Header image

“Kahwin semasa belajar… Apa reaksi kalian?”

“Pada saya kurang bersetuju. Semasa belajar ambil peluang belajar. Tapi jika atas sebab tertentu, silakan mengikat cepat. Tapi sudah dimaklumi bahawa perkahwinan semasa belajar tidak sama dengan perkahwinan sesudah pasangan berkerjaya. Berkahwin semasa belajar bermakna suami sebagai pemberi nafkah keluarga mempunyai sumber pendapatan yang terhad. Tapi kalau nak kahwin juga kena akur akan hakikat.” Komen individu pertama.

(more…)

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

Stadium bergempita. Tidak cukup sorakan manusia, vuvuzela mengalunkan pula irama lebah memenuhi pelusuk dunia.  Seluruh bangsa-bangsa manusia bersatu. Seolah-olah dunia tidak pernah bersengketa. Bagaikan manusia tidak pernah berperang. Semuanya berhenti dan menumpu pada sebiji bola bernama Jabulani.

Isu-isu besar khali tanpa suara. Senyap tiada bernada. Yang berbunyi adalah bicara tentang sebiji bola dan siapa bakal merangkul juara.

(more…)

Dunia ini sangat unik. Allah SWT ciptakan dunia disertai pelbagai ciptaan mengagumkan mata memandang. Realiti yang tak mampu disangkal lagi. Permukaan bumi tidak diciptakan khali saja, bahkan ada makhluk manusia melata dan haiwan-haiwan merata-rata.

Diciptakan-Nya asal sesuatu kejadian itu tidaklah sia-sia. Bila wujud makhluk manusia dan haiwan, lantas Allah SWT menjadikan sumber makanan buat mereka hidup. Hatta cacing di dalam lubang gelita juga punya rezeki sendiri. Inikan manusia yang mampu berbicara, yang bijak berfikir tentang alam semesta serta mampu bertindak menggunakan anggota dan pancaindera.

(more…)

“Eh, bukankah kamu dah kahwin? Mana isterimu?” Tanya Aidil kehairanan.

“Erm… Tinggal dekat Malaysia, tak bawa sekali. Panjang ceritanya Dil.” Idham mengeluh panjang. Bicara tersekat pada lamunan wajah isteri yang ditinggalkan. Jarak perpisahan bukanlah cuma sebatu dua, tetapi menjangkau ribuan kilometer. Samudera mana yang tidak dibelah, awan mana yang tak diredah.

“Jadi, kamu nikah gantung?” (more…)

“Untuk cari bakal zauj (suami) tak adakah Ustaz? Ini untuk cari bakal zaujah (isteri)”  Tanya seseorang.

Lalu saya tanyakan kembali mengenai spesifik soalan yang ditujukan.

“Cukuplah ciri-ciri yang baik untuk dijadikan zauj tu bagaimana, yang diajar ar-Rasul.”

“Tentu adakan ustaz… itu sahaja…” Tambah beliau bersama sebuah persoalan.

(more…)