SHATTAH
Suatu ketika, dapur kami kehabisan bekalan serbuk cili kering. Saya bergegas turun membeli bekalan itu di kedai milik tuan rumah Imarah sebelah. Dahulu kedai itu dimiliki Baba Ali Izzat, tetapi selepas kematiannya maka Mama yakni isterinya mengambil alih.
“Ana aiz syurthoh!” (Saya mahu beli polis!) Pinta saya selamba.
Wajah Mama seakan tidak mengerti permintaan saya. Berkerut tanda tanya. Dia termangu-mangu.
“Err… “ Saya pula terpinga-pinga. Lalu lekas menunjukkan isyarat jari ke arah balang serbuk cili yang letak duduknya di sebelah balang kunyit.
“Shattahh..” (Serbuk cili) Mama membetulkan patah kata yang saya tuturkan. Dia tersenyum mengernyih. Tetapi tidak terbahak ketawa.
“Aduiii, malu maluu..” Saya malu sendiri.
Rupanya saya tersilap menyebut dua perkataan yang hampir sama bunyinya. Tetapi makna sebenar adalah terlalu jauh bagi langit dan bumi. POLIS dan SERBUK CILI.
Cepat-cepat saya bayar dan meninggalkan kedai itu. Barangkali wajah sudah bertukar kemerah-merahan menahan segan. Perasaan bercampu baur, sedikit geli hati dan malu. Kalaulah orang Malaysia dengar, pasti terbahak-bahak ketawa mendengar permintaan saya itu. Mahu beli polis!
PEMANAS AIR ROSAK
Di saat musim sejuk menjengah, wajah bumi kinanah menghampiri beku. Tetapi takatnya tidak membeku seperti kepulauan United Kingdom mahupun Ireland. Meskipun begitu, ia sudah cukup untuk menggetarkan seluruh tubuh hingga ke tulang sum-sum.
Tengah hebat musim sejuk melanda pedalaman Gharbiyyah, tiba-tiba pemanas air rumah kami berhenti operasi. Alangkah sukarnya hidup di sini jika pemanas air rosak. Sementelah penggunaan air senantiasa diperlukan 5 kali sehari.
“Boleh tolong beritahu ayahmu, katakan bahawa ‘saqonah’ rumah kami telah rosak.” Pesan saya kepada anak gadis tuan rumah. Saya ke rumah pemilik rumah untuk mengkhabarkan kerosakkan. Rumahnya letaknya di atas rumah saya – tingkat tiga.
“Ehh?” (Apa?) Gadis berkacamata lingkungan umur belasan tahun itu terpisat-pisat kehairanan.
“Waahh, tersilap sebut lagikah aku.” Bisik saya sendiri sambil mengatur ayat.
“Maksud saya ‘soqonah’ di bilik air rumah kami sudah rosak.” Ulang saya berkali-kali.
“Emm… Nanti Baba balik saya beritahu dia.” Jawabnya.
“Ok.”
Saya menebak, ada berlaku kelompangan ayat. Kamus dibelek-belek mencari istilah sebenar penggunaan kata. Duhai, saya tersalah sebut lagi!
Bukan ‘saqonah’ sebagaimana yang digunapakai oleh kalangan mahasiswa melayu sewaktu berbicara sesame sendiri. Istilah betulnya ialah ‘sakhonah’ – pemanas. Aduh, aduh! Malu sendiri lagi.
Namun begitu, rasa malu itu tidaklah berpanjangan. Ini kerana mereka jarang sekali mentertawakan warga asing yang tersilap sebut perkataan arabic. Bahkan memperbetulkan pula bahasanya. Jauh berbeza dengan kita. Barangkali jika seseorang warga asing mahu membeli polis di kedai, sudah tertentu tergolek-golek ketawa sambil mengesat airmata suka yang menghujan!
BETULKAN MAKHARAJ BAHASA ARAB
Sejak berlaku peristiwa di atas, saya lebih berhati-hati dalam menuturkan kata baharu. Sebelum mempraktikkan komunikasi, pasti kamu akan disemak terlebih dahulu. Biar comfirm daripada mengulangi kesalahan. Belajar dari kesalahan demi menggapai kejayaan.
Dan apa yang lebih penting, saya harus berhati-hati apabila berbual atau mendengar pertuturan teman dalam bahasa arab. Bimbang tersalah makhraj lagi. Kadangkala kita terlalu mengambil mudah soal makhraj. Khususnya mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di dalam bidang agama.
Oleh sebab itu komunikasi bahasa arab agak longgar. Sebutan lemah. Kosa kata berterabur. Cubalah belajar menuturkan bahasa dengan betul. Saya percaya, ianya lebih indah didengari.
Bahasa arab ini tidak seperti bahasa-bahasa lain. Bahasa arab ialah bahasa al-Quran. Seandainya kita begitu ‘malas’ menuturkan bahasa dengan jalan makhraj yang betul, kemungkinan besar ia tidak sampai maksud sebenar. Kesalahan ini kerapkali kita gunakan, misalnya:
“Dzo…” Dibaca tanpa mengeluarkan sedikit lidah ke hadapan. Walhal ia sepatutnya dibaca bersama lidah ke depan.
“Ha…” Dibaca besar, sedangkan huruf ح tidak dibaca begitu. Ia lebih nipis ke dalam.
Begitu juga huruf ص , kita seringkali membaca seolah-olah bunyi seperti س , sepatutnya dibaca tebal.
Penting sahabat-sahabiah sekalian. Ia melibatkan soal ibadat sehari-hari kita. Solat kita, doa kita, bacaan al-Quran kita, semuanya melibatkan penggunaan makhraj yang betul. Mari perbetulkannya bersama.
Sungguh, saya suka mendengar perbualan teman-teman (biasanya rakan kuliah qiraat acapkali mempraktikkan bahasa dengan benar) yang menuturkan bahasa arab fushah berserta makhraj jelas, terang dan nyata.
Lazat dan enak untuk dihadam… Pasti!
3:30PM, 7 Jun 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



Salam ustaz.laa..masalah sebutan je ni.hihi
kelakar:)
.-= arnamee´s last blog ..Imam Muda dan Akademi AL-Quran =-.
arnamee(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz farid..
‘saqonah’ tu maksud apa ya?
Benar ustaz, kalau kat Malaysia, tersilap kata atau bahasa pasti akan jadi bahan ketawa..alahaii…
Afida Anuar(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Saqonah tak ada maksud buat masa sekarang. Agaknya pelik sebab tak ada makna kot.. hehe.
Kasihan, terasa kawan tu. English pun begitu?
Farid Rashidi(Quote)
English, mungkin ada…tapi dari segi pronounce..contoh hour…tak boleh sebut H
expertise… kene sebut experteeth..bukan expertais..
tu beberapa contoh la..tapi makna tak lari kut..
Afida Anuar(Quote)
Maybe.
Tapi kalau BA, silap baris terus lari mana.
Farid Rashidi(Quote)
salam…bersemngat sekali saya nak baca bila lihat pada gempaknya tajuknya..hehe…
saya pun tersenyum sendiri bila membaca entri ust…
p/s: suka sekali dgr bhs arab dituturkan walaupn saya tak mengerti sebenarnya… indah..
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Kata orang, hati-hati pada tajuk. Tak semestinya tajuk itu menentukan cerita yang seperti itu. Teknik penulisan saja.
Tak mengapa, jika ada minat boleh saja belajar memahaminya ataupun bertutur juga.
Farid Rashidi(Quote)
tengah mencari guru yang sesuai utk mengajar
nur_syahadah(Quote)
masya Allah kene banyak belajar lagi macam ni
saya lagi tak tau apa2 hehe
.-= Syafrizal´s last blog ..Semak maklumat blog anda =-.
Syafrizal(Quote)
Kira boleh tau pasal HPA tu hebatlah dari saya. Saya pun tak tau apa-apa sangat pasal HPA.
Blog Tuan juga nampak gempak.
Farid Rashidi(Quote)
Hehe takde la Ustaz, saya biasa-biasa je. memang impian saya nak jadi perawat/herbalis HPA.
.-= Syafrizal´s last blog ..Semak maklumat blog anda =-.
Syafrizal(Quote)
Sangat baik.
Mungkin juga Tuan boleh terjun pula dalam bidang Homeopathy dan Bekam. Saya rasa itu satu peluang yang baik untuk menolong orang.
Ada kawan-kawan saya di sini sertainya. Ke HPA dah ada buat pusat bekam?
Farid Rashidi(Quote)
ye memang itu niat saya nak dalami ilmu perubatan Jawi dan perubatan Nabi di kursus herbalis HPA. HPA ada membuka pusat rawatannya tapi di Shah Alam ni belum lagi rasanya.
.-= Syafrizal´s last blog ..Semak maklumat blog anda =-.
Syafrizal(Quote)
Alhamdulillah.
Teruskan berkecimpung dalam arena perubatan Islam. Cuma saya mahu comfirm, HPA gunakan konsep MLMkah?
Farid Rashidi(Quote)
HPA gunakan MLM Syariah untuk pasarkan produknya. Memang itu sahaja cara yang dapat sampai pada pengguna. Kebanyakkan pasaraya yahudi yang kuasai pasaran jadi agak payah untuk kita tembus dan sampaikan pada pengguna. Banyak produk-produk umat Islam disisihkan di pasaraya Yahudi di negara kita. Jadi HPA ambil langkah untuk pasarkan cara MLM Syariah. Penasihat Syariah seramai 11 orang tak silap saya (atau sudah bertambah) dilantik untuk memantau semua operasi syarikat dari penanaman ladang, penternakan spirulina, ayam, kambing, lembu secara organik, pelan pemasaran, etika pengedar HPA dan sebagainya.
.-= Syafrizal´s last blog ..Semak maklumat blog anda =-.
Syafrizal(Quote)
Alhamdulillah jika itu kondisi perancangannya. Dunia kini jika tidak ada sentuhan agama dalam pengendaliannya, ia memungkinkan musuh menyelinap masuk ke dalamnya.
Mereka suka kalau kita mencampur aduk atau mengguna pakai sistem dan pemikiran mereka. Terutamanya yang melibatkan soal haram.
Teruskan Tuan!
Farid Rashidi(Quote)
Insya Allah Ustaz, saya berusaha sedaya upaya saya sekarang ini. Tapi saya cuma ingatkan Ustaz. Produk-produk Yahudi banyak merosakkan kesihatan umat Islam khususnya. Oleh itu elakkan lah dan bertukar kepada produk halal lagi baik buatan umat Islam itu sendiri.
.-= Syafrizal´s last blog ..Semak maklumat blog anda =-.
Syafrizal(Quote)
Bagus, saya sokong 100 + 0% = 1000%
Setuju. Saya terjumpa satu makalah yang agak berjela panjangnya. Tetapi ia begitu menyesakkan dada bila dibaca. Ini saya kongsikan sedikit.
1. Kita diajar dalam buku biologi,
buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,
namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.
Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.
Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,
contohnya coke dan maggi.
Coke tu sangatlah beracun,
pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).
6. Untuk pengetahuan,
para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki
dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,
kanser ovari,
kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Ini linknya; http://www.dinar-emas.com/vatican.html
Atau jika Tuan ada apa-apa maklumat produk lain, sila kongsikan.
Farid Rashidi(Quote)
mengamit memori betul entri ni…
memang malu..tapi dari situ kita belajar..
.-= sinar´s last blog ..Jangan Bertangguh (2) !!! =-.
sinar(Quote)
Macam ada memori juga ya?
Belajar dari pengalaman.
Farid Rashidi(Quote)
Sudah pasti ada…
Masih lidah melayu, apatah lagi waktu mula mula datang…
sampai skrg suka benar tertukar sebut safarah dan sarofah…
.-= sinar´s last blog ..Jangan Bertangguh (2) !!! =-.
sinar(Quote)
Saya tersenyum. Nampak gayanya istilah safarah dan sarofah itu menggamit memori saya juga.
Farid Rashidi(Quote)
Betul tu ustaz.. saya pun sokong..
bila mereka sangat berkuasa dalam bab media dan sains sebab itu mereka boleh mereka citer dan menjauhkan umat Islam dari pemakanan Rasulullah.
Kalau Ustaz nak tau saya pernah jumpa seorang doktor wanita Melayu Islam yang bertudung memperlekehkan perubatan Jawi HPA dan perubatan Nabi. Agak2 kita nak gelarkan dia orang islam ke apa? Tak sanggup saya nak kafirkan beliau tetapi itulah agenda Yahudi menyumbat ke dalam pemikiran orang Islam walaupun golongan professional sekali pun.
