Faridrashidi.Com » Aktiviti

Bila Hutang Datang Menghimpit
Tertekan.

Jiwa berselirat beban.

Segalanya serba tidak kena.

Dihantui bayang-bayang resah.

Itu semua adalah mainan biasa bagi mereka yang pernah berhutang dan dikejar pemiutang. Malah jika ada yang tersasul jalan memilih Ah Long sebagai tempat berhutang, barangkali hidup pasti lebih parah dan tertekan. Ah Long sebagaimana umum tahu, mereka akan menggunakan apa sahaja cara ‘hitam’ demi mendapatkan wang kembali. Bukan itu saja, mereka juga akan mengenakan ‘bunga’ yang sama sekali tidak masuk aqal bahkan menyeksa penghutang.

Masalah hutang yang paling popular saat ini ialah PTPTN. Saya percaya, sangat ramai graduan Universiti yang berhutang dengan PTPTN masih belum mampu membayar apatah lagi melunaskan kesemua jumlah ribuan ringgit hutang yang bergunung itu. Dan dalam banyak-banyak graduan yang tidak mampu membayar hutang, bukanlah kesemuanya berniat tidak mahu membayar, tetapi barangkali atas faktor keluarga, silsilah hidup yang naif, susah mendapat peluang pekerjaan, gaji yang tidak setimpal, kos sara hidup yang menekan atau apa sahaja problem yang menghantui penghutang.

Segalanya ini tentu saja boleh menyebabkan penghutang terdesak dan tertekan. Bahkan lebih menyesakkan bilamana sistem kehidupan kapitalisme sekarang sangat terarah menjahanamkan manusia supaya selalu terikat dengan bebanan hutang atau dipaksa membayar segala kos protokol hidup yang tidak munasabah. Sila baca mengenai konteks mengenakan riba, bunga, cukai, tol, perompakan wang rakyat, kenaikan harga barang mendadak dll.

Bayang-bayang Hitam Hutang

Terus terang saya katakan, saya juga saat ini dihantui oleh lembaga hitam bernama hutang. Lembaga hitam ini mula mengganas bila mana saya melangkah keluar dari alam IPT, dan terus mengejar ke benua Ardhil Kinanah. Segala surat menuntut bayar balik pinjaman – MARA, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah – terus menerus dihantar ke rumah.

“Jika tidak melunaskan, akan diambil tindakan undang-undang.” Ini amaran surat.

Surat amaran turut dihantar kepada penjamin, yang juga sekampung dengan saya. Maka, apabila surat itu sampai yang seringkali menjadi mangsa perli sinis ialah mak saya sendiri.

“Nanti kalau ada duit, bayarlah balik hutang. Mak terasa juga bila orang dok cakap-cakap pasal itu. Cakap pula di depan orang ramai, lebih lagi terasa.”

Pengaduan mak membuatkan telinga saya panas berdesing. Terngiang-ngiang sehingga kini. Ia bagai halilintar membelah bumi, terus menusuk ke sukma tanpa terhalang.

“Tak apa mak, nanti Farid cuba usahakan untuk bayar, dan buktikan pada mereka.” Gigi geraham saya berketuk-ketuk menahan geram.

Usaha Bermula

Dipertengahan tahun 2010, saya mendapat sokongan dan idea dari rakan-rakan blogger untuk menghimpukan artikel bagi mengeluarkan sebuah buku sendiri. Terdetik di hati, mungkin dengan cara ini selain dapat menyebarkan secebis ilmu, dapat juga saya menjelaskan hutang tertunggak itu.

Saya bersetuju dengan sebulat suara untuk menerbitkan buku tersebut. Pada asalnya buku itu akan diterbitkan di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Namun atas sebab-sebab teknikal, ia tidak berjaya dicetak di sana. Saya jadi sedikit kecewa. Lantas pulang ke Malaysia, dengan harapan besar buku itu boleh diterbitkan di Malaysia.

Kemudian saya cuba menghantar buku tersebut ke syarikat penerbitan di Malaysia. Akan tetapi tiada jawapan balas positif. Sehinggalah satu hari saya dicadangkan oleh seorang rakan untuk menerbitkan secara sendiri. Ini bermakna saya memerlukan wang sebanyak RM5,000 sebagai modal untuk kos percetakan.

Alhamdulillah, selepas daripada itu ada seorang hamba Allah sudi membantu. Beliau menyuntik modal penuh sebanyak RM5,000. Saya berjanji padanya akan membayar setelah mendapat hasil. Lantas saya mengusahakan sendiri dengan menjual buku tersebut ke serata tempat. Ini termasuklah meletakkan buku tersebut di toko-toko buku terpilih dan mengedarkannya kepada rakan-rakan.

Tidak berapa lama kemudian, saya mendapat tawaran daripada Mustread Sdn. Bhd. untuk mencetak buku Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara. Tawaran itu tidak saya lepaskan memandangkan pasaran berwasilahkan syarikat penerbitan buku agak luas berbanding dipasarkan sendiri.

