Buku Sulung FRC Bakal Terbit!
Posted by in PemberitahuanMenulis di blog pada permulaannya, hanyalah sekadar diari harian serta mengisi coretan pahit manis liku-liku hidup di bumi Kinanah. Ketika itu, saya tidak pernah menganggap ianya sebagai suatu medan yang serius untuk diceburi. Hanya kadangkala tulisan-tulisan itu terselit beberapa pengajaran untuk dikongsikan.
Ini adalah petikan introduksi muka depan buku saya yang pertama berjudul ‘Travelog Debu-Debu Kota 1000 Menara’. Insha’Allah, saya menjangkakan agar dapat diterbit dan selesai dicetak pada bulan ini – Julai 2010.
Setelah bersengkang mata dan berpenat lelah selama beberapa bulan mengumpulkan siri travelog, alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menguntum senyum tanda gembira akan kelahiran buku sulung ini. Rasa suka yang tak tergambar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Alhamdulillah, wa syukurillah.
Justeru, bagi sesiapa yang berminat untuk menempah dan mendapatkannya. Bolehlah menghubungi saya terus ke alamat emel ataupun melalui medium blog FRC. Senarai penama itu akan saya kumpulkan, dan segala info berkenaan harga buku atau maklumat terperinci akan saya khabarkan setelah selesai urusan cetakan.
Semoga segala urusan dipermudahkan Allah Ta’ala hendak-Nya. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Dan, sokongan kalian saya amatlah saya harga dan didahului dengan ucapan Jazakumullahhu khairan kasira!
7:30AM, 6 Julai 2010,
Siberbay, Tanta.
Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011
_______________________________________________________________________
Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.
_______________________________________________________________________
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



wahh..really?
tahniah..
Bb Hussain´s last [type] ..Hutan Bandar JB
Bb Hussain(Quote)
Ya. Insha’Allah biiznillah.
Terima kasih ya!
Farid Rashidi(Quote)
Tahniah sudah terbitkan hasil buku sendir.. Semoga buku akhi dapat memberi manfaat untuk semua.. Teruskan usaha memasarkan..
Barakallah..
Ummul Syaukatul Suhaila´s last [type] ..Boikot Coca cola-
Ummul Syaukatul Suhaila(Quote)
@Ummul Syaukatul Suhaila: Syukran atas sokongannya. Saya mengharapkan, kalau pun tidak banyak manfaatnya paling kurang ada sekelumit manfaat sudah memadai.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum
Tahniah akhie..insyaAllah usaha yang murni akan dipermudahkan Allah..:)
nurhuda_cahayapetunjuk´s last [type] ..Semoga Berbahagia Hingga Akhir Hayat
nurhuda_cahayapetunjuk(Quote)
@nurhuda_cahayapetunjuk: Wa’alaikummussalam,
Terima kasih kerana tolong mempromosikannya. Buat masa sekarang avaible untuk pelajar Mesir dahulu.
Farid Rashidi(Quote)
tahniah akhi
insya’allah akan beli
aishah´s last [type] ..Piala Dunia Aishah
aishah(Quote)
@aishah: Okay, jika mahu buat tempahan. Nanti sila emailkan kepada saya beserta nama ya.
Farid Rashidi(Quote)
tahniah… memang syok tengok hasil tangan berbenih. semoga dapat lonjakan untuk terus berkarya
cemomoi´s last [type] ..dah londeh- londeh lagi
cemomoi(Quote)
@cemomoi: Soal untung atau tidak itu lain cerita, yang penting usaha dan penyebaran dakwahnya. Jika berhasil, ia akan memancarkan kegembiraan yang sukar diungkapkan.
Farid Rashidi(Quote)
Masya Allah Ustaz. Tahniah dan teruskan menulis.
Syafrizal´s last [type] ..Buatlah pilihan anda sendiri
Syafrizal(Quote)
@Syafrizal: Kullu haza min fadhli Rabbi. Jazakallah.
Tuan bila lagi?
Farid Rashidi(Quote)
assalamu’alaikum ustaz,
Kat Malaysia taknak terbitkan ke ? ^_^
Ibnunafis(Quote)
@Ibnunafis: Sedang dalam pencarian syarikat penerbit. Yang saya nampak sekarang ialah syarikat PTS. Ada lampu hijau.
Kalau mahu versi Mesir, nanti saya poskan bila sudah dicetak.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum..Mambruk ya ustaz..Semoga dengan lahirnya buku tersebut dpt menyentuh hati para pembacanya…amin ya Rabb…
Permata´s last [type] .. WheN you SayThen Allah TeLLs You
Permata(Quote)
@Permata: Wa’alaikummussalam,
Semoga begitu. Saya juga bimbang sekiranya pembaca tidak memahami apa yang saya sampaikan. Moga dipermudahkan segalanya. Ameen.
Farid Rashidi(Quote)
Alhamdulillah.. Dari penulis blog ke penulis buku.. Akan lahir seorang lagi penulis yang hebat! Insya-Allah..
Jamal Rafaie´s last [type] ..JOM KE KONSERT MAHABBAH GAZA-
Jamal Rafaie(Quote)
@Jamal Rafaie: Tidaklah hebat mana ya Akhi. Saya masih merangkak dan berusaha untuk bertatih. Harapan saya, Allah membantu permudahkan urusan.
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Tahniah!! War-warkan bila dah available ya. InsyaAllah, kawe mahu dapatkan.
Khairi.
Khairi´s last [type] ..Jawapan untuk Li An agar dia jemput Hajar pergi majlis hari jadi anak dia Iklan Huggies TV3
Khairi(Quote)
@Khairi: Wa’alaikummussalam,
Insha’Allah, wahh penulis novel mahu tempah juga? Segan saya.
Farid Rashidi(Quote)
salam… wahh..tahniah ust..xsabar nak bace..
nur_syahadah(Quote)
@nur_syahadah: Wa’alaikummussalam,
Terima kasih. Sabar ya, sedikit masa lagi.
Farid Rashidi(Quote)
tahniah tuan haji…
boleh ja nak jadi pengedar buku tuan haji…
myfahmi(Quote)
@myfahmi: Oh, sangatlah dialu-alukan. Nanti kita bincang balik ya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam…
Tahniah ya akhi
Abd Razak´s last [type] ..Qadha solat
Abd Razak(Quote)
@Abd Razak: Wa’alaikummussalam,
Terima kasih Tuan Abd Razak atas sokongan dan dokongan.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum
Alhamdulillah siap!!
dah agak dah.. Tahniah.. tahniah.. tahniah… semoga sentiasa di permudahkan oleh ALLAH TAALA.. Selamat berjaya untuk seterusnya ya… tak sabar nak baca..
MaizaC’Joe(Quote)
@MaizaC’Joe: Wa’alaikummussalam,
Ya siap!
Terima kasih.
Farid Rashidi(Quote)
ssalamualaikum
Alhamdulillah siap!!
dah agak dah.. Tahniah.. tahniah.. tahniah… semoga sentiasa di permudahkan oleh ALLAH TAALA.. Selamat berjaya untuk seterusnya ya… tak sabar nak baca..
aik.. komen terdua pula.. maaf ya..
MaizaC’Joe(Quote)
Tahniah…atas usaha gigih akhirnya Farid berjaya menyiapkannya….smoga teruslah menghasilkan penulisan yg baik…harap sngt dapat membaca buku tu….mudah2an..
kak zu(Quote)
@kak zu: Terima kasih Maklang Zu.
Mahu pesan? Boleh. Nanti saya masukkan senarai namanya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz farid..
tahniah..ni yang jeles ni..dah ramai dah kawan-kawan terbit buku…
insyaAllah saya akan cuba cari di MPH sini…
tapi dah ada kat pasaran ke ustaz?
kalau takde, boleh saya tempah dengan ustaz?
Afida Anuar(Quote)
@Afida Anuar: Wa’alaikummussalam,
Ha, bila jeles perlu ada tindakan susulan segera. Rangka, dan mula tulis!
Oh belum ada lagi di pasaran Malaysia. Hanya di pasaran Mesir dulu buat masa sekarang.
Boleh, nak berapa? 10?
Farid Rashidi(Quote)
Ahaaa…saya jeles setakat di mulut je..tindakan segera tu, entah bila nak jalan..huhu..
errr,buat masa sekarang 1 dulu la…hehe.
Afida Anuar(Quote)
@Afida Anuar: Apa yang satu tu? Buat buku satu ke?
Farid Rashidi(Quote)
Salam Ustaz,
Tahniah, akhirnya berjaya jugak menghasilkan buku sendiri. Kira this is your baby lah nih. Hebat sungguh, dlm study boleh terbitkan buku.
Mesti seronok baca travelog nih. Semoga ustaz terus berkarya. OK..ustaz blh letak nama makcik dlm senarai.
hjhzae´s last [type] ..Bila Bahasa SMS Mendominasi Blog
hjhzae(Quote)
@hjhzae: Wa’alaikummussalam,
Aduh, baby ya? Entahlah. Tak pernah ada baby.
Bahagikan masa, Insha’Allah akan ada ruang untuk menulis. Syukran, nanti saya masukkan.
Farid Rashidi(Quote)
@Farid Rashidi: saya belum cukup limu untuk menulis malah blog saya dicemuh dan dimaki hamun walaupun saya menyatakan kebenaran mengenai penjagaan kehalalan makanan dan minuman. Tidak apa.. ini mungkin salah satu dugaan dan ujian bagi saya.
Syafrizal´s last [type] ..Buatlah pilihan anda sendiri
Syafrizal(Quote)
@Syafrizal: Tak mengapa, ilmu boleh dicari. Yang penting tidak mudah berputus asa.
Aduh! Siapa pula yang maki-maki? Dia tak puas hati apa sampai macam tu sekali. Benarlah, orang Islam itu ghuraba’ dan kebenaran itu selalu dibayangi kepalsuan. Sabar ya.
Farid Rashidi(Quote)
@Farid Rashidi: Hari ini penuh dengan dugaan bagi saya. Buka saja blog sudah dimaki oleh orang Islam kita yang mana tidak boleh menerima teguran. Apakah salah kita kaitkan hidayah itu dengan makanan halal? Bukankah Nabi kita mengajar supaya menjaga kehalalan makanan kita? Alim ulama juga cukup teliti tentang makanan yang boleh menentukan hati bersih dan boleh menerima hidayah.
Belum sentuh bab produk dari Yahudi. Belum sentuh kimia2 dalam makanan atau minuman. Baru sahaja sentuh halal haram tapi melenting tak tentu pasal. Maki hamun macam mereka sahaja yang betul.
Syafrizal´s last [type] ..Buatlah pilihan anda sendiri
Syafrizal(Quote)
@Syafrizal: Dugaan itu sebenarnya menerbitkan dua perkara yang perlu kita lihat.
Perkara pertama sejauh mana kesabaran dan keterikatan kita kepada Allah Ta’ala dalam membawa kebenaran.
Kedua, ia melihatkan kepada kita bahawa betapa manusia sekarang lebih gemar kepada yang haram dan membenci kebenaran.
Hidayah itu tidak sempit skopnya. Hidayah itu luas. Bila hidayah mendiami diri, segalanya diluruskan oleh kebenaran. Dan kebathilan itu akan sirna sedikit demi sedikit atau secara drastik.
Ya, nama sangat menekankan hal ini. Penyakit banyak muncul di dalam perut. Kerana itu sunnah mengajak kita supaya apabila makan jangan campurkan antara makanan darat dan laut.
Jangankan makanan haram, ulama’ juga tetap berhati-hati jika makanan itu syubhat.
Saya rasa, mereka kecewa kerana produk mereka ada saingan. Setuju?
Farid Rashidi(Quote)
@Farid Rashidi: Saya setuju Ustaz. Hidayah memang skop yang luas. Saya baru sentuh sedikit sahaja. Saya rasa ada pihak-pihak rasa tergugat dan mungkin tidak senang dengan perkembangan produk umat Islam. Malah ada umat Islam dengki sesama sendiri. Sebab itu saya selalu mendoakan mereka-mereka yang tidak mahu menyokong produk umat Islam supaya dibukakan hati dan mendapat hidayah untuk menaikkan ekonomi umat Islam. Insya Allah.
Biar pun pedih hasil maki hamun mereka saya selalu berkata di dalam hati ini baru sahaja sedikit dan tidak setanding ujian Rasulullah menyebarkan ajaran tauhid kepada kaumnya yang sangat sukar untuk terima kebenaran.
Syafrizal´s last [type] ..Buatlah pilihan anda sendiri
Syafrizal(Quote)
@Syafrizal: Apakah tidak ada kerja lain selain mendengki sesama Islam? Barangkali sudah terbuai dengan keenakan daging haram.
Jikalau tidak suka, gunakan cara lain. Iaitu persaingan sihat. Buktikan bahawa masing-masing mampu mengeluarkan produk muslim yang hebat. Bukan hanya tahu menjatuhkan kawan.
Rasulullah SAW pernah diracun orang Yahudi, tetapi Baginda SAW tidak sesekali membunuhnya. Malah bertenang. Saya harap, pedoman ini ada pada pencinta kebenaran seperti Tuan.
Apa produk terbaru HPA?
Farid Rashidi(Quote)
@Farid Rashidi: Produk terbaru HPA sudah melancarkan Halal Hub Melaka di Serkam yang mengenengahkan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana yang sebelum ini amat susah untuk menembusi pasaran. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan sehinggakan bekalan tidak mencukupi. Produk seperti Chicken Chop Organik, Pes Asam Masak Pedas, Pes Mee Bandung, Sos untuk Chicken Chop, Sos Black Pepper, Rose Chicken Wing, Koko Minda, Karipap Kentang, Daging Dendeng, Seri Kaya Pandan, Roti Canai, Roti Putar, Kek Buah-buahan, dan macam-macam lagi.
Sebelum ini banyak produk-produk IKS tidak mampu untuk tembus di pasaran. Dengan bekerjasama dengan HPA, alhamdulillah dapatlah HPA membantu produk2 sedemikian untuk umat Islam.
Syafrizal´s last [type] ..Buatlah pilihan anda sendiri
Syafrizal(Quote)
@Syafrizal: Banyak benar produknya ya. Saya dengar kata HPA juga ada buka cawangan di Saudi Arabia?
Apakata jika HPA cuba keluarkan produk mee segera. Saya rasa penggemar mee segera tersangatlah ramai lebih-lebih lagi bila poket kering sebab terlebih enjoy.
Farid Rashidi(Quote)
@Farid Rashidi: Hehe kami pun ada cadangkan juga pada HPA. Tapi buat masa sekarang agak banyak benda juga HPA perlu fikirkan.
Di Arab Saudi cawangan itu saya tidak pasti tapi yang pasti produk HPA sudah sampai di sana. Pada mulanya HPA ingin membuka RFC di sana tetapi malang Arab Saudi tidak benarkan perniagaan segera selain KFC. Sedihnya saya.
Syafrizal´s last [type] ..Buatlah pilihan anda sendiri
Syafrizal(Quote)
@Syafrizal: Ya, fikirkan yang aula.
Nampaknya negara umat Islam sendiri tak mahu lihat produk Islam berkembang maju. Oh, apakah masih tidak cukup lagikah untuk kita melihat penderitaan umat Islam Ghazzah?
Farid Rashidi(Quote)
tahniah~moga2..laris di pasaran..hehe
Bintu Cumil´s last [type] ..Pengakhiran
Bintu Cumil(Quote)
@Bintu Cumil: Saya menjemput anda untuk sama-sama mempromosikannya.
Farid Rashidi(Quote)
Wah menarik! tahniah diucapkan..
Berminat untuk memiliki.. berapa harganya..?
nuaeman´s last [type] ..Dari Mersing ke Madinah 2
nuaeman(Quote)
@Farid Rashidi: Itulah Ustaz, kesedaran umat Islam terhadap isu Ghazzah amatlah sedikit sebenarnya kerana hari-hari kita membeli produk-produk Yahudi. Bilamana ada alternatif masih lagi tidak memandang sebelah mata. Terjerit-jerit membenci Yahudi bukanlah menjadi satu kesalahan tetapi perlu diutamakan apa yang patut sebenarnya.
Syafrizal´s last [type] ..Buatlah pilihan anda sendiri
Syafrizal(Quote)
wahhh…insyaallah sy nak g cari buku ni nanti..tahniah!teruskan menulis!=)
zihnun fatin´s last [type] ..Tika Hati Titin Berbicara Part 5
zihnun fatin(Quote)
@zihnun fatin: Belum ada lagi di pasaran. Nanti saya umumkan kemudian jika sudah berada di pasaran. Harap bersabar ya.
Farid Rashidi(Quote)
tahniah! =)
yanamib(Quote)
@yanamib: Thank you!
Farid Rashidi(Quote)
tahniah. tak sabar mahu baca tulisan dari buku pulak. selama ni baca online saja tulisan ustaz.
ain fathihah(Quote)
@ain fathihah: Terima kasih kerana membaca, sokongan anda dihargai.
Sedikit masa lagi, Insha’Allah.
Farid Rashidi(Quote)
Salam
baru pagi ini dapat balas kunjugan.. alhamdulillah.. tahniah atas usaha penulisan dan penerbitan buku travelog ini..
werdah´s last [type] ..Sindrom Miofasia
werdah(Quote)
@werdah: Wa’alaikummussalam,
Selamat datang, jika kelapangan jemput lagi dan sebarkan pada teman jika membawa manfaat.
Farid Rashidi(Quote)
Tahniah ustaz
sinar´s last [type] ..Dunia Baru- Hidup Baru- Orang Baru
sinar(Quote)
@sinar: Syukran, jangan lupa nanti sebarkan pada rakan-rakan medic ya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam. mahu beli yang first copy. nanti tolong bgtau method pembelian, harga and so on. Tahniah, saya dah agak akan lahir sebuah karya daripada fr.com. saya pernah terlintas dan tulis dalam blog saya tentang perkara ini tahun lepas atau 2 tahun lepas, tak ingat bila tarikhnya secara exact. alhamdulillah, bolehlah nanti sponsor beberapa copy untuk pertandingan penulisan/ bengkel penulisan yang kami buat
hurin(Quote)
@hurin: Wa’alaikummussalam,
1st copy? Maksudnya?
Tulis tentang perkara apa?
Insha’Allah, doakan agar berjaya dahulu.
Farid Rashidi(Quote)
Assalam, afwan jika ana tanya soalan berulang.
adakah buku ini koleksi karya yg diambil drpd blog ini?
trm ksh
Yuana(Quote)
@Yuana: Wa’alaikummussalam,
Ada yang diambil, dan ada juga artikel yang diedit semula, dan yang tak pernah tersiar di sini juga ada.
Farid Rashidi(Quote)
salam ustaz FR
tenguk kulit buku pun dah mcm menarik…hrap2 dpt beli dan ada tandatangan ustaz ..fuhhhhh….
TAHNIAH..semuga segala dipermudahkan,,kalau dapat jgn laa mahal sgta..ala2 sederhana tetapi berkualitas
ALHAMDULILAH dan teruskan berkarya..
ainhany´s last [type] ..lupakanlah
ainhany(Quote)
@ainhany: Wa’alaikummussalam,
Menarik ya? Kullu haza min fadhli Rabbi. Cover belakang nanti saya akan siarkan.
Seganlah pula, saya mahu bertandatangan. Masih baru di arena penulisan buku.
Insha’Allah, sepadan dengan ketebalannya. Kita tengok nanti macammana.
Farid Rashidi(Quote)
salam alaik..
masyaAllah.. mabruk!! okey.. ana nak se..
butiran almt..dll kemudian ana pas..insyaallah
nnti ust bg email deh..
well done!! teruskan wasilah dakwah.. barakallahu
simple-shida´s last [type] ..jentikan tempias rindu -
simple-shida(Quote)
@simple-shida: Wa’alaikummussalam,
Boleh, boleh. Nanti saya beritahu cara-caranya ya.
Syukran.
Farid Rashidi(Quote)
waw.nak free leh tak. sy peminat blog nii
SometimesIwashere(Quote)
@SometimesIwashere: Boleh, bila syarikat, cetak buku tanpa bayaran.
Farid Rashidi(Quote)
terime kaseyy
SometimesIwashere(Quote)
Dah ada di pasaran ke belum?
suara´s last [type] ..Kurang Dan Lebih Kita
suara(Quote)
@suara: Belum, tetapi on the way.
Farid Rashidi(Quote)
Tahniah, moga terus giat berdakwah melalui penulisan
Affan´s last [type] ..Cadangan Pembinaan Masjid di tapak Ground Zero
Affan(Quote)
Assalammualaikum Wrt. Wbt.,
Salam. Mabruk Ustaz..Bagaimana ana boleh dapatkan untuk ana jual di pesta konvokesyen pada 4 hingga 8 Ogos 2010 di KUIS?
Syukran.
Nor Hasdillah
Nor Hasdillah binti Mohd Hasim(Quote)
Assalamualaikum….cukup menarik buku ni. Cuba akhi sell kat internet dan dijadikan ebook. Ana rasa ramai yang berminat juga. Siapkan minisite dan testimoni je. Tinggal dapat pulangan. Huhu..
Akhi_Faiz(Quote)