Rakan saya pula mengikuti aktiviti suluk dan sebagainya tetapi tidak boleh terima yang perubatan hospital sekarang Yahudi yang pegang. Beliau masih berpendapat ianya peninggalan Ibnu Sina. Pada hal kebanyakkan teori dan praktikal Ibnu Sina sudah ditinggalkan jauh oleh umat Islam sendiri. Alangkah sedihnya.
Nabi melarang kita menggunakan Al-Kayy dan yang sewaktu dengannya seperti kemoterapi, laser terapi, dan sebagainya. Kalau pembedahan itu perlu dilakukan tidak mengapa.
Nabi menganjurkan pencegahan sebelum kita merawatnya. Adakah cara saya memartabatkan perubatan Nabi adalah salah? Menasihati umat Islam jangan terpengaruh dengan produk-produk Yahudi seperti Milo, Nescafe, dan sebagainya yang dapat melemahkan badan umat Islam itu sendiri. Ramai umat Islam mencemuh bila saya kata begitu dan ini menunjukkan umat Islam punya hati sudah gelap (pun ramai tak boleh terima).
Majoriti ayam di negara kita adalah menggunakan ayam suntikan vaksin yang meragukan. Ada saya dengar ada usaha untuk menghasilkan vaksin yang halal. Saya tak nak vaksin atau sewaktu dengannya kerana ia merupakan melanggar fitrah ayam tersebut. Kenapa perlu dipaksa ayam itu membesar? Kenapa perlu seksa ayam tersebut? Kenapa? Bukankah ayam itu makhluk Allah juga? Kalau Ustaz tengok video bertajuk “Food Inc.” Ustaz akan perhati Yahudi mengaplikasi teknologi genetik yang melanggar fitrah yang Allah dah tentukan. Masuk makmal ubah DNA pokok, binatang2 ternakan kemudian manusia memakannya. Maka manusia pun haru biru perangai sekarang ini.
Kutuk yahudi tapi mulut dan tangan memakan dan menggunakan produk yahudi. Masih tidak sedarkah meraka?
.-= Syafrizal´s last blog ..Semak maklumat blog anda =-.
Syafrizal(Quote)
Sebabnya silibus yang diajar dalam dunia kedoktoran sekarang kebanyakkan diceduk dari barat. Jikalau ada yang islamik, mungkin sudah ubah suai mengikut teori mereka. Tak mustahil akan lahir para doktor begitu.
Sebab itulah saya selalu tekankan kepada bakal doktor, jadilah kamu doktor muslim. Jadilah, bantu ummat Islam.
Bab ini begitu menarik untuk dibahaskan. Saya harapkan ada kalangan doktor yang sudi menerangkan.
Bersabarlah, jalan juang memartabatkan Islam memang begitu. Apa-apa saja melibatkan Islam, bakal dipandang enteng. Walhal dia sendiri itu adalah dikalangan umat Islam. Duri dalam daging, gunting dalam lipatan!
Makanan memang akan melibatkan darah daging. Melibatkan metobolisme tubuh, melibatkan pencernaan pemikiran. Makanan haram atau tidak baik sudah tentu mendatangkan kemudharatan. Sebab itu ada ayat al-Quran; Halalan Toyyiba.
Saya suka untuk bertanya, apakah kaedah ayam organik HPA itu sebenarnya? Dengar khabarnya orang-orang cina pun suka makan ayam organik HPA.
Itu baru dalam masalah ayam suntikan vaksin, bagaimana pula dengan ayam yang tidak disembelih cara syariat? Aduh, sangat complicated sekali masalah umat.
Farid Rashidi(Quote)
Memang sangat complicated Ustaz, masalah makanan halal adalah masalah kita bersama. Tak sia-sia berjuang dalam HPA ini. Kadang-kadang ada peserta kursus HPA yang kami anjurkan sampai tidak terkata masalah ini terlalu besar untuk diungkapkan. Sampai menangis lihat kesengsaraan umat Islam Palestin dan juga umat Islam di merata tempat.
Pasal teknik menternak ayam ini adalah petikan dari blog Tuan Haji Ismail (JawiMedHerb.blogspot.com)
“Kenapa banyak penyakit hari ini disabitkan dengan makan ayam. Ada negara-negara luar sudah tidak lagi menggalakan rakyatnya memakan ayam goreng menyebabkan restoran-restoran ayam goreng segera terpaksa ditutup. Inilah akibatnya apabila konsep penternakan ayam dipenuhi dengan antibiotik,ubat kimia antistress,hormon pembesaran dan pelbagai ubatan kimia lainnya.
Kenapa kita tidak berani keluar dari kaedah kimia tanpa batasan ini dengan menggunakan herba seperti bawang putih,mambu,rumput mutiara dan lain-lain lagi. Penternak ayam kebanyakan takut dengan kadar kematian yang tinggi sehingga mereka mengikut telunjuk penternak kimia turun temurun. Hari ini kita bangunkan peradaban baru sesuai dengan kehendak kesihatan bukan dengan ubatan kimia tapi ubatan herba.
Percayakah anda bahawa masa hadapan dunia akan menuju kepada penggunaan herba secara global bukan hanya makanan ayam tetapi makanan manusia keseluruhanya. Kita lihat nanti perubahan itu akan melanda bagai tsunami maka tidak hairanlah jika ayam HPA tidak pernah cukup di pasaran. TK teruskan berjuang. ”
HPA membuat kajian jikalau menggunakan alunan ayat Al-Quran ayam-ayam tersebut menjadi lebih tenang dan tidak stress. Berbeza dengan ayam suntikan vaksin di mana ayam-ayam tersebut akan berkumpul sesama mereka dan menunjukkan ayam tersebut mengalami stress.
Bercakap pasal hati yang Ustaz maklumkan tadi.. Tuan Haji Ismail ada berkata cuba kita lihat kuku kita jikalau bergelombang atau tidak rata maka itu menandakan hati kita bermasalah.
.-= Syafrizal´s last blog ..Semak maklumat blog anda =-.
Syafrizal(Quote)
Terima kasih atas linknya. Begitu bermanfaat.
Saya ada terbaca satu info, katanya ayam KFC itu direndam herba rahsia dan MSG terlebih dahulu. Sebab itu sedap. Wallahhu a’lam. Jika Tuan ada maklumat, saya sudi membacanya.
Bercakap soal ayat Quran, saya kira ia antara tips penting ketika menyembelih haiwan. Haiwan yang disembelih tanpa menyebut nama Allah, maka ia dikira bangkai.
Dan saya begitu tertarik sewaktu warga Mesir menyembelih binatang. Mereka seperti berinteraksi atau membaca sesuatu kalimah sehinggakan unta atau lembu begitu mudah ditundukkan.
Oh, kuku tidak rata? Bagaimana tu? Agak mendebarkan.
Farid Rashidi(Quote)
Cuba lihat kuku Ustaz. Ada tak garisan-garisan halus seperti bergelombang dan tidak rata. Tu tanda hati bermasalah. Belum lagi tengok pada jari-jari kita seperti ibu jari melentik dan jari telunjuk bengkok menandakan usus bermasalah, jari tengah bengok menandakan jantung bermasalah (bukan sakit jantung), jari manis bengok menandakan imuniti rendah, jari kelingking pula menandakan tulang belakang bermasalah, kalau jari kelingking meruncing bagi wanita menandakan period bermasalah.
Kalau garisan di tapak tangan kita berwarna gelap tu tanda kita ada banyak toksik. Tu adalah sebahagian yang saya belajar dari HPA. Rahsia kesihatan ada di tapak tangan kita sebenarnya. Orang Yunani dulu dah gunakan untuk perawatan mereka. Kita boleh kesan 3%-5% masalah badan kita. Tak perlu tunggu 80% baru nak jumpa doktor.
.-= Syafrizal´s last blog ..Semak maklumat blog anda =-.
Syafrizal(Quote)
Info-info begini mampu memberi debaran pada jantung.
Saya pernah buat rawatan check kaki dulu. Katanya urat penyakit ada di kaki. Adakah ini sama dengan telapak tangan?
Kuku mana yang bergelombang? Semua jarikah?
Ya, mencegah sebelum terkena lebih baik.
Farid Rashidi(Quote)
Di mana-mana kuku sekali pun ia tetap memberi tanda tahap kesihatan seseorang. Orang yang hormon tidak stabil akan mempunyai warna putih di pangkal kukunya selain ibu jari. Orang kencing manis lain pula tandanya.
.-= Syafrizal´s last blog ..Comment Luv ada fungsi baru =-.
Syafrizal(Quote)
salam sahabat..
bahasa arab bahasa yang indah.Dulu ada belajar sekolah agama. tapi sekarang sudah mula lupa..
jika mengaji pun selallu malam hari seperti bacaan ayat2 suci al-quran..untuk anak2 kecil..seisi dlam rumah agar dijauhi syaitan yang direjam..
suri(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Jangan biarkan ia terus lupa, andai punya anak. Ajarkanlah mereka atau biarkan mereka tahu apa itu bahasa arab.
Elok bacakan surah al-Baqarah agar terhindar angkara syaitan.
Apapun, Ahlan Wasahlan ya Suri. Selamat menjadi sahabat FRC. Mahu berkongsi URL, sila ke ruangan Sahabat FRC.
Farid Rashidi(Quote)
Salam Ustaz
Wah..baca komen Ustaz-Syafrizal yg pjg lebar tu terus mak cik hilang idea nak komen. Something to ponder…
Sebenarnya mak cik mengimpikan salah seorang anak makcik jadi guru agama. Tak tau lah tercapai ke tidak. Memandangkan subjek Bahasa Arab mereka kurang menyakinkan.
hjhzae(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Insha’Allah boleh. Jadi mereka sekarang umur berapa? Sekolah mana?
Farid Rashidi(Quote)
Betul tu ustaz. Info. yg baik elok dikongsikan.
Pasal anak2 nanti makcik email ye. karang nak bukak sejarah plak kat sini.
Hjh Zae(Quote)
Tayyib.
Farid Rashidi(Quote)
bila la nak pandai bahas arab ni..basic dulu dah belajar..tapi sampai la ni basic juga..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Senyap =-.
Bb Hussain(Quote)
Basic itu mesti praktik.
Basic tanpa praktik bisa hilang dikisar angin. Cubalah untuk praktik.
Farid Rashidi(Quote)
Bahasa arab ami memg senang digunakan…hoho~sampai terbawa2 dalam exam…doktorah tanya hal sifat…..? saya jawab “aiwah”…doktorah tanya aiwah wala naam??aiwah tu bahasa ami eh??:-?
.-= Bintu Cumil´s last blog ..Setiap Kali =-.
Bintu Cumil(Quote)
Aiwah itu seperti penambah rasa sebelum na’am.
Macam juga tanya; “Fien ba’ah?” Ba’ah itu adalah penambah rasa pertanyaan.
Jadi sebutlah, “Aiwah, na’am!”
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum
Menyentuh mengenai makhraj, memberi dan menjawab salam juga ramai yg tdk mengikut mahrajnya…sekadar teguran membina: assalamualaikum…wa’alaikumussalam (menjawab byk yg silap, ada yg jawab ‘waalaikumsalam, waalaikummussalam) . Bagi saya kalau ringkas, biarlah difaham maksudnya, kalau panjang biarlahlah betul makhrajnya sebab memberi dan menjawab salam itu ada buah pahalanya.Wallahu A’lam.
nieta(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Dalam tulisan saya kira agak terkecuali. Terutamanya mahu memakhrajkan huruf tulisan arab melalui BM. Adalah lebih tepat jika mahu menulis makhraj betul ialah dengan menggunakan tulisan arab itu sendiri.
Memberi dan menjawab salam melalui tulisan tidak akan sempurna jika tuan itu sendiri tidak menjawabnya. Walaupun hanya ditulis di atas kertas, kita hendaklah jawab melalui mulut dan hati. Ada yang sekadar tulis, tetap tak dijawab pada hati dan mulut.
Farid Rashidi(Quote)
Salam.
Betul tu ustaz. Kadang-kadang bila dah lancar baca Al-Quran, disangka sudah betul semua sebutan. Tapi bila berguru, aih, makhraj saja sudah penin kepala dan lidah. Berkerepot muka tuk guru nak mengajar bagi betul sebutan satu-satu huruf
FarhahNur(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Sebab itu kita jangan ada rasa hebat dan tahu. Kerana ilmu Allah itu tersangatlah luas, walhal kita ini setitis zarah pun belum tentu menyamai lautan ilmu itu.
Belajarlah, tidak rugi.
Farid Rashidi(Quote)
paling best nak beli polis tu.. hik3.. nsib bek xda polis ngah beli blah dlm kdai yg sama..
puteri(Quote)
Jawabnya kena soal siasat atau masuk lokap.
Farid Rashidi(Quote)
.-= puteri´s last blog ..lara yang tidak terlihat =-.
puteri(Quote)