Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Isra’: 23)
Sewaktu kecil dahulu, kita meniarap dan merangkak. Kita tidak tahu apa-apa tentang dunia hatta mahu berkata-kata sekalipun. Waktu itu kita hanya tahu menangis, berteriak dan minum susu.
“Tehh adik teehh.. (Loghat kedah yang diguna pakai ibu untuk memberi semangat anaknya berdiri dan berjalan..” Ibu bersuara. Tangan digayakan persis bertepuk tangan tetapi tidak terlalu kuat. Motivasi ibu ini dilakukan agar anak kecil itu mampu berdiri dan berjalan sendiri, tanpa bergantung pada bantuan orang lain.
Si anak itu bangun. Dan rebah. Acapkali mahu rebah, ibu terus memaut kemas.
Ayah pula waktu itu sibuk bekerja untuk keperluan anak dan isterinya. Pada tanggapannya sebagai ketua keluarga, dia berhak memberikan sesuatu untuk mereka walaupun mereka tidak meminta-minta.
Proses tumbesaran terus berlangsung dari hari ke hari. Hingga satu saat, anak itu mengenal alam persekolahan dan wajah guru-gurunya.
(more…)