Mengaplikasikan Maklumat Awal Ke Minda Kanak-Kanak
Posted by in Fakta Umum | Isu Semasa | Motivasi | Tazkirah
“Ustatt, ustaatt!”
Pengajaran saya terhenti seketika. Iskandar – kanak-kanak kecil berkulit hitam manis lengkap berbaju melayu hijau dan bersongkok hitam itu memanggil saya. Dia adalah salah seorang anak murid saya di dalam kelas 1 pengajian asas Bahasa Arab yang paling banyak cakap dan bertanya. Umurnya baru 7 tahun. Tetapi cerdik dan bijak.
“Semalamkan, kami tengok tv.. dia tunjuk kisah orang bunian.” Sambungnya bersungguh-sungguh. Tersekat-sekat nafasnya bercerita. Saya selalu memuji kerana kepantasannya membuat kerja yang diberi. Sengaja jadikan contoh kepada murid-murid lain.
Semakin puji, semakin menjadi – beraneka soalan pelik-pelik yang ditanyanya. Adakala mencuit rakan sebelah, ada ketika duduk atas meja dan bermain-main. Saya tersenyum menahan gelak.
“Siapa siap dulu, dia boleh rehat awal!”
Pernah sekali saya berikan waktu mereka rehat sekejap. Lalu si Iskandar ini terus mengeluarkan mainan gasing. Diajak kawan-kawan bermain sekali. Pantang ada waktu senggang, ada-ada saja permainannya. Mujur saya tidak diajaknya sekali.
Sebab itulah apabila mengajar murid-murid di Darul Fikr ini, saya lebih suka menyelitkan kisah-kisah pengajaran bersama. Bukankah cerita dan permainan adalah sebahagian kehidupan mereka?
Saya menjelaskan pertanyaannya.
“Sebenarnya orang bunian ni ialah golongan jin, mereka ada kawasan sendiri. Kamu jangan percaya sangat apa yang ditunjuk dalam tv.” Saya cuba perjelaskan satu persatu. Memang, kebiasaan tv menggambarkan orang bunian ini dengan pelbagai watak indah dan wujud perkampungan persis masyarakat melayu kuno.
Lalu maklumat awal ini tertanam kukuh dalam nubari mereka dan membawa hingga ke dewasa. Bila mereka berumahtangga, siap pula untuk mewarisi ‘kata-kata hikmat’ itu kepada anak cucu. Nah, bila pusingan berantai ini akan terputus sanadnya?
KIASAN DAHULUKALA
Penerangan sebegini perlu didedahkan kepada mereka untuk dijadikan maklumat awal ke dalam kekotak minda. Disebabkan kesilapan maklumat awal inilah, maka berlaku kecelaruan fakta mewarisi secara turun temurun tanpa nas-nas syara’.
“Jangan menangis, nanti datang musang kerong.. Mata merah, gigi tajam!” Seorang ibu menggertak anaknya.
“Pi lah situ, ada hantu telinga besaq hitam berbulu.”
“Jangan lambung-lambung baju waktu maghrib, nanti harimau masuk kampung.” (Barangkali suruh lekas masuk rumah)
“Ada petanda tak baik kalau biawak lintas jalan.” (Sedangkan biawak itu dijual orang kepada siam untuk dijadikan sup biawak speSIAL)
Pernah dengar kata-kata seperti ini? Kiasan begini seringkali bermain difikiran anak-anak kecil untuk dihadamnya. Membesar anak-anak itu dengan sebuah ketakutan pada imaginasi tidak pasti. Harimau mata merah, musang berjanggut, hantu berbulu hitam, biawak lintas jalan seolah-olah menjadi mimpi ngeri buat anak-anak itu.
Ya, saya mengerti, orang tua-tua kiaskan perkara itu tujuannya untuk menakutkan anak-anak daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Sebenarnya, perkara itu bukanlah tidak punya manfaatnya, tetapi biar ketakutan itu jelas dan bertempat.
Sentuhlah hal-hal rasa khauf (takut) dan raja’ (harapan) pada Pemilik sebenar alam ini – Allah Jalla Wa’ala. Bukan rasa takut pada bintang, bulan, matahari, raksasa bertanduk melawan Ultraman, hantu berbulu hitam atau pontianak busuk sundal-menyundal. Kezaliman meletakkan rasa takut inilah melahirkan generasi lemah semangat dan mudah putus harapan.
Akhirnya, bila diejek rakan sekelas atau merasa dukacita cintanya tak diterima gadis – bangunan 3 tingkat menjadi medan terjunan maut. Lalu mati kerana bunuh diri. Kesan superhero berseluar dalam merah!
Seperti laporan KOSMO! ini.
MAKLUMAT AWAL YANG TERKANDUNG DALAM KISAH NABI ADAM A.S
Mari lihat apa yang digambarkan Allah SWT di dalam firmannya pada ayat 30 dan 31-33 surah al-Baqarah. Ayat 30 mengisahkan Nabi Adam dan Malaikat ketika berada di syurga. Lalu malaikat memprotes penciptaan Adam kepada Allah SWT kerana dibimbangi manusia dari kalangan Adam akan menimbulkan rusuhan di muka bumi. Kemudian Allah SWT membantah seraya mengatakan “Qala inni a’lamu ma la ta’lamun” yakni “Aku Maha Tahu tentang apa yang kamu tidak tahu.”
Lantas Allah SWT membuktikan pernyataan-Nya melalui ayat 31-33:
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian mengajukannya kepada Malaikat, seraya berfirman: “Beritahulah kepada-Ku nama-nama mereka semuanya, apabila kamu benar (dengan dakwaan kamu, bahawa kamu lebih tahu).”
Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, kami tidak mempunyai ilmu sedikit pun, kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Bijaksana.”
Dia berfirman: “Wahai Adam, sampaikanlah kepada mereka nama-nama mereka semua.” Apabila Adam selesai menyebutkan kepada mereka nama-nama semuanya itu, Dia berfirman: “Bukankah Aku telah beritahukan kepada kamu, bahawa Aku Maha Tahu perkara ghaib di langit dan di bumi, serta Maha Tahu apa yang kamu kemukakan dan apa yang kamu sembunyikan.” (Al-Baqarah: 31-33)
Ayat di atas secara jelas membuktikan bahawa malaikat tidak dapat membuat kesimpulan tentang realiti yang ditunjukkan oleh Allah SWT, walhal Adam dapat melakukannya setelah diberi maklumat awal oleh Allah Azza Wajalla. Malaikat pula tidak tahu kerana tidak diberitahu.
Konklusinya, tidak ada satu pun manusia dapat membuat sesuatu kesimpulan tanpa mempunyai maklumat awal. Lebih-lebih lagi si anak kecil yang menginjak remaja. Kosong dan mentah. Tulus dan mulus.
MAKLUMAT AWAL KEPADA ANAK-ANAK
Benarkah manusia dapat berfikir tanpa mendapat maklumat awal?
Untuk membuktikan kesahihannya, anak kecil dan orang dewasa yang gila adalah contoh tepat untuk menjadi bahan eksperimen minda. Anak kecil dan orang dewasa gila mempunyai persamaan dari segi otak. Bagi anak kecil, otaknya masih belum sempurna, sedangkan orang gila pula tidak sihat.
Otak kedua-dua golongan ini tidak dapat dipergunakan untuk menghubungkan antara maklumat awal dengan memori yang disampaikan oleh penginderaan mereka. Maka, baik anak kecil ataupun orang gila itu, masing-masing tidak dapat membezakan realiti yang ada dihadapannya. Letakkan saja tahi lembu dan di sebelahnya adalah kek lazat. Kedua-duanya akan mereka capai tanpa dapat dibezakan status kebenarannya.
Sebab itu semasa kecil, kanak-kanak akan mencapai apa saja hatta batu sekali pun dan disuapkan ke mulutnya. Jika tidak ditegah ibu? Matilah kanak-kanak itu tanpa sempat membesar. Begitu juga orang gila, dia mampu bertelanjang bulat dan memakan sisa sampah sarap kerana kewarasan fikirannya sudah hilang. Tetapi ada juga orang gila yang masih tidak melakukan begitu, walaupun hakikatnya mereka gila. Ini kerana sisa memori silam masih terlekat di gumpalan otak mereka.
Ini sama sekali berbeza dengan anak kecil. Dia sama sekali tidak mampu melakukan apa-apa. Sekiranya ibunya yang ‘cerdik’ itu memberikan kosa kata baru, misalnya makan itu adalah tidur, buang air itu ialah menangis, maka sehingga dewasalah ia akan berkesimpulan bahawa makan adalah tidur dan buang air besar itu adalah menangis!
Mahu begitu?
KALIMAH HEBAT DARI ORANG YANG HEBAT
Sebelum mengakhiri artikel ini, mari kita lihat hadis siaran ulangan ini:
Dari Ibnu Abbas r.a berkata: Aku duduk di belakang Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Aku ajarkan kamu beberapa kalimat. Hendaklah kamu jaga Allah SWT nescaya Allah SWT jaga kamu, sekiranya kamu jaga hak Allah SWT nescaya kamu dapati Allah SWT berada di depanmu, sekiranya ingin meminta apa-apa mintalah dengan Allah SWT, sekiranya kamu mahu minta bantuan, mintalah dengan Allah SWT. Dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berhimpun untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu melainkan sekadar yang telah dituliskan oleh Allah bagimu. Dan ketahuilah sekiranya berhimpun umat untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memudharatkanmu melainkan sekadar yang telah ditulis oleh Allah atasmu, pena-pena sudah diangkat, buku-buku sudah kering.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
Hadis ini adalah kalam berhikmah daripada Baginda Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a – ketika itu masih kecil, berumur lingkungan 10 tahun. Boleh rujuk di sini.
Nah, tidakkah ini merupakan KALIMAH HEBAT daripada ORANG HEBAT untuk menjadikan MANUSIA HEBAT?
Soalan Kuiz (4): Dimanakah letaknya Kubu Salehuddin al-Ayubi dan Hotel Hilton?
12:08AM, 27 April 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




assalamualaikum, ilmu yg sgt berguna dan bermanfaat. teruskan menulis..
arazmamusha(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Syukran, semoga berjaya semua dalam lapangan bidang yang diceburi cikgu!
Farid Rashidi(Quote)
jawapannya adalahhhhhhhh…ngeee…
saya tahuuuu….sape nak jawapan…sila ankat tangan…
xsalah la saya jugak terkesan dengan citer2 org dulu..dan saya memang penakut…adehh
.-= Bintu Cumil´s last blog .."Hadiqah Athfal" =-.
Bintu Cumil(Quote)
Orang yang penakut lebih cenderung untuk terkena penyakit histeria atau rasukan. Jadi berhati-hati!
Farid Rashidi(Quote)
Salaam,
Sejak pegi taska, Aiman bawak balik mcm2 perkataan baru. Siapa yang ajar dia ‘hantu’ tu apa, entah.
Kadang2 mak bapak cuba nak bagi ok, persekitaran jugak mempengaruhi. Jenuh nak betulkan semula…
.-= Abu Aiman´s last blog ..Sekiranya derita itu bahagia =-.
Abu Aiman(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Saya lihat perkara ini selalu terjadi. Bukan setakat hantu, tetapi bermacam perkataan lucah, kutuk dan kotor yang disebut.
Kena perbetulkan cepat-cepat. Semoga menjadi bapa mithali!
Farid Rashidi(Quote)
Amiin…
Betul tu. Esok masuk sekolah rendah lagi haru. Tera nak besar dan betul-betul faham bahasa, mana elok mana tak elok, kena lah dok betulkan. Ilmu parenting mmg penting sebagai panduan, tapi pengalaman itu mengajar erti sebenar keibubapaan, kerana setiap anak itu unik.
abu aiman(Quote)
Ya, sebab itu saya rasa Abu Aiman seorang bapa yang baik.
Farid Rashidi(Quote)
Salam..
Teringat pula cerita ibu mengajar anaknya menyebut nyanyi kalau nak buang air kecil.. Bila si anak tinggal bersama neneknya, masalah lain berlaku. Si nenek ingat cucunya mahu menyanyi lalu disuruh cucunya ‘menyanyi’ di telinga nenek.. Memang nenek kena ‘nyanyi’.. Aduh..
Satu perkongsian yang baik ustaz.. (saya baru sahaja membaca blog ini. terima kasih)
.-= Jamal Rafaie´s last blog ..Mc Donalds, Loreal, Nestle, Dan Coca Cola =-.
Jamal Rafaie(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Hehe.. kasihan nenek iye? Kalaulah diajarnya buang air besar, takke jenuh!
Alfu syukran dan ahlan wasahlan diucapkan.
Farid Rashidi(Quote)
MASYA-ALLAH
.-= al-faqir ilaa Ghofarullah´s last blog ..ISTILAH ‘ULUMUL HADITH =-.
al-faqir ilaa Ghofarullah(Quote)
Zaman sekarang media banyak memberi pengaruh khususnya kepada kanak-kanak dan remaja.Di sini saya lihat perlunya ibu bapa mengajarkan ilmu memilih kepada anak-anak(bak kata Ustaz Hasrizal) antara kaca ataupun permata apa yang terpapar di media
=-.
.-= muhammad fakhruddin´s last blog ..dari uk terbang ke mALaysIA
muhammad fakhruddin(Quote)
Pilihan ada di tangan anda!
