Faridrashidi.Com » Isu Semasa

Sekadar Itukah Menghayati Maulidur Rasul?
Kita menitipkan kata bahawa cintakan Allah SWT.

Kita mengukir coretan bahawa sayangkan Rasulullah SAW.

Kita. Ya kita semua selalu menyebut bahawa sayangkan Islam.

Lantas, bila tibanya tahun Hijrah. Kita sambut. Kita adakan majlis besar-besaran. Kita meriahkan dengan aneka ragam hiburan baik melalui medium infiniti atau realiti. Yang bagus-bagus, diberinya tokoh Maal Hijrah, diberi pangkat segala macam rupa.

Muncul pula Maulidur Rasul. Bergeger sana-sini mahu menghayati Sunnah Rasulullah SAW katanya. Berarak sana-sini membawa sepanduk cintakan Nabi SAW. Hakikatnya, ia hanyalah sekadar sepanduk. Retorik semata-mata.

Selesai majlis tersebut, segala mak nenek maksiat terhambur bagai hilang lenyap sambutan menghayati perjuangan Rasulullah SAW. Saban tahun begitulah yang bakal terjadi. Akhirnya umat Islam mundur, lemah dan sangat sekular hidupnya. Sebab itulah jangan terkejut seandainya kita terjumpa perempuan memakai skirt paras lutut tetapi bertudung. Seorang Pak Cik berkopiah dengan selambanya masuk membeli Sport Toto (Main judi).

Umat Islam Dibantai

Tidak cukup umat Islam dibantai rejim zionis di Palestin, tentera dajjal Amerika di Iraq dan Afghanistan. Kini umat Islam sesama sendiri bercakaran. Kerana tamakkan kuasa dan segala harta, mereka sanggup membunuh saudara sendiri. Inilah yang telah berlaku di Mesir, Algeria, Libya, Yaman, Uzbekistan dan Syria.

Pemerintah di negara-negara ini bukanlah dikuasai golongan kuffar, tetapi orang yang mengaku dirinya Islam. Apakah kita masih senang menyambut kelahiran Baginda SAW tanpa rasa terseksa ulu hati melihat pembantaian ini? Bahkan Rasulullah SAW sangat membenci umatnya bercakaran sesama sendiri, membunuh jiwa tidak berdosa.

Kerana itulah, Baginda SAW berat untuk meninggalkan kita dahulu. Dia tetap mengingati kita walaupun jaraknya beribu tahun dan dia tetap menyebut umatnya. Ayuh, mari sama-sama praktikkan sunnah kecil dan besar tinggalan Rasulullah SAW.

“If you have time to whine and complain about something then you have the time to do something about it.”

Ummati, ummati, ummati.

“Ya Rabb, masukkanlah kami dalam golongan umat Nabi Muhammad SAW yang memperolehi syafaatnya. Ampuni kami Ya Allah.”

1:26PM, 6 Februari 2012,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Bersih 2.0: Sudah Cukup Bersihkah Sistem Kotor Itu?
Riuh rendah media sudah beransur hilang. Kempen sana-sini sudah lenyap diganti kembali siaran hiburan seperti sebelum ini. Rakyat juga kembali bertenang setelah berlalunya hari bertarikh 9 Julai 2011. Masing-masing buat kerja sendiri kembali. Barangkali peniaga-peniaga di sekitar KL sudah kembali mengumpul untung selepas bengang ‘dikacau’.

Alhasil, sehari telah berlalu, tetapi pelbagai pihak mahu merumuskan sesuatu intipati yang dikutip daripada perhimpunan Bersih. Ada yang mengatakan pihak Bersih telah berjaya, pihak kerajaan gagal. Tak kurang juga ada yang mendabik dada bahawa polis berjaya mengawal segala, dan pihak Bersih mengalami kegagalan.

Sebagai penyedap rasa, mereka meletakkan anggaran sendiri bahawa kehadiran penyokong Bersih hanya dalam lingkungan 6,000 sahaja. Dan ini dinafikan pihak pembangkang dengan katanya jumlah keseluruhan mencecah puluhan ribu.

Hakikatnya, saya tidak berminat untuk tahu semua itu. Kalaupun ingin tahu, hanya sekadar mengambil fakta. Saya percaya dan yakin, arus media tidak pernah adil dalam menyebarkan berita jika ada kaitan dengan pembangkang. Mereka lebih suka mengampu pemerintah berbanding telus membicarakan sesuatu.

Jelmaan Revolusi Mesir?

Jujur saya katakan, saya kurang gemar jika kita membuat rumusan sebegitu. Ia amat jauh dan berbeza bagai langit dan bumi. Sebabnya kita sudah jauh ditinggalkan mereka. Rakyat Mesir bangkit sehingga pemerintah mereka jatuh tersungkur. Segala gerak-kerja kerajaan Mesir terbantut.

Sedangkan rakyat Malaysia yang bergabung dalam kelompok Bersih itu lebih bermatlamatkan mahu membersihkan anasir kotor dalam pilihanraya. Selebihnya bergantung kepada niat masing-masing ketika berdemo. Bukan bermatlamat mahu menumbangkan kerajaan sekaligus.

Sumber gambar

Maka, sukar untuk kita menyamakan Bersih itu adalah jelmaan revolusi Mesir. Tetapi realitinya, media kerajaan selalu berusaha menggambarkan perhimpunan 9 Julai berpaksikan niat seperti itu.

Cuma, saya mahu kepastian sebenar, apakah konklusi yang diperolehi hasil perhimpunan Bersih 2.0? Adakah ada perubahan besar kepada negara? Atau ada sesuatu agenda sudah berjaya?

Kalau sekadar menghantar memorandum kepada Sultan, ini belum dikira kejayaan 100%. Sebab kejayaan seperti itu, tidak diperlukan untuk kita berdemo. Ataukah kejayaan menunjukkan sejumlah majoriti rakyat menyokong perjuangan pembangkang? Kalau begitu maksudnya, itu belum menunjukkan kejayaan sebenar juga. Kerana kebanyakkan program anjuran pembangkang sememangnya dihadiri jumlah majoriti besar rakyat. Walhal dalam pilihanraya kerajaan tetap berjaya menyapu bersih kerusi untuk membentuk kerajaan walaupun ceramah UMNO biasanya dihadiri tak kurang 100 peserta sahaja.

Ini kerana ia belum cukup untuk kita membayar modal nyawa peserta yang meninggal dunia, dan membayar darah yang tertumpah dibelasah pengampu negara.

Walauapapun yang anda inginkan, walauapajua niat yang dipasakkan, sekiranya kita menyokong kerajaan demi mempertahankan sistem kufur, dan berdemo menentang kerajaan demi menegakkan sistem kufur maka tiadalah bezanya perjuangan itu.

Mana mungkin baju bersih boleh bercampur pakaian kotor, dan kita pantas membuat rumusan yang KOTOR itu adalah BERSIH. Kita bijak menentukannya.

12:10, 11 Julai 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Rebiu: Filem Valley Of The Wolves Palestine
<object width="560" height="349"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/ovnhXDNH4rw?fs=1&hl=en_US&rel=0" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="349" src="http://www.youtube.com/v/ovnhXDNH4rw?fs=1&hl=en_US&rel=0" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always"></embed></object>

Dari komentar yang berlabun, geger mengatakan filem ini menarik. Maka, akibat tertariknya saya pada ulasan mereka, lantas saya cuba menggagahi untuk menonton cerita baru ini.

Filem ini bertajuk “Valley Of The Wolves Palestine”. Di permulaan cerita ada babak kisah benar yang berlaku iaitu serangan banjingan jijik bergelar Israel membantai para utusan ke Ghazzah menerusi misi Freedom Flotilla lepas. Tetapi penayangan babak itu hanyalah sekadar memberi faham babak-babak seterusnya.

Saya gesit teruja untuk menonton hingga habis.

Alangkah Indah Jika Realiti

Kalau mahu ikutkan hati, sudah saya menggelinjangkan diri gembira disulami airmata duka tatkala menghabisi cerita ini. Sebab filem ini mengisahkan hanya 3 orang hero utusan kerajaan Turki dan seorang warga Palestin berusaha merobek jeriji besi Yahudi Israel sehingga berjaya mencapai kejayaan. Bukankah sesuatu yang membanggakan?

Sementelahan mereka menabrak kubu kuat Israel dan berjaya membebaskan rakyat Palestin. Cerita ini betul-betul memberi semangat untuk umat Islam terus berjuang membebaskan Palestin. Ia bukan filem klise yang hangat di pasaran Malaysia saat ini. Ia bukan filem sumpahan khurafat – yang menampilkan ‘hantu’ sebagai hero pelaris, atau filem komedi ala-ala Maharaja Lawak.

Tetapi ia lebih dari itu. Filem ini membawa mesej berat lagi sarat. Bukan sekadar hebatnya hero menerobos kubu kuat mereka; atau cekapnya kemahiran menembak mereka; atau dahsyatnya bom fosforus Israel. Filem menjiwai perjuangan rakyat Palestin khususnya, umat Islam umumnya selama berdekad-dekad daripada cengkaman Yahudi Laknatullah.

Bak kata heronya: “Aku bukan datang ke Israel, tetapi aku datang ke Palestin.” Setelah di soal askar Yahudi atas tujuan sebenar bertandang ke Tanah Suci ketiga itu.

Dan kita sebenarnya memang menantikan kegemilangan dan kejayaan itu. Kalau kerana filem itu kita sudah mampu berbangga, namun ia hanyalah pada fantasi sahaja. Bukan menjadi realiti.

Percaya dan yakinlah, bahawa akan ada hero Islam membebaskan Baitulmaqdis – jika kita sama-sama berusaha membikin kerangka gemilang itu.

Pastinya janji Allah dan RasulNya adalah benar.

“Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian..” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

8:08PM, 29 Mei 2011,

Ketengah Jaya, Terengganu.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Lambakan Kuantiti Doktor Yang Tidak Berkualiti?
KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menghentikan kursus baharu perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mampu membendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran ketika ini.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. David Quek Kwang Leng berkata, masalah tersebut berpunca daripada kewujudan banyak IPT yang menawarkan pelbagai kursus perubatan. Beliau berkata, pertambahan jumlah kursus perubatan itu menyebabkan pelajar bebas memilih kursus dengan kos yang rendah pula. – Kosmo 7 Mei 2011.

Itu perkhabaran yang terpamer di dada akhbar negara tempohari.

Manakala khabar dari bumi Kinanah mengatakan bahawa akan diadakan suatu pertandingan nyanyian yang disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi Perubatan. Pertandingan itu diberi gelar Medic’s Got Talent 2011.

Maknanya, selepas mereka berjaya menamatkan pengajian di sana, mereka akan terjun ke dalam dunia kedoktoran. Sudah semestinya mereka akan menjadi doktor merawat para pesakit pula.

Nah, di sini wujud kecelaruan identiti serius di kalangan pelajar Perubatan yang membikin dan mengimarahkan aneka ragam gejala sosial di bumi Anbiya’ itu. Mereka telah lupa bahawa mereka antara golongan yang diharapkan oleh masyarakat.

Masyarakat memandang mereka dengan harapan kelak akan membantu umat Malaysia dalam menangani masalah kekurangan doktor atau pembantu perubatan. Masyarakat melihat mereka dengan harapan mereka akan menjadi doktor yang berhemah tinggi, berakhlak mulia, profesional, berkualiti, bukannya menjadi artis atau penyanyi.

Sedangkan budaya hedonisme, nyanyian dan artis terlalu muak untuk masyarakat hadam. Sangat banyak dan menyesakkan!

Andainya, perkara negatif sebegitu menjadi makanan harian mereka, maka diruang manakah kita mahu mengatakan doktor sebegitu adalah yang berkualiti?

Tujuan Pendidikan Dalam Islam

Islam sama sekali tidak menyanggah umatnya agar mempelajari ilmu selain berkaitan pengajian Islam. Belajarlah, kerana itu merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam, dan akan menjadi wajib sekiranya tidak ada umat Islam yang mempelajarinya.

Pada hakikatnya ilmu pengetahuan itu terdiri dari dua perkara; iaitu pengetahuan yang dapat dikembangkan akal fikiran manusia, sehingga ia dapat menentukan suatu tindakan (aksi) tertentu, dan pengetahuan mengenai perbuatan itu sendiri. Maka setiap ilmu pengetahuan itu tercakup daripada salah satu dari dua perkara itu.

Adanya Akal Sebagai Pembeza Dengan Manusia Tidak Berakal

Kita dianugerahkan Allah Ta’ala akal untuk berfikir. Dengan akal, kita berbeza berbanding haiwan dan golongan manusia yang tidak berakal. Akal adalah anugerah berharga yang dimilik manusia.

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah: 269)

Lafaz ulul albab dalam ayat di atas diertikan sebagai Dzawul Uquul, maksudnya orang-orang yang berakal.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.” (Al-Maidah: 100)

Terlalu banyak firman Allah SWT mengenai perihal akal manusia. Tujuannya tidak lain tidak bukan supaya kita dapat berfikir dengan jernih, mengapa akal ini diciptakan kepada manusia. Dengan akal, manusia dapar berfikir dan merenung keesaan Allah Ta’ala sehingga dapat membuahkan keimanan kepada-Nya, terhadap keesaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan keagungan-Nya. Di sinilah peranan akal manusia, yang dapat menghantar insan menuju ketauhidan kepada Allah SWT.

Maka, sebagai pengamal perubatan yang baik dan berilmu pengetahuan luas, tentunya mereka dapat memaksimumkan akal fikiran agar setiap perbuatan terarah hanya semata kepada Allah SWT. Mereka tentu akan berfikir bagaimana mahu mengembangkan ilmu pengetahuan beriringan akal yang baik. Hadiah buat umat.

Jika mereka tidak memaksimumkan akal fikiran sebaik mungkin, pastinya kedudukan dan martabat mereka sama seperti golongan jahil yang tidak berakal. Kerana itu Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Al-Mujadalah: 11)

Mengapa Wajib Menjadi Berkualiti, Berbanding Kuantiti?

Suka untuk saya kutip kembali kata-kata nasihat daripada Dr.Hamdi Mas’ud dalam kitabnya Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta’alim al-Islam bermaksud:

“Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya.. hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan ke dalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenar… bertitik-tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.”

Dalam apa jua bidang sekalipun, nilaian hebat itu letaknya pada kualiti, bukan kuantiti. Apa guna ramai manusia, tetapi yang boleh diharapkan hanya 2,3 orang sahaja? Sudah tentu ia amat merugikan segala; baik masa, wang ringgit dan daya fikir.

Menjadi berkualiti itu sudah pasti ia adalah milik seorang doktor mukmin lagi muttaqin. Yang hidupnya melihat bahawa Allah SWT adalah segala. Sedangkan dia adalah wasilah untuk membantu para pesakit. Menyebar dakwah dalam sedar atau tidak.

Pernahkah kalian dengar, cerita pendakyah Kristian yang berselindung di sebalik Team Perubatan Antarabangsa menyusup masuk ke kampung-kampung terutamanya negara yang penduduknya beragama Islam? Mereka bukan sahaja mengubati pesakit, tetapi misi mereka lebih besar dari itu.

Doktor yang berkualiti, adalah mereka yang memiliki pencapaian akademik cemerlang atas hasil usaha untuk mengangkat diri menjadi lebih baik dan terbaik. Mereka adalah milik orang-orang yang sabar, yang tidak mensia-siakan waktu pada perkara yang melekakan.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah: 218)

Pastinya mereka bukan daripada golongan yang suka menjerumuskan diri ke lembah maksiat dan kehinaan.

Bayangkan, jika suatu hari nanti para graduan bidang kedoktoran ini sudah menamatkan pengajian masing-masing, sedangkan bekalan perjalanan untuk terjun ke dalam masyarakat tidak mencukupi. Apa yang bakal terjadi? Fikirkan, jika doktor yang tidak memiliki sifat sabar, akhlaq mulia, latarbelakang agama dan pengetahuan ilmu mencukupi merawat pesakit dan menatijahkan perkara buruk kepada pesakit?

Lalu, mahu menuding jari kepada siapakah?

Tanya diri sendiri dahulu ke mana hilangnya waktu 6 tahun ke belakang itu sebelum menyalahkan orang lain!

12:53PM, 10 Mei 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Antara Justin Bieber Dan Nasi Lemak Yang ‘Haram’
Justin Bieber, adalah generasi yang dilahirkan pada tahun 1994.

Seingat saya, waktu itu rakyat Malaysia masih mentah untuk menghadapi internet – medium penyebar propaganda dan info terpantas di dunia kini. Lebih-lebih lagilah untuk tahu aplikasi seperti laman sosial Facebook, Twitter dan lain-lain sesawang. Kanak-kanak pada zaman itu hanya tahu bermain game Mario atau menonton cerita kartun Ultraman Taro.

Saat itu, kita baru merasa bangga pada kereta Proton Iswara. Sebuah kereta ‘canggih’ keluaran Malaysia selepas Saga.

Maka, pada tahun 1994 itu juga lahir seorang manusia boneka yang siap diprogramkan menjadi manusia berpengaruh. Yang ada tarikan, yang ada kelebihan untuk menarik jutaan manusia seluruh dunia supaya histeria padanya. Sifunya, tidak lain tidak bukan adalah Syaitan. Mentornya pula adalah Yahudi dan Nasara.

Setelah remaja, dia digilai gadis-gadis remaja mentah samaada dari kalangan melayu tidak bertudung dan BERTUDUNG, India, Cina, Jepun dan lain-lain bangsa di dunia. Si gadis bertudung mengaku Islam turut sama menggilai penyanyi Justin Bieber – menjadi sama tarafnya dengan remaja non-muslim lain.

Watak sama, perangai sama, pakaian hampir sama tetapi nama adalah Islam dan mereka tetap akui adalah beragama Islam. Hakikatnya, tidak ada beza pada watak luaran!

Maknanya, Si Justin Bieber yang berkiblatkan Syaitan itu telah berjaya merasuk anak gadis Islam dengan mudah dan pantas, sepantas jalur internet.

Ini terbukti. Fakta semalam yang dilaporkan media menyatakan bahawa Stadium Merdeka bergegar dek penangan 17,000 peminat Justin Bieber. Mereka menjerit, terpekik, terlolong dan telah dihantui lembaga penyanyi remaja itu.

Khabarnya, sempena penjualan tiket konsert itu akan disalurkan kepada badan kebajikan sebagai sumbangan amal. Wah, mudahnya beramal cara mereka!

Saya rasa ia semisal dengan kisah seorang perompak yang kerjanya sehari-hari merompak manusia di jalan, lalu menggunakan duit itu untuk disalurkan kepada rumah anak-anak yatim, atau ‘naik’ haji di Baitullah!

Ini bermakna, melakukan pekerjaan HARAM sebagai manisfestasi menuju cita-cita HALAL. Sangat bersalahan kaedah syara’. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Kaedah ini adalah bertepatan dengan teori Machiavelli:

Teori yang dibawa oleh Machavelli adalah dalam tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang ingin dicapai). Jadi biarlah seorang putera (raja) mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya; kaedah yang diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi, maka timbullah pernyataan, “matlamat menghalalkan cara”. [Niccolo Machiavelli, The Prince].

Ini jelas, kerana Rasulullah SAW telah mengingatkan kita akan perbezaan antara hak dan batil. Halal dan haram.

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer radiallahuanhu beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barang siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.

Nasi Lemak Haram Kerana Gemuk?

Kata orang lama dalam peribahasanya, berbunyi; “Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.”

Ia sangat cocok untuk disamakan dengan apa yang berlaku pada hari ini. Konsert juta-juta input cukainya, bebas diadakan melata. Biarkan saja mereka bersorak riang. Jerit dan launglah sekuat hati terhadap si pembawa agenda dajjal itu. Tak mengapa, penguasa izinkan.

Bukankah penguasa juga merestui tayangan adengan seks percuma? Ya, demi musuh politik apa saja menjadi halal.

Begitulah juga mengenai nasi lemak. Sudah berkurun orang melayu menjamah nasi lemak. Bahkan ada segelintir masyarakat cina menggemarinya. Orang dulu-dulu makan nasi lemak, tetapi mereka tidak melupai hidangan ulam-ulaman yang berkhasiat. Mereka bekerja keras membanting tulang siang dan malam. Maka berbaloilah nasi lemak sepinggan itu. Tetapi bukanlah nasi lemak menjadi hidangan setiap hari. Cuma sekadar menghilang kempunan di lidah saja.

Orang sekarang, bukan sekadar nasi lemak, segala jenis makanan ‘dibelasah’nya. Ayam goreng KFC, burger goreng, junk food dan pelbagai aneka juadah dari timur hingga ke barat adalah makanan biasa masyarakat dewasa ini. Maka, potensi untuk menjadi gemuk bukanlah semata nasi lemak sebagai penyumbang utama.

Seharusnya, pihak berwajib janganlah mengharamkan nasi lemak itu sehingga menghadkan penjualannya di sekolah. Bukankah itu antara sumber pendapatan kalangan penduduk melayu miskin?

Mahu kuatkuasa undang-undang, atau mahu berhukum. Gunalah timbangan akal yang jernih. Jangan sekadar arah, arah dan arah. Yang halal diharamkan, yang haram senantiasa dihalalkan.

Haramkanlah perkara yang wajar untuk diharamkan, bukan mengharamkan perkara yang halal!

10:34PM, 24 April 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Agenda AS Di Sebalik Demonstrasi Dunia Arab
Selepas kejatuhan pemimpin Tunisia – Rejim Zine El Abidine Ben Ali - dan Republik Arab Mesir – Rejim Hosni Mubarak – kini ia merebak ke serata pelusuk negara teluk lain. Terkini, Yaman, Bahrain, Algeria, Iran, Libya dan Oman pula mengalami nasib yang sama. Para penunjuk perasaan keluar memenuhi jalan-jalan, dataran, lorong, bandaraya bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap ketua pemimpin negara.

Bahkan yang lebih menyayat hati, para pemimpin negara Arab – khususnya yang berlaku ke atas warga Libya – sanggup membedil rakyat sendiri sehingga angka kematian mencecah ribuan orang. Tujuannya adalah semata-mata kerana mahu mempertahankan kekuasaan sediaada dari dirampas pihak anti-kerajaan.

Agenda Di Sebalik Gelombang Arab

Pernahkah kalian berfikir, adakah semua gelombang yang melanda dunia arab ini mempunyai agenda di sebaliknya? Pada hemat saya, saya tidak melihat perkara ini hanya sekadar rakyat yang ingin menumbangkan pemimpinnya, atau pun membantah rejim kuku besi yang korupsi, penuh berkudis rasuah, atau berpenyakit zalim. Umum mengetahui, bahawa pemerintah dunia arab memang terdiri dari jenis keras kepala dan zalim!

Akan tetapi, pada pandangan sisi saya yang dhaif ini, saya melihat bahawa ada ‘sesuatu’ agenda di sebalik kekacauan demi kekacauan yang berlaku.

Nah, apakah ia?

Cuba kalian lihat kenyataan-kenyataan yang dilontarkan White House dan Barrack Obama kepada pentas dunia dalam menangani krisis dunia arab:

The White House has issued its strongest words yet on the situation in Egypt in the form of a clarification of the word “now.”

On Tuesday, after calling President Hosni Mubarak, Egyptian president, Barack Obama, the US president, said, “What is clear – and what I indicated tonight to President Mubarak – is my belief that an orderly transition must be meaningful, it must be peaceful, and it must begin now.” – Al-Jazeera

Dan ini pula kenyataan terbaru Amerika Syarikat kepada pro-demokrasi di Libya:

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengumumkan kesediaannya menawarkan ‘sebarang bantuan’ kepada rakyat Libya yang kini gigih menumbangkan rejim Muammar Gaddafi.

Ketika penentang kerajaan menguasai beberapa bandar di barat Libya, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, menyertai desakan pemimpin lain dunia, termasuk Barack Obama, menggesa Gaddafi berundur. – Harian Metro

Dibayangi White House!

Cukuplah dua kenyataan di atas diambil untuk memahami gambaran sebenar yang berlaku kepada dunia kini. Apa yang pasti, setiap kejadian yang berlaku, Amerika Syarikat dan sekutunya tidak pernah duduk diam daripada melontarkan idea, pandangan, cadangan dan tindakan. Cuba lihat ketika demonstrasi besar-besaran berlaku di Mesir, Presiden Barrack Obama dan konco-konconya tidak putus mengambil berat dan menyokong usaha pro-demokrasi. Mereka terlalu bimbangkan kepentingan mereka di perlembahan Nil.

Malah kenyataan Obama itu sendiri menunjukkan bahawa beliau turut menyokong pro-demokrasi anti-kerajaan menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan rejim Muamar Gaddafi. Walhal sebelum ini hubungan antara Mesir dan Libya adalah akrab dan amat baik dengan Amerika Syarikat.

Buktinya, sewaktu mula memegang tampuk Presiden AS, Barrack Obama telah mengadakan kunjungan rasmi ke kediaman Hosni Mubarak.

Tetapi kini, ia menjadi terbalik. Apakah sebenarnya pendirian AS dan White House sebenarnya?

Jika Gelombang Itu Adalah Agenda Penyatuan Umat?

Bagaimana jika gelombang rakyat yang berdemonstrasi itu membawa agenda penyatuan umat – penegakkan sistem Khalifah – dan menyingkirkan kezaliman pemimpin sekularisme? Saya percaya, Amerika Syarikat tidak akan samasekali berdiam diri. Malah mereka tentu lebih bising untuk campur tangan.

Bahkan, Amerika Syarikat dan tali barutnya TIDAK AKAN SESEKALI mengizinkan para penunjuk perasaan membawa agenda tersebut ke pentas dunia bagi menumbangkan rejim kuku besi yang berkuasa.

Akan tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Amerika Syarikat malah menyokong gerakan demonstrasi pro-demokrasi dengan segala apa cara sekalipun.

Inilah agenda Amerika Syarikat dan negara-negara kafir lain dalam menangani isu kebangkitan umat Islam. Mereka sebenarnya begitu takut sekiranya umat Islam bangkit bersatu membina ketumbukan seperti era kegemilangan Islam dahulu. Mereka akan berusaha keras membantu komuniti yang menginginkan demokrasi – kapitalisme – sekularisme tertegak.

“…memetik salah satu artikel oleh John Shea (Vol 16 – No 3857, Jan 19 2010, The American Reporter “War against The Caliphate”), yang berbentuk surat terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang mana John Shea melahirkan keyakinannya bahawa akan munculnya semula Khilafah yang akan menjadi sebuah Negara yang kuat, dan beliau menyeru Presiden Obama untuk mengubah polisinya dalam menyokong negeri kaum Muslimin, agar apabila Khilafah berdiri nanti, Barat tidak akan menghadapi masalah dengan Khilafah.”

Justeru, sedarkah kalian, bahawa Amerika Syarikat sememangnya dari dahulu hingga kini adalah pengamal demokrasi – kapitalisme tegar?

12:42PM, 1 Mac 2011,

KBB, Baling.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Krisis Mesir: Berdoalah Untuk Keseluruhan Umat!
Jika dihitung secara kasar, lebih kurang sudah hampir empat tahun lebih saya menghabiskan masa menuntut ilmu di bumi anbiya’ yang kini sedang bergolak. Dan sepanjang kembara saya di sana, jarang sekali berlaku pergolakkan rakyat Mesir secara besar-besaran menentang rejim Hosni Mubarak dan kuncu-kuncunya.

Rakyat masing-masing menjadi bisu. Lesu untuk bertindak menjatuhkan Presidennya. Kalau pun ada, hanya demonstrasi kecil-kecilan yang melibatkan sesetengah kawasan besar, misalnya Kaherah dan Iskandariah. Ketika itu, demonstrasi dilakukan kerana memprotes kenaikan harga barang atau perhimpunan yang dipelopori gerakan Muslim Brotherhood (Ikhwan al-Muslimun).

Namun begitu, apa yang mengejutkan saya – bermula 25 Januari 2011 – telah berlaku demonstrasi besar-besaran yang melibatkan keseluruhan rakyat Mesir. Tua, muda, kecil dan besar semuanya turun padang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan rejim Hosni Mubarak selama 30 tahun. Bahkan hampir 300 lebih rakyatnya meninggal dunia dan ribuan yang cedera sebermula tanggal 25 Januari hingga kini!

Walhal Mesir bukanlah sebuah negara yang telus dan bebas untuk menghantar suara rakyat kepada pemimpin. Mesir adalah sebuah negara darurat yang melaksanakan undang-undang rimba berbaur kapitalis berkarat. Sesiapa yang menentang, pasti tak akan menemui jalan pulang ke rumah. Mereka akan dihumban ke ‘bawah tanah’ tanpa budi bicara. Malah ribuan juga yang mati tanpa pembelaan!

Itu cerita Mesir sebenar.

Jangankan mahu menentang, mahu berbicara soal politik (Siasah) di khalayak juga lagaknya seperti orang menjual dadah. Sorok-sorok dan berbisik agar tidak didengari mata-mata gelap.

Jika ada perhimpunan tunjuk perasaan, kami mahasiswa-mahasiswi dinasihatkan meninggalkan tempat itu dengan segera tanpa perlu menyoal. Jika mungkir, tentu saja nasib kami persis penjenayah yang menggugat keselamatan awam.

“Enta ismak eh? Tadris fin? Kuliah eh?” Soal polis berbaju coklat tua. Dia menyoal kerana kami mengambil gambar bersama pimpinan Ikhwan Muslimin selepas solat sunat Aidilfitri di Istad, Tanta.

“Ana Muhammad, fil azhar, Syariah Islamiyyah.” Jawab saya ringkas dan terus berlalu pergi. Beberapa hari selepas itu, pihak kepimpinan pelajar telah mengeluarkan arahan agar kami tidak bergambar atau merapati pimpinan Ikhwan Muslimin.

Mesir Sunyi Tanpa Warga Malaysia

“Bila sampai?” Soal saya kepada salah seorang sahabat.

“Baru sangat sampai, tak sempat balik rumah lagi.” Jawabnya. Kebetulan petang itu saya terserempak dengannya di Pasar Malam.

Dikhabarkan juga, sekitar kawasan Hayyu Asyir Kaherah, Tanta dan beberapa tempat lain menjadi sunyi kerana kepulangan secara besar-besaran melalui proses evakuasi ke tanahair. Penghantaran  ini dilakukan kerana mendapat desakan daripada pelbagai pihak agar kerajaan segera menghantar pulang rakyatnya ke Malaysia.

Apa yang pasti, setakat ini semua rakyat Malaysia yang dihantar pulang sihat sejahtera tanpa diapa-apakan warga Mesir.

Hantar Pulang Salah, Tidak Hantar Juga Salah

Semenjak krisis ini berlaku pelbagai pihak memberi tekanan agar pihak kerajaan segera menghantar pulang rakyatnya. Media juga hangat menyiarkan desakan-desakan ibu bapa dan melaporkan seolah-olah Mesir bagai hancur berkecai dilanda peperangan menggila. Masing-masing menggelabah, dan menyalahkan antara satu sama lain.

Lantas, pihak kerajaan mengambil langkah payah melaksanakan evakuasi ke atas seluruh warga Malaysia di sana. Namun begitu. setelah selesai proses berlangsung, kedengaran pula ada pihak mengkritik tindakan tersebut kerana ia melibatkan sejumlah kos yang besar.

Pada saya, soal keselamatan atau apa-apa perkara melibatkan kebajikan, kita (baca: Individu, masyarakat dan kerajaan) perlu berganding bahu untuk saling bantu-membantu. Usah mempolitikkan hingga menjadi isu besar. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan – walaupun kerajaan yang tidak diiktiraf rakyat – yang memerintah untuk memberikan bantuan atau keselamatan kepada rakyatnya. Jika mereka tidak melaksanakan, bererti mereka berlaku zalim!

Ah, saya sama sekali tidak dapat membayangkan bagaimana keprihatinan Khalifah dahulu terhadap umatnya. Sedangkan sekelumit bantuan kerajaan sekular kita sudah agung-agungkan, inikan pula kebajikan berganda-ganda yang sebarkan Khalifah ar-Rasyidin dahulukala. Demi Allah, saya berdoa agar kegemilangan itu kembali semula selekas mungkin!

“Kalau kita jadi ketua, kita pun boleh arahkan untuk laksanakan proses evakuasi.” Kata saya lewat tempohari.

“Sebab benda dah ada, semua dah ada. Cuma arahkan saja.” Sambung ayah.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud:

“Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu diminta bertanggungjawab keatas gembalaannya. Maka seorang pemimpin yang memimpin orang ramai adalah pengembala yang diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang suami adalah pengembala dalam keluarganya dan dia diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Isteri adalah pengembala dalam rumah suaminya, dan dia diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Hamba sahaya adalah gembala terhadap harta tuannya dan dia wajib bertanggungjawab atas jagaannya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu diminta pertanggungjawaban dalam pimpinannya.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Maka, sebagai penawar sementara. Bersyukurlah jika anda selamat, bersyukurlah jika Allah menjagamu, bersyukurlah segala-galanya atas nusrah Ilahi. Tidak rugi anda mengatakan Alhamdulillah beribu kali.

Kisah Saidina Umar r.a Dan Rakyatnya

Suatu hari Khalifah Umar Al-Khattab baru sahaja pulang dari menziarahi negeri Syria. Sebagaimana biasa Umar akan berjalan-jalan dan meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata. Tujuannya ialah untuk mengetahui timbal balas rakyat terhadap dirinya sendiri dan melihat penderitaan mereka.

Pada kali ini Umar menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang perempuan tua. Umar pergi ke rumah perempuan tua itu dengan menyamar sebagai orang kebanyakkan. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan yang dialami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan rakyat terhadapnya.

Apabila tiba di rumah perempuan tua tersebut Khalifah memberi salam dan berkata. “Adakah anda mendengar apa-apa berita tentang Umar?”

“Khabarnya Umar baru sahaja pulang dari Syria dengan selamat”. Jawab perempuan tua itu.

Kata khalifah lagi, “bagaimana pendapat anda tentang khalifah kita itu.”

“Semoga Allah tidak memberi ganjaran baik kepadanya.” Balasnya.

Umar bertanya lagi, “mengapa anda berkata begitu?”

Jawab perempuan tua tersebut, “dia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang.”

“Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan anda sedangkan tempat ini jauh terpencil.” Soal Umar.

“Subhanallah, tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan keadaan rakyatnya walau di mana mereka berada.” Jawab wanita itu sambil mengeluh.

Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak, lalu berkata didalam hatinya, “celakalah aku kerana semua orang dan perempuan tua ini pun mengetahui perihal diriku.” Umar menyesal sambil menitiskan air mata.

Umar berkata lagi, “wahai perempuan tua, berapakah kamu hendak menjual kezaliman Umar terhadap anda? Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan masuk neraka. Itu pun kalau anda mahu menjualnya”.

“Jangan engkau bergurau dengan aku yang sudah tua ini.” Balas perempuan tua itu.

Sambung Umar lagi, “saya tidak bergurau, saya betul-betul, berapakah anda akan menjualnya? Saya akan menebus dosanya, mahukah anda menerima wang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap anda.” Kata Saidina Umar sambil menyerahkan wang tersebut kepada perempuan tua itu.

“Terima kasih, baik benar budi mu.” Kata perempuan tua itu sambil mengambil wang tersebut.

Sementara itu Ali bin Abu Talib bersama Abdullah bin Mas’ud melalui kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada di situ, mereka pun memberi salam. “Assalamualaikum ya Amirul Mukminin”.

Mendengar ucapan tersebut, tahulah perempuan tua itu bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah Khalifah Umar Al-Khattab. Dengan perasaan takut dan gementar perempuan tua itu berkata “Masya Allah, celakalah aku dan ampunlah aku di atas kelancangan aku tadi ya Amirul Mukminin. Aku telah memaki Khalifah Umar di hadapan tuan sendiri”.

Ratapan perempuan tua itu telah menyedarkan Umar. “Tak mengapa, mudah-mudah Allah memberi restu kepada anda,” kata Umar.

Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan menulis keterangan berikut di atas bajunya. “Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang perempuan tua yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan tua itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi”. Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Ali bin Abu Talib dan disaksikan oleh Abdullah bin Mas’ud.

Baju tersebut diserahkan kepada Abdullah bin Mas’ud seraya berkata, “simpahlah baju ini dan jika aku mati masukkan ke dalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah Subhanahu wa Taala nanti”.

Allahhul Azim, kisah Khalifah Umar al-Khattab yang menyentap rasa hati!

Berdoalah Untuk Seluruhnya

Kita ini adalah umat yang satu, punya Allah yang satu, memiliki qiblat yang satu. Jadi, mengapa perlu dipecah-pecahkan? Mengapa perlu untuk kita membungkus diri tanpa merasa simpati apabila umat kita dibantai sesuka hati? Mengapa kita hanya mementing soal keselamatan keluarga kita dan negara kita sahaja?

Apakah dengan proses evakuasi ini, perutusan doa kita terhenti? Oh, jadilah manusia yang PEDULI. Peduli pada agama, pada umatmu sebagaimana Rasulullah SAW mengingati kita saat mahu pergi!

Ya ummati, ummati, ummati…

12:24PM, 10 Februari 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Wajarkah Wanita Menjadi Ketua?
Kereta membelah laluan Pasir Gudang ke Johor Bahru sederhana laju. Terkadang perjalanan jadi perlahan bila kenderaan bersesak-sesak di hadapan.

“Susah sangat kalau perempuan jadi ketua…” Rungut isteri seusai urusan permohonan cuti. Saya mengerling wajahnya sesekali lantas mata tertumpah semula ke dada jalan. Bimbang kalau-kalau ada kenderaan yang berhenti mengejut – tersentak dada dibuatnya.

“Memang, sebab itu Nabi SAW sudah berpesan kepada kita. Yang perempuan ini tidak sesuai menjadi ketua kepada urusan yang berat-berat. Terkadang bila urusan dicemari emosi ia menyukarkan. Perempuan dibekali emosi. Jika ada masalah diluar bimbang dibawa masuk ke tempat kerja. Orang lain jadi mangsa.” Saya bersuara.

“Tak akan berjaya suatu kaum jika diperintah perempuan.” Tambah saya lagi.

“Betul sangat.” Isteri mengangguk setuju.

Kami terus bergerak, dan topik perbualan segar senantiasa bersilih ganti.

Bolehkah Wanita Menjadi Ketua?

Biarpun apa definasinya samaada; wanita, kaum hawa, perempuan atau gadis, ia tetap terkategori jantina yang sama. Persoalannya, adakah golongan hawa ini layak menjadi ketua?

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian harta mereka.” (Surah an-Nisa: Ayat 34)

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang mengatakan:

“Sungguh Allah SWT telah memberiku manfaat, dari kata-kata yang pernah kudengar dari Rasulullah SAW – pada saat perang Jamal (Unta), setelah semula hampir saja aku mengikuti tentera Jamal (dipimpin oleh Aisyah yang mengenderai unta) dan berperang di pihak mereka”.

Kata beliau lagi: “Ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi telah mengangkat puteri Kisro sebagai ratu, maka sabda Baginda Rasulullah SAW:

“Tidak akan berjaya/beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin).” (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)

Begitu juga terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari daripada Abu Bakrah berkata:

“Tatkala ada berita sampai kepada Nabi SAW bahawa bangsa Parsi melantik puteri Kisro (gelaran raja Parsi dahulu) menjadi raja, beliau SAW lantas bersabda, “Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425)

Bilakah Wanita Boleh Menjadi Pemimpin?

Wanita boleh memegang tampuk pemerintahan hanya ketika mana memerintah sesama kaum mereka. Ini bukan diskriminasi Islam terhadap wanita, tetapi adalah keadilan. Keadilan yang diperuntukkan Islam berdasarkan kondisi penciptaan manusia sejak azali lagi. Dalam hal ini, misalnya para wanita disarankan mengambil tahu hal ehwal kewanitaan khususnya. Ini kerana di kalangan mereka lebih arif hal ehwal kewanitaan berbanding lelaki.

Sementelahan, skop tanggungjawab wanita lebih kecil berbanding lelaki. Wanita juga mempunyai halangan-halangan tertentu – seperti perlukan mahram ketika bermusafir, tidak boleh menjadi wali, datang haid, hamil, mengandung, menyusui dan nifas – yang telah Allah SWT ciptakan buat mereka.

Mengingkari perkara ini, bererti kalian mempertikaikan keadilan penciptaan Allah Ta’ala terhadap manusia seluruhnya!

Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya).” (Al-Baqarah: 228)

Bahkan, wanita juga dibolehkan menjadi pemimpin – di atas pengawasan suami – untuk mengatur kehidupan rumahtangga. Perkara ini selari dengan hadis Rasulullah SAW berbunyi:

“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta mempertanggungjawabkan mengenai orang yang diurusnya.” (HR. Bukhari no. 2409)

Hati-hati Idea Liberalisme!

Dahulu kita pernah dikejutkan dengan fenomena Amina Wadud. Dia dengan berani bertindak melanggar batasan syariat dengan mengimami solat, walhal belakangnya disertai makmum lelaki. Sedangkan perkara ini samasekali bersalahan dengan al-Quran dan as-Sunnah sebermula era Nubuwwah hingga kini. Tanyalah mana-mana ulama’ muktabar seluruh dunia, pasti jawapannya tetap sama. TIDAK DIBENARKAN.

Para pengamal liberalisme dan Sister In Islam (SIS) berusaha keras untuk mengangkat hak wanita menjadi sama rata seiring lelaki hatta dalam hal ehwal ibadah, perwalian dan urusan pemerintahan. Kerana itu mereka begitu berani melaungkan idea-idea kontroversi bagi menjayakan misi ini.

Justeru, sebagai muslim lagi mukmin yang berjuang dalam kelompok jemaah Islam, sewajar lebih TAHU dan JELAS tentang perkara ini!

9:28AM, 23 Januari 2010,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Isu JAIS Menangkap Kumpulan Syiah Malaysia
Beberapa hari kebelakangan ini, media seputar memaparkan mengenai isu tangkapan terhadap kumpulan Syiah atau lebih dikenali dengan nama Hauzah ar-Ridha. Tangkapan dibuat berdasarkan beberapa alasan dan bukti hasil pemerhatian JAIS terhadap gerakan Syiah Hauzah ar-Ridha beberapa tahun kebelakangan ini.

Alhasil, saya turut menonton hasil tangkapan itu menerusi video klip laman maya. Ternyata, sedikit keributan berlaku antara kedua belah pihak.

Sebenarnya, saya tidak berminat untuk mengulas isu itu panjang lebar tentang; siapa Syiah, perbalahan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah ataupun berkaitan Presiden Iran – Ahmadinejad. Ini kerana, suhuf sejarah sudah beratus tahun merakamkan pertelingkahan antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebagaimana umum mengetahui, semenjak era pemerintahan Khalifah Saidina Ali r.a melangkaui era pemerintah Bani Abbasiyyah kelibat Syiah sudah melatari fitnah besar.

Justeru, rentetan daripada itulah timbulnya puak-puak syiah pelbagai mazhab. Walhal pada asalnya mereka dikenali apabila kuat menyokong Saidina Ali r.a menentang Muawiyah dan sekutunya. Lantas ia berkembang hingga ke hari ini seolah-olah sebagai sebuah agama baru.

Saya berani menyatakan sesetengah mazhab Syiah seperti agama baru kerana banyak pengamalannya menyimpang dari ajaran Islam sebenar biarpun mereka berasalan memuliakan keturunan Rasulullah SAW dan memperingati hari kematian Hussein r.a.

Apa yang pasti, kita tidak ada masalah sebenarnya untuk memuliakan keturunan Rasulullah SAW dan memperingati hari kematian Hussein r.a biarpun tanpa masuk mazhab Syiah!

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/3gJg-piC-2U?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="344" src="http://www.youtube.com/v/3gJg-piC-2U?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Di manakah Iktikad Kita?

Apa saja ajaran sesat di Malaysia, pasti ada pengikutnya. Yang agak ramai kali ini, ialah ajaran mazhab Syiah – hingga diberitakan mencecah ratusan pengikut. Maka, mengapa ini berlaku? Di manakah pegangan dan iktikad kita dalam mempertahankan agama?

Sewajibnya, kepercayaan bagaimana yang kita harus fahami jelas mengenai ad-Deen? Adakah semata beriman dengan taqlid buta tuli hingga bisa percaya apa saja ajaran bertopengkan agama Islam? Nah, intuisi saya berat menyatakan bahawa kita masyarakat Islam melayu – Malaysia masih ramai yang dhaif tentang agama. Khususnya soal aqidah berkait rapat dengan keimanan.

Jika benar soal tauhid itu jelas, terang, sudah pasti pegangan masyarakat Islam kita di sini lebih kukuh. Dan tentunya amat sukar anasir-anasir sesat menerobos ke liang ummah.

Akan tetapi, media turut melaporkan bahawa golongan cerdik pandai; pensyarah Universiti dan pelajarnya juga ikut serta. Apakah ini?

Kasihan.

Soalnya, apakah Iman itu dilabel mengikut taraf darjat seseorang? Adakah jika seorang pelajar, tidak boleh mendahului Iman pensyarahnya? Tidak benar!

Pokoknya, keimanan, ketaqwaan, kefaqehan dan kealiman itu bukanlah terletak kepada pangkat yang diperolehinya di dunia. Allah SWT sama sekali tidak memandang tentang itu. Maka nilaian untuk menyebabkan seseorang itu menjadi sesat adalah terletak kepada iktikad, kefahaman, pengamalannya tentang agama itu sendiri. Jika dia menyimpang, tidak kiralah siapa dia maka pastinya akan terjerumus ke lembah kehinaan dan kesesatan. Nauzubillahhi minzalik.

Ayuh, perkukuhkan aqidah, perkuatkan syariat, dan perteguhkan akhlaq!

Ingat, surah al-Fatihah sudah cukup untuk dijadikan benteng kepada kita jika tidak mampu.

“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” (Al-Fatihah: 7)

3:58PM, 19 Disember 2010,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

‘Ganyang Malaysia’ Lanjutan Fahaman Nasionalisme!
“Ustaz dari mana?”

“Saya tinggal di Medan, Indonesia… mahu berlibur di Kuala Lumpur. Ada teman di sana yang akan bawa,” cerita mahasiswa Universiti al-Azhar Kaherah itu kepada saya. Lalu kami beriringan jalan menuju ke tempat pemeriksaan passport dan kad maklumat wisata.

“Bagaimana dengan GAM(Gerakan Acheh Merdeka)? Soal saya kembali.

“Mereka sudah bebas. Indonesia sudah berikan mereka merdeka.”

Saya mengangguk.

Kami duduk di atas kerusi yang disediakan, sebelum melangkah masuk ke gerbang pemeriksaan barang dan check-in Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

“Indonesia dengan Malaysia juga hubungan kurang baik sekarang ya.” Katanya.

“Iya, pelbagai kontroversi berlaku.”

“Sebenarnya itu semua permainan media, media yang sengaja membangkitkan semangat rakyat.” Jelasnya.

“Itulah, tak relevan untuk kita sama-sama berperang, kita sama-sama seIslam.” Balas saya.

“Kitakan serumpun. Ada juga warga Indonesia tinggal di Malaysia dan punya saudara. Bila sudah lama berada di Malaysia, secara tidak langsung mereka menyebarluaskan budaya. Dan berlaku percampuran budaya. Itu biasa.”

Saya mengangguk setuju dengan pandangannya. Dari satu sisi, terlihat kematangan cara berfikir dia dalam melihat isu besar antara kedua-dua buah negara. Cara berfikir beginilah seharusnya menjadi intipati dalam diri umat Islam umumnya dan mahasiswa-mahasiswi Islam. Pembawakan cara fikir melalui wadah ‘kesukuan’, ‘kebangsaan’ dan nasionalisme menabal sebenarnya tidak membawa apa-apa untung sama-sekali. Bahkan memecah-belahkan pula umat Islam sampai saling benci-membenci!

“Sebenarnya semua ini seperti dirancang musuh Islam. Mereka sengaja membangkitkan semangat nasionalisme agar umat Islam saling berpecah-belah.”

“Lihat saja bagaimana empayar Uthmaniyyah tumbang, dek kerana suntikan negara bangsa oleh Kamal Attarturk.” Tambah saya. Ternyata, saya begitu serasi berbual panjang dengan pemuda Indonesia berjiwa besar itu. Biarpun pemakaiannya persis Khairul Azzam pelakon utama filem Ketika Cinta Bertasbih, namun takat pemikiran dan butir bicaranya laksana Pak Kiyai menghujani idea-idea segar buat sekelian penuntut pesantren.

Kami berpisah bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Saya terus menuju ke kaunter penerbangan domestik untuk ke Pulau Pinang.

MEMBANTAI SESAMA ISLAM KERANA PERTAHANKAN NASIONALISME?

Junjungan kita, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Bukan dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada asobiyyah, dan bukan dari golongan kami orang-orang yang berperang kerana asobiyyah serta buka dari golongan kami orang-orang yang mati kerana asobiyyah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Mengapa begitu? Kerana sesungguhnya Rasulullah SAW hadir dicelah-celah manusia jahiliyyah yang mana ketika itu hidup dalam kegelapan dan kacau-bilau. Lantas, Baginda SAW berusaha menyatukan mereka atas nama Islam, dan sembah sujud hanya pada Allah Ta’ala semata-mata. Hilanglah sudah ikatan kesukuan (chauvinisme) atau kebangsaan (nasionalisme) yang membarah di dalam masyarakat saat itu.

Umat Islam menjadi ummatan wahidah (umat yang satu), kukuh dan bersatu-padu tanpa dibezakan pada warna kulit mahupun bangsa.

Sejak runtuhnya perisai umat Islam pada tahun 1924M di Turki, umat yang satu itu kembali berpecah-belah dan bercerai-berai menjadi kepingan halus dan lemah. Lalu, penjajah barat tidak melepaskan peluang itu. Mereka berusaha menyuntik ikatan nasionalisme bertubi-tubi hingga jadi mangli dan biasa walaupun pada asalnya adalah luar biasa.

KELEMAHAN IKATAN NASIONALISME

Menurut kamus Webster, bahawa salah satu bahagian dari nasionalisme adalah; a sense of national cosciousness exalting one nation above all others (satu perasaan untuk mengagungkan satu bangsa di atas bangsa-bangsa yang lain). Mereka-mereka yang mengamalkan fahaman ini, lebih cenderung untuk mempertahankan bangsa sendiri dari bangsa lain.

Pada dasarnya, ikatan ini adalah lemah. Antara kelemahan fahaman nasionalisme ialah ketidakmampuannya menyatukan manusia sejagat. Ikatan nasionalisme ini bersifat temporal, ia hanya akan muncul tatkala wujud ancaman daripada pihak luar terhadap eksistensi sesuatu komuniti. Bila hilang rasa berkobar-kobar di dada, maka ikatan ini kembali bercerai-berai.

Nah, ternyata tiada gunanya kita menghabiskan masa, membazir wang dan tenaga semata-mata mempertahankan ikatan nasionalisme sedangkan kita adalah serumpun dan seagama. Rasulullah SAW dengan jelas mengingatkan kita akan hal ini:

“Tolonglah saudara engkau yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Ia berkata: “Ya Rasulullah! Aku pernah menolong orang yang dizalimi maka bagaimana agaknya aku hendak menolong orang yang zalim?” Ia bersabda: “Engkau tegah dia lari melakukan kezaliman, maka yang demikian itu bererti engkau menolong akan dia.”

Hadis lain yang dikeluarkan oleh Daud dari Abi Kharash al-Salmi bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa meninggal saudaranya (tidak menegur kerana memusuhinya) selama setahun maka ia seperti menumpah darahnya.”

Justeru, mengapa kita sengaja melemparkan diri ke lembah kebinasaan hanya kerana atas alasan tidak munasabah dan tidak memberi faedah. Apakah kalian lebih rela mengorbankan darah saudara sendiri? Sedangkan musuh Islam setiap detik membantai kita tanpa belas kasihan? Tahukah kalian bahawa mereka ketawa terbahak-bahak melihat perangai kebudak-budakan kita?

Sabda Baginda SAW lagi:”Wahai sekelian manusia, sesungguhnya bapa kalian adalah satu, ibu kalian juga satu. Setiap kalian adalah anak Adam. Adam itu berasal dari tanah. Sesungguhnya tidak ada yang disebut orang Arab diantara kalian kerana faktor bapa dan ibunya, kerana keakraban itu hanyalah ditentukan oleh faktor bicaranya. Siapa saja yang berbicara dengan bahasa Arab, ia termasuk orang Arab.”

10:56PM, 1 Oktober 2010,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.