Header image

Bila Blog Dan Internet Kehabisan Bandwidth

Posted by Farid Rashidi in Diari Penulis | Pemberitahuan

User ******** has used up 80.1% of his/her bandwidth and 84.4% of his/her allocated disk space.

Ini emel yang saya terima daripada pihak serverfreak. Mereka mengingatkan saya bahawa blog saya sudah hampir kehabisan ruang untuk bulan Mei 2010. Perkara ini jika dibiarkan khabarnya boleh menyebabkan blog saya menjadi berat untuk loading.

Justeru bagi sesiapa yang mengalami masalah itu, sila beritahu saya untuk dibuat penilaian. Saya mengharapkan respon dari pembaca semua.

Namun begitu, ada perkara yang lebih merunsingkan saya daripada masalah itu sebenarnya. Apa yang bermain di kotak fikiran saya, adakah perkara ini boleh diselesaikan dengan menaik tarafkan hosting kepada yang lebih mahal? Oh, sukar sekali.

BANDWIDTH YANG KEHABISAN

Bila cerita tentang bandwidth, sebenarnya ia juga mempunyai kaitan mengapa saya tidak dapat mengemaskini blog dengan persembahan artikel-artikel baru sekerap mungkin

“Sebab habis bandwidth internet.” Kata seorang teman

Ya, katanya itu adalah masalah utama mengapa internet di rumah saya dan beberapa orang rakan lain terputus beberapa hari yang lalu. Rupa-rupanya masalah bandwidth juga boleh menyebabkan internet menjadi lembab dan akhirnya hilang talian.

Alasan mengapa ia lembab? Kerana penggunaan yang berlebihan. Wallahhu a’lam.

Tetapi ada sesuatu yang mencurigakan di sini. Bermula waktu lebih kurang jam 7 petang sehingga 11 malam internet akan terputus serta-merta. Walhal warga Mesir lain tidak begitu. Hanya kami yang menginap di Imarah Melayu Siberbay mengalaminya. Adakah perkara ini disebabkan sabatoj? Sedangkan bayaran bulanan adalah sama.

Kasihan kami.

LEMAH PERKHIDMATAN

“Patutlah arab lambat maju, perkhidmatan kurang memuaskan.” Rungut teman. Saya mengiyakan.

Adalah jauh untuk memberi penilaian terbaik kepada sistem perkhidmatan awam mereka. Saya tidak tahu di mana silapnya, adakah ini kerana ia melibatkan sistem pemerintahan darurat atau dasar tertutup yang digunapakai oleh mereka.

Yang pastinya masalah ini adalah sangat berkait rapat dengan persoalan sikap. Bersikap selesa dengan perkhidmatan lama dan bersikap tidak mahu improve and re-building kepada yang terbaik.

Hinggakan terkadang berurusan perkara remeh juga memakan masa berjam-jam dan berhari-hari. Ini dicampur dengan masalah sambil lewa, kurang bertanggungjawab, kekurangan alat-alat pemudah cara dan sistem yang kurang kemas. Ia melemaskan!

Apa tidaknya, satu fail disemak – segelas teh dan 1 jam perbualan berlangsung. Campur tolak akan menatijahkan 2 jam masa dihabiskan hanya semata-mata untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan remeh-temeh.

Sabar. Letakkannya dihadapan, nescaya kamu akan tersenyum walaupun urusannya persis menelan jeruk makholil yang masam!

Perkara ini terbukti apabila saya pulang ke Malaysia baru-baru ini. Menunggu dan berurusan dengan pihak berwajib di tanahair tak dirasakan sesukar di sini. Biarpun ada kalangan individu yang mengeluh panjang, tetapi keluhan itu serasa lebih pendek. Alhamdulillah.

Jadi, untuk entri kebelakangan ini saya seperti menjadi manusia nomad berpindah-randah ke sana ke sini.

Moga terjawab persoalan bagi yang bertanya situasi saya.

5:32AM, 30 Mei 2010,
Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

23 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge