Faridrashidi.Com » Fakta Umum

‘Ganyang Malaysia’ Lanjutan Fahaman Nasionalisme!
“Ustaz dari mana?”

“Saya tinggal di Medan, Indonesia… mahu berlibur di Kuala Lumpur. Ada teman di sana yang akan bawa,” cerita mahasiswa Universiti al-Azhar Kaherah itu kepada saya. Lalu kami beriringan jalan menuju ke tempat pemeriksaan passport dan kad maklumat wisata.

“Bagaimana dengan GAM(Gerakan Acheh Merdeka)? Soal saya kembali.

“Mereka sudah bebas. Indonesia sudah berikan mereka merdeka.”

Saya mengangguk.

Kami duduk di atas kerusi yang disediakan, sebelum melangkah masuk ke gerbang pemeriksaan barang dan check-in Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

“Indonesia dengan Malaysia juga hubungan kurang baik sekarang ya.” Katanya.

“Iya, pelbagai kontroversi berlaku.”

“Sebenarnya itu semua permainan media, media yang sengaja membangkitkan semangat rakyat.” Jelasnya.

“Itulah, tak relevan untuk kita sama-sama berperang, kita sama-sama seIslam.” Balas saya.

“Kitakan serumpun. Ada juga warga Indonesia tinggal di Malaysia dan punya saudara. Bila sudah lama berada di Malaysia, secara tidak langsung mereka menyebarluaskan budaya. Dan berlaku percampuran budaya. Itu biasa.”

Saya mengangguk setuju dengan pandangannya. Dari satu sisi, terlihat kematangan cara berfikir dia dalam melihat isu besar antara kedua-dua buah negara. Cara berfikir beginilah seharusnya menjadi intipati dalam diri umat Islam umumnya dan mahasiswa-mahasiswi Islam. Pembawakan cara fikir melalui wadah ‘kesukuan’, ‘kebangsaan’ dan nasionalisme menabal sebenarnya tidak membawa apa-apa untung sama-sekali. Bahkan memecah-belahkan pula umat Islam sampai saling benci-membenci!

“Sebenarnya semua ini seperti dirancang musuh Islam. Mereka sengaja membangkitkan semangat nasionalisme agar umat Islam saling berpecah-belah.”

“Lihat saja bagaimana empayar Uthmaniyyah tumbang, dek kerana suntikan negara bangsa oleh Kamal Attarturk.” Tambah saya. Ternyata, saya begitu serasi berbual panjang dengan pemuda Indonesia berjiwa besar itu. Biarpun pemakaiannya persis Khairul Azzam pelakon utama filem Ketika Cinta Bertasbih, namun takat pemikiran dan butir bicaranya laksana Pak Kiyai menghujani idea-idea segar buat sekelian penuntut pesantren.

Kami berpisah bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Saya terus menuju ke kaunter penerbangan domestik untuk ke Pulau Pinang.

MEMBANTAI SESAMA ISLAM KERANA PERTAHANKAN NASIONALISME?

Junjungan kita, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Bukan dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada asobiyyah, dan bukan dari golongan kami orang-orang yang berperang kerana asobiyyah serta buka dari golongan kami orang-orang yang mati kerana asobiyyah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Mengapa begitu? Kerana sesungguhnya Rasulullah SAW hadir dicelah-celah manusia jahiliyyah yang mana ketika itu hidup dalam kegelapan dan kacau-bilau. Lantas, Baginda SAW berusaha menyatukan mereka atas nama Islam, dan sembah sujud hanya pada Allah Ta’ala semata-mata. Hilanglah sudah ikatan kesukuan (chauvinisme) atau kebangsaan (nasionalisme) yang membarah di dalam masyarakat saat itu.

Umat Islam menjadi ummatan wahidah (umat yang satu), kukuh dan bersatu-padu tanpa dibezakan pada warna kulit mahupun bangsa.

Sejak runtuhnya perisai umat Islam pada tahun 1924M di Turki, umat yang satu itu kembali berpecah-belah dan bercerai-berai menjadi kepingan halus dan lemah. Lalu, penjajah barat tidak melepaskan peluang itu. Mereka berusaha menyuntik ikatan nasionalisme bertubi-tubi hingga jadi mangli dan biasa walaupun pada asalnya adalah luar biasa.

KELEMAHAN IKATAN NASIONALISME

Menurut kamus Webster, bahawa salah satu bahagian dari nasionalisme adalah; a sense of national cosciousness exalting one nation above all others (satu perasaan untuk mengagungkan satu bangsa di atas bangsa-bangsa yang lain). Mereka-mereka yang mengamalkan fahaman ini, lebih cenderung untuk mempertahankan bangsa sendiri dari bangsa lain.

Pada dasarnya, ikatan ini adalah lemah. Antara kelemahan fahaman nasionalisme ialah ketidakmampuannya menyatukan manusia sejagat. Ikatan nasionalisme ini bersifat temporal, ia hanya akan muncul tatkala wujud ancaman daripada pihak luar terhadap eksistensi sesuatu komuniti. Bila hilang rasa berkobar-kobar di dada, maka ikatan ini kembali bercerai-berai.

Nah, ternyata tiada gunanya kita menghabiskan masa, membazir wang dan tenaga semata-mata mempertahankan ikatan nasionalisme sedangkan kita adalah serumpun dan seagama. Rasulullah SAW dengan jelas mengingatkan kita akan hal ini:

“Tolonglah saudara engkau yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Ia berkata: “Ya Rasulullah! Aku pernah menolong orang yang dizalimi maka bagaimana agaknya aku hendak menolong orang yang zalim?” Ia bersabda: “Engkau tegah dia lari melakukan kezaliman, maka yang demikian itu bererti engkau menolong akan dia.”

Hadis lain yang dikeluarkan oleh Daud dari Abi Kharash al-Salmi bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa meninggal saudaranya (tidak menegur kerana memusuhinya) selama setahun maka ia seperti menumpah darahnya.”

Justeru, mengapa kita sengaja melemparkan diri ke lembah kebinasaan hanya kerana atas alasan tidak munasabah dan tidak memberi faedah. Apakah kalian lebih rela mengorbankan darah saudara sendiri? Sedangkan musuh Islam setiap detik membantai kita tanpa belas kasihan? Tahukah kalian bahawa mereka ketawa terbahak-bahak melihat perangai kebudak-budakan kita?

Sabda Baginda SAW lagi:”Wahai sekelian manusia, sesungguhnya bapa kalian adalah satu, ibu kalian juga satu. Setiap kalian adalah anak Adam. Adam itu berasal dari tanah. Sesungguhnya tidak ada yang disebut orang Arab diantara kalian kerana faktor bapa dan ibunya, kerana keakraban itu hanyalah ditentukan oleh faktor bicaranya. Siapa saja yang berbicara dengan bahasa Arab, ia termasuk orang Arab.”

10:56PM, 1 Oktober 2010,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Cara Memakai Serban: Secebis Sunnah Baginda SAW
“Nanti ustaz buat entri pasal serban pula, nak tau mengapa kita digalakkan berserban… Atau apakah perbahasan tentang serban..” Kata seseorang di laman web sosial.

Setelah berfikir sejenak, saya mengambil kata putus untuk menyambut cadangan baiknya. Barangkali dengan menulis sedikit introduksi atau isi-isi mengenai serban memungkin kaum lelaki khususnya cenderung untuk mengamalkan sunnah pakaian Rasulullah SAW.

SERBAN RASULULLAH SAW

Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah SAW serta ciri-cirinya. Antaranya:

Daripada ‘Amir bin Huraits r.a, dia berkata:

“Saya pernah melihat Rasulullah SAW di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda SAW julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda SAW.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)

Daripada Jabir r.a dia berkata:

“Pernah Rasulullah SAW masuk ke kota Mekah, sedang Baginda SAW memakai serban hitam.” (Hadis riwayat Muslim r.a, Abu Daud r.a, at-Tirmizi r.a, dan an-Nasaei  r.a.)

Sebenarnya Baginda  Rasulullah SAW tidak menentukan apa-apa warna serban untuk dipakai umatnya. Kerana itu terkadang Baginda SAW memakai serban berwarna hitam, putih (baidha’), kelabu, Zatu Zuabah dan lain-lain warna. Memakai serban dikira sunnah fe’li (perbuatan) Baginda SAW.

TEKNIK MEMAKAI SERBAN IKUT SUNNAH

Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata:

“Rasulullah SAW membulatkan serban di atas kepalanya dan dimasukkannya dari belakang. Kemudian dilepaskan dari hujung di antara kedua belikat Baginda SAW.” ( Diriwayatkan Al-Baihaqi r.a dan at-Tabarani r.a)

Namun begitu, terdapat juga guru yang menurunkan ijazah kepada murid-muridnya. Ia bergantung kepada sanad yang diberikan. Terkadang teknik pemakaiannya sedikit berbeza dari segi teknik, tetapi tetap mempunyai hujung serban yang dilepaskan ke belakang. Berikut merupakan ilustrasi pemakaian serban yang dipraktikkan oleh para ilmuwan Islam di Yaman.

Bercerita soal hujung ekor serban, sebenarnya ia mempunyai kisah disebaliknya. Cerita ini adalah mengikut pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a.

CERITA DI SEBALIK EKOR SERBAN

Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang dinukilkan dari pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a. bahawa suatu ketika Rasulullah SAW terlambat menunaikan solat subuh sehingga mentari hampir terbit. Lalu Baginda SAW bersegera keluar untuk menunaikan solat subuh.

Seusai bersolat, Baginda SAW bersabda kepada para sahabat r.a dengan maksudnya: “Duduk dulu di tempat masing-masing, adakah kamu mengetahui apa sebabnya aku terlambat pada hari ini?”

“Malam tadi aku bangun bersolat mengikut apa yang dikehendaki Allah SWT,  kemudian aku merasa mengantuk lalu tertidur dan bermimpi melihat Allah Azza Wajalla Yang Maha Mulia dalam keadaan yang amat indah yang tak dapat digambarkan.

Allah berkata kepadaku: “Wahai Muhammad, adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para malaikat diistimewakan?”

Aku menjawab: “Engkau saja yang mengetahuinya wahai Tuhanku (Aku ucapkan tiga kali).”

Lalu Allah SWT meletakkan tangan kuasaNya yakni (rahmat) di antara kedua bahuku sehingga aku merasakan kesejukan di atas dadaku. Ia pun melimpahkan ilmu orang-orang terdahulu dan yang terkemudian kepadaku. Dengan sebab itu aku pun mengetahui apa yang di antara langit dan bumi serta mengenali setiap sesuatu.

Selepas itu Allah SWT bertanya: “Adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para Malaikat berbantah-bantah?”

Aku menjawab: “Ya, aku tahu.”

Allah SWT bertanya: “Dalam perkara apa dia?”

Aku menjawab: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) dan dalam perkara yang boleh menambah amalan.”

Allah SWT bertanya: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) apa dia?”

Aku menjawab: “Membasuh anggota wudhuk lebih hadnya di waktu musim sejuk di pagi hari bagi mengerjakan solat Subuh, melangkah kaki untuk menunaikan solat berjemaah dan menanti solat fardhu.”

Allah SWT bertanya: “Apa pula yang boleh menambah amalan.”

Aku menjawab: “Menyedekahkan makanan, saling mengucapkan salam, solat di tengah malam ketika manusia sedang tidur dan sesiapa yang memeliharanya, ia akan hidup dengan baik, mati dengan baik dan keluar dari dosanya sebagaimana halnya pada hari ia dilahirkan ibunya.”

Allah SWT berkata: “Wahai Muhammad SAW, engkau telah Berjaya, maka berdoalah.”

Aku berkata: “Wahai Tuhanku ajarilah aku.”

Allah SWT berkata: “Apabila engkau selesai solat, katakanlah:

Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadaMu untuk melakukan segala kebajikan, untuk meninggalkan segala kemungkaran, untuk mengasihani orang-orang miskin, supaya Engkau mengampuniku, mengasihiku dan memberi taubat kepadaku, Apabila Engkau berkehendak memberi fitnah kepada satu-satu kaum, maka genggamlah aku supaya tidak mendapat fitnah. Aku bermohon kepadaMu cinta kasih untuk menyintaiMu, dan menyintai amal yang boleh menghampirkanku kepada menyintaiMu. Dan jadikanlah aku menyintaiMu lebih dari kesukaan (harapan) kepada air.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada kalangan orang yang mendengar syarahannya di masjid; “Kamu pelajarilah kalimat-kalimat ini dan kamu ajarkanlah, kerana ia adalah suatu kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT.”

(Menurut Imam Muhammad bin Said al-Bukhari; martabat hadis ini ialah sahih)

Oleh kerana itulah, Rasulullah SAW meletakkan ekor serbannya di antara kedua bahu sebagai merakam mimpi berkenaan dan untuk dijadikan peringatan terhadap apa yang diterima Baginda SAW ketika bermimpi. Maka Baginda SAW meletakkan ekor serbannya di tempat Allah SWT meletakkan tangan kuasa yakni (rahmat) di bahu belakangnya.

Justeru, amalan sunnah (fadhoilul ‘amal) ini seterusnya diamalkan pula oleh ulama’-ulama’ dahulu kini dan Insha’Allah selama-lamanya.

Selamat beramal, dan jangan lupa juga untuk meneruskan kesinambungan SUNNAH TERBESAR Rasulullah SAW!

7:37AM 26 Ogos 2010

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Warisan Cinta Rasulullah SAW
“Haza dua’?” Tanya seorang Syeikh Arab berpakai jubah rasmi Arab Saudi.

“Na’am.”

“Baca doa mengadap Qiblat.” Dia mengarahkan saya memaling wajah ke arah qiblat membelakangi Maqam Rasullullah SAW.

Saya diam sejeda. Lalu memutarkan tubuh ke arah qiblat tanpa berkata sepatah perkataan. Laluan daripada kawasan Raudhah Syarifah menuju ke Maqam Rasulullah SAW sentiasa sesak dengan manusia. Ada yang berhenti untuk berdoa, melambai tangan serta memberi salam dan ada juga yang menitiskan airmata keharuan.

Sebenarnya niat saya bukanlah membaca doa itu untuk memohon kepada Maqam Rasulullah SAW, tetapi diniatkan semoga doa itu tertuju kepada Baginda SAW. Bahkan turut terselit beberapa selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

Antara intipati selawatnya ialah:

اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام ملك الله، يا الله يا خالق البشر من العدم إلى الوجود، ثم العدم وإلى الوجود

“Ya Allah selawat ke atas Muhammad SAW sebanyak bilangan ilmu Allah SWT dengan selawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya kerajaan Allah SWT. Wahai Allah pencipta manusia dari tiada kepada ada kemudian dari tiada kepada ada.” Dikarang oleh Syeikhah Sobriah r.anha.

Setelah Syeikh itu beredar, saya kembali memutarkan badan dan muwajahah ke arah maqam Saidina Muhammad SAW.

Dikeluarkan oleh al-Baihaqi r.a di dalam kitab Sya’bul Iman dan al-Asbahani di dalam kita at-Targhib, daripada Abi Hurairah r.a berkata: “Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang berselawat ke atasku di sisi kuburku maka aku mendengar selawatnya dan sesiapa yang berselawat ke atasku dari jauh disampaikan juga kepadaku.

Saya pernah menulis perihal doa di kuburan.

MAQAM RASULULLAH SAW

Tanggal hari Isnin di bulan Rabi’ul Awal, Habibil Mustafa Muhamad Rasulullah SAW memejamkan mata buat selama-lamanya. Setelah roh Nabi Muhammad SAW terbang mengadap Ilahi, umat Islam saat itu bagai dilanda garuda dan seolah-olah dunia telah berlaku Qiamat. Belasungkawa berlarutan hingga beberapa hari. Dan saat itulah tampil Abu Bakr as-Siddiq menenangkan keadaan.

Lalu jasad Baginda SAW dimandikan oleh Saidina Ali bin Abu Talib r.a, al-Fadl dan al-Abbas. Kemudian, Baginda SAW disolatkan oleh malaikat Jibrail a.s bersama para malaikat lainnya. Bertepatan hari Rabu, jenazah Baginda SAW disemadikan di ruang kamar rumah isterinya tercinta – Saidatina Aisyah r.anha.

“Sesiapa yang menziarahiku wajib baginya mendapat syafaatku.” (Riwayat al-Baihaqi)

Sabda Baginda Rasulullah SAW: “Pada hari Qiamat kuburku akan dibuka dahulu dan daku akan melangkah keluar, kemudian Abu Bakr r.a, dan kemudian diikuti oleh Umar r.a. Kemudian daku terus ke Baqi’(kawasan perkuburan di Madinah)

Agak mendukacita, apabila sekitar kawasan Raudhah dan Maqam Rasulullah SAW dicemari suara-suara sumbang. Terjerit-jerit di sana sini akibat tolak menolak berlaku. Walhal adalah dilarang untuk kita meninggikan suara di maqam Rasulullah SAW.

HAMPIR DICURI

Mengikut lembaran sejarah, beberapa kali jasad Baginda Rasulullah SAW hampir dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Namun berjaya diselamatkan kembali. Sungguh, maqam Baginda SAW sentiasa dipelihara oleh Allah Ta’ala sehingga kiamat biiznillah.

Antara percubaan jahat yang hampir-hampir berjaya mendapatkan jasad Rasulullah ialah berlaku pada tahun 557H (1164M). Dua orang lelaki Kristian berasal dari Sepanyol cuba menyamar menjadi muslim untuk memasuki Kota Madinah. Pelbagai helah dan tipu daya dirancang bagi mengaburi mata penduduk setempat.

Mereka menggali terowong menuju ke Maqam Rasulullah SAW. Namun kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Wamakaru, wamakarallah, Wallahhu Khairul Makirin. Percubaan mereka gagal setelah Sultan Nuruddin Mahmud bin Zinkidari r.a telah diilhamkan melalui mimpi bertemu Rasulullah SAW.

“Wahai Mahmud selamatkanlah aku daripada mereka!” Sultan Nuruddin bangkit dari tidurnya dalam keadaan panik. Mimpi itu tetap berulang sebanyak tiga kali. Akhirnya  tindakan susulan dilakukan hingga dua pencuri berambut perang itu berjaya ditangkap.

Semoga jasad Baginda Rasulullah SAW terus terpelihara dengan pemeliharaan dari kekasihnya – Allah Azza Wajalla.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="500" height="405" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/XiKzldnIAdw?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="500" height="405" src="http://www.youtube.com/v/XiKzldnIAdw?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

KEMBALI MENJAUH

Sebelum beredar meninggalkan Masjid Nabawi pada hari terakhir berada di Madinah. Saya duduk termenung sambil memandang Kubah hijau. Perasaan semakin sayu bila kaki langkah menjauh dari maqamnya. Jiwa diselimuti rasa sedih yang datang secara tiba-tiba. Syahdu.

“Oh, sekejap benar masa berlalu. Dan selepas ini aku akan terbang menjauh darimu Ya Rasulullah. Kurniakanlah syafaat itu. Buat kami seluruhnya.” Tanpa disedari, manik mutiara menakung jernih di muara mata.

Sesungguhnya, biarpun Baginda SAW sudah pergi. Jangan sesekali lupa akan wasiatnya. Al-Quran dan as-Sunnah peninggalan teragung yang tak terbanding walau selonggok emas dan mutiara di hadapanmu. Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa ‘ala Alihi Muhammad.

Dan kelak, akan ada seorang lelaki bakal disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah SAW. Siapakah?

1:42AM,  Ogos 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Pengkhianatan Kaum Yahudi Bani Quraizhoh Terhadap Muslimin
“Di sinilah tempat penduduk Madinah menyambut Rasulullah.” (Mereka bernasyid “Thola’al badru alaina”) Cerita Musyrif.

Bas melewati kawasan bukit kecil. Masing-masing melontar pandangan ke arah bukit hitam itu. Ada juga yang sempat mengambil gambar.

Saya jadi teringat pada bait-bait nasyid nyanyian anak-anak wanita kaum Ansar ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW ke Kota Madinah.

طلع البدر علينا  منثنيات الوداع

وجب الشكر علينا ما دعا لله داع

Telah terbit bulan purnama di tengah-tengah kita;

Dari celah-celah bukit Wada’.

wajib bagi kita untuk bersyukur;

atas hadirnya seorang da’ie yang menyeru kerana Allah semata-mata.

Bas terus bergerak menuju ke Masjid Quba. Di sana, pelbagai kisah turut termuat dalam sirah nabawi bakal kami kutip.

MASJID QUBA

Sabda Rasulullah SAW; “Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Quba lalu solat di sana maka baginya pahala Umrah.” (HR Ibnu Majah di dalam sunannya)

Kami tiba di Masjid Quba sebelum tengahari memuncak. Walaupun tidak terlalu padat dengan manusia, namun sudah cukup ramai pada perkiraan mata saya. Masing-masing bersama ketua kumpulan. Beberapa kelompok yang saya perasaan ialah golongan Syiah.

Masjid berwarna putih itu merupakan antara masjid pertama yang dibina oleh Baginda SAW. Bahkan menurut riwayat sejarah tatkala Rasulullah SAW sampai ke Kota Madinah ketika berhijrah dari Mekah, Baginda SAW telah menentukan lokasi Masjid Quba dengan tangan beliau sendiri.

Rasulullah SAW juga seringkali mengunjungi Masjid Quba untuk bersolat di situ. Lazimnya Baginda SAW menziarahinya pada hari Sabtu.

Memandangkan fadhilat pahala menunaikan solat di Masjid Quba itu menyamai pahala Umrah – sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maka kami tidak melepaskan peluang tersebut.

KUBURAN YAHUDI BANI QURAIZHOH

Bersebelahan Masjid Quba, terdapat sebuah kawasan yang dikelilingi benteng tinggi melepasi manusia. Kawasan itu punya sejarah silam tersendiri. Ia adalah simbol kepada sebuah penentangan kaum musyrikin terhadap perjuangan suci Rasulullah SAW membawa obor Islam.

Saya tidak mampu menjenguk, tetapi hanya sempat menghulurkan tangan untuk merakamkan beberapa keping gambar kenangan. Biar jadi saksi bisu kepada sebuah pengajaran. Pengajaran yang sudah lama tersiar, namun umat Islam dewasa ini meluputkannya dari minda-minda. Hingga tidak lagi untuk mengenal antara kaca dan permata.

PENGKHIANATAN YAHUDI TERHADAP PERJANJIAN

Rasulullah SAW telah berhijrah ke Kota Yastrib pada tahun 1 Hijrah bersamaan 622 Masihi. Kemudian Baginda SAW telah menukarkan nama Yastrib kepada Madinah al-Munawwarah atau Thoibah. Maka kehadiran kekasih Allah SWT ini telah menyebabkan perubahan drastik ke atas penduduk Kota Madinah.

Selama ini mereka – kaum Aus dan Khazroj sentiasa dibelenggu zaman hitam lagi gelap. Setiap detik pasti wujud pertelingkahan antara mereka. Lantas bilamana Rasulullah SAW tiba, Baginda SAW telah mendamaikan mereka. Tiada lagi peperangan, tiada lagi persengketaan. Mereka inilah yang digelarkan sebagai golongan Ansar.

Bahkan mereka juga turut menjalinkan hubungan persaudaraan dengan golongan Muhajirin, iaitu golongan yang berhijrah dari Mekah atau tempat lain ke Kota Madinah. Kesan kedatangan Islam itu, ramai yang memeluk Islam. Namun begitu, hanya sebilangan kecil sahaja kaum Yahudi memeluk ajaran Nabi Muhammad SAW.

Keengganan kaum Yahudi menampakkan bahawa mereka adalah kaum yang degil untuk menerima kebenaran. Mereka hidup di desa-desa sekitar Kota Madinah bersama pelbagai rencana jahat untuk memusuhi Rasulullah SAW dan umat Islam. Mereka sentiasa merancang tipu daya terhadap Islam.

Hubungan diplomatik antara Kaum Yahudi dan kaum muslimin tidak pernah menemui titik damai. Mereka senantiasa mengkhianati Rasulullah SAW dan kamu muslimin. Betapa degilnya kamu Yahudi dan betapa busuknya kedengkian mereka terhadap Islam tak terbendung lagi!

Menyedari hakikat itu, Rasulullah SAW mengambil tindakan tegas mengusir kabilah Yahudi Bani Qoinuqa’ dan kabilah Yahudi Bani Nadhir keluar dari Kota Madinah. Manakala kabilah Yahudi Bani Quraizhoh Baginda SAW telah perangi mereka habis-habisan. Ini kerana Kabilah Yahudi Bani Quraizhoh bersekongkol dengan musyrikin Quraisy ketika peperangan Khondaq berlaku.

Mayat-mayat mereka dilemparkan ke suatu tempat. Lalu dikuburkan bersama sebuah memorial pengajaran yang sangat tinggi nilainya di sisi umat Islam. Bukan sahaja untuk umat Islam terdahulu, malah sehingga kini.

TIADA PERJANJIAN DAMAI BERSAMA YAHUDI

Sejarah telah merakamkan pelbagai pengajaran sejak zaman dahulukala lagi. Sepanjang zaman, kaum Yahudi ini tidak pernah duduk diam tanpa merencanakan kejahatan terhadap manusia. Jika wujud komuniti Yahudi di dalam sesebuah masyarakat, sudah pasti masyarakat itu akan menemui kehancuran.

Lihatlah kini, wilayah Palestin yang dahulunya dimiliki umat Islam hingga kini tetap tersimbah darah merah. Tanpa pembelaan dan belas kasihan. Mereka membantai umat Islam sehingga berkecai lumat daging dan tulang. Betapa dendam kesumat mereka tak pernah hilang!

Realitinya, pemimpin Islam yang Jahil tetap saja menghulurkan tangan bersama senyuman manis menyambut watikah perjanjian damai dengan golongan Yahudi. Ah, lupakah mereka Yahudi itu bukan makhluk mengenal erti damai?

Yang pastinya, mereka sengaja memadam sirah nabawi dalam benak hingga hati menjadi mati!

2:00AM, 17 Ogos 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Hebatnya Sihir Iklan
Kebelakangan ini warga Mesir seolah-seolah sudah dapat menerima makanan berasaskan mee segera. Dua tiga tahun lepas, sewaktu mee segera diperkenalkan ia tidak begitu. Mee segera berjenama Indo Mee ini hanya mashyur di kalangan mahasiswa mahasiswi Malaysia dan Indonesia sahaja.

Namun akhir-akhir ini ia sudah tidak asing berada di bumi Mesir. Malah bas-bas yang bergerak ke sana ke sini tengah-tengah kota Kaherah juga seakan merestui badannya ditampal iklan Indo Mee. Walhal syarikat itu khabarnya diusahakan oleh warga Indonesia.

Sungguh, makanan ala-ala mee segera bukanlah makanan rugi warga Mesir, ia hanyalah sekadar makanan sampingan mereka pada senggang waktu tertentu.

Saya terkejut apabila melihat seorang wanita Mesir membeli berbungkus-bungkus mee segera di pasaraya Fathallah menuju Akhir Said dan mini market serbaneka as-Salam di Siberbay. Seperti tiada apa-apa halangan besar untuk menjamah makanan itu.

Lihat juga di media-media elektronik, produk Indo Mee sudah berjaya menembusi pasaran Mesir. Bahkan televisyen Mesir juga turut menyiarkan iklan produk ini. Justeru, saya kira sedikit masa lagi ia mampu menjadi sebati seperti masyarakat Malaysia mengenali Mee Maggi.

PROMOSI IKLAN YANG MENGABURI MATA

“Minum bergas sudah sebati dengan warga Mesir.” Kata teman suatu ketika.

Dan saya mengiyakannya. Memang benar, minuman bergas atau berkarbonat ini begitu sebati dalam kehidupan harian mereka.

“Mereka minum air gas seolah-olah meneguk air kosong.” Desis hati.

Segenap pelusuk Negara Republik Arab Mesir serasa janggal tanpa papa iklan Pepsi dan Coca-Cola. Pergilah ke tengah-tengah Kota Ramses, perhentian Talkha Mansurah, pesisir jalan menuju ke Abut, atau kota kecil di Syibin El-Kom, pasti tak lepas mata memandangkan iklan dua produk minuman ini.

Ia sangat-sangat sebati!

Entah sihir apakah yang merasuk pemikiran mereka sehingga tidak lekang dari meneguk kedua-dua produk minuman barat ini. Ya, jawapannya ialah sihir promosi iklan yang teramat maksimum.

Sihir iklan ini mampu menaikkan rasa kehebatan sesuatu produk walaupun ternyata ianya tidak mempunyai khasiat, zat-zat berguna mahupun kelebihan dari sudut kesihatan. Berpuluh kajian sudah membuktikan bahawa minum sebegini lebih kepada merosakkan system badan, bukan menjadi benteng – antibodi.

Pada hemat saya, barangkali jika produk kopi kampong buatan warga desa kita juga mampu mengalahkan produk barat seperti Starbucks ataupun nescafe jika promosinya diangkat semaksimum mungkin. Tak mustahil.

Ironinya, cuba perhatikan bagaimana jika penjual ubat akar kayu di pasar malam. Apakah produknya akan habis sekelip mata jika dia berdiam diri, dan hanya menunggu pelanggan datang bertanya harga? Tidak terlalu berkesan. Bahkan, barangkali produknya hanya menjadi pameran pada mata-mata yang memandang.

Berbeza jika penjual ubat akar kayu itu mempraktikkan kaedah penjualan dengan disertai persembahan silap mata, atau pameran bersama nyanyian atau pertunjukkan ajaib lain (seperti adegan menjual ubat di dalam filem P.Ramlee). Pasti sekejap sahaja manusia-manusia mengerumuni gerainya sehingga bergegar tiang khemah. Manusia itukan mudah terikut pada kelompok yang ramai.

Soal khasiat, atau apa-apa kelebihan itu dipandang pada takat nombor dua. Asalkan promosinya hebat, pasti mata jadi tertarik secepat kilat. Realiti.

Justeru, tidak mustahil juga produk muslim yang berkhasiat mampu menembusi pasaran antarabangsa dan melekat di hati-hati umat dunia jika promosinya diangkat dari level biasa ke luar biasa.

7:46PM, 19 Julai 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Jangan Terlalu Skeptik Pada Aliran Tasawwuf
MASJID SYEIKH SAYYID AHMAD AL-BADAWI

Masjid besar yang tersergam gah lagi indah di tengah bandar Tanta itu telah menjadi simbolik bagi warga Tanta berkurun lamanya. Semenjak Islam bertapak di bumi Badawi ini lagi, ia telah melalui sejarah perjalanan yang panjang. Rona-rona derita berbaur suka yang menyelubungi warga Badawi seakan-akan disaksikan oleh kubah besar dan menara-menara Masjid Badawi.

Hebatnya masjid itu bukan terletak pada pintu gerbang yang terukir, atau bongkah batu empat segi yang tersusun ataupun pada hiasan kandil yang bergemerlapan pada bumbung masjid.

Tetapi hebat masjid tersebut kerana bersemadi di bawah kubah kuning cair itu sebuah maqam seorang wali Allah SWT yang berketurunan Rasulullah SAW. Kemahsyurannya seolah-olah memanggil seluruh warga Mesir untuk menziarahinya saban waktu tak mengira hari dan tahun yang berlalu. Setiap detik, ada saja rakyat marhean yang mengunjungi masjid dan maqam beliau.

Wali Allah SWT itu bernama Syeikh Sayyid Ahmad al-Badawi al-Husaini r.a atau lebih dikenali warga tempatan dengan gelaran Syeikh Ahmad Badawi. Menurut rujukan sejarah, beliau juga terkenal dengan beberapa gelaran antaranya; Syihabuddin, Abi al-Fityan, al-Attab dan lain-lain lagi.

Kisah kehebatan Syeikh Sayyid Ahmad al-Badawi menentang penjajah Tentera Salib menggamit rasa kagum untuk diteliti. Pernah suatu ketika, beliau dengan gagah dan beraninya telah berjaya membebaskan tawanan yang terdiri dari kalangan orang-orang Islam daripada cengkaman penjajah Salibiyyah menyebabkan namanya harum mewangi. Beliau diangkat menjadi pahlawan terulung oleh masyarakat setempat.

Kehebatan dan kemahsyuran beliau telah menyebabkan para musuhnya merasa terlalu dengki dan berdendam. Lalu penjajah barat yang terdiri dari kalangan orientalis berusaha mencemar dan memburukkan namanya dikalangan umat Islam dengan menggambarkan pelbagai imej buruk. Kedengkian itu bertambah parah bila golongan penjajah ini mendapat tentangan hebat dari Syeikh Sayyid Ahmad al-Badawi dan pengikut-pengikutnya. Mereka lantas melabelkan tareqat yang dibawa beliau – Tareqat al-Ahmadiah adalah bertaraf rendah (representative of the lower type of devershies).

MAJLIS ILMU DAN ZIKIR

Dahulu seusai solat jumaat, pasti akan kedengaran suara Syeikh Dr. Judah memberikan kalam mutiara kepada kami khususnya warga mahasiswa Universiti al-Azhar Tanta. Mutiara tafsir al-Quran itu jelas dan berisi dengan ilmu berharga untuk dijadikan bekalan dan pedoman hidup dunia dan akhirat.

Namun begitu, majlis itu telah terhenti setelah Syeikh Dr. Judah diberi jawatan dalam pentadbiran al-Azhar Tanta, sekali gus menyebabkan ruang masa untuk menyampaikan kuliah tafsir agak terhad.

Pada hari jumaat juga, selepas kuliah tafsir berlangsung, para pendiri tariqat dan ahli tasawuf berkumpul mengikut kumpulan-kumpulan tertentu. Lalu ketua mereka akan memulakan upacara zikir dan selawat diikuti oleh gema suara pengikut-pengikut lainnya. Saya hanya duduk memerhati di sisi. Sesekali sempat juga merakamkan beberapa keping gambar untuk disisipkan ke dalam kantung memori hidup.

Hati disentak rasa teruja apabila terpandang pada sosok tubuh sebuah kumpulan tariqah yang aktif berputar-putar sambil mulut terkumat kamit membacakan sesuatu. Terbayang difikiran saya akan kumpulan sufi di Negara bekas empayar Uthmaniyyah – Turki.

Barangkali kumpulan-kumpulan zikir beginilah yang selalu diperkatakan oleh gerakan salafi di Mesir sebagaimana yang saya jelaskan dalam penulisan sebelum ini. Ruang lingkup pertembungannya adalah kerana isu BID’AH.

Syeikh Abd ar-Rasyid Redha pernah berkata: “Saling bantu-membantu antara kita dalam menegakkan perkara yang kita sepakati dan saling bertolak ansur dan bermaafan antara kita dalam perkara khilafiyyah.”

JANGAN MUDAH MELABEL

Faktanya, Syeikh Sayyid Ahmad al-Badawi juga adalah salah seorang pengasas Tareqat kesufian – Tareqat al-Ahmadiah atau dikenali dengan nama Tareqat al-Badawiah. Sedangkan dia juga adalah seorang wali Allah SWT dari silsilah keturunan cucu Rasulullah SAW – Saidina Husain r.a.

Justeru, berhati-hatilah dalam meletakkan hukum KUFUR ataupun melabelkan HARAM kepada para ulama’ mahupun wali Allah SWT yang sepanjang hidupnya bergelumang dengan kesufian – tasawuf. Selidiki kesohihannya terlebih dahulu, sebelum menolak keseluruhan tarekat itu. Barangkali jika tidak diselidiki, memungkinkan berlaku fitnah di hari kemudian.

Mungkin kita tidak sedar, yang nampak buruk pada pandangan kita itu adalah suci disisi Allah Ta’ala dan yang kelihatan janggal pada sisi nilaian kita itu sebenarnya adalah tertinggi darjatnya pada nilaian Allah SWT. Usah terburu nafsu, gunakanlah neracanya dengan ilmu.

“Sesiapa yang berat timbangan amalannya, maka ia ditempatkan di dalam kehidupan yang senang-lenang (Syurga) dan sesiapa yang ringan timbangan amalannya, maka tempat kembalinya ialah Neraka Hawiah.” (Al-Qari’ah: 6-8)

Sesungguhnya, dalam hitungan amal kebajikan manusia itu segalanya adalah milik Allah SWT semata-mata. Hatta sekecil biji sawi sekalipun, DIAlah yang berhak menentukan samaada redha dan rahmat Allah SWT menaungi umat manusia seluruhnya.

“Dan Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil (untuk menimbangkan amalan makhluk) pada hari Qiamat, maka tidak ada diri sesiapa pun yang akan teraniaya sedikit pun, dan jika amalannya itu seberat biji sawi sekalipun, nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang) dan cukuplah Kami sebagai penghitung.” (Al-Anbiya’: 47)

MASJID RAKYAT

Pernah suatu ketika, sedang kami ralit berhalaqah di dalam Masjid Syeikh Sayyid Ahmad al-Badawi . Tiba-tiba terpandang kelibat seorang lelaki berlari-lari di dalam masjid sambil tangannya memegang karung plastik. Dia menghulurkan beberapa biji manisan buat pengunjung yang khusyuk beriktikaf. Kami juga menerima manisan itu. Terkadang ada juga yang menghulurkan makanan berupa nasi atau roti bersama ketulan daging rebus.

Pendek kata, masjid itu persis tempat persinggahan rakyat jelata. Ada yang datang beriktikaf, beribadah, berkelah, berziarah mahupun perjumpaan kaum keluarga. Masjid tidak kaku membisu, saban waktu ada manusia mengimarahkan suasana.

Gerbang masjid senantiasa terbuka menerima tetamu bermula selepas subuh sehingga selepas solat Isya’. Sesiapa sahaja dibenarkan menjadi sebahagian ahli masjid tanpa perlu mendapat keizinan pemilik masjid. Kerana di dalam masjid itu bersemadi wali Allah SWT yang juga berjiwa rakyat, maka masjid itu turut mewarisi sifat yang sama.