Farid Rashidi(Quote)
Owhh faham la saya kenapa makan nasi itu jadi mandi….mandi tu jadi makan nasi..hehe.
InsyaAllah, sok-sok bila kalau dah ada anak, tak nak takutkan anak-anak dengan kiasan-kiasan yang tak betul tu. Tapi akan jelaskan kenapa mereka buat tu tak boleh, buat ni tak boleh…insyaAllah..ni ilmu parenting ni…penting!
Afida Anuar(Quote)
Tepat!
Jelaskan saja, tak rugi.
Masa penamat larian peserta sudah semakin tiba ke garisan penamat. Wisel akan dibunyikan tidak berapa lama lagi.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum
” p laa.. ada hantu!!”…. “buat la…. nanti!!” Dulu kalau mak kata macam tu, gerenti terhenti langkah terkaku sementara ya la.. nanti jumpa hantu pula. Tapi, bila di fikir ada baiknya nanti “meronda sakan pula, maklum la budak2 kerja seronok tak fikir apa… budak-budak sekarang nie.. gempaq la apa pun buat dekk ja. “Adam jangan p jauh-jauh nanti Polis tangkap.. haaa…. ” gempaq anak menakan la kononnya… ” ya ka yong?? ok.. yong.. AAC (KFC), ehh.. mcm tue pula…
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Jadi kena terbalikkan kefahaman itu sepertimana contoh yang saya jelaskan ke atas.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
cara ust sampaikan entri ni menarik perhatian..boleh dibuat set induksi mengajar
..
sebenarnya perkara ni baru saya sebut dalam kelas..sebabnya sekarang ramai orang terpengaruh dengan ‘warisan nenek moyang’..terlalu percaya,boleh jadi syirik kan ust?..kena betulkan..
p/s:trend terbaru di sekolah sekarang adalah mengajuk bunyi2 binatang..agaknya dah penat jadi manusia kot..sebab yang diajuknya dah xkenal kawan,guru.semua sapu bersih..
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Set induksi? Ada persamaan ya?
Benar, percaya amalan khurafat sebegitu boleh mengundang syirik. Dosa besar.
Bunyi binatang? Pelik benar.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ya ustaz..
KALIMAH HEBAT daripada ORANG HEBAT untuk menjadikan MANUSIA HEBAT? Andaikata kalimah hebat itu jadi kata hebat buat anak pasti jadi manusia hebat juga…
.-= abd razak´s last blog ..Senyumlah… =-.
abd razak(Quote)
Salam ya Abd Razak,
Ya, lebih kurang macam tulah.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
lama tak memberi komen di sini….
Ya ustaz,sukar mahu mendidik otak yang masih memerlukan petunjuk dan ilmu… terlalu sensitif pada perubahan … tapi, kata-kata orang tua tu banyak yang membantutkan fikiran orang masa kini, sebabnya bukan kerana orang dulu jahat, tetapi orang sekarang yang xtau mentafsirkannya… rasanyalah.. eheh
.-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog .. =-.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Bukan masalah tak tahu menafsirkan. Tetapi masalahnya jika bertentangan syariat, sesiapa saja tak kira dulu atau moden akan sesat.
Farid Rashidi(Quote)
Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Cara Untuk Membina Iman
Salam Ustaz,
Baru-baru ini anak saya yg baru berumur 2 tahun 5 bulan dah pandai sebut kemaluan lelaki & ppuan (ko** & pe**k). saya pun malu nak cerita & bertanya, tapi terpaksa sebab dah jadi perang mulut antara saya & cikgu taska kat sini.kalau di rumah kami sebut benda tu ‘bird’ & ‘bunga’ supaya lepbih sopan bila org lain mendengarnye.
setelah bertanya pada pihak taska, rupa-rupanye cikgu kat situ yg menggunakan perkataan kotor tu.jadi saya tegur & bagitau itu tak sepatutnya diajar kepada kanak-kanak.salah seorang cikgu kat situ, penuh yakin menjawab itu memang kene ajar sebab nak bezakan antara lelaki & perempuan. menurutnya lagi, benda tu mmg ade disebut semasa mereka dalam kursus.
saya jawab, ya mmg kanak-kanak perlu tau, tp kita harus menggunakan perkataan yg sopan. bukan main sebut perkataan yg memalukan tu.Akhirnya, perbincangan tu jadi tegang, dia terus angkat anak dia & campak kasut ke luar.
Jd, dikesempatan yg ada ini, saya nak minta pendapat ustaz dr segi islam mcmmana.supaya penerangan ustaz nanti dapat saya panjangkan kepada cikgu tadi.
Terima Kasih ustaz..
Liza(Quote)