.

“Agaknya ada tak manusia yang boleh habiskan baca semua kitab sebesar ma’rad ini?” Soal saya pula. Masing-masing terkelu. Khali. Perjalanan daripada bilik pameran Solah Sittah diteruskan menuju ke bilik pameran milik Pustaka Darus Salam.

Memang agak luas, besar dan terlalu banyak buku-buku yang dipamerkan. Apabila memerhati deretan kitab yang tersusun di rak-rak pameran, tergambar di fikiran betapa luasnya ilmu Allah SWT, tidak terhitung nilaian manusia.  Maha Suci Allah yang memiliki seluas lautan ilmu, dari timur ke barat, dari utara ke selatan merentasi sempadan-sempadan geografi benua seluruhnya. Ilmu yang kita miliki ini, barangkali tidak layak untuk disamakan dengan zarah sekalipun.

Duhai, atas alasan apakah untuk kita mendabik dada bahawa kita memiliki keajaiban ilmu yang tinggi? Sedangkan Allah SWT Maha memadamkan ilmu yang kita miliki itu sekelip mata sahaja. Bersyukurlah, berdoalah, semoga Allah SWT sentiasa menganugerahkan kita semua dengan limpahan ilmu dan rahmat-Nya.

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. (Al-Kahfi: 109)

Langit persih tanpa awan yang bergumpal. Baki angin musim sejuk masih setia berhembus. Perut pula rancak berbunyi menginginkan sedikit makanan. Sementelah, seharian tidak menjamah nasi. Tengahari itu sempat saya berehat menjamu selera di café bersama rakan-rakan. Roti Shawarma menjadi santapan menggantikan sepinggan nasi.

4:26 PM, 6 Februari 2009 (Edit 4 Julai 2010),

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Ulama’ Yang Terpenjara Kerana Kebenaran
“Al-Quran bukan makhluk, al-Quran adalah kalamullah.” Tegas Imam Ahmad Hanbali, sedangkan beliau dalam keadaan dirantai dan dipaksa mengiyakan pendapat pemerintah.

Beliau tidak gentar dalam menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah ketika itu – Khalifah al-Makmum. Khalifah al-Makmum adalah merupakan pengganti kepada Khalifah al-Amin. Beliau adalah berfahaman muktazilah, iaitu golongan yang bermazhab lebih cenderung menggunakan logik akal.

Ia meletakkan sesuatu perkara itu dengan logik akal, dan ini bersalahan dengan apa yang dipegangi oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Antara kefahaman songsang golongan muktazilah ini ialah berpendapat bahawa al-Quran adalah makhluk.

Sebenarnya pendapat songsang ini telah pun disebarluaskan ketika era pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid – bapa kepada Khalifah al-Amin lagi. Namun Khalifah Harun ar-Rasyid bertegas. Beliau membanterasnya dengan bersungguh-sungguh. Bahkan pemerintah juga turut melakukan operasi penangkapan terhadap mereka yang menyebarkan idea-idea itu.

Salah seorang penyebarnya bernama Basyar al-Murisy, dia tidak tertangkap. Sempat pula melarikan diri dan bersembunyi. Dia muncul kembali setelah kematian Khalifah Harun ar-Rasyid untuk meneruskan misinya.

PENANGKAPAN IMAM AHMAD HANBALI

Bila tiba pemerintahan Khalifah al-Makmum, isu ini kembali mewarnai pentas politik pemerintah ketika itu. Imam Ahmad Hanbali atau nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal al-Syaibani ditangkap dan dihadapkan kemuka pengadilan pemerintah – pemerintah yang menyokong kata-kata Basyar. Beliau tidak gentar. Bahkan tetap mempertahankan hujjahnya bahawa “Al-Quran itu adalah kalamullah, bukan makhluk.”

Sedangkan waktu itu, ramai ulama’ lain melarikan diri. Tidak berani menyatakan kebenaran pada pemerintah, tetapi ia berbeza dengan Imam Hanbali. Imam Ahmad Hanbali tidak pula menyertai pihak pemerintah dan bersekongkol dalam mempertahankan hujjah muktazilah, tetapi beliau rela bersendiri.

Akhirnya, dia dihadapkan kepada Khalifah, dirantai dan dipenjara.

Suatu pertemuan diadakan. Dalam pertemuan itu, turut tersedia pelbagai jenis alatan untuk menyeksa manusia. Ada pedang berkilat, ada cabuk berbisa, ada lembing terhunus. Siap mencari mangsa untuk dihukumi. Pertemuan itu bakal menentukan samaada ulama’ tersohor perintis kepada mazhab Hanbali itu akan diseksa atau terlepas derita.

Beliau ditanya, tetapi tetap tegas pada jalan kebenaran. Sedangkan dihadapannya sudah terang tanpa bersuluh siksaan yang akan dikenakan. Akhirnya, beliau dicabuk.

Pada sebatan pertama, terpacul dimulutnya kalimah “Bismillah!”

Lalu disertai sebatan kedua. Beliau lantas menyebut “La haula wala kuata illa billah”.

Dan pada sebatan yang ketiga, beliau segera membaca firman Allah bermaksud:

“Katakanlah sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami.”

Pukulan demi pukulan menghinggapi tubuhnya. Kesakitan tidak terperi lagi. Bukan tiga kali sebatan, tetapi mencecah hingga 29 kali beliau disebat. Bekas sebatan di tubuhnya mengalir darah dan kulit-kulit menggelupas menampakkan isi. Saat itu, tali seluar yang dipakainya terputus. Lalu seluar itu sedikit demi sedikit semakin terlondeh.

Ketika itu juga beliau merasa auratnya kian terserlah akibat seluar yang semakin menurun. Beliau mendongak ke langit. Bibirnya bergerak-gerak tanda menguntum doa pada Jalla Wa’ala. Beliau lantas berdoa agar auratnya terhijab.

Sebentar kemudian, seluarnya secara tiba-tiba naik ke tempat asal. Permohanan agar auratnya terhijab akhirnya dimakbulkan Allah Ta’ala. Subhanallah! Lihatlah, lihatlah. Bagaimana ulama’ yang berada dijalan kebenaran, pasti akan mendapat pertolongan Allah Ta’ala. Ulama’-ulama’ yang sebenar-benar ulama’, bukan boneka mahupun ulama’ suk yang kenyang dengan kebathilan.

Lalu Imam Hanbali dipenjarakan hinggalah kematian Khalifah al-Makmum. Selepas itu tampuk pemerintahan bertukar kepada Khalifah al-Muktasim. Namun saat itu Imam Ahmad Hanbali tetap hidup dalam keadaan terseksa kerana fahaman muktazilah itu masih merajalela. Bahkan Khalifah al-Muktasim juga berfahaman seiring golongan itu.

TEGAS MENYATAKAN KEBENARAN

Era pemerintahan Khalifah al-Muktasim, sekali perdebatan mengenai ‘al-Quran makhluk atau kalamullah’ dianjurkan. Kali ini beliau berdepan dengan seorang Qadhi besar bernama Qadhi Ahmad bin Ali Daud. Akan tetapi atas kebijaksaan Imam Ahmad Hanbali, beliau akhirnya berjaya menewaskan wakil kerajaan ketika itu.

Akibat merasa malu dengan kekalahan itu, pemerintah memaksa Imam Hanbali mengakui kesilapannya. Tetapi ia tidak semudah disangkakan, beliau tetap bertegas dengan hujjahnya walau berada di hadapan sesiapa pun.

Natijahnya, beliau tetap diseksa dan dipenjara. Hinggalah kematian Khalifah al-Muktasim serta Khalifah al-Watsik dan diganti pula oleh Khalifah al-Mutawakkil, barulah Imam Ahmad Hanbali dibebaskan. Khalifah al-Mutawakkil membersihkan kembali pemerintahan dari cengkaman muktazilah dan menghukum mereka-mereka yang bersekongkol.

Begitulah secebis riwayat hidup seorang Imam besar yang hebat. Tetap tegas menyatakan kebenaran walaupun berdepan dengan pemerintah yang zalim. Tidak takut, dan tidak gentar sama-sekali!

Justeru, andainya ada riwayat sirah menyatakan bahawa ulama’ hebat dahulukala menyatakan kebenaran beriringan kebathilan, sila khabarkan!

Adalah kisah ulama’ yang tertulis,

di sebalik jeriji zalim terhiris

luka yang pedih.

Dia derita disebat dusta,

tetapi teguh walau dipaksa,

meski dunia ralit mengulit najis-

kehinaan.

Dia teguh berteman yang haq,

walau tersiat dipalu maksiat,

tidak kenyang menjamah mazmumah -

kebathilan.

Kerana dia pewaris kalam Tuhan,

Bukan rela menjulang panji kejahilan.

7:32PM, 28 Jun 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Jejalah Sinai (Akhir): Khazanah Salehuddin Al-Ayubi Di Sempadan Israel
“Masa diberi hanya lima minit!” Pesan ketua.

Saya bergegas turun bersama teman yang lain. Lokasi itu bukanlah tempat sejarah ataupun muzium khazanah silam. Tetapi hanya merupakan kawasan sempadan antara Negara Mesir dan Israel.

Di sebelah kanan menuju ke Negara Israel, terdapat sebuah binaan bangunan putih sedikit kekuningan. Logonya jelas tertera di hadapan pintu gerbang masuk dan di atas bangunan – ‘Hilton Taba Resort’. Hotel yang tidak asing lagi dipersada dunia antarabangsa. Khabarnya, hotel itu pernah di bom suatu ketika dahulu. Wallahu a’lam.

Kawasannya cantik, susun atur persekitaran kemas tersusun. Dihiasi bunga-bunga pelbagai warna, membangkitkan rasa tenang. Pada zahir pandangan, kelihatan seperti kawasan wisata yang selamat dan damai untuk dikunjungi. Tetapi, di sebalik panorama indah itu ada sesuatu perlu kita sedari.

Nun di hujung sana, jelas terpampang kawat-kawat berduri. Tembok-tembok bersenjata, pegawai tentera berwajah bengis, kubu persempadanan geografi dan ‘mata-mata’ yang siap siaga sepanjang masa. Bendera berjalur biru putih dan bintang berbucu di tengahnya megah berkibaran. Meliuk-liuk di hembus pawana tanpa riak sesal.

Persis penjara yang menggerunkan. Itulah gambaran sebenar di sebalik keindahan Tobya – sempadan Negara penjajah Israel dan Mesir. Konflik yang tak pernah selesai.

Beberapa keping gambar sempat saya rakamkan bersama Akmal dan teman-teman lain. Kami tidak lama di situ, memandangkan pegawai keselamatan Mesir sudah mengisyaratkan masa telah tamat.

Saya pelik, apakah motif sebenar Hotel Hilton didirikan di situ? Untuk siapa? Tiada jawapan tepat untuk pertanyaan itu.

Bas terus bergerak ke destinasi terakhir Jelajah Selatan Sinai 2007. Destinasi seterusnya ialah Kubu Salehuddin al-Ayubi.

KUBU SALEHUDDIN AL-AYUBI

Sepanjang perjalanan daripada Tobya ke qal’ah (kubu) saya tidak lepas memandang keindahan persisir laut dan panorama alam. Lautnya biru kehijauan dan permukaannya terbias manik-manik putih berkilauan. Indah!

Namun begitu, fakta yang menerobos ke gegendang telinga mematikan rasa ketakjuban berpanjangan. Kata musyrif, mengikut perjanjian antara Mesir dan Israel, air laut itu adalah milik Israel. Hanya kepulauan kubu Salehuddin al-Ayubi di tengah-tengahnya sahaja milik Republik Arab Mesir.

“Ah, mereka selalu saja bijak bermain janji.. Akhirnya Negara umat Islam juga yang tinggal sekangkang kera!” Bentak hati sendiri.

Bas berhenti di petak parkir yang tersedia. Sejurus kemudian taklimat diberikan ketua sebelum kami menyeberang ke kepulauan bersejarah itu.

“Jangan layan individu yang mencurigakan jika mereka menanyakan soalan pelik-pelik. Dikhuatiri mata-mata Israel.”

KUBU PENAKLUK KOTA SUCI

Bot besar tidak berbumbung bergerak perlahan di atas permukaan laut biru hijau. Airnya jernih. Jelas menampakkan batu karang dan lumut di dasar lautan. Retina mata memandang tepat ke arah kepulauan di seberang sana. Tersergam indah pemandangan kubu panglima Islam yang membebaskan Kota Baitulmaqdis, Palestin. Mengagumkan!

Entah berapa keping gambar telah saya ambil di segenap penjuru binaan kubu itu. Masih utuh tanpa kesan hakisan alam. Kubu tersebut seolah-olah menghantar saya ke dimensi silam. Saya merasakan seperti sedang berada di sebuah istana kuno. Bayangan-bayangan perang dahulukala menerjah ke cepu minda tanpa dipaksa.

Di sinilah tentera Salehuddin bermati-matian berjihad. Di sinilah juga panglima hebat menghunus senjatanya bersama angkatan perang demi pembebasan belenggu penjajahan. Mereka membawa panji-panji kebenaran, lalu berteriak membesarkan Allah Azza Wajalla! Lamunan terhenti. Itu dahulu, tetapi kini kubu itu sudah menjadi tugu memorial. Hanya meriah apabila didatangi kami para pelancong, bukan lagi para tentera pembesasan Baitulmaqdis.

Terasa bersangatan malu jika panglima Salehuddin masih hidup dan mengetahui kedatangan kami adalah kerana ingin melancong. Sungguh, semoga Allah SWT mengangkat darjatmu wahai pembebas kota suci walaupun pusaramu pernah dikencing oleh panglima kuffar yang berdendam denganmu. Semoga engkau terbang bersama burung-burung hijau di taman-taman syurga!

Kami memanjat kemuncak kubu paling atas. Di situ terpacak tiang bendera Mesir. Pemandangan juga lebih jelas terlihat. Terik mentari membuatkan tubuh berkeringat. Wajah saya juga bertukar sedikit kehitaman. Barangkali terbakar dek tujahan matahari yang tersenyum.

Saya menyelinap ke segenap ruang di dalam binaan. Terdapat beberapa bilik kecil dan tingkap-tingkap. Dindingnya bersangatan tebal. Kukuh dan tegap binaannya. Saya memegang batu-batu itu. Bumbungnya dilapisi kayu lama yang kian reput.

“Macammana mereka bina kubu hebat ini, sedangkan letak duduknya di tengah lautan.” Sekali lagi khayalan menerjah fikiran. Tiada kata-kata indah untuk menggambarkan kekaguman saya. Jeda.

Puas bergambar. Saya melepaskan lelah di pondok yang tersedia di berdekata kubu. Berbual-bual mesra sebelum isyarat ketua berteriak memanggil. Saya merenung kelibat sebuah kapal layar di permukaan laut. Kelihatan beberapa individu sedang bersantai di atas kapal itu. Tiada apa-apa yang menarik mengenai kapal moden itu berbanding kubu kuno yang tersergam di depan mata saya.

MUNTAHAN TAK BERMATA

Sebelum berangkat ke seberang, saya mengambil peluang ke sebelah belakang kubu. Dari sudut itu, jelas terlihat dataran syam dan jazirah arab. Ia berlatar belakangkan Negara Israel, Jordan dan Arab Saudi di selatannya. Usai bergambar, rakan meninggalkan saya berseorangan. Sengaja saya bersendiri kerana mahu memerhati dataran itu sepuas-puasnya.

“Dumm!! Dummm!!”

“Treettt.. treeetttt!!”

Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman bom dan bedilan mesingan bertalu-talu disempadan Israel. Gegaran bunyi memecahkan kedamaian yang menyelubungi diri. Mata lekas melilau mengitari punca bunyi. Nun di hujung sana kelihatan asap berkepul-kepul naik membentuk gumpalan kecil di udara.

Saya panik dan berdebar. Ingatan langsung tertuju kepada pembantaian yang dilakukan penjajah Israel terhadap umat Islam Palestin. Bagaimanakah nasib mereka? Apakah peluru-peluru sesat tidak bermata itu mahu merobek jantung dan hati saudara seakidah kita?

“Kasihan.. mereka bertungkus lumus siang dan malam mempertahankan setiap inci tanah air. Saban waktu mangli mendengar jeritan peluru dan bom. Ya, kubu inilah yang menyaksikan segala-galanya.”

“Semoga perisai ummah kembali tertegak sebagaimana era sahabat dan Khilafah silam.. Amin.” Doa yang tak pernah lekang setiap kali selesai solat fardhu.

Syahdu. Kaki cepat-cepat melangkah meninggalkan tempat itu. Berkali-kali saya mengelih ke belakang sebelum beredar dan bersatu bersama kelompok teman di jeti pulau.

“Enta ada dengar bunyi bom tak tadi?” Soal saya kepada teman.

“Tak pun.”

“Barangkali terhadang oleh binaan kubu.” Jawab hati.

Destinasi  berakhir apabila bas bergerak meninggalkan Kubu Salehuddin al-Ayubi. Saya terlelap beberapa kali di kerusi bas sebelum tiba di Bumi Badawi. Terlelap bersama sejuta kenangan dan pengalaman. Yang paling mengujakan – irama muntahan peluru itu!

Biarkan ia terus terpendam

di pelosok nubari.

Biarkan ia khali berbingkai

bersama tinta keringat.

Biarkanku mengakrabi,

dari generasi ke generasi.

Untuk hari ini dan hari esok,

atau selama-lamanya.

Soalan Kuiz (2): Ummul mukminin Saidatina A’isyah pernah memuji sekelompok wanita. Kelompok wanita manakah beliau berikan pujian?

12:23AM, 15 April 2010.

Siberbay, Tanta.

Jelajah Sinai: Nabi Musa a.s Menghadapi Penyembah Patung Lembu Samiri
Dari kejauhan objek itu sudah terpampang di dinding bonggolan gunung kecil. Objek menyerupai seekor anak lembu itu agak besar dan ianya lengkap berkepala, badan dan kaki. Jika dilihat sekilas pandang mungkin ada yang tidak perasan ianya adalah seekor lembu. Sementelahan warnanya hampir sama menyerupai gunung-gunung di sekeliling.

Di sebalik objek patung anak lembu samiri itu, ia sebenarnya mempunyai kisah sejarah tersendiri. Kisah sejarah yang turut terakam di dalam Kitabullah Jalla Wa’ala. Patung yang menjadi simbolik kepada sebuah kesetiaan, amanah dan keingkaran untuk terus berserah diri dan patuh kepada Allah SWT Yang Maha Esa.

Destinasi kami seterusnya ialah menuju ke lakaran patung lembu samiri. Lokasinya tidak jauh daripada gereja St. Catherine yang terletak di kaki Jabal Thur Sina. Berbekal sedikit kudrat yang berbaki, saya gagahi untuk turun dan memanjat bukit kecil demi untuk melihat dengan lebih dekat.

Adakah ianya merupakan khayalan?

Jika ditinjau kisah yang dikhabarkan di dalam al-Quran, patung anak lembu itu sengaja dibikin oleh seorang lelaki bernama Samiri (salah seorang pengikut Nabi Musa a.s) dengan tujuan untuk menyembahnya. Ketika itu, Nabi Musa a.s telah pergi bermunajat kepada Allah SWT di puncak Jabal Thursina selama 40 puluh hari.

Kerana permusafiran itu, urusan untuk menjaga kaumnya – Bani Israel diserahkan kepada saudara dan teman seperjuangannya – Nabi Harun a.s.

“Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu Yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan Bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata Dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? mereka menjadikannya (berhala Yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang Yang melakukan kezaliman.” (Al-A’raf: 148)

Kami segera memanjat bukit berbatu yang terukir patung lembu samiri dan merakamkan kenangan di perdunya. Biar ianya dijadikan kenangan dan bukti untuk memberitahu masyarakat nusantara kelak.

Saya optimis, potret-potret gambar sebenar lebih menguatkan keyakinan manusia.

NABI MUSA A.S BERLAPANG DADA

Iktibar daripada kejadian penciptaan patung lembu samiri ini begitu baik untuk diteliti. Ia bukan sebuah kisah epik kuno ataupun dongengan Israeliyyat. Tetapi ianya telah siap sedia terakam di dalam al-Quran buat umat Nabi Muhammad SAW sehingga hari kiamat.

Bahkan bukti-bukti yang diperkatakan itu masih jelas dilihat sehingga kini. Terpampang di depan mata. Saya begitu teruja apabila dua kaki ini pernah menjejaki peninggalan berharga itu. Subhanallah.

Kisah bermula apabila Nabi Musa a.s berpergian selama 40 hari. Selama itu jugalah telah berlaku sesuatu yang tidak diduga. Terdapat di kalangan kaum Bani Israel telah mengingkari perintah dengan menciptakan patung anak lembu untuk disembah. Mereka terpengaruh dakyah yang diciptakan seorang lelaki bernama Samiri. Sedangkan ketika itu Nabi Harun masih mengepalai kaum Bani Israel setelah diamanahkan oleh saudaranya – Nabi Musa a.s.

Disebabkan itu, maka berlakulah perpecahan di kalangan kaum Bani Israel menjadi dua kelompok. Kelompok pertama masih setia menuruti ajaran Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s. Manakala kelompok kedua pula mengikut kata Samiri yang telah sesat. Akibat daripada perpecahan yang terjadi, maka berlaku perkelahian dan pembunuhan antara mereka.

Nabi Harun terus bersabar atas persengketaan yang berlaku sehingga Nabi Musa a.s kembali semula ke pangkuan mereka. Justeru, Nabi Harun a.s telah memilih suatu langkah yang bijaksana dan baik untuk terus bersabar tetapi tidak bermakna Baginda mendiamkan diri.

Nabi Harun a.s sebenarnya telah menasihati kaum Bani Israel, tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Dengan sebab itu, baginda berharap agar Nabi Musa a.s sendiri menasihati kaumnya, memandangkan kesan nasihat Nabi Musa a.s lebih berbekas terhadap mereka.

Dan Demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: “Wahai kaumku, Sesungguhnya kamu hanya diperdayakan Dengan patung itu, dan Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang melimpah-limpah rahmatNya; oleh itu, Ikutlah daku dan Taatlah akan perintahku”.

Mereka menjawab: “Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) Kami akan tetap menyembahNya hingga Nabi Musa kembali kepada kami”. (Surah Thaha: 90-91)

Nabi Harun a.s juga bimbang konflik dan fragmen yang berlaku itu boleh mencetuskan perpecahan  serta demi menjaga kesatuan di kalangan kaum Bani Israel. Kesatuan yang membentuk aqidah bahawa Allah SWT itulah yang Maha Esa.

Sekembalinya Nabi Musa a.s, baginda merasa marah bersangatan terhadap Nabi Harun dan kaumnya setelah melihat suasana yang berlaku. Lantas Nabi Musa a.s memegang janggut Nabi Harun a.s dan menyentapnya.

Allah SWT berfirman:

149. Dan setelah mereka menyesal (akan apa Yang mereka lakukan) dan mengetahui Bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: “Sesungguhnya jika Tuhan Kami tidak memberi rahmat kepada Kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi”.

150. Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya Dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: “Amatlah buruknya apa Yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?” dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadaNya. Nabi Harun berkata: “Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika Aku melarang mereka); oleh itu, janganlah Engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah Engkau jadikan daku termasuk Dalam golongan orang-orang Yang zalim”. (Al-A’raf: 149-150)

Sebagai utusan Allah SWT yang dimuliakan, Baginda tidak memusuhi mahupun berdendam terhadap saudaranya. Malah Baginda bertenang dan terus memohon keampunan Allah SWT. Sikap lapang dada ini menyebabkan keterikatan ukhuwwah kembali tumbuh dan utuh tanpa sedikit pun tercemar dengan sikap permusuhan melampau.

151. Nabi Musa berdoa Dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah Kami ke Dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari Segala Yang lain Mengasihani”.

152. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembah (patung) anak lembu itu, akan ditimpa kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan Dalam kehidupan dunia. dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang mengada-adakan perkara Yang tidak benar.

153. Dan orang-orang Yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) Sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-A’raf: 151-153)

Sungguh, Allah SWT Maha menerima taubat hamba-hambanya yang berdosa. Tiada yang lebih berharga seisi alam ini melainkan keampunan  dan keredhaan dari Yang Maha Pencipta, Rabbul Izzati. Apabila kita merasa diri terjerumus ke lembah kehinaan dan terbelenggu dosa, maka pohonlah keampunan kepada Allah SWT. Tidak kira kita berada di taraf apapun, samaada orang bawahan ataupun pemimpin atasan. Kisah Nabi Musa a.s telah menghidangkan kepada kita sesuatu patut dijadikan teladan, lebih-lebih jika berstatus pemimpin.

Berlapang dadalah, lalu bijak melontarkan keputusan. Angkat tangan, dan tadahkan bersama gugusan doa berkali-kali demi mendapat maghfirah-NYA. Bukan menggamit tangan mengajak manusia melakukan maksiat bersamanya!

Rujukan: Al-Ukhuwwah Wa Salamatu Sadri, Ustaz Amru Khaled.

3:19AM, 14 April 2010

Siberbay, Tanta.

Hak Isteri Menghidu Bau Taman Syurga
Kini zaman sudah berubah. Manusia sudah mampu berfikir dengan baik, hinggakan pelbagai teknologi dan aneka produk terhasil. Semuanya adalah kerana manusia telah menguasai ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan, mungkin kita masih berada di arena Paleolitik, Neolitik ataupun purbakala.

Bercawat dan hidup secara nomad.

Dahulu ketika umat Islam terbelenggu Jahiliyyah, penguasaan terhadap ilmu pengetahuan terabai. Manusia tidak mementingkan ilmu, tetapi lebih cenderung mengamalkan budaya Hedonisme melampau. Bahkan sehingga menganggap wanita adalah pemuas nafsu semata-mata. Mereka dipijak, ditindas, malah langsung tidak dipandang oleh kaum lelaki.

Dewasa ini, manusia kembali mengulangi perkara yang sama. Istilah lebih tepat ialah golongan Jahiliyyah Moden. Lupakan agama (Faktanya, golongan Komunis mengamalkan cara hidup tidak mempercayai kewujudan Tuhan), pincanglah dunia. Ya, pincang segala-galanya.

Islam hadir membawa panji kegemilangan. Wanita Islam adalah seiring lelaki dalam proses menuntut ilmu. Mereka layak mengejar cita-cita dan ilmu pengetahuan tanpa perlu dihinakan. Pokok pangkalnya, sesiapa saja mampu memperolehi ilmu jika rajin berusaha ke arah itu.

Suka saya membawa pandangan Syeikh Athiah Saqar dalam kitabnya Fatawa Wa Ahkam Lil Mar’ah al-Muslimah berkenaan perspektif Islam dalam bab yang akan saya perkatakan.

Mari menarik nafas dan membacanya dengan tenang.

HAK WANITA KELUAR MENUNTUT ILMU

Apakah hukum suami menghalang isterinya daripada menuntut ilmu di Masjid atau majlis ilmu?

Jawab Syeikh Athaih Saqar, adalah wajib wanita itu keluar bertalaqqi ilmu. Sekiranya tidak berupaya memperolehi ilmu (dengan cara seperti sebelum ini), maka ia menjadi tanggungjawab suami dan walinya (jika belum berkahwin, wali sewajarnya memberi pendidikan terhadap anak perempuan). Sekiranya wanita itu keseorangan, dia boleh mempraktikkan kaedah lainnya seperti membaca buku-buku, mendengar radio (televisyen, internet dll).

Begitu juga semasa era nubuwwah, wanita-wanita Islam ketika itu keluar mencari ilmu dengan bersunguh-sungguh. Menurut riwayat sejarah, wanita-wanita itu sangat berkeinginan untuk menuntut ilmu daripada Rasulullah SAW sendiri. Mereka menghadiri majlis ilmu yang khusus diadakan untuk para muslimah tanpa kehadiran lelaki.

Ummul mukminin – Saidatina A’isyah r.a memuji wanita-wanita dari kalangan kelompok Ansar kerana keinginan mereka yang tinggi untuk menuntut ilmu. Kata beliau:

“Ya, wanita, wanita Ansar, malu tidak menghalang mereka daripada faqih dalam agama.” (Riwayat Bukhari Muslim)

Iktibar daripada kata-kata ini ialah – dalam proses menuntut ilmu kita sewajarnya menghilangkan rasa malu berlebihan yang terbeban. Terkadang ada di kalangan wanita (termasuk lelaki) hari ini sedikit egois ketika berbicara soal menuntut ilmu. Sangkaannya umur adalah batas pembeza dalam menuntut ilmu.

Bahkan menganggap bahawa tidak patut mempelajari sesuatu dari kalangan generasi yang lebih muda. Rasa bagai tercalar maruah dengan status yang dimiliki. Sementalah beliau juga adalah dari golongan terpelajar, maka kuat lagilah egois yang berakar.

Lalu masalah ini dibiarkan terpendam sendiri, lebih rela jahil daripada mengikis rasa malu yang tak bertempat.

PENTINGNYA LELAKI BERILMU

Kenapa pentingnya seorang lelaki memiliki ilmu?

Telah berbicara ulama’ dalam masalah ini, bahawa sesungguhnya seorang lelaki WAJIB mengajarkan isterinya kadar ilmu agar lebih benar dalam beribadat kepada Jalla Wa’ala. Kejahilan seorang suami memungkinkan institusi keluarga menghampiri gaung neraka, nauzubillahhi minzalik.

“Macammana saya nak solat, mak ayah pun tak pernah solat. Saya tak pandai ambil wudhuk.” Kata seorang kanak-kanak berterus terang. Saya pernah mendengar pengakuan ini dan ianya adalah realiti!

Seandainya seorang suami merasa dirinya tak berilmu, maka wajib lelaki itu membenarkan isterinya supaya keluar menuntut ilmu ke tempat-tempat majlis ilmu yang diperakui kesahihannya. Tidak harus suami menghalang isterinya mendapatkan secebis mutiara ilmu.

Alangkah romantiknya jika si suami turut bersama-sama berpimpin tangan ke majlis sebegitu sekerap mungkin. Malah mungkin lebih romantik jika suami sendiri yang mengajar isterinya menuju ke syurga dan selalu duduk di taman-taman syurga. Pasti mahligai bahagia berpanjangan selama-lamanya. Insha’Allah.

Justeru, mari sama-sama menghidu bau taman syurga sepuas mungkin!

Rujukan:

Fatawa Wa Ahkam Lil Mar’ah al-Muslimah, Syeikh Athiah Saqar.

1:59AM, 6 April 2010

Siberbay, Tanta.