Faridrashidi.Com » Bicara Semasa

Ustaz Azhar Idrus Difitnah?
Pertama kali saya dengar ceramahnya lewat rakaman video ketika berada di tahun akhir Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sekitar tahun 2006. Ketika itu, Ustaz Azhar Idrus tidak seperti sekarang. Dengan kata lain, beliau tidak semasyhur sekarang hingga mempunyai pendengar dan pengikut ribuan orang.

Pendengarnya hanya sekitar masjid dan surau daerah Kuala Terengganu dan sekitarnya. Trade mark yang selalu diulangi beliau dari dulu hingga sekarang adalah ‘JKKK’, ‘Tok Imam, ‘Tok Bilal’ dan banyak lagi. Beliau terkenal dengan penyampaian ceramah dalam loghat Terengganu yang berunsur humor, lawak disamping taburan ilmu fiqh yang diberikan.

Antara kelebihan beliau yang menonjol ialah pantas dan spontan menjawab persoalan yang diutarakan baik berkisar hal ehwal semasa, fiqh, aqidah ataupun politik. Ini kelebihan beliau.

Tempias Fitnah

Setiap pendakwah tidak terlepas daripada ujian dan dugaan. Lebih-lebih lagi jika kita memperkatakan sesuatu yang benar lagi haq, pastinya pembawa kemungkaran akan panas punggung bagai cacing kepanasan. Setiap inci dan jihat akan sedaya-upaya dipenuhi dengan cacian dan fitnah. Dengan adanya tentangan, ini bererti mesej dakwah kita sudah sampai ke cuping telinga ummah.

Bahkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah banyak ditimpa tohmahan dan caci maki dari puak-puak kafir dan munafiqin. Baginda SAW dilempar najis, ditabur duri, difitnah, dicerca, diberi tekanan, dan diterima ugutan bunuh. Namun, kuasa Allah SWT lebih besar dari segala-galanya. Allah SWT tetap bersama-sama orang yang sabar dan tabah membawa panji kebenaran.

Ingatlah, tiada satu pun kebaikan itu tanpa ditentang kemungkaran. Lumrah.

Sebagai tanda sokongan saya, teruskanlah menebar sayap kebenaran andai Ustaz Azhar Idrus di pihak yang benar.

3:15PM, 8 Januari 2012,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Bersih 2.0: Sudah Cukup Bersihkah Sistem Kotor Itu?
Riuh rendah media sudah beransur hilang. Kempen sana-sini sudah lenyap diganti kembali siaran hiburan seperti sebelum ini. Rakyat juga kembali bertenang setelah berlalunya hari bertarikh 9 Julai 2011. Masing-masing buat kerja sendiri kembali. Barangkali peniaga-peniaga di sekitar KL sudah kembali mengumpul untung selepas bengang ‘dikacau’.

Alhasil, sehari telah berlalu, tetapi pelbagai pihak mahu merumuskan sesuatu intipati yang dikutip daripada perhimpunan Bersih. Ada yang mengatakan pihak Bersih telah berjaya, pihak kerajaan gagal. Tak kurang juga ada yang mendabik dada bahawa polis berjaya mengawal segala, dan pihak Bersih mengalami kegagalan.

Sebagai penyedap rasa, mereka meletakkan anggaran sendiri bahawa kehadiran penyokong Bersih hanya dalam lingkungan 6,000 sahaja. Dan ini dinafikan pihak pembangkang dengan katanya jumlah keseluruhan mencecah puluhan ribu.

Hakikatnya, saya tidak berminat untuk tahu semua itu. Kalaupun ingin tahu, hanya sekadar mengambil fakta. Saya percaya dan yakin, arus media tidak pernah adil dalam menyebarkan berita jika ada kaitan dengan pembangkang. Mereka lebih suka mengampu pemerintah berbanding telus membicarakan sesuatu.

Jelmaan Revolusi Mesir?

Jujur saya katakan, saya kurang gemar jika kita membuat rumusan sebegitu. Ia amat jauh dan berbeza bagai langit dan bumi. Sebabnya kita sudah jauh ditinggalkan mereka. Rakyat Mesir bangkit sehingga pemerintah mereka jatuh tersungkur. Segala gerak-kerja kerajaan Mesir terbantut.

Sedangkan rakyat Malaysia yang bergabung dalam kelompok Bersih itu lebih bermatlamatkan mahu membersihkan anasir kotor dalam pilihanraya. Selebihnya bergantung kepada niat masing-masing ketika berdemo. Bukan bermatlamat mahu menumbangkan kerajaan sekaligus.

Sumber gambar

Maka, sukar untuk kita menyamakan Bersih itu adalah jelmaan revolusi Mesir. Tetapi realitinya, media kerajaan selalu berusaha menggambarkan perhimpunan 9 Julai berpaksikan niat seperti itu.

Cuma, saya mahu kepastian sebenar, apakah konklusi yang diperolehi hasil perhimpunan Bersih 2.0? Adakah ada perubahan besar kepada negara? Atau ada sesuatu agenda sudah berjaya?

Kalau sekadar menghantar memorandum kepada Sultan, ini belum dikira kejayaan 100%. Sebab kejayaan seperti itu, tidak diperlukan untuk kita berdemo. Ataukah kejayaan menunjukkan sejumlah majoriti rakyat menyokong perjuangan pembangkang? Kalau begitu maksudnya, itu belum menunjukkan kejayaan sebenar juga. Kerana kebanyakkan program anjuran pembangkang sememangnya dihadiri jumlah majoriti besar rakyat. Walhal dalam pilihanraya kerajaan tetap berjaya menyapu bersih kerusi untuk membentuk kerajaan walaupun ceramah UMNO biasanya dihadiri tak kurang 100 peserta sahaja.

Ini kerana ia belum cukup untuk kita membayar modal nyawa peserta yang meninggal dunia, dan membayar darah yang tertumpah dibelasah pengampu negara.

Walauapapun yang anda inginkan, walauapajua niat yang dipasakkan, sekiranya kita menyokong kerajaan demi mempertahankan sistem kufur, dan berdemo menentang kerajaan demi menegakkan sistem kufur maka tiadalah bezanya perjuangan itu.

Mana mungkin baju bersih boleh bercampur pakaian kotor, dan kita pantas membuat rumusan yang KOTOR itu adalah BERSIH. Kita bijak menentukannya.

12:10, 11 Julai 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Rebiu: Filem Valley Of The Wolves Palestine
<object width="560" height="349"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/ovnhXDNH4rw?fs=1&hl=en_US&rel=0" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="349" src="http://www.youtube.com/v/ovnhXDNH4rw?fs=1&hl=en_US&rel=0" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always"></embed></object>

Dari komentar yang berlabun, geger mengatakan filem ini menarik. Maka, akibat tertariknya saya pada ulasan mereka, lantas saya cuba menggagahi untuk menonton cerita baru ini.

Filem ini bertajuk “Valley Of The Wolves Palestine”. Di permulaan cerita ada babak kisah benar yang berlaku iaitu serangan banjingan jijik bergelar Israel membantai para utusan ke Ghazzah menerusi misi Freedom Flotilla lepas. Tetapi penayangan babak itu hanyalah sekadar memberi faham babak-babak seterusnya.

Saya gesit teruja untuk menonton hingga habis.

Alangkah Indah Jika Realiti

Kalau mahu ikutkan hati, sudah saya menggelinjangkan diri gembira disulami airmata duka tatkala menghabisi cerita ini. Sebab filem ini mengisahkan hanya 3 orang hero utusan kerajaan Turki dan seorang warga Palestin berusaha merobek jeriji besi Yahudi Israel sehingga berjaya mencapai kejayaan. Bukankah sesuatu yang membanggakan?

Sementelahan mereka menabrak kubu kuat Israel dan berjaya membebaskan rakyat Palestin. Cerita ini betul-betul memberi semangat untuk umat Islam terus berjuang membebaskan Palestin. Ia bukan filem klise yang hangat di pasaran Malaysia saat ini. Ia bukan filem sumpahan khurafat – yang menampilkan ‘hantu’ sebagai hero pelaris, atau filem komedi ala-ala Maharaja Lawak.

Tetapi ia lebih dari itu. Filem ini membawa mesej berat lagi sarat. Bukan sekadar hebatnya hero menerobos kubu kuat mereka; atau cekapnya kemahiran menembak mereka; atau dahsyatnya bom fosforus Israel. Filem menjiwai perjuangan rakyat Palestin khususnya, umat Islam umumnya selama berdekad-dekad daripada cengkaman Yahudi Laknatullah.

Bak kata heronya: “Aku bukan datang ke Israel, tetapi aku datang ke Palestin.” Setelah di soal askar Yahudi atas tujuan sebenar bertandang ke Tanah Suci ketiga itu.

Dan kita sebenarnya memang menantikan kegemilangan dan kejayaan itu. Kalau kerana filem itu kita sudah mampu berbangga, namun ia hanyalah pada fantasi sahaja. Bukan menjadi realiti.

Percaya dan yakinlah, bahawa akan ada hero Islam membebaskan Baitulmaqdis – jika kita sama-sama berusaha membikin kerangka gemilang itu.

Pastinya janji Allah dan RasulNya adalah benar.

“Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian..” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

8:08PM, 29 Mei 2011,

Ketengah Jaya, Terengganu.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Lambakan Kuantiti Doktor Yang Tidak Berkualiti?
KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menghentikan kursus baharu perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mampu membendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran ketika ini.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. David Quek Kwang Leng berkata, masalah tersebut berpunca daripada kewujudan banyak IPT yang menawarkan pelbagai kursus perubatan. Beliau berkata, pertambahan jumlah kursus perubatan itu menyebabkan pelajar bebas memilih kursus dengan kos yang rendah pula. – Kosmo 7 Mei 2011.

Itu perkhabaran yang terpamer di dada akhbar negara tempohari.

Manakala khabar dari bumi Kinanah mengatakan bahawa akan diadakan suatu pertandingan nyanyian yang disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi Perubatan. Pertandingan itu diberi gelar Medic’s Got Talent 2011.

Maknanya, selepas mereka berjaya menamatkan pengajian di sana, mereka akan terjun ke dalam dunia kedoktoran. Sudah semestinya mereka akan menjadi doktor merawat para pesakit pula.

Nah, di sini wujud kecelaruan identiti serius di kalangan pelajar Perubatan yang membikin dan mengimarahkan aneka ragam gejala sosial di bumi Anbiya’ itu. Mereka telah lupa bahawa mereka antara golongan yang diharapkan oleh masyarakat.

Masyarakat memandang mereka dengan harapan kelak akan membantu umat Malaysia dalam menangani masalah kekurangan doktor atau pembantu perubatan. Masyarakat melihat mereka dengan harapan mereka akan menjadi doktor yang berhemah tinggi, berakhlak mulia, profesional, berkualiti, bukannya menjadi artis atau penyanyi.

Sedangkan budaya hedonisme, nyanyian dan artis terlalu muak untuk masyarakat hadam. Sangat banyak dan menyesakkan!

Andainya, perkara negatif sebegitu menjadi makanan harian mereka, maka diruang manakah kita mahu mengatakan doktor sebegitu adalah yang berkualiti?

Tujuan Pendidikan Dalam Islam

Islam sama sekali tidak menyanggah umatnya agar mempelajari ilmu selain berkaitan pengajian Islam. Belajarlah, kerana itu merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam, dan akan menjadi wajib sekiranya tidak ada umat Islam yang mempelajarinya.

Pada hakikatnya ilmu pengetahuan itu terdiri dari dua perkara; iaitu pengetahuan yang dapat dikembangkan akal fikiran manusia, sehingga ia dapat menentukan suatu tindakan (aksi) tertentu, dan pengetahuan mengenai perbuatan itu sendiri. Maka setiap ilmu pengetahuan itu tercakup daripada salah satu dari dua perkara itu.

Adanya Akal Sebagai Pembeza Dengan Manusia Tidak Berakal

Kita dianugerahkan Allah Ta’ala akal untuk berfikir. Dengan akal, kita berbeza berbanding haiwan dan golongan manusia yang tidak berakal. Akal adalah anugerah berharga yang dimilik manusia.

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah: 269)

Lafaz ulul albab dalam ayat di atas diertikan sebagai Dzawul Uquul, maksudnya orang-orang yang berakal.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.” (Al-Maidah: 100)

Terlalu banyak firman Allah SWT mengenai perihal akal manusia. Tujuannya tidak lain tidak bukan supaya kita dapat berfikir dengan jernih, mengapa akal ini diciptakan kepada manusia. Dengan akal, manusia dapar berfikir dan merenung keesaan Allah Ta’ala sehingga dapat membuahkan keimanan kepada-Nya, terhadap keesaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan keagungan-Nya. Di sinilah peranan akal manusia, yang dapat menghantar insan menuju ketauhidan kepada Allah SWT.

Maka, sebagai pengamal perubatan yang baik dan berilmu pengetahuan luas, tentunya mereka dapat memaksimumkan akal fikiran agar setiap perbuatan terarah hanya semata kepada Allah SWT. Mereka tentu akan berfikir bagaimana mahu mengembangkan ilmu pengetahuan beriringan akal yang baik. Hadiah buat umat.

Jika mereka tidak memaksimumkan akal fikiran sebaik mungkin, pastinya kedudukan dan martabat mereka sama seperti golongan jahil yang tidak berakal. Kerana itu Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Al-Mujadalah: 11)

Mengapa Wajib Menjadi Berkualiti, Berbanding Kuantiti?

Suka untuk saya kutip kembali kata-kata nasihat daripada Dr.Hamdi Mas’ud dalam kitabnya Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta’alim al-Islam bermaksud:

“Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya.. hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan ke dalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenar… bertitik-tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.”

Dalam apa jua bidang sekalipun, nilaian hebat itu letaknya pada kualiti, bukan kuantiti. Apa guna ramai manusia, tetapi yang boleh diharapkan hanya 2,3 orang sahaja? Sudah tentu ia amat merugikan segala; baik masa, wang ringgit dan daya fikir.

Menjadi berkualiti itu sudah pasti ia adalah milik seorang doktor mukmin lagi muttaqin. Yang hidupnya melihat bahawa Allah SWT adalah segala. Sedangkan dia adalah wasilah untuk membantu para pesakit. Menyebar dakwah dalam sedar atau tidak.

Pernahkah kalian dengar, cerita pendakyah Kristian yang berselindung di sebalik Team Perubatan Antarabangsa menyusup masuk ke kampung-kampung terutamanya negara yang penduduknya beragama Islam? Mereka bukan sahaja mengubati pesakit, tetapi misi mereka lebih besar dari itu.

Doktor yang berkualiti, adalah mereka yang memiliki pencapaian akademik cemerlang atas hasil usaha untuk mengangkat diri menjadi lebih baik dan terbaik. Mereka adalah milik orang-orang yang sabar, yang tidak mensia-siakan waktu pada perkara yang melekakan.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah: 218)

Pastinya mereka bukan daripada golongan yang suka menjerumuskan diri ke lembah maksiat dan kehinaan.

Bayangkan, jika suatu hari nanti para graduan bidang kedoktoran ini sudah menamatkan pengajian masing-masing, sedangkan bekalan perjalanan untuk terjun ke dalam masyarakat tidak mencukupi. Apa yang bakal terjadi? Fikirkan, jika doktor yang tidak memiliki sifat sabar, akhlaq mulia, latarbelakang agama dan pengetahuan ilmu mencukupi merawat pesakit dan menatijahkan perkara buruk kepada pesakit?

Lalu, mahu menuding jari kepada siapakah?

Tanya diri sendiri dahulu ke mana hilangnya waktu 6 tahun ke belakang itu sebelum menyalahkan orang lain!

12:53PM, 10 Mei 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Menyambut Hari Lahir Menyubur Taman Perkasihan
“Sayang, selamat hari lahir sayang. Sayang tahu, ini adalah kali pertama kita menyambutnya semenjak kahwin.” Saya memandang redup wajah isteri saat malam menyambut hari kelahirannya. Cahaya samar-samar menembus masuk ke bilik.

Dia terdiam. Saya terkedu.

Dan keesokkannya, tanpa pengetahuan isteri. Saya membeli sebiji kek yang tertera kata-kata ucapan buatnya. Tak dilupakan, sekotak hadiah ‘misteri’.

“Cuba sayang pejam mata. Pejamlah mata sekejap.” Pinta saya.

“Kenapa?” Kerut dahinya kehairanan.

“Tutuplah sekejap.”

Saya menarik keluar kotak dari bawah katil. Memang hadiah itu telah saya balut senyap-senyap. Biar jadi suprise. Lalu saya letakkan hadiah itu pada tangannya.

“Ok, buka mata.”

Reaksi terkejut terbit dari wajahnya. Dia membuka kotak, sambil bertalu-talu menabur ucap terima kasih.

“Terima kasih abang. Terima kasih. Terharu dah rasa.” Matanya jadi merah tiba-tiba. Saya senyum.

Seminggu kemudian, giliran saya pula. Dia mengajak saya ke salah sebuah pasaraya di Sungai Petani. Dibeli dan dihadiahkan sehelai kemeja coklat beserta seluar slack. Saya kembali tersenyum bahagia.

Kami menyambung rasa bahagia itu dengan menjamu selera di restoran Radix Fried Chicken (RFC) milik syarikat HPA.

Alhamdulillah.

Mengapa Tidak Menyambutnya?

Ada kalangan kita yang menempelak mereka yang menyambut hari kelahiran. Hujjahnya, itu adalah perbuatan orang kafir.

Ringkasnya, hukum sesuatu perkara selagi mana tidak dibawakan dalil keharaman, maka ia tetap berada dalam keadaan harus. Ini kaedah yang dipelopori Imam Syafie’. Termaktub di dalam kitab Qawaid Fiqhiyyah karangan ulama’ besar selepasnya – antaranya Imam Nawawi, Imam Baidhowi dan lain-lain.

Pada saya, selagi mana ia tidak terkandung perkara haram. Mengapa tidak boleh?

Bukanlah kita selitkan tarian joget, atau pesta larut malam dipenuhi nyanyian, arak ataupun zina. Cukuplah sekadar membaca doa selamat dan kesyukuran, itu sudah memadai.

Dan menyambut hari lahir antara suami dan isteri juga adalah sesuatu yang bermakna. Ia mampu menyubur cinta dan kasih jika kena pada caranya. Bahkan dapat mempereratkan tali silaturrahim sesama keluarga dan bersedekah dengan makanan yang dihidangkan.

Maka, bukan semua perkara cara fikir kita harus statik, adakalanya harus fleksibel.

Selamat hari lahir juga kepada semua, moga-moga ada sinar bahagia dihujungnya!

1:33PM, 4 Mei 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Antara Justin Bieber Dan Nasi Lemak Yang ‘Haram’
Justin Bieber, adalah generasi yang dilahirkan pada tahun 1994.

Seingat saya, waktu itu rakyat Malaysia masih mentah untuk menghadapi internet – medium penyebar propaganda dan info terpantas di dunia kini. Lebih-lebih lagilah untuk tahu aplikasi seperti laman sosial Facebook, Twitter dan lain-lain sesawang. Kanak-kanak pada zaman itu hanya tahu bermain game Mario atau menonton cerita kartun Ultraman Taro.

Saat itu, kita baru merasa bangga pada kereta Proton Iswara. Sebuah kereta ‘canggih’ keluaran Malaysia selepas Saga.

Maka, pada tahun 1994 itu juga lahir seorang manusia boneka yang siap diprogramkan menjadi manusia berpengaruh. Yang ada tarikan, yang ada kelebihan untuk menarik jutaan manusia seluruh dunia supaya histeria padanya. Sifunya, tidak lain tidak bukan adalah Syaitan. Mentornya pula adalah Yahudi dan Nasara.

Setelah remaja, dia digilai gadis-gadis remaja mentah samaada dari kalangan melayu tidak bertudung dan BERTUDUNG, India, Cina, Jepun dan lain-lain bangsa di dunia. Si gadis bertudung mengaku Islam turut sama menggilai penyanyi Justin Bieber – menjadi sama tarafnya dengan remaja non-muslim lain.

Watak sama, perangai sama, pakaian hampir sama tetapi nama adalah Islam dan mereka tetap akui adalah beragama Islam. Hakikatnya, tidak ada beza pada watak luaran!

Maknanya, Si Justin Bieber yang berkiblatkan Syaitan itu telah berjaya merasuk anak gadis Islam dengan mudah dan pantas, sepantas jalur internet.

Ini terbukti. Fakta semalam yang dilaporkan media menyatakan bahawa Stadium Merdeka bergegar dek penangan 17,000 peminat Justin Bieber. Mereka menjerit, terpekik, terlolong dan telah dihantui lembaga penyanyi remaja itu.

Khabarnya, sempena penjualan tiket konsert itu akan disalurkan kepada badan kebajikan sebagai sumbangan amal. Wah, mudahnya beramal cara mereka!

Saya rasa ia semisal dengan kisah seorang perompak yang kerjanya sehari-hari merompak manusia di jalan, lalu menggunakan duit itu untuk disalurkan kepada rumah anak-anak yatim, atau ‘naik’ haji di Baitullah!

Ini bermakna, melakukan pekerjaan HARAM sebagai manisfestasi menuju cita-cita HALAL. Sangat bersalahan kaedah syara’. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Kaedah ini adalah bertepatan dengan teori Machiavelli:

Teori yang dibawa oleh Machavelli adalah dalam tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang ingin dicapai). Jadi biarlah seorang putera (raja) mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya; kaedah yang diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi, maka timbullah pernyataan, “matlamat menghalalkan cara”. [Niccolo Machiavelli, The Prince].

Ini jelas, kerana Rasulullah SAW telah mengingatkan kita akan perbezaan antara hak dan batil. Halal dan haram.

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer radiallahuanhu beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barang siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.

Nasi Lemak Haram Kerana Gemuk?

Kata orang lama dalam peribahasanya, berbunyi; “Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.”

Ia sangat cocok untuk disamakan dengan apa yang berlaku pada hari ini. Konsert juta-juta input cukainya, bebas diadakan melata. Biarkan saja mereka bersorak riang. Jerit dan launglah sekuat hati terhadap si pembawa agenda dajjal itu. Tak mengapa, penguasa izinkan.

Bukankah penguasa juga merestui tayangan adengan seks percuma? Ya, demi musuh politik apa saja menjadi halal.

Begitulah juga mengenai nasi lemak. Sudah berkurun orang melayu menjamah nasi lemak. Bahkan ada segelintir masyarakat cina menggemarinya. Orang dulu-dulu makan nasi lemak, tetapi mereka tidak melupai hidangan ulam-ulaman yang berkhasiat. Mereka bekerja keras membanting tulang siang dan malam. Maka berbaloilah nasi lemak sepinggan itu. Tetapi bukanlah nasi lemak menjadi hidangan setiap hari. Cuma sekadar menghilang kempunan di lidah saja.

Orang sekarang, bukan sekadar nasi lemak, segala jenis makanan ‘dibelasah’nya. Ayam goreng KFC, burger goreng, junk food dan pelbagai aneka juadah dari timur hingga ke barat adalah makanan biasa masyarakat dewasa ini. Maka, potensi untuk menjadi gemuk bukanlah semata nasi lemak sebagai penyumbang utama.

Seharusnya, pihak berwajib janganlah mengharamkan nasi lemak itu sehingga menghadkan penjualannya di sekolah. Bukankah itu antara sumber pendapatan kalangan penduduk melayu miskin?

Mahu kuatkuasa undang-undang, atau mahu berhukum. Gunalah timbangan akal yang jernih. Jangan sekadar arah, arah dan arah. Yang halal diharamkan, yang haram senantiasa dihalalkan.

Haramkanlah perkara yang wajar untuk diharamkan, bukan mengharamkan perkara yang halal!

10:34PM, 24 April 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

‘Cinta’ Yang Membunuh
“Kelmarin ada satu kes yang mana seorang gadis mahu terjun di KB Mall, Kelantan. Mujurlah tidak mati, hanya cedera saja.” Cerita saya kepada audiens sewaktu menyampaikan ceramah motivasi di Darul Fikr.

“Ini kerana gadis itu mengalami masalah jiwa, akibat tertekan dengan keadaan hidup sekeliling. Putus cinta, masalah keluarga. Bila jiwa kita kosong, maka akan jadi seperti itu. Tetapi jika jiwa kita selalu berhubungkait dengan Allah Azza Wajalla, kita pasti tidak akan melakukan dosa besar sebegitu.” Terang saya.

Audiens diam sejeda. Masing-masing memberi tumpuan ke depan.

Semakin Menjadi-Jadi

Kebelakangan ini, kejadian bunuh diri semakin menjadi-jadi. Seolah-olah bunuh diri sudah menjadi trend terbaru masyarakat Melayu-Muslim di Malaysia. Dahulu, kita hanya mendengar kisah bunuh diri melalui kaca televisyen dan corong-corong radio sahaja. Itupun kes tersebut berlaku di kalangan masyarakat non-muslim khususnya yang berlaku di negara Jepun.

Kita sering diajar, bahawa nyawa itu berharga. Bahkan Islam selalu memperingatkan tentang perkara ini berabad lamanya. Pendek kata, soal sayang nyawa itu bukanlah menjadi persoalan sejak dahulu di kalangan masyarakat Islam melayu. Tetapi kini ia sudah terbalik.

Kerana hutang terbeban, mahu tidur atas jalan keretapi.

Kerana putus cinta atau tunang, mahu terjun bangunan.

Kerana gagal mendapatkan sesuatu, mahu teguk racun rumpai.

Adakah ini tempias masyarakat moden seperti Jepun terhadap kita?

Jangan Membunuh Diri

Kita ada agama. Kita punya Allah Ta’ala yang Maha Berkuasa, kita ada Rasulullah tercinta (Baca: Sunnah Baginda SAW) kita ada ibu bapa, kita ada sanak saudara, dan kita ada manusia berguna di dunia ini. Mengapa harus meninggalkan kesemuanya dengan cara keji lagi jijik?

Sedangkan Allah SWT Maha penyayang terhadap hambaNya. Allah mampu mengampun segala dosa noda kita sekelip mata tanpa diminta. Kembalilah kepadaNya. Agar kembali kita nanti dihadapanNya persis kain putih tanpa garis-garis hitam mendukacitakan.

Jangan membunuh diri, kerana azabnya pedih tak terkata.

Jika Rasulullah SAW mengetahui yang umatnya terlibat membunuh diri, pasti dia murka dan kecewa. Jangan hampakan Baginda SAW. Bagaimana bisa Baginda SAW mahu memberi syafaat kelak, sedangkan kita lari menjauh dari ajarannya? Menjauh dari sunnahnya?

Jangan membunuh diri, hargai nyawa anda.

Hampir separuh mati ibu melahirkan anda. Bapa pula bertungkus lumus siang malam bekerja demi sesuap nasi membesarkan anda. Mereka mahu melihat anda berjaya dunia akhirat. Hasil daripada kerja keras, mereka menyara anda demi mendapatkan setitis ilmu. Jadi, apakah berbaloi anda mengorbankan diri kerana perkara picisan yang langsung tidak munasabah?

Jangan membunuh diri, kasihanilah mereka. Yakinlah, mereka sayangkan anda.

Dunia ini, kita bukan keseorangan. Daripada mengorbankan diri kepada hal-hal yang hina, apa kata anda berikan manfaat berguna kepada insan-insan lain. Kalaupun anda punya masalah menggunung tinggi, mereka boleh membantu baik dari segi batiniyyah mahupun zohiriyyah.

Jangan membunuh diri, percayalah mereka pasti kecewa bila anda membunuh diri sendiri.

Manusia Kalah, Manusia Yang Rugi

“…dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” (An-Nisa’: 29)

Manusia yang membunuh diri sendiri, adalah seperti manusia yang terkalah dalam medan kehidupan. Ini bererti, dia telah mensia-siakan hidupnya begitu sahaja tanpa beroleh apa-apa manfaat. Malah, beroleh azab siksa Allah Ta’ala pula kelak. Itulah manusia yang sebenar-benar rugi.

Manusia seperti itu juga, seolah-olah telah berputus asa dari rahmat Allah Ta’ala. Sedangkan orang yang beriman kepada Tuhan pencipta alam, mereka tidak sesekali pernah menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan. Sama sekali tidak. Itulah sebenar-benar manusia, yang kuat dan tabah apabila ditimpa bala bencana. Sudah pasti apabila mereka kuat berpegang teguh kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan lebih sayang pada mereka berganda-ganda.

Pereratlah sandaran itu seteguh-teguhnya pada Allah Ta’ala, agar cinta kita, bukan lagi cinta yang membunuh. Moga hati kita senantiasa berbahagia. Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis qudsi sebagai amaran buat kita semua:

“HambaKu menyegerakan nyawanya sendiri, maka Aku haramkan syurgaKu baginya.”

1:55PM, 3 April 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Halangan-halangan Menerbitkan Karya Sulung FRC
Buku itu, bukan buku sasterawan negara yang tertera diksi-diksi indah.

Buku itu, bukan buku hasil karya novelis terkenal yang melakar metafora dan imaginasi.

Buku itu juga, bukan karangan ahli pemikir arena antarabangsa.

Tetapi buku itu, adalah penulisan yang lahir dari hati, yang padanya ada secarik nasihat untuk diri dan umat, dan yang punya secebis pengajaran serta setitis pengalaman buat pedoman insan bergelar manusia. Itulah intipati buku Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara.

Kasad asal, bukan bertujuan untuk menghantar pembaca ke alam penulis bersama kosongnya daya fikir. Akan tetapi, hasil buah tangan itu mahu dihamparkan buat semua semata-mata atas dasar rasa FAHAM bahawa hidup itu harus membawa manfaat kepada manusia. Manusia yang hidupnya tidak memberi apa-apa manfaat kepada umat, persis pohon yang kering tanpa berbuah.

Akhirnya layu menanti rebah. Yang melihat kecewa, yang merasa terseksa.

Justeru, saya cuba menulis dan menghimpunkan karya sulung itu menjadi setebal 320 muka surat bersama warna-warni foto kenangan. Alhamdulillah, tahun lepas lebih kurang bertarikh 6 Julai 2010, saya berjaya menyelesaikan manuskrip keseluruhannya.

Halangan Demi Halangan

Setelah itu, saya mula melakukan gerak kerja sebagai kesinambungan proses seterusnya. Manuskrip tersebut dihantar kepada beberapa rakan yang terdiri daripada kalangan ahli KELAP PMRAM. Saya menunggu berminggu-minggu hingga makan masa berbulan. Alhasil, manuskrip diluluskan dan boleh dicetak di Mesir serta diedarkan ke serata pelusuk daerah Mesir yang mempunyai Markaz Mahasiswa/wi PMRAM. Namun, sedikit mengecewakan apabila tiba waktu untuk cetak, Tuan yang menguruskan urusan tersebut pulang ke tanahair.

Saya akur.

Lantas proses tersebut terbantut seketika. Buku tersebut tetap saja belum berjaya diterbitkan. Saya akan kaki melangkah pulang ke tanahair untuk mencari peluang di tempat sendiri pula. Lalu saya hantar manuskrip tersebut ke syarikat PTS dan al-Hidayah. Namun sedikit mengecewakan, saya tidak mendapat sebarang respon balas adakah manuskrip itu berjaya diterima ataupun tidak. Walhal beberapa emel sudah pun dihantar untuk mengetahui statusnya.

Saya redha.

Melangkah Sendiri

“Ustaz, bagaimana dengan buku? Sudah diterbitkanke?”

“Kenapa tak ada dipasaran pun buku ustaz?”

Di sebalik soalan-soalan ini, saya jadi lelah untuk menjawabnya. Ya, sememangnya pernah saya war-warkan bahawa buku saya bakal terbit. Akan tetapi ada halangan diakhir proses hingga ia tidak berjaya diterbitkan. Saya merenung sendiri dalam-dalam. Hingga satu saat, seorang rakan menawarkan khidmatnya kepada saya via Facebook.

“Terbit dan cetak sendirilah.” Cadangnya.

Saya setuju.

Segala bahan saya serahkan kepadanya untuk proses penukaran format dari Word kepada PDF. Sahabat saya turut membantu menyusun dan mendapatkan kelulusan daripada pihak Perpustakaan negara. Mengikut perancangan, buku saya bakal diterbitkan akhir tahun 2010. Namun begitu, sekali lagi halangan menimpa. Ia tetap saja belum berjaya diterbitkan – kelambatan proses kelulusan ISBN – biarpun saya menunggu dari hari ke hari sehingga memberikan tekanan ke dalam diri. Walaupun sukar, saya cuba gagahi juga untuk meneruskan projek sulung ini.

Hingga saat ini, halangan lain pula datang menjengah. Ketidakcukupan modal (lebih kurang RM5000) untuk mencetak buku Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara melemahkan semangat saya. Akan tetapi ia bukanlah alasan untuk saya berputus asa. Beberapa hari lepas, saya mewar-warkan kepada rakan yang sudi memberi suntikan modal. Alhamdulillah, ada respon yang diberikan.

Hakikatnya, saya tetap terus menanti, adakah respon yang diberikan itu mampu memberikan sinar harapan baru untuk hari depan, atau melakar cerita yang sama seperti hari-hari kemudian?

Semoga, kesabaran itu menerbitkan hikmah.

“Allahumma yassir wala tu’assir ya Kareem… Ya Tuhanku, permudahkan jalan dan urusanku demi agama-Mu!”

8:59PM, 22 Mac 2011,

Ketengah Jaya, Dungun.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Agenda AS Di Sebalik Demonstrasi Dunia Arab
Selepas kejatuhan pemimpin Tunisia – Rejim Zine El Abidine Ben Ali - dan Republik Arab Mesir – Rejim Hosni Mubarak – kini ia merebak ke serata pelusuk negara teluk lain. Terkini, Yaman, Bahrain, Algeria, Iran, Libya dan Oman pula mengalami nasib yang sama. Para penunjuk perasaan keluar memenuhi jalan-jalan, dataran, lorong, bandaraya bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap ketua pemimpin negara.

Bahkan yang lebih menyayat hati, para pemimpin negara Arab – khususnya yang berlaku ke atas warga Libya – sanggup membedil rakyat sendiri sehingga angka kematian mencecah ribuan orang. Tujuannya adalah semata-mata kerana mahu mempertahankan kekuasaan sediaada dari dirampas pihak anti-kerajaan.

Agenda Di Sebalik Gelombang Arab

Pernahkah kalian berfikir, adakah semua gelombang yang melanda dunia arab ini mempunyai agenda di sebaliknya? Pada hemat saya, saya tidak melihat perkara ini hanya sekadar rakyat yang ingin menumbangkan pemimpinnya, atau pun membantah rejim kuku besi yang korupsi, penuh berkudis rasuah, atau berpenyakit zalim. Umum mengetahui, bahawa pemerintah dunia arab memang terdiri dari jenis keras kepala dan zalim!

Akan tetapi, pada pandangan sisi saya yang dhaif ini, saya melihat bahawa ada ‘sesuatu’ agenda di sebalik kekacauan demi kekacauan yang berlaku.

Nah, apakah ia?

Cuba kalian lihat kenyataan-kenyataan yang dilontarkan White House dan Barrack Obama kepada pentas dunia dalam menangani krisis dunia arab:

The White House has issued its strongest words yet on the situation in Egypt in the form of a clarification of the word “now.”

On Tuesday, after calling President Hosni Mubarak, Egyptian president, Barack Obama, the US president, said, “What is clear – and what I indicated tonight to President Mubarak – is my belief that an orderly transition must be meaningful, it must be peaceful, and it must begin now.” – Al-Jazeera

Dan ini pula kenyataan terbaru Amerika Syarikat kepada pro-demokrasi di Libya:

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengumumkan kesediaannya menawarkan ‘sebarang bantuan’ kepada rakyat Libya yang kini gigih menumbangkan rejim Muammar Gaddafi.

Ketika penentang kerajaan menguasai beberapa bandar di barat Libya, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, menyertai desakan pemimpin lain dunia, termasuk Barack Obama, menggesa Gaddafi berundur. – Harian Metro

Dibayangi White House!

Cukuplah dua kenyataan di atas diambil untuk memahami gambaran sebenar yang berlaku kepada dunia kini. Apa yang pasti, setiap kejadian yang berlaku, Amerika Syarikat dan sekutunya tidak pernah duduk diam daripada melontarkan idea, pandangan, cadangan dan tindakan. Cuba lihat ketika demonstrasi besar-besaran berlaku di Mesir, Presiden Barrack Obama dan konco-konconya tidak putus mengambil berat dan menyokong usaha pro-demokrasi. Mereka terlalu bimbangkan kepentingan mereka di perlembahan Nil.

Malah kenyataan Obama itu sendiri menunjukkan bahawa beliau turut menyokong pro-demokrasi anti-kerajaan menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan rejim Muamar Gaddafi. Walhal sebelum ini hubungan antara Mesir dan Libya adalah akrab dan amat baik dengan Amerika Syarikat.

Buktinya, sewaktu mula memegang tampuk Presiden AS, Barrack Obama telah mengadakan kunjungan rasmi ke kediaman Hosni Mubarak.

Tetapi kini, ia menjadi terbalik. Apakah sebenarnya pendirian AS dan White House sebenarnya?

Jika Gelombang Itu Adalah Agenda Penyatuan Umat?

Bagaimana jika gelombang rakyat yang berdemonstrasi itu membawa agenda penyatuan umat – penegakkan sistem Khalifah – dan menyingkirkan kezaliman pemimpin sekularisme? Saya percaya, Amerika Syarikat tidak akan samasekali berdiam diri. Malah mereka tentu lebih bising untuk campur tangan.

Bahkan, Amerika Syarikat dan tali barutnya TIDAK AKAN SESEKALI mengizinkan para penunjuk perasaan membawa agenda tersebut ke pentas dunia bagi menumbangkan rejim kuku besi yang berkuasa.

Akan tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Amerika Syarikat malah menyokong gerakan demonstrasi pro-demokrasi dengan segala apa cara sekalipun.

Inilah agenda Amerika Syarikat dan negara-negara kafir lain dalam menangani isu kebangkitan umat Islam. Mereka sebenarnya begitu takut sekiranya umat Islam bangkit bersatu membina ketumbukan seperti era kegemilangan Islam dahulu. Mereka akan berusaha keras membantu komuniti yang menginginkan demokrasi – kapitalisme – sekularisme tertegak.

“…memetik salah satu artikel oleh John Shea (Vol 16 – No 3857, Jan 19 2010, The American Reporter “War against The Caliphate”), yang berbentuk surat terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang mana John Shea melahirkan keyakinannya bahawa akan munculnya semula Khilafah yang akan menjadi sebuah Negara yang kuat, dan beliau menyeru Presiden Obama untuk mengubah polisinya dalam menyokong negeri kaum Muslimin, agar apabila Khilafah berdiri nanti, Barat tidak akan menghadapi masalah dengan Khilafah.”

Justeru, sedarkah kalian, bahawa Amerika Syarikat sememangnya dari dahulu hingga kini adalah pengamal demokrasi – kapitalisme tegar?

12:42PM, 1 Mac 2011,

KBB, Baling.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Krisis Mesir: Berdoalah Untuk Keseluruhan Umat!
Jika dihitung secara kasar, lebih kurang sudah hampir empat tahun lebih saya menghabiskan masa menuntut ilmu di bumi anbiya’ yang kini sedang bergolak. Dan sepanjang kembara saya di sana, jarang sekali berlaku pergolakkan rakyat Mesir secara besar-besaran menentang rejim Hosni Mubarak dan kuncu-kuncunya.

Rakyat masing-masing menjadi bisu. Lesu untuk bertindak menjatuhkan Presidennya. Kalau pun ada, hanya demonstrasi kecil-kecilan yang melibatkan sesetengah kawasan besar, misalnya Kaherah dan Iskandariah. Ketika itu, demonstrasi dilakukan kerana memprotes kenaikan harga barang atau perhimpunan yang dipelopori gerakan Muslim Brotherhood (Ikhwan al-Muslimun).

Namun begitu, apa yang mengejutkan saya – bermula 25 Januari 2011 – telah berlaku demonstrasi besar-besaran yang melibatkan keseluruhan rakyat Mesir. Tua, muda, kecil dan besar semuanya turun padang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan rejim Hosni Mubarak selama 30 tahun. Bahkan hampir 300 lebih rakyatnya meninggal dunia dan ribuan yang cedera sebermula tanggal 25 Januari hingga kini!

Walhal Mesir bukanlah sebuah negara yang telus dan bebas untuk menghantar suara rakyat kepada pemimpin. Mesir adalah sebuah negara darurat yang melaksanakan undang-undang rimba berbaur kapitalis berkarat. Sesiapa yang menentang, pasti tak akan menemui jalan pulang ke rumah. Mereka akan dihumban ke ‘bawah tanah’ tanpa budi bicara. Malah ribuan juga yang mati tanpa pembelaan!

Itu cerita Mesir sebenar.

Jangankan mahu menentang, mahu berbicara soal politik (Siasah) di khalayak juga lagaknya seperti orang menjual dadah. Sorok-sorok dan berbisik agar tidak didengari mata-mata gelap.

Jika ada perhimpunan tunjuk perasaan, kami mahasiswa-mahasiswi dinasihatkan meninggalkan tempat itu dengan segera tanpa perlu menyoal. Jika mungkir, tentu saja nasib kami persis penjenayah yang menggugat keselamatan awam.

“Enta ismak eh? Tadris fin? Kuliah eh?” Soal polis berbaju coklat tua. Dia menyoal kerana kami mengambil gambar bersama pimpinan Ikhwan Muslimin selepas solat sunat Aidilfitri di Istad, Tanta.

“Ana Muhammad, fil azhar, Syariah Islamiyyah.” Jawab saya ringkas dan terus berlalu pergi. Beberapa hari selepas itu, pihak kepimpinan pelajar telah mengeluarkan arahan agar kami tidak bergambar atau merapati pimpinan Ikhwan Muslimin.

Mesir Sunyi Tanpa Warga Malaysia

“Bila sampai?” Soal saya kepada salah seorang sahabat.

“Baru sangat sampai, tak sempat balik rumah lagi.” Jawabnya. Kebetulan petang itu saya terserempak dengannya di Pasar Malam.

Dikhabarkan juga, sekitar kawasan Hayyu Asyir Kaherah, Tanta dan beberapa tempat lain menjadi sunyi kerana kepulangan secara besar-besaran melalui proses evakuasi ke tanahair. Penghantaran  ini dilakukan kerana mendapat desakan daripada pelbagai pihak agar kerajaan segera menghantar pulang rakyatnya ke Malaysia.

Apa yang pasti, setakat ini semua rakyat Malaysia yang dihantar pulang sihat sejahtera tanpa diapa-apakan warga Mesir.

Hantar Pulang Salah, Tidak Hantar Juga Salah

Semenjak krisis ini berlaku pelbagai pihak memberi tekanan agar pihak kerajaan segera menghantar pulang rakyatnya. Media juga hangat menyiarkan desakan-desakan ibu bapa dan melaporkan seolah-olah Mesir bagai hancur berkecai dilanda peperangan menggila. Masing-masing menggelabah, dan menyalahkan antara satu sama lain.

Lantas, pihak kerajaan mengambil langkah payah melaksanakan evakuasi ke atas seluruh warga Malaysia di sana. Namun begitu. setelah selesai proses berlangsung, kedengaran pula ada pihak mengkritik tindakan tersebut kerana ia melibatkan sejumlah kos yang besar.

Pada saya, soal keselamatan atau apa-apa perkara melibatkan kebajikan, kita (baca: Individu, masyarakat dan kerajaan) perlu berganding bahu untuk saling bantu-membantu. Usah mempolitikkan hingga menjadi isu besar. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan – walaupun kerajaan yang tidak diiktiraf rakyat – yang memerintah untuk memberikan bantuan atau keselamatan kepada rakyatnya. Jika mereka tidak melaksanakan, bererti mereka berlaku zalim!

Ah, saya sama sekali tidak dapat membayangkan bagaimana keprihatinan Khalifah dahulu terhadap umatnya. Sedangkan sekelumit bantuan kerajaan sekular kita sudah agung-agungkan, inikan pula kebajikan berganda-ganda yang sebarkan Khalifah ar-Rasyidin dahulukala. Demi Allah, saya berdoa agar kegemilangan itu kembali semula selekas mungkin!

“Kalau kita jadi ketua, kita pun boleh arahkan untuk laksanakan proses evakuasi.” Kata saya lewat tempohari.

“Sebab benda dah ada, semua dah ada. Cuma arahkan saja.” Sambung ayah.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud:

“Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu diminta bertanggungjawab keatas gembalaannya. Maka seorang pemimpin yang memimpin orang ramai adalah pengembala yang diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang suami adalah pengembala dalam keluarganya dan dia diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Isteri adalah pengembala dalam rumah suaminya, dan dia diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Hamba sahaya adalah gembala terhadap harta tuannya dan dia wajib bertanggungjawab atas jagaannya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu diminta pertanggungjawaban dalam pimpinannya.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Maka, sebagai penawar sementara. Bersyukurlah jika anda selamat, bersyukurlah jika Allah menjagamu, bersyukurlah segala-galanya atas nusrah Ilahi. Tidak rugi anda mengatakan Alhamdulillah beribu kali.

Kisah Saidina Umar r.a Dan Rakyatnya

Suatu hari Khalifah Umar Al-Khattab baru sahaja pulang dari menziarahi negeri Syria. Sebagaimana biasa Umar akan berjalan-jalan dan meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata. Tujuannya ialah untuk mengetahui timbal balas rakyat terhadap dirinya sendiri dan melihat penderitaan mereka.

Pada kali ini Umar menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang perempuan tua. Umar pergi ke rumah perempuan tua itu dengan menyamar sebagai orang kebanyakkan. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan yang dialami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan rakyat terhadapnya.

Apabila tiba di rumah perempuan tua tersebut Khalifah memberi salam dan berkata. “Adakah anda mendengar apa-apa berita tentang Umar?”

“Khabarnya Umar baru sahaja pulang dari Syria dengan selamat”. Jawab perempuan tua itu.

Kata khalifah lagi, “bagaimana pendapat anda tentang khalifah kita itu.”

“Semoga Allah tidak memberi ganjaran baik kepadanya.” Balasnya.

Umar bertanya lagi, “mengapa anda berkata begitu?”

Jawab perempuan tua tersebut, “dia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang.”

“Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan anda sedangkan tempat ini jauh terpencil.” Soal Umar.

“Subhanallah, tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan keadaan rakyatnya walau di mana mereka berada.” Jawab wanita itu sambil mengeluh.

Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak, lalu berkata didalam hatinya, “celakalah aku kerana semua orang dan perempuan tua ini pun mengetahui perihal diriku.” Umar menyesal sambil menitiskan air mata.

Umar berkata lagi, “wahai perempuan tua, berapakah kamu hendak menjual kezaliman Umar terhadap anda? Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan masuk neraka. Itu pun kalau anda mahu menjualnya”.

“Jangan engkau bergurau dengan aku yang sudah tua ini.” Balas perempuan tua itu.

Sambung Umar lagi, “saya tidak bergurau, saya betul-betul, berapakah anda akan menjualnya? Saya akan menebus dosanya, mahukah anda menerima wang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap anda.” Kata Saidina Umar sambil menyerahkan wang tersebut kepada perempuan tua itu.

“Terima kasih, baik benar budi mu.” Kata perempuan tua itu sambil mengambil wang tersebut.

Sementara itu Ali bin Abu Talib bersama Abdullah bin Mas’ud melalui kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada di situ, mereka pun memberi salam. “Assalamualaikum ya Amirul Mukminin”.

Mendengar ucapan tersebut, tahulah perempuan tua itu bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah Khalifah Umar Al-Khattab. Dengan perasaan takut dan gementar perempuan tua itu berkata “Masya Allah, celakalah aku dan ampunlah aku di atas kelancangan aku tadi ya Amirul Mukminin. Aku telah memaki Khalifah Umar di hadapan tuan sendiri”.

Ratapan perempuan tua itu telah menyedarkan Umar. “Tak mengapa, mudah-mudah Allah memberi restu kepada anda,” kata Umar.

Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan menulis keterangan berikut di atas bajunya. “Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang perempuan tua yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan tua itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi”. Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Ali bin Abu Talib dan disaksikan oleh Abdullah bin Mas’ud.

Baju tersebut diserahkan kepada Abdullah bin Mas’ud seraya berkata, “simpahlah baju ini dan jika aku mati masukkan ke dalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah Subhanahu wa Taala nanti”.

Allahhul Azim, kisah Khalifah Umar al-Khattab yang menyentap rasa hati!

Berdoalah Untuk Seluruhnya

Kita ini adalah umat yang satu, punya Allah yang satu, memiliki qiblat yang satu. Jadi, mengapa perlu dipecah-pecahkan? Mengapa perlu untuk kita membungkus diri tanpa merasa simpati apabila umat kita dibantai sesuka hati? Mengapa kita hanya mementing soal keselamatan keluarga kita dan negara kita sahaja?

Apakah dengan proses evakuasi ini, perutusan doa kita terhenti? Oh, jadilah manusia yang PEDULI. Peduli pada agama, pada umatmu sebagaimana Rasulullah SAW mengingati kita saat mahu pergi!

Ya ummati, ummati, ummati…

12:24PM, 10 Februari 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.