Bagaimanakah Cara Membina Iman?
Posted by in Fakta Umum | Permata Al-Quran | Tazkirah | Wacana Ilmiah
“Iman kita terkadang berkurang dan terkadang bertambah.” Kata seorang penceramah.
Ya, tanpa Iman, bakal menatijahkan kekufuran dan lemahnya Iman bakal menjerumuskan kepada kemaksiatan.
“Jadi, ayuhlah menguatkan keimanan kita sebagai benteng maksiat.” Cadang seorang penulis pula.
Ramai yang tahu berkata, “Mari kembali membina Iman.” Tetapi bagaimanakah cara terbaik menguatkan Iman? Apakah itu Iman?
MAKNA IMAN
Sebelum kita pergi lebih jauh untuk tahu cara membina Iman, adalah lebih baik untuk kita tahu pengertian Iman terlebih dahulu. Barulah mudah cinta berbunga setelah saling kenal dan mengerti.
Iman menurut bahasa ia bermaksud tasdiq, iaitu membenarkan. Sebagaimana Allah SWT berfirman di dalam surah Yusof ayat 17:
“Dan kamu sekali-kali tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang yang benar.”
Manakala menurut istilah pula ialah; membenarkan dengan hati sebulat-bulatnya pada setiap yang dibawa oleh Nabi SAW dengan ilmu yang dibawa datang bersama darurat. Ataupun iaitu; pembenaran bulat oleh qalbu (hati), yang dapat diterima (dibenarkan) oleh akal.
Qalbu di dalam bahasa arab punya pengertian yang pelbagai. Adakalanya bila ia digunakan dengan makna wijdan (membawa maksud hati dan perasaan) dan adakalanya bermakna aqlu (akal fikiran).
HAKIKAT IMAN
Iman. Suatu perkataan mudah disebut, tetapi pengertiannya lebih besar dari segala isi alam. Kerana Iman itu letaknya di dalam hati para Khalifah Allah SWT di muka bumi ini, bukan letaknya pada haiwan ataupun alam cakerawala bimasakti.
Rukun Iman yang selalu kita lafaz dan ulang-ulangkan itu bukanlah sekadar meniti di bibir sahaja, tetapi hakikatnya lebih daripada itu. Kefahaman mengenai rukun Iman yang wajib kita fahami pada asasnya terbahagi kepada 6:
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
- Percaya kepada Malaikat-Malaikat
- Percaya kepada Kitab-Kitab
- Percaya kepada Hari Akhirat
- Percaya kepada Qada’ dan Qadar
Setiap muslim yang mengakui beriman, wajib menyatakan keyakinan 100 % tanpa wujud keraguan walaupun 1 % yakni kiraannya menjadi 99.9%. Jika keimanan dibaluti keraguan, maka ia mencetuskan kegoyahan dan boleh menyebabkan tergelincir akidah seseorang individu muslim.
Begitu juga dalam masalah ikut-ikutan, atau dalam istilah arabnya dipanggil taqlid (mengikut). Iman tidak boleh disandarkan pada taqlid kepada orang lain. Secara jelasnya, ia wajib subur di dalam sanubari sendiri. Justeru, masalah keimanan ini bukanlah masalah yang boleh diperselisihkan antara satu sama lain. Kerana itu kita sebagai seorang individu muslim yang faham hakikat Iman, akan sedaya-upaya membina Iman atas keyakinan sendiri tanpa ikut-ikutan.
Di sebabkan kerana Iman itu berdasarkan kepada kepercayaan di dalam benak individu muslim, maka wajib ke atasnya menggali aqidahnya sendiri. Lalu ia hendaklah memahami dalil-dalil yang digunakan bersama cara untuk mempraktikkannya sehingga menghasilkan natijah yang diinginkan. Inilah kewajipan yang pertama bagi setiap muslim yang mukallaf untuk dilakukan.
Itulah yang dinamakan aqidah. Kerana aqidah itu adanya Iman, dan Iman itu ada pada aqidah.
Imam Syafie’ berkata: “Ketahuilah bahawa kewajipan yang pertama bagi seorang mukallaf adalah berfikir dan mencari dalil untuk ma’rifat kepada Allah SWT. Erti berfikir adalah melakukan penalaran dan perenungan qalbu. Dalam keadaan orang yang berfikir tersebut dituntut untuk ma’rifat kepada Allah SWT. Dengan cara seperti itu, ia dapat mencapai ma’rifat kepada hal-hal yang ghaib dari pengamatannya dengan indera dan ini merupakan suatu kewajipan. Hal ini seperti merupakan kewajipan dalam bidang usuluddin.”
Adapun dalil serta petunjuk yang digunakan untuk menghasilkan keyakinan secara menyeluruh 100% itu terbahagi kepada dua jenis:
- Dalil Aqli, iaitu bukti yang digunapakai akal untuk mencapai kebenaran yang pasti terhadap rukun aqidah (rukun Iman yang enam).
- Dalil Naqli, iaitu suatu informasi yang qath’ei (tetap, sabit) digunakan untuk memberitahu kepada kita mengenai rukun aqidah ataupun rukun Iman.
Harus diingat, dalil aqli yang digunakan untuk membina Iman ini ianya mengandungi empat komponen utama akal barulah jelas natijahnya kelak. Empat komponen akal itu ialah:
- Realiti yang dapat diinderakan. (Iaitu dorongan naluri atau keperluan jasmani yang ada dalam diri manusia)
- Adanya penginderaan. (Merasakan apa yang diperlukan oleh naluri dan keperluan jasmani)
- Otak yang sihat. (Kerana orang gila tidak mampu menerbitkan natijah pemikiran yang jernih)
- Maklumat awal mengenai realiti yang telah diindera. (Maklumat tentang hukum syara’, tentang nilai yang ditetapkan Allah ke atas masing-masing – perbuatan yang hendak diwujudkan oleh tiap muslim, tentang metod berkenaan bagaimana perbuatan-perbuatan tersebut diwujudkan)
CARA MEMBINA KEIMANAN
Banyak cara membina Iman, salah satunya yang ingin saya sebutkan di sini adalah salah satu cara membina Iman untuk menguatkan keyakinan kita kepada Azza Wajalla - yang terangkum kepada keimanan tahap pertama yakni ‘Percaya Kepada ALLAH’. Bagaimana?
Berfikir menggunakan akal serta berlandaskan nas dan dalil naqli tentang bukti wujudnya Allah Ta’ala.
Misalnya kita boleh merenung dan mengkaji bagaimana diri kita, yakni manusia terjadi. Proses pembentukan ini boleh dilihat pada halaman surah al-Mukminun ayat 14, az-Zumar ayat 6, al-Alaq ayat 1-3, al-Insan ayat 2 dan beberapa surah lain yang termaktub di dalam Kalamullah.
Mari kita lihat, bagaimana percantuman kromoson di dalam sel yang berjumlah 23+23 = 46 kromosom yang terkandung di dalam sperma lelaki dan sel telur wanita ketika berlakunya proses pembentukan. Seandainya jumlah kromosom sel itu berkurang, maka proses pembentukan itu pasti tidak akan terhasil. Timbul persoalan di sini, siapakah yang menetapkan bilangan tersebut menjadi 46 kromosom? Adakah ianya bermula dari sperma lelaki atau sel telur wanita?
Sudah pasti tidak. Jadi siapakah yang menciptanya? Apakah ada manusia lain yang berusaha menciptanya? Sudah tentu mustahil. Maka di sinilah yang patut kita semua renungi dan fikirkan sebaik mungkin – sesungguhnya Allahlah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana menciptakan sel-sel manusia itu sehingga melahirkan individu manusia lain.
Berfikir dengan cara beginilah ianya mampu membina Iman yang mantap tanpa tergugat. Kerana itu ayat-ayat Allah SWT banyak menyarankan kepada kita supaya merenung secara hikmah tentang kejadian manusia, alam dan kehidupan semesta ini. Tujuannya adalah tidak lain tidak bukan untuk membuktikan keesaan Allah Ta’ala sebagaimana firman-Nya:
“Maka hendaklah manusia merenungkan tentang dari apa ia ciptakan.” (At-Thariq: 5)
Sesungguhnya, adalah teramat banyak contoh alam ini yang boleh kita kaji dan renungi untuk membina Iman pada setiap saat dan detik. Allah SWT berfiman lagi:
“Apakah mereka tidak memerhatikan kepada unta, bagaimana ia diciptakan, dan kepada langit bagaimana ia ditinggikan dan kepada gunung, bagaimana ia dihamparkan.” (Al-Ghasyisyah: 17-19)
Oleh itu, sebelum kita memperkatakan tetang Iman, mari fahami dahulu apa itu Iman sebenar-benarnya. Setelah kenal siapa Iman, barulah mudah untuk menguntum cinta, menyulam rasa serta membina keterikatan Iman.
7:06AM, 24 Mei 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



Salam ya akhi..
Berusaha untuk dapat membezakan dan memeriksanya serta menimbang kesalahan dengan kebenaran, lalu menerima kebenaran dan meninggalkan yang salah.
.-= Abd Razak´s last blog ..Tuduhan dan zina =-.
Abd Razak(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Semoga berat timbangan kebaikan kita semua. Ameen Ya Rabb.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
iman adalah mutiara di dalam hati manusia..yang menyakini Allah sepenuhnya…
iman tak dapat diwarisi…
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Teringat pula saya lagu Raihan yang termuat di dalam album pertama dulu. Iman adalah mutiara.
Iman juga tidak boleh diwarisi. Ya, sebab itu setiap umat Islam yang mukallaf wajib menggalinya sendiri berdasarkan nas dan dalil jelas lagi tepat.
Iman ini sangat penting. Tanpa Iman manusia mudah sangat kecewa dan akhirnya termakan pujukan syaitan dan hawa nafsu.
Kenapa remaja kini mudah terjebak gejala sosial? Lemahnya Iman. Tak mengerti apa itu Iman dan Islam.
Farid Rashidi(Quote)
asalamualaikum..
nak tanye sikit.. adakah tahp keimanan seseorang dilihat melalui penampilan imej.. adakah org yg betudung labuh je yang dikatakn alim.. orang yang tudung biase ni kebanyakn ckp sekadar pakai je.. atau pun gelaran sudah cukup membuktikan iman seseorang mantap?? contoh seperti ustazah haji dan lain2..
sila berikan pendapat..
syuhada(Quote)
@syuhada: Wa’alaikummussalam,
Alim dan Iman sedikit berbeza. Alim itu tahu, sedangkan Iman ialah beriman (membenarkan). Terkadang ada yang tahu tapi tidak beriman dan bertaqwa.
Sudah tentu di sana ada perbezaan. Bertudung labuh – adalah saranan Allah SWT di dalam firmannya. Sesiapa yang ikut, maka dia beriman kepada Allah Ta’ala. Dan pastinya ada ganjaran disebalik itu.
Soal hati, soal niat apa yang ada dalam dirinya itu, hanya Allah Maha Tahu. Jika niatnya untuk menunjuk, ia dikira riya’.
Jelas?
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualikum
terimakasih menyebarkan ilmu yg sgt bermanafaat..
izinkan ana print untuk disebarkan pula sesama saudara Islam.
Shukran
.-= ida´s last blog ..11 Tanda Kebahagiaan =-.
ida(Quote)
Wa’alaikummussalam Puan Ida,
Silakan. Sebarkanlah, semoga ada manfaat dan mendapat ganjaran dari Allah Ta’ala.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz Farid…
Alhamdulillah, satu lagi perkongsian hebat.
Apa pun, doa saya. Moga Allah kekalkan Iman kita kepadaNya yang satu, hingga akhir hayat kita. InsyaAllah..
Afida Anuar(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Ya beriman kepada Allah Yang Satu dan beriman juga pada rukun-rukun Iman yang lain. Moga Iman kita selalu bertambah.
Farid Rashidi(Quote)
Salam…
untuk merasa kemanisan iman, memang perlu pada ma’rifat kepada Allah SWT, tak kenal maka tak cinta, dan cinta memerlukan pengorbanan & tanda…
.-= nohas´s last blog ..Yang Mencuri Masaku =-.
nohas(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Pengorbanan itu kadang-kadang pahit kadangkala manis. Tandanya akan muncul selepas merasa.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
hmmm.. nampaknya photography tidaklah sia-sia bagi saya…………
Hobi yang benar-benar menjadi hadiah buat hati dan umpama kurniaan daripada Tuhan kerana meletakkan minat dalam jiwa.
Setiap pengambilan gambar pastinya diperhatikan dengan baik dan untuk merasai nikmat keindahannya diletakkan dalam memori imej . Pasti setiap keindahan itu meletakkan kita hampir padaNya…
Itu bukan bermakna melihat yang hodoh menjauhi daripadaNya pula.. Tidak… Memahami kejadian alam itu subjektif juga…
.-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Neraka =-.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Nampaknya gambar itu menjadi nilaian pertama.
Gunakanlah sebaik mungkin hobi itu untuk membina Iman. Bukan mengkufuri nikmat. Yang hodoh itu juga bisa menambah Iman jika benar-benar memahaminya.
Kejadian alam itu memang subjektif. Ada sesetengah manusia melihat kejadian alam dengan mata hati bersama Iman, dan yang melihat bersama sebuah sifat bongkak, ada yang melihat kerana mahu menjahanamkan Islam dan bermacam-macam jenis fikiran yang keluar melalui 2 pasang mata, 1 otak dan 1 hati.
Doktor muslim yang mengerti hakikat Islam dan Iman akan melihat perspektif dunia kedoktorannya sebagai batu loncatan menambah Iman. Ye dak?
Farid Rashidi(Quote)
salam..
perenggan yang akhir itu,saya setuju. Ia juga ada kala melegakan hati doktor yang sibuk bekerja.
.-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Neraka =-.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Silakan untuk bersetuju mana-mana perenggan dan tak bersetuju pada mana-mana perenggan.
Farid Rashidi(Quote)
Pingback: Tweets that mention Faridrashidi.Com » Blog Archive » Bagaimanakah Cara Membina Iman? -- Topsy.com
Salam ya ustaz,
Iman adalah soal hati. Kalau hati kotor, payah iman nak bertambah. Justeru, hati kena bersih!
Ke guane
.-= abuyon´s last blog ..Menara Cita =-.
abuyon(Quote)
Wa’alaikummussalam Abuyon,
Na’am. Kotor Insha’Allah boleh, tetapi kalau berkarat? Ini sangat membimbangkan. Kena tonyoh guna ‘Persil’ la gamaknya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam Ustaz,
Betul ustaz kata, macam bait2 lagu Raihan ‘Iman itu tidak diwarisi’. Kengkadang dalam hidup yang serba mencabar sekarang nih, belum tentu keimanan kita utuh walaupun terdidik dalam golongan yang kuat pegangan agamanya dan besar kemungkinan orang yang jahil agama, satu hari akan menjadi pendakwah dengan izin Allah.
Dalam blog saya, saya ada menulis yang ada kaitan dengan iman nih. Sejauh mana keredhaan kita terhadap ujian Allah. Tulisan saya tak sehebat ustaz lah, sekadar pengamatan melalui bacaan dan pengalaman seharian. Mungkin ujian Allah dapat meningkatkan kekuatan dan kemantapan iman kita.
Hjh Zae(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Semua itu atas usaha dan sikap kita bagaimana untuk mendapatkan Iman. Anak yang malas akan terbelenggu kejahilan hatta bapanya itu Imam.
Kullu haza min fadhli Rabbi. Tidaklah hebat melainkan Allah Yang Maha Hebat. Saya hanya pinjaman sementara.
Apapun, semoga memberi manfaat ya. Teruskan menulis!
Farid Rashidi(Quote)
salam ustat….
sangat baik perkongsian ini semuga kita sama2 dapat kebaikan dan menambah ilmu dengan membaca ayat ayat di atas…….semuga kita di tetapkan iman pada yg satu…ALLAH….
khadijah ismail(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Semoga termakbul doa. Ameen.
Farid Rashidi(Quote)
kenali apa itu iman….barulah kita bolih merasai betapa manisnya iman itu…..
tampa iman hidup ini kosong……..ibarat rumah yang tiada penghuninya…..
khadijah ismail(Quote)