Seusai cetak, pihak Mustread memanggil saya untuk ke pejabat utama di Kuala Lumpur bagi menandatangani kontrak perjanjian. Pihak Mustread juga bertanyakan kepada saya mengenai buku Travelog yang berada di pasaran ketika itu. Mereka menyuruh saya menarik balik kesemua buku tersebut kerana ia telah melanggar etika perjanjian kontrak. Saya terkesima sebentar.

Dalam fikiran saya, tidak lain tidak bukan hanya memikirkan bagaimana untuk menjual buku berjumlah 1000 naskhah dan membayar balik wang pinjaman RM5,000. Walhal penjualan buku Travelog tersebut telah terbantut, dan sudah tentu ia bakal menjadi khazanah yang melorekkan garis hitam dalam kehidupan saya. Saya menyesal. Tetapi sesalan itu tidak lagi membawa apa-apa erti. Saya harus menelan hempedu kerugian.

Hingga saat ini, saya hanya mampu mengedarkan buku dan menjual kepada kenalan rapat. Tidak lagi mampu menyebarluaskan walaupun dengan mengiklan di laman sosial ataupun blog.

Buntu.

Proses Menuntut Hutang

Seperti yang dijanjikan, pemiutang akan segera memungut hutang apabila sampai tempohnya. Saya pula masih terkial-kial sendiri – jadi serba tidak kena. Manakan tidak, hampir beratus buah buku Travelog ini bertimbun di rumah. Sedangkan pemiutang sudah berkali-kali tanya mengenai hutang tersebut. Jujurnya, saya bukan berdiam diri untuk menghasilkan duit. Khususnya demi melangsaikan hutang tertunggak. Siang malam saya bekerja keras mengumpul wang, tetapi ada saja dugaan yang menimpa.

Membina Perniagaan Sendiri

“Abang berniaga ini bukan apa, disamping untuk keperluan kita, abang perlu tolong keluarga dan yang paling penting mahu selesaikan hutang.”

Berkat pertolongan isteri dan hasil duit yang saya kumpulkan. Saya bina perniagaan sendiri – Fareiyla Design & Souvenirs Enterprise. Modal permulaan hanya dikumpul sikit demi sedikit. Antara sebab utama untuk saya berniaga ialah mahu membayar hutang tertunggak.

Siang malam saya bertungkus lumus, bahkan hingga larut malam saya bekerja sendirian di kedai hanya semata-mata mahu mengumpul wang segera. Tetapi perancangan Allah SWT lebih hebat.

Bulan Oktober, adalah tarikh yang saya janjikan untuk membayar hutang. Allah SWT hadirkan ujian dengan berupa kesempitan wang. Kereta saya rosak dan kosnya memakan himpunan wang dikumpul. Dalam kesempitan itu, abang saya juga mahu melangsungkan perkahwinan dan dia memohon agar saya membantu sedikit sebanyak perbelanjaan persiapan kahwin.

Saya buntu lagi.

Ramai orang menyangka saya sudah jadi kaya-raya serta jutawan apabila memilik syarikat sendiri. Hakikatnya hidup bukan semudah kalian berbicara. Mahu berjaya, bukan semudah memasak Mee segera. Demi Allah, saya tidak lari daripada mahu membayar hutang. Siang dan malam saya memikirkan tentangnya, bahkan berusaha keras ke arah itu!

“Ya Allah, hanya Engkau aku berserah dan mengharap. Allah, bantulah aku…”

9:21PM, 16 Oktober 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Selesai Sudah Bengkel Kartunis Di USIM
Biarpun kehadiran peserta seperti tidak dirancang, namun kami selaku moderator program mengucapkan rasa syukur ke hadrat Azza Wajalla, kerana majlis berjalan lancar. Dan tidak dilupakan, ucapan ribuan terima kasih kepada penganjur program yang melayani karenah kami dan membantu menjayakan program agar terus berjalan lancar dari semasa ke semasa.

Apa motif bengkel ini? Mungkin ada yang ingin bertanya.

Jawabnya, bengkel ini diadakan bagi mengembangkan bakat-bakat terpendam, membantu peserta melakar kartun dengan teknik yang betul, memeriahkan industri kartun tempatan, dan yang paling mustahak ialah mesej yang ingin di sampaikan. Mesej berbentuk tazkirah, nasihat dan pengajaran amat berkesan kepada anak-anak remaja jika disiarkan dalam bentuk karya kartun berbanding tulisan.

Justeru, bagi yang sudi mahu menganjurkan program sebegini dan ingin menjemput kami sebagai moderator, dipersilakan.

“Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.”

6:22PM, 27 September 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Sekejap Ada, Sekejap Tiada?
“Abang sekarang dah tak update blog. Mesti orang tertanya-tanya.” Kata Isteri.

“Ya. Abang pun rasa macam tu.” Jawab saya sambil mengunyah juadah berbuka puasa.

Semenjak awal Ramadhan lalu, tiada langsung artikel yang saya postingkan. Lantas saya merasa bersalah kepada pengunjung yang datang ke sini, tetapi tiada pengisian baru dikemaskini. Bahkan saya juga termenung sendirian; kesibukan apakah yang menghambat saya kini.

Sebenarnya, pada awal Ramadhan lepas saya ditawarkan oleh pihak Sekolah Menengah Islam At-Tahfiz untuk mengajar dan menggantikan salah seorang Ustazah yang bersalin. Maka saya mengambil kata putus menerima tawaran itu. Seusai tamat mengajar, saya akan bergegas ke kedai sendiri.

Alhamdulillah, berkat jerih payah membina perniagaan sendiri, kini terbina sebuah premis perniagaan menawarkan pelbagai perkhidmatan rekabentuk dan cenderamata. Nama perniagaan itu adalah hasil gabungan nama saya dan isteri – Fareiyla Design & Souvenirs Enterprise – yang beroperasi di Pasir Gudang, Johor.

Bina Perniagaan Di Tempat Orang

“Kenapa buka kedai di Johor?” Persoalan yang sering ditanya orang. Malah mak saya juga bertanya soalan yang sama.

Mengikut perancangan awal, saya sememangnya mahu membuka premis perniagaan sendiri. Secara kebetulan, isteri saya mengajar di salah sebuah sekolah kerajaan di Johor. Niat asal saya minta agar isteri memohon pertukaran ke negeri lain. Tetapi untuk menguruskan urusan perpindahan ke negeri lain buat masa sekarang agak sukar. Jadi saya mengubah strategi dengan membina premis perniagaan permulaan bertapak di Pasir Gudang, Johor terlebih dahulu.

“Pasir Gudang ini lubuk rezeki. Asalkan rajin, pasti lumayan dapat.” Kata orang lama di sini.

Saya mengakuinya. Semenjak terlibat dengan perniagaan di sini, Alhamdulillah rezeki bertambah. Tak menang tangan melayan tempahan. Pokok pangkalnya, usaha gigih dan selalu pohon pada Azza Wajalla dimurahkan rezeki serta mendapat keberkatan dariNya.

Di Mana Mereka?

Konsep menulis blog ini seperti juga perniagaan. Jika bijak mencari dan menjaga pelanggan, pasti mereka datang lagi. Maka menulis blog berkonsepkan islamik dan ilmiah juga harus menggunakan konsep perniagaan. Biarkan pembaca terpikat untuk membaca isi yang disampaikan, moga-moga ada sesuatu manfaat dapat dikutip bersama.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini. Saya sudah kehilangan ramai pembaca blog asal. Saya masih ingat, sewaktu mula menulis blog dahulu, nama-nama seperti; Suara, Tirana, Orang Bukit, Sinar, Wardatul Shaukah, Nursyuhadah, Abd Razak, Tronx dan lain-lain nama lagi. Mereka ini selalu bertandang dan mencetuskan idea baru melalui komentar yang diutarakan. Kemudian muncul pula pelapis komentator baru, tetapi tidak dapat bertahan lama. Akhirnya kembali sunyi sepi seperti sediakala.

Walaubagaimanapun, saya mendoakan agar kehidupan mereka diberkati serta diampuni Allah SWT.

Begitu juga saya, harapannya dapat terus istiqamah dalam dunia penulisan. Sebab inilah antara salah satu jalan untuk saya menyampaikan sesuatu serta menyuburkan ilmu.

“Enta menulis, pahala berpanjangan dapat, ilmu berterusan.” Kata Ustaz Hishamuddin apabila membelek naskhah buku saya.

12:56AM, 11 September 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Untuk Berkarya Harus Bersih Diri dan Jiwa
“Saya memandu dari Johor jam 4 petang hingga 2 pagi sampai ke Kelantan. Dapat tidur 2 jam sahaja kemudian terus ke bengkel.” Cerita selingan ketika membentangkan kertas kerja asas melukis kartun kepada peserta-peserta yang hadir.

Pada asalnya peserta dijangka hadir ialah seramai 60 orang, namun akibat berlangsungnya penganjuran larian 1Malaysia secara besar-besaran, maka ramai peserta tidak dapat hadir. Biarpun hanya tinggal separuh dari jumlah asal, ia tidak mematahkan semangat penganjur untuk meneruskan program.

“Andainya peserta hanya tinggal 2 orang sekalipun, saya tetap akan meneruskan pembentangan ini.” Tegas saya kepada penganjur. Alang-alang meredah negeri, biar sampai terus jadi.

Bengkel Penulisan

“Bagaimanakah cara untuk kreatif dalam penulisan, sedangkan tidak semua manusia itu kreatif.” Tanya seorang AJK Nisa’.

“Ya benar, tidak semua manusia itu kreatif. Namun kreatif itu boleh diasah. Maksudnya sentiasa melatih diri untuk kreatif.”

“Kreatif ini ialah seperti kita melihat sesuatu yang sedia ada, kemudian kita cuba menjadi sesuatu yang baru hasil daripada perkara yang sedia ada tersebut.” Jelas saya.

Biarpun bengkel penulisan ini hanya sekadar menyebut pentakrifan, teknik menulis, asas-asas diperlukan untuk menulis dan cara-cara untuk mendapatkan idea, namun daripada riak wajah dan praktikal yang dilakukan menampakkan bahawa mereka berjaya menghadami penyampaian yang diberikan.

Sessi praktikal menulis dihujung segmen membuktikannya. Alhamdulillah, moga-moga seorang dua di kalangan mereka bakal menjadi penulis yang membawa mesej Islam kelak. Seperti yang saya ingatkan diakhir bengkel:

Ayuh, mulakan menulis dengan satu patah kata, seterusnya satu perenggan, lalu terus melakar menjadi satu halaman, kemudian susunkan menjadi satu bab, dan akhirnya menjadi sebuah buku!

Bengkel Karikatur

“Melukis nampak senang, tetapi memberi pulangan yang lumayan. Kalau kamu boleh lukis dan hantar karya, boleh dapat royalti. Nanti boleh guna untuk sambung pelajaran, boleh bantu emak ayah, boleh buat duit poket.” Cerita saya berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang serius berkecimpung dalam bidang lukisan kartun.

“Ustaz, macammana saya mahu hantar karya?” Seorang pelajar perempuan bertanya.

Soalan itu mengingatkan saya akan info yang diberikan Ustazah Fadhila selaku penganjur program tersebut. “Bagus juga ustaz beritahu tentang bayaran hasil lukis kartun, sebab ada dikalangan mereka ini datang daripada keluarga yang susah.”

Saya jadi terkelu mendengarnya.

Walaubagaimanapun, apa jua bidang yang diceburi, harapan saya mereka terus maju dan mara ke hadapan. Buat mereka, jangan lupa untuk praktis apa yang dipelajari. Sebab rezeki yang BERSIH itu akan bertandang seiring usaha dan doa.

Yang penting, terus memberi seteguk ilmu buat penghilang dahaga umat.

6:48PM, 7 Julai 2011.

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Jayakan Program Bengkel Karikatur dan Penulisan
“Kak Na nak minta Ustaz Farid jadi pembentang untuk bengkel kartun dan penulisan.” Saya menerima kiriman mesej daripada penganjur program.

“Penulisan itu berbentuk apa ya?”

“Penulisan artikel ilmiah yang islamik untuk pelajar.”

Justeru, walaupun jari ini sudah lama tidak melakar sebarang kartun. Maka saya terima juga jemputan itu memandangkan inilah antara peluang terbaik untuk kita menyampaikan sesuatu dan berkhidmat kepada umat Islam. Mana tahu, dengan sekeping lakaran kartun, dan sekolum artikel mampu menyedarkan jiwa-jiwa yang terleka untuk kembali kepada Azza Wajalla?

Moga-moga itu menjadi matlamatnya.

Berikut tentatif program yang saya terima:

Tempat: Kota Bharu, Kelantan.

Tarikh: 2, 3 Julai 2011.

Masa: 8pagi – 5petang.

Anjuran: Nisa’ Kawasan Ketereh.

9:41AM, 27 Jun 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Buku Pertama (TDK1000M) Sudah Terbit!
“Alhamdulillah tahniah akhie. Akhirnya lahir juga karya sulung ini… tahniah. InsyaAllah nanti saya inbox untuk tempahan…”

“Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi yang  mengilhamkan Tuan dan menguatkan azam dan semangat untuk menulis  sehingga terlahirnya karya sulung. Saya beli satu ye… Insya’Allah saya PM  setelah online…”

“Nak beli buku ini, ada di pasarankah?” Tanya salah seorang rakan FB.

“Boleh cerita sikit sinopsis buku ustaz?”

“Ada sinopsis ke cerita ni? Sebelum membeli, nak tau juga…” Soal yang lain pula.

Begitulah respon dan timbal balik yang diberikan setelah promosi secara besar-besaran pertama di buat lewat malam semalam. Akhirnya, buku yang dinantikan saya sendiri tiba di rumah setelah diangkut melalui trio adik-beradik – Mohd Hazuan dan Mohd Hazim – mewakili syarikat Pancaran Ilmu Enterprise dari Kuala Lumpur ke Kedah.

Tidak dilupa juga, jutaan terima kasih kepada saudara Sa’di Said yang bertungkus-lumus menguruskan urusan cetakan sehingga terlahirnya sebuah buku – karya pertama saya – berjudul ‘Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara’.

Jujurnya, saya jadi terkesima sebentar. Barangkali teruja melihat pada pandangan pertama. Naskhah yang berada di alam fantasi tetapi menceritakan kisah realiti akhirnya berjaya dibukukan biarpun pelbagai halangan ditempuhi.

Dalam banyak-banyak komentar di atas, saya tertarik untuk menjawab soalan yang paling bawah. Kerana persoalan itu perlu dijawab dengan sedikit sinopsis ala-ala cover novel. Baiklah, ikuti pembacaannya di bawah.

Sinopsis Buku ‘Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara’

Kalau melihat pada tajuk, barangkali hanya beberapa kerat manusia mengerti apakah maksud tajuk besar itu. Pasti bukan? Andai ada yang tahu, itu adalah kelebihannya untuk mentafsir kiasan bahasa.

Begini, yang dimaksudkan dengan ‘Debu-debu’ itu saya misalkan ia adalah manusia. Ya, manusia yang ramai hingga perkataan itu diulang-kata. Dalam ramainya manusia itu, saya adalah salah seorang insannya. Insan yang menyelinap ranting-ranting ‘kota 1000 menara’. Sudah dimaklumi, bahawa gelaran Mesir itu – selain perlembahan Nil – ia digelarkan Kota 1000 Menara.

Dek kerana banyaknya menara masjid, maka seluruh kota dipelusuk negara Mesir dipenuhi ceracak menara beribu-ribu. Jangankan semua wilayah, lihat saja pada panorama di Kota Kaherah, sudah memadai untuk menjawab persoalan di atas.

Justeru, maknanya di sini ialah; kisah benar seorang pengembara ilmu, pencinta pengalaman, telah merantau ke sana dengan membawa cita-cita dan matlamat seperti juga penuntut-penuntut al-Azhar lainnya. Permulaan cerita, penulis mengajak pembaca menghargai kasih sayang ibu bapa, dan menghadirkan kisah-kisah silam agar kita tidak melupakan pengorbanan dan jasa mereka. Buku sahaja dedikasi buat ibu bapa penulis, bahkan kepada sesiapa saja yang menghadami buku ini.

Kerana berwasilahkan mereka, kita hadir muka bumi ini. Dan kerana perantaraan mereka, kita mampu celik hingga ke hari ini. Merekalah sumber inspirasi untuk kita berjaya dunia dan akhirat. Semoga Allah mengampuni mereka dan kita semua. Ameen.

Setelah itu, penulis mengajak pembaca untuk sama-sama terbang membelah awan nan memutih, langit biru yang luas tiada penghujung untuk tiba di Ardul Kinanah – Bumi Mesir. Maka bermulalah, kisah pengembaraannya menghadapi segala cabaran dan mehnah hidup bersama rakan-rakan serta masyarakat setempat.

Di sana, ada cerita gembira, suka, duka, terharu dan pelbagai rona rasa. Kesemuanya adalah kisah benar, yang dihadapi penulis. Bukan kisah rekaan atau imaginasi.

Saya cuba menghimpunkan kembali catatan-catatan kembara selama beberapa tahun menuntut di Universiti al-Azhar cawangan, Tanta bersama secangkir peringatan untuk diri dan umat Islam. Peringatan beriringan nas al-Quran, as-Sunnah mahupun kaul ulama’ silam dan kini, ini tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata kerana mahu menggapai redha Allah Ta’ala.

Natijahnya, ia sedikit sebanyak mengajar diri untuk berhadapan dengan masyarakat umum dan menyelami permasalahan umat. Moga-moga titis usaha kecil lagi kerdil ini dikira ibadah di sisi Azza Wajalla. Ameen.

Kisah catatan pengembaraan Abu Abdullah Muhammad bin Battutah atau Ibnu Batutah, antara sumber inspirasi terpenting yang mendorong diri ini untuk merakamkan detik perjalanan berharga di perantauan. Juga atas saranan sahabat-sahabat pembaca FRC agar membukukannya, maka saya mengambil kata putus untuk melangkah payah setapak dengan membukukan siri kembara di bumi anbiya’ ini.

Buku ini, terpecah kepada bab-bab yang mengisahkan pelbagai cerita. Setiap cerita di dalam bab itu mengandungi pelbagai tema yang diangkat. Ia digarap bersama elemen-elemen pengajaran, tazkirah, fiqh, sejarah, isu semasa dan pelbagai injeksi penyampaian lainnya.

Bab yang saya kira, menarik untuk dibaca ialah kisah mengenai pengembaraan penulis bersama rombongan ke Selatan Sinai – tempat di mana terletaknya artifak sejarah dan monumen berkaitan Nabi Musa a.s serta Fir’aun Laknatullah. Ia terkandung di dalam tajuk:

Kami Kemalangan Di Suez

Merentasi Terusan Suez

Sejenak Di Panorama Berlief

Menjejaki Uyun Musa a.s Dan Hamam Firaun Di Pesisir Laut Merah

Mata Air 12 Di Perlembahan Wadi Ar-Baie’n

Itulah Puncak Jabal Thur Sina!

Ibrah Persaudaraan Nabi Musa a.s Dan Nabi Harun a.s Memimpin Bani Israel

Khazanah Solahuddin al-Ayubi Di Sempadan Israel

Begitu juga mengenai kisah benar pembunuhan tragis lagi ngeri – Kematian Tragis Di Mansurah – melibatkan salah seorang rakan penulis di Mesir. Dan cerita itu heboh diperkatakan di dalam media utama Malaysia. Semuanya saya bukukan, buat tatapan dan pengajaran bersama.

Moga-moga, usaha kecil ini mampu memberi manfaat buat semua dalam menjalani hidup sehari-hari – untuk hari ini dan masa akan datang. Untuk mendapatkannya, boleh menghubungi dan menempah melalui:

Emel: mdfaridrashidi@gmail.com

No Tel: 019-4277846

Facebook: https://www.facebook.com/Ibnurashidi

Ciri-ciri buku:

Tajuk: Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara

Harga: RM25

Ketebalan: 271 muka surat.

Berat: 400gm.

8:35AM, 20 April 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Jemput Merasa Gulai Daging Rias Pisang!
“Di Baling, biasanya kenduri kami wajib ada gulai daging rias pisang.” Cerita saya kepada mak cik sebelah isteri.

“Rias pisang? Apa tu? Batang pisang?”

“Kami di Kedah panggil rias pisang, batang pisang lembut dekat dalam.” Terang saya lagi.

“Haa, nanti datang rasalah ye.”

Mereka termangu-mangu kehairanan. Saya senyum sendirian. Benar, ramai orang tidak pernah merasa atau tahu bahawa rias pisang itu boleh dimakan. Dan ia amat enak jika dijadikan gulai bersama daging lalu dijamah bersama nasi putih panas-panas!

Jemputan Majlis Perkahwinan Sebelah Pengantin Lelaki

Walaupun agak sibuk terkejar-kejar ke sana kemari, saya tetap mahu mengotakan janji untuk menjemput kalian dan menyiarkan kad perkahwinan untuk tatapan semua. Justeru, bagi sesiapa kelapangan dan mahu menikmati masakan gulai daging rias pisang, jemputlah bertandang ke rumah saya. Berikut butir-butir maklumatnya:

Hari: Ahad

Tarikh: 5 Disember 2010M bersamaan 29 Zulhijjah 1431H

Tempat: No 36-A, Kampung Bendang Bechah, 09200, Kupang, Baling, Kedah.

Joomm!

8:37AM, 5 Disember 2010,

KBB, Baling.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Saat Lafaz Sakinah Termeterai
“Nanti waktu akad Tok Imam tu baca agak perlahan.” Pesan isteri sebelum majlis ijab qabul bermula.

Pagi itu angin seperti malu-malu untuk bertiup. Suasana pagi bagai mendung menyambut sang hujan, tetapi tidaklah hingga memberi tanda akan hadirnya ribut kencang akan tiba. Walhal degup jantung empunya diri sudah mengalahkan badai yang bergelora. Hidangan Nasi Lemak saya jamah perlahan, seolah-olah hilang selera bila mata terkelih detik waktu yang bergerak.

Saya meminjam alat celcom broadband yang dimiliki oleh tuan rumah – yang juga terkena bau-bau bacang dengan silsilah ayahanda. Pada kesempatan itu, lantas saya terus menulis entri sambungan untuk mengkhabarkan kepada semua rakan-rakan maya bahawa majlis pernikahan saya akan berlangsung. Waktu itu, masa berbaki hanya tinggal setengah jam sebelum diakadnikahkan.

Jari-jemari bergetar, barangkali tempias degupan jantung telah memberi tindak-balas kepada tubuh. Saya menarik nafas dalam-dalam. Jubah pengantin berwarna putih saya sarungkan. Sehelai di dalam, manakala luarnya ialah jubah jenis kakula. Manakala kaum keluarga di luar pula sedang sibuk mengemas pakaian dan mempersiapkan diri untuk ke majlis akad nikah. Masing-masing dengan posisi tersendiri – yang telah diatur.

“Ada tak apa-apa doa untuk mengelakkan gangguan dengki manusia atau jin waktu akad nikah?” Tanya saya kepada Che Pak Teh Heng.

“Baca surah ini.” Katanya sambil menghabiskan bacaan ayat al-Quran.

Saya mengangguk.

Sebelum bergerak masuk ke kawasan Felda Kerteh 5, kami sempat merakamkan beberapa keping gambar untuk diabdikan kenangan bersama. Saya cuba untuk senyum dan menzahirkan wajah bersahaja tanpa memperdulikan gelodak jiwa di dalam. Kami sebanyak empat buah kereta dan sebuah van terus bergerak bila masa sudah melewati jam 10 pagi.

“Buat tak tahu saja, jangan nampakkan debaran. Pendekar harus berani, buat kancing gigi!” Abang Fakhruddin melontarkan kata-kata semangat agar tidak mempamerkan kegelisahan.

Saya ketawa kecil melihat gelagatnya.

Ketibaan Rombongan Pihak Lelaki

Rombongan kami akhirnya tiba. Ketibaan kami membawa pelbagai misi, misi utama iaitu mempersatukan kedua mempelai agar hubungan diredhai Tuhan semesta alam – Allah Azza Wajalla. Misi seterusnya, mempereratkan hubungan silaturrahim sesama muslim. Biarpun jauh beribu batu, bukan bermakna ikatan tali silaturrahim tidak boleh hubungsambungkan.

Bila bercerita soal jauh jarak perjalanan, saya jadi terimbau kenangan ketika menaiki kenderaan dari Kota Madinah al-Munawwarrah ke Mekkah al-Mukarramah. Fikiran saya tertancap pada angka 400KM – iaitu jarak perjalanan antara kedua-dua kota. Ia terlalu jauh, namun Baginda Rasulullah SAW bersama para sahabat sanggup menempuhnya. Hanya kerana Islam dan Tuhan!

Kami berarak perlahan menuju ke rumah pengantin perempuan. Che Pak Teh Heng memaut lengan saya, lalu dia memulakan alunan selawat. Langkah kami beriringan selawat ke atas Habibil Mustafa. Dan lensa kamera tak henti-henti menembak kami – kesilauan.

Lafaz Sakinah Bermula

Saya melangkah masuk perlahan. Kelihatan segalanya sudah tersedia. Saya dijemput duduk di atas pangkin empuk. Jantung saya kembali berdetak kencang, ia lebih laju dari omboh motorsikal barangkali. Saya menarik nafas dalam-dalam. Sedaya upaya saya menenangkan hati.

“Allah, Allah, Allah…”

“Aku bernikah hanya semata-mata kerana Allah dan sunnah Rasul-Nya…” Hati berbisik berteman gelora.

Imam sudah bersedia. Bakal bapa mertua juga sudah siap siaga, bersamanya dua orang saksi. Saya menghulurkan tangan, bersalaman erat dengan Tuan Imam. Dia mula membaca watikah lafaz sakinah. Saya teliti mendengar.

“Lepas saya sebut tunai, boleh sambung ya.”

Saya mengangguk faham. Imam terus memulakan akad nikah. Saya mengerling ke arah mak, mak ngah dan mak su. Rupa-rupanya mereka sedang merenung dalam tangisan. Airmata berlinangan di kelopak mata, dan pastinya ia membuatkan debaran dada berdengup kencang.

“Saya nikahkan akan dikau Azila Binti Abdul Alim dengan mas kahwin RM101.00 tunai.”

“Saya terima nikahnya Azila Binti Abdul Alim dengan mas kahwin RM101.00 tunai.”

Segala syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, dengan termeterainya ikatan dua jiwa itu, maka saya selamat menjadi suami kepada isteri saya – Azila Binti Abdul Alim. Masing-masing tersenyum gembira. Tiada patah kata mampu diucapkan tatkala status bertukar ganti.

Seusai akad, saya bersama isteri menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai tanda syukur dan memohon berkat Jalla Wa’ala. Biarkan barakah itu sentiasa bersama, kerana redha Allah ada bersama barakah-Nya.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/Gnua_V91Cxo?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="344" src="http://www.youtube.com/v/Gnua_V91Cxo?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Selesai solat sunat, majlis menyarung cincin berlangsung. Dalam debaran itu, saya menyarungkan sebentuk cincin ke jari isteri dan seutas rantai sebagai simbolik tanda pemberian. Begitu juga isteri, dia menyarungkan sebentuk cincin bertatahkan batu permata biru untuk saya.

Alhamdulillah, segalanya selesai dengan lancar dan jayanya.

Petang itu, kaum keluarga pulang kembali ke Kedah. Entah mengapa, dalam suasana suram itu, saya mengalirkan airmata keharuan. Bukan kerana sedih ditinggalkan keluarga, tetapi terharu bila mengenangkan mak yang selama ini membesarkan dan mendidik saya turut bergenang airmata tatkala majlis akad nikah berlangsung. Segala kesedihan itu terubat bila isteri berada di sisi. Dia menghiburkan saya, hingga saya tersenyum menghakis duka.

Terima kasih sayang. Terima kasih semua!

12:19PM, 3 Disember 2010,

KBB, Baling.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Pulang Kampung Di Hari Raya Kedua
Walaupun agak terlambat, izinkan juga saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada semua pembaca blog Faridrashidi.com dan kepada kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia.

Jutaan kemaafan dihamparkan andai diri ini ada melakukan kesalahan samaada melalui kata-kata, tulisan, perbuatan atau sebagainya. Maaf zahir dan batin.

Kullu ‘Am, Waantum Bikhair.

RENTETAN CERITA SYAWAL

“Mai rumah dulu, kita pi Istad sama-sama,” Hasbul mengajak saya dan rakan ke rumahnya. Kami menuruti. Memandangkan semalaman saya tidak menjamah nasi kerana sibuk membuat persiapan untuk Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh Ustaz Hasbul dan isterinya Rodzian, badan kekurangan tenaga untuk bergerak aktif.

Rumah terbuka tersebut dilangsungkan di rumah saya kerana ruang untuk hidangan kepada tetamu lebih besar dan luas. Menu hari itu ialah Laksa Penang.

Usai menjamah nasi himpit berkuahkan kari daging, kami sama-sama terus bergerak ke Istad untuk menunaikan solat raya. Alhamdulillah, kami berkesempatan menunaikan solat sunat bersama-sama jemaah lain.

Sebelum pulang ke Siberbay, sempat juga berziarah ke rumah Ustaz Mazwan dan Ustaz Hadiyudin yang terletak di Istad dan Ma’rad.

Selepas solat jumaat, tubuh tak mampu untuk menahan kantuk dan letih akibat berjaga sepanjang malam. Saya terlelap seketika seusai merebus kuah laksa. Urusan untuk jamuan Rumah Terbuka semuanya diserahkan kepada rakan-rakan.

Separuh barang-barang saya sudah siap dibungkus untuk dibawa pulang, dan barang yang berbaki dibungkus oleh rakan-rakan yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada Hasbul, Zaim, Imran dan Ibrahim atas pertolongan saat-saat akhir.

Mengapa barang dibawa pulang?

PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

Jujurnya, ramai yang tidak mengetahui kepulangan saya ke kampung. Terutama rakan-rakan dari alam maya. Bukan sengaja saya tidak mengkhabarkan kepada kalian, tetapi kerana kesibukan dan pertembungan dengan beberapa majlis menyebabkan jari terlalu jauh untuk menekan bebutang papan kekunci.

Alhamdulillah saya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 11 September 2010 dan tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang pada jam 8.00 malam sejurus beberapa jam selepas itu. Walaupun agak sukar perjalanan kali ini disebabkan beban kargo saya agak terlebih, namun bersyukur pada Ilahi kerana urusannya tetap berjalan lancar.

Letih dan mahu pitam! Saya terpaksa berlari-lari sambil membawa carry bag saat nama diumumkan melalui pembesar suara Lapangan Terbang KLIA kerana baki hanya tinggal 10 minit untuk berlepas ke Pulau Pinang.

Saya juga mampu menghela nafas lega setelah ayah, adik dan abang datang menyambut di balai ketibaan Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Segala puji bagi Allah atas nusrah-Nya.

“Setelah menempuh perjalanan jauh seorang diri, membelah langit nan membiru, meredah lautan luas saujana mata memandang, akhirnya lelaki itu kembali semula.”

10.45AM, 13 September 2010,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Mencipta Projek Kreatif Bagi Membangun Ukhuwwah
Seorang pemimpin berkaliber, beliau sentiasa bijak mengatur dan membuat projek-projek kreatif bersama ahlinya. Projek-projek itu bukanlah bersifat statik, yakni mendatar keadaannya. Tidak semestinya dalam sesebuah organisasi, pemimpin tidak berhak menjadi rakyat. Dan rakyat tidak berhak mendampingi pemimpin.

Kesilapan inilah antara faktor  yang boleh menggugah susun atur sebuah organisasi hingga berlaku fenomena ﻿kurang enak. Masing-masing dipekup rasa keterbatasan – aktiviti-aktiviti yang tidak membangun motivasi ke arah lebih baik. Untuk membina aktiviti sebegitu, seharusnya kepimpinan bijak mengatur projek kreatif.

Dahulu, Baginda Rasulullah SAW kerapkali membikin projek sebegini bersama umat Islam yang lainnya seolah-olah tidak hijab menghalang antara pemimpin dan rakyat. Salah seorang sahabat Rasulullah SAW, al-Barra Bin ‘Azib mengatakan:

“Pada perang Khandaq Rasulullah SAW mengangkat pasir hingga perut berdebu, sambil bersabda:

Demi Allah, kalau bukan kerana Allah kita mendapat hidayah,

tidak bersedekah, dan tidak solat.

Maka (Ya Allah) turunkanlah ketenangan kepada kita semua,

dan perkukuhlah kaki kami ketika menghadapi peperangan. Sesungguhnya kaum itu (musyrikin) telah melakukan kezaliman pada kita.

Jika mereka menginginkan fitnah (kerosakan) maka akan kami tolak.”

Banyak projek bersama  rakyat yang dianjurkan Nabi SAW. Antara projek kreatif lain ialah keterlibatan Baginda SAW bersama para sahabat dalam membina masjid pertama lewat penghijrahan ke kota Madinah. Sambil memikul kayu dan batu untuk bahan binaan, mereka berhibur dengan mendendangkan syair:

“Ya Allah, tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat

Maka ampunilah kaum Ansar dan Muhajirin.”

Motivasi bekerja mereka meningkat tinggi dan berkobar-kobar apabila Rasulullah SAW sendiri sebagai pemimpin turun bersama mereka. Bekerja bersama seiring, sejalan tanpa meminta untuk diistimewakan. Tiada karpet merah, tiada kilauan emas menyambutnya, dan tiada protokol membebankan rakyat.

Mereka lantas berkata:

“Jika kita duduk, sedangkan Rasulullah bekerja

itu sungguh perbuatan kita yang menyesatkan.”

Secara tidak langsung, aktiviti bersama ini mampu menghasilkan bibit-bibit ukhuwwah yang sukar digambarkan pandangan kedua-dua mata. Hati yang menilainya.

BERSAMA KREW AL-FITYAN

Langkah bijak para pengendali program mesyuarat dan Gathering al-Fityan iaitu majalah komik mahasiswa mahasiswi Mesir mengadakan perjumpaan sela-seli aktiviti santai harus dipuji.

“Al-Fityan antara organisasi aktif bawah PMRAM.” Kata Ustazah Akma selaku wakil HEWI PMRAM.

Saya selaku krew baru yang masih mentah dalam arena kartun dan grafik bersyukur kerana dengan adanya program sebegitu ia menghadirkan rasa ukhuwwah – secara tidak langsung. Jujurnya, saya langsung tidak mengenali mereka di alam realiti sebelum ini. Hanya berhubung menerusi aplikasi maya. Namun dipertemukan dalam suatu majlis ringkas, tetapi bermakna.

Sewajarnya, projek-projek kreatif sebegini harus diteruskan ke semua organisasi, bukan sahaja diperingkat organisasi bawahan tetapi turut melibatkan orang atasan. Dan ini tentunya mengundang pahala besar – sunnah Rasulullah SAW, dan mampu memacu panji Islam ke puncak kegemilangannya kembali.

Justeru, kreatifkan minda, untuk keutuhan ukhuwwah.

8.00PM, 15 Julai 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.