Cara Memakai Serban: Secebis Sunnah Baginda SAW
Posted by in Fakta Umum | Mutiara Hadis | Suhuf Sejarah
“Nanti ustaz buat entri pasal serban pula, nak tau mengapa kita digalakkan berserban… Atau apakah perbahasan tentang serban..” Kata seseorang di laman web sosial.
Setelah berfikir sejenak, saya mengambil kata putus untuk menyambut cadangan baiknya. Barangkali dengan menulis sedikit introduksi atau isi-isi mengenai serban memungkin kaum lelaki khususnya cenderung untuk mengamalkan sunnah pakaian Rasulullah SAW.
SERBAN RASULULLAH SAW
Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah SAW serta ciri-cirinya. Antaranya:
Daripada ‘Amir bin Huraits r.a, dia berkata:
“Saya pernah melihat Rasulullah SAW di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda SAW julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda SAW.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)
Daripada Jabir r.a dia berkata:
“Pernah Rasulullah SAW masuk ke kota Mekah, sedang Baginda SAW memakai serban hitam.” (Hadis riwayat Muslim r.a, Abu Daud r.a, at-Tirmizi r.a, dan an-Nasaei r.a.)
Sebenarnya Baginda Rasulullah SAW tidak menentukan apa-apa warna serban untuk dipakai umatnya. Kerana itu terkadang Baginda SAW memakai serban berwarna hitam, putih (baidha’), kelabu, Zatu Zuabah dan lain-lain warna. Memakai serban dikira sunnah fe’li (perbuatan) Baginda SAW.
TEKNIK MEMAKAI SERBAN IKUT SUNNAH
Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata:
“Rasulullah SAW membulatkan serban di atas kepalanya dan dimasukkannya dari belakang. Kemudian dilepaskan dari hujung di antara kedua belikat Baginda SAW.” ( Diriwayatkan Al-Baihaqi r.a dan at-Tabarani r.a)
Namun begitu, terdapat juga guru yang menurunkan ijazah kepada murid-muridnya. Ia bergantung kepada sanad yang diberikan. Terkadang teknik pemakaiannya sedikit berbeza dari segi teknik, tetapi tetap mempunyai hujung serban yang dilepaskan ke belakang. Berikut merupakan ilustrasi pemakaian serban yang dipraktikkan oleh para ilmuwan Islam di Yaman.
Bercerita soal hujung ekor serban, sebenarnya ia mempunyai kisah disebaliknya. Cerita ini adalah mengikut pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a.
CERITA DI SEBALIK EKOR SERBAN
Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang dinukilkan dari pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a. bahawa suatu ketika Rasulullah SAW terlambat menunaikan solat subuh sehingga mentari hampir terbit. Lalu Baginda SAW bersegera keluar untuk menunaikan solat subuh.
Seusai bersolat, Baginda SAW bersabda kepada para sahabat r.a dengan maksudnya: “Duduk dulu di tempat masing-masing, adakah kamu mengetahui apa sebabnya aku terlambat pada hari ini?”
“Malam tadi aku bangun bersolat mengikut apa yang dikehendaki Allah SWT, kemudian aku merasa mengantuk lalu tertidur dan bermimpi melihat Allah Azza Wajalla Yang Maha Mulia dalam keadaan yang amat indah yang tak dapat digambarkan.
Allah berkata kepadaku: “Wahai Muhammad, adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para malaikat diistimewakan?”
Aku menjawab: “Engkau saja yang mengetahuinya wahai Tuhanku (Aku ucapkan tiga kali).”
Lalu Allah SWT meletakkan tangan kuasaNya yakni (rahmat) di antara kedua bahuku sehingga aku merasakan kesejukan di atas dadaku. Ia pun melimpahkan ilmu orang-orang terdahulu dan yang terkemudian kepadaku. Dengan sebab itu aku pun mengetahui apa yang di antara langit dan bumi serta mengenali setiap sesuatu.
Selepas itu Allah SWT bertanya: “Adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para Malaikat berbantah-bantah?”
Aku menjawab: “Ya, aku tahu.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara apa dia?”
Aku menjawab: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) dan dalam perkara yang boleh menambah amalan.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) apa dia?”
Aku menjawab: “Membasuh anggota wudhuk lebih hadnya di waktu musim sejuk di pagi hari bagi mengerjakan solat Subuh, melangkah kaki untuk menunaikan solat berjemaah dan menanti solat fardhu.”
Allah SWT bertanya: “Apa pula yang boleh menambah amalan.”
Aku menjawab: “Menyedekahkan makanan, saling mengucapkan salam, solat di tengah malam ketika manusia sedang tidur dan sesiapa yang memeliharanya, ia akan hidup dengan baik, mati dengan baik dan keluar dari dosanya sebagaimana halnya pada hari ia dilahirkan ibunya.”
Allah SWT berkata: “Wahai Muhammad SAW, engkau telah Berjaya, maka berdoalah.”
Aku berkata: “Wahai Tuhanku ajarilah aku.”
Allah SWT berkata: “Apabila engkau selesai solat, katakanlah:
Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadaMu untuk melakukan segala kebajikan, untuk meninggalkan segala kemungkaran, untuk mengasihani orang-orang miskin, supaya Engkau mengampuniku, mengasihiku dan memberi taubat kepadaku, Apabila Engkau berkehendak memberi fitnah kepada satu-satu kaum, maka genggamlah aku supaya tidak mendapat fitnah. Aku bermohon kepadaMu cinta kasih untuk menyintaiMu, dan menyintai amal yang boleh menghampirkanku kepada menyintaiMu. Dan jadikanlah aku menyintaiMu lebih dari kesukaan (harapan) kepada air.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada kalangan orang yang mendengar syarahannya di masjid; “Kamu pelajarilah kalimat-kalimat ini dan kamu ajarkanlah, kerana ia adalah suatu kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT.”
(Menurut Imam Muhammad bin Said al-Bukhari; martabat hadis ini ialah sahih)
Oleh kerana itulah, Rasulullah SAW meletakkan ekor serbannya di antara kedua bahu sebagai merakam mimpi berkenaan dan untuk dijadikan peringatan terhadap apa yang diterima Baginda SAW ketika bermimpi. Maka Baginda SAW meletakkan ekor serbannya di tempat Allah SWT meletakkan tangan kuasa yakni (rahmat) di bahu belakangnya.
Justeru, amalan sunnah (fadhoilul ‘amal) ini seterusnya diamalkan pula oleh ulama’-ulama’ dahulu kini dan Insha’Allah selama-lamanya.
Selamat beramal, dan jangan lupa juga untuk meneruskan kesinambungan SUNNAH TERBESAR Rasulullah SAW!
7:37AM 26 Ogos 2010
Siberbay, Tanta.
Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011
_______________________________________________________________________
Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.
_______________________________________________________________________
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




salam..
banyak info mengenai sunnah rasulullah dan sejarah baginda yang saya belum ketahui. Jarang sekali akan mendapat info sebegini kalau tidak membaca blog/laman web yang bermanfaat.
InshaAllah, diharap kita semua berjaya menghidupkan sunnah rasulullah..
Terima kasih atas info.
Diharap, ‘seseorang’ yang meminta ustaz menulis tentang serban akan berpuas hati dan terus istiqamah dalam perjuangannya.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last [type] ..Serban
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
@Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013): Wa’alaikummussalam,
Sekadar yang mampu saya kongsikan bersama. Moga terselit pengajaran di celahnya.
Harapannya begitu. Dan saya baru perasan, rupanya kamu juga menulis entri tentang serban. Sama-sama.
Saya harap, ‘seseorang’ itu tidak segan menggenggam bara api. Agaknya apa respon temannya ya bila lihat perubahan?
Farid Rashidi(Quote)
salam…
Heheh.. ya, saya nampak Ustaz melalui blog saya.. hmm pelawat dari Mesir si kesan tadi… dan seperti jangkaan,pastinya ustaz yang hampir melupainya..
entri saya hanya sekadar diari sahaja… sudah jarang berbentuk ilmiah..
InshaAllah, tiadalah ternoda hati dengan kata-kata pelemah semangat yang sementara,semata-mata menjunjung sunnah rasulullah. Moga seseorang itu diberi kekuatan..
Saya juga mahu menginkuti sunnah
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last [type] ..Serban
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
@Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013): Wa’alaikummussalam,
Saya hampir melupainya? Oh apakah itu?
Teruskan akhi, perkara yang baik jangan sesekali dihalangi.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
hmm inshaAllah..ustaz juga,teruskan perjuangan.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last [type] ..Serban
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
@Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013): Masih tak menjawab soalan tu.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
maaf ustaz, ada kala soalan itu lebih baik tidak dijawab…
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last [type] ..Serban
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
@Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013): Hurm, jangan risau. Jika benar tujuannya, pasti akan ada yang memberi sokongan. Dan saya menyokong kamu jika benar. 100%!
Farid Rashidi(Quote)
salam..
tiada apa2 ustaz, tiada kaitan dengan kredibiliti ustaz.. dan perkara micro yang tiada membawa erti umpama buih di lautan sahaja.. biarkan ia hilang begitu saja..
ok ,ustaz.. maaf jika salah faham..
salam..
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last [type] ..Serban
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
@Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013):
Saya seperti mengerti, walau tidak beritahu maksudnya secara jelas.
Terkadang perkara micro begini perlu juga diambil berat kerana bimbang sel-sel micro bergabung dan berkembang menjadi besar. Sudah tentu ia mendatangkan kesan di kemudian hari.
Farid Rashidi(Quote)
ilmu baru yang diketahui, terima kasih berkongsi ilmu
cemomoi(Quote)
@cemomoi: Sama-sama. Sebar-serbakanlah kepada yang tidak tahu.
Farid Rashidi(Quote)
salam ustaz, tersgtlah informative-nya perihal serban ini. teringin gak nak pakai…insyaAllah
nahmy(Quote)
@nahmy: Wa’alaikummussalam,
Mungkin anak-anak Encik?
Farid Rashidi(Quote)
lelaki berserban sentiasa kelihatan lebih segak.
ustaz, apakah sunnah terbesar rasulullah yang boleh diamalkan setiap hari oleh seorang muslimah?
aishahnurhakim´s last [type] ..perempuan berhati walang di tengah ramadhan
aishahnurhakim(Quote)
Assalamualaikum ustaz,
lelaki yang berserban sentiasa nampak lebih segak dan gagah di mata kami. Kerana dia berjaya mengamalkan sunnah rasulullah
apakah sunnah terbesar baginda saw yang boleh diamalkan setiap hari oleh seorang muslimat ye ustaz?
aishahnurhakim´s last [type] ..perempuan berhati walang di tengah ramadhan
aishahnurhakim(Quote)
@aishahnurhakim: Wa’alaikummussalam,
Semoga lelaki yang memakai serban sentiasa terpelihara niatnya dari sifat mazmumah. Biar Lillahhi Ta’ala semata-mata.
Barangkali ada yang salah faham mengenai ayat penutup entri saya. Sunnah terbesar yang saya maksudkan bukanlah memakai serban. Kerana ada sunnah terbesar lain masih belum terlaksana semenjak ia jatuh.
Wanita sangat banyak amalan yang boleh menuju ke syurga. Jika solatnya tidak tinggal, berpuasa, tidak mengumpat, cintakan ilmu dan taat pada ibu bapa (jika belum berkahwin), taat kepada suami (jika sudah berkahwin) saya rasa itu sudah terbaik dan terbesar.
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Seronoknya membaca kisah serban ni..sesuatu perbuatan kalau dibuat dengan ilmu tentu lebih tinggi penghayatannya…boleh juga cerita tentang kain yang selalu diletakkan dibahu, yg juga sunnah Rasulullah SAW..
nohas´s last [type] ..Santapan Rohani
nohas(Quote)
kain?
erma´s last [type] ..Nonmuslim Versus Muslim
erma(Quote)
@erma: Kain di bahu.
Farid Rashidi(Quote)
@nohas: Wa’alaikummussalam,
Insha’Allah.
Farid Rashidi(Quote)
saya suka kartun tutorial tu…
Syafrizal´s last [type] ..Menu Ramadhan Radix Chicken House
Syafrizal(Quote)
@Syafrizal:
Farid Rashidi(Quote)
Salam ya akhi..
Terima kasih mengingatkan kembali kepada saya untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.
Besar ertinya serban itu jika disingkap hikmahnya
Abd Razak´s last [type] ..Pesan buat muslimah
Abd Razak(Quote)
@Abd Razak: Wa’alaikummussalam,
Setiap perbuatan atau sunnah Baginda SAW pasti ada hikmahnya.
Farid Rashidi(Quote)
salaam akhi…
panjang ekor serban ni ada had tak. pernah dengar kata tak boleh panjang lebih sehasta. Dok terbayang kalau serban yg 7 hasta tu mesti kena lilit banyak kali.
Macamana pula jenis serban yang takdak ekor? dapat pahala sunnah tak…
Selamat meneruskan separuh terakhir Ramadhan.seronok tgk gambar2 ustaz pegi umrah.
abu aiman´s last [type] ..Its Our 6th Anniversary
abu aiman(Quote)
@abu aiman: Wa’alaikummussalam,
Had cukuplah sekadar boleh diletakkan di atas bahu. Memakai serban jenis ilustrasi di atas memerlukan kain yang agak panjang sebab ia perlu dililitkan beberapa kali.
Niatkan saja pakai serban kerana sunnah Rasulullah SAW, Insha’Allah moga-moga Allah mengurniakan pahala sunnah.
Oh, dah tengok ye? FB?
Farid Rashidi(Quote)
ye, tengok di FB. InsyaAllah ada rezeki lebih nak pi jugak nanti.
InsyaAllah, berusaha amalkan sunnah Rasullullah. Lagi satu, dah pakai serban tak payah pakai helmet.
abu aiman(Quote)
@abu aiman: Saya doakan moga Tuan Abu Aiman dapat menjejakka kaki ke sana.
Oh ya, benar. Tapi undang-undang itu masih diamalkan di Malaysia?
Farid Rashidi(Quote)
nampaknya masih begitu, dan yang tak pakai helmet pun makin ramai. belum masuk lagi yg suka langgar lampu merah…
abu aiman(Quote)
@abu aiman: Sedangkan yang memakai helmet juga boleh pecah kepala bila kemalangan, inikan yang tak pakai.
Farid Rashidi(Quote)
Salam, ada tak doa yang diajar Allah tu dlm teks arabnya? Syukran.
abu ‘umar(Quote)
@abu ‘umar: Wa’alaikummussalam,
Ada.
Farid Rashidi(Quote)
assalammualaikum ustaz
saya amat berbesar hati dpt menunaikan dan membuat segala arahan ALLAH dgn berpandukan sunnah Rasullah.
saya sentiasa akan mengikuti web ini untuk mengetahui serba sedikit tentang dari pihak2 pakar seperti tuan ustaz
ustaz prebet(Quote)
@ustaz prebet: Wa’alaikummussalam,
Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat Tuan. Moga terus istiqamah.
Terima kasih.
Farid Rashidi(Quote)
disini saya juga ingin mengesyorkan kepada anda2 semua sahabat saya,
(apa pandangan ustaz tentang ini)
saya berpendapat,
saya rasa kita hendaklah memakai helmet ketika menunggang motor atau membonceng motor. memang sunnah Nabi kita memakai serban dan saya tahu tak salah memakai serban tanpa memakai helmet ketika menunggang motor.
tapi dalam hal ini keselamatan kita lebih penting. apasalahnya kita memakai helmet dan setelah sampai kedistinasi kita pakai semula serban.
dah saya tahu kita mesti yakin dan sentiasa berserah padaNya tak kira kita pakai serban atau memakai helmet. kalau nak berlaku seuatu tetap berlaku.
walau apa2 pun saya tetap menyokong pemakaian serban. tapi keselamatan kita tetap kita jaga.
amin
ustaz prebet(Quote)
@ustaz prebet: Sebenarnya perkara ini tidak ada masalah. Boleh saja mahu pakai helmet atau serban. Namun jika diikut pada tahap keselamatan jalan raya, helmet lebih kukuh.
Menjaga nyawa adalah lebih penting. Sedangkan memakai serban adalah sunnah.
Farid Rashidi(Quote)
itu yg saya setuju sgt ustaz.
bagi saya sesetengah org dari rakan kita terlalu taksub utk menampak diri mereka dgn berserban sambil menunggang motor. bagi saya keselamatan lebih penting,
bukan nya apa. takut disini akan berlaku perasaan riak dan menunjuk2 dgn memakai serban ketika menunggang motor.
wallahuallam
ustaz prebet(Quote)
@ustaz prebet: Lainlah jika memakai serban bersama topi besi – seperti zaman perang era nubuwwah.
Moga-moga terhindar daripada perasaan riya’ dan takabbur. Harus jaga niat sentiasa.
Farid Rashidi(Quote)
namun di akhir zaman keruntuhan ummah ini. memakai serban adalah satu mujahadah untuk kita istiqamah.
jgn kata untuk menjadi riak & takbur. tapi memakai serban itu sendiri sgt sukar keinginan untuk hadir dalam hati. hanya yang di beri hidayah dan petunjuk sahaja yg mampu mengamalkan sunnah ini. seseorang yang tidak pernah @ tidak tahu pasti tidak akan mencuba2 hanya jika sekadar fesyen. mememang jelaslah janji Allah dalam satu hadis : barangsiapa mengamalkan sunnah rasullullah di zaman keruntuhan ummah, akan mendapat ganjaran 100 syahid
ustaz prebet(Quote)
tuan saya minta izin ambil gambar rajah cara pemakaian serban sebabnya saya memang ingin memakai serban mengikut sunnah Rasulullah S.A.W
Hikmal Hakim(Quote)
mohon kebenaran ustaz untuk share maklumat ini…, kerana sudah lama saya mencari penerangan yang sebegini, selalu banyak percanggahan dalm masyrakat pasal bende ni.
ibnu junudis(Quote)
Salam, hadith berkenaan memakai serban adalah sunnaa rasulullah adalah jelas dan nyata, tetapi kenapa terlalu sedikit imam dan ulamak yang memperaktiskan nya, adakah ini dianggap remeh sahaja.
Kalau perkara begini pun tak nak ikut, macam mana nak ikut sunnah sunnah yang lain. Hanya dengan memakai serban sahaja sudah mendapat pahala… Hatta ulama’ dan imam solat dimasjidil Haram dan masjid Nabawi pun tak nampak yang ikut, wallahua’alam…
Abdullaking(Quote)
assallamuallaikum…
saya ada soalan, apakah perbezaan org memakai serban yang telah terima ijazah serban dan yang tidak menerima ijazah serban…
mohamad kamel(Quote)