Header image

Kartun (3): Menuntut Ilmu Sehingga Mati

Posted by Farid Rashidi in Karya Kreatif | Tazkirah

“Sudah merdeka!” Kata seorang pelajar melonjak gembira. Dia gembira kerana peperiksaan sudah tamat.

“Saya sudah tamat belajar, sekarang tak perlu fikir tentang pelajaran lagi.” Luah individu lain berlepas tangan.

Kata mereka, ruang pembelajaran sudah tamat bila menginjak ke alam pekerjaan. Lalu tidak perlu berfikir lagi tentang belajar, study dan mencari ilmu. Skop mencari ilmu disempitkan dengan sebuah alam pekerjaan, keluarga mahupun harta. Sedangkan ruang-ruang menambah ilmu itu ada di mana-mana. Antara malas dan rajin, itu saja pilihannya. Ada kerajinan Lillahhi Ta’ala, dipersilakan bersama para malaikat di taman-taman syurga.

Tidak rugi, ilmu ini bukan perlu dipenuhi ketika usia meniti senja atau waktu merangkak remaja sahaja. Tetapi prosesnya hendaklah berlaku sehingga Izrail menjemput pergi.

Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis bermaksud:

Sesiapa yang pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan-ikan di lautan mendoakan untuknya. (HR Abu Daud)

Selamat menuntut ilmu buat semua!

6:31AM, 28 Mei 2010,
Tanta Scan, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

18 Responses

  • MaizaC'Joe says:

    Assalamualaikum

    rasanya lama juga tak singgah di sini banyak kewajipan yang menunggu perlu di selesaikan.. selagi hidup tuntutlah ilmu.. kejar selagi masih ada.. dulu time study “ishh.. bila nak cepat2 selesai nie” bila dah tamat, sudah bekerja study lg best dr kerja.. tension memanjang.. emm.. mcm2 di fikiran.. padahal dah ada penyakit ‘M’ terdetik juga di hati teringin nak further study tapi bila nak apply ja, ada2 saja halangan. mungkin belum masanya lagi.. buat masa sekarang banyak perkara yang perlu di selesaikan. Ada yang lebih utama lebih penting dari diri. membaca sambil cedok ilmu mana2 pun ok jg… asalkan bermanafaat.. selamat berjaya!! semoga dapat menempuhi peperiksaan dengan tenang serta di permudahkan OlehNya… Amen..
    .-= MaizaC’Joe´s last blog ..♥♥ Merenung tiap detik ♥♥ =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Selesaikan pekerjaan yang lebih utama dulu. Itu yang lebih terbaik. Lebih-lebih lagi jika melibatkan pihak yang sakit dll. Blog ini selagi mana tuannya masih mampu menulis, selagi itu ia akan berfungsi. Insha’Allah biiznillah.

      Sebenarnya menuntut ilmu ini skopnya tidak hanya study dalam jurusan tertentu. Maksud saya tidak perlu berdaftar sebagai mahasiswa/wi, boleh join dimana-mana saja majlis ilmu.

      Banyak cara. Ya, boleh ceduk di mana-mana saja asalkan bermanfaat.

      Syukran.

        (Quote)

  • awrapurnama says:

    mmg trkena pd batang hidung dialog prtma tu.. tp mmg xtrkata kelegaan tamat peperiksaan~
    yes, peluang mnuntut ilmu sgt byk, di surau2, markaz2, dgn org2 soleh..
    tingkatkn mutu mukmin dgn ilmu~

      (Quote)

  • Abd Razak says:

    Salam… :)

    Alhamdulillah…masjid berhampiran tempat saya menetap ni banyak majlis ilmu hampir setiap malam dan setiap waktu subuh hari sabtu dan ahad, dan yang hadir hanya dari kebanyakkan orang yang sudah lanjut usia.

    Gigih mereka mencari ilmu. Sering berharap golongan muda segigih mereka
    .-= Abd Razak´s last blog ..Kita bersahabat… =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Ya, di mana-mana pun begitu. Sebab itu Allah suka pemuda yang kuat beribadat kerana ianya jarang ditemui. Biasanya golongan tua mereka lebih memikirkan tentang kematian. Golongan muda pula lebih kepada mahu keseronokkan.

      Teruskan berusaha untuk menyebarkan kesedaran.

        (Quote)

  • Syafrizal says:

    Setelah saya mengaktifkan diri ke kuliah-kuliah di surau dan masjid. Terasa betapa jahilnya saya tentang ilmu Allah yang tersangat-sangat luas. Ilmu Tauhid, Feqah, Nahu, Tafsir, Hadis……. banyak nya..
    .-= Syafrizal´s last blog ..Ibu pejabat HPA bernilai 54 juta =-.

      (Quote)

    • Ilmu tauhid, fiqh dan akhlaq adalah perkara asas yang perlu kita pelajari. Di samping ilmu al-Quran dan al-Hadis.

      Ya, bagus kesedaran tu. Teruskan berusaha mencari ilmu ya Akhi – disamping menjual produk HPA. :)

        (Quote)

  • salam…

    Ilmu….

    saya pernah bertemu dengan beberapa pesakit yang memiliki ilmu tentang penyakitnya. Kira mereka pula yang banyak ajar saya tentang penyakitnya. Cikgu itu di mana-mana, bagi doktor atau medical student, guru terbaik adalah pesakit.

    Sehingga ada suatu masa, saya bertemu dengan seorang pesakit dan dia mempunyai sifat yang baik,peramah, memiliki ilmu yang banyak dan dia juga sering menguji saya tentang ilmu perubatan yang saya ada. Setiap kesakitan yang dialami pasti dia akan minta nasihat,mungkin kerana kerisauannya. Terdetik dalam hati saya, jika dia sembuh,pastinya dia akan mampu menyebarkan ilmu tentang kesihatan kepada orang ramai pula,di tempat kerja dan keluarganya. Alangkah bagusnya jika ramai sepertinya. Tapi, tak semua yang kita harapkan ia berlaku.
    Di saat dia sedang dalam rawatan terakhirnya sebelum pulang, dia diserang penyakit jantung. Dia pergi secara tiba-tiba. Sehingga saya sebagai insan lemah ketika itu terfikir, ilmunya itu umpama sia-sia dikumpul. Hakikatnya, tiada yang sia-sia. Itulah yang dikatakan, tuntutlah ilmu sehingga nafas terhenti. Ilmu itu membawa kita lebih rapat padaNya.
    Semoga Allah merahmati rohnya.

    p/s: berkongsi pengalaman ya ustaz.. :)
    .-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Nikmat daripadaNya =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Dari cerita akhi, saya dapat simpulkan begini. Ilmu adalah sesuatu yang berharga. Ia umpama mutiara yang berkilauan. Matinya orang berilmu umpama terpadamnya kilauan mutiara itu. Lalu, bagaimana mahu kekalkan silauan mutiara itu?

      Caranya dengan menyebarkan ilmu itu kepada orang lain sehingga muncul banyak mutiara. Terpadam satu, akan muncul 2. Begitulah seterusnya. InshaAllah orang berilmu ini tidak rugi akhi, selagi mana ilmu mereka membawa manfaat kepada manusia selagi itulah ia memberi saham kepadanya selama-lamanya.

      Justeru, jangan segan untuk menuntut ilmu ya. Erm ya berkongsi. Kamu juga berkongsikan? :)

        (Quote)

  • sinar says:

    Alam itu juga pendidik kita..
    Maka setiap saat kita tidak lepas dari belajar..
    .-= sinar´s last blog ..SiNaR’s Kitchen Corner : Puding Roti Pelangi =-.

      (Quote)

  • abu aiman says:

    Salaam,
    semakin kita mengikuti majlis ilmu, semakin banyak perkara baru yang kita pelajari, semakin rasa macam banyak lagi yang kita tak tahu sebenarnya…
    Betapa luasnya ilmu.
    .-= abu aiman´s last blog ..Arak ibu segala maksiat dan kejahatan =-.

      (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam… betul sekali..peperiksaan saat perah smua idea..terasa kepenatan..apabila selesai kelegaan tergambar..tapi proses pembelajaran xkan terhenti..sampai bila2..walaupun semasa kerja..selagi nyawa dikandung badan :-)

    selamat menempuhi peperiksaan ust..gud luck!

      (Quote)

  • supriyani says:

    salam…

    tergelak time baca dialog di atas tu >> begitula situasiku time final exam dulu…exam dah habis, ilmu dlm kepala pun macam zero..huhu..inila akibatnya kalau stdy utk exam semata2.

    Kini, aku kembali bergelar student, tetapi aku rasakan semangat stdyku tidak seperti dulu…makin hari makin malas >> stdy tanpa matlamat yang jelas ~ luahan hatiku~

    Bagaimana utk betul2 tanamkan niat dan sentiasa ingat akan niat ini ~ aku belajar kerana ALLAH~?

    terima kasih

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Bila zero, yang berilmu jadi macam tak berilmu. Sebab itu niat itu penting, waktu study niatkan kerana Allah Ta’ala dan mahu kekalkan ilmu di dalam dada. Insha’Allah akan kekal dan boleh sebarkan pada orang lain pula.

      Ya, belajar Lillahhi Ta’ala.

        (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge