Video klip tersebut telah tersebar di ruangan maya beberapa waktu yang lalu. Di dalamnya, terdapat adegan yang dilakonkan secara ‘sengaja’ oleh beberapa gadis melayu bertudung. Apabila bertudung, sudah tentu fikiran kita terfokus kepada Islam – kerana umum sedar, gadis bertudung adalah beragama Islam.
Video beberapa minit itu memaparkan beberapa gadis bertudung itu sedang duduk persis dikir barat dan menggoyangkan badan kemabukkan. Apa yang mendukacitakan, mereka mengalunkan pula zikir-zikir berselang-seli gelak tawa. Itu pucanya. Ternyata, sebaran video itu mendapat cemuhan dan kritikan yang berganda-ganda dari kalangan komentator.
Ada yang memaki dengan penuh perasaan, mengutuk bersama emosi dan pelbagai rasa ketidakpuasan hati lainnya. Tak terlepas juga, ada komentator yang bertindak sebagai pengadil yakni lebih bersifat pertengahan.
BILA ROH ISLAMI TERHAKIS
Saya percaya, pelakon-pelakon yang beraksi selama 1:23 minit mengalunkan zikir sambil terkinja-kinja itu menganggap perbuatan mereka adalah sekadar gurauan semata-mata. Barangkali dengan gurauan ala skeptikal atau sarkastik tersebut mampu membuatkan penonton terhibur dengan aksi mereka, walaupun ia mungkin mengguris hati umat Islam yang lain.
Benar, Islam tidak melarang umatnya untuk bergurau senda. Namun begitu, dalam senda gurau tersebut haruslah dipagari oleh sempadan agama. Sempadan agama di sini bukan bermaksud memijak agama, tetapi mengikut lunas dan nilai murni yang dianjurkan agama. Tetapi jika umat tidak menghadami apakah itu nilai-nilai sempadan agama, maka lebih mudah untuk terjerumus ke lembah kesyirikan atau khurafat.
Seandainya mereka yang menyanyi itu mengerti maksud di sebalik dendangan zikir taubat itu, pasti hati mereka menjadi kecut, lalu seluruh jiwa bergetar hebat akibat rasa takut pada Allah Ta’ala. Malah, mereka sama sekali tidak berani untuk mencetuskan kontroversi melibatkan soal agama di khalayak kerana pakaian iman dan takwa membaluti jiwa dan raga mereka.
حسبي ربي جل الله ما في القلب غير الله
Tuhanku sudah cukup bagiku - kemuliaan bagi Allah Ta’ala,tidak ada dalam hatiku kecuali Allah.
Dewasa ini, kita dapati golongan-golongan yang skeptikal pada agama Islam bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ini tidak termasuk mereka-mereka yang ternyata kafir, dan menghina Islam. Jika dicampur tolak, mereka yang tinggal untuk mempertahankan Islam hanya segelintir cuma. Maka, tugas untuk menyedar dan mempertahankan Islam semakin berat untuk dipikul. Dan akhirnya, mereka yang menjunjung agama Allah ini seperti menggenggam bara api.
Kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi, sesungguhnya para pemerintah yang mengaku muslim juga seringkali bertindak sebagai penyubur budaya sarkastik (Baca: Memperolokkan agama secara diam atau terang). Maka, bila roh islami ini tercabut dari kalangan pemerintah, sudah pasti rakyat marhaen juga turut terkena tempiasnya. Ditambah pula dengan kejahilan yang membelenggu, sudah tentu bertambah parah masyarakat.
Berbalik kepada isu gadis melayu bertudung tadi. Secara peribadinya, saya berharap semoga si pelakon itu insaf dengan sebenar-benar insaf. Perbuatan merakam, melakukan aksi sedemikian rupa bukanlah suatu perbuatan yang indah. Bahkan ia menghakis rasa malu dan maruah diri. Sedangkan, malu itu adalah perisai bagi seorang wanita Islam. Ia diumpakan berlian yang tinggi nilainya. Jika hilang rasa malu, tiada apa lagi yang harus dipertahankan. Terdapat sebuah hadis berbunyi:
Maksud hadis: Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu suka!”
Maksud hadis: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat seorang hamba selagi nafasnya tidak berada di halqum.” (Riwayat Imam Ahmad, Imam at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.)
Ingatlah, azab Allah itu lebih pedih walaupun gurau senda kamu memperolokkan agama hanya sedetik cuma.
Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011
_______________________________________________________________________
Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.
_______________________________________________________________________
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



Salam ustaz Farid. Saya belum berkesempatan lagi menonton video tersebut. Tapi dari cerita ustaz Farid, saya sendiri berasa malu mengenangkan adegan yang dilakukan oleh kaum saya sendiri…
aduhaii sahabat…..moga Allah membuka jalan kepadanya untuk insaf dan bertaubat….
Afida Anuar(Quote)
@Afida Anuar: Wa’alaikummussalam,
Tak payah tengok. Nanti bertambah rasa malu dan beremosi pula.
Cubalah usaha agar kaummu tak berbuat begitu lagi kelak. Berpesan-pesanlah pada kebenaran.
Farid Rashidi(Quote)
Salam Ustaz,
Malang sungguh tu, mungkin nak mempelbagaikan persembahan tapi agak keterlaluan dan mengundang kutukan org yg melihat. Itu yg sebenarnya kafir laknatullah ingin lihat terhakisnya keimanan org2 Islam khas nya golongan2 remaja yg mempersendakan agama nih.
Makin memudahkan kerja org2 kafir utk org2 Islam mengikut cara mereka. Mereka x heran jika kita memboikot makanan, barang2 keluaran mereka kerana mereka tahu tahap keimanan kita bagaimana.
hjhzae´s last [type] ..Di sini tanah tumpah darah ku!
hjhzae(Quote)
@hjhzae: Wa’alaikummussalam,
Nampaknya, orang-orang kafir tak perlu susah payah untuk menghentam Islam lagi. Iyalah, jentera di kalangan umat Islam sendiri yang menjahanamkan Islam dari dalam.
Makanan? Siapa yang menyediakan makanan kepada kita? Layakkah orang kafir membuat makanan untuk kita sedangkan ramuannya kita sendiri was-was?
Farid Rashidi(Quote)
Salam Ustaz.
Kak juga telah menonton video perbuatan yang memalukan ini. Inilah akibat kurang ilmu , belajar pengajian Islam setakat nak lulus dalam peperiksaan tanpa penghayatan.
werdah´s last [type] ..Rahsia Umur 60 Tahun
werdah(Quote)
@werdah: Salam,
Exam orientad yang langsung tak mendidik jiwa.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ya akhi..
Moga ustaz sihat hendaknya dan kita sudah berada di fasa terakhir Ramadhan…
Tudungnya hanya mampu menutup rambut bukan menutup akhlak dan adab mereka…
Abd Razak´s last [type] ..Satu Syawal
Abd Razak(Quote)
Apabila kamu tidak malu…buatlah apa yang kamu suka
muhammad fakhruddin´s last [type] ..Ramadhan Checklist
muhammad fakhruddin(Quote)
@muhammad fakhruddin: Sabda Baginda SAW ini saja sudah cukup berbekas dalam hati.
Farid Rashidi(Quote)
@Abd Razak: Wa’alaikummussalam,
Ya benar. Kita sudah hampir ke garisan penamat.
Sepatutnya tudung itu mampu menutup keseluruhannya. Bukan suku-suku, takut jadi 3 suku.
Farid Rashidi(Quote)
nak bergurau tak kena tempat.Persoalannya kenapa tiada diantara meraka yang berfikir waras ?Gurauan dan penghinaan perkara berbeza. Harap mereka insaf dan menjadikan kes ini suatu pengajaran kpd mereka untuk menjadi lebih matang.
ikan emas(Quote)
@ikan emas: Entahlah. Kadangkala semakin pelik, yang belajar tinggi itulah bertambah pelik. Moga-moga ada sinar dihujung muhasabah.
Farid Rashidi(Quote)
assalamualaikum ustaz, benarlah mereka yg melakukannya mmg cetek dari pemahaman agama. jd kenapa mereka boleh tidak faham akan agama? sedangkan mereka di lingkungi oleh suasana yg bercirikan islam? sebab suasana yg bercirikan islam itu hanyalah satu retorik! sekarang ramai yg bertudung tapi masih melakukan maksiat, mereka yg berpuasa tapi tidak solat berapa ramai…dan mereka yg ‘bernama’ islam tp masih tidak islam. siapakah yg sepatutnya mengambil peranan utk mewujudkan suasana bercirikan islam yg sebenar itu? dan pula…adakah bila dah diwujudkan suasana islam itu seperti byk dan indahnya masjid, seperti mengadakah tilawah quran, seperti menyiarkan secara langsung solat terawih maka kita sudah benar-benar mewujudkan suasana islam itu. pada saya itu hanyalah retorik…dan mungkin adalah tindakan hipokrit! kita tengok pembaca berita muslim tv yg mengucap ‘assalamualaikum’ tapi dia tidak bertudung…artis/pelakon yg mengucap ‘syukur alhamdulillah’ hanya kerana menang anugerah penyanyi terbaik…yg terbaik kerana dpt melekakan peminatnya dan macam-macam lagi. siapa atau pihak mana yg memberi kelulusan radio dan tempat terbuka awam menyiarkan lagu-lagu raya yang menenggelamkan suasana 10 akhir Ramadhan? siapa yg memegang kuasa’ tersebut? jd pada saya apa yg dilakukan oleh pelajar-pelajar perempuan yg mempersendakan zikir itu adalah sebenarnya memperlihatkan kepada kita tentang ‘mereka’ yg lebih ‘besar’ di belakang mereka yg telah terlebih dahulu mempersendakan bukan shj zikir malahan keseluruhan islam yg cantik ini….wallahualam
nahmy(Quote)
@nahmy: Wa’alaikummussalam,
Itu dinamakan sebagai pemisahan agama dalam kehidupan. Yakni mengamalkan Islam sekerat saja (Sekularisme). Cukur jambul, sunat, solat terawih, puasa – itu saja Islam. Yang lain? Itu suku.
“Bapa borek, anak rintik.”
Farid Rashidi(Quote)
saya cukup kecewa dengan masyarakat islam sekarang yg mana sedikit demi sedikit akidah mereka terpesong….apabila akidah itu sendiri terpesong maka nilai akhlak itu sendiri merudum jatuh bahkan tidak ada lagi rasa bersalah dalam diri..masyarakat kini sudah hilang kekeliruan..menghalalkan segala cara..nauzubillah..moga2 islam bangkit kembali…
bintu sgt comel´s last [type] ..Bila nikmat tak dihargai
bintu sgt comel(Quote)
@bintu sgt comel: Kekeliruan apa? Menghalalkan segala cara? Bagaimana jika cara itu sememangnya halal? :-”
Farid Rashidi(Quote)
menurur imam syahid hasan Al Banna..setelah manusia dikaburi dengan ketidakfahaman islam itu sendiri maka kekeliruan mereka semakin lama semakin hilang..antara yang hak dan batil…semuanya nampak betul di pandangan mereka..sedih..saya tidak kata cara yg halal…sekarang ni xhalal..hoho
bintu sgt comel´s last [type] ..Bila nikmat tak dihargai
bintu sgt comel(Quote)
Sy dh tgok. Mmg mcm budak bodoh je buat gitu. huhu. Rasany msti dorang dah menyesal punya..?xnak ucap selamat hari raya kat sy kerr
Husna(Quote)
@Husna: Moga-moga menyesal dan bertaubatlah secepat mungkin. Puasa tak habis lagi. Kejar Lailatul Qadar dulu baru raya.
Farid Rashidi(Quote)
salam
ana pernah melihatnya.Memanglah siapa yang tidak terguris.Zikir dipermainkan begitu sahaja.Astagfirullah…kalau tak kerana nafsu amaratu bisuu,memang nak kena orang yang mempermainkannya tu.
Takpelah, Allah itu Maha Adil.Tidak ada sesuatu benda yang Dia buat ni sia-sia.Mesti ada hikmah dan balasannya yang setimpal.
Sepatutnya,bila kita lihat benda-benda spt tu,kita balik kat diri kita semula.Mereka sepatutnya didakwahkan dengan cara yang betul dan bukan diaibkan.Salah kita mungkin,sebab orang yang sekurang-kurangnya diberi ilmu dan ‘jalan’ seperti kita ni tak beri pendedahan yang benar kepada mereka.
kasihan mereka.Bersyukurlah dengan segala kelebihan yang Allah beri buat kita,diberi panduan mengenalNya dan mengikuti syariatnya.Mereka?Mereka masih tidak kukuh akidahnya lantas boleh pula mempermainkan zikir sebegitu rupa.Kita patut bertindak.
Walau bagaimanapun,doakan mereka beroleh hidayah Allah.Bukan memberi keaiban.
Kalau melihat gadis-gadis itu,mereka kaum hawa,kaum yang sangat lemah,kaum yang sepatutnya diberi tunjuk ajar.Diberi dakwah yang sesuai.Kalau lihat pakaian pun,benda ni memang dah boleh agak terjadi.
Maka,sedarkah kita betapa ramai lagi orang yang seperti mereka di luar sana.Muslim atas nama warisan MUNGKIN tidak ada bezanya dengan mereka yang tidak pernah bersyahadat.Kerana apa?Kerana mereka masih tidak kenal Allah.
Salah kita,salah kita.
erma(Quote)
Bahkan dulu gadis2 jalang sengaja mengenakan tudung sebelum melakukan aksi lucah di kamera. An insult, and proud for nothing!
teruk dah syeikh budak2 ni.
Khairi´s last [type] ..Ada apa dengan HT-C453 Samsung Home Theater
Khairi(Quote)
rasa nak bagi pelempang jepun kat bdk2 pompuan yg bodoh macam tu…
ummu_fatimah(Quote)