Faridrashidi.Com » Akhlak

Berbahagialah Orang Yang Terasing
Kadangkala, kita merasa sedih kerana bersendiri.

Hidup terasa bagai sunyi sepi.

Seolah-olah segala makhluk menyisihkan kita ke tepi.

Apabila anda menghadapi saat sebegitu, usahlah terlalu cenderung untuk bersedih. Anda harus bangkit. Anda harus jadi manusia yang kuat untuk menghadapi hidup.

Janganlah bersedih seandainya bersendirian. Sesungguhnya anda tidak dijadikan untuk hidup bersendiri. Biarpun berjuta-juta manusia membenci dan menyisihkan anda dari kehidupan mereka, anda masih ada Allah Ta’ala yang Maha Kuasa.

Belum pun sempat anda merasa sedih, Allah SWT sudah tahu segala isi hati yang terpendam. Jikalau benar hidup anda tersisih kerana membawa kebenaran, itu adalah lebih bererti dari seisi dunia.

Kebenaran itu adalah hakikat perjuangan sejati. Perjuangan sejati padanya terkandung risalah Allah SWT dan RasulNya. Seandainya anda disisihkan saat membawa kebenaran itu, percayalah anda sudah tergolong di dalam golongan mereka yang berjuang menegakkan kalimah Allah SWT di muka bumi ini.

Koreklah segala isi sejarah silam, para pembawa kebenaran setiap hari dalam kehidupan mereka diwarnai dengan ujian dan dugaan. Soal tersisih, Rasulullah SAW lebih hebat ujiannya. Baginda SAW pernah disisihkan oleh Kafir Quraisy dengan sewenang-wenangnya. Tetapi adakah saat itu Rasulullah SAW menjadi semakin lemah semangat? Luntur jiwanya?

Tidak.

Seandainya benar jalan yang anda ikuti – yakni bersumber Al-Quran, As-Sunnah, Qias dan Ijma’ – maka teruskanlah.

Saya bawakan satu contoh mudah.

Seorang individu yang lahir dalam sebuah keluarga tidak mengamalkan ajaran Islam sempurna. Solat entah ke mana, puasa Ramadhan acapkali terabai, dan ibadah lain juga jarang sekali dilakukannya.

Dalam menghadapi situasi ini, apakah cara terbaik untuk dia menghadapi kehidupan sehari-harinya? Apakah dia harus berdiam diri dan terus bersedih menyalahkan nasib dan takdir? Ataukah dia terus menerus menyalahkan Allah SWT?

Cara terbaik adalah, dia tidak boleh sama sekali berdiam diri memeluk tubuh. Dia harus menghayun kaki melangkah ke hadapan. Jika dia bergelumang dengan situasi itu, tentu saja tambah merumitkan keadaan. Terlalu mengikut arus keadaan, boleh menghanyutkan dia ke muara tanpa sempat bergantung pada mana-mana tambatan.

Dia harus keluar dari kepompong kejahilan seandainya mahu berubah ke arah kebaikan. Untuk menjadi orang berguna, dia wajib mengenal asal-usul agama. Wajib tahu siapa Tuhan semesta alam. Untuk mengerti bagaimana mahu menghambakan diri kepada Azza Wajalla. Kerana sumber kekuatan dan kebahagiaan hanya milik Allah semata-mata.

Dia juga harus menyamai keperibadian Islam yang tulen jika mahu menjadi kuat dan tabah. Aqliyah[1] dan nafsiyah[2]nya hendaklah bersumberkan dari asas yang sama iaitu aqidah Islam sejati.

Diantara kisah sahabat yang dapat dijadikan sebagai contoh keunikan keperibadian Islam tersebut adalah kisah Anas bin An-Nadhar, salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Ketika itu Anas sedang mengikuti perang Uhud, apabila beliau melihat Umar bin al-Khattab, Thalhah bin Ubaidillah bersama dengan tokoh-tokoh Muhajirin dan Ansar yang lain sedang duduk dan meletakkan senjata mereka. Setelah mendengar berita terbunuhnya Baginda SAW, Anas lalu bertanya kepada mereka:

“Mengapa kamu hanya duduk-duduk sahaja?”

“Rasulullah SAW telah terbunuh.” Jawab mereka.

“Apa yang akan kamu lakukan dalam hidup ini setelah Baginda SAW wafat? Bangkitlah kamu, dan matilah seperti cara wafatnya Baginda Rasulullah SAW.” Tanya beliau lagi. (Sebenarnya Rasulullah SAW belum wafat ketika itu, cuma khabar angin mengatakan sedemikian)

Setelah itu beliau menghadapi orang Quraisy sehingga terbunuh sebagai syuhada’.

Akhlaq Anas bin An-Nadhar ini menunjukkan keteguhan antara aqliyah dan nafsiyah beliau. Anas menyedari akan kesedihan dan kekalahan dari riak wajah para sahabat saat itu, setelah tersebarnya berita Rasulullah SAW telah terbunuh. Lantas beliau mengaitkan antara realiti tersebut dengan maklumat yang telah diajarkan oleh Baginda SAW kepada beliau. Beliau tidak berputus asa, dan bersedih hati. Kerana pahitnya kekalahan, haramnya lari daripada medan perang, serta kesan daripada berita terbunuhnya baginda Rasulullah SAW kepada semangat para sahabat.

Justeru, bagi individu menghadapi masalah dengan persekitaran tidak islamik itu hendaklah bertindak segera dengan memasakkan cara fikir bahawa dia tidak boleh bersedih sekiranya tersisih kerana dengan kesedihan itu boleh membantutkan usahanya mengecapi kebahagiaan kelak.

Seterusnya barulah dia mampu membawa keluarganya mengamalkan ajaran Islam sesempurna mungkin. Jika dia masih di takat mereka, tentu saja dia akan terus tersisih. Bahkan mungkin selama-lamanya menjadi manusia terasing. Walhal Islam itu letak duduknya adalah paling tinggi.

Sampai bila pun Islam akan terhina jika kita merasa sedih semata-mata tanpa berbuat apa-apa. Paling utama, anda harus selalu ingat bahawa setiap gerak-kerja yang dilakukan kerana Allah SWT pasti akan diganjari ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.

Nah, mengapa perlu bersedih lagi?

12:08PM, 14 Disember 2011,

Kota Masai, Pasir Gudang.

[1] Ia merupakan salah satu kompenan untuk membentuk keperibadian manusia. Kata aqliyah berasal dari bahasa Arab, iaitu dari kata aqal yang ditambah dengan huruf ya’ an-nisbat, yakni huruf yang berfungsi untuk menisbahkan kepada kata yang diberi huruf tersebut. Maka aqliyah ditakrifkan sebagai cara (method) yang digunakan untuk memahami atau mengambil kesimpulan tentang realiti tertentu. Sumber: 68, Manusia dan Agama – Islam: Politik dan Spiritual.

[2] Berasal daripada kata nafsu yang ditambah dengan huruf ya’an-nisbat. Pengertian nafsiyah itu ialah cara yang digunakan oleh seseorang untuk memenuhi dorongan yang lahir daripada keperluan jasmani dan nalurinya berdasarkan piawaian tertentu. Maknanya, nafsiyahlah yang menjadikan manusia terdorong melakukan perbuatan atau meninggalkannya.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Komunikasi Adalah Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga
“Macammana mengajar hari ini? Ada kisah baru?”

“Erm, hari ini ayang kena mengajar budak-budak peralihan. Mengajar pendidikan moral.”

“Jadinya kena mengajar pelajar Cina dan Indialah ye?”

“Ye.”

“Budak-budak peralihan comel sangat. Perangai macam budak sekolah rendah.”

“Mereka cakap, cikgu… cikgu, bila nak sambung cerita kisah Cinderella.”

Saya tersenyum mendengar cerita isteri. Setiap petang, saya akan mengambil isteri di sekolahnya. Kemudian kami akan berbual-bual pelbagai topik mengenai sekolah. Bermacam jenis cerita pelajar sekolah saya dengar hasil penceritaan isteri. Tak kurang juga dihidangkan dengan pelbagai masalah sosial yang dihadapi pelajar sekolah.

“Abang cuba tengok budak perempuan tu.”

“Mana? Mana?” Saya berpaling ke kiri dan kanan kereta sambil tangan setia memegang stereng.

“Belakang tadi.”

Lantas saya menoleh ke belakang dan memperlahankan kereta. Kereta baru saja melepasi pintu pagar sekolah. Kiri dan kanan kami dipenuhi bas sekolah, van dan kenderaan ibu bapa yang mengambil anak masing-masing.

“Oh, abang dah tengok. Kenapa?”

“Budak perempuan itulah yang ayang cakap dia buat kes pagi tadi. Baru tingkatan 2.”

“Ooo. Cuba cerita kesnya.” Saya membelok kereta ke kiri dan terus membuat pusingan U menuju ke arah Taman Pasir Putih.

“Akak-akak (Guru displin) panggil dia tanya. Ada kawannya beritahu kata dia bercouple dengan pelajar tingkatan empat. Siap bercium lagi. Bila tanya, tak mengaku bersalah.”

“Huh macam-macam.”

Itu antara kisah yang saya dengar. Dan setiap ruang masa yang ada, kami akan berbual pelbagai topik biarpun dalam sesebuah perjalanan. Memandangkan isteri saya akan mengajar di sekolah separuh hari, jadi waktu bersama saya agak singkat. Terasa janggal jika masing-masing menyepi diri tanpa berbual – melainkan jika ada yang merajuk.

Efek Kurang Komunikasi

“Selepas kahwin, dia selalu ambil cuti. Kemudian ada kawan serumah beritahu, dia kerap menangis – memendam rasa. Sedangkan mereka baru saja berkahwin.” Cerita isteri saya mengenai masalah rakan sekerjanya.

“Ish…”

“Dulu sebelum kahwin dia nampak lebih ceria.”

“Sepatutnya bila dah kahwin, lebih menenangkan jiwa. Lebih bahagia daripada sebelum kahwin. Kalau begitu, mesti ada masalah.” Balas saya bersahaja.

“Itulah. Kadang-kadang seorang duduk dalam bilik, seorang duduk luar tengok tv.” Saya mengerutkan dahi mendengar kisah tersebut.

“Itu masalah tiada komunikasi. Bila sesebuah perkahwinan itu tidak ada komunikasi, maka jadi sunyi dan mudah goyah. Kadang-kadang ada juga si suami seperti orang bujang perangainya. Maksudnya dia lebih senang berkongsi masalah dengan rakan-rakan di luar rumah berbanding berbual mesra dengan isteri. Lantas isteri rasa tersisih.”

Bagaimana sebuah keluarga yang baru setahun jagung dibina, tiba-tiba bergoyang bagai disentap ribut taufan. Habis segala harapan dan kebahagiaan. Tiada lagi suka, tetapi duka mengambil alih. Setiap hari diburu perasaan nestapa, berendam airmata dan menjeruk rasa. Sedangkan di awal perkahwinan, kita mengimpikan saat bahagia seusai lafaz sakinah diselimuti rasa bahagia berpanjangan, bahkan mahu hingga ke syurga. Tetapi kini seolah-olah rebah mengejut. Bagai diserang serangan jantung.

Nah, apakah resolusinya? Sebelum terus kepada topik perbincangan ini lebih lanjut. Apa kata kita baca pula luahan hati seorang isteri yang juga turut merintih lagi sedih mengenangkan nasib rumahtangga yang dibina berkocak. Dia mengirim emel tersebut kepada saya dan berharap saya memberikan sepatah dua pandangan.

Emel pertama kirimannya:

“Sejak saya melahirkan anak kedua, masa berpantang memang suami pun tak ambil kisah. Penjagaan berpantang, boleh dikatakan tak berpantang. Akibat kini, selalu sakit dan tak ada perasaan langsung pada suami. Makan minum kami di rumah lagsung sesen pun tidak diberikan. Suami hanya bayar sewa umah-bil, adakah saya berdosa…”

Emel kedua kirimannya:

“Duit makan minum saya dan anak-anak,suami tak bagi. Barang dapur dan keperluan harian, serta perubatan anak-anak pun saya yang tanggung. Dia hanya bayar sewa rumah dan bayar bil yang berkenaan sahaja. Dia juga mengatakan saya tidak memperdulikannya. Saya sudah jelaskan kepadanya, masalah kesihatan saya. Namun suami tidak peduli dan terus marah-marah dan sentiasa marah…”

Apa yang boleh anda perkatakan?

Tiada Musyawarah, Hilangnya Amanah, Terhakisnya Mawaddah

Islam sama sekali tidak membebankan manusia, tetapi seiring fitrah insani. Buktinya, Allah SWT menghalalkan hubungan antara dua jantina dengan perkahwinan setelah mengharamkan perzinaan. Maknanya, apabila dihalalkan Allah SWT, maka seiringnya tentu sekali ada manfaat dan keberkatan yang banyak. Kerana itu Allah SWT berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (ar-Rum: 21)

Oleh itu, Islam menggalakkan lelaki mahupun perempuan berkahwin bukan sahaja sebagai pendokong sunnah Rasulullah SAW, tetapi juga sebagai membuktikan kekuasaan Allah SWT terhadap hambaNya. Sebab diciptakan manusia itu semenjak azali wujud padanya sifat berkasih sayang, mahu saling menyayangi dan menyintai. Maka, saluran yang betul hanyalah semata-mata dengan mengikat tali perkasihan melalui akad nikah sah.

Justeru, dalam perkahwinan wujud rasa kasih sayang, kasihan belas, cinta, mahabbah, amanah, sakinah, mawaddah dan ada rahmah. Jikalau perkara-perkara sebegitu tidak wujud di dalam sesebuah perkahwinan yang dibina, maknanya mesti ada ‘sesuatu’ yang menghalang mereka.

Ini kerana perkahwinan itu menjanjikan ketenangan, kebahagiaan, kematangan dan rasa bertanggungjawab. Jika perkara sebegitu tidak wujud, barangkali pasangan tersebut perlu muhasabah kembali. Di mana silap salahnya perhubungan mereka. Ini penting bagi memanjangkan jangka hayat usia perkahwinan.

Berbalik kepada masalah asal. Pokok pangkal, sebenarnya kita kurang bermusyawarah (berbincang) atau berkomunikasi bersama pasangan masing-masing. Sebab itulah muncul salah faham, syak wasangka, tiada persefahaman dan kerjasama. Misalnya dalam masalah pertama tadi, pasangan baru berkahwin tetapi bukan bahagia yang dapat tetapi duka. Kesalahannya bermula apabila si suami memendam rasa, berdiam diri, dan begitu juga si isteri. Kadangkala ada juga si isteri jenis peramah, banyak cakap. Bila bercerita kepada suami, si suami diam tanpa respon. Maka komunikasi sebegini kurang elok diamalkan, kerana boleh menyebabkan isteri kecewa.

Sebagai suami isteri, kita perlu setia mendengar pasangan kita bercerita. Biarpun isteri kita bercerita hal remeh-temeh, tetapi sebenarnya bagi dia seperti isu besar. Pemikiran seorang lelaki dan perempuan berbeza. Perempuan sifatnya suka bercerita hal ehwal sekeliling, isu tidak terlalu besar. Manakala lelaki suka berbual isu besar, dan luas skopnya. Oleh itu, suami isteri perlu bijak dalam mengimbangi perbualan. Sesekali tidak ada salahnya isteri mendengar lelaki berceramah, dan suami mendengar luahan cerita isteri.

Begitu juga dalam masalah keretakan rumahtangga kedua. Puncanya ialah apabila lelaki tiba-tiba menjadi pendiam sehingga tidak mengambil tahu hal keluarga, bahkan tidak ambil peduli langsung hal berpantang. Maka berlaku krisis di situ. Sebagai seorang lelaki, sewajarnya perlu berbincang apa masalahnya. Sekurang-kurangnya isteri dapat memahami isi hati dan masalah dialami. Membiarkan anak dan isteri tanpa bicara, itu seolah perbuatan menzalimi mereka. Setiap manusia ada masalahnya, tetapi setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya jika betul-betul kena cara.

Melarikan diri atau memencilkan diri adalah kesalahan dan menyalahi etika perkahwinan. Bahkan perbuatan memarahi isteri dengan suara yang kuat juga adalah perilaku akhlaq buruk. Lebih-lebih lagi jika di depan anak-anak. Ini boleh memberikan kesan negatif kepada masa depan mereka dan tumbesaran minda. Persepsi negatif pasti terhinggap di kepala anak-anak saat ibu mereka dimarahi ayah. Mungkin juga boleh berlaku rasa dendam kesumat pada ayah. Sebab anak-anak lebih cenderung merasa kasihan kepada ibu berbanding ayah.

Dan perbuatan isteri mencebik muka dan menunjukkan riak negatif kepada suami adalah dilarang di dalam agama. Isteri bijak tidak akan berterusan membiarkan suami berdiam diri. Isteri seharusnya perlu mencungkil sebab musabab mengapa suami bertindak sedemikian rupa. Mungkin ada perbuatan isteri yang mengguris hatinya. Buktinya, masa mula berkahwin dia boleh menyayangi isteri, berbual, melayan baik, memberi nafkah cukup dan sebagainya. Dan sudah tentu ada sesuatu perkara yang boleh menyebabkan dia tiba-tiba berubah. Cuba selidik, dan bawa berbincang. Jika tidak, rumahtangga itu bakal retak dan terbelah cepat.

Saya amat tertarik melihat gelagat suami isteri bangsa arab Mesir. Biarpun mereka telah berusia, mereka tidak segan silu berdua-duan di taman bunga, sambil berbual mesra seperti pasangan muda lepas berkahwin. Kadang-kadang, mereka membawa anak-anak mereka ke taman permainan dan berkelah sesama ahli keluarga. Bukan satu keluarga, tetapi ramai begitu. Mereka gemar berbual dan berkomunikasi. Jika ada masalah, mereka akan kongsikan bersama. Jangan disimpan berhari-hari, nanti jadi melarat berminggu-minggu.

Fenomena ini mudah dilihat pada musim panas. Sekitar taman bungan bandar Tanta penuh dengan ahli keluarga. Begitu juga di pesisir pantai Iskandariah, Baltiem, Matruh dan lain-lain tempat percutian. Jadi, alangkah baiknya jika kita kaum keluarga muslim di Malaysia juga begitu. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih… Insha’Allah, membawa bahagia hingga ke syurga.

Ingat, komunikasi itu penting demi menyubur mawaddah! Dan pastinya kita bukan berkahwin dengan patung yang bisu tanpa bicara!

1:47AM, 30 Julai 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Kutukan VS Kritikan Membina
“Kau memang ce****! Jangan jadi bo***, kau ingat kau pandai sangat?” Kutuk seorang komentator di forum alam maya.

Sebenarnya bukan seorang, malah ramai yang mempraktikkan amalam mengutuk orang bila tahap kemarahan sudah cecah takat didih. Terutamanya kita boleh lihat di laman-laman blog yang menulis tentang politik.

“Sebenarnya, tulisan ini sudah memberi kesan, cuma kalau boleh di lain waktu tambahkan lagi kesan khas dengan kata-kata hikmah, pedoman dan lain-lain. Semoga Allah menambah ilmu dan iman kita.” Ini suatu kritikan, tetapi kritikan yang penuh dengan nilai-nilai hikmah, beradab dan menjaga akhlaq.

Sepanjang saya menulis blog, saya juga tidak dapat lari daripada menghadapi golongan spesis ini. Jika ada tulisan yang menikam lubuk hati mereka, nescaya kata-kata kesat, makian, kutukan dan pelbagai cakap kotor lain menjadi keutamaan. Mereka seolah-olah menonjolkan diri sebagai manusia yang tidak berakhlaq dan tidak berpanduankan kepada ajaran ad-Deen.

Walhal Rasulullah SAW, sebagaimana yang kita tahu tidak pernah mengajarkan umatnya untuk memaki hamun dan berkata buruk pada individu lain. Kita semua tahu tentang ini. Si kecil yang belajar di TADIKA atau TASKI juga mengerti.

Pernah dahulu saya menulis mengenai kata-kata dan akhlaq. Barangkali ada yang terlepas membaca, maka kalian boleh rujuk artikel ini.

Kutukan

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, kutukan ini sebenarnya lebih bersifat kepada menjahanamkan perasaan orang lain. Dalam erti kata lain, si pengutuk menggunakan senjata kutukan ini demi untuk memuaskan nafsu dan keegoaan sendiri. Bahkan dia akan berbangga sekiranya kutukannya itu menyebabkan hati musuhnya terguris dan terasa.

Itulah sebenarnya kepuasan si pengutuk. Kalau mahu fikirkan faedah, tiada langsung faedah yang diperolehi. Malah beroleh dosa percuma pula. Alhasil, akan wujud perpecahan ketara hingga berlarutan kepada isu-isu lain. Ia tak akan terhenti, sebab dendam kesumat sentiasa menjadi keutamaan.

Saat itu, syaitan lekas memainkan peranannya untuk terus mencucuk hati pengutuk supaya jangan ada sehari tanpa mengutuk orang. Kalau boleh kutuk mengutuk ini menjadi hobi sebati hingga akhir hayat.

Melalui ‘Aisyah r.a, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat: “Apakah kalian mengetahui riba yang paling besar di sisi Allah?

Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Rasulullah melanjutkan sabdanya: “Sesungguhnya riba yang paling besar di sisi Allah adalah menghalalkan kehormatan seorang muslim untuk dicemari. Kemudian Rasulullah membaca firman Allah SWT: ‘Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.’ (al-Ahzab: 58)” (Hadis riwayat Abu Ya’la, al-Mundziri dan al-Haitsami berkata periwayatan hadis ini sohih)

Dan juga hadis yang berbunyi:

Dari Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai kata-kata kotor dan perbuatan keji…” (Mutafaq alaih)

Maka tegahan seperti ini adalah terpundak pada setiap muslimin dan muslimat seluruhnya. Barangsiapa yang ingkar, bererti dia tidak mempraktikkan sunnah dan akhlaq Baginda SAW.

Soal saya, apakah si pengutuk itu sedar bahawa ungkapan kata-kata yang dinyatakan itu membawa manfaat? Hanya orang kurang cerdik sahaja mengatakan ia bermanfaat.

Kritikan Membina

Kritikan membina sama sekali berbeza dengan kutukan. Sebab kritikan membina itu kata-katanya disulam peringatan, nasihat berguna untuk penambahbaikan di masa akan datang. Saya percaya, jika benar cara nasihatnya, pasti akan ada yang tertawan (pada akhlaq Islami) dan menerimanya dengan hati terbuka.

Faedahnya cukup besar, di samping beroleh pahala, kita juga mampu memperteguhkan kembali renggangan tali silaturahim. Malah dapat membikin ummah yang berilmu dan berakhlaq mulia.

Tidak sukar, hanya bermodalkan ayat-ayat cinta berhikmah saja.

Pesan Rasulullah SAW lagi:

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam.” (Mutafaq ‘alaih)

Berpandukan pada hadis di atas, Baginda SAW memberikan kita 2 solusi berguna untuk kita.

Pertamanya: Berkata baik. Sesiapa yang suka berkata tentang kebaikan, menyeru tentang kebenaran. Ayuh, teruskan usaha murni kalian. Mungkin di sebalik kata-kata baik itu, kita beroleh pahala yang tak terjangkakan pula.

Keduanya: Diam. Nah, jika mulut kalian atau jari-jemari kalian jenis gemar mengutuk orang – hingga tak boleh berhenti siang dan malam – , diamlah. Diam lebih baik bagimu.

Simple, tapi sukar bukan? Jika begitu, buatlah pilihan tepat sebelum terlambat.

1:42PM, 18 Julai 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Luahan Remaja Tersisih Dan Dihina Teman
Ini layangan emel yang saya terima.

“Maafkan saya ustaz. Saya seorang remaja lelaki. Hidup dalam keadaan sederhana sahaja. Maksud dipinggirkan oleh saya adalah, saya sentiasa disisih oleh teman-teman. Saya ini seorang yang suka bergurau dengan teman, tapi gurauan saya tidaklah melebih-lebih pada hadnya. Saya ini seorang anak tunggal, kadang-kadang ramai yang cemburu dengan saya kerana saya anak tunggal. Dan kadang-kadang pula ada yang menghina saya. Tambahan pula saya ini berbadan besar. Saya bagaikan terasa diri saya ini jijik bila berdepan dengan mereka. Saya ini jenis yang sanggup berkorban masa, dan wang demi teman-teman saya, asalkan mereka gembira. Bila mereka sedih, kadang-kadang saya yang tolong menyelesaikan masalah mereka. Tapi apabila saya mengalami masalah, seorang teman pun tiada yang ingin membantu. Bagaimana saya ingin keluar dari segala masalah ini? Setiap hari saya memikirkan masalah ini. Tetapi hingga kini tiada jawapan yang saya temui. Tidak ada sesiapa lagi untuk menolong saya. Kini saya sedang tersiksa dengan permasalahan ini….”

Emel luahan rasa hati ini begitu menyentuh hati nurani saya. Ia telah menghantar saya ke dimensi lama, dan ia telah membuka cerita memori dahulukala yang masih tersisa di hati ini.

Jujur saya katakan, saya mempunyai cerita yang hampir sama tetapi tidak serupa.

Budak Pendiam Yang Sering Dibuli

Bagi mereka yang sudah membeli dan membawa buku ‘Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara‘, barangkali sedikit sebanyak tahu jalan cerita hidup saya. Walaubagaimanapun, untuk adik yang sudi meluahkan rasa hati ini, saya coretkan sebuah kisah silam saya menjadi tatapan kita semua khususnya dia.

Dipendekkan cerita, saya bukan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang senang-lenang. Semenjak kecil, saya diajar untuk bergerak sendiri. Cuma ayah agak rapat dengan saya, dan selalu bercerita hal ehwal kisah silam atau berborak perihal semasa hingga menimbulkan persepsi di kalangan orang bahawa saya adalah ‘anak emas’.

Tidak. Kalau saya dilahirkan anak manja, maka sudah tentu saya setiap hari dibekalkan wang poket ke sekolah. Ayah hanya menghulurkan wang dua puluh sen (RM0.20) untuk sekolah rendah, dan lima puluh sen (RM0.50) ketika berada di peringkat menengah sekolah. Tetapi bukan setiap hari, kalau mahu dihitung hanya sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu. Selebihnya, saya akan jual apa saja di sekolah termasuk mengambil upah pesan nasi lemak, menjual kerepek pisang dan lain-lain.

Saya selalu berpuasa di sekolah. Saya menyendiri dan berikan alasan tatkala diajak teman untuk ke kantin. Kalaupun pergi, saya hanya meneguk air kantin, atau berkongsi sepinggan mee dengan teman.

Awal pagi, saya akan mengutip sampah berhampiran kantin sekolah. Saya akan menanti kalau-kalau cikgu memanggil kami sekawan untuk menjamah makanan pagi percuma melalui skim RMT. Pelik, si miskin ini tidak tersenarai untuk layak menerima makanan percuma.

Dan itu bukan lesen atau tiket untuk saya membenci ayah atau mak kerana tidak berharta.

Di sekolah, saya menjadi pendiam bila tiada teman bersuara. Dan akan beramah-mesra saat disapa. Maka pelbagai cerita akan dikongsikan  bersama. Semenjak sekolah rendah di Sekolah Menengah Darau, Menggatal hingga ke Sekolah Kebangsaan Syed Sheikh, saya sering dikutuk  dan diejek teman. (Barangkali bagi mereka yang pernah ejek saya, masih ingat hingga saat ini)

Sakit hati – hanya dinding, padang rumput dan pepohon rendang menghiasi sekolah yang tahu. Selalu menangisi diri dikala bersendiri.

Semua itu, saya lekas padam dan pendamkan. Masalah ejekan teman, atau dibuli orang tidak diberitahu kepada ayah dan mak. Saya bukan jenis kaki report – adu domba – hingga membawa kepada kes saman menyaman.

Merangkak Ke Alam Dewasa

Semua cerita itu tidak saya lupuskan tanpa mengambil ibrah. Biarpun saat disisih, dihinakan itu adalah waktu tidak boleh berfikir secara matang, namun bila melewati usia remaja dan merangkak ke alam dewasa, saya jadi terkenang. Lantas bertekad untuk membikin sesuatu menjadi simbolis kejayaan.

Bukan membalas dendam, tetapi merancanakan kejayaan.

Penyelesaian

Untuk adik, kamu masih muda. Kamu dihinakan seperti jalan cerita kisah hidup saya. Percayalah, sebenarnya itu bukan titik noktah dalam kehidupan kamu. Paling penting, jangan sesekali kamu mengalah saat tersisih. Kerana putus asa itu adalah permulaan untuk kamu kalah selama-lamanya.

Cuba pasakkan dalam diri, bahawa ini semua adalah ujian Allah Ta’ala. Positifkan diri, bahawa kita ada Allah untuk mendengar rintihan qalbu. Dan, kita mesti selalu ingat bahawa dalam dunia ini masih ramai lagi insan yang ditimpakan masalah berat-berat. Malah ada di kalangan mereka berjaya menjadi manusia sejati hasil ujian-ujian yang diterima.

Mulai hari ini, jangan terus berduka memendam rasa yang tidak ke mana. Kerana ia bisa memberatkan kepala kamu hingga sarat. Walhal hal-hal sarat seperti itu tidak wajar ditimpakan ke atas kamu yang masih muda belia. Ayuh, keluar dari kepompong masalah ini dengan menghirup udara damai pemberian Allah SWT.

Rapati mereka yang wajahnya bening dengan keimanan. Sebab iman itu akan subur saat kamu menghampiri rumah Allah, bertemu mereka yang baik lagi soleh.

Pesan saya yang paling mustahak, usah terikut-ikut drama media dengan menghancurkan jasadmu ke lembah yang dihinakan Allah SWT.

Dan kini, saya mula mengerti untuk menjadi manusia. Kamu?

5:21PM, 8 Julai 2011,

Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Kahwin Semasa Belajar: Dari Sisi Dua Persepsi
“Kahwin semasa belajar… Apa reaksi kalian?”

“Pada saya kurang bersetuju. Semasa belajar ambil peluang belajar. Tapi jika atas sebab tertentu, silakan mengikat cepat. Tapi sudah dimaklumi bahawa perkahwinan semasa belajar tidak sama dengan perkahwinan sesudah pasangan berkerjaya. Berkahwin semasa belajar bermakna suami sebagai pemberi nafkah keluarga mempunyai sumber pendapatan yang terhad. Tapi kalau nak kahwin juga kena akur akan hakikat.” Komen individu pertama.

“Ok je, boleh elak maksiat. Sebab saya tengok orang kahwin masa belajar ni, pelajaran dia lagi cemerlang jika dia betul-betul komitmen…” Komen individu kedua.

“Tapi kalau berkemampuan dari segi segala yang penting. Silakan. Apa-apa perkara yang nak dilakukan, sama ada baik buruk. Ada baiknya berfikir dan berfikir lagi.” Tambah mereka.

“Ok, sebenarnya proses pembelajaran adalah hingga ke mati. Tidak ada istilah bila bekerja harus berhenti belajar. Belajar dan belajarlah. Tak rugi.” Saya cuba memberi reaksi balas.

“Dek sebab dilarang berkahwin, adakah kesannya membuatkan dia tak boleh memberi tumpuan pada pelajarannya?” Sambung individu lain pula.

“Sebenarnya, ia bergantung kepada seseorang individu. Kerana setiap individu itu berbeza. Sebab itu di dalam Islam, hukum kahwin itu berbeza. Terkadang menjadi wajib, sunat, makruh dan haram. Bergantung kepada keadaannya. Dah kalau berkemampuan, dipersilakan. Moga-moga hati mereka yang mahu berkahwin itu tenang bersama sakinah, mawaddah dan rahmah. Kita seharusnya berdoa begitu.” Jelas saya.

“Ok je, yang penting pandai bahagikan masa. Komitmen pada study dan komitmen dengan pasangan masing-masing. It would be ok. Tapi ramai je yang couple bukan nak kahwin, kahwin sajalah daripada duduk berkepit ke hulu ke hilir, tapi mereka yang macam ini bukan serius sangat dalam perhubungan just nak enjoy. Ini masalahnya, masalah yang melanda di IPT sekarang.” Kata individu seterusnya.

“Bercouple, merasa apa yang sepatutnya belum rasa hingga menjejaskan maruah itu bukan hakikat cinta. Kerana cinta itu sudah ternoda dengan nafsu syaitan. Cinta suci adalah keterikatan pada syara’ dan tidak lari dari Allah Ta’ala dan Rasul-Nya.” Saya memberi konklusi penutup mengakhiri perbincangan.

HUKUM PERKAHWINAN

Sebelum kita berbincang hal-ehwal berkaitan kahwin semasa belajar, adalah lebih menarik jika kita sertakan hukum-hukum berkaitan perkahwinan. Seperti yang saya terangkan di atas, perkahwinan ini mempunyai martabatnya yang berbeza kepada setiap individu tersebut. Adakala ia berubah menjadi; sunat berkahwin, sunat meninggalkannya, makruh, lebih baik berkahwin dan lebih baik tidak berkahwin.

Sunat berkahwin

Perkara ini berlaku bila mana seseorang individu itu berhajat untuk berkahwin, serta mempunyai kemampuan dari segi nafkah, mas kahwin dan nafkah kehidupannya dan isteri. Pada hematnya, dengan terbinanya perkahwinan tersebut dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah kemaksiatan khususnya perzinaan. Maka saat itu, dia disunatkan untuk berkahwin demi menjaga diri dan keturunan, melahirkan generasi beriman serta bertakwa.

Ini sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW bermaksud:

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dan perkara ini adalah sama hukumnya bukan sahaja kepada lelaki, tetapi juga kepada para wanita yang menginginkan sebuah perkahwinan. Dengan perkahwinan itu, jiwanya beroleh rasa damai dan bahagia, terhindar dari fitnah melata, terselamat diri, agama dan seterusnya keturunan dari tangan-tangan durjana.

Sunat meninggalkan perkahwinan

Firman Azza Wajalla bermaksud:

“Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka sehingga Allah memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya.” (An-Nur: 33)

Hukum ini tertuju kepada individu yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga akan tetapi tidak mempunyai kemampuan dan nafkah menyara keluarga. Maka dia disunatkan untuk tidak berkahwin, dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan amal ibadah yang mampu mencengkam nafsu dari meliar serta menjaga kesucian diri dari dinodai titik dosa besar – zina.

Makruh

Makruh hukumnya bagi sesiapa yang tidak berhajat untuk berkahwin. Bahkan dia juga tidak mempunyai keinginan, kemampuan dari segi nafkah zahir dan batin. Barangkali ketidakkemampuannya itu adalah disebabkan kerana dia mengalami penyakit, tidak berharta atau apa-apa saja perkara yang mengundang mudharat.

Lebih baik tidak berkahwin

Afdhal begitu sekiranya seseorang individu itu sememangnya tidak berhajat untuk berkahwin walaupun mempunyai kemampuan atas kerana tiada keinginan pada nalurinya ketika itu untuk berumahtangga. Sebab-sebab alasannya keran mahu menumpahkan perhatiannya pada titik fokus amal ibadat atau pengajian. Jika dengan berkahwin ini boleh menjejaskan kosentrasi titik fokusnya, maka lebih baik tidak berkahwin pada saat itu.

Lebih baik berkahwin

Bila mana seseorang individu itu tidak terlalu sibuk kepada ibadah dan pengajian, sedangkan saat itu dia mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi tak punya keperluan yakni harta atau nafkah. Lantas, perkahwinan baginya adalah lebih baik, agar masa lapangnya tidak diisi dengan tentatif mungkar yang bisa menggugat keimanan dan akhlak dirinya. Dengan perkahwinan itu, Insha’Allah bakal melahirkan intipati sakinah, mawaddah dan rahmah.

BERKAHWIN SEMASA BELAJAR?

Apabila kalian meneliti satu persatu subtopik yang saya sertakan, pastinya kalian mampu berfikir dan membuat konklusi sendiri berdasarkan kemampuan individu itu. Saya sama-sekali tidak berani untuk mengikat minda kalian agar menerima pendapat saya bulat-bulat. Andainya saya bersetuju untuk mengatakan ‘YA’ atau ‘TIDAK’ kepada proses membina rumahtangga era pengajian, kalian masih lagi berhak menilai baik-buruknya mengikut cara fikir tersendiri.

Ini kerana hukum perkahwinan itu sendiri berubah-ubah atas kemampuan seseorang individu.

Sesungguhnya, saya tidak bersetuju jika ada yang mengajak dengan terang bahawa kita semua wahai pemuda jangan berkahwin kerana halangan pengajian. Lalu alasan-alasan dangkal sengaja diulang-siar agar ikut patuh pada saranan itu. Pastinya jika ada yang menerima sekalipun, jiwa dalaman mereka akan memberontak mengatakan “tidak” walaupun tidak dizahirkan.

Oleh itu, dalam mengeluarkan sebarang fatwa secara umum, ikutilah kaedah yang diajarkan Rasulullah SAW. Baginda SAW bila dihadirkan dengan permasalahan umat – khususnya mengenai hukum mahu mendirikan rumahtangga, ia adalah berbeza pada setiap individu. Bahkan Rasulullah SAW tidak melarang mana-mana umatnya yang berkemampuan untuk berkahwin, tetapi dituntut pula individu itu meneruskan niat sucinya. Apakah kita sengaja mahu menafikan keperluan naluri manusia?

Atau mahu menghalang mereka yang berkehendakkan perkahwinan itu dengan alasan-alasan umur masih terlalu muda, tidak berkemampuan mengurus rumahtangga, masih tidak puas hidup membujang atau masih gatal kaki untuk berlibur?

Jika dia bersedia, ayuh segera tebas semak-semak halangan itu dan berikan lorongnya agar tak tersesat mencari jalan pulang. Bukan sengaja menanam duri ditengah-tengah jalan!

Justeru, dalam menangani masalah ini mengikut pandangan kerdil saya. Sengaja saya bahagikan kepada dua bahagian;

BERSETUJU

Saya akan bersetuju terhadap mana-mana individu yang masih sibuk dengan pengajiannya dan mahu melangsungkan perkahwinan sekirannya dia mempunyai kemampuan nafkah serta keperluan samaada berbentuk fizikal mahupun spiritual. Bila dengan terpatrinya ikatan perkahwinan itu, individu itu lebih matang bertindak, lebih tenang jiwanya dan lebih mendekatkan diri kepada Pencipta, maka sudah tentu perkara tersebut adalah suatu penghijrahan yang amat baik.

“Ah, kahwin masa belajar boleh menjejaskan perkahwinan!” Bentak seorang pemuda.

Alasan sebegini mungkin amat sesuai untuk diri yang berkata-kata, dan mungkin juga tidak sesuai untuk para pendengar. Tiada hujjah konkrit untuk menguatkan dakwaan ini kerana terdapat sejumlah besar penuntut yang telah berkahwin mampu mengukir senyum bersama segulung kejayaan. Ini bukan fakta dusta.

Realitinya, umat Islam dituntut untuk sentiasa menuntut ilmu sehingga ajal datang menjemput. Jadi, apakah kerana berkahwin dan berkerja itu sebagai penghalang terbesar dari terus menuntut ilmu? Perbetulkan persepsi sebelum terlambat!

TIDAK BERSETUJU

Tentunya saya mempunyai padangan tertentu buat mereka-mereka yang masih tidak layak untuk melafazkan ijabkabul ketika masih berada dibangku pengajian. Alasan untuk tidak bersetuju pada hemat saya adalah sesuai khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai keperluan, keinginan dan kelayakan untuk mengemudi bahtera perkahwinan. Misalnya, seorang mahasiswa yang mampu mengurus diri, terhindar dari gejala tidak sihat, dan fokusnya hanya pada pengajian semata-mata. Seandainya dia berkahwin, fokusnya hilang, kewangannya caca-marba dan memungkinkan rumahtangga yang dibina menjadi porak-peranda, maka lebih baik baginya supaya tidak mengambil langkah payah untuk berkahwin.

Adalah zalim jika saya menghalang mereka yang layak untuk membina perkahwinan dari terkandas dipersimpangan jalan dan mereka yang tidak layak berkahwin untuk menempuh alam rumahtangga yang lebih mencabar. Justeru, keputusan di tangan anda. Anda berhak menentukan hala tuju diri sendiri.

12:54AM, 6 Oktober 2010,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Gadis Bertudung Memperolokkan Zikir?
Video klip tersebut telah tersebar di ruangan maya beberapa waktu yang lalu. Di dalamnya, terdapat adegan yang dilakonkan secara ‘sengaja’ oleh beberapa gadis melayu bertudung. Apabila bertudung, sudah tentu fikiran kita terfokus kepada Islam – kerana umum sedar, gadis bertudung adalah beragama Islam.

Video beberapa minit itu memaparkan beberapa gadis bertudung itu sedang duduk persis dikir barat dan menggoyangkan badan kemabukkan. Apa yang mendukacitakan, mereka mengalunkan pula zikir-zikir berselang-seli gelak tawa. Itu pucanya. Ternyata, sebaran video itu mendapat cemuhan dan kritikan yang berganda-ganda dari kalangan komentator.

Ada yang memaki dengan penuh perasaan, mengutuk bersama emosi dan pelbagai rasa ketidakpuasan hati lainnya. Tak terlepas juga, ada komentator yang bertindak sebagai pengadil yakni lebih bersifat pertengahan.

BILA ROH ISLAMI TERHAKIS

Saya percaya, pelakon-pelakon yang beraksi selama 1:23 minit mengalunkan zikir sambil terkinja-kinja itu menganggap perbuatan mereka adalah sekadar gurauan semata-mata. Barangkali dengan gurauan ala skeptikal atau sarkastik tersebut mampu membuatkan penonton terhibur dengan aksi mereka, walaupun ia mungkin mengguris hati umat Islam yang lain.

Benar, Islam tidak melarang umatnya untuk bergurau senda. Namun begitu, dalam senda gurau tersebut haruslah dipagari oleh sempadan agama. Sempadan agama di sini bukan bermaksud memijak agama, tetapi mengikut lunas dan nilai murni yang dianjurkan agama. Tetapi jika umat tidak menghadami apakah itu nilai-nilai sempadan agama, maka lebih mudah untuk terjerumus ke lembah kesyirikan atau khurafat.

Seandainya mereka yang menyanyi itu mengerti maksud di sebalik dendangan zikir taubat itu, pasti hati mereka menjadi kecut, lalu seluruh jiwa bergetar hebat akibat rasa takut pada Allah Ta’ala. Malah, mereka sama sekali tidak berani untuk mencetuskan kontroversi melibatkan soal agama di khalayak kerana pakaian iman dan takwa membaluti jiwa dan raga mereka.

حسبي ربي جل الله ما في القلب غير الله

Tuhanku sudah cukup bagiku - kemuliaan bagi Allah Ta’ala,

tidak ada dalam hatiku kecuali Allah.

Dewasa ini, kita dapati golongan-golongan yang skeptikal pada agama Islam bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ini tidak termasuk mereka-mereka yang ternyata kafir, dan menghina Islam. Jika dicampur tolak, mereka yang tinggal untuk mempertahankan Islam hanya segelintir cuma. Maka, tugas untuk menyedar dan mempertahankan Islam semakin berat untuk dipikul. Dan akhirnya, mereka yang menjunjung agama Allah ini seperti menggenggam bara api.

Kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi, sesungguhnya para pemerintah yang mengaku muslim juga seringkali bertindak sebagai penyubur budaya sarkastik (Baca: Memperolokkan agama secara diam atau terang). Maka, bila roh islami ini tercabut dari kalangan pemerintah, sudah pasti rakyat marhaen juga turut terkena tempiasnya. Ditambah pula dengan kejahilan yang membelenggu, sudah tentu bertambah parah masyarakat.

Berbalik kepada isu gadis melayu bertudung tadi. Secara peribadinya, saya berharap semoga si pelakon itu insaf dengan sebenar-benar insaf. Perbuatan merakam, melakukan aksi sedemikian rupa bukanlah suatu perbuatan yang indah. Bahkan ia menghakis rasa malu dan maruah diri. Sedangkan, malu itu adalah perisai bagi seorang wanita Islam. Ia diumpakan berlian yang tinggi nilainya. Jika hilang rasa malu, tiada apa lagi yang harus dipertahankan. Terdapat sebuah hadis berbunyi:

Maksud hadis: Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu suka!”

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Jauhkanlah dari perbuatan sebegitu tidak kira siapa kalian – dibimbangi terjatuh ke dalam gaung kesesatan. Nauzubillahhi minzalik.

Maksud hadis: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat seorang hamba selagi nafasnya tidak berada di halqum.” (Riwayat Imam Ahmad, Imam at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.)

Ingatlah, azab Allah itu lebih pedih walaupun gurau senda kamu memperolokkan agama hanya sedetik cuma.

11:29PM, 3 September 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Kata-kata Yang Baik Itu Juga Akhlaq
Tidak kira samaada wasilahnya lidah atau jari-jemari ia tetap diistilahkan sebagai berkata-kata. Kedua-duanya tetap bermula dari hati. Hati yang jernih, cenderung menuturkan kata-kata yang menyenangkan. Manakala hati yang dicemari simptom-simptom berunsur negatif, seringkali cenderung menuturkan bicara kesat dan menyesatkan.

Semoga kita dijauhkan daripada gejala-gejala tidak sihat itu.

Entah berapa juta kali sepanjang hidup kita jika dihitung secara kasar, kita terlibat dengan maksiat hati dan mulut ini. Baik kata-kata itu berupa kata nista, adu-domba, umpatan, kejian, makian, dusta dan sebagainya. Dan setiap kali dituturkan, ia laju bagai air deras dari hulu ke hilir. Tak tersekat lagi.

Empangan untuk menyekat aliran deras itu, tidak lain tidak bukan ialah AKHLAQ. Ilmu akhlaq ini bukan ilmu picisan yang boleh diperolehi di kaki lima jalan. Tidak. Bahkan ilmu (Juga digelar ilmu tasawuf) ini melibatkan pembentukan jiwa yang bening, perlakuan dan perbuatan mengikut acuan yang dipamerkan Baginda Rasulullah SAW. Akhlaq mulia ini punya arus elektrik yang mampu mengecas cahaya iman. Saling bergantungan dan memerlukan antara satu sama lain.

Hal ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobarani:

Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Seorang hamba tidak sampai kepada hakikat iman sehingga ia dapat menyimpan lidahnya.” Maksudnya menahan lidah daripada percakapan yang tidak ada kebaikan.

BERBICARALAH YANG BAIK ATAU DIAM

Justeru, sebagai seorang yang berstatus muslim, alangkah baiknya jika tutur kata dan buah bicaranya berlapikkan akhlaq Islami. Tidak rugi sesen pun wang ringgit, malah pahala pula yang diperolehi. Jika tidak, maka disyorkan agar berdiam diri saja. Dibimbangi jika kata-kata terpalit unsur-unsur tidak sihat. Lantas menatijahkan berlaku perselisihan antara satu sama lain. Sudahlah beroleh dosa, bertambah pula musuh tak semena-mena.

Ingat, di sebelah kita telah siap siaga pencatit amal baik dan dosa sejak azali lagi!

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazakannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Qaaf: 18)

Mahu melontar idea, dipersilakan – asalkan ia membawa manfaat kepada umum dan mampu menambah kredit kepada agama Islam khususnya, tidak ada siapapun melarang. Akan tetapi jangan ditinggalkan medium BERFIKIR. Berfikirlah beberapa saat sebelum berkata-kata, kerana terkadang idea yang mahu dikeluarkan sudah dikira bernas, cuma penyampaiannya agak menyimpang.

Bila keadaan itu berlaku, sudah tentu idea bernas itu sukar untuk disampaikan kepada audiens.

Daripada Abu Hurairah r.a, baginda Nabi SAW bersabda: “Seorang hamba berbicara dengan satu kalimah yang diredhai oleh Allah SWT dan dianggap remeh. Allah akan mengangkatnya dengan perkataan itu beberapa darjat. Dan seorang hamba berbicara dengan kalimah yang dianggap remeh yang dimurkai oleh Allah SWT, Allah SWT akan mencampakkan hamba ini ke neraka jahannam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)

BERCAKAP BILA PERLU

Terkadang ada juga jenis manusia yang terlebih pendiam, yakni segan untuk berkata-kata hatta demi menegakkan sebuah kebenaran. Dan perilaku sebegini tidaklah dituntut oleh Islam, kerana Islam menyarankan umatnya agar tidak berdiam diri apabila terlihat kemungkaran di depan mata.

Sesungguhnya, wajib bagi muslim untuk menegur perbuatan mungkar agar kesinambungan slogan ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ senantiasa terlaksana. Barangsiapa yang berdiam diri, (Baca: Tidak berbuat apa-apa walaupun membencinya dengan hati) nescaya ia dianggap bersekongkol dengan maksiat dan beroleh dosa. Moga-moga sifat ‘Syaitan Bisu’ ini tidak ada walaupun sebesar zarah pada nubari kita. Nauzubillahhi minzalik.

Akhirnya, mari kita perhatikan perca mutiara hikmah Saidina Umar r.a. Katanya:

“Sesiapa yang banyak percakapannya, maka banyaklah salahnya, maka banyaklah dosanya dan orang yang banyak dosanya, maka neraka adalah lebih layak baginya.”

Astaghfirullahhal ‘Azim.

5:11PM, 27 Ogos 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Mencipta Projek Kreatif Bagi Membangun Ukhuwwah
Seorang pemimpin berkaliber, beliau sentiasa bijak mengatur dan membuat projek-projek kreatif bersama ahlinya. Projek-projek itu bukanlah bersifat statik, yakni mendatar keadaannya. Tidak semestinya dalam sesebuah organisasi, pemimpin tidak berhak menjadi rakyat. Dan rakyat tidak berhak mendampingi pemimpin.

Kesilapan inilah antara faktor  yang boleh menggugah susun atur sebuah organisasi hingga berlaku fenomena ﻿kurang enak. Masing-masing dipekup rasa keterbatasan – aktiviti-aktiviti yang tidak membangun motivasi ke arah lebih baik. Untuk membina aktiviti sebegitu, seharusnya kepimpinan bijak mengatur projek kreatif.

Dahulu, Baginda Rasulullah SAW kerapkali membikin projek sebegini bersama umat Islam yang lainnya seolah-olah tidak hijab menghalang antara pemimpin dan rakyat. Salah seorang sahabat Rasulullah SAW, al-Barra Bin ‘Azib mengatakan:

“Pada perang Khandaq Rasulullah SAW mengangkat pasir hingga perut berdebu, sambil bersabda:

Demi Allah, kalau bukan kerana Allah kita mendapat hidayah,

tidak bersedekah, dan tidak solat.

Maka (Ya Allah) turunkanlah ketenangan kepada kita semua,

dan perkukuhlah kaki kami ketika menghadapi peperangan. Sesungguhnya kaum itu (musyrikin) telah melakukan kezaliman pada kita.

Jika mereka menginginkan fitnah (kerosakan) maka akan kami tolak.”

Banyak projek bersama  rakyat yang dianjurkan Nabi SAW. Antara projek kreatif lain ialah keterlibatan Baginda SAW bersama para sahabat dalam membina masjid pertama lewat penghijrahan ke kota Madinah. Sambil memikul kayu dan batu untuk bahan binaan, mereka berhibur dengan mendendangkan syair:

“Ya Allah, tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat

Maka ampunilah kaum Ansar dan Muhajirin.”

Motivasi bekerja mereka meningkat tinggi dan berkobar-kobar apabila Rasulullah SAW sendiri sebagai pemimpin turun bersama mereka. Bekerja bersama seiring, sejalan tanpa meminta untuk diistimewakan. Tiada karpet merah, tiada kilauan emas menyambutnya, dan tiada protokol membebankan rakyat.

Mereka lantas berkata:

“Jika kita duduk, sedangkan Rasulullah bekerja

itu sungguh perbuatan kita yang menyesatkan.”

Secara tidak langsung, aktiviti bersama ini mampu menghasilkan bibit-bibit ukhuwwah yang sukar digambarkan pandangan kedua-dua mata. Hati yang menilainya.

BERSAMA KREW AL-FITYAN

Langkah bijak para pengendali program mesyuarat dan Gathering al-Fityan iaitu majalah komik mahasiswa mahasiswi Mesir mengadakan perjumpaan sela-seli aktiviti santai harus dipuji.

