Header image

Kata-kata Yang Baik Itu Juga Akhlaq

Posted by Farid Rashidi in Akhlak | Tazkirah

Tidak kira samaada wasilahnya lidah atau jari-jemari ia tetap diistilahkan sebagai berkata-kata. Kedua-duanya tetap bermula dari hati. Hati yang jernih, cenderung menuturkan kata-kata yang menyenangkan. Manakala hati yang dicemari simptom-simptom berunsur negatif, seringkali cenderung menuturkan bicara kesat dan menyesatkan.

Semoga kita dijauhkan daripada gejala-gejala tidak sihat itu.

Entah berapa juta kali sepanjang hidup kita jika dihitung secara kasar, kita terlibat dengan maksiat hati dan mulut ini. Baik kata-kata itu berupa kata nista, adu-domba, umpatan, kejian, makian, dusta dan sebagainya. Dan setiap kali dituturkan, ia laju bagai air deras dari hulu ke hilir. Tak tersekat lagi.

Empangan untuk menyekat aliran deras itu, tidak lain tidak bukan ialah AKHLAQ. Ilmu akhlaq ini bukan ilmu picisan yang boleh diperolehi di kaki lima jalan. Tidak. Bahkan ilmu (Juga digelar ilmu tasawuf) ini melibatkan pembentukan jiwa yang bening, perlakuan dan perbuatan mengikut acuan yang dipamerkan Baginda Rasulullah SAW. Akhlaq mulia ini punya arus elektrik yang mampu mengecas cahaya iman. Saling bergantungan dan memerlukan antara satu sama lain.

Hal ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobarani:

Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Seorang hamba tidak sampai kepada hakikat iman sehingga ia dapat menyimpan lidahnya.” Maksudnya menahan lidah daripada percakapan yang tidak ada kebaikan.

BERBICARALAH YANG BAIK ATAU DIAM

Justeru, sebagai seorang yang berstatus muslim, alangkah baiknya jika tutur kata dan buah bicaranya berlapikkan akhlaq Islami. Tidak rugi sesen pun wang ringgit, malah pahala pula yang diperolehi. Jika tidak, maka disyorkan agar berdiam diri saja. Dibimbangi jika kata-kata terpalit unsur-unsur tidak sihat. Lantas menatijahkan berlaku perselisihan antara satu sama lain. Sudahlah beroleh dosa, bertambah pula musuh tak semena-mena.

Ingat, di sebelah kita telah siap siaga pencatit amal baik dan dosa sejak azali lagi!

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazakannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Qaaf: 18)

Mahu melontar idea, dipersilakan – asalkan ia membawa manfaat kepada umum dan mampu menambah kredit kepada agama Islam khususnya, tidak ada siapapun melarang. Akan tetapi jangan ditinggalkan medium BERFIKIR. Berfikirlah beberapa saat sebelum berkata-kata, kerana terkadang idea yang mahu dikeluarkan sudah dikira bernas, cuma penyampaiannya agak menyimpang.

Bila keadaan itu berlaku, sudah tentu idea bernas itu sukar untuk disampaikan kepada audiens.

Daripada Abu Hurairah r.a, baginda Nabi SAW bersabda: “Seorang hamba berbicara dengan satu kalimah yang diredhai oleh Allah SWT dan dianggap remeh. Allah akan mengangkatnya dengan perkataan itu beberapa darjat. Dan seorang hamba berbicara dengan kalimah yang dianggap remeh yang dimurkai oleh Allah SWT, Allah SWT akan mencampakkan hamba ini ke neraka jahannam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)

BERCAKAP BILA PERLU

Terkadang ada juga jenis manusia yang terlebih pendiam, yakni segan untuk berkata-kata hatta demi menegakkan sebuah kebenaran. Dan perilaku sebegini tidaklah dituntut oleh Islam, kerana Islam menyarankan umatnya agar tidak berdiam diri apabila terlihat kemungkaran di depan mata.

Sesungguhnya, wajib bagi muslim untuk menegur perbuatan mungkar agar kesinambungan slogan ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ senantiasa terlaksana. Barangsiapa yang berdiam diri, (Baca: Tidak berbuat apa-apa walaupun membencinya dengan hati) nescaya ia dianggap bersekongkol dengan maksiat dan beroleh dosa. Moga-moga sifat ‘Syaitan Bisu’ ini tidak ada walaupun sebesar zarah pada nubari kita. Nauzubillahhi minzalik.

Akhirnya, mari kita perhatikan perca mutiara hikmah Saidina Umar r.a. Katanya:

“Sesiapa yang banyak percakapannya, maka banyaklah salahnya, maka banyaklah dosanya dan orang yang banyak dosanya, maka neraka adalah lebih layak baginya.”

Astaghfirullahhal ‘Azim.

5:11PM, 27 Ogos 2010,
Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

17 Responses

  • abu aiman says:

    Salaam,
    setuju amat dengan artikel ini. Lebih banyak kita berkata-kata, lebih banyak kesilapan yang mungkin berlaku.

    Cumanya kelemahan berkomunikasi di alam maya ni hanya melalui tulisan. Tulisan termasuk soalan bila dibaca dgn intonasi berbeza menghasilkan makna yang berbeza. Si penulis maksudkan lain, si pembaca menterjemahkan lain. Penulis berniat baik, pembaca ingat sebaliknya. Wallahu a’lam.

      (Quote)

    • @abu aiman: Wa’alaikummussalam Abu Aiman,

      Bagi intonasi berbeza itu, penulis perlu bijak menggunakan ayatnya. Misal menggunakan simbol ?!! !! atau huruf besar dan sebagainya. Kerana simbol dan huruf besar itu mencerminkan gaya seorang yang sedang marah.

      Yang dimaksudkan kata-kata tidak baik ialah seperti menyebut perkataan sumpah seranah, maki, kutuk, perkataan lucah dan lain-lain.

        (Quote)

      • abu aiman says:

        kadang2 geram tengok budak2 la ni, cakap kalau tak mencarut tak sah. seolah-olah perkataan tu melekat di hujung bibir mereka. Yang kita risau kalau berjangkat ke anak kita nanti.

          (Quote)

        • @abu aiman: Ada beberapa faktor budak-budak terkesan berkata sedemikian rupa. Antaranya ialah melalui pendengaran, penglihatan yang dilihat dan didengar daripada persekitaran. Pergi sekolah kawan mencarut, kadang-kadang jiran sebelah dan akhirnya budak itu diconteng warna-warna kusam hingga merosakkan putih suci sebelumnnya.

          Dan ada juga kes, terpengaruh dari bibik yang suka mencarut. Hati-hati.

            (Quote)

  • Abd Razak says:

    Salam ya akhi.. :)

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Berkata-kata dengan lemah lembut dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
    Abd Razak´s last [type] ..Ramadhan menambahkan keimanan

      (Quote)

  • insyirah says:

    Assalamu’alaikum ustaz.

    Kadangkala ada pula manusia yang menulis dengan gaya bahasa lintang pukang, orang yang membacanya mentafsir bertentangan dengan apa yang dia mahu sampaikan seperti kata Abu Aiman. Ana setuju bila ustaz kata penggunakan tanda bahasa (!! ??) dan huruf besar menandakan kita marah (atau mode menekankan sesuatu yang penting). Jadi, kena lebih berhati-hati dalam menulis selepas ni. Insya Allah :)
    insyirah´s last [type] ..Laksanakanlah Dengan Ilmu

      (Quote)

    • @insyirah: Wa’alaikummussalam,

      Benar.

      Di dalam perbualan harian juga begitu, terkadang gurauan atau kata-kata berbentuk makian seperti sudah sebati dalam diri. Dan sebolehnya, hindarkan dari menuturkan kata-kata seperti itu. Orang mendengar tak sakit, kita juga tak sakit.

        (Quote)

  • cemomoi says:

    susah tul nak kontrol mulut daripada berbicara menda yang laga nih
    cemomoi´s last [type] ..kurma- jangan tau hikmah aje

      (Quote)

  • @abu aiman:

    salam,

    setuju dengan pandangan tuan…
    berkomunikasi melalui alam maya, hendaklah selalu kita bersangka baik dan membuat kepastian jika ada yang tidak jelas…

    Ukhwah yang sekian lama ditatang dengan penuh baik dan ikhlas,akan hancur berkecai dek kerana keegoaan untuk memahami orang lain dan merasa diri adalah sentiasa benar. bukankah itu lebih mementingkan diri?…

    bersedialah menghadapi segala kemusykilan dalam alam maya ini dengan bijak… semoga kita tidak terperangkap dengan kelemahan diri juga…
    Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last [type] ..Suara Tanpa Getaran Peti Suara

      (Quote)

  • @Farid Rashidi: Ya,persekitaran itu punya pengaruh yang besar.Namun sebagai ibu bapa/ guru/empunya diri sendiri perlu dididik dan mendidik satu sama lain agar biah solehah akan terbina
    muhammad fakhruddin´s last [type] ..Ramadhan Checklist

      (Quote)

  • Al-Falah says:

    Salam…

    Saya setuju yang kata-kata yang lembut dan baik itu menggambarkan akhlak. Kadang2 susah benda-benda macam ni nak dikawal terutamanya bila marah dan benci menguasai diri. Tapi, saya percaya, antara petua mengawal marah ialah senyum dan tuturkanlah kata2 yang baik. InsyaALLAH, hilang marah tu…

    Cuma, saya agak sukar nak kawal ton suara kalau dengan ibu bapa dan adik beradik. Mungkin kerana sudah terlalu rapat & selesa dgn satu sama lain… Kadang2 marah pun susah nak diselindungkan… Astaghfirullahalazim… Dalam al-Quran ada menyatakan “jangan sesekali mengatakan -ah- pada orang tuamu”… Adalah beberapa kali terlepas, terkeluar bunyi-bunyi merungut dan kadang-kadang ekspresi muka tu jelas tergambar yang saya sedang bad mood & marah. Dan lepas tu, barulah saya sedar yg saya agak kasar pada ibu saya… Apa pendapat saudara? Ada tak tips2 yang boleh dikongsi? Syukran kerana sudi membaca =)

      (Quote)

  • salamualaikum akhi :)
    kata-kata akhi memang bagubagus….boleh dipakai gunakan…..semoga akhi lebih sukses lagi lepas ni amin..
    @insyirah: Wa’alaikummussalam,

    Benar.

    Di dalam perbualan harian juga begitu, terkadang gurauan atau kata-kata berbentuk makian seperti sudah sebati dalam diri. Dan sebolehnya, hindarkan dari menuturkan kata-kata seperti itu. Orang mendengar tak sakit, kita juga tak sakit.

      (Quote)

  • Pingback: Kutukan VS Kritikan Membina - Faridrashidi.Com

  • zalina says:

    salam ustaz, saya ni byk sangat bercakap. xbrenti2.. camner nak control mulut ni yer ustaz.. minta pandangan sahabat2

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge