Pameran Buku Antarabangsa Kaherah (Ma’rad al-Qahirah ad-Dauli Lil kitab) diadakan setiap tahun bermula Januari sehingga Februari. Justeru, pembekal mahupun syarikat-syarikat buku tidak melepaskan peluang untuk menyertai pameran buku ini serta mempamerkan produk-produk ilmiah mereka.
Kepelbagaian manusia yang datang itu bermacam-macam. Ada yang mahu membeli, ada yang datang melihat-lihat, ada yang sekadar memenuhi kalendar tahunan mereka bersama keluarga tersayang.
Bagi kami mahasiswa dan mahasiswi al-Azhar ataupun pelajar perubatan, tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk berkunjung ke sana. Biarpun jarak Kaherah berbanding wilayah lain – Tanta, Mansurah, Iskandariah, Damanhur, Zaqaziq, Shibin El-Kom, Dumyat dan Tafahana agak jauh, ia tetap tidak menghalangi kami berbondong-bondong ke sana.
Suatu saat, sedang saya membelek kitab di penjuru bilik pameran Pustaka Darus Salam. Tiba-tiba muncul seorang lelaki berjubah hitam. Tengkuknya jelas kelihatan seutas rantai, dan bersimbolkan salib besar di hadapannya. Mata menyeluruhi gerak-gerinya seketika.
“Paderi Kristian..” Hati berbisik sambil mengelih ke arahnya. Tangannya membelek-belek sebuah buku tebal setebal kamus alih bahasa. Saya terus mengamati dalam diam.
“Ermm, kitab sejarah Islam karangan cendiakawan Islam rupanya.” Saya terkilat sejenak. Sememangnya diakui, orientalis dan pendakyah kristian tidak leka dalam merencanakan agenda mereka saban waktu. Mereka rajin berusaha untuk mengkaji dan mendalami kitab ilmu-ilmu Islam, dengan tujuan dijadikan bekalan hujah balas untuk berdepan golongan cendikiawan dan ulama’ Islam khususnya. Bahkan, sudah diketahui umum, di Kota Kaherah sendiri terdapat berpuluh-puluh buah Universiti yang dibiayai oleh para orientalis luar dan dalam.
Keperihalan itu mengingatkan saya tentang kisah armada perang yang diketuai oleh seorang panglima empayar Perancis suatu ketika dahulu. Napoleon Bonaparte. Dahulu sewaktu Napoleon Bonaparte cuba menyerang Mesir, dia telah mengirimkan dua buah kapal. Kapal pertama dipenuhi pemikir-pemikir barat yang telah mengetahui selok-belok tentang agama Islam. Tujuannya adalah untuk menyerang umat Islam secara melalui cara fikir – Ghazwatul fikri (peperangan pemikiran). Kapal kedua pula, dipenuhi barisan tentera-tentera perang untuk menyerang umat Islam secara fizikal – peperangan biasa.
Akhirnya, Napoleon Bonaparte mampu menakluk Mesir dan menguasai wilayah-wilayah Mesir. Akan tetapi bukan itu sahaja, dia juga Berjaya memetakan serta mencorakkan pemikiran umat Islam di Mesir. Penjajahan ini menatijahkan, pemisahan Negara Mesir daripada empayar besar Khilafah Uthmaniyyah, Turki.
Bermula titik tolak dari situlah, mereka tidak pernah sunyi menyerang para pemikir Islam yang dinaungi oleh Universiti al-Azhar sehingga kini. Malah, pusat-pusat pengajian tinggi berfahaman barat dan orientalis turut didirikan bagi mengimbangi arus deras ulama’ Islam di ardul Kinanah.
Pernah berlaku suatu ketika dahulu di Mesir, seorang paderi bernama Samuel Zwimmer telah menyamar sebagai mahasiswa pengajian Islam di Universiti al-Azhar Kaherah. Paderi itu juga merupakan salah seorang ahli gerakan Missionari dan fasih berbahasa Arab. Kesempatan itu, dia telah merencanakan propagandanya dengan menyebarkan risalah-risalah berunsur fitnah hingga memecah belahkan serta menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam!
LUASNYA ILMU ALLAH
“Memang besar sungguh pameran kitab ini, kalah Malaysia..” Seorang rakan bersuara.
“Itulah, kaki ana dah lenguh tak larat jalan… Berapa kali pusing, bila tengok ma’rad sebesar ini rasa terlalu banyak ilmu para ulama’ Islam dan cendikiawan seluruh dunia. Itu belum masuk book fair dekat Amerika ke, dekat United Kingdomke..” Saya menyampuk.
“Agaknya ada tak manusia yang boleh habiskan baca semua kitab sebesar ma’rad ini?” Soal saya pula. Masing-masing terkelu. Khali. Perjalanan daripada bilik pameran Solah Sittah diteruskan menuju ke bilik pameran milik Pustaka Darus Salam.
Memang agak luas, besar dan terlalu banyak buku-buku yang dipamerkan. Apabila memerhati deretan kitab yang tersusun di rak-rak pameran, tergambar di fikiran betapa luasnya ilmu Allah SWT, tidak terhitung nilaian manusia. Maha Suci Allah yang memiliki seluas lautan ilmu, dari timur ke barat, dari utara ke selatan merentasi sempadan-sempadan geografi benua seluruhnya. Ilmu yang kita miliki ini, barangkali tidak layak untuk disamakan dengan zarah sekalipun.
Duhai, atas alasan apakah untuk kita mendabik dada bahawa kita memiliki keajaiban ilmu yang tinggi? Sedangkan Allah SWT Maha memadamkan ilmu yang kita miliki itu sekelip mata sahaja. Bersyukurlah, berdoalah, semoga Allah SWT sentiasa menganugerahkan kita semua dengan limpahan ilmu dan rahmat-Nya.
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. (Al-Kahfi: 109)
Langit persih tanpa awan yang bergumpal. Baki angin musim sejuk masih setia berhembus. Perut pula rancak berbunyi menginginkan sedikit makanan. Sementelah, seharian tidak menjamah nasi. Tengahari itu sempat saya berehat menjamu selera di café bersama rakan-rakan. Roti Shawarma menjadi santapan menggantikan sepinggan nasi.
Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011
_______________________________________________________________________
Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.
_______________________________________________________________________
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




itulah keajaiban yg amat bernilai.. ilmu tiada batasnya..
maiyah´s last [type] ..Nak tutup rasanya
maiyah(Quote)
Keajaiban yang mengatasi ipad, ipod dan alatan canggih lain.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz,
Klu pesta buku di PWTC (M’sia) x byk buku2 ilmiah nih, novel yang mendominasi. Byk ke borong ustaz?
hjhzae´s last [type] ..Nadias E-day
hjhzae(Quote)
Pada pandangan saya,hal ini disebabkan beberapa faktor. Mungkin disebabkan kurangnya ilmuwan tempatan menulis, dan packaging buku ilmiah yang kurang menarik perhatian. Bandingkan buku teori ekonomi Barat dengan buku tempatan,design covernya lebih menarik perhatian.
p/s:selalu tertarik dengan kitab Arab berkulit tebal
muhammad fakhruddin´s last [type] ..Arabic 101-How To Introduce Yourself
muhammad fakhruddin(Quote)
Kurang ilmuan itu saya juga bersetuju, namun seperkara lagi ialah kita masih kurang kesedaran untuk membaca, mengkaji, serta menelaah buku-buku ilmiah. Buku picisan pula yang banyak memenuhi ruangan rak buku. Kerana itu takat minda agak terbatas. Bila membicarakan isu berat, masing-masing jadi kelu.
Saya juga tertarik, covernya jenis keras dan tulisan berkilat.
Farid Rashidi(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Tak banyak buku? Buku-buku seperti ensklopedia atau ilmiah tidak banyak? Saya berpendapat kita masih kekurangan buku sebegitu berbanding negara Indonesia. Kesedaran membaca buku-buku berbentuk ilmiah masih lemah berbanding mengkhatami buku jenis novel.
Alhamdulillah, adalah sikit-sikit. Saya dah poskan 4 buah kotak kitab ke Malaysia baru-baru ini. Masih berbaki.
Farid Rashidi(Quote)
kalau buku-buku Indonesia, nak baca tu agak susah. bahasa tu menjadi penghalang
nazra(Quote)
Tidak redha yahudi dan nasarani itu hinggalah kita mangikut1 ajaran mereka yg sesat itu. Pengkajian mereka akan menemukan segala kebenaran namun hidayah milik Allah dan akan diberi kepada mereka yg terpilih sahaja. Hanya dgn melihat dan merasai kebenaran akan menyerlahkan kesesatan itu. InsyaAllah Islam akan tetap terpelihara, namun penganut nya yg nipis imannya bakal menjadi mangsa gerakan yahudi dan nasarani. Mintak berlindung pada Allah. Tingkatkan qualiti umat ini dan bergantung haraplah pada Allah.
sot´s last [type] ..Europe Rocks
sot(Quote)
Benar, mereka sendiri sebenarnya tahu akan kebenaran Islam. Lihatlah, ada sesetengah kes paderi begini akhirnya menemukan hidayah Allah lalu memeluk agama Islam. Kebanyakkannya lebih suka berdegil dan bersikap belajar untuk melawan. Jangan lupa, para ilmuan Islam sendiri banyak mencedok pemikiran mereka!
Farid Rashidi(Quote)
nak buat book fair besar-besaran pun kadang2 tak guna kalau mentaliti rakyat malaysia pada kelas ketiga.
Nak baca buku pun susah, alahai. Lagipun kawan-kawan sebaya saya pon kata mak ayah diorang tak bagi beli buku banyak-banyak. Alasannya mahal.
Nasib baik parents saya tak macam tu..
Zala Wajik´s last [type] ..International Islamic Song Festival Yang Pada July 3- 2010 Tidak Meriah
Zala Wajik(Quote)
Kalau beli cd game, tengok wayang atau pergi shopping complex mesti mak ayah bagi duit lebihkan?
Alhamdulillah Zala.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz Farid…
Ada juga saya terbaca kisah paderi kristian yang diberi hidayah oleh Allah. Tujuan dia mengkaji Islam adalah untuk menjatuhkan Islam, tapi akhirnya dia sendiri yang jatuh cinta dengan Islam..Alhamdulillah..Moga mereka-mereka yang lain juga diberi hidayah oleh Allah kelak..
Shawarma…one of my favourite waktu kat India;)
Afida Anuar(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Ya, ada juga sebilangan mereka begitu.
Shawarma? Hurm, ada persamaankah atau berlainan rupa. Shawarma india bagaimana?
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum…
masa belajar dulu ada seorang kawan kristian, dia berminat sangat nak tahu pasal islam. dia berkawan semua dengan orang melayu. Kami satu batch jadi sangat rapat. Mana-mana saja bersama. Dia selalu bertanya pasal islam. Mana yang boleh jawab akan di jawab la. Biasanya persoalan yang tak tahu nak jawab akan di rujuk pada ustaz. 3 tahun belajar bersama.. tiap kali Ramadhan dia akan kt “Maiza saya nak puasa dengan awak” masa mula2 tue terkejut jg, tapi lama dah biasa. Bulan rejab saya puasa dia pun join. Dalam pada itu, dia pernah tanya kat mana gereja.. ekk… terkelu di buatnya ya la.. agama dia, dia pun nak patuh dan taat juga. Dengarnya dia nak memeluk islam.. tapi sampai sekarang belum lg. Dia pernah kata “bila saya puasa dng Maiza rasa mcm nak peluk islam, tapi bila dah kita jauh mcm nie.. selalu ada persoalan” emm.. mudah-mudahan dia di kurniakan hidayah oleh Allah taala….
MaizaC’Joe(Quote)
@MaizaC’Joe: Wa’alaikummussalam,
Menarik kisahnya. Saya rasa cik perlu follow dia, ajarkan dia dan selalu bertanya khabar. Mana tahu kelak dibukakan hatinya untuk Islam.
Sekarang dia di mana?
Farid Rashidi(Quote)
Alhamdulillah dapat juga hubungi dia. kiranya usaha tak sia2 la. menunggu dia di YM, e-mel, call akhirnya di pertemukan juga. Dia berasal dari sabah. Sekarang bekerja dan katanya kini menetap di KL. Ada juga bertanyakan khabar mengenai hasratnya itu. Dia perlukan masa dan saya cuba follow dia juga. InsyaAllah mudah-mudahan suatu hari nanti di bukakan hatinya juga untuk bersama Islam.. Doa2kan ya..
MaizaC’Joe(Quote)
saya rasa shawarma India dan mesir pasti ada beza… kalau tak silap saya la,shawarma yang saya makan tu, rotinya warna putih, ada inti ayam, apa entah lagi yang dia letak. Tapi memang sedap la ustaz… buat saya teringin nak pi sana lagi..hehe
dan shawarma kat Mekah pun saya tengok lain dari segi rasa dan rupa dari yang kat India..mungkin panggilannya sama, shawarma…. waAllahualam.
Afida Anuar(Quote)
Oh begitu rupanya. Shawarma Mesir intinya juga adalah daging dan ayam tetapi dibakar dan dicampur bersama sayuran lain. Sangat menyelerakan jika sos cili bersamanya!
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Banyak juga universiti orientalis di Kaherah, berpuluh-puluh..faktor bahasa penting utk menyampaikan dakwah dgn lebih berkesan, nampaknya musuh Islam lebih menguasainya..
nohas(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Ya, banyak sekali. Seolah-olah dirancang untuk menyaingi Universiti al-Azhar.
Kerana itu mereka suka mengkaji dan mendalami sehingga bijak pandai. Bahkan kita terpaku untuk melawan hujah mereka.
Farid Rashidi(Quote)
kalau ke pesta buku tu rasa mcm semua buku nak dibeli tapi yg dok ada pun tak habis terbaca lg.
Abu Aiman´s last [type] ..40
Abu Aiman(Quote)
@Abu Aiman: Hehe… Semangat tu ada ya, cuma kadang-kadang tersangkut sebab-sebab tertentu.
Tak apa, ada peluang boleh beli dan baca. Dan juga belajar.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
blog pasal ilmiah erk..
salam perkenalan ustaz…
syahrilhafiz´s last [type] ..Catuan Elektrik…Kenapa
syahrilhafiz(Quote)
Orang bukan Islam mengkaji ilmu (FIKIR) tapi tak ke arah ZIKIR (ingat kepada Allah). Malahan ada yang mengkaji Islam untuk menghancurkan Islam! Nauzubillah..
Orang Islam pula asyik berZIKIR tapi jarang FIKIR pasal ilmu Allah yang luas ni.. Satu kerugian kepada yang tak berfikir.. Moga kita masuk dalam golongan hamba yang berFIKIR dan berZIKIR.. Amin..
Jamal Rafaie´s last [type] ..KOLEKSI ALBUM NASYID YANG NOSTALGIA
Jamal Rafaie(Quote)
saya rasa macam nak pergi lagi ma`radh kutub ni..setakat ni ma`radh kutub di kaherah yang paling menarik hati..dalam hati selalu berkata”kalaulah seluruh kutub di ma`radh ni milik saya”…hehe
kadang-kadang ada juga terlintas dihati,ilmu sudah terbentang depan mata tapi kenapa masih ada yang mahu mensia-siakan nikmat ni..
~tuntutlah ilmu selagi mata belum tertutup~
aysarahanan(Quote)