Faridrashidi.Com » Diari Penulis

Tiada Nama Untuk Buku Itu
“Ada orang hantar buku dekat Abang Farid.” Cerita Fathi, adik bongsu saya.

“Siapa? Ada dia tulis nama tak?” Soal saya tanda tanya.

“Tak tahu, dia hantar macam tu saja.” Saya terus membelek buku tersebut. Sebuah antologi puisi yang sangat tebal hasil karya A.Samad Said.

Buku itu dihantar terus ke alamat saya di Kampung. Kebetulan sewaktu bercuti di Langkawi, sempat saya singgah di Kampung untuk bertanya khabar dan merehatkan badan. Jarang sekali saya menerima pemberian buku tebal tanpa penama ini. Ia sangat menghairankan saya. Puas saya membeleknya, tiada coretan atau sebarang tanda siapa penghantar buku itu.

Sekalung Terima Kasih

Saya bukanlah penulis puisi yang menarik. Saya hanya sekadar menulis puisi sebagai medium meluahkan sesuatu secara berkias. Kadangkala kita perlu merahsiakan isi hati tanpa perlu diterjemahkan secara terus terang. Maka saya menulis puisi dan sajak. Biasanya ia dikarang ketika saya berada sendirian di Mesir.

Walaubagaimanapun, ingin saya hadiahkan sekalung ucapan terima kasih kepada pemberi buku itu. Seandainya dia membaca lakaran kata ini, maka saya mengucapkan berganda-ganda terima kasih. Mungkin saya akan perolehi sesuatu dari pembacaan sebuah antologi puisi dari penulis yang hebat.

Sudah tentu ia akan menambah kosa kata baru, dan mengajar liuk lentok puisi yang saya tidak ketahui sebelum ini.

Terima kasih. Syukran Jazilan. Thank you.

12:40PM, 28 Disember 2011,

Kota Masai, Pasir Gudang.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Bila Hutang Datang Menghimpit
Tertekan.

Jiwa berselirat beban.

Segalanya serba tidak kena.

Dihantui bayang-bayang resah.

Itu semua adalah mainan biasa bagi mereka yang pernah berhutang dan dikejar pemiutang. Malah jika ada yang tersasul jalan memilih Ah Long sebagai tempat berhutang, barangkali hidup pasti lebih parah dan tertekan. Ah Long sebagaimana umum tahu, mereka akan menggunakan apa sahaja cara ‘hitam’ demi mendapatkan wang kembali. Bukan itu saja, mereka juga akan mengenakan ‘bunga’ yang sama sekali tidak masuk aqal bahkan menyeksa penghutang.

Masalah hutang yang paling popular saat ini ialah PTPTN. Saya percaya, sangat ramai graduan Universiti yang berhutang dengan PTPTN masih belum mampu membayar apatah lagi melunaskan kesemua jumlah ribuan ringgit hutang yang bergunung itu. Dan dalam banyak-banyak graduan yang tidak mampu membayar hutang, bukanlah kesemuanya berniat tidak mahu membayar, tetapi barangkali atas faktor keluarga, silsilah hidup yang naif, susah mendapat peluang pekerjaan, gaji yang tidak setimpal, kos sara hidup yang menekan atau apa sahaja problem yang menghantui penghutang.

Segalanya ini tentu saja boleh menyebabkan penghutang terdesak dan tertekan. Bahkan lebih menyesakkan bilamana sistem kehidupan kapitalisme sekarang sangat terarah menjahanamkan manusia supaya selalu terikat dengan bebanan hutang atau dipaksa membayar segala kos protokol hidup yang tidak munasabah. Sila baca mengenai konteks mengenakan riba, bunga, cukai, tol, perompakan wang rakyat, kenaikan harga barang mendadak dll.

Bayang-bayang Hitam Hutang

Terus terang saya katakan, saya juga saat ini dihantui oleh lembaga hitam bernama hutang. Lembaga hitam ini mula mengganas bila mana saya melangkah keluar dari alam IPT, dan terus mengejar ke benua Ardhil Kinanah. Segala surat menuntut bayar balik pinjaman – MARA, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah – terus menerus dihantar ke rumah.

“Jika tidak melunaskan, akan diambil tindakan undang-undang.” Ini amaran surat.

Surat amaran turut dihantar kepada penjamin, yang juga sekampung dengan saya. Maka, apabila surat itu sampai yang seringkali menjadi mangsa perli sinis ialah mak saya sendiri.

“Nanti kalau ada duit, bayarlah balik hutang. Mak terasa juga bila orang dok cakap-cakap pasal itu. Cakap pula di depan orang ramai, lebih lagi terasa.”

Pengaduan mak membuatkan telinga saya panas berdesing. Terngiang-ngiang sehingga kini. Ia bagai halilintar membelah bumi, terus menusuk ke sukma tanpa terhalang.

“Tak apa mak, nanti Farid cuba usahakan untuk bayar, dan buktikan pada mereka.” Gigi geraham saya berketuk-ketuk menahan geram.

Usaha Bermula

Dipertengahan tahun 2010, saya mendapat sokongan dan idea dari rakan-rakan blogger untuk menghimpukan artikel bagi mengeluarkan sebuah buku sendiri. Terdetik di hati, mungkin dengan cara ini selain dapat menyebarkan secebis ilmu, dapat juga saya menjelaskan hutang tertunggak itu.

