Suka untuk saya kutip kisah Bilal Bin Rabah sebagai pedoman pengukuh Iman saat dilanda musibah ujian dalam perjuangan. Bilal Bin Rabah merupakan salah seorang hamba abdi yang memeluk agama Islam secara diam-diam. Dengan kuasa Allah SWT, dia tertarik untuk menerima ajaran Islam daripada Baginda Nabi Muhammad SAW.
Pada asalnya, tiada siapa pun di kalangan kafir Quraisy tahu berita tentang keislaman Bilal Bin Rabah. Bahkan Nabi Muhammad SAW sudah berpesan agar dia menyembunyikan keislaman kerana dibimbangi akan menjadi mangsa seksaan kejam musyrikin Quraisy ketika itu. Ini kerana saat itu penyebaran Islam masih dalam period permulaan.
Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011
_______________________________________________________________________
Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.
_______________________________________________________________________






