Selesai Kembara Tarbawi Ke Haramain
Posted by in Pemberitahuan
Alhamdulillah Wa Syukurillah. Setelah dua minggu menyepi diri dari menulis sebarang entri dan kini saya kembali semula. Kembali untuk menitipkan cerita-cerita tertunggak. Barangkali dengan cebisan cerita itu nanti bakal menerbitkan beberapa pengajaran tersendiri. Buat diri dan pembaca sekalian.
Syukur juga ke hadrat Allah Ta’ala, pada waktu subuh hari Rabu bersamaan 5 Ogos 2010, kami selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kaherah.
Ternyata, pengembaraan ke haramain dan rumah Allah SWT itu sangat sukar untuk diucapkan. Saya jadi hilang kata untuk menggambarkannya. Untuk menulisnya, ia memerlukan sedikit masa. Sementelahan kelmarin saya dan rakan-rakan baru selesai mengendalikan program Bengkel Karikatur dan Grafik Al-Fityan (BAKAT ’10) di Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT).
Justeru, janji saya kepada pembaca. Insha’Allah, selepas ini akan ada entri edisi Umrah dan Ziarah ke Haramain.
Juga diucapkan Selamat Berpuasa Ramadhan kepada semua muslimin muslimat seluruhnya!
2:22AM, 9 Ogos 2010,
Siberbay, Tanta.
Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011
_______________________________________________________________________
Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.
_______________________________________________________________________
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




Assalamu’alaikum warahmatulah. Alhamdulillah, kembali bergerak FRC ni. Insya Allah, moga dipermudahkan ruang waktu untuk berkongsi bersama pembaca RFC. Pasti keindahan dan tarbiyyah haramain segar… Aduh, rindu saya dibuatnya pada haramain!
insyirah´s last [type] ..Hiburan Dari Allah
insyirah(Quote)
@insyirah: Wa’alaikummussalam,
Saya juga sudah menjadi rindu pada haramain. Sekejap saja masa berlalu. Budaya ibadah yang jarang nampak di mana-mana tempat.
Farid Rashidi(Quote)
Salam..
Moga sdra sihat hendaknya..
Alhamdulillah…selamat kembali
Abd Razak´s last [type] ..Ramadhan Kareem
Abd Razak(Quote)
@Abd Razak: Wa’alaikummussalam,
Alhamdulillah sihat. Cuma agak sibuk sedikit. Tetapi dah semakin selesai banyak perkara. Moga Tuan juga sihat hendaknya.
Farid Rashidi(Quote)
salam Farid…
selamat kembali menulis….
semua ternanti2 coretan dr Farid…
terutama edisi Umrah dan Ziarah….
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak buat Farid…
Mak Lang(Quote)
@Mak Lang: Wa’alaikummussalam,
Alhamdulillah, dah postingkan entri pertama cerita mengenainya. Jemputlah baca!
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Selamat menyambut ramadhan
ikan emas´s last [type] ..Anak Negerimai KiTa MaNtai !!!!!
ikan emas(Quote)
@ikan emas: Wa’alaikummussalam,
Semoga puasa kita bukan sekadar lapar dan dahaga.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum Ustaz,
selamat kembali berpencak di alam maya
Salam Ramadan
muhammad fakhruddin(Quote)
@muhammad fakhruddin: Wa’alaikummussalam,
Sedang menyusun buah dan bunga untuk kembali berpencak!
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum
Selamat kembali menulis.. moga sihat hendaknya ya.. Alhamdulillah harap FRC kembali aktif seperti biasa. Tak sabar menanti cerita dari sana.. Selamat menyambut Ramadhan Al mubarak!
MaizaC’Joe(Quote)
@MaizaC’Joe: Wa’alaikummussalam,
Alhamdulillah sihat. Insha’Allah, dalam proses untuk mengaktifkannya. Selamat berpuasa juga!
Farid Rashidi(Quote)
salam…
selamat menyambut ramadhan..
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last [type] ..Ramadhan Kembali
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
@Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013): Wa’alaikummussalam,
Selamat berpuasa di kampus. Jangan homesick ya! hehe.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz Farid..
alhamdulillah..selamat kembali.
Tak sabar nak baca coretan ustaz sepanjang berada di tanah suci:D
dan selamat berpuasa!.
Afida Anuar(Quote)
@Afida Anuar: Wa’alaikummussalam,
Ya, boleh baca coretan pertama di entri baru dan seterusnya. Selamat membaca dan selamat berpuasa!
Farid Rashidi(Quote)
salam…
alhamdulillah..selamat kembali dan semoga sihat…
cun09´s last [type] ..Hitung
cun09(Quote)
@cun09: Wa’alaikummussalam,
Syukran. Alhamdulillah sihat.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum Ustaz. Selamat berpuasa & mengimarahkan Ramadhan.
nahmy(Quote)
@nahmy: Wa’alaikummussalam,
Ya, begitu juga untuk Encik Nahmy sekeluarga. Semoga kita beroleh Lailatul Qadr.
Farid Rashidi(Quote)
Selamat Menyambut Ramadhan
abu aiman´s last [type] ..Tingkatan Puasa- Di Manakah Kita Kelak
abu aiman(Quote)
@abu aiman: Semoga amalan dipertingkatkan dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya.
Farid Rashidi(Quote)
selamat menyambut ramadhan al-mubarak semua!
nur_syahadah(Quote)
@nur_syahadah: Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan juga.
Farid Rashidi(Quote)