“Jangan kamu bertabarruj seperti orang-orang Jahiliyyah.” Begitulah bunyi status yang saya pamerkan beberapa hari yang lepas. Kata-kata ini saya petik dari ayat al-Quran berbunyi:
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah zaman dahulu.” (al-Ahzab: 33)
Pada sangkaan saya perkara ini sudah ramai yang mengerti dan faham akan maksud ‘tabarruj’ (berhias-hias). Rupa-rupanya tindak balas berlaku adalah sebaliknya. Kekeliruan ini menyebabkan ada di kalangan mereka menginginkan agar saya menulis artikel mengenai tabarruj.
“Bagaimana yang dikatakan sehingga ‘bertabarruj’ seperti orang jahiliyyah.. mohon penjelasan ya ustaz?” Tanya seseorang komentator.
Perkara ini bukan perkara baru. Sewaktu era 60-an 70-an kaum hawa di dalam masyarakat Islam Malaysia ketika itu kebanyakkannya tidak mengenakan tudung di kepala. Namun begitu, trend ini beransur hilang bila menginjak ke tahun 80-an dan 90-an. Alhamdulillah, perkembangan positif ini menunjukkan kesedaran Islam semakin menular dengan cergasnya.
Continue Reading
Anak nakal.
Anak degil tak dengar kata.
Anak yang terjebak dengan kebejatan sosial.
Anak ‘ketegaq’ atau ‘nana’ – dialek kedah.
“Ish, si fulan itu curi motor aku semalam.. tak serik-serik dengan kelakunya.” Rungut seorang lelaki sambil mencekak pinggang menahan amarah.
“Anak siapa?” Tanya rakannya.
“Anak si fulan itulah. Bapak dengan anak sama, si bapa kaki botol, main judi, kaki perempuan!” Sambutnya dengan nada yang sedikit tinggi. Marah bukan kepalang lagi.
“Patutlah, bapak borek, anak rintikkan?”
Kesemua perilaku anak-anak, samaada degil, nakal, buas, keras kepala, benak dan ‘ketegaq’ sememangnya menjadi igauan ngeri buat para ibu bapa penjaga mahu pun masyarakat sekitarnya. Amat pelik jika ada ibu bapa penjaga mengatakan bahawa mereka gembira mendapat anak-anak yang degil dan bersangatan jahatnya. Itu bererti dia mengiyakan kejahatan anaknya jika mengukir rasa gembira.
Continue Reading
Posted on 12-02-2010 | By: Farid Rashidi |
Category : Akhlak, Fakta Umum, Mutiara Hadis, Pemberitahuan, Suhuf Sejarah, Tazkirah, Uncategorized, Wacana Ilmiah
Tags: Al-Azhar, Amerika Syarikat dan Iraq, Cordava dan Granada, Daulah Andalusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, Jepun di tanah melayu, Khalifah Abu Bakr as-Siddiq, Mesir, Orang murtad, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, Rancangan La Politique Musulmane De Bonaparte, Tentera Salib
‘ORANG DALAM’ DI ZAMAN KHALIFAH PERTAMA
Ketika bergelodak jiwa dan suasana umat saat perginya Habibil Mustafa Muhammad Rasulullah SAW, maka bangkitlah Khalifah dunia Islam pertama – Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Kecelaruan dan kebingungan manusia menjadi-jadi. Gejala murtad terus-terus meletus di sana sini.
Bergempita alam menanggung kesedihan pemergian kekasih Allah SWT.
Puak-puak riddah ini sengaja menonjolkan diri dengan melakukan penentangan terbuka kepada Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Antaranya ialah Musailamah Ibn Habib atau lebih dikenali dengan gelaran tersohornya Musailamah al-Kazzab – si pengkhianat mengaku Nabi. Walhal pada asalnya, beliau adalah salah seorang lelaki dari kalangan suku Bani Hanifah yang telah memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW.
Namun selepas itu beliau menjadi dalang kepada sebuah pemberontakkan dan akhirnya membawa pengikutnya yang murtad melawan pejuang Islam di zaman Khalifah Abu Bakr as-Siddiq. Penangan orang dalam itu tidak lama – beliau di bunuh oleh salah seorang pejuang Islam bernama Wahsyi (Wahsyi ketika zaman jahiliyyah pernah membunuh Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib r.a dengan lembingnya).
