Bagai Mengucup Kilauan Lu’ Lu’ Wal Marjan

Category : Aktiviti, Diari Penulis, Tazkirah

Al-ilmu laisa fil haya’ (Ilmu tidak boleh malu)” Kata Syeikh Ahmad Muhammad al-Hussaini Ahmad al-Maddah lewat pengajian talaqqi yang diadakan di Masjid Mustafa. Pengajian talaqqi yang dijalankan hampir setiap hari seusai solat maghrib sehingga isya’ itu merangkumi pelbagai kitab dan subjek. Terisi juga waktu-waktu lapang cuti fasal kuliah.

Daripada Aisyah r.anha berkata: “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar kerana perasaan malu tidak menegah mereka untuk mendalamu (bertanyakan hal-hal yang berkaitan) ilmu agama.”

Antara kitab-kitab yang diajarkan kepada kami ialah kitab Sirah Syifa’, Tafsir Jami’ liahkam, Fathul Bari Bisyarah Sohih Imam Abi Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Fiqh Wadih, Kitab Tasawuf Munqiz Minaddalal dan Kitab Hadis Sahih Muslim Syarah Imam Nawawi.

Laksana mencurah-curahnya hujan dari langit mendung ke hamparan bumi gersang. Air segar itu memadamkan debu-debu yang berterbangan semusim berlalu. Menghilangkan bau-bau tanah yang merindui simbahan gemawan. Lantas mengipuk semaian serta menumbuhkan lapangan menghijau.

Continue Reading

Jelajah Sinai: Sejenak Di Panorama Berlief

Category : Aktiviti, Diari Penulis, Fakta Umum, Jejak Kembara, Suhuf Sejarah, Tazkirah

Deruan enjin bas mengaum garang. Bas yang memakai tanda nama Mercedes itu merangkak agam memasuki sebuah kawasan. Kelihatannya persis kem tentera yang gah menjaga perbatasan. Sekitarnya dikelilingi pepasir kuning yang luas saujana mata memandang.

Pandangan mata dilemparkan ke luar jendela bas. Sejurus kemudian kedengaran lantunan suara musyrif kami mengisyaratkan bahawa sudah tiba di destinasi lawatan.

Destinasi pertama selepas melalui Terusan Suez ialah kawasan yang digelarkan sebagai Panorama Berlief. Sememangnya ia adalah sebuah kubu kem tentera tinggalan tentera Israel yang menjadi tugu memorial penting kepada Negara Republik Mesir. Punya kisahnya tersendiri.

Kaki menapak perlahan bersama segerombolan mahasiswa Tanta yang lain diiringi dua orang lelaki anggota keselamatan Mesir. Mereka berdua mengenakan pakaian tentera berceloreng hijau dan sedikit kekuningan – segak bergaya.

Saya menarik nafas sebentar. Udara nyaman pagi itu disedut melepasi rongga trakea. Segar dan mendinginkan.

Serpihan musim syita’ masih berbaki ketika jelajah sinai 2007 itu berlangsung. Saya mengenakan pakaian sadri dan jaket kulit hitam bagi menutupi badan dari kedinginan menggila. Ia bagaikan mengigit tulang dan segenap rongga tubuh.

Continue Reading

‘Samseng Jalanan’ Di Bagan Pinang

Category : Aktiviti, Diari Penulis, Tazkirah

Selepas sahaja media mengisytiharkan kemenangan BN/UMNO di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pelbagai respon dan reaksi timbul. Baik dari kalangan penguasa mahupun rakyat marhean.

“Macammana keputusan?” Tanya saya kepada Zuhdi ketika kami berhenti rehat di kawasan perhentian PLUS untuk pulang ke Kedah.

Zuhdi kelihatan sedang sibuk melayani panggilan rakan-rakan bertanyakan keputusan. Omar di sebelah hanya terdiam sambil menjamah nasi lemak daun pisang.

“Kalah majoroti agak besar..” Jawabnya perlahan.

Saya sudah jangkakan hal itu. Saya teringat pertanyaan seorang lelaki pertengahan umur sewaktu berehat di perhentian PLUS Seremban.

“Agak-agak siapa menang?” Tanya lelaki itu.