“Al-Fityan antara organisasi aktif bawah PMRAM.” Kata Ustazah Akma selaku wakil HEWI PMRAM.

Saya selaku krew baru yang masih mentah dalam arena kartun dan grafik bersyukur kerana dengan adanya program sebegitu ia menghadirkan rasa ukhuwwah – secara tidak langsung. Jujurnya, saya langsung tidak mengenali mereka di alam realiti sebelum ini. Hanya berhubung menerusi aplikasi maya. Namun dipertemukan dalam suatu majlis ringkas, tetapi bermakna.

Sewajarnya, projek-projek kreatif sebegini harus diteruskan ke semua organisasi, bukan sahaja diperingkat organisasi bawahan tetapi turut melibatkan orang atasan. Dan ini tentunya mengundang pahala besar – sunnah Rasulullah SAW, dan mampu memacu panji Islam ke puncak kegemilangannya kembali.

Justeru, kreatifkan minda, untuk keutuhan ukhuwwah.

8.00PM, 15 Julai 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Mari Sebarkan Salam Sebelum Berperang
Subuh di musim saifi tidak seperti subuh-subuh biasa. Keringat muda mampu mengalir deras bagai tersimbah pijar sang mentari. Barangkali bahang di siang hari terperangkap di sebalik celahan batu bata bangunan. Lalu malamnya tetap saja melempiaskan hawa panas di awangan.

Jika tidak dibuai rasa culas, maka kaki ini pasti segera melejit ke kedai roti yang beroperasi 24 jam sehari tanpa henti. Kedai itu letaknya berdekatan simpang tiga menuju ke perhentian bas Siberbay.

Usai menyarung sepatu di hadapan masjid Sidi Khattab, saya terus menuju ke kedai itu seorang diri. Jalan raya masih sunyi. Kedai-kedai kebanyakkannya masih rapat berkunci.

“Beli roti gibnah dengan barsumat pun ok.” Fikir saya. Kaki pantas bergerak. Tidak terlalu perlahan, sementelahan suasana pagi begitu hening dan menyeramkan. Bukan seram pada makhluk halus yang ligat bergentayangan. Tetapi seram pada manusia yang melepak di kaki lima binaan.

Siberbay memang terkenal dengan jenayah. Cuma akhir-akhir ini saja kelihatan sedikit terjaga – bila pasukan keselamatan kerapkali berkawal. Siap membawa senapang patah di sisi.

Pernah suatu pagi, sewaktu menuju ke kedai roti itulah saya berselisih dengan seorang remaja warga tempatan. Wajahnya bersahaja. Tembakan matanya begitu tajam memandang saya. Saya tidak mengendahkan. Sehinggalah ketika saya berpatah balik untuk kembali ke kediaman, sekali lagi saya terserempak. Dia menyekat perjalanan saya.

“Fi mahmul??” (Ada handphone?) Tanya remaja itu sambil menghadang pergerakan saya.

“Laa!!” Saya membelok ke kanan dan terus melangkah laju meninggalkannya.

MENYEBARKAN SALAM

“Wa’alaikummussalam.” Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki tua menjawab salam di sebelah saya.

Tergugah khayal sebentar. Lenyap dimamah suara lelaki tua berjubah coklat kelabu.

“Err Assalamualaikum..” Cepat-cepat saya memberi salam.

“Ull Assalamualaikum, wa Wa’alaikummussalam.” (Kata Assalamualaikum dan jawab Walalaikummussalam) Ajarnya kepada saya.

“Meshi..” (OK) Jawab saya berbaur sedikit rasa segan. Lelaki tua itu meninggalkan saya bersama penjual roti. Susuk tubuhnya hilang dicelahan zulmat subuh.

Saya terus meninggalkan kedai roti itu selepas membeli roti gibnah dan barsumat. Pesanannya masih terngiang-ngiang di cepu minda. Bukan sengaja saya mahu melupakan salam, tetapi pagi itu saya terlupa. Barangkali terkhayal memikirkan pelbagai masalah semasa ditambah pula ketukan gendang perang semakin mendekat.

Terima kasih wahai lelaki tua kerana mengingatkan.

SALAM SIMBOL PERPADUAN

Daripada Huzaifah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya seseorang mukmin apabila bertemu dengan orang mukmin yang lain, lalu dia memberi salam kepadanya dan memegang tangannya untuk bersalaman, maka berguguranlah dosa-dosa mereka sebagaimana bergugurannya daun-daun dari pokok.” (Riwayat at-Tabarani)

Berapa ramai yang  mengamalkan amalan memberi salam sesama muslim walaupun tidak mengenalinya?

Saya rasa tidak ramai. Barangkali jika ada yang gemar memberi salam mungkin yang mahu menjawabnya segan-segan. Malu mahu menjawab salam. Berat untuk menuturkan walau sekelumit perkataan, inikan mahu menjawabnya secara panjang lebar. Mengumpat mengeji berjam-jam tak mengapa. Bahkan menjadi hobi idaman pula.

Sedangkan memberi salam itu mampu menguatkan ukhuwwah, mampu membina perpaduan. Nah, inilah perkara kecil yang kita sering lupakan.

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kami saling berkasih-sayang. Hendakkah kamu aku tunjukkan sesuatu perkara, apabila kamu melakukannya akan saling mengasihi? Sebarkan salam antara kalangan kamu.” (Riwayat Muslim)

Simbol permuafakan kecil ini sudah terbarai, bagaimana mahu bersatu secara besar-besaran menentang zionis Israel atau kelompok Kuffar? Mari sebarkan SALAM sebelum BERPERANG!

2:21PM, 3 Jun 2010,

Siberbay, Tanta.

Yang Dikatakan Wanita Bertabarruj
“Jangan kamu bertabarruj seperti orang-orang Jahiliyyah.” Begitulah bunyi status yang saya pamerkan beberapa hari yang lepas. Kata-kata ini saya petik dari ayat al-Quran berbunyi:

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah zaman dahulu.” (al-Ahzab: 33)

Pada sangkaan saya perkara ini sudah ramai yang mengerti dan faham akan maksud ‘tabarruj’ (berhias-hias). Rupa-rupanya tindak balas berlaku adalah sebaliknya. Kekeliruan ini menyebabkan ada di kalangan mereka menginginkan agar saya menulis artikel mengenai tabarruj.

“Bagaimana yang dikatakan sehingga ‘bertabarruj’ seperti orang jahiliyyah.. mohon penjelasan ya ustaz?” Tanya seseorang komentator.

Perkara ini bukan perkara baru. Sewaktu era 60-an 70-an kaum hawa di dalam masyarakat Islam Malaysia ketika itu kebanyakkannya tidak mengenakan tudung di kepala. Namun begitu, trend ini beransur hilang bila menginjak ke tahun 80-an dan 90-an. Alhamdulillah, perkembangan positif ini menunjukkan kesedaran Islam semakin menular dengan cergasnya.

Apabila gaya muslimah bertudung ini mendapat tempat dihati-hati wanita Islam Malaysia, muncul pula revolusi baru hasil ledakan budaya hedonisme, feminisme dan kesan globalisasi. Imej bertudung tidak lagi disesuaikan dengan baju kurung atau jubah, tetapi ianya diubah suai kepada trend yang lebih mengejutkan.

GAYA YANG DIKATAKAN MODEN

Saya tidak tahu apakah trend ini kesan dari budaya Bollywood yang gemar memakai baju ketat dan sendat dipadankan dengan skirt singkat atau kerana penangan Hollywood yang rata-rata para artisnya gemar berbogel.

Realitinya, memang perkara ini dirancangkan. Artis-artis sengaja dibiarkan berbogel, kerana ini adalah jarum suntikan paling mujarab untuk mengikis tatacara pemakaian islamik dikalangan muslimin dan muslimah. Buktinya, kita boleh melihat bagaimana trend anak muda remaja kerapkali meniru gaya artis.

Jika artis itu berambut perang, mereka juga sama, jika artis itu melakukan ini dan itu, serta merta ianya menjadi role-model. Tanpa halangan.

Era-era 90-an menyaksikan perubahan mendadak itu. Pemakaian tudung bersama baju sendat menampakkan bentuk tubuh, nipis, singkat lengan sehingga menampakkan bahu, terjojol pusat, menampakkan lurah yang tidak sepatutnya pantas diamalkan.

“Kami dah menutup aurat, kami dah bertudung.” Itu kata mereka.

Benarkah pengakuan berani itu?

Tidak. Bertudung tetapi di bawahnya terbuka bukanlah dikatakan menutup aurat. Mari lihat pembahagiannya:

Aurat muslimah dengan lelaki (lelaki yang berakal dan merdeka walaupun lelaki tua yang tak mampu bersetubuh dan ponda) bukan mahram adalah seluruh tubuh muslimah itu samaada telah baligh ataupun belum baligh (kanak-kanak yang boleh merangsang syahwat walaupun belum baligh) adalah termasuk aurat kecuali tapak tangan.

Aurat muslimah dengan lelaki yang mahram adalah bahagian antara pusat dan lutut (dengan syarat aman dari fitnah).

Ini berdasarkan dalil daripada firman Allah SWT bermaksud:

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

Maksud ayat di atas yang menyebut “yang zahir daripadanya” adalah bererti muka dan tapak tangan. Ini bersesuaian dengan hadis darpada Saidatina Aisyah r.a bermaksud:

“Sesungguhnya Asma’ telah memasuki (rumah) Rasulullah SAW dan pada badannya, pakaian nipis, maka baginda memalingkan mukanya daripadanya, kemudian bersabda: “Wanita yang sudah mencapai haid (baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil (Rasulullah SAW) menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud.)

Rumusannya begini:

Menutup kawasan aurat (selain muka dan tapak tangan).

Tidak menampakkan kulit bermula dari kawasan pergelangan tangan sehinggalah ke hujung kaki.

Tidak menampakkan bentuk tubuh (berpakaian ketat dan nipis).

Setelah jelas di manakah sempadan penutupan aurat, barulah perbahasan boleh dilanjutkan kepada kefahaman mengenai tabarruj. Kerana maksud tabarruj itu mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan masalah aurat. Pemahaman daerah aurat akan memudahkan kefahaman kita mengenai definisi tabarruj.

DEFINASI TABARRUJ

Sebelum ini telah saya jelaskan apa yang dimaksudkan dengan tabarruj. Namun begitu, suka untuk saya bawakan kembali definasi tersebut bagi melengkapkan penulisan artikel ini. Perbahasan ini saya kutip daripada bedah buku ‘Dosa Berhias (Tabarruj): Bagaimana Mengenalinya dan Menghindarinya”.

Menampakkan kecantikkannya pada lelaki bukan mahram.

Menampakkan kecantikan termasuk mempamerkan keelokan bahagian-bahagian tubuh mengghairahkan spt pinggul, lengan, betis, dada, leher dan wajah.

Menampakkan kecantikan dan menonjolkan keelokan wajah dan tubuh badan dan fitnah kedua-duanya.

Imam Bukhari mengatakan tabarruj adalah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya.

Konsep tabarruj ialah melibatkan segala bentuk benda untuk bertujuan perhiasan. Ia terbahagi kepada dua:

Perhiasan semulajadi. Ianya merangkumi segala kecantikan semulajadi – hidung mancung, kulit putih gebu, rambut ikal mayang dan bentuk badan yang menarik.

Perhiasan buatan. Ia termasuklah pakaian yang mendedah aurat, mewarna rambut dan kuku, berwangi-wangian, mengenakan celak dan solekan, bertatu, bertindik, menggunakan barang-barang kemas asli dan tiruan (termasuk dosa riak dan takabbur), menggunakan alat palsu seperti rmbut palsu dan kuku palsu, mencukur dan melukis kening.

Kesemua perbuatan di atas adalah menyerupai perbuatan golongan kafir yang sengaja dipopularkan oleh media tempatan dan barat. Ianya mengandungi senjata yang berbahaya dan fitnah tidak kurang hebatnya samaada terkena atas wanita itu sendiri mahupun manusia yang melihat gelagatnya. Malah akan menyuburkan gejala zina berterusan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Perumpamaan perempuan yang memperagakan perhiasannya kepada bukan ahli keluarganya adalah seperti kegelapan Hari Kiamat, tidak ada cahaya baginya.”

Manakala dalam riwayat lain pula Rasulullah SAW bersabda:

“Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian, kemudian dia keluar menemui kaumnya (sekumpulan orang) dengan maksud supaya mereka dapat mencium bau wanginya, maka perempuan tersebut adalah penzina.”

Jelasnya, bertabarruj dan berhias berdasarkan pendapat Abul A’la al-Maududi, seandainya ia melibatkan lelaki bukan mahram bersama maka hukumnya adalah HARAM menurut al-Quran, Hadis dan Ijma’ Ulama’. Dengan kata lain, apa jua alasannya lelaki bukan mahram tidak boleh melihat rambut, tubuh badan dan perhiasannya.

Saya tertarik pada suatu komentar berbunyi begini:

“Sekarang ini banyak pakaian yang menggunakan tagline ‘busana muslimah’ tetapi masih menampakkan bentuk badan seperti pinggang dan dada, bertali pinggang, dengan warna-warna menarik, jika jubah-jubah – bersulaman, manik-manik dan batu-batuan pula. Ada pula wanita berpendapat, pakaian-pakaian sebegini dan mekap pada wajah bukan bertujuan menarik perhatian lelaki, tetapi sekadar memberi confident pada diri sendiri dan kelihatan professional apabila berhadapan dengan orang ramai dalam kerjaya-kerjaya tertentu mereka. Antara hujah mereka, ‘jangan sampai agama lain memandang muslimah itu berimej muram, selekeh, tak bergaya dan sebagainya, kerana itu akan memburukkan imej Islam juga’. Boleh ustaz berikan pendapat?”

Perkara ini adalah salah satu hujjah membenarkan tabarruj dilakukan. Masalah bergaya kerana takut dipandang hina oleh non-muslim seringkali digunapakai golongan yang memperjuangkan feminisme dan orientalis barat. Pernah suatu ketika Mustafa Kamal Attartuk juga mengguna pakai hujjah yang sama. Umat Islam hendaklah membuang pakaian Islam dan wajib mengenakan pakaian yang terdedah aurat seiring barat agar lebih maju ke hadapan.

Natijahnya, seluruh umat Islam mengutuk  kerana perbuatan mensekularkan daulah Uthmaniyyah itu. Gelaran ‘laknatullah’ tetap saja terpundak ke atasnya sehingga kini. Bahkan bumi pula tidak menerima jasadnya! Nauzubillahhiminzalik.

Mengikut logik akal juga, adalah  pelik mereka mengatakan itu pakaian moden. Walhal telah nyata bahawa al-Quran menyebut bahawa perilaku dan berpakaian seperti itu adalah seperti golongan Jahiliyyah. Nah, Islamkan hadir selepas berlakunya era kegelapan di zaman Jahiliyyah?

Lihat juga bagaimana masyarakat pra-sejarah yang primitif mengamalkan kehidupan liar dan ganas, malah memakan pula sesama manusia (cannibal). Justeru, kita akan dapati bahaya corak pemakaian mereka adalah sama sebagaimana yang diamalkan masyarakat moden kini. Gemar berbogel dan mengamalkan seks bebas. Apakah ciri-ciri ini yang mahu muslimah ikuti dan teladani?

Tamadun barat dan Islam itu sendiri sudah membezakan perlakuan ini. Di barat masyarakatnya menganggap bahawa bertelanjang itu adalah suatu kesenian. Kesenian yang langsung tak masuk akal dan bersalahan dengan kesenian Islam.

FAEDAH DITOLAK KE TEPI, RUGI YANG DICARI

“Enta tengok laki arab, kalau nampak saja perempuan arab yang seksi dan cantik tengah bawa kereta pun boleh hilang kawalan..” Kata saya kepada Lokman di suatu malam. Lokman hanya tersenyum mendengarnya.

Bahaya dan tersangat bahaya. Itulah yang mampu saya katakan. Bahaya itu bukan sahaja di dunia, bahkan merentasi ke sempadan alam lain pula. Mahukah kita merana selama-lamanya kerana sedetik perlakuan yang merugikan itu?

Sebelum mengakhiri penulisan ini, saya mahu bawakan secebis kata-kata yang dipetik daripada kisah benar. Ianya dialami oleh seorang model, pelakon, pelatih fitness (kesihatan) bernama Sara Bokker. Hidupnya ketika itu penuh dengan kemewahan dan glamor tetapi akhirnya dibukakan pintu hidayah lalu melafazkan kalimah syahadah. Ikuti kisahnya:

“Selepas memeluk Islam, Sara terus menukar penampilannya secara holistik. Semalam beliau melalui kawansan perumahannya dengan berpakaian menjolok mata dan elegan, hari ini Sara melalui jalan yang sama dengan berbusana Muslimah. Menurutnya, dia merasakan dirinya benar-benar seorang wanita dengan berbusana Muslimah dan dia juga merasa bebas kerana tidak perlu berbelanja besar menghias diri. Bahkan bukan sahaja berbusana lengkap sebagai Muslimah, dia juga mengenakan niqab walaupun tahu pemakaian niqab tidak wajib.” Petikan Majalah Solusi 12

Subhanallah! Allah, Allah, Allah!

Rujukan:

Tabarruj Dosa Berhias: Bagaimana Mengenalinya dan Menghindarinya, Hj Mohd Hanif Hj Ismail. Terbitan PMRAM.

10.33AM, 24 Februari 2010,

Siberbay, Tanta.