Nyawa menjadi gadaian..
Apakah sudah hilang pertimbangan?
Demi membuktikan kejantanan atau nafsu perlu diturutkan..
Berani menempah celaka rela diri terdera..
Murahnya nyawa mereka..
Manusia sudah hilang nilai kemanusiaan..
Dendam geram, tak puas hati..
Mahu tunjuk jaguh walau diri masih rapuh..
Pukul, belasah, buli..
Persis banduan dalam uniform sekolah..
Gua jaguh!gua gangster!gua otai!
Madarasah hilang fungsi..
Generasi masa depan hilang jati diri..
Madhiah kian meraja dihati..
Ragut, ugut, pukau..
Wasilah mudah mencari kesenangan..
Pelbagai ragam manusia hari ini..
Halus licik..
Biar pecah diperut jangan pecah dimulut..
Bertambah buncit perut dengan sumber yang haram..
Hidup diselebungi pura-pura..
Kaya bertambah kaya..
Miskin kedana kian merempat..
Tiada ketulusan mengejar kemajuan..
Tiada siapa sanggup membela..
Perbalahan..
Penipuan atas kebenaran..
Bilakah akan datang menjelma..
Penawar akan kebejatan ini..
Penyembuh keinsanan manusia..
Supaya manusia benar menjadi manusia..
Hatiku membentak ganas!
Memberontak, berkecamuk!
Penuh kekecewaan menyelubungi..
Kekesalan tidak berkesudahan
Ahhhh,mengapa ini semua berlaku?!
Oh tidak..hatiku kembali sayu..
Aku bertekad..
Berazam jitu..
Aku harus berubah..aku harus berubah..
Sebelum suasana bertambah parah
Renungkanlah wahai diriku..
Wahai sahabatku..
Jangan sampai kiamat tiba..
Sajak Oleh: Ustaz Kamaruzzaman
Penyajak: Ustaz Ibrahim Mansur
Edit & Muzik latar: Ustaz MDFarid