Header image

Ustaz Azhar Idrus Difitnah?

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa

Pertama kali saya dengar ceramahnya lewat rakaman video ketika berada di tahun akhir Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sekitar tahun 2006. Ketika itu, Ustaz Azhar Idrus tidak seperti sekarang. Dengan kata lain, beliau tidak semasyhur sekarang hingga mempunyai pendengar dan pengikut ribuan orang.

Pendengarnya hanya sekitar masjid dan surau daerah Kuala Terengganu dan sekitarnya. Trade mark yang selalu diulangi beliau dari dulu hingga sekarang adalah ‘JKKK’, ‘Tok Imam, ‘Tok Bilal’ dan banyak lagi. Beliau terkenal dengan penyampaian ceramah dalam loghat Terengganu yang berunsur humor, lawak disamping taburan ilmu fiqh yang diberikan.

Antara kelebihan beliau yang menonjol ialah pantas dan spontan menjawab persoalan yang diutarakan baik berkisar hal ehwal semasa, fiqh, aqidah ataupun politik. Ini kelebihan beliau.

Tempias Fitnah

Setiap pendakwah tidak terlepas daripada ujian dan dugaan. Lebih-lebih lagi jika kita memperkatakan sesuatu yang benar lagi haq, pastinya pembawa kemungkaran akan panas punggung bagai cacing kepanasan. Setiap inci dan jihat akan sedaya-upaya dipenuhi dengan cacian dan fitnah. Dengan adanya tentangan, ini bererti mesej dakwah kita sudah sampai ke cuping telinga ummah.

Bahkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah banyak ditimpa tohmahan dan caci maki dari puak-puak kafir dan munafiqin. Baginda SAW dilempar najis, ditabur duri, difitnah, dicerca, diberi tekanan, dan diterima ugutan bunuh. Namun, kuasa Allah SWT lebih besar dari segala-galanya. Allah SWT tetap bersama-sama orang yang sabar dan tabah membawa panji kebenaran.

Ingatlah, tiada satu pun kebaikan itu tanpa ditentang kemungkaran. Lumrah.

Sebagai tanda sokongan saya, teruskanlah menebar sayap kebenaran andai Ustaz Azhar Idrus di pihak yang benar.

3:15PM, 8 Januari 2012,
Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

One Response



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge