Faridrashidi.Com » Jejak Kembara

Pulang Kampung Di Hari Raya Kedua
Walaupun agak terlambat, izinkan juga saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada semua pembaca blog Faridrashidi.com dan kepada kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia.

Jutaan kemaafan dihamparkan andai diri ini ada melakukan kesalahan samaada melalui kata-kata, tulisan, perbuatan atau sebagainya. Maaf zahir dan batin.

Kullu ‘Am, Waantum Bikhair.

RENTETAN CERITA SYAWAL

“Mai rumah dulu, kita pi Istad sama-sama,” Hasbul mengajak saya dan rakan ke rumahnya. Kami menuruti. Memandangkan semalaman saya tidak menjamah nasi kerana sibuk membuat persiapan untuk Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh Ustaz Hasbul dan isterinya Rodzian, badan kekurangan tenaga untuk bergerak aktif.

Rumah terbuka tersebut dilangsungkan di rumah saya kerana ruang untuk hidangan kepada tetamu lebih besar dan luas. Menu hari itu ialah Laksa Penang.

Usai menjamah nasi himpit berkuahkan kari daging, kami sama-sama terus bergerak ke Istad untuk menunaikan solat raya. Alhamdulillah, kami berkesempatan menunaikan solat sunat bersama-sama jemaah lain.

Sebelum pulang ke Siberbay, sempat juga berziarah ke rumah Ustaz Mazwan dan Ustaz Hadiyudin yang terletak di Istad dan Ma’rad.

Selepas solat jumaat, tubuh tak mampu untuk menahan kantuk dan letih akibat berjaga sepanjang malam. Saya terlelap seketika seusai merebus kuah laksa. Urusan untuk jamuan Rumah Terbuka semuanya diserahkan kepada rakan-rakan.

Separuh barang-barang saya sudah siap dibungkus untuk dibawa pulang, dan barang yang berbaki dibungkus oleh rakan-rakan yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada Hasbul, Zaim, Imran dan Ibrahim atas pertolongan saat-saat akhir.

Mengapa barang dibawa pulang?

PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

Jujurnya, ramai yang tidak mengetahui kepulangan saya ke kampung. Terutama rakan-rakan dari alam maya. Bukan sengaja saya tidak mengkhabarkan kepada kalian, tetapi kerana kesibukan dan pertembungan dengan beberapa majlis menyebabkan jari terlalu jauh untuk menekan bebutang papan kekunci.

Alhamdulillah saya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 11 September 2010 dan tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang pada jam 8.00 malam sejurus beberapa jam selepas itu. Walaupun agak sukar perjalanan kali ini disebabkan beban kargo saya agak terlebih, namun bersyukur pada Ilahi kerana urusannya tetap berjalan lancar.

Letih dan mahu pitam! Saya terpaksa berlari-lari sambil membawa carry bag saat nama diumumkan melalui pembesar suara Lapangan Terbang KLIA kerana baki hanya tinggal 10 minit untuk berlepas ke Pulau Pinang.

Saya juga mampu menghela nafas lega setelah ayah, adik dan abang datang menyambut di balai ketibaan Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Segala puji bagi Allah atas nusrah-Nya.

“Setelah menempuh perjalanan jauh seorang diri, membelah langit nan membiru, meredah lautan luas saujana mata memandang, akhirnya lelaki itu kembali semula.”

10.45AM, 13 September 2010,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Nuzul Al-Quran Di Gua Hira’
Di suatu sudut puncak Jabal Nur, saya duduk melepaskan lelah. Sambil mata mengitari panorama malam Makkah al-Mukarramah, dua telinga menangkap bunyi alunan suara ayat-ayat suci al-Quran yang jelas kedengaran daripada salah sebuah masjid sekitar kota suci itu. Bacaan yang dibaca imam itu adalah dari permulaan surah al-Baqarah.

Sangat mengasyikkan dan syahdu, walau terkadang suaranya perlahan dibuai semilir yang menderu-deru dan bercampur-aduk pula dengan suara imam daripada masjid-masjid lain. Ia tetap menusuk di kalbu.

Nun jauh di sana, cahaya putih bersilau terang, menerangi menara-menara yang berceracak. Itulah Masjidil Haram as-Syariff.

Takjub. Lebih menggetar jiwa bila sirah nabawi yang diceritakan sebentar tadi oleh Ustaz Farhan sama-sama bermain di minda. Kalbu bagai mengakrabi sirah Baginda SAW apabila Gua Hira’ yang selama ini hanya dibaca pada suhuf-suhuf sejarah berada di depan mata.

Betapa peritnya Rasulullah SAW – ketika itu belum diangkat menjadi Rasul Allah mendaki berulang-alik ke Gua Hira’ untuk bermunajat kepada Azza Wajalla. Baginda SAW hanya seorang diri. Tiada neon yang menyuluh, dan tiada manusia yang menemani.

Saat itu juga terlakar sirah baru, apabila pertama kali al-Quran di turunkan pada 17 Ramadhan tahun ke 41 Nabi Muhammad diputerakan. Surah al-‘Alaq ayat satu di turunkan melalui perantaraan Jibril a.s secara realiti.

“Bacalah, bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan.”

“Aku tak tahu membaca.” Balas Nabi Muhammad SAW kembali. Baginda ketakutan yang amat. Sejurus selepas peristiwa itu, Baginda segera pulang ke rumah isteri pertamanya – Saidatina Khadijah r.anha. Bahkan Saidatina Khadijah r.anhalah yang menenangkan hati Baginda serta menyelimutinya.

Kerana dorongan emosi seorang isteri yang solehah, maka Baginda SAW tidak lekas berputus asa. Begitulah pengorbanan dan kasih sayang seorang isteri yang solehah ditunjukkan oleh Saidatina Khadijah r.anha. Kerana kehebatan kasih sayang yang mekar mewangi itu, Baginda SAW selalu mengingatinya walaupun saat itu isterinya telah pergi buat selama-lamanya. Baginda Rasulullah SAW menitiskan airmata saat kematian Saidatina Khadijah r.anha.

Allahhumma Solli ‘Ala Saidina Muhammad.

YANG PERIT ITU MANIS

Sekitar kota Makkah seolah-olah berubah menjadi warna oren pada waktu malam apabila dilihat dari sisi pandang puncak Jabal Nur. Setiap lorong-lorong bangunan yang tersusun disimbahi neon jingga bersilauan.

Saya masih setia duduk di atas susunan tangga itu, dan bersandar pada besi penghadang yang melingkungi kemuncak gunung. Pengalaman mendaki bermula petang tadi, dan selesai saat azan maghrib berkumandang membuatkan saya terfikir sesuatu.

Ya, itulah erti perjuangan dan pengorbanan.

Betapa seorang lelaki bernama Muhammad SAW yang lahir di tengah-tengah kebejatan sosial masyarakat jahiliyyah, dikelilingi pula gurun gersang berbatu dan panas mampu menggegar dunia. Seluruh dunia sebermula kiraan taqwim hijrah dihitung; manusia sudah mengenali Baginda SAW hatta kini. Tak putus-putus umat Islam mengunjungi, mengkaji bahkan selalu merindu dengan sepenuh kasih sayang pada kekasih Allah SWT yang agung ini.

Sedangkan detik ketika sebelum Islam dikenali dan dianuti pelusuk dunia, beliau hanya seorang diri ke sana ke mari menyebarkan dakwah. Permulaannya Islam hanya dianuti golongan miskin yang tak punya apa-apa harta, pangkat dan keturunan.

Musuhnya pula adalah pakatan golongan pembesar Quraisy yang selalu merencanakan agar sebaran dakwahnya terhalang. Namun, ia tidak luntur dan tidak terhenti walaupun mendapat tentangan hebat dari mereka. Kerana cabaran itulah, Baginda SAW lebih utuh meneruskan perjuangan menegakkan agama suci – Islam.

Cukuplah hanya dengan mendaki Jabal Nur, kalian pasti terkesan dengan pengorbanan Baginda SAW mengemudi bahtera Islam. Jarak pendakian itu saja sudah meletihkan insan-insan lemah seperti kami, inikan pula jarak perjalanan yang dilalui Baginda SAW dahulu. Tanpa kenderaan berhawa dingin, tanpa air mineral, tanpa lampu picit dan tanpa tangga-tangga yang siap tersedia.

Saya bingkas bangun menuju ke khemah di atas puncak gunung itu. Rakan-rakan yang lain sedang khusyuk bersolat isya’. Pengalaman mendaki dan menyusup masuk ke celahan Gua Hira’ yang sempit dan dipenuhi batu-batu bercokol dilipat kemas – buat dijadikan motivasi untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang.

Semoga panjang perjuangan itu hanya semata-mata kerana Allah SWT. Dan pastinya perjuangan itu hendaknya mengikut acuan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW.

Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Saidina Muhammad…

12:36AM, 2 Ogos 2010,

Hotel Manazil al-Waleed, Makkah al-Mukarramah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Warisan Cinta Rasulullah SAW
“Haza dua’?” Tanya seorang Syeikh Arab berpakai jubah rasmi Arab Saudi.

“Na’am.”

“Baca doa mengadap Qiblat.” Dia mengarahkan saya memaling wajah ke arah qiblat membelakangi Maqam Rasullullah SAW.

Saya diam sejeda. Lalu memutarkan tubuh ke arah qiblat tanpa berkata sepatah perkataan. Laluan daripada kawasan Raudhah Syarifah menuju ke Maqam Rasulullah SAW sentiasa sesak dengan manusia. Ada yang berhenti untuk berdoa, melambai tangan serta memberi salam dan ada juga yang menitiskan airmata keharuan.

Sebenarnya niat saya bukanlah membaca doa itu untuk memohon kepada Maqam Rasulullah SAW, tetapi diniatkan semoga doa itu tertuju kepada Baginda SAW. Bahkan turut terselit beberapa selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

Antara intipati selawatnya ialah:

اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام ملك الله، يا الله يا خالق البشر من العدم إلى الوجود، ثم العدم وإلى الوجود

“Ya Allah selawat ke atas Muhammad SAW sebanyak bilangan ilmu Allah SWT dengan selawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya kerajaan Allah SWT. Wahai Allah pencipta manusia dari tiada kepada ada kemudian dari tiada kepada ada.” Dikarang oleh Syeikhah Sobriah r.anha.

Setelah Syeikh itu beredar, saya kembali memutarkan badan dan muwajahah ke arah maqam Saidina Muhammad SAW.

Dikeluarkan oleh al-Baihaqi r.a di dalam kitab Sya’bul Iman dan al-Asbahani di dalam kita at-Targhib, daripada Abi Hurairah r.a berkata: “Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang berselawat ke atasku di sisi kuburku maka aku mendengar selawatnya dan sesiapa yang berselawat ke atasku dari jauh disampaikan juga kepadaku.

Saya pernah menulis perihal doa di kuburan.

MAQAM RASULULLAH SAW

Tanggal hari Isnin di bulan Rabi’ul Awal, Habibil Mustafa Muhamad Rasulullah SAW memejamkan mata buat selama-lamanya. Setelah roh Nabi Muhammad SAW terbang mengadap Ilahi, umat Islam saat itu bagai dilanda garuda dan seolah-olah dunia telah berlaku Qiamat. Belasungkawa berlarutan hingga beberapa hari. Dan saat itulah tampil Abu Bakr as-Siddiq menenangkan keadaan.

Lalu jasad Baginda SAW dimandikan oleh Saidina Ali bin Abu Talib r.a, al-Fadl dan al-Abbas. Kemudian, Baginda SAW disolatkan oleh malaikat Jibrail a.s bersama para malaikat lainnya. Bertepatan hari Rabu, jenazah Baginda SAW disemadikan di ruang kamar rumah isterinya tercinta – Saidatina Aisyah r.anha.

“Sesiapa yang menziarahiku wajib baginya mendapat syafaatku.” (Riwayat al-Baihaqi)

Sabda Baginda Rasulullah SAW: “Pada hari Qiamat kuburku akan dibuka dahulu dan daku akan melangkah keluar, kemudian Abu Bakr r.a, dan kemudian diikuti oleh Umar r.a. Kemudian daku terus ke Baqi’(kawasan perkuburan di Madinah)

Agak mendukacita, apabila sekitar kawasan Raudhah dan Maqam Rasulullah SAW dicemari suara-suara sumbang. Terjerit-jerit di sana sini akibat tolak menolak berlaku. Walhal adalah dilarang untuk kita meninggikan suara di maqam Rasulullah SAW.

HAMPIR DICURI

Mengikut lembaran sejarah, beberapa kali jasad Baginda Rasulullah SAW hampir dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Namun berjaya diselamatkan kembali. Sungguh, maqam Baginda SAW sentiasa dipelihara oleh Allah Ta’ala sehingga kiamat biiznillah.

Antara percubaan jahat yang hampir-hampir berjaya mendapatkan jasad Rasulullah ialah berlaku pada tahun 557H (1164M). Dua orang lelaki Kristian berasal dari Sepanyol cuba menyamar menjadi muslim untuk memasuki Kota Madinah. Pelbagai helah dan tipu daya dirancang bagi mengaburi mata penduduk setempat.

Mereka menggali terowong menuju ke Maqam Rasulullah SAW. Namun kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Wamakaru, wamakarallah, Wallahhu Khairul Makirin. Percubaan mereka gagal setelah Sultan Nuruddin Mahmud bin Zinkidari r.a telah diilhamkan melalui mimpi bertemu Rasulullah SAW.

“Wahai Mahmud selamatkanlah aku daripada mereka!” Sultan Nuruddin bangkit dari tidurnya dalam keadaan panik. Mimpi itu tetap berulang sebanyak tiga kali. Akhirnya  tindakan susulan dilakukan hingga dua pencuri berambut perang itu berjaya ditangkap.

Semoga jasad Baginda Rasulullah SAW terus terpelihara dengan pemeliharaan dari kekasihnya – Allah Azza Wajalla.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="500" height="405" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/XiKzldnIAdw?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="500" height="405" src="http://www.youtube.com/v/XiKzldnIAdw?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

KEMBALI MENJAUH

Sebelum beredar meninggalkan Masjid Nabawi pada hari terakhir berada di Madinah. Saya duduk termenung sambil memandang Kubah hijau. Perasaan semakin sayu bila kaki langkah menjauh dari maqamnya. Jiwa diselimuti rasa sedih yang datang secara tiba-tiba. Syahdu.

“Oh, sekejap benar masa berlalu. Dan selepas ini aku akan terbang menjauh darimu Ya Rasulullah. Kurniakanlah syafaat itu. Buat kami seluruhnya.” Tanpa disedari, manik mutiara menakung jernih di muara mata.

Sesungguhnya, biarpun Baginda SAW sudah pergi. Jangan sesekali lupa akan wasiatnya. Al-Quran dan as-Sunnah peninggalan teragung yang tak terbanding walau selonggok emas dan mutiara di hadapanmu. Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa ‘ala Alihi Muhammad.

Dan kelak, akan ada seorang lelaki bakal disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah SAW. Siapakah?

1:42AM,  Ogos 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Pengkhianatan Kaum Yahudi Bani Quraizhoh Terhadap Muslimin
“Di sinilah tempat penduduk Madinah menyambut Rasulullah.” (Mereka bernasyid “Thola’al badru alaina”) Cerita Musyrif.

Bas melewati kawasan bukit kecil. Masing-masing melontar pandangan ke arah bukit hitam itu. Ada juga yang sempat mengambil gambar.

Saya jadi teringat pada bait-bait nasyid nyanyian anak-anak wanita kaum Ansar ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW ke Kota Madinah.

طلع البدر علينا  منثنيات الوداع

وجب الشكر علينا ما دعا لله داع

Telah terbit bulan purnama di tengah-tengah kita;

Dari celah-celah bukit Wada’.

wajib bagi kita untuk bersyukur;

atas hadirnya seorang da’ie yang menyeru kerana Allah semata-mata.

Bas terus bergerak menuju ke Masjid Quba. Di sana, pelbagai kisah turut termuat dalam sirah nabawi bakal kami kutip.

MASJID QUBA

Sabda Rasulullah SAW; “Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Quba lalu solat di sana maka baginya pahala Umrah.” (HR Ibnu Majah di dalam sunannya)

Kami tiba di Masjid Quba sebelum tengahari memuncak. Walaupun tidak terlalu padat dengan manusia, namun sudah cukup ramai pada perkiraan mata saya. Masing-masing bersama ketua kumpulan. Beberapa kelompok yang saya perasaan ialah golongan Syiah.

Masjid berwarna putih itu merupakan antara masjid pertama yang dibina oleh Baginda SAW. Bahkan menurut riwayat sejarah tatkala Rasulullah SAW sampai ke Kota Madinah ketika berhijrah dari Mekah, Baginda SAW telah menentukan lokasi Masjid Quba dengan tangan beliau sendiri.

Rasulullah SAW juga seringkali mengunjungi Masjid Quba untuk bersolat di situ. Lazimnya Baginda SAW menziarahinya pada hari Sabtu.

Memandangkan fadhilat pahala menunaikan solat di Masjid Quba itu menyamai pahala Umrah – sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maka kami tidak melepaskan peluang tersebut.

KUBURAN YAHUDI BANI QURAIZHOH

Bersebelahan Masjid Quba, terdapat sebuah kawasan yang dikelilingi benteng tinggi melepasi manusia. Kawasan itu punya sejarah silam tersendiri. Ia adalah simbol kepada sebuah penentangan kaum musyrikin terhadap perjuangan suci Rasulullah SAW membawa obor Islam.

Saya tidak mampu menjenguk, tetapi hanya sempat menghulurkan tangan untuk merakamkan beberapa keping gambar kenangan. Biar jadi saksi bisu kepada sebuah pengajaran. Pengajaran yang sudah lama tersiar, namun umat Islam dewasa ini meluputkannya dari minda-minda. Hingga tidak lagi untuk mengenal antara kaca dan permata.

PENGKHIANATAN YAHUDI TERHADAP PERJANJIAN

Rasulullah SAW telah berhijrah ke Kota Yastrib pada tahun 1 Hijrah bersamaan 622 Masihi. Kemudian Baginda SAW telah menukarkan nama Yastrib kepada Madinah al-Munawwarah atau Thoibah. Maka kehadiran kekasih Allah SWT ini telah menyebabkan perubahan drastik ke atas penduduk Kota Madinah.

Selama ini mereka – kaum Aus dan Khazroj sentiasa dibelenggu zaman hitam lagi gelap. Setiap detik pasti wujud pertelingkahan antara mereka. Lantas bilamana Rasulullah SAW tiba, Baginda SAW telah mendamaikan mereka. Tiada lagi peperangan, tiada lagi persengketaan. Mereka inilah yang digelarkan sebagai golongan Ansar.

Bahkan mereka juga turut menjalinkan hubungan persaudaraan dengan golongan Muhajirin, iaitu golongan yang berhijrah dari Mekah atau tempat lain ke Kota Madinah. Kesan kedatangan Islam itu, ramai yang memeluk Islam. Namun begitu, hanya sebilangan kecil sahaja kaum Yahudi memeluk ajaran Nabi Muhammad SAW.

Keengganan kaum Yahudi menampakkan bahawa mereka adalah kaum yang degil untuk menerima kebenaran. Mereka hidup di desa-desa sekitar Kota Madinah bersama pelbagai rencana jahat untuk memusuhi Rasulullah SAW dan umat Islam. Mereka sentiasa merancang tipu daya terhadap Islam.

Hubungan diplomatik antara Kaum Yahudi dan kaum muslimin tidak pernah menemui titik damai. Mereka senantiasa mengkhianati Rasulullah SAW dan kamu muslimin. Betapa degilnya kamu Yahudi dan betapa busuknya kedengkian mereka terhadap Islam tak terbendung lagi!

Menyedari hakikat itu, Rasulullah SAW mengambil tindakan tegas mengusir kabilah Yahudi Bani Qoinuqa’ dan kabilah Yahudi Bani Nadhir keluar dari Kota Madinah. Manakala kabilah Yahudi Bani Quraizhoh Baginda SAW telah perangi mereka habis-habisan. Ini kerana Kabilah Yahudi Bani Quraizhoh bersekongkol dengan musyrikin Quraisy ketika peperangan Khondaq berlaku.

Mayat-mayat mereka dilemparkan ke suatu tempat. Lalu dikuburkan bersama sebuah memorial pengajaran yang sangat tinggi nilainya di sisi umat Islam. Bukan sahaja untuk umat Islam terdahulu, malah sehingga kini.

TIADA PERJANJIAN DAMAI BERSAMA YAHUDI

Sejarah telah merakamkan pelbagai pengajaran sejak zaman dahulukala lagi. Sepanjang zaman, kaum Yahudi ini tidak pernah duduk diam tanpa merencanakan kejahatan terhadap manusia. Jika wujud komuniti Yahudi di dalam sesebuah masyarakat, sudah pasti masyarakat itu akan menemui kehancuran.

Lihatlah kini, wilayah Palestin yang dahulunya dimiliki umat Islam hingga kini tetap tersimbah darah merah. Tanpa pembelaan dan belas kasihan. Mereka membantai umat Islam sehingga berkecai lumat daging dan tulang. Betapa dendam kesumat mereka tak pernah hilang!

Realitinya, pemimpin Islam yang Jahil tetap saja menghulurkan tangan bersama senyuman manis menyambut watikah perjanjian damai dengan golongan Yahudi. Ah, lupakah mereka Yahudi itu bukan makhluk mengenal erti damai?

Yang pastinya, mereka sengaja memadam sirah nabawi dalam benak hingga hati menjadi mati!

2:00AM, 17 Ogos 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Taman Syurga Raudhah Syarifah
“Ada kosong lagi kat depan tu.” Saya menjuihkan bibir ke arah ruang kosong di hadapan beranda muazzin.

Iman memandang, namun tidak berupaya untuk menyusup masuk kerana setiap ruang dipenuhi manusia. Masing-masing berebut dan berhimpit untuk memasuki ruangan karpet hijau – Raudhah. Saya betul-betul berdiri di atas garisan antara karpet merah dan hijau.

“Yang membezakan antara kawasan Raudhah atau tidak ialah di ruangan Raudhah dihamparkan karpet hijau. Agak istimewa.” Pesanan ini masih terngiang-ngiang di telinga sehingga kini.

“Tak ada kosong.” Tiba-tiba saya disapa satu suara dari arah kiri. Dalam kepadatan manusia itu, saya memandang ke arah wajah seorang lelaki bertubuh agak tinggi. Tidak muda dan tidak terlalu tua. Pada perkiraan saya, sosok tubuh tubuh seperti itu leluhurnya berbangsa arab.

“Eh, kamu boleh berbahasa melayu?” Tanya saya kehairanan.

“Ya, saya boleh cakap bahasa melayu sikit-sikit.”

“Saya pernah tinggal di Penang empat tahun. Saya orang Algeria.”

“Ohh, patutlah.”

Sejurus kemudian di sebelahnya terdapat ruang kosong untuk bersolat. Dia terus melangkah ke sudut itu secepat kilat. Iman pula hilang dari pandangan. Menyusup entah ke mana. Saya masih setia menanti. Kerana itulah kali pertama saya berada di bahagian Raudhah. Serasa rugi jika peluang keemasan itu dilepaskan.

Lelaki Algeria itu selesai solat. Dia bingkas bangun dan menarik saya menggantikan tempatnya. Tanpa berlengah, saya terus menempatkan diri. Alhamdulillah.

RAUDHAH SYARIFAH

“Apa yang berada antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah sebuah taman dari taman-taman syurga.” (HR al-Bukhari)

Raudhah yang seluas sekitar 330 meter persegi selalu saja menjadi tumpuan jemaah yang hadir seluruh dunia. Bahkan para penguasa sejak dulu hingga sekarang senantiasa memberi perhatian terhadap pembangunan di Raudhah. Ini terbukti apabila semenjak zaman Khalifah Uthmani – Sultan Salim Uthmani telah membina tiang-tiang Raudhah dengan marmar putih bercampur merah. Dan ianya diteruskan oleh pemerintah kaum muslimin selepas itu termasuklah pemerintahan berketurunan Sa’ud.

Raudhah adalah sebuah tempat yang letaknya di antara rumah Nabi Muhammad SAW dan mimbar syarif. Kawasan Raudhah boleh dikenali dengan melihat kepada warna karpet yang dibentangkan – ia berwarna hijau. Di kawasan Raudhah ini terdapat tiang-tiang bersejarah; tiang Sayyidah Aisyah, tiang Wufud, tiang Taubat, tiang Mukhollaqoh, tiang Sarir dan tiang Mahris atau Hirs.

Setiap pojok syiling kawasan itu dipenuhi kandil-kandil yang bergemerlapan. Ada yang disaluti emas, ada yang berwarna selainnya. Indah.

Di situ juga terdapat Mihrab Nabi SAW. Sebenarnya Mihrab tersebut dibangunkan oleh Umar bin Abdul Aziz. Pada asalnya ia menjadi tempat Baginda SAW mengimami solat berjemaah bersama para sahabat. Mihrab itu sentiasa menjadi rebutan umat Islam untuk bersolat dua rakaat dan berdoa. Ia sangat sesak. Beruntunglah bagi sesiapa yang mampu bersolat di situ.

Di sebelah Mihrab itu terdapat sebuah mimbar Rasulullah SAW. Mimbar itu pada asalnya menjadi mempunyai tiga tangga, namun telah dibina semula oleh Sultan Uthmani Murad pada tahun 998H (1589M). Mimbar itulah yang disebut Baginda SAW dalam sebuah hadis:

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berada antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah (sebuah taman) dari taman-taman syurga. Dan mimbarku berada di atas telagaku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya, di kawasan Raudhah ini adalah antara tempat mustajab untuk berdoa.

PELUANG

Sedang saya menanti untuk memasuki ruangan Raudhah, tiba-tiba ada seorang lelaki menggamit. Dia duduk bersebelahan mimbar Rasulullah SAW. Saya terus menapak ke arahnya tanpa memperdulikan orang ramai yang bersesak.

Lelaki itu menyuruh saya duduk di sebelahnya. Dari gaya bahasa arab yang dituturkan, lelaki itu adalah berbangsa arab Mesir. Ini kerana setiap Negara arab mempunyai loghat bahasa tersendiri. Bahasa arab mesir mudah dikenali dengan sebutannya yang agak laju dan bernada kasar berbanding Syiria dan Arab Saudi yang sedikit lembut di hujung kata.

Selepas sahaja solat subuh, polis mula menarik kanvas putih untuk menutup kawasan Raudhah dari dimasuki para jemaah. Dan kanvas itu juga ditutup kerana memberi peluang jemaah wanita untuk berada di ruangan Raudhah. Pada hemat saya, saya juga bakal dihalau keluar dari kawasan itu. Rupa-rupanya tidak. Mereka yang berada di dalam kawasan Raudhah dibenarkan berada di situ. Syukur Alhamdulillah.

Polis yang berkawal juga hanya duduk membatu. Biasanya hanya sempat solat sunat dua rakaat, mereka terus menyuruh jemaah keluar untuk memberi laluan orang lain bersolat.

Pada kesempatan yang ada, saya duduk dan terus membacakan doa-doa yang dikirim teman. Segala Puji bagi Allah, setiap doa yang dikirim berjaya diselesaikan bacaannya. Peluang yang diberikan itu juga sangat lama dan bermakna!

5:44PM, 14 Ogos 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Saat Berpijak Di Madinah Al-Munawwarah
“Subhanaallah, Alhamdulillah, Allahhu Akbar!”

Tersergam indah Masjid Nabawi di depan mata. Rasa takjub tidak mampu digambarkan oleh lidah yang berkata-kata. Pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Suci Madinah al-Munawwarah pada jam 1 petang 22 Julai 2010, hati seolah-olah tidak percaya. Kolam mutiara mula menakung keterharuan yang amat.

Selama ini hanya mengelih kisah dan gambarnya pada helaian-helaian buku, namun kini ia benar-benar berada di hadapan mata dan kepala.

Di situlah sirah nabawiyyah bermula. Di bawah kubah hijau itulah bersemadinya kekasih Allah SWT yang paling dicintai bersama sahabat Baginda Habibil Mustafa – Saidina Abu Bakr r.a dan Saidina Umar r.a.. Dan di situ juga terdapatlah terdapat lapangan Raudhah yang hijau, tempat mustajabnya doa umat Islam. Insha’Allah biiznillah.

“Bayangkan sebelum ini kita dari kecil belajar tentang sirah Nabi SAW, dan mengetahui Baginda, sekarang Masjid Nabawi dan Maqam beliau berada di depan…” Kata saya kepada Afnan. Kami berjalan perlahan-lahan menyelusuri keluar dari Maqam Saidina Muhammad SAW.

“Tak terucap dengan kata-kata, hanya diri sendiri yang perlu merasa.” Tambah saya lagi. Afnan mengangguk dan menunduk.

Kelihatan payung-payung besar mengembang lebar – menahan panahan mentari yang terik, namun bahangnya sedikit berkurang apabila melepasi waktu asar. Angin semilir sesekali berhembus kuat menampar tubuh dan melibas-libas kain serban ke kiri dan ke kanan. Alhamdulillah.

Setiap penjuru masjid senantiasa penuh dengan manusia pelbagai rupa. Tidak lagi mengira darjat, keturunan mahupun warna kulit sebagai tiket untuk beriktikaf di masjid kedua terhebat itu. Sesiapa saja bernama umat Muhammad SAW yang agamanya adalah Islam berhak untuk berada di situ. Tanpa pilih kasih.

Nun di hujung pagar masjid, seorang penjual jubah dikerumuni pengunjung yang bertandang Masjid Nabawi. Sememangnya manusia tersangat ramai berada di sekitar dan di dalam Masjid Nabawi. Masing-masing sibuk dengan aktiviti ibadah yang pelbagai.

“Asyrin, asyrin…” Tawar penjual jubah itu. Saya menghampiri dan membelek jubah yang ditawarkan, tetapi tidak berkesempatan membeli kerana wang belum ditukarkan kepada matawang Riyal Saudi Arabia.

SEKILAS PANDANG MADINAH AL-MUNAWWARAH

Petang itu salah seorang mahasiswa Madinah membawa kami berziarah sekitar Masjid Nabawi. Permulaannya beliau membawa kami ke perkuburan Baqi’, namun tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan tersebut kerana waktu lawatan sudah pun berakhir. Jadi kami dibawa berziarah ke sekeliling Masjid Nabawi.

Rupa-rupanya, terdapat banyak lagi tinggalan sejarah di sebalik celah-celah binaan bangunan hotel yang pesat membangun di Madinah.

Sebelum bersurai, kami berkumpul sebentar di hadapan Bab as-Salam – iaitu salah satu pintu masuk ke Masjid Nabawi. Pintu keluar masuk itu kelihatan sibuk dengan jemaah yang bertali arus. Masing-masing bergerak menuju ke dalam Masjid sambil menanti waktu maghrib. Sejurus kemudian, beliau membacakan sepotong hadis berbunyi:

Dari Abdullah bin Zaid r.a dari Nabi SAW beliau bersabda: “Sesungguhnya Ibrahim telah menjadikan kota Mekah sebagai tanah haram dan berdoa (meminta barokah) bagi kota Mekah. Dan aku menjadikan kota Madinah sebagai tanah haram sebagaimana Ibrahim menjadikan Mekah sebagai tanah haram. Aku mendoakan barokah bagi kota Madinah pada mudnya dan son’ya seperti doa Ibrahim bagi Mekah.”

Bermula dari ketika itu, maka kota Madinah al-Munawwarah diangkat status menjadi tanah haram selepas Mekah al-Mukarramah. Yang dimaksudkan dengan ‘tanah haram’ ialah aman sebagai penempatan makhluk hidup. Tidak dibolehkan untuk menumpahkan darah, berburu haiwan dan pohon-pohon ditebang sewenang-wenangnya.

Beliau juga turut menerangkan mengenai kurma Ajwa – kurma Nabi Muhammad SAW, berdasarkan sebuah hadis yang berbunyi:

Dari Amir bin Sa’ad dari ayahnya r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa setiap pagi hari memakan tujuh butir kurma Ajwa maka ia tidak akan biasa terkena racun dan sihir pada hari itu.”

“Sesiapa yang nak beli kurma Ajwa, boleh beli di lading kurma atau pergi ke kedai di belakang (berdekatan Masjid Nabawi.” Pesan beliau.

“Esok kita akan ke ladang kurma Ajwa, kalau mahal kat sana boleh beli dekat kedai di sini.” Sambung Ustaz Farhan selaku musyrif utama rombongan kami.

Mengikut tentatif asal sebenarnya kami akan berziarah ke bazar ataupun ladang kurma pada hari itu. Namun tarikhnya ditukar memandangkan ia bertembung dengan hari Jumaat. Maka ziarah seterusnya ialah pada hari Sabtu 24 Julai 2010.

Kami bersurai seketika memandangkan solat maghrib sudah semakin mendekat.

6:29PM, 22 Julai 2010 (Diedit semula pada 12 Ogos 2010)

Madinah al-Munawwarah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Damai Pantai Ra’su Sidr
“Di Jeddah sendiri tempatnya ada maksiat.” Terang Sulaiman bersemangat.

“Sebenarnya bukan masalah tempat, masalahnya ialah orang yang merosakkan tempat.” Saya menambah.

Pandangan dilontar ke segi empat televisyen yang tergantung di tepi dinding kedai minuman. Kami berempat, Firdaus, Sulaiman dan Hafiz duduk berehat sebentar di kedai minuman itu sambil menghirup ‘syai‘ dan ‘ahwah‘. Lokasinya ialah sebuah pekan kecil yang terletak di Ra’sul Sidr, Sinai.

Kedatangan kami ke pekan itu, bukan hanya sekadar untuk menghirup teh, tetapi lebih kepada bermatlamatkan jaulah sambil menambah iman dan pengalaman. Ukuran untuk menambah iman pula, bukan ukurannya pada kilometer perjalanan, tetapi diukur pada apa yang dikaut hasil perjalanan itu.

Selesai minum teh, kami berempat terus menuju ke kedai menjual ikan segar. Antara ikan yang menjadi pilihan ialah ikan talapia bakar. Cukuplah hidangan seekor ikan bersama beberapa keping roti buat alas perut lewat dhuha yang terik.

INDAHNYA RA’SU SIDR

Perjalanan ke sana menjamah masa bukan sedikit. Kira-kira 5 jam berada di atas lebuhraya yang dikelilingi pepasir menguning, melintasi pula terowong Ahmad Hamdi, terusan Suez – barulah kami berjaya menghirup segar bayu yang berhembus di laut Merah. Penuh nostalgia, namun bukan semua manusia mahu mengorek ceriteranya.

Ombaknya tenang. Hempasnya saling bergomolan, saling berebutan untuk menciumi pantai. Ya, ombak itu tidak pernah jahat pada manusia. Manusia yang selalu jahat pada ombak dan laut. Manusia itulah yang menajiskan pantai dengan sampah sarap menimbun. Manusia itulah yang merosakkan panorama suci dengan adegan berahi dua pasangan, dan manusia itulah yang menumpahi sisa hitam ke dalam lautan jernih.

Dan saya memandang jauh ke tengah lautan hijau biru itu, ia seolah-olah menggamit senyuman, bukan kedurjanaan.

Beberapa buah khemah empat persegi siap didirikan. Barangkali caj khemah inilah yang memakan lima junaih setiap seorang. Khemah yang terpasak besi karat itu berkocak bagai mahu tercabut bila hebat ditampar angin. Namun, ia tetap saja membahagiakan tubuh manusia. Alangkah, saat terik mentari, si bayu pula mengipas-ngipas. Tak terkata enaknya.

Sebelum saya mencampakkan tubuh ke dasar pinggir lautan, saya bersandar menahan kantuk. Beberapa butir kata menjadi penawar mata terkatup. Bayangkan, bertolak jam 2 pagi tanpa tidur lena yang cukup, apakah memungkinkan mata tabah dari terlena?

Beberapa orang teman akur pada godaan mata. Mereka terdampar bertilamkan pepasir kering, beratapkan secalit kain khemah jalur-jalur. Saya terus menukar pakaian, dan berlari-lari anak tanpa mempedulikan mata-mata janggal melihat. Biarpun janggal, tetapi mereka mesra mengajak berbicara.

Kedebush!! Kecipaknya memercik wajah dan seluruh tubuh.

Kesan tiga kali berendam dan menyelam, kulit diwarnai tompok-tompok hitam hasil panahan matahari. Badan juga terbelenggu rasa lenguh. Bukan senang juga ya mahu mempraktikkan amalan sahabat Rasulullah SAW – belajar berenang.

MANUSIALAH, BUKAN TEMPAT

Biarpun pantai itu adalah Dahab, atau Iskandariah, Sham El-Syeikh, Gamasah, Dumyat, Baltiem mahupun pantai Agiba, Matruh – ia tidak pernah merosakkan manusia. Manusia yang gemar mencemar panoramanya baik pada pandangan zahir mahupun batini.

Mujurlah Ra’sul Sidr ini tidak ada adegan ‘pelik-pelik’. Tontonannya hanya sekadar kelompok-kelompok keluarga warga tempatan yang berkelah. Anak-anak kecil sahaja yang menyarung pakaian bikini, bukan golongan dewasa yang punya aqal dan hati.

Malah ada sumber mengatakan, terdapat juga pantai sebelah barat dan negara tak punya agama, mereka biasa bertelanjang di tempat umum begitu. Tidak cukup bertelanjang, diadakan juga pesta-pesta yang mencabar hukum Tuhan dan kalam!

Apakah Malaysia juga sudah punya ciri-ciri begitu? Bagaimana pantai Langkawi? Port Dickson? Chendering? Tanjung Aru?

Saya bimbang gunung-gunung Tsunami menerkam ganas kembali.

1.00AM, 13 Julai 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Paderi Kristian Kaji Ilmu Islam?
Pameran Buku Antarabangsa Kaherah (Ma’rad al-Qahirah ad-Dauli Lil kitab) diadakan setiap tahun bermula Januari sehingga Februari. Justeru, pembekal mahupun syarikat-syarikat buku tidak melepaskan peluang untuk menyertai pameran buku ini serta mempamerkan produk-produk ilmiah mereka.

Kepelbagaian manusia yang datang itu bermacam-macam. Ada yang mahu membeli, ada yang datang melihat-lihat, ada yang sekadar memenuhi kalendar tahunan mereka bersama keluarga tersayang.

Bagi kami mahasiswa dan mahasiswi al-Azhar ataupun pelajar perubatan, tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk berkunjung ke sana. Biarpun jarak Kaherah berbanding wilayah lain – Tanta, Mansurah, Iskandariah, Damanhur, Zaqaziq, Shibin El-Kom, Dumyat dan Tafahana agak jauh, ia tetap tidak menghalangi kami berbondong-bondong ke sana.

Suatu saat, sedang saya membelek kitab di penjuru bilik pameran Pustaka Darus Salam. Tiba-tiba muncul seorang lelaki berjubah hitam. Tengkuknya jelas kelihatan seutas rantai, dan bersimbolkan salib besar di hadapannya. Mata menyeluruhi gerak-gerinya seketika.

“Paderi Kristian..” Hati berbisik sambil mengelih ke arahnya. Tangannya membelek-belek sebuah buku tebal setebal kamus alih bahasa. Saya terus mengamati dalam diam.

“Ermm, kitab sejarah Islam karangan cendiakawan Islam rupanya.” Saya terkilat sejenak. Sememangnya diakui, orientalis dan pendakyah kristian tidak leka dalam merencanakan agenda mereka saban waktu. Mereka rajin berusaha untuk mengkaji dan mendalami kitab ilmu-ilmu Islam, dengan tujuan dijadikan bekalan hujah balas untuk berdepan golongan cendikiawan dan ulama’ Islam khususnya. Bahkan, sudah diketahui umum, di Kota Kaherah sendiri terdapat berpuluh-puluh buah Universiti yang dibiayai oleh para orientalis luar dan dalam.

Keperihalan itu mengingatkan saya tentang kisah armada perang yang diketuai oleh seorang panglima empayar Perancis suatu ketika dahulu. Napoleon Bonaparte. Dahulu sewaktu Napoleon Bonaparte cuba menyerang Mesir, dia telah mengirimkan dua buah kapal. Kapal pertama dipenuhi pemikir-pemikir barat yang telah mengetahui selok-belok tentang agama Islam. Tujuannya adalah untuk menyerang umat Islam secara melalui cara fikir – Ghazwatul fikri (peperangan pemikiran). Kapal kedua pula, dipenuhi barisan tentera-tentera perang untuk menyerang umat Islam secara fizikal – peperangan biasa.

Akhirnya, Napoleon Bonaparte mampu menakluk Mesir dan menguasai wilayah-wilayah Mesir. Akan tetapi bukan itu sahaja, dia juga Berjaya memetakan serta mencorakkan pemikiran umat Islam di Mesir. Penjajahan ini menatijahkan, pemisahan Negara Mesir daripada empayar besar Khilafah Uthmaniyyah, Turki.

Bermula titik tolak dari situlah, mereka tidak pernah sunyi menyerang para pemikir Islam yang dinaungi oleh Universiti al-Azhar sehingga kini. Malah, pusat-pusat pengajian tinggi berfahaman barat dan orientalis turut didirikan bagi mengimbangi arus deras ulama’ Islam di ardul Kinanah.

Pernah berlaku suatu ketika dahulu di Mesir, seorang paderi bernama Samuel Zwimmer telah menyamar sebagai mahasiswa pengajian Islam di Universiti al-Azhar Kaherah. Paderi itu juga merupakan salah seorang ahli gerakan Missionari dan fasih berbahasa Arab. Kesempatan itu, dia telah merencanakan propagandanya dengan menyebarkan risalah-risalah berunsur fitnah hingga memecah belahkan serta menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam!

LUASNYA ILMU ALLAH

“Memang besar sungguh pameran kitab ini, kalah Malaysia..” Seorang rakan bersuara.

“Itulah, kaki ana dah lenguh tak larat jalan… Berapa kali pusing, bila tengok ma’rad sebesar  ini rasa terlalu banyak ilmu para ulama’ Islam dan cendikiawan seluruh dunia. Itu belum masuk book fair dekat Amerika ke, dekat United Kingdomke..” Saya menyampuk.

“Agaknya ada tak manusia yang boleh habiskan baca semua kitab sebesar ma’rad ini?” Soal saya pula. Masing-masing terkelu. Khali. Perjalanan daripada bilik pameran Solah Sittah diteruskan menuju ke bilik pameran milik Pustaka Darus Salam.

Memang agak luas, besar dan terlalu banyak buku-buku yang dipamerkan. Apabila memerhati deretan kitab yang tersusun di rak-rak pameran, tergambar di fikiran betapa luasnya ilmu Allah SWT, tidak terhitung nilaian manusia.  Maha Suci Allah yang memiliki seluas lautan ilmu, dari timur ke barat, dari utara ke selatan merentasi sempadan-sempadan geografi benua seluruhnya. Ilmu yang kita miliki ini, barangkali tidak layak untuk disamakan dengan zarah sekalipun.

Duhai, atas alasan apakah untuk kita mendabik dada bahawa kita memiliki keajaiban ilmu yang tinggi? Sedangkan Allah SWT Maha memadamkan ilmu yang kita miliki itu sekelip mata sahaja. Bersyukurlah, berdoalah, semoga Allah SWT sentiasa menganugerahkan kita semua dengan limpahan ilmu dan rahmat-Nya.

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. (Al-Kahfi: 109)

Langit persih tanpa awan yang bergumpal. Baki angin musim sejuk masih setia berhembus. Perut pula rancak berbunyi menginginkan sedikit makanan. Sementelah, seharian tidak menjamah nasi. Tengahari itu sempat saya berehat menjamu selera di café bersama rakan-rakan. Roti Shawarma menjadi santapan menggantikan sepinggan nasi.

4:26 PM, 6 Februari 2009 (Edit 4 Julai 2010),

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Jangan Terlalu Skeptik Pada Aliran Tasawwuf
MASJID SYEIKH SAYYID AHMAD AL-BADAWI

Masjid besar yang tersergam gah lagi indah di tengah bandar Tanta itu telah menjadi simbolik bagi warga Tanta berkurun lamanya. Semenjak Islam bertapak di bumi Badawi ini lagi, ia telah melalui sejarah perjalanan yang panjang. Rona-rona derita berbaur suka yang menyelubungi warga Badawi seakan-akan disaksikan oleh kubah besar dan menara-menara Masjid Badawi.

Hebatnya masjid itu bukan terletak pada pintu gerbang yang terukir, atau bongkah batu empat segi yang tersusun ataupun pada hiasan kandil yang bergemerlapan pada bumbung masjid.

Tetapi hebat masjid tersebut kerana bersemadi di bawah kubah kuning cair itu sebuah maqam seorang wali Allah SWT yang berketurunan Rasulullah SAW. Kemahsyurannya seolah-olah memanggil seluruh warga Mesir untuk menziarahinya saban waktu tak mengira hari dan tahun yang berlalu. Setiap detik, ada saja rakyat marhean yang mengunjungi masjid dan maqam beliau.

Wali Allah SWT itu bernama Syeikh Sayyid Ahmad al-Badawi al-Husaini r.a atau lebih dikenali warga tempatan dengan gelaran Syeikh Ahmad Badawi. Menurut rujukan sejarah, beliau juga terkenal dengan beberapa gelaran antaranya; Syihabuddin, Abi al-Fityan, al-Attab dan lain-lain lagi.

Kisah kehebatan Syeikh Sayyid Ahmad al-Badawi menentang penjajah Tentera Salib menggamit rasa kagum untuk diteliti. Pernah suatu ketika, beliau dengan gagah dan beraninya telah berjaya membebaskan tawanan yang terdiri dari kalangan orang-orang Islam daripada cengkaman penjajah Salibiyyah menyebabkan namanya harum mewangi. Beliau diangkat menjadi pahlawan terulung oleh masyarakat setempat.

Kehebatan dan kemahsyuran beliau telah menyebabkan para musuhnya merasa terlalu dengki dan berdendam. Lalu penjajah barat yang terdiri dari kalangan orientalis berusaha mencemar dan memburukkan namanya dikalangan umat Islam dengan menggambarkan pelbagai imej buruk. Kedengkian itu bertambah parah bila golongan penjajah ini mendapat tentangan hebat dari Syeikh Sayyid Ahmad al-Badawi dan pengikut-pengikutnya. Mereka lantas melabelkan tareqat yang dibawa beliau – Tareqat al-Ahmadiah adalah bertaraf rendah (representative of the lower type of devershies).

MAJLIS ILMU DAN ZIKIR

Dahulu seusai solat jumaat, pasti akan kedengaran suara Syeikh Dr. Judah memberikan kalam mutiara kepada kami khususnya warga mahasiswa Universiti al-Azhar Tanta. Mutiara tafsir al-Quran itu jelas dan berisi dengan ilmu berharga untuk dijadikan bekalan dan pedoman hidup dunia dan akhirat.

Namun begitu, majlis itu telah terhenti setelah Syeikh Dr. Judah diberi jawatan dalam pentadbiran al-Azhar Tanta, sekali gus menyebabkan ruang masa untuk menyampaikan kuliah tafsir agak terhad.

Pada hari jumaat juga, selepas kuliah tafsir berlangsung, para pendiri tariqat dan ahli tasawuf berkumpul mengikut kumpulan-kumpulan tertentu. Lalu ketua mereka akan memulakan upacara zikir dan selawat diikuti oleh gema suara pengikut-pengikut lainnya. Saya hanya duduk memerhati di sisi. Sesekali sempat juga merakamkan beberapa keping gambar untuk disisipkan ke dalam kantung memori hidup.

Hati disentak rasa teruja apabila terpandang pada sosok tubuh sebuah kumpulan tariqah yang aktif berputar-putar sambil mulut terkumat kamit membacakan sesuatu. Terbayang difikiran saya akan kumpulan sufi di Negara bekas empayar Uthmaniyyah – Turki.

Barangkali kumpulan-kumpulan zikir beginilah yang selalu diperkatakan oleh gerakan salafi di Mesir sebagaimana yang saya jelaskan dalam penulisan sebelum ini. Ruang lingkup pertembungannya adalah kerana isu BID’AH.

Syeikh Abd ar-Rasyid Redha pernah berkata: “Saling bantu-membantu antara kita dalam menegakkan perkara yang kita sepakati dan saling bertolak ansur dan bermaafan antara kita dalam perkara khilafiyyah.”

JANGAN MUDAH MELABEL

Faktanya, Syeikh Sayyid Ahmad al-Badawi juga adalah salah seorang pengasas Tareqat kesufian – Tareqat al-Ahmadiah atau dikenali dengan nama Tareqat al-Badawiah. Sedangkan dia juga adalah seorang wali Allah SWT dari silsilah keturunan cucu Rasulullah SAW – Saidina Husain r.a.

Justeru, berhati-hatilah dalam meletakkan hukum KUFUR ataupun melabelkan HARAM kepada para ulama’ mahupun wali Allah SWT yang sepanjang hidupnya bergelumang dengan kesufian – tasawuf. Selidiki kesohihannya terlebih dahulu, sebelum menolak keseluruhan tarekat itu. Barangkali jika tidak diselidiki, memungkinkan berlaku fitnah di hari kemudian.

Mungkin kita tidak sedar, yang nampak buruk pada pandangan kita itu adalah suci disisi Allah Ta’ala dan yang kelihatan janggal pada sisi nilaian kita itu sebenarnya adalah tertinggi darjatnya pada nilaian Allah SWT. Usah terburu nafsu, gunakanlah neracanya dengan ilmu.

“Sesiapa yang berat timbangan amalannya, maka ia ditempatkan di dalam kehidupan yang senang-lenang (Syurga) dan sesiapa yang ringan timbangan amalannya, maka tempat kembalinya ialah Neraka Hawiah.” (Al-Qari’ah: 6-8)

Sesungguhnya, dalam hitungan amal kebajikan manusia itu segalanya adalah milik Allah SWT semata-mata. Hatta sekecil biji sawi sekalipun, DIAlah yang berhak menentukan samaada redha dan rahmat Allah SWT menaungi umat manusia seluruhnya.

“Dan Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil (untuk menimbangkan amalan makhluk) pada hari Qiamat, maka tidak ada diri sesiapa pun yang akan teraniaya sedikit pun, dan jika amalannya itu seberat biji sawi sekalipun, nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang) dan cukuplah Kami sebagai penghitung.” (Al-Anbiya’: 47)

MASJID RAKYAT

Pernah suatu ketika, sedang kami ralit berhalaqah di dalam Masjid Syeikh Sayyid Ahmad al-Badawi . Tiba-tiba terpandang kelibat seorang lelaki berlari-lari di dalam masjid sambil tangannya memegang karung plastik. Dia menghulurkan beberapa biji manisan buat pengunjung yang khusyuk beriktikaf. Kami juga menerima manisan itu. Terkadang ada juga yang menghulurkan makanan berupa nasi atau roti bersama ketulan daging rebus.

Pendek kata, masjid itu persis tempat persinggahan rakyat jelata. Ada yang datang beriktikaf, beribadah, berkelah, berziarah mahupun perjumpaan kaum keluarga. Masjid tidak kaku membisu, saban waktu ada manusia mengimarahkan suasana.

Gerbang masjid senantiasa terbuka menerima tetamu bermula selepas subuh sehingga selepas solat Isya’. Sesiapa sahaja dibenarkan menjadi sebahagian ahli masjid tanpa perlu mendapat keizinan pemilik masjid. Kerana di dalam masjid itu bersemadi wali Allah SWT yang juga berjiwa rakyat, maka masjid itu turut mewarisi sifat yang sama.

JASA SYEIKH SAYYID AHMAD BADAWI

Saat hayat dikandung badan, Syeikh Sayyid Ahmad Badawi selalu dikerumuni manusia dari segenap pelusuk. Mereka datang semata-mata mahu menuntut ilmu agama daripadanya. Antara ilmu yang diajarkan oleh beliau ialah ilmu tasawuf, ilmu syariat dan ilmu-ilmu berkaitan sunnah Rasulullah SAW – adab dan qudwah Baginda SAW. Penekanan dalam menghidupkan sunnah begitu dititik-beratkan beliau kepada pengikut-pengikutnya.

Atas sutuh (loteng) bangunan di bandar Tanta menjadi tempat kediamannya selama lebih kurang dua belas tahun. Di situlah segala aktiviti keilmuan, perbincangan ilmiah bersama ulama’-ulama’, pengajian agama, tareqat kesufian dan sebaran dakwah agama Islam rancak dilakukan.

Tertarik dengan untaian mutiara kata Syeikh Sayyid Ahmad Badawi yang ditulis pencatat silam, antaranya:

“Sesungguhnya orang-orang miskin itu seperti pokok zaitun, setengahnya lemah, sesetengahnya besar (kuat), siapa yang tidak mempunyai minyak, akulah minyak itu.” (Aqtab at-Tasawwuf as-Sayyid Ahmad al-Badawi Radiallahhu anhu, al-Imam Akbar Doktor Abdul Halim Mahmud, muka surat 43)

SubhanAllah, Maha Suci Allah Yang Maha mengangkat ketinggian darjat makhluk!