Saya bersetuju dengan sebulat suara untuk menerbitkan buku tersebut. Pada asalnya buku itu akan diterbitkan di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Namun atas sebab-sebab teknikal, ia tidak berjaya dicetak di sana. Saya jadi sedikit kecewa. Lantas pulang ke Malaysia, dengan harapan besar buku itu boleh diterbitkan di Malaysia.

Kemudian saya cuba menghantar buku tersebut ke syarikat penerbitan di Malaysia. Akan tetapi tiada jawapan balas positif. Sehinggalah satu hari saya dicadangkan oleh seorang rakan untuk menerbitkan secara sendiri. Ini bermakna saya memerlukan wang sebanyak RM5,000 sebagai modal untuk kos percetakan.

Alhamdulillah, selepas daripada itu ada seorang hamba Allah sudi membantu. Beliau menyuntik modal penuh sebanyak RM5,000. Saya berjanji padanya akan membayar setelah mendapat hasil. Lantas saya mengusahakan sendiri dengan menjual buku tersebut ke serata tempat. Ini termasuklah meletakkan buku tersebut di toko-toko buku terpilih dan mengedarkannya kepada rakan-rakan.

Tidak berapa lama kemudian, saya mendapat tawaran daripada Mustread Sdn. Bhd. untuk mencetak buku Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara. Tawaran itu tidak saya lepaskan memandangkan pasaran berwasilahkan syarikat penerbitan buku agak luas berbanding dipasarkan sendiri.

Seusai cetak, pihak Mustread memanggil saya untuk ke pejabat utama di Kuala Lumpur bagi menandatangani kontrak perjanjian. Pihak Mustread juga bertanyakan kepada saya mengenai buku Travelog yang berada di pasaran ketika itu. Mereka menyuruh saya menarik balik kesemua buku tersebut kerana ia telah melanggar etika perjanjian kontrak. Saya terkesima sebentar.

Dalam fikiran saya, tidak lain tidak bukan hanya memikirkan bagaimana untuk menjual buku berjumlah 1000 naskhah dan membayar balik wang pinjaman RM5,000. Walhal penjualan buku Travelog tersebut telah terbantut, dan sudah tentu ia bakal menjadi khazanah yang melorekkan garis hitam dalam kehidupan saya. Saya menyesal. Tetapi sesalan itu tidak lagi membawa apa-apa erti. Saya harus menelan hempedu kerugian.

Hingga saat ini, saya hanya mampu mengedarkan buku dan menjual kepada kenalan rapat. Tidak lagi mampu menyebarluaskan walaupun dengan mengiklan di laman sosial ataupun blog.

Buntu.

Proses Menuntut Hutang

Seperti yang dijanjikan, pemiutang akan segera memungut hutang apabila sampai tempohnya. Saya pula masih terkial-kial sendiri – jadi serba tidak kena. Manakan tidak, hampir beratus buah buku Travelog ini bertimbun di rumah. Sedangkan pemiutang sudah berkali-kali tanya mengenai hutang tersebut. Jujurnya, saya bukan berdiam diri untuk menghasilkan duit. Khususnya demi melangsaikan hutang tertunggak. Siang malam saya bekerja keras mengumpul wang, tetapi ada saja dugaan yang menimpa.

Membina Perniagaan Sendiri

“Abang berniaga ini bukan apa, disamping untuk keperluan kita, abang perlu tolong keluarga dan yang paling penting mahu selesaikan hutang.”

Berkat pertolongan isteri dan hasil duit yang saya kumpulkan. Saya bina perniagaan sendiri – Fareiyla Design & Souvenirs Enterprise. Modal permulaan hanya dikumpul sikit demi sedikit. Antara sebab utama untuk saya berniaga ialah mahu membayar hutang tertunggak.

Siang malam saya bertungkus lumus, bahkan hingga larut malam saya bekerja sendirian di kedai hanya semata-mata mahu mengumpul wang segera. Tetapi perancangan Allah SWT lebih hebat.

Bulan Oktober, adalah tarikh yang saya janjikan untuk membayar hutang. Allah SWT hadirkan ujian dengan berupa kesempitan wang. Kereta saya rosak dan kosnya memakan himpunan wang dikumpul. Dalam kesempitan itu, abang saya juga mahu melangsungkan perkahwinan dan dia memohon agar saya membantu sedikit sebanyak perbelanjaan persiapan kahwin.

Saya buntu lagi.

Ramai orang menyangka saya sudah jadi kaya-raya serta jutawan apabila memilik syarikat sendiri. Hakikatnya hidup bukan semudah kalian berbicara. Mahu berjaya, bukan semudah memasak Mee segera. Demi Allah, saya tidak lari daripada mahu membayar hutang. Siang dan malam saya memikirkan tentangnya, bahkan berusaha keras ke arah itu!

“Ya Allah, hanya Engkau aku berserah dan mengharap. Allah, bantulah aku…”

9:21PM, 16 Oktober 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Selesai Sudah Bengkel Kartunis Di USIM
Biarpun kehadiran peserta seperti tidak dirancang, namun kami selaku moderator program mengucapkan rasa syukur ke hadrat Azza Wajalla, kerana majlis berjalan lancar. Dan tidak dilupakan, ucapan ribuan terima kasih kepada penganjur program yang melayani karenah kami dan membantu menjayakan program agar terus berjalan lancar dari semasa ke semasa.

Apa motif bengkel ini? Mungkin ada yang ingin bertanya.

Jawabnya, bengkel ini diadakan bagi mengembangkan bakat-bakat terpendam, membantu peserta melakar kartun dengan teknik yang betul, memeriahkan industri kartun tempatan, dan yang paling mustahak ialah mesej yang ingin di sampaikan. Mesej berbentuk tazkirah, nasihat dan pengajaran amat berkesan kepada anak-anak remaja jika disiarkan dalam bentuk karya kartun berbanding tulisan.

Justeru, bagi yang sudi mahu menganjurkan program sebegini dan ingin menjemput kami sebagai moderator, dipersilakan.

“Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.”

6:22PM, 27 September 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Sekejap Ada, Sekejap Tiada?
“Abang sekarang dah tak update blog. Mesti orang tertanya-tanya.” Kata Isteri.

“Ya. Abang pun rasa macam tu.” Jawab saya sambil mengunyah juadah berbuka puasa.

Semenjak awal Ramadhan lalu, tiada langsung artikel yang saya postingkan. Lantas saya merasa bersalah kepada pengunjung yang datang ke sini, tetapi tiada pengisian baru dikemaskini. Bahkan saya juga termenung sendirian; kesibukan apakah yang menghambat saya kini.

Sebenarnya, pada awal Ramadhan lepas saya ditawarkan oleh pihak Sekolah Menengah Islam At-Tahfiz untuk mengajar dan menggantikan salah seorang Ustazah yang bersalin. Maka saya mengambil kata putus menerima tawaran itu. Seusai tamat mengajar, saya akan bergegas ke kedai sendiri.

Alhamdulillah, berkat jerih payah membina perniagaan sendiri, kini terbina sebuah premis perniagaan menawarkan pelbagai perkhidmatan rekabentuk dan cenderamata. Nama perniagaan itu adalah hasil gabungan nama saya dan isteri – Fareiyla Design & Souvenirs Enterprise – yang beroperasi di Pasir Gudang, Johor.

Bina Perniagaan Di Tempat Orang

“Kenapa buka kedai di Johor?” Persoalan yang sering ditanya orang. Malah mak saya juga bertanya soalan yang sama.

Mengikut perancangan awal, saya sememangnya mahu membuka premis perniagaan sendiri. Secara kebetulan, isteri saya mengajar di salah sebuah sekolah kerajaan di Johor. Niat asal saya minta agar isteri memohon pertukaran ke negeri lain. Tetapi untuk menguruskan urusan perpindahan ke negeri lain buat masa sekarang agak sukar. Jadi saya mengubah strategi dengan membina premis perniagaan permulaan bertapak di Pasir Gudang, Johor terlebih dahulu.

“Pasir Gudang ini lubuk rezeki. Asalkan rajin, pasti lumayan dapat.” Kata orang lama di sini.

Saya mengakuinya. Semenjak terlibat dengan perniagaan di sini, Alhamdulillah rezeki bertambah. Tak menang tangan melayan tempahan. Pokok pangkalnya, usaha gigih dan selalu pohon pada Azza Wajalla dimurahkan rezeki serta mendapat keberkatan dariNya.

Di Mana Mereka?

Konsep menulis blog ini seperti juga perniagaan. Jika bijak mencari dan menjaga pelanggan, pasti mereka datang lagi. Maka menulis blog berkonsepkan islamik dan ilmiah juga harus menggunakan konsep perniagaan. Biarkan pembaca terpikat untuk membaca isi yang disampaikan, moga-moga ada sesuatu manfaat dapat dikutip bersama.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini. Saya sudah kehilangan ramai pembaca blog asal. Saya masih ingat, sewaktu mula menulis blog dahulu, nama-nama seperti; Suara, Tirana, Orang Bukit, Sinar, Wardatul Shaukah, Nursyuhadah, Abd Razak, Tronx dan lain-lain nama lagi. Mereka ini selalu bertandang dan mencetuskan idea baru melalui komentar yang diutarakan. Kemudian muncul pula pelapis komentator baru, tetapi tidak dapat bertahan lama. Akhirnya kembali sunyi sepi seperti sediakala.

Walaubagaimanapun, saya mendoakan agar kehidupan mereka diberkati serta diampuni Allah SWT.

Begitu juga saya, harapannya dapat terus istiqamah dalam dunia penulisan. Sebab inilah antara salah satu jalan untuk saya menyampaikan sesuatu serta menyuburkan ilmu.

“Enta menulis, pahala berpanjangan dapat, ilmu berterusan.” Kata Ustaz Hishamuddin apabila membelek naskhah buku saya.

12:56AM, 11 September 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Untuk Berkarya Harus Bersih Diri dan Jiwa
“Saya memandu dari Johor jam 4 petang hingga 2 pagi sampai ke Kelantan. Dapat tidur 2 jam sahaja kemudian terus ke bengkel.” Cerita selingan ketika membentangkan kertas kerja asas melukis kartun kepada peserta-peserta yang hadir.