Continue Reading
“Hari tu ada seorang akhawat kita naik bas kat Kaherah, lepas tu ada laki arab mark dia.. Tiba-tiba waktu nak ganggu tu tersilap target, terkena kepada seorang ustaz melayu yang kebetulan ada dalam bas tu..” Cerita Sulaiman membuatkan kami rasa geli hati.
Saya tersenyum. Zuhdi dan Ibrahim turut mendengar bersama.
“Kawan ana hari masa nak mai Tanta, dia naik bas lepas tu berhimpit-himpitlah.. Kebetulan ada Makcik arab nak dekatnya, waktu lalu dia tak pusingkan badan mengadap tempat lain, jadi bergeserlah. Makcik tadi langsung marah dia sampai malu, satu bas dengaq!..” Sulaiman menambah lagi, ceritanya membuatkan kami tak mampu menahan ketawa.
Astaghfirullahal Azim.
Sememangnya wanita Mesir sifatnya mudah berang terutamanya jika melibatkan soal gangguan seksual. Saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri seorang wanita Mesir menengking lelaki yang tidak sengaja tersentuh kepalanya.
Namun, ada sesuatu yang lebih merunsingkan saya berbanding cerita itu.
Continue Reading
Posted on 12-07-2009 | By: Farid Rashidi |
Category : Akhlak, Suhuf Sejarah, Tazkirah
Tags: Aurat, Maksiat, Malu, Saidina Ali
Menurut Sirah, Saidina Ali Karramallahuwajhah tidak pernah melihat auratnya sendiri, apatah lagi melihat aurat manusia lain. Diriwayatkan dalam sebuah kisah ketika peperangan Uhud, sebagaimana tradisi peperangan dahulu mereka akan berlawan secara berdepan. Biasanya akan dimulai dengan perlawanan satu lawan satu di antara panglima kedua-dua belah pihak.
Maka dalam peperangan Uhud itu, pihak musuh telah menghantar wakilnya Talhah bin Uthman sebagai panglima yang akan mara kehadapan. Mankala pihak Islam pula diwakili oleh Sadina Ali KWH. Di awal perlawanan panglima kafir Quraisy telah mencabar tentera Islam.
“Wahai pengikut-pengikut Muhammad, kamu mendakwa bahawa pedang kamu akan membawa kami semua ke neraka, manakala pedang kami akan membawa kamu ke syurga. Adakah ada dari kalangan kamu yang mahu mencabar aku sehingga pedangku ini akan membawanya ke syurga atau pedangnya yang akan membawa aku ke neraka?!” Laung panglima itu.
Tanpa berlengah Saidina Ali KWH dengan berani menyahut cabaran itu.
Continue Reading
Posted on 25-06-2009 | By: Farid Rashidi |
Category : Akhlak, Mutiara Hadis, Tazkirah
Tags: Kasih sayang, Kritik, Rosak
“Apa sudah jadilah dengan masyarakat kita ni…rosak punah masyarakat!” Marah Zaid berapi-api.
“Kenapa ni Zaid? sabar, tak baik kau menuduh dan menuding jari begitu..” Izhar cuba menenangkan emosi sahabatnya.
“Ahh, masyarakat kita sudah punahla..dengan gejala dadah, rasuah, zina dan macam-macam lagi! apa nak jadi ni? B*****g betullah!!” Terhambur rasa yang membuak-buak di dada Zaid.
“Kau tahu Zaid, kalau tuduh begitu nanti empat jari kembali kepada diri. Satu jari ke hadapan..” Jawab Izhar mengguna pakai alasan biasa.
Sesekali pandang pada perbualan di atas seperti tiada apa yang berlaku.
Dua kali pandang terdapat beberapa point yang boleh kita kutip bersama.
Dikata Rosak Pada Mereka Atau Kita?
Jikalau anda seorang yang kuat mengkritik pada suatu kemungkaran, ternyata pasti ada yang melenting dan menghukum. Menghukum bahawa sering menuding jari pada sebuah kerosakan dengan lantang tanpa menyelidiki apa yang berlaku. Atau dengan kata mudahnya, tidak menyelami masalah.
Continue Reading
Posted on 06-06-2009 | By: Farid Rashidi |
Category : Akhlak, Wacana Ilmiah
Tags: Fikir, Syukur
Contoh Pertama
“Mat Jenin, tadi masa naik bas ana kena seluk saku. Habis lesap LE500…sedihla, orang tua baru je masukkan duit” Luah Meon.
“Nampak sangat manusia masih tak memahami erti hak sesama muslim.” Tambahnya lagi.
“Ish enta ni Meon, sepatutnya enta kena bersyukurlah. Enta nasib baik lagi hilang LE500, ada yang hilang berjuta-juta ringgit rilex aje..takkan tu pun nak sedihkan.” Jawab Mat Jenin bersahaja tanpa berfikir hujung makna.
Contoh Kedua
“Rumah ana kena dimasuki pencuri semalam..handset, duit semua hilang!” Terang Khaleed sambil menahan sedih.
“Lihatlah bagaimana jika Islam tidak dipraktikkan dalam kehidupan..bukankah Nabi SAW berpesan haram berbunuhan sesama muslim, mengambil harta ke atas muslim yang lain dan maruahnya?” Khaleed menyuarakan isi hati agar sahabatnya mengerti. Continue Reading
Posted on 04-06-2009 | By: Farid Rashidi |
Category : Akhlak, Diari Penulis, Tazkirah
Tags: Kaca mata, Mentaliti
“Jadual ta’yin dah keluar, jom pi tengok tarikhnya.” Sapa Husni Mubarak usai keluar dewan menjawab soalan madah Fiqh Muqaran.
Tertera tarikh 24 Jun 2009 dalam senarai jadual yang tertempek di cermin tingkap kuliah.
“Boleh teman pi Medan Sa’ah sat?” Saya mengajaknya ke Medan Sa’ah. Salah satu nama tempat yang terletak di Bandar Tanta.
“Boleh..”
“Nampaknya kita kena berhimpit dalam baslah tengah-tengahari ni..” Kata saya apabila muncul sebuah bas berwarna biru lembut.
Kami terus melompat naik ke dalam bas yang sesak. Rempuhan demi rempuhan adalah sesuatu yang biasa. Continue Reading
Posted on 31-10-2008 | By: Farid Rashidi |
Category : Akhlak, Diari Penulis, Tazkirah
Tags: Egois, Lelaki, Wanita
Seketika melalui lorong-lorong di sebalik rumah-rumah batu bertingkat itu seringkali mendengar perbalahan berlaku di kalangan masyarakat Mesir. Saamada sebesar-besar masalah ataupun sekecil-kecil masalah harus diperdebatkan. Baik lelaki mahupun perempuan. Kedua-duanya mempunyai persamaan sikap ‘hot temper’ nya. Mahu menang tidak mahu mengalah walau diri memang bersalah. Tegar dan tegas sekali pendiriannya.
Teringat lagi beberapa waktu yang lalu, sedang saya berbual bersama rakan di rumah. Kedengaran bunyi bising hiruk pikuk dengan suara volume tahap tinggi. Suara bergalau itu datangnya dari bawah rumah. Saya dapat mengagak, jika begitu bunyi sudah tentu ada perbalahannya. Kami cuba jenguk ke bawah memandangkan rumah kami di tingkat atas. Kalau gambaran kasarnya seperti rumah flat meninggi.
Bagi kami, lebih ma’ruf dengan panggilan ‘Imarah Melayu’ di sini ( Imarah ialah sebuah bangunan ). Sangkaan saya tidak meleset, sememangnya berlaku pertengkaran. Masya’Allah, bukan sahaja lelaki wanita juga sama tinggi suaranya. Sekali pandang seperti peperangan dunia ketiga sudah hampir berlaku.
Jika tidak silap sumbernya, pergaduhan itu bukanlah kerana berebut wilayah, tanah atau juga berebut suami isteri tetapi hanyalah kerana sedikit salah faham yang tidak sampai hati untuk saya tulis di sini. Itu salah satu kes dalam seribu kes saya alami.