“Di Jeddah sendiri tempatnya ada maksiat.” Terang Sulaiman bersemangat.
“Sebenarnya bukan masalah tempat, masalahnya ialah orang yang merosakkan tempat.” Saya menambah.
Pandangan dilontar ke segi empat televisyen yang tergantung di tepi dinding kedai minuman. Kami berempat, Firdaus, Sulaiman dan Hafiz duduk berehat sebentar di kedai minuman itu sambil menghirup ‘syai‘ dan ‘ahwah‘. Lokasinya ialah sebuah pekan kecil yang terletak di Ra’sul Sidr, Sinai.
Kedatangan kami ke pekan itu, bukan hanya sekadar untuk menghirup teh, tetapi lebih kepada bermatlamatkan jaulah sambil menambah iman dan pengalaman. Ukuran untuk menambah iman pula, bukan ukurannya pada kilometer perjalanan, tetapi diukur pada apa yang dikaut hasil perjalanan itu.
Selesai minum teh, kami berempat terus menuju ke kedai menjual ikan segar. Antara ikan yang menjadi pilihan ialah ikan talapia bakar. Cukuplah hidangan seekor ikan bersama beberapa keping roti buat alas perut lewat dhuha yang terik.
INDAHNYA RA’SU SIDR
Perjalanan ke sana menjamah masa bukan sedikit. Kira-kira 5 jam berada di atas lebuhraya yang dikelilingi pepasir menguning, melintasi pula terowong Ahmad Hamdi, terusan Suez – barulah kami berjaya menghirup segar bayu yang berhembus di laut Merah. Penuh nostalgia, namun bukan semua manusia mahu mengorek ceriteranya.
Ombaknya tenang. Hempasnya saling bergomolan, saling berebutan untuk menciumi pantai. Ya, ombak itu tidak pernah jahat pada manusia. Manusia yang selalu jahat pada ombak dan laut. Manusia itulah yang menajiskan pantai dengan sampah sarap menimbun. Manusia itulah yang merosakkan panorama suci dengan adegan berahi dua pasangan, dan manusia itulah yang menumpahi sisa hitam ke dalam lautan jernih.
Dan saya memandang jauh ke tengah lautan hijau biru itu, ia seolah-olah menggamit senyuman, bukan kedurjanaan.
Beberapa buah khemah empat persegi siap didirikan. Barangkali caj khemah inilah yang memakan lima junaih setiap seorang. Khemah yang terpasak besi karat itu berkocak bagai mahu tercabut bila hebat ditampar angin. Namun, ia tetap saja membahagiakan tubuh manusia. Alangkah, saat terik mentari, si bayu pula mengipas-ngipas. Tak terkata enaknya.
Sebelum saya mencampakkan tubuh ke dasar pinggir lautan, saya bersandar menahan kantuk. Beberapa butir kata menjadi penawar mata terkatup. Bayangkan, bertolak jam 2 pagi tanpa tidur lena yang cukup, apakah memungkinkan mata tabah dari terlena?
Beberapa orang teman akur pada godaan mata. Mereka terdampar bertilamkan pepasir kering, beratapkan secalit kain khemah jalur-jalur. Saya terus menukar pakaian, dan berlari-lari anak tanpa mempedulikan mata-mata janggal melihat. Biarpun janggal, tetapi mereka mesra mengajak berbicara.
Kedebush!! Kecipaknya memercik wajah dan seluruh tubuh.
Kesan tiga kali berendam dan menyelam, kulit diwarnai tompok-tompok hitam hasil panahan matahari. Badan juga terbelenggu rasa lenguh. Bukan senang juga ya mahu mempraktikkan amalan sahabat Rasulullah SAW – belajar berenang.
MANUSIALAH, BUKAN TEMPAT
Biarpun pantai itu adalah Dahab, atau Iskandariah, Sham El-Syeikh, Gamasah, Dumyat, Baltiem mahupun pantai Agiba, Matruh – ia tidak pernah merosakkan manusia. Manusia yang gemar mencemar panoramanya baik pada pandangan zahir mahupun batini.
Mujurlah Ra’sul Sidr ini tidak ada adegan ‘pelik-pelik’. Tontonannya hanya sekadar kelompok-kelompok keluarga warga tempatan yang berkelah. Anak-anak kecil sahaja yang menyarung pakaian bikini, bukan golongan dewasa yang punya aqal dan hati.
Malah ada sumber mengatakan, terdapat juga pantai sebelah barat dan negara tak punya agama, mereka biasa bertelanjang di tempat umum begitu. Tidak cukup bertelanjang, diadakan juga pesta-pesta yang mencabar hukum Tuhan dan kalam!
Apakah Malaysia juga sudah punya ciri-ciri begitu? Bagaimana pantai Langkawi? Port Dickson? Chendering? Tanjung Aru?
Saya bimbang gunung-gunung Tsunami menerkam ganas kembali.
1.00AM, 13 Julai 2010,
Siberbay, Tanta.
Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011
_______________________________________________________________________
Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.
_______________________________________________________________________
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




xpernah lagi menjejakkan kaki ke ra’su sidr apatah lagi sinai..hmm…tak berpeluang lagi..moga2 berkesempatan sebelum pulang ke tanah air..memg pantai menjadi tempat belangkas berdua2an..entahlah apa logiknya di sana..mungkin mudah mencari ilhan dan angin bayu pantai menambah keseronakan asmara..nauzubillah min zalik..moga2 kita terpelihara..amin
Bintu Cumil´s last [type] ..Mata Hati
Bintu Cumil(Quote)
@Bintu Cumil: Sangat malanglah jika tak berkesempatan ke sana. Sangat banyak ibrah yang mampu dikutip, dan tak termampu untuk mengutip. Namun begitu, jika tak berkesempatan, kamu boleh dapatkan buku Travelog saya nanti.
Barangkali mahu mengukir nama teman di aspal pantai, atau mahu lautan menyaksikan adegan itu. Sedangkan alam sangat menyampah, dan Allah membenci perlakuan itu.
Farid Rashidi(Quote)
memandang laut lepas akan membebaskan kita dari kongkongan perasaan – damai
cemomoi´s last [type] ..tido pon dah mula lena
cemomoi(Quote)
@cemomoi: Ya, ia seperti meleraikan kekusutan tali yang berselirat.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ya akhi..
Moga sihat hendaknya. Bercuti ya!
Abd Razak´s last [type] ..Anugerah
Abd Razak(Quote)
@Abd Razak: Wa’alaikummussalam Tuan Abd Razak,
Alhamdulillah sihat. Saja mencari angin luar. Cari tenang jiwa juga. Tuan sihat?
Farid Rashidi(Quote)
salam… saya sangat suka berkunjung ke pantai..tenangggg…sukee… semoga saya dapat ke pantai luar negara pulak la..insyallah..amin…
nur_syahadah(Quote)
@nur_syahadah: Wa’alaikummussalam,
Di mana-mana pantai yang indah, ianya sama. Cuma yang membezakannya ialah manusia di sekitarnya.
Ada rezeki, boleh saja.
Farid Rashidi(Quote)
Salam Ustaz,
Wah seronoknya bercuti. Tenang je pantai sinai tu. Kengkadang manusia yang menjadikan keadaan tu tak tenang.
Kalau bumi Jeddah pun ada maksiat apatah lagi Port Dickson, Langkawi lagilah berleluasa. Bila sambutan tahun baru especially, ada pula syarikat rokok yang menaja parti liar nih dan tukar nama ke arah sopan sikit asalkan dpt permit. Sedih…
hjhzae´s last [type] ..Mesjid Putrajaya and Floria 2010
hjhzae(Quote)
@hjhzae: Wa’alaikummussalam,
Sesekali menenangkan fikiran di tepi pantai, indah juga.
Ya, manusialah yang gemar membuat onar. Juga syarikat arak. Nauzubillahhi minzalik.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ziarah,
Tahniah kerana berjaya menerbitkan buku pertama ustaz. Kak tie tumpang bangga.
Ooo.. kak tie nak tanya sikit. Baru-baru ini kak tie ada baca satu blog tentang Hitler. Katanya ada terima email mengenainya. Linknya di sini
http://mysdear.blogspot.com/2010/07/adolf-hitler-sudut-kisah-yang-jarang.html
Mungkin ustaz pernah baca, kot.
Kalau ustaz punya masa terluang, boleh tak kupas kisah ini. Tak kiralah samada benar atau tidak. Kak tie ingin tahu je.
Kak Tie´s last [type] ..2 years of sweet and sorrows
Kak Tie(Quote)
@Kak Tie: Terima kasih kerana berziarah.
Saya rasa email ini seakan-akan panas semenjak dua menjak ni. Saya juga beberapa kali terbaca mengenainya. Namun maklumat sumber masih ragu-ragu kerana tidak dinyatakan sumber asal atau buku pengkajian ilmiahnya.
Farid Rashidi(Quote)
Kalaulah si perosak-perosak bumi tersebut menyedari hakikat tersebut, pasti mereka akan menafikannya. Haish, akhir zaman
Zala Wajik´s last [type] ..Syaaban Dan Perkara Mudah Yang Kita Boleh Lakukan
Zala Wajik(Quote)
@Zala Wajik: Kadangkala ada yang menyedari, tetapi sengaja mengambil jalan sebagai agen perosak.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamu’alaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, jauh berjalan luas pengetahuan banyak pengalaman dan apabila disusuli dengan zikir fikir akan memberikan kesan yang sangat indah pada jiwa dan hati
Betapa indahnya laut, tenangnya ombak yang beralun dan bercicip suara manusia dari kejauhan menggoda hati dan jiwa untuk terjun merasai betapa indahnya mesra bersama air lautan.
Agiba Matruh sangat indah dan ana amat cemburu pada sahabat-sahabat yang sempat berjaulah ke sana! Bermain di gigi air juga sudah menghiburkan pelupuk hati apatah lagi berendam jasad dan membawa hati belayar sambil mencedok ‘ibrah dari lautan. Tenangnya pada mata kita namun geloranya pada perut bumi angkara manusia, Allah saja yang lebih mengetahui!
insyirah(Quote)