JASA SYEIKH SAYYID AHMAD BADAWI

Saat hayat dikandung badan, Syeikh Sayyid Ahmad Badawi selalu dikerumuni manusia dari segenap pelusuk. Mereka datang semata-mata mahu menuntut ilmu agama daripadanya. Antara ilmu yang diajarkan oleh beliau ialah ilmu tasawuf, ilmu syariat dan ilmu-ilmu berkaitan sunnah Rasulullah SAW – adab dan qudwah Baginda SAW. Penekanan dalam menghidupkan sunnah begitu dititik-beratkan beliau kepada pengikut-pengikutnya.

Atas sutuh (loteng) bangunan di bandar Tanta menjadi tempat kediamannya selama lebih kurang dua belas tahun. Di situlah segala aktiviti keilmuan, perbincangan ilmiah bersama ulama’-ulama’, pengajian agama, tareqat kesufian dan sebaran dakwah agama Islam rancak dilakukan.

Tertarik dengan untaian mutiara kata Syeikh Sayyid Ahmad Badawi yang ditulis pencatat silam, antaranya:

“Sesungguhnya orang-orang miskin itu seperti pokok zaitun, setengahnya lemah, sesetengahnya besar (kuat), siapa yang tidak mempunyai minyak, akulah minyak itu.” (Aqtab at-Tasawwuf as-Sayyid Ahmad al-Badawi Radiallahhu anhu, al-Imam Akbar Doktor Abdul Halim Mahmud, muka surat 43)

SubhanAllah, Maha Suci Allah Yang Maha mengangkat ketinggian darjat makhluk!

4:23PM, 2 Julai 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Yang Merah Itu Saga, Yang Indah Itu Bahasa
Terkadang bila bermualamat dan berkomunikasi dengan warga emas masyarakat Mesir ianya agar sukar. Biarpun jangka waktu berada di sini sudah mencecah angka ‘tumbuh gigi’, namun tetap saja memerlukan pancaindera yang peka.

Selalunya berkomunikasi bersama mak cik-mak cik tua lebih payah berbanding masyarakat muda. Bahasa mereka agak unik. Susah untuk menebak kata tanpa disertai body language. Biasanya saya akan bertemu mereka di pasar-pasar mahupun di kedai-kedai menjual keperluan harian ataupun di pinggir laman rumah.

Jikalau yang menuturkan bicara itu adalah para remaja dan golongan separa tua, saya masih mampu mengerti. Bahkan adakalanya jika ada sepatah dua perkataan yang sukar, kami akan menterjemahkan ke bahasa arab fushah ataupun bahasa inggeris mudah. Senang.

Ini tidak berlaku pada warga tua. Mereka tetap setia dengan perbualan asal, hingga terkadang agak gagal memberi faham kehendak maksud. Bila gagal memahami maksud, saya sengaja menghangguk atau pun berundur selangkah ke belakang dengan senyuman.

Itu cerita bahasa tua orang-orang mesir.

Anggapan saya, kondisi ini bukan saja berlaku kepada saya sebagai seorang anak muda yang berdepan golongan emas warga Mesir. Tetapi turut berlaku di seluruh pelusuk dunia lain juga. Fikiran saya menerawang pada kedut wajah tua nenek dan atuk di kampung. Mereka selalu menyelitkan bahasa tua dalam perbualan harian.

Ya, bahasa tua nenek agak mencabar minda untuk difahami. Terkadang terpacul kata yang pelik-pelik, maka kamus rujukan utama saya ialah Mak.

“Apa maksud ini? Apa maksud itu? Apa makna yang Tok sebutkan?” Soal saya ingin tahu.

“Haha, tanyalah Tok.” Pecah tawa Mak bila melihat gelagat anaknya termangu-mangu kebuntuan.

Barangkali juga warga ‘bandar’ lebih terkehadapan dalam penggunaan bahasa, sehinggakan bahasa-bahasa tua semakin pupus ditelan masa. Realiti.

BAHASA TUA YANG PUPUS

“Istilah ni kena jaga, jangan bagi hilang.” Kata Pak Long sambil mengulang ayat lama.

Tahukah anda, apa itu ‘ketam padi’, ‘cokoh’, ‘cemus’, ‘serendeng’, ‘kesot’, ‘pandak’ dan ‘sebik’? Ini hanyalah sedikit contoh, walhal wujud berangka-angka lagi patah perkataan bahasa tua yang berlegar di sekitar perbualan harian mereka. Bahkan, istilah-istilah ini sememangnya terbuku di dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Begitu juga perkataan serapan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa arab, sememangnya banyak yang telah dimelayukan.  Cuba lihat perkataan ini; ‘nerok’ (no road), ‘gelemat’ (zulmat), ‘suis’ (switch), ‘seluar’ (sirwalun), ‘menaksah’ atau ‘balaisah’ (madrasah) dan lain-lain lagi. Bukan calang-calang juga golongan emas ini berbahasa ya. Siap dimelayukan lagi.

Tetapi sayang seribu kali sayang, jika mahu membikin ayat guna bahasa tua, barangkali ada yang tidak mengerti  atau menjuih ke tepi. Lalu dilabelkan pula berbahasa jiwang ataupun terlalu skema.

Sedangkan bahasa-bahasa beginilah yang menyedaprasakan tulisan seseorang penulis. Malah mampu memartabatkan bahasa ibunda dan semestinya bakal pupus dijarah usia andai tidak dipelihara.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="500" height="405" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/O0a09N72cq4&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="500" height="405" src="http://www.youtube.com/v/O0a09N72cq4&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

BAHASA MUDA YANG SINGKAT

Bukanlah mahu memperlecehkan atau mempersenda sesiapa, tetapi entah mengapa mata dan telinga begitu sakit bila membaca hasil tulisan penulis yang terlalu meringkaskan bahasa dan mencaca merbakan bicara.

“Lau aq x sk mkn nk uat cmnew.” Gaya bahasa seorang gadis berstatus penulis blog.

“Dye ase aq ley ske kt mnde 2 kut.” Sambung individu lain menambah kusut.

Apalah salahnya jika meringankan tangan dan menulis dengan gaya bahasa yang penuh walaupun tatabahasanya agak lintang-pukang. Cubalah menulis dengan baik (terkecuali penggunaan bahasa ringkas pada sistem pesanan ringkas SMS), paling kurang, penuhkanlah perkataan menjadi sempurna.Tidaklah berselirat otak memikirkan maksud sebenar tulisan. Bahkan lidah juga tergeliat mahu menyebutnya!

Seandainya ada blog yang menulis dengan gaya bahasa SMS – barangkali hanya beberapa kerat sahaja yang berjaya membaca penuh bersama sebuah konklusi kukuh. Dan faktanya, blog seperti itu sangat jarang terindeks di mesin carian Google.

Pepatah melayu ada mengatakan:

Yang merah itu saga,

Yang kurik itu kendi,

Yang indah itu bahasa,

Yang cantik itu budi pekerti.

Saidina Ali KWH pula pernah berkata:

“Akal seorang penulis terletak pada penanya.”

10:26PM, 17 Jun 2010,

Siberbay, Tanta.

Nikah Yang ‘Tergantung’
“Eh, bukankah kamu dah kahwin? Mana isterimu?” Tanya Aidil kehairanan.

“Erm… Tinggal dekat Malaysia, tak bawa sekali. Panjang ceritanya Dil.” Idham mengeluh panjang. Bicara tersekat pada lamunan wajah isteri yang ditinggalkan. Jarak perpisahan bukanlah cuma sebatu dua, tetapi menjangkau ribuan kilometer. Samudera mana yang tidak dibelah, awan mana yang tak diredah.

“Jadi, kamu nikah gantung?”“Taklah. Cuma berpisah jarak ja. Kami pernah tinggal sebumbung dan bersama seawal pernikahan. Memandangkan semester baru sudah bermula, maka terpaksa saya ke sini.” Dia sengaja menyorok perasaan rindu dan sedih agar sahabatnya tidak dapat mengagak. Jiwa yang menjeruk rasa dipendam jauh ke lubuk dalam.

“Oh macam tu, apapun sabar ya Dil. Kita usahakan untuk najah tahun ni.”

APA ITU NIKAH GANTUNG?

Kisah di atas adalah adaptasi kisah sebenar yang berlaku di kalangan mahasiswa al-Azhar. Ramai sahabat-sahabat saya menghadapi kehidupan seperti itu. Namun begitu, mereka tidak lelah dan putus harapan untuk meneruskan perjuangan. Bahkan ada yang mampu merekod mata tertinggi di depan berbanding teman-teman solo lainnya.

“Ustaz, boleh cerita pasal nikah gantung atau nikah yang dibuat tetapi atas sebab belajar, dia tak duduk serumah, tak bergaul dan tak buat kerja rumah. Selepas selesai study atau kerja, baru mereka melakukan tugas suami isteri. Yang penting nikah dahulu. Faham ke apa yang cuba saya sampaikan? Saya tak ingat nikah apa ini…”

Tanya seorang individu yang dikenali kepada saya tempohari. Pada mulanya saya masih tidak mengerti bagaimana letak atur pernikahan gantung yang dimaksudkan. Sangkaan saya ia seperti pernikahan yang dialami rakan-rakan. Dengan kata lain, mereka bernikah cukup rukun dan syarat, tinggal bersama tetapi terpisah sementara kerana menyelesaikan urusan.

Namun begitu, maksud nikah gantung yang diutarakan menurut perspektif masyarakat melayu khususnya. Mereka berpandangan bahawa sepasang suami isteri yang telah berkahwin bersama rukun dan syarat sempurna TIDAK DIBENARKAN duduk bersama. Pendek kata, mereka tidak boleh mengamalkan kehidupan lazim suami isteri dalam jarak waktu yang ditetapkan ibu bapa.

Rukun-rukun nikah:

Sighah (lafaz ijab kabul)

Perempuan yang akan dinikahi

Lelaki yang akan dinikahi

Wali

Dua orang saksi

Lalu jika anggapan sisi pandangan sebegitu, maka ianya telah melanggari fitrah perkahwinan hatta halangannya sebulan cuma. Kecualilah atas urusan penting yang tidak dapat dielakkan. Sedangkan perkahwinan itu adalah tiket sah mengakrabi sebuah ikatan.

Ada dalil nikah gantung?

Menurut sesetengah di kalangan mereka yang bijak pandai, konsep nikah gantung ini diambil berdalilkan kisah perkahwinan Rasulullah SAW bersama Saidatina Aisyah r.anha. Sewaktu Rasulullah SAW mengahwini Puteri Humaira’ itu, usianya baru mencecah 7 tahun. Tetapi setelah menginjak umur 9 tahun barulah Baginda SAW tinggal bersama.

Benar, ada sirah meriwayatkan sedemikian rupa. Namun di dalam konteks Malaysia hari ini, penguasa menetapkan tahap umur perkahwinan bagi perempuan adalah 16 tahun. Jadi tidak ada alasan untuk mengamalkan nikah gantung sebagaimana Rasulullah SAW.

Tambahan pula masyarakat nusantara kebiasaannya jika berumur 7-10 tahun itu masih keanak-anakkan. Yakni agak lambat menginjak ke usia Baligh. Selesai.

Justeru, bezakan antara dua situasi di atas. Antara nikah gantung dan nikah yang berpisah.

10:00AM, 9 Jun 2010,

Siberbay, Tanta.

Siri Propaganda Israel Di Sebalik Jendela Dunia
Bangsa Yahudi – Israel ini sudah lama membuat onar di muka bumi. Buktinya lihat saja firman Allah Ta’ala pada lembaran ayat 148 surah al-A’raf kisah mengenai kaum Bani Israel di kala era pimpinan Nabi Musa a.s.

Sekejap sahaja mereka berubah sikap dan kata. Kecekatan bangsa Yahudi ini langsung menatijahkan manusia sekitar seringkali tertindas. Merusuh dan tidak senang hati. Akhirnya mereka terbuang dari masyarakat antarabangsa. Tiada bernegara sebermula zaman kegemilangan Madinatu Munawwarah yang dipimpin Rasul tercinta – Muhammad SAW.

“Khaibar-khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya Udd!” Teriakan laungan ini segar diingatan. Dan ia menggentarkan nubari Israel hakikatnya. Lalu berciciran lari bangsa  Yahudi ini merempat ke penjuru dunia.

Tatkala hidup tidak bernegara, mereka tidak pernah diam dan bisu daripada merencanakan sesuatu. Dendam kesumat tetap tersemat senantiasa bersama strategi menjahanamkan musuh. Mereka bijak dan cerdik, tetapi menyelewengkan kecerdikan itu mengikut telunjuk kuasa Syaitan, bukan Tuhan.

Bayangan serangan Holocaust Nazi pasca pemerintahan Adolf Hitler seringkali diputarkan ke seluruh sarwajagat – agar dunia tahu mereka bangsa tertindas. Lantas alasan tidak munasahabah ini selalu dimainkan bersama pembantaian terhadap umat Palestina. Berkekalan dimainkan tanpa henti.

Dunia terpaku, dunia diam seribu bicara. Dunia termakan kata-kata manis zionis Israel pada alasan pernah dizalimi Nazi. Propaganda ini jelas tidak terhenti di situ.

Yahudi melebarkan sayap pemerintahan senyap dalam gelap disebalik empayar kapitalisme Amerika Syarikat. Mereka menguasai seluruh perusahaan, bank-bank, penggurup matawang, politik dunia, media antarabangsa, sebaran sosial hatta kepada pembudayaan terhadap etnik dunia. Termasuk dunia Islam.

WASHINGTON 14 Mei – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Kongres meluluskan peruntukan AS$205 juta (RM697 juta) untuk membantu Israel mempercepatkan penempatan sistem pertahanan roket di kawasan sempadannya. Sistem ‘Kubah Besi’ Israel bertujuan untuk meminta roket yang dilancarkan dari Genting Gaza dan Lebanon

Lihat fakta ini – Bank Simpanan Persekutuan dikuasai pemilik-pemilik Yahudi seperti Rothschild Banks Of London dan Berlin, begitu juga pemilikan Lehman Brothers Bank Of New York, Lazard Brothers Bank Of Hernburg dan Amsterdam serta Goldman Sachs Bank Of New York.

Mereka menguasai sumber kewangan keluar masuk dunia. Jadi tidak mustahil umat Islam ‘terpaksa’ mengiyakan RIBA. Walhal mengiyakan RIBA bagai mengisytiharkan perang kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya!

Kata salah seorang Penguasa Amerika Syarikat bernama Amschel Bothschild:

“Izinkan saya mengeluarkan dan menguasai wang negara dan saya tidak peduli siapa yang menjadi Presiden atau mereka yang menulis undang-undang negara.”

Lalu slogan dicanang bahawa jalan lurus itu adalah west life, bukan sirathol mustaqim yang digembar-gemburkan firman Jalla Wa’ala. Bahkan mereka seringkali mencipta undang-undang, tetapi realitinya bagi Israel slogan NO RULES lebih kerap digunapakai.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="500" height="405" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/0LulDJh4fWI&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="500" height="405" src="http://www.youtube.com/v/0LulDJh4fWI&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="500" height="405" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/P6jDIQr59Sk&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="500" height="405" src="http://www.youtube.com/v/P6jDIQr59Sk&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

PROPAGANDA MEDIA ISRAEL

Selesai pasca serangan ke atas kapal Flotilla dan penangkapan anak kapal Rachel Corrie, mereka tidak berdiam diri. Jangan disangka Israel akan diamkan sahaja detik 31 Mei itu. Serangan media mereka bertali arus dilancarkan siang dan malam.

Media mereka lantas memainkan perang saraf memutarbelitkan kefahaman dunia bahawa anak-anak kapal LineLife4Gaza itulah yang bersalah. Kononnya mereka menyerang pasukan lanun Israel terlebih dahulu.

Bijak bukan?!

Nah, siapa pula mahu menuntut bela atas kematian 20 aktivis itu? Senang bicaranya – tuntutan ke atas jutaan umat Islam yang terkorban dek pembantaian Israel selama ini?

Bisu.

Dan setelah menonton siri proganda itu, kalian tidak mengira apa pangkat sekalipun hatta para huffaz yang menghafaz 30 juz adalah dijemput dengan segala hormatnya meneliti ayat al-Quran:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka”. TMQ al-Baqarah: 120

12.54PM, 6 Jun 2010,

Siberbay, Tanta.

Bayangan Rejim Israel Di Penjara Besar Ghazzah
Cuba anda pejam mata sebentar. Kosongkan fikiran. Hadirkan fakta ini di dalam benak minda masing-masing.

Terdapat sekeping tanah yang semakin hari semakin mengecil. Tanah itu dikelilingi pula oleh benteng konkrit dan gelungan dawai berkarat meninggi. Tembok-tembok tersebut memisahkan antara dunia luar dan dalam. Di perbatasan tembok itu ia dijaga pula oleh ‘anjing-anjing’ liar yang terjelir lidahnya senantiasa kelaparan.

Di dalam tembok itu, sebanyak 1.4 juta manusia pelbagai peringkat umur bersesakan sesama sendiri. Mereka tertekan, kelemasan dan pelbagai bentuk rasa kurang enak menghantui setiap hari yang dilalui. Malam-malam mereka bermimpikan makhluk ngeri yang dahsyat!

Kelompok populasi 1.4 juta itu, separuhnya adalah kanak-kanak kecil. Kawan, kanak-kanak ini bukan seperti anak-anak kecil kita. Mereka bukan kanak-kanak yang boleh melompat riang di taman permainan. Mereka bukan kanak-kanak yang boleh memakai uniform sekolah lalu pergi dan pulang dihantar oleh ibu bapa berkereta mewah.

Dan mereka juga bukan membesar seperti anak-anak kita! Tidak sama sekali.

Bahkan hampir 80% daripada kanak-kanak hidup di dalam keadaan kedhaifan. Mengerti apa itu kedhaifan? Kedhaifan bukanlah kesenangan menjamah KFC, Mc Donald, Pizza Hut, makanan mewah-mewah dan bukan juga mampu menonton rancangan kartun Donald Duck, Mickey Mouse, Doraemon ataupun bergelak tawa bersama keluarga menyaksikan rancangan bersiri Adamaya, siri drama musalsal dan lain-lain lagi.

Tidak tuan-tuan dan puan-puan! Rancangan mereka hari-hari ialah menyaksikan bom yang meletup di depan mata, muntahan peluru berjela-jela dan penjajah berpakaian uniform bersama jentolak lalu memusnahkan rumah mereka.

Di rumah kita, hari-hari kita membazirkan air kerana beranggapan bahawa sumbernya tidak terputus. Jika putus 1 jam, tetap saja ada perkhidmatan air lain mengambil tempat. Subhanallah, nikmat bukan! Tetapi tahukah ibu-ibu bapa-bapa serta pemuda pemudi yang dimuliakan – 90% air semulajadi yang terdapat di dalam kepungan penjara besar itu tidak boleh diminum!

Mereka minum apa?! Coke atau Pepsi? Tidak sahabat. Sedangkan mahu dapatkan air kosong sudah sukar inikan pula mahu meneguk air berkarbonat yang mampu menyebabkan perut bergelodak itu.

Ini gara-gara si bangsat zionis yang menyerang pada tahun 2008 hingga 2009!

Lalu mereka terus mengharap simpati masyarakat umum dunia. Doa-doa mereka selalu saja disertai airmata yang bercucuran. Barangkali lebih banyak limpahan airmata berbanding air semulajadi di tempat sendiri.

Maka celiklah sebelah mata PBB (kononnya penyelamat dunia) bersama agensi bantuan antarabangsa yang lainnya. Namun begitu, disangkakan panas hingga ke petang, tiba-tiba muncul ribut taufan di tengahari pula. Bantuan PBB itu ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’ dan ‘melepaskan batuk di tepi jalan’.

Bantuan mereka sekadar mahu tunjukkan kepada mata dunia bahawa PBBlah antara organinasi penyelamat dunia yang unggul, cemerlang dan terbilang. Walhal di sebalik lakonan watak PBB itu, si lanun rejim zionis telah berupaya menyekat PBB dan organisasi-organisasi kemanusiaan daripada menghantar bekalan kepada penduduk Ghazzah.

Segala keperluan asas pendidikan, makananan, air, ubat-ubatan yang sangat diperlukan penduduk penjara terbesar itu disekat sewenang-wenangnya. Malahan ada yang dicampak serta termusnah begitu saja tanpa sempat dinikmati umat Islam Ghazzah!

Kempunan mereka, dan yang pastinya Ghazzah terus menangis.

DI MANA PARA PEMIMPIN UMAT?

Nah, siapakah yang boleh diharapkan lagi? PBB atau OIC? Mereka itu boneka sahabat-sahabat sekalian. Mana mungkin boneka mampu melawan tuan asal mereka. Boneka adalah boneka. Mampu dibogelkan bila-bila masa tanpa sebuah kenyataan rasmi.

Di mana para pemimpin umat Islam?

Saya merasa jijik untuk menjawab pertanyaan ini berulangkali. Yang nyatanya, mereka bukan pemimpin umat Islam. Pemimpin umat Islam tidak ada buat masa sekarang. Mereka adalah para boneka yang buncit perutnya bersama perkara-perkara HARAM. Terenjeksi kelawahan.

Jikalau mereka menjadi hero umat Islam, kepada siapakah harta bermillion setinggi Burj Khalifa dan menara petronas mahu dijaga? Minyak bertong-tong siapa yang mahu menjualnya kepada Amerika Syarikat dan sekutunya? Siapa pula mahu menjaga keuntungan judi Sport Toto, Genting, Berjaya dan pelbagai jenis aneka judi lainnya? Oh, sudah pasti gadis-gadis genit yang menjadi mainan tidur malam hari akan terlepas!

Kini baki yang tinggal ialah rakyat marhean bawahan.

Rakyat-rakyat inilah yang bertungkus-lumus siang malam mengambil tahu hal ehwal umat.

Rakyat inilah yang senantiasa memenuhi sepertiga malamnya untuk bermunajat kepada Allah SWT memohon nusrah-Nya.

Rakyat-rakyat inilah yang berdebar-debar jantungnya menanti perkembangan dunia Islam.

Rakyat inilah yang menghulurkan sesen dua wang ringgit untuk mereka.

Malah ada di kalangan rakyat ini sanggup ke sana mahu membantu mereka.

Allahhu Akbar.

Celikkanlah mata kembali. Buka mata seluas-luasnya setelah bayangan-bayangan di atas menerjah daya fikir kalian.

Titik-titik kosong ini, siapakah yang mahu mengisinya?

6:41AM, 1 Jun 2010,

Siberbay, Tanta.