4:23PM, 2 Julai 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Bid’ah Di Maqam Wali Allah?
Acapkali melalui lorong sesak lagi menyesakkan itu, kaki cepat melangkah tanpa berlengah. Sesekali mata mengelih pada deretan penjaja jalanan yang menarik perhatian pengunjung dengan pelbagai reaksi spontan.

Ada jubah lelaki dan wanita bergantungan melintangi jalan. Jihat kanan kedapatan penjaja kurma basah lagi melekit – setimbun di atas roda kayu kuno. Sebelah kiri terhampar pakaian wanita dan kanak-kanak pelbagai rupa dan aneka warna. Tak lupa gendang kulit kambing, alatan pinggan mangkuk, buah-buahan tempatan, hiasan dalaman rumah dan syisya’ diperdagangkan.

Sekali memandang suasana, saya seperti terlontar ke zaman arab badawi silam. Cuma yang membezakan tatkala menelinga lagu joget berentak padang pasir pada putaran keset. Lagu ini bernada rancak menyentak anggota badan untuk bergetar menari. Namun, ia tak menggugah nafsu untuk melangkah ke situ.

Suasana bertambah sesak dengan suara manusia bila riuh-rendah penjual, pembeli, bunyi hon dan dendangan lagu menyatu. Lengkap bersepadu menjadi sebuah irama yang tak mampu dibeli mata wang. Kerana keadaan ini perlu dirasai anggota tubuh sendiri.

“Ayyi hagah begenih, ayyi hagah begenih!” Jerit penjual barangan dapur membingitkan suasana. Kebanyakkannya adalah buatan Negara China. Wajarlah harganya sangat murah – setanding kualiti.

Lorong-lorong pasar siang yang kaya dengan hasil dagangan warga Mesir itu senantiasa membangkitkan kemeriahan pesisir Masjid Badawi. Pendek kata, manusia tak pernah sunyi bersama binaan Masjid Badawi yang penuh lagenda itu. Khazanah tetap terpelihara. Yang membezakan ialah manusia bersilih ganti datang dan pergi.

Kaki lantas memacu ke kanan lorong menghantar saya betul-betul berada di hadapan pintu gerbang masjid. Bawah tempurung binaan kuning cair itu, aneka ragam manusia bertenggek. Terdapat beberapa kelompok manusia di sana. Ada yang bersama keluarga, ada yang bersendirian dan ada juga yang kerjanya adalah penjaga gerbang – si polis.

Bagi yang berkeluarga, mereka jadikan dataran halaman depan masjid sebagai pantai berkelah. Siap berbekal makanan ruji. Bau ikan pekasam ala Mesir dan Roti Ei’sh menusuk ke dalam deria hidu. Entahlah, terkadang yang berbau tengik itu lebih lazat daripada biasa. Teringat saya pada hasil produk masyarakat melayu seperti budu, belacan, cencaluk dan ikan pekasam. Semuanya berbau tengik, tetapi warga melayu tidak menghukumkannya sebagai perosak selera.

Setapak melangkah ke dalam masjid, si penjaga capal dan sepatu siap-siaga menunggu. Jika mahu tinggalkan sepatu, hulurkanlah barang serubu’ dua matawang Junaih Mesir.

INI ADALAH BID’AH

“Assalamualaikum ya ahli bait..” Ucapan salam tanda hormat menjadi muqaddimah utama. Wali Allah ini adalah tinggi martabatnya di sisi Allah SWT, lebih-lebih lagi ianya berketurunan Rasulullah SAW. Tidaklah bersalahan dengan nas memberi salam kepada penghuni kubur. Ini jelas diterangkan dalam Sahih Muslim yang dilaporkan oleh Buraidah r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Terjemahan: “Assalamualaikum, aku memohon kepada Allah agar memberikan kesejahteraan kepada kami dan kepada kamu sekalian.”

Begitu juga di dalam Musnad Imam Ahmad Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi SAW mengajar Saidatina ‘Aisyah r.anha berdoa ketika menziarahi kawasan kubur Baqi’:

Terjemahan: “Assalamualaikum penghuni kubur, daripada kalangan orang-orang mukmin dan orang-orang muslim, mudah-mudahan Allah merahmati orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian daripada kita, dan InshaAllah kami sesungguhnya akan mengikuti jejak kamu semua.”

Sebelah kiri pintu masuk, tersergam indah maqam berneonkan silauan hijau. Penuh sesak manusia di sekelilingnya. Bagi pengunjung tempatan, mungkin hadirnya mereka sekadar menunaikan ibadah rutin sebagaimana biasa. Manakalah bagi yang datang dari kejauhan, menziarahi maqam wali Allah Syeikh Said Ahmad al-Badawi r.a adalah kemestian.

“Kenapa pelajar Maleziyyin selalu ke Masjid Badawi?” Tanya seorang pemuda arab Mesir.

“Berdoa dan boleh bertawassul.” Teman pantas menjawab.

“Kenapa tak doa terus kepada Allah? Bid’ah tu, haram.” Tambahnya lagi. Cepat benar manusia sekarang meletakkan hukum.

Ya, isu ini tidak pernah hilang dibicarakan ramai orang. Malah wujud sekelompak manusia yang mengaku Salafi (juga Wahabi) dan berhujjah mengatakan bahawa bertawassul di maqam auliya’ (berdoa untuk mendekatkan diri pada Allah di maqam wali Allah) ia adalah bid’ah. Mereka tidak pernah sunyi daripada menimbulkan kontroversi di celah-celah masyarakat. Hasilnya perbalahan tidak pernah selesai, tetapi menatijahkan perpecahan di kalangan umat Islam pula.

Sebenarnya dalam masalah ini, sudah pun diperjelaskan secara panjang lebar serta dibahaskan oleh para ulama’ terdahulu dan cendikiawan Islam kini. Bukan letak duduk masalah pada bida’ah itu, tetapi pada kesilapan umat Islam mencerna kefahaman dan mengorek khazanah silam itu sebagai satu kaedah menjernihkan pemikiran yang keruh. Atas kesilapan itu, umat Islam terbelenggu dengan perselisihan faham isu kecil yang tak pernah terhenti. Walhal ianya sudah jelas.

Kitab Tahzib al-Tahzib ada menterjemahkan riwayat Yahya bin Yahya al-Naisaburi dengan nukilan daripada kitab Tarikh Naisaburi yang dikarang oleh al-Hakim, dia berkata:

“Aku mendengar Abu Ali al-Naisaburi berkata: Pada suatu ketika aku berada di dalam keserabutan, lalu aku bermimpi Rasulullah SAW seolah-olah baginda berkata kepadaku;

“Pergilah ke kubur Yahya dan beristighfar serta berdoalah nescaya akan ditunaikan hajatmu.”

Maka setelah bangun daripada tidur, aku pun terus melakukan apa yang dicakapkan oleh Nabi SAW. Lalu dikabulkan permintaanku oleh Allah Ta’ala.” (Tahzib al-Tahzib 11/299)

Begitu juga dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’ ketika menterjemahkan cerita Sayyidah Nafisah, berkata Imam al-Zahabi:

“Diriwayatkan bahawa Sayyidah Nafisah adalah seorang yang solehah dan kuat beribadat, doa mudah dimakbulkan di kuburnya, di kubur-kubur para nabi dan orang-orang soleh, di masjid-masjid, di  Arafah, di  Muzdalifah, di dalam permusafiran, dalam solat, di waktu suhur, doa daripada ibu bapa, doa orang yang berjauhan untuk saudaranya, doa orang berada di dalam kesusahan, di kubur orang-orang yang diazab dan juga pada setiap waktu berdasarkan firman Allah SWT:

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (Al-Mukmin: 60)

Lantas, apakah kehancuran dan perpecahan umat Islam lebih engkau redhai hanya semata-mata kerana masalah DOA?

4:01AM, 16 Mei 2010.

Siberbay, Tanta.