Tahniah Kepada Pemenang Kuiz FRC 2010!
Posted by in Pemberitahuan
Setelah beberapa kali saya menilai jawapan yang diberi peserta, serta digabungkan bersama markah yang diberikan oleh juri untuk bahagian slogan. Maka saya begitu berpuas hati untuk memberikan kemenangan kepada peserta berdasarkan pengamatan syarat-syarat di bawah:
Bagi soalan kuiz, saya menilai jawapan mereka berdasarkan ketepatan menjawab soalan dan tidak ada pengabaian terhadap soalan yang ditujukan. Kebanyakkan peserta hebat ketika menjawab soalan dan mereka memperolehi markah hampir penuh. Namun di sebalik itu, ada juga yang sedikit cuai ketika menjawab – yakni meninggalkan soalan pecahan kecil.
“Fahami soalan.” Itu pesan guru kami sewaktu memberikan ceramah motivasi suatu ketika dahulu.
Ya, memahami soalan sebelum menjawab dan kepekaan adalah suatu aspek yang teramat penting bagi menentukan jawapan apa yang patut disertakan.
Baiklah, dari segi penilaian terhadap slogan kata pula. Saya memberikan tugas ini kepada dua orang juri. Terima kasih diucapkan kepada Sikandilhijau dan Nur Syahadah kerana sudi menjadi juri untuk mengadili kuiz ini. Slogan pula dinilai berdasarkan beberapa elemen:
1. Kreativiti
2. Tatabahasa dan tandabaca
3. Isi dan makna slogan
4. Jumlah patah perkataan (Jika lebih akan ditolak markah)
PEMENANG KUIZ FRC 2010
Pemenang yang akan memperolehi hadiah utama bagi kuiz ini ialah:
- Permata (http://mujahidahfisabilillah-permata.blogspot.com). Beliau memperolehi markah keseluruhan 129.
- Hadiah saguhati tempat kedua - Zuraini Bt Kamarudin Kamarudin. Markah keseluruhan ialah 128.
- Hadiah saguhati tempat ketiga – Maizatul Hayah (http://maizascjoe.blogspot.com). Markah yang diperolehinya ialah 127.
Tahniah saya ucapkan kepada semua. Pokok pangkalnya, anda yang menyertai kuiz ini semuanya adalah pemenang secara umumnya. Walaupun ada yang tidak memenangi hadiah, tetapi percayalah. Anda semua telah menang bersama semangat tidak putus asa, ketekunan, kerajinan dan kesungguhan!
Terima kasih di atas kerjasama. Jazakumullahhu khairan kasira.
6:49PM, 12 Mei 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



Assalamualaikum..
Subhanallah…macam x percaya je..Alhamdulillah..
.-= Permata´s last blog ..~ ImaN, Awak bercuti Ke? ~ =-.
Permata(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Tahniah ya. Nanti saya poskan hadiahnya. InshaAllah.
Farid Rashidi(Quote)
Alhamdulillah….
mklang pun tak sangka ….
rasanya mmg tak confident jawap ngan betul…
apapun syukur ….
kak zu(Quote)
Tahniah juga.
Markah tinggi dekat slogan.
Farid Rashidi(Quote)
Tahniah pada yang menang!
Buat yang tak menang (mcm saya), lain kali harap2 FRC buat kuiz lagi ya =)
.-= Abu Aiman´s last blog ..Lif dan Tingkat Dua =-.
Abu Aiman(Quote)
Tak mengapa, InshaALLAH akan ada lagi selepas ini. Nantikan ya!
Apa yang penting, jangan berputus asa.
Farid Rashidi(Quote)
assalaamualaikum. Tahniah untuk semua yang menang dan yang rajin mencuba…hehe!
dian(Quote)
Wa’alaikummussalam Dian (Dah macam Dian P.Ramlee),
Ya, persaingan yang sihat.
Farid Rashidi(Quote)
Tahniah utk yang menang!! Utk yang tak menang,saya la tuh,hehe,boleh cuba lagi!
Kak ZUraini, fida jeles..hehe….
Afida Anuar(Quote)
Mahu tahu markahnya?
Jangan risau, nanti akan ada lagi. Terima kasih kerana mencuba.
Farid Rashidi(Quote)
Salam…
Tahniah buat pemenang! Saya tidak sempat untuk menghantar jawapan kerana dikekang oleh masalah kerja dan sebagainya. Maaf..
.-= Abd Razak´s last blog ..Dukacita.. =-.
Abd Razak(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Patut saya tunggu tak muncul-muncul. Apapun, terima kasih ya atas sokongan.
Tak apa.
Farid Rashidi(Quote)
salam..tahniah kepada para pemenang…
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Terima kasih juga ya atas sokongan!
Farid Rashidi(Quote)
salam..
kali ini tak sempat untuk menyertai kuiz ini..:(
tapi apa-apa pun tahniah buat para pemenang..:)
.-= pencinta bahasa´s last blog ..Tercari-cari Manisnya Iman?? =-.
pencinta bahasa(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Akan ada lagi kuiz di hari depan InshaALLAH. Nantikannya.
Farid Rashidi(Quote)
SALAM.
KUIZ BAIK PUNYA.
TAK BAGITAU HADIAH PUN.
SALAM(Quote)
Salam,
Hadiahnya adalah misteri.
Farid Rashidi(Quote)
tahniah pada semua pemenang…
huhu…xpe2… gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya… cube lagi tuk yg lain…(tenangkan diri seniri)
.-= Bintu Cumil´s last blog ..Permata Hijjaz 1431~Pomot~ =-.
Bintu Cumil(Quote)
Insha’Allah, jangan runsing. Akan ada lagi contest akan datang.
Farid Rashidi(Quote)