Pada asalnya peserta dijangka hadir ialah seramai 60 orang, namun akibat berlangsungnya penganjuran larian 1Malaysia secara besar-besaran, maka ramai peserta tidak dapat hadir. Biarpun hanya tinggal separuh dari jumlah asal, ia tidak mematahkan semangat penganjur untuk meneruskan program.

“Andainya peserta hanya tinggal 2 orang sekalipun, saya tetap akan meneruskan pembentangan ini.” Tegas saya kepada penganjur. Alang-alang meredah negeri, biar sampai terus jadi.

Bengkel Penulisan

“Bagaimanakah cara untuk kreatif dalam penulisan, sedangkan tidak semua manusia itu kreatif.” Tanya seorang AJK Nisa’.

“Ya benar, tidak semua manusia itu kreatif. Namun kreatif itu boleh diasah. Maksudnya sentiasa melatih diri untuk kreatif.”

“Kreatif ini ialah seperti kita melihat sesuatu yang sedia ada, kemudian kita cuba menjadi sesuatu yang baru hasil daripada perkara yang sedia ada tersebut.” Jelas saya.

Biarpun bengkel penulisan ini hanya sekadar menyebut pentakrifan, teknik menulis, asas-asas diperlukan untuk menulis dan cara-cara untuk mendapatkan idea, namun daripada riak wajah dan praktikal yang dilakukan menampakkan bahawa mereka berjaya menghadami penyampaian yang diberikan.

Sessi praktikal menulis dihujung segmen membuktikannya. Alhamdulillah, moga-moga seorang dua di kalangan mereka bakal menjadi penulis yang membawa mesej Islam kelak. Seperti yang saya ingatkan diakhir bengkel:

Ayuh, mulakan menulis dengan satu patah kata, seterusnya satu perenggan, lalu terus melakar menjadi satu halaman, kemudian susunkan menjadi satu bab, dan akhirnya menjadi sebuah buku!

Bengkel Karikatur

“Melukis nampak senang, tetapi memberi pulangan yang lumayan. Kalau kamu boleh lukis dan hantar karya, boleh dapat royalti. Nanti boleh guna untuk sambung pelajaran, boleh bantu emak ayah, boleh buat duit poket.” Cerita saya berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang serius berkecimpung dalam bidang lukisan kartun.

“Ustaz, macammana saya mahu hantar karya?” Seorang pelajar perempuan bertanya.

Soalan itu mengingatkan saya akan info yang diberikan Ustazah Fadhila selaku penganjur program tersebut. “Bagus juga ustaz beritahu tentang bayaran hasil lukis kartun, sebab ada dikalangan mereka ini datang daripada keluarga yang susah.”

Saya jadi terkelu mendengarnya.

Walaubagaimanapun, apa jua bidang yang diceburi, harapan saya mereka terus maju dan mara ke hadapan. Buat mereka, jangan lupa untuk praktis apa yang dipelajari. Sebab rezeki yang BERSIH itu akan bertandang seiring usaha dan doa.

Yang penting, terus memberi seteguk ilmu buat penghilang dahaga umat.

6:48PM, 7 Julai 2011.

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Nama Pemenang ‘Rebut Buku Percuma’ Tersiar!
Biarpun peraduan kali ini kurang menyengat berbanding yang lalu, saya mengambil kata putus untuk tetap meneruskannya. Tujuan saya, hanya ingin menyampaikan ‘sesuatu’ dan mempromosikan buku terbaru saya.

Di samping itu, dapat juga menghadiahkan senaskhah dua buku khususnya kepada pembaca setia blog ini.

Barangkali manusia kini lebih suka membeli berbanding mendapatkan sesuatu secara percuma?

Saya tiada jawapan. Mungkin juga saya ada melakukan kesilapan.

Nama Pemenang

Apapun, setelah diselidiki penyertaan dan jawapan daripada semua peserta, saya telah memilih dua peserta yang terbaik untuk memenangi peraduan ini. Bukan senang menilai jawapan mereka, kerana setiap individu peserta punya kreativiti masing-masing yang saya kira agak hebat penulisannya.

Baiklah, anda semua ingin tahu siapa pemilik buku itu?

1. Cinta Ilahi

2. Izzah Al-Maliziyyah

Dua individu ini berjaya memikat juri dan penulis untuk memenangi peraduan kali ini. Bukan sahaja gaya tulisan, malah padat dengan isi yang menjawab segala soalan yang diberikan. Saya kira, mereka berhak dan layak untuk memenanginya. Bagi peserta lain, kalian juga adalah terbaik, bukan bererti kalah itu adalah lemah. Cuma ada peserta lain yang mampu menggugah kedudukan kalian. Pasti harus diulang-cuba pada masa-masa akan datang.

Bagi pemenang, sertakan nama, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi segera!

12:13PM, 6 Mei 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Menyambut Hari Lahir Menyubur Taman Perkasihan
“Sayang, selamat hari lahir sayang. Sayang tahu, ini adalah kali pertama kita menyambutnya semenjak kahwin.” Saya memandang redup wajah isteri saat malam menyambut hari kelahirannya. Cahaya samar-samar menembus masuk ke bilik.

Dia terdiam. Saya terkedu.

Dan keesokkannya, tanpa pengetahuan isteri. Saya membeli sebiji kek yang tertera kata-kata ucapan buatnya. Tak dilupakan, sekotak hadiah ‘misteri’.

“Cuba sayang pejam mata. Pejamlah mata sekejap.” Pinta saya.

“Kenapa?” Kerut dahinya kehairanan.

“Tutuplah sekejap.”

Saya menarik keluar kotak dari bawah katil. Memang hadiah itu telah saya balut senyap-senyap. Biar jadi suprise. Lalu saya letakkan hadiah itu pada tangannya.

“Ok, buka mata.”

Reaksi terkejut terbit dari wajahnya. Dia membuka kotak, sambil bertalu-talu menabur ucap terima kasih.

“Terima kasih abang. Terima kasih. Terharu dah rasa.” Matanya jadi merah tiba-tiba. Saya senyum.

Seminggu kemudian, giliran saya pula. Dia mengajak saya ke salah sebuah pasaraya di Sungai Petani. Dibeli dan dihadiahkan sehelai kemeja coklat beserta seluar slack. Saya kembali tersenyum bahagia.

Kami menyambung rasa bahagia itu dengan menjamu selera di restoran Radix Fried Chicken (RFC) milik syarikat HPA.

Alhamdulillah.

Mengapa Tidak Menyambutnya?

Ada kalangan kita yang menempelak mereka yang menyambut hari kelahiran. Hujjahnya, itu adalah perbuatan orang kafir.

Ringkasnya, hukum sesuatu perkara selagi mana tidak dibawakan dalil keharaman, maka ia tetap berada dalam keadaan harus. Ini kaedah yang dipelopori Imam Syafie’. Termaktub di dalam kitab Qawaid Fiqhiyyah karangan ulama’ besar selepasnya – antaranya Imam Nawawi, Imam Baidhowi dan lain-lain.

Pada saya, selagi mana ia tidak terkandung perkara haram. Mengapa tidak boleh?

Bukanlah kita selitkan tarian joget, atau pesta larut malam dipenuhi nyanyian, arak ataupun zina. Cukuplah sekadar membaca doa selamat dan kesyukuran, itu sudah memadai.

Dan menyambut hari lahir antara suami dan isteri juga adalah sesuatu yang bermakna. Ia mampu menyubur cinta dan kasih jika kena pada caranya. Bahkan dapat mempereratkan tali silaturrahim sesama keluarga dan bersedekah dengan makanan yang dihidangkan.

Maka, bukan semua perkara cara fikir kita harus statik, adakalanya harus fleksibel.

Selamat hari lahir juga kepada semua, moga-moga ada sinar bahagia dihujungnya!

1:33PM, 4 Mei 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Buku Pertama (TDK1000M) Sudah Terbit!
“Alhamdulillah tahniah akhie. Akhirnya lahir juga karya sulung ini… tahniah. InsyaAllah nanti saya inbox untuk tempahan…”

“Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi yang  mengilhamkan Tuan dan menguatkan azam dan semangat untuk menulis  sehingga terlahirnya karya sulung. Saya beli satu ye… Insya’Allah saya PM  setelah online…”

“Nak beli buku ini, ada di pasarankah?” Tanya salah seorang rakan FB.

“Boleh cerita sikit sinopsis buku ustaz?”

“Ada sinopsis ke cerita ni? Sebelum membeli, nak tau juga…” Soal yang lain pula.

Begitulah respon dan timbal balik yang diberikan setelah promosi secara besar-besaran pertama di buat lewat malam semalam. Akhirnya, buku yang dinantikan saya sendiri tiba di rumah setelah diangkut melalui trio adik-beradik – Mohd Hazuan dan Mohd Hazim – mewakili syarikat Pancaran Ilmu Enterprise dari Kuala Lumpur ke Kedah.

Tidak dilupa juga, jutaan terima kasih kepada saudara Sa’di Said yang bertungkus-lumus menguruskan urusan cetakan sehingga terlahirnya sebuah buku – karya pertama saya – berjudul ‘Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara’.

Jujurnya, saya jadi terkesima sebentar. Barangkali teruja melihat pada pandangan pertama. Naskhah yang berada di alam fantasi tetapi menceritakan kisah realiti akhirnya berjaya dibukukan biarpun pelbagai halangan ditempuhi.

Dalam banyak-banyak komentar di atas, saya tertarik untuk menjawab soalan yang paling bawah. Kerana persoalan itu perlu dijawab dengan sedikit sinopsis ala-ala cover novel. Baiklah, ikuti pembacaannya di bawah.

Sinopsis Buku ‘Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara’

Kalau melihat pada tajuk, barangkali hanya beberapa kerat manusia mengerti apakah maksud tajuk besar itu. Pasti bukan? Andai ada yang tahu, itu adalah kelebihannya untuk mentafsir kiasan bahasa.

Begini, yang dimaksudkan dengan ‘Debu-debu’ itu saya misalkan ia adalah manusia. Ya, manusia yang ramai hingga perkataan itu diulang-kata. Dalam ramainya manusia itu, saya adalah salah seorang insannya. Insan yang menyelinap ranting-ranting ‘kota 1000 menara’. Sudah dimaklumi, bahawa gelaran Mesir itu – selain perlembahan Nil – ia digelarkan Kota 1000 Menara.

Dek kerana banyaknya menara masjid, maka seluruh kota dipelusuk negara Mesir dipenuhi ceracak menara beribu-ribu. Jangankan semua wilayah, lihat saja pada panorama di Kota Kaherah, sudah memadai untuk menjawab persoalan di atas.

Justeru, maknanya di sini ialah; kisah benar seorang pengembara ilmu, pencinta pengalaman, telah merantau ke sana dengan membawa cita-cita dan matlamat seperti juga penuntut-penuntut al-Azhar lainnya. Permulaan cerita, penulis mengajak pembaca menghargai kasih sayang ibu bapa, dan menghadirkan kisah-kisah silam agar kita tidak melupakan pengorbanan dan jasa mereka. Buku sahaja dedikasi buat ibu bapa penulis, bahkan kepada sesiapa saja yang menghadami buku ini.

Kerana berwasilahkan mereka, kita hadir muka bumi ini. Dan kerana perantaraan mereka, kita mampu celik hingga ke hari ini. Merekalah sumber inspirasi untuk kita berjaya dunia dan akhirat. Semoga Allah mengampuni mereka dan kita semua. Ameen.

Setelah itu, penulis mengajak pembaca untuk sama-sama terbang membelah awan nan memutih, langit biru yang luas tiada penghujung untuk tiba di Ardul Kinanah – Bumi Mesir. Maka bermulalah, kisah pengembaraannya menghadapi segala cabaran dan mehnah hidup bersama rakan-rakan serta masyarakat setempat.

Di sana, ada cerita gembira, suka, duka, terharu dan pelbagai rona rasa. Kesemuanya adalah kisah benar, yang dihadapi penulis. Bukan kisah rekaan atau imaginasi.

Saya cuba menghimpunkan kembali catatan-catatan kembara selama beberapa tahun menuntut di Universiti al-Azhar cawangan, Tanta bersama secangkir peringatan untuk diri dan umat Islam. Peringatan beriringan nas al-Quran, as-Sunnah mahupun kaul ulama’ silam dan kini, ini tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata kerana mahu menggapai redha Allah Ta’ala.

Natijahnya, ia sedikit sebanyak mengajar diri untuk berhadapan dengan masyarakat umum dan menyelami permasalahan umat. Moga-moga titis usaha kecil lagi kerdil ini dikira ibadah di sisi Azza Wajalla. Ameen.

Kisah catatan pengembaraan Abu Abdullah Muhammad bin Battutah atau Ibnu Batutah, antara sumber inspirasi terpenting yang mendorong diri ini untuk merakamkan detik perjalanan berharga di perantauan. Juga atas saranan sahabat-sahabat pembaca FRC agar membukukannya, maka saya mengambil kata putus untuk melangkah payah setapak dengan membukukan siri kembara di bumi anbiya’ ini.

Buku ini, terpecah kepada bab-bab yang mengisahkan pelbagai cerita. Setiap cerita di dalam bab itu mengandungi pelbagai tema yang diangkat. Ia digarap bersama elemen-elemen pengajaran, tazkirah, fiqh, sejarah, isu semasa dan pelbagai injeksi penyampaian lainnya.

Bab yang saya kira, menarik untuk dibaca ialah kisah mengenai pengembaraan penulis bersama rombongan ke Selatan Sinai – tempat di mana terletaknya artifak sejarah dan monumen berkaitan Nabi Musa a.s serta Fir’aun Laknatullah. Ia terkandung di dalam tajuk:

Kami Kemalangan Di Suez

Merentasi Terusan Suez

Sejenak Di Panorama Berlief

Menjejaki Uyun Musa a.s Dan Hamam Firaun Di Pesisir Laut Merah

Mata Air 12 Di Perlembahan Wadi Ar-Baie’n

Itulah Puncak Jabal Thur Sina!

Ibrah Persaudaraan Nabi Musa a.s Dan Nabi Harun a.s Memimpin Bani Israel

Khazanah Solahuddin al-Ayubi Di Sempadan Israel

Begitu juga mengenai kisah benar pembunuhan tragis lagi ngeri – Kematian Tragis Di Mansurah – melibatkan salah seorang rakan penulis di Mesir. Dan cerita itu heboh diperkatakan di dalam media utama Malaysia. Semuanya saya bukukan, buat tatapan dan pengajaran bersama.

Moga-moga, usaha kecil ini mampu memberi manfaat buat semua dalam menjalani hidup sehari-hari – untuk hari ini dan masa akan datang. Untuk mendapatkannya, boleh menghubungi dan menempah melalui:

Emel: mdfaridrashidi@gmail.com

No Tel: 019-4277846

Facebook: https://www.facebook.com/Ibnurashidi

Ciri-ciri buku:

Tajuk: Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara

Harga: RM25

Ketebalan: 271 muka surat.

Berat: 400gm.

8:35AM, 20 April 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Doa Mengusir Perbuatan Khianat Manusia Dan Jin
“Malam-malam mereka selalu datang kacau. Mereka cucuk lantai menggunakan lembing dari bawah rumah. Saya nampak.” Ustaz Ismail bercerita. Saya bulatkan perhatian sepenuhnya pada penyampaiannya.

Ayah turut diam mendengar cerita lamanya.

“Bila kita kejar, mereka lari. Pernah anak buah (anak murid pondok beliau) mengejar orang yang membuat kacau. Bila dapat tangkap, mereka jawab – kenapa Tuan Guru tangkap kami, kami tak buat apa-apapun. Memang susah.”

“Bila sebelah malam, datang lembaga kepala bulat keliling rumah – mengeluarkan bunyi pelik; jin yang dihantar manusia.”

Kisah gangguan jin dan manusia itu bermula apabila Ustaz Ismail dan rakannya menubuhkan sebuah Pondok Pengajian (Pesantren) yang terletak di salah sebuah daerah di pedalaman Sabah. Pada permulaan penubuhannya, Pondok tersebut mendapat sambutan menggalakkan, namun ia tidak lama. Rupanya penerimaan masyarakat terhadap penubuhan Pondok Pengajian itu hanya seperti mencelup hempedu ke dalam segeluk madu.

Mereka dengki, mereka iri hati. Segala taktik kotor digunakan samaada melalui perantaraan jin mahupun manusia. Khabarnya lagi, asal tanah tempat Pondok Pengajian itu dahulu adalah milik orang kampung, tetapi dirampas Penghulu Kampung secara kuku besi. Maka mereka menuntut keadilan kembali, walhal Tuan Guru Ustaz Ismail tidak tahu menahu asal usul sejarah tanah itu. Dia hanya menumpang tanah mereka demi menyebarluaskan ilmu yang dimiliki. Tidak lebih dari itu.

Akhirnya, Ustaz Ismail pulang semula ke semenanjung Malaysia dan mendirikan Pondok Pengajian di kampung halaman sendiri.

Dan hari itu, tujuan ayah berjumpa dengannya adalah untuk meminta kalau-kalau ada penawar menyembuhkan bahu. Kata ayah; bahunya kembali menyengat, sakitnya menggigit-gigit persis kesakitan tatkala dihentam sihir beberapa tahun dulu.

Ceritanya terus bersipongang di telinga. Saya cuba menyoal soalan kepada ayah ketika memandu kereta pulang ke rumah.

“Ayah ada terima doa dari Ustaz Roslan, dia suruh amalkan untuk mengelak dari sihir gangguan manusia dan jin.”

“Baca akhir surah al-Mukminun selepas solat maghrib dan subuh.”

Doa Mengelak Gangguan Manusia Dan Jin

Maksudnya: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” [115]

Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. [116]

Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. [117]

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!” [118]

Kerana Kita Ada Allah

Pada hemat saya, bukan calang-calang orang juga Tuan Guru Ustaz Ismail. Masakan tidak, dia masih mampu bertahan berbulan-bulan walaupun diganggu manusia dan jin. Sementelahan, dia sanggup menanggung risiko mendirikan Pondok Pengajian di tanah terpencil lagi asing.

Akan tetapi, berkat kesabaran dan keyakinannya pada agama Allah SWT, dia mampu mengharunginya. Begitu juga pesannya kepada ayah; pertingkat amalan diri dengan memperbanyakkan selawat dan doa. Moga-moga, dengan amalan itu, Allah SWT menurunkan nusrah buat hamba-Nya yang dizalimi.

Yakinlah, kerana kita ada Allah!

5:02PM, 13 Disember 2010,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Saat Lafaz Sakinah Termeterai
“Nanti waktu akad Tok Imam tu baca agak perlahan.” Pesan isteri sebelum majlis ijab qabul bermula.

Pagi itu angin seperti malu-malu untuk bertiup. Suasana pagi bagai mendung menyambut sang hujan, tetapi tidaklah hingga memberi tanda akan hadirnya ribut kencang akan tiba. Walhal degup jantung empunya diri sudah mengalahkan badai yang bergelora. Hidangan Nasi Lemak saya jamah perlahan, seolah-olah hilang selera bila mata terkelih detik waktu yang bergerak.

Saya meminjam alat celcom broadband yang dimiliki oleh tuan rumah – yang juga terkena bau-bau bacang dengan silsilah ayahanda. Pada kesempatan itu, lantas saya terus menulis entri sambungan untuk mengkhabarkan kepada semua rakan-rakan maya bahawa majlis pernikahan saya akan berlangsung. Waktu itu, masa berbaki hanya tinggal setengah jam sebelum diakadnikahkan.

Jari-jemari bergetar, barangkali tempias degupan jantung telah memberi tindak-balas kepada tubuh. Saya menarik nafas dalam-dalam. Jubah pengantin berwarna putih saya sarungkan. Sehelai di dalam, manakala luarnya ialah jubah jenis kakula. Manakala kaum keluarga di luar pula sedang sibuk mengemas pakaian dan mempersiapkan diri untuk ke majlis akad nikah. Masing-masing dengan posisi tersendiri – yang telah diatur.

“Ada tak apa-apa doa untuk mengelakkan gangguan dengki manusia atau jin waktu akad nikah?” Tanya saya kepada Che Pak Teh Heng.

“Baca surah ini.” Katanya sambil menghabiskan bacaan ayat al-Quran.

Saya mengangguk.

Sebelum bergerak masuk ke kawasan Felda Kerteh 5, kami sempat merakamkan beberapa keping gambar untuk diabdikan kenangan bersama. Saya cuba untuk senyum dan menzahirkan wajah bersahaja tanpa memperdulikan gelodak jiwa di dalam. Kami sebanyak empat buah kereta dan sebuah van terus bergerak bila masa sudah melewati jam 10 pagi.

“Buat tak tahu saja, jangan nampakkan debaran. Pendekar harus berani, buat kancing gigi!” Abang Fakhruddin melontarkan kata-kata semangat agar tidak mempamerkan kegelisahan.

Saya ketawa kecil melihat gelagatnya.

Ketibaan Rombongan Pihak Lelaki

Rombongan kami akhirnya tiba. Ketibaan kami membawa pelbagai misi, misi utama iaitu mempersatukan kedua mempelai agar hubungan diredhai Tuhan semesta alam – Allah Azza Wajalla. Misi seterusnya, mempereratkan hubungan silaturrahim sesama muslim. Biarpun jauh beribu batu, bukan bermakna ikatan tali silaturrahim tidak boleh hubungsambungkan.

Bila bercerita soal jauh jarak perjalanan, saya jadi terimbau kenangan ketika menaiki kenderaan dari Kota Madinah al-Munawwarrah ke Mekkah al-Mukarramah. Fikiran saya tertancap pada angka 400KM – iaitu jarak perjalanan antara kedua-dua kota. Ia terlalu jauh, namun Baginda Rasulullah SAW bersama para sahabat sanggup menempuhnya. Hanya kerana Islam dan Tuhan!

Kami berarak perlahan menuju ke rumah pengantin perempuan. Che Pak Teh Heng memaut lengan saya, lalu dia memulakan alunan selawat. Langkah kami beriringan selawat ke atas Habibil Mustafa. Dan lensa kamera tak henti-henti menembak kami – kesilauan.

Lafaz Sakinah Bermula

Saya melangkah masuk perlahan. Kelihatan segalanya sudah tersedia. Saya dijemput duduk di atas pangkin empuk. Jantung saya kembali berdetak kencang, ia lebih laju dari omboh motorsikal barangkali. Saya menarik nafas dalam-dalam. Sedaya upaya saya menenangkan hati.

“Allah, Allah, Allah…”

“Aku bernikah hanya semata-mata kerana Allah dan sunnah Rasul-Nya…” Hati berbisik berteman gelora.

Imam sudah bersedia. Bakal bapa mertua juga sudah siap siaga, bersamanya dua orang saksi. Saya menghulurkan tangan, bersalaman erat dengan Tuan Imam. Dia mula membaca watikah lafaz sakinah. Saya teliti mendengar.

“Lepas saya sebut tunai, boleh sambung ya.”

Saya mengangguk faham. Imam terus memulakan akad nikah. Saya mengerling ke arah mak, mak ngah dan mak su. Rupa-rupanya mereka sedang merenung dalam tangisan. Airmata berlinangan di kelopak mata, dan pastinya ia membuatkan debaran dada berdengup kencang.

“Saya nikahkan akan dikau Azila Binti Abdul Alim dengan mas kahwin RM101.00 tunai.”

“Saya terima nikahnya Azila Binti Abdul Alim dengan mas kahwin RM101.00 tunai.”

Segala syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, dengan termeterainya ikatan dua jiwa itu, maka saya selamat menjadi suami kepada isteri saya – Azila Binti Abdul Alim. Masing-masing tersenyum gembira. Tiada patah kata mampu diucapkan tatkala status bertukar ganti.

Seusai akad, saya bersama isteri menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai tanda syukur dan memohon berkat Jalla Wa’ala. Biarkan barakah itu sentiasa bersama, kerana redha Allah ada bersama barakah-Nya.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/Gnua_V91Cxo?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="344" src="http://www.youtube.com/v/Gnua_V91Cxo?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Selesai solat sunat, majlis menyarung cincin berlangsung. Dalam debaran itu, saya menyarungkan sebentuk cincin ke jari isteri dan seutas rantai sebagai simbolik tanda pemberian. Begitu juga isteri, dia menyarungkan sebentuk cincin bertatahkan batu permata biru untuk saya.

Alhamdulillah, segalanya selesai dengan lancar dan jayanya.

Petang itu, kaum keluarga pulang kembali ke Kedah. Entah mengapa, dalam suasana suram itu, saya mengalirkan airmata keharuan. Bukan kerana sedih ditinggalkan keluarga, tetapi terharu bila mengenangkan mak yang selama ini membesarkan dan mendidik saya turut bergenang airmata tatkala majlis akad nikah berlangsung. Segala kesedihan itu terubat bila isteri berada di sisi. Dia menghiburkan saya, hingga saya tersenyum menghakis duka.

Terima kasih sayang. Terima kasih semua!

12:19PM, 3 Disember 2010,

KBB, Baling.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.