Bertolak Ke Tanah Suci Mekah Dan Madinah
Posted by in Pemberitahuan
Berdebar. Takut. Gembira dan suka.
Perasaan bercampur baur itu digaul sebati menjadi satu. Pada mulanya saya sendiri tidak merancang – hanya sekadar berniat. Namun, rezeki Allah Ta’ala itu Maha Luas. Dia berhak mengurniakan kepada sesiapa sahaja. Alhamdulillah.
“Salam umrah, Alhamdulillah anda terpilih menjadi tetamu Allah SWT. Insya’Allah kita akan bertolak pada 22 Julai, jam 2 pagi (waktu Mesir). Oleh itu, Barakah Travel menjemput semua peserta umrah untuk menghadiri kursus dan taklimat…”
Pesanan ringkas (SMS) ini menguatkan kenyataan untuk ke sana. Rasa syukur dipanjatkan kepada Allah Ta’ala kerana saya turut terpilih untuk program Umrah dan Ziarah bersama teman-teman yang lain pada tahun ini. Turut bersama saya dari Tanta ialah Ibrahim Mansur dan Afnan.
Kami akan berkumpul di rumah negeri Selangor pada petang 21 Julai sebelum bertolak pada sebelah malam itu. Menurut perancangan tentatif yang diberikan kepada peserta, tarikh Umrah dan Ziarah kelolaan Barakah Travel itu ialah 22 Julai sehingga 5 Ogos 2010.
Justeru, saya berhenti seketika dari menulis sebarang entri di blog Faridrashidi.Com (FRC) sehingga selesai melaksanakan Umrah dan Ziarah tersebut.
Harapan saya, semoga rombongan kami dipermudahkan urusan oleh Azza Wajalla dan selamat ke Tanah Suci dan selamat kembali ke Tanta, Mesir. Doakan ya!
2:01AM, 21 Julai 2010,
Siberbay, Tanta.
Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011
_______________________________________________________________________
Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.
_______________________________________________________________________
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



Assalamu’alaikum…
Mabruk ‘alaik, moga peroleh umrah yang mabrur. Doakan sahabat-sahabat di FRC juga punya kesempatan untuk umrah dan ziarah
insyirah(Quote)
@insyirah: Wa’alaikummussalam,
Moga-moga begitu hendaknya.
Siapa-siapa yang mahu mengirim doa, boleh tulis di ruangan komen ini sehingga jam 6 petang (21 Julai) waktu Malaysia.
Farid Rashidi(Quote)
Ustaz, sampaikan salam buat Rasulullah s.a.w
Rindu untuk ke sana, insya Allah… Doakan semoga Dia luaskan jalan untuk ana ke sana lagi ya
insyirah´s last [type] ..Zuriat Yang Dinanti
insyirah(Quote)
@insyirah: Insha’Allah. Semoga enti dan zauj pergi bersama-sama nanti.
Farid Rashidi(Quote)
semoga selamat pergi dan selamat pulang…jangan lupa banyakkan berdoa dan mengambil peluang sepanjang keberadaan di sana..
semoga dimudahkan segala urusan..
Bintu Cumil´s last [type] ..Mata Hati
Bintu Cumil(Quote)
@Bintu Cumil: Syukran.
Ameen Ya Rabbal A’lamin.
Farid Rashidi(Quote)
SubhanaAllah…
Alhamdulillah …ustaz farid..selamat menjadi tetamu Allah!!
Rindunya saya untuk ke sana lagi…doakan saya dapat ke sana lagi ya!..
Afida Anuar(Quote)
@Afida Anuar: Syukran Jazilan. Insha’Allah, saya usahakan.
Farid Rashidi(Quote)
semoga selamat dalam perjalanan menjadi tetamu Alllah doakan kitorang melayu kat sini agar dilindungi Allah dan seluruh umat islam moga terus bersatu membina kejayaan
cemomoi´s last [type] ..korang fikir LAWAK tak
cemomoi(Quote)
@cemomoi: Melayu atau Melayu Islam? Sebab kalau melayu saja, ramai yang tak berapa nak Islam atau dah murtad.
Ameen Ya Rabb.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum
Alhamdulillah, semoga perjalanan pergi dan balik di lindungi serta di permudahkan segala urusan. sangat teringin nak ke sana.. tolong doakan ya.. moga suatu hari nanti saya juga terpilih menjadi tetamu Allah.. juga pembedahan ke atas ayah saya berjaya dan berjalan lancar.. amen.. t.kasih
MaizaC’Joe(Quote)
@MaizaC’Joe: Wa’alaikummussalam,
Ameen. Dari sini ke Tanah Suci kosnya lebih kurang 800 Dollar US sahaja. Kalau dari Malaysia saya tak pasti berapa kosnya. Mungkin boleh tanya saudari Afida Anuar.
Insha’Allah.
Farid Rashidi(Quote)
oooo 800Us dollar…
Time saya pergi tu, lebih kurang RM4600++ campur airport tax 788… jadi lebih kurang RM5000 lebih.
Tapi depends atas package jugak Mai, ustaz… ada yang cecah rm7K pun ada. RM10K pun ada.WaAllahualam.
.
Afida Anuar(Quote)
800Us dollar bersamaan RM 2ribu lebih ja… bertepatan dengan harga di sana, perjalanan yang tak jauh mana.. lebih kurang 3 jam ja kan.. kalau dari malaysia 8 jam perjalanan kan.. ka lebih lagi…
kak Afida.. RM5000 lebih tue harga paling biasa la kan.. Maiza ada juga servay, haah.. ikut package.. siap duit ja.. InsyaAllah tiba masa, ada rezki sampailah nanti..
thanks for the info sis Afida!
MaizaC’Joe(Quote)
Semoga urusan saudara di sana di permudahkan Allah. Doakan umat Islam terus dapat petunjuk ke jalan yang lurus dan hidup dalam barakah.
CgMas´s last [type] ..First Wife or Second Wife
CgMas(Quote)
@CgMas: Ameen Ya Rabbal ‘Alamin. Allahummansur Islama Wal Muslimina fi kulli makan, wa kulli zaman.
Farid Rashidi(Quote)
semoga perjalanan selamat pergi dan kembali…dan selamat menjalani ibadah Umrah dan dipermudahkan semua urusan.Keluarga mklang pun berada disana…manalah tahu klau berjumpa…Farid org yg bertuah kerana terpilih kesana.
kak zu(Quote)
@kak zu: Ameen, ada niat dan ada rezeki Insha’Allah m.lang sekeluarga juga akan ke sana.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum Ustaz,
Doakan Kak Ummi juga ya.Mudah-mudahan Allah lapangkan hati ini,ikhlaskan hati ini dan Allah permudahkan Kak Ummi dan suami untuk menjadi tetamuNya di sana…
Kak Ummi doakan agar Ustaz juga dipermudahkan dalam segala hal serta dikurniakan umrah yang mabrur..Amin..
Dr Ummi´s last [type] ..Mini Konvensyen Serikandi Tok Ku
Dr Ummi(Quote)
@Dr Ummi: Wa’alaikummussalam,
Insha’Allah. Semoga Kak Ummi dan keluarga beroleh rezeki untuk ke sana. Saya sudah tuliskan doanya di buku. Ameen.
Farid Rashidi(Quote)
salam ustaz,
syukur..terpilih sbg tetamu undangan ALLAH..selamat melaksanakan ibadah umrah dgn sempurna.muga mbrur..
doakan mudah2an sy juga dipanggil ke MH dan boleh beramal dan berziarah makam nabi..betapa rindu menggamit utk menemui mu dan mati di bumi mu……doakan kita dicatat sbg calon syurga .amin
ainhany´s last [type] ..Jom Perbetulkan Solat
ainhany(Quote)
salam.. selamat menunaikan ibadah umrah..semoga dapat mengerjakannya dengan tenangg.. didoakan semoga semua selamat.. aminnn
nur_syahadah(Quote)
salam…
**Berdebar. Takut. Gembira dan suka.**
perasaan ini begitu terasa ketika mula2 menjejak kaki di bumi madinah n mekah…semoga ada rezeki utk saya kesana lagi insyaALLAH…
semoga di permudahkan oleh ALLAH ‘urusan’ disana ^_^
cun09´s last [type] ..Terima kasih
cun09(Quote)
Selamat berumrah…
Mudah2an cepat la saya dapat ke sana semula, rindu dan amat cemburu dok tengok gambar orang balik mekah.
Masa kecik dulu pi ikut parents buat haji tahun 1990.
Abu Aiman´s last [type] ..18SX- Ambil Kesempatan
Abu Aiman(Quote)
Salam Ustaz,
Seronoknya ustaz pergi tempat yang paling syahdu di dunia. Makcik doakan semoga selamat dan dipermudahkan perjalanan, urusan serta amal ibadat di Madinatul Munawarah dan Makatul Mukarramah..
Jgn lupa doakan utk makcik sekeluarga ke sana…
Hjh Zae(Quote)
salam ziarah… mudah-mudahan mendapat sesuatu dari ALLAH nanti. Akak terlepas untuk sebarang doa. Mungkin tiada rezeki akak hendaknya.
Merpati Putih(Quote)
Assalamu’alaikum WBT. Mabruq kerana kalian telah menjadi tetamu Allah di sana. Selamat berumrah dan berziarah buat semua peserta rombongan.
Tambahan: Nampaknya, semakin hari semakin rindu untuk menjejakkan kaki. Doakan saya juga ya~
Izzah Al-Maliziyyah(Quote)
Moga segala urusan dipermudahkan..
Jamal Rafaie(Quote)
Salam ya akhi..
Moga Allah permudahkan perjalanan akhi, selamat pergi dan kembali..
Jaga diri ya akhi..
Abd Razak´s last [type] ..Buah Terung
Abd Razak(Quote)