Continue Reading

Mari Melabur Saham!

Category : Aktiviti, Diari Penulis, Pemberitahuan, Tazkirah

“Esok minta tolong gi kelas ya.. bagilah kata-kata motivasi sikit dekat para murid..” Pelawa ayah suatu hari.

Saya mengangguk setuju.

Beberapa hari sebelum itu saya juga sudah menjejakkan kaki ke sana setelah sekian lama bermusafir di perantauan. Kawasan sekitar semakin semak, liar ditumbuhi lalang dan rumput. Binaan berbatu yang sudah terbina semenjak 4 tahun lalu itu terkandas seketika pembinaannya.

Membina Darul Fikr

“Dah macam sarang pengganas..” Gurau seorang rakan ayah apabila melihat kawasan sekitar bangunan. Kelihatan semak samun. Beliau meninjau kawasan tersebut kerana ingin memberikan peruntukan kewangan buat penyambungan kabel elektrik. Saya hanya tersenyum.

Continue Reading

Dari Baling Ke Kuala Terengganu

Category : Aktiviti, Diari Penulis

Perjalanan bas SP Bumi dari daerah Baling ke Terengganu memakan masa lebih kurang 5 jam perjalanan. Dahulu seingat saya sekitar tahun 2003-2006 perjalanan menaiki bas memakan masa hampir 7 jam. Setelah siap pembinaan lebuhraya menghubungkan Butterworth ke Grik, Perak ia telah menjimatkan masa perjalanan.

Tidak semua duduk itu memberi keselesaan, ada ketika duduk terlalu lama juga mengundang keletihan.

Saya bersama adik lelaki yang berumur 17 tahun akhirnya tiba di bandar Kuala Terengganu ketika hampir solat fajar. Usai solat, kami berdua berjalan kaki menyusur lorong Masjid Putih menuju ke kawasan Taman Syahbandar.

“Kawasan Tanjung dah berubah, dulu kawasan ni dijadikan stesen perhentian bas..” Kata saya  kepada adik lelaki. Dia hanya mengangguk faham. Saya cuba mengingatkan nostalgia beberapa tahun dahulu ketika belajar di IPT tempatan. Sengaja saya menerangkan begitu, tambahan pula adik baru pertama kali menjejakkan kaki ke Pantai Timur.

Continue Reading

Video Klip Langkah Perjuangan

Category : Aktiviti, Diari Penulis

“Sebelum kita mulakan latihan, mari kita istighfar dan betulkan niat masing-masing untuk bernasyid.” Muawwidz mengingatkan anggota kumpulan lain setiap kali ingin memulakan latihan.

Sepanjang lebih kurang 5 hari kami melakukan latihan nasyid, dan seiring itu jugalah saya dan rakan-rakan mendapat ilmu baru dalam seni suara nasyid. Muawwidz adik kepada saudara Muaz (artis nasyid yang terkenal dengan lagu Amrullah Baitul Maqdis bersama Xifu & Al-Gebra) tidak lokek mencurahkan ilmu seni suara kepada kami tanpa jemu dan bosan. Syukran Ya Akhi.

“Ana tak percaya juga kita boleh nombor dua..” Kata saya setelah diberitahu bahawa kami mendapat tempat kedua.

Berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan semangat ahli kumpulan, akhirnya kami memperolehi tangga kedua dalam pertandingan nasyid PMHK EGP ‘09 walaupun diakhirnya wujud beberapa kontroversi melibatkan sedikit masalah. Namun akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik.

Continue Reading

Majlis Walimah Di Rumah Penulis

Category : Aktiviti, Diari Penulis, Tazkirah

Segala persiapan sudah pun disiapkan dua hari sebelum berlangsungnya majlis walimah. Perkakasan seperti periuk besar, dapur gas, pembakar roti, mesin menguli tepung dan pelbagai alatan lain turut diangkut bersama. Rumah saya telah dijadikan tempat pemprosesan makanan jamuan untuk para tetamu.

Mengimbau kenangan di tanahair, jika kenduri kahwin akan diadakan persiapannya sudah makan berbulan-bulan lamanya. Bermula mesyuarat bersama ahli keluarga dan orang besar kampung sehinggalah kepada aktiviti membuat kerisik serta gotong royong mendirikan balai ataupun khemah kenduri. Tidak kurang juga golongan hawa sibuk menyediakan bunga telur dan juga kuih muih. Baiklah, itu cerita versi melayu.

Berbalik kepada kisah versi arab pula.

Untuk pertanggunjawaban tugas memasak makanan, tiga pekerja di kalangan warga tempatan diamanahkan untuk melaksanakannya. Seorang lelaki berbadan agak besar kelihatan seperti seorang ketua chef masakan, manakala 2 orang lagi dilihat turut cergas membantu.

“Kawe tengok arab ni dah dua hari dok masok rilex jah, street masok dari pagi sapa pete..” Saya membuka cerita. Continue Reading

Melangkah Bersama Pada Tanggal 3 Mei

Category : Aktiviti, Diari Penulis

“Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..” Berpuluh ucapan menerjah ruangan Yahoo Messenger semalam (3 Mei). Tidak semua saya mampu membalasnya.

Walaubagaimanapun, saya berbesar hati kerana kalian masih mengingati makhluk Allah SWT bernama ‘Farid Rashidi’. Apa yang pasti, saya bukanlah sesiapa. Bukanlah seseorang yang selayaknya mendapat sebarang keistimewaan di mata manusia.

Saya juga tidak mampu memberikan apa-apa melainkan hanya sekadar mencoretkan beberapa baris kata mengungkap rasa di ruangan weblog buat kalian. Entah baca entah tidak itu terpulang kepada seseorang individu.

Harapan saya hanya satu, semoga weblog ini mampu dijadikan medan menyumbang ilmu Allah SWT walau sekadar setitis dakwat pena. Justeru, dapat pula bertukar-tukar info dan thaqafah demi kemanfaatan umum. Continue Reading

MANIS ‘09 Melabuhkan Tirai EMINENT ‘09

Category : Aktiviti, Diari Penulis

Wo kia hey jo nehi milta khuda sey, jesey tum mangtey ho auliya’ sey.
Apakah perkara yang kamu tidak dapat daripada Tuhan, sebagaimana kamu minta daripada wali-wali.

Ghir haq ra har key khuan a per, kis dar alam az wakhumrah ter.
Selain kebenaran (jalan allah) kesemuanya paling menyesatkan.

Zinda or marna sab khudai rabbil ‘alamin key liy.
Hidup dan mati kesemuanya kerana allah rabbil ‘alamin.

Saya tertarik dengan lontaran kata-kata dalam bahasa urdu oleh salah seorang sahabat seperjuangan di sini. Pada majlis Malam Kesenian & kebudayaan Islam (MANIS ‘09) beliau telah berucap atas taklifan sebagai Pengarah program mega EMINENT ’09. Malam penutup penuh gilang-gemilang itu berlangsung di Dewan Markaz Mu’tamarat Jami’ah Tanta.

Continue Reading

Belayarnya Bahtera Itu

Category : Aktiviti, Diari Penulis

Bahtera belayar meredah samudera
Mula pelayaran paksinya bintang
EMINENT ’09 kembali menyatu saudara
Bertaut kasih resah menghilang

Program Mega EMINENT Dewan Perwakilan Tanta (DPMT) kembali menjengah tiba pada tahun ini. Bermula 8 mac 2009, program ini membuka lembaran baru warga Tanta kerana Berjaya menggabungkan mahasiswa/wi dari kalangan Pelajar perubatan dan Al-Azhar. Pelayaran satu kapal memuatkan pelbagai penumpang itu sudah tentu memberikan ketumbukan yang padu serta jitu untuk merealisasikan sebuah ikatan perpaduan bermula dari akarnya.

Perihal EMINENT ‘09

Pada tahun ini, saya sekali lagi mendaftarkan diri sebagai peniaga di Bazar EMINENT ’09 untuk sama-sama mengimarahkan program tahunan DPMT. Di samping itu, saya juga diberi taklifan sebagai Timbalan Pengarah Penerbitan, lalu membuatkan setiap detik hari-hari yang dilalui begitu berharga untuk terbuang begitu sahaja.
12 visitors online now
12 guests, 0 members
Max visitors today: 57 at 